Selasa, 17 Disember 2013

Fikirlah oi... fikir.

Akhir zaman ni kita tahu banyak benda tak betul dengan mentaliti orang Islam. Air bah jernih dalam masjid pun boleh bikin cerita. yang bagusnya ramai orang muda masih ada usaha untuk mendalami agama cuma kekurangan sumber dan masa kadang-kadang buat usaha mereka tak berjaya. kebodohan dan kurang genius tapi mahu cepat jadi alim lalu ambil jalan mudah pamer keajaiban tuhan ikut pendek akal dia. nak mengaji tak sempat sebab tak cukup masa nak layan twitter, facebook, wasep, keek, bla bla bla. so... forward je la at least itulah usaha aku membangunkan agama. kepala hotak kau kalau kau fikir cara itu betul.

setiap apa berita tentang Tuhan... periksa dengan 100% ketelitian.

aku perasan ramai juga member aku yang suka baca buku agama bersifat populis. buku yang menarik dibaca tapi tak disupport oleh bukti empirik, yg hanya bersifat cerita (baca konspirasi). aku lihat banyak lambakan buku-buku macam ni di market. konspirasi yahudi, rahsia dajjal, ciri-ciri iblis... dan mcm mcm. tak kurang juga yang hurai hadis pelik pelik menjadi amalan pelik pelik. pelik sangat ke Islam? Allah buat kita normal mengapa Dia bagi agama untuk jadikan kita pelik?

orang kita dah lama diasuh dengan iman tanpa usaha fikir. percaya saja asal ia keluar dari mulut sekian sekian ustaz, sekian sekian wali. petik saja nama Tuhan then ya ini benar walaupun yang cakap itu bukan suara Tuhan sendiri tapi manusia. ya, quran itu sumbernya wahyu tapi diterima ia bukan karena deskripsinya begitu cukup sepotong nama - quran. aku bacakan quran maka kau kena percaya apa yang aku bacakan. kalau yang dibaca itu bukan dari Tuhan, bagaimana?

kawan-kawan, jika kau dengar arahan itu dari Tuhan sendiri seperti Musa, maka kau percayailah telinga kau itu. Tetapi selagi ia dibawa manusia, even bernama nabi Muhammad, wajib periksa. Setiap ajaran dalam Islam, mesti diperiksa kesahihannya kerana ia dibawa manusia yang lemah dan lalai. jika dengar dari tuhan sendiri lain cerita. di sini fungsi akal fikiran.

setiap berita perlu diperiksa akal yang dicipta oleh Allah untuk menimbang tara benda benda dunia. Agama berada dalam dunia, maka ia mesti dilayan seperti barang dunia. ajaran itu benar jika kena pada lumrah dunia, kena pada formula ciptaan Tuhan - qadar.

Quran itu bukan benar sebab seorang lelaki berpenampilan warak menyebut, 'beriman kepada Quran itu wajib, ia rukun Islam,". Quran disampaikan oleh seorang Nabi yang diutuskan Tuhan, yang mana Beriman kepada Nabi juga wajib.

"Kalau saya taknak percaya, ustaz?"

"Kau akan mati dan masuk neraka!"

"Owh, tak mau la. Okeylah saya dengan ini beriman dengan Quran dan rasul Allah."

"Bagus! Ada siapa lagi mau masuk neraka?"

Dude. Stop freaking people out. Beriman bukan benda straight forward, dan tak boleh dipaksa ke atas manusia dengan gertakan-gertakan ghaib. Kemanisan iman itu benda intelektual, benda yang melibatkan analisis pada knowledge yang cutting edge. Allah buat dunia ini dengan satu design di mana semakin jauh kita merantau, semakin deep kita menyiasat, semakin banyak kita bersoal 'kenapa'.... semakin dalam iman kita pada Penciptanya. Ini design dunia, bukan buatan Muhammad tapi Allah - the God up above.

The only God. Our God.

orang kita melayu Islam terlalu banyak limit. itu tak boleh ini tak boleh sampai otak jadi jumud dan tak real. kita nak bebudak beriman dengan rela buta-buta kerana arahan itu direct dari Tuhan, ada dalam KitabNya, disampaikan NabiNya... which is tiga benda ni kau kena beriman kalau tidak kapir!!! Then go to hell dude, kau yang sampaikan kat aku benda ni, kau tu Tuhan ke? Cuba buat nyamuk sekor boleh dak?

You see, benda ni dah berlipat. akses dah berjilid-jilid. jalan yg menyampaikan kita kepada Rasul Allah penuh liku, penuh duri... belum lagi jalan 'naratif' yang menyampaikan kita terus kepadaNya.

'Allah berada dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat leher kita sendiri' tapi kita semua tak sedar sebab kita sibuk dengan ajaran kolot yang bersifat tahyul versi ahlul kitab moden. kita tak mahu relate bukti empirik dengan quran dan hadis sebab takut sesat sebab kita bukan ustaz walaupun kita ada PhD.

beriman bukan beerti percaya buta-buta. Beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada hari akhirat, beriman kepada rasul, beriman kepada qada qadar... adalah produk akhir kepada proses berfikir. letaknya dihujung proses, bukan di depan. kena kerah otak dulu, kamu akan jumpa limit, everytime akan jumpa limit, esok another limit sampai lah mati... even NASA, CERN dan MOSTI masih belum jumpa limit angkasa dan limit asas binaan atom. Setiap hari, mereka akan jumpa benda baru dan sebelum tidur mereka percaya mereka sedang berdepan dengan architecture ciptaan Tuhan. setiap kali, setiap hari, mereka percaya adanya Tuhan, adanya benda yang mereka takkan mampu tahu.

iman bukan senang. cakap boleh, dalam banyak pusing. bila bersosial kau tempang, nampak terjegil kau tempang. sebab benda tu ada kat dalam, bukan main cakap lalu jadi kenyataan.

berfikir itu lumrah manusia. Allah buat dunia ini guna logik yang otak boleh fikir. Macam kod bar dan scanner. kalau tak gunakan kaedah ini maka kita sudah melawan sunnah Tuhan, melawan kaedah yang Allah tetapkan. nampak saja air jernih dalam masjid terus taksub dan anggap ia miracle yang menunjukkan masjid itu power, barokah. kalau suatu hari ia terjadi dalam kuil kau nak cakap apa?

kalau depa nampak objek jesus di langit, ada bukti bergambar kau nak cakap apa? cukup cukup la jadi bodoh macam lembu. cuba study warna air bila dia cetek dan bila dia dalam. cuba cek latar dasar dia kalau warna terang dia nampak jernih, kalau gelap ia nampak berkeladak. dan air bila statik, ampaian dia akan settle ke dasar dan jadi jernih. ini semua qada dan qadar ciptaan Allah. ini hukum fizik yang Allah buat ke dalam program dunia lama sebelum big bang lagi, dan hukum ini dari dulu tak pernah berubah. setiap kali nampak benda pelik, cuma berfikir dengan waras jangan malukan agama sendiri di khalayak ramai. fwd benda2 macam ni takkan jadikan kau ustaz, kalau keldai ya.

Allah bagi kita keupayaan untuk manage bumi, manage populasi yang Dia jadikan atas bumi. kalau kita bangang, mati nanti kena maki saja. tak payah nak berlagak jadi orang islam kalau perangai tak reti-reti nak jadi logik. kalau bumi ni ada threat dari luar, aku percaya yang akan bermatian menyelamatkan bumi, kalau ikut perkembangan sekarang, bukan orang Islam. Tapi orang Barat dan Jepun. Islam akan jatuh, Islam bahkan sedang jatuh. bangsa rom dan lain lain agama lebih waras kerana agama mereka sudah lama hilang cengkamannya, dan mereka terpaksa bergantung kepada satu-satunya pemberian Allah kepada manusia iaitu akal fikiran. bila Allah yang bagi kat manusia akal fikiran, maka hasilnya cukup ajaib dan tengok la apa yang mereka buat dengan teknologi. bagaimana tamadun mereka, bagaimana cara mereka berkerja.

kalau tengok filem pun walaupun filem barat tu seksi, tapi pengajaran moral dan sivik dalam filem mereka jauh lebih baik dan religious. filem spiderman, armageddon, gladiator... cuba tilik perhati suntikan moral yang pengarah kafir tu terapkan. jauh lebih baik,

bukan jesus yang akan turun dari langit dan selamatkan orang islam dan orang orang lain dari yakjuj makjuj, ini cerita banyak tokok tambah yang bersifat populis. nabi Isa sudah meninggalkan alam dunia, hidupnya di alam sana. yang akan muncul menyelamatkan dunia bukan Nabi itu, tetapi umatnya. Ia cuma kiasan, bukan literal translation. Umat nabi Isa yang muncul di akhir zaman menjadi savior manusia. Bangsa Rom, bangsa yang beragama Kristian, yang mengiktiraf kenabian Isa, tidak Muhammad.

Ummat Nabi Muhammad sedang mengalami jahiliyyah, zaman yang telah pun melanda agama nabi Ibrahim, Musa dan Isa. sekarang giliran mereka, muslims.

Ubat jahiliyyah bukan kitab, tapi pengalaman yang mengajar secara live, yang buat kita sedar mula dari dalam. Otak jahiliyyah kalau baca kitab sama macam kaldai baca buku, baik tak payah. ini sudha ditunjukkan oleh titik mula kenabian Rasulullah yang ummiy, yang tak pandai menafsir kitab-kitab kuning yang dibaca ahlul kitab zaman itu (baca ustaz). Rasulullah bertindak purely based on basic instinct yang diberi Tuhan. zaman kita zaman challenging. bukan masalah rujukan tak cukup tapi otak kita terlalu sempit, jumud dan tak betul untuk menerima rujukan-rujukan yang kritis. Kita rasa agama kita betul maka semua pendapat dalamnya betul. yang berbunyi nada lain terus saja diblock. walhal dalam agama yg satu ini pendapatnya pelbagai. neracanya apa? macam mana nak tahu pendapat mana yang betul mana yang salah?

-- akal fikiran, pemberian Allah secara sengaja.

kawan-kawan, kau dah mengaji sampai tahap phd, master, Ir. mengapa terlalu takut nak bertajdid dalam agama? mengapa nak jadi dayus? mengapa takut nak berselisih dalam soal paling penting? Dalam makmal boleh pula.

mereka yang mengaji kitab bukanlah wali. bukan malaikat. bukan seorang alim ulama yang sentiasa betul. apa yang baca dalam kitab, semua dibahaskan ikut logik akal. sebab itu ada 4 mazhab. sebab ikut logik akal ulama terdahulu. bukan benda miracle, bukan ada keramat yang mana keramat seorang ulama itu kalau ditentang boleh bawa ke neeraka. tak ada!! woi, sedar ke tak?

sudah sudah memisahkan agama dan sosial kehidupan. contoh seorang ustat yang mengajar fekah petik tak perlu rujuk kitab tapi di jalan raya potong sebelah kiri. kenapa? sebab kita pisahkan Quran dan JPJ. JPJ tulis dilarang memotong di lorong kecemasan. Kalau dia tulis 'Berdosa memotong sebelah kiri', agak-agak ustaz fekah tu nak buat tak?

kita dah bagi dua semua benda. benda profesional. benda-benda keagamaan.

kena merge. awak jurutera, awak mahir bab kimia maka awak seorang ulama yang perlu bagi fatwa apabila ada kes melibatkan bahan kimia, seperti penggunaan kas-kas dalam nasi kandar. benda ni nak tanya mufti? semua benda nak tanya mufti?

bila tiba bab berkhatan, aku banyak berfikir. aku tanya doktor. bukan ahli tasawwuf atau ahlul kitab.

Khamis, 12 Disember 2013

Absyar yang kelakar - God I love him so much!!





I love to watch his eyes, and when he smiles. I love him so much. 

Sekarang dia dah ada adik, Akif. 


Bila berkomunikasi dengan Absyar sekarang, aku tak rujuk abah & ibu sebagai satu team, dan Absyar & Akif satu team. Tapi, abah & ibu & Absyar sbg satu team yang akan menjaga Akif. Sbb kadang jadi suka compare...

I love them both, and my wife. 


Isnin, 9 Disember 2013

Hari-hari menyibukkan diri

Balik kampung jarang2 sekali memang syurga. Allah. Aku sekrang nak kena bersedia untuk ke UAE. InsyaAllah untuk setahun 10 bulan. Korang best ke tempat sejuk, pekerjaan aku ni jenis kena ke negara panas saja, tapi alhamdulillah rezeki tetap rezeki.

Yang mentensionkan, last minute punya preparation. Mana nak sewakan rumah. Nak trade in kereta. Nasib hal baby dah setel dengan sedihnya kena berpisah lama. Masa Absyar kecil dulu aku ke Algeria, lama juga. Kali giliran Akif ni, lebih lama sebelum mereka bertiga aku terbangkan ke sana hidup bersama di wilayah Saudi Arabia.

Tanah pasir yang menjadi kubu ummat Islam, tanah para nabi. InsyaAllah, tanda-tanda kebangkitan agama rasional dan scientific dah semakin nampak sekarang walaupun sesetengah tempat terpaksa membayarnya dengan nyawa dan harta benda. Ummat Arab dah lama hidup dalam selaput hipokrasi agama yang kronik, tiba masa untuk menetas dan keluar ke alam realistik. Penetasan mentaliti kita dah nampak di mana-mana, semoga Islam baru akan menjatuhkan kezaliman penguasa. Apa barang perempuan tak bley pandu kereta?

Aku harap aku dapat berbakti kepada masyarakat Arab. Dapat juga menimba ilmu dari tingkap mata orang Arab moden, agar dapat beri inspirasi untuk nanti pulang ke halaman menabur bakti. Juga aku harap dapat coret lebih banyak di sini cerita dari padang pasir dan menyiapkan manuskrip lebih pantas dan tenang.

Terima kasih membaca dgn tetap di sini. Harap apa yg aku sebut, boleh menjana something dalam paradigma korang. Adios!

Isnin, 25 November 2013

#Eksotikata, Zine dan Khairi Jamaludin

Selepas keluar di Astro Awani, aku rasa semua penduduk Malaysia tahu Sabtu lepas berlangsung eksotikata di Rumah Pena, belakang restoran tupai-tupai. Aku sampai pukul 2 petang tu, lengang lagi dia punya scene. Nak masuk pukul 3 tu, puak-puak seni mula buat perangai pelik depa.


Aku ni jurutera. Dwg CAD aku tahu la. Apatah lagi bunyi centrifugal pump yang bearing dia lari. Akan tetapi. Bila dibacakan puisi aku jadi ayam berak kapur juga la sekejap. Kena pula puisi k-pop, yang sekejap baca puisi, sekejap dia menari stail bebudak muda sekarang. Aku pening apa benda ni apa benda?? Tapi aku terima seni ini sebagai produk qada dan qadar yang Allah tetapkan untuk wujud atas muka bumi-Nya.

Ini percubaan pertama penganjur buat eksotikata. Pastinya, dengan sambutan segila itu, tahun depan mesti ada lagi, lebih umph. 


Okey, rahsia dia, aku berpanas berembun itu sebenarnya menunggu Fazleena baca puisi kat pentas. Cilaka, depa letak slot dia lepas Isyak, aku tunggu semenjak sebelum Zohor. Peh. Korang kenal kan si Faz @fazleenaH ni. Femes dah aku rasa dia. Aku stalk je dia, tengok tengok dia duduk atas lumut. Dan kali kedua tengok makcik ni melontar puisi, pertama dulu di Boco, memang buat bulu leher meremang. Kalau takde bulu leher, pilih bulu lain. Pendek kata, susunan nada, iringan muzik, kena pada intipati puisi yang deep... ruh dia tu ada. Macam dengar terawih kat Madinah, yang kalau faham.

Di Eksotikata juga aku beli zine pertama, paranoir. Dua student UITM bikin. Aku ni sebenarnya tak tahu apa benda zine ni nak sebut pun tak reti. Untuk feed curiosity, aku beli #paranoir. Dia sejenis puisi tapi ditulis dalam bentuk grafik. Bentuk tu aku tak kisah dia nak ukir dalam bentuk buah pisang ke apa, tapi yg penting isi puisi dia tu yang perlukan perhatian. Aku perhatikan, sambil korek sikit-sikit dua penulis Zine ni sambil makan spageti, mereka ni diam diam periuk api. 


Dalam comel serta diam kudus tu, sebenarnya mereka sedang memendam bara seni tahap rajawali dalam kepala. Depa ni kalau buat bini, kamar kau akan berombak kencang dengan seni-seni tempur. Puisi yang memikat berhati-hati walaupun lantang. Great work, great art. Meh aku belanja satu puisi power diorang. 

kredit: @kikihusin @tiqazulkifli dan @akuskizo

Jadi, keseluruhannya, aku berpuas hati dengan eksotikata. Apatah lagi dengan kehadiran KJ pada waktu dekat dekat Asar. Aku respek KJ, sama berat aku respek Rafizi. Aku tak bimbang dengan demokrasi kalau depa berdua lead. Aku tweet seketul gambar dengan KJ dengan hashtag #eksotikata, tuit tu yang paling banyak di RT dan favourite sepanjang aku main twitter. Harap-harap KJ baca dan promote Kasyaf dekat parlimen. 



Khamis, 21 November 2013

Hikari tanya skrinshot sampai mana... sampai sini ha.

manuskrip sambungan mana? skrinshot sikit tengok sampai mana dah? hehe..
ReplyDelete


Okey la, sikit update...






Selasa, 19 November 2013

Haters yang ada di mana saja

Masa zaman pilihanraya hari tu, si hamka kereta mayat ikut serta berpolitik, hentam PAS dengan isu kliche dan bila kita balas balik dia punya pengikut tu peh, back up maulana dia taraf ayah pin punya back up. Bila PRU dah habis, puak-puak haters ni korang nampak masih keluar masuk lagi blog ni tak puas hati.

Kat dunia ni memang banyak spisis bangang macam ni lebih-lebih lagi orang Islam ortodoks. Bila dia start emosional logik sebesar bapak mana pun dia dah tak nampak. Dia punya iman tu dah masuk taraf wali jadi bila orang persoal tu kira memang mintak masuk neraka free la tu.

Agama ni macam pedang, dia punya mata tajam dia tu ada kat belakang depan. Boleh hiris musuh, pedang yg sama boleh hiris diri kau sendiri. Manusia jadi bangang bila dia beragama pakai kepala lutut tak pakai otak. Dia punya mentaliti kira semua maulana dia buat semua betul, yang berbeza dengan mazhab dia semua salah. Kira efficiency antara imam dia dan Tuhan tu 100%.

Quran bila start diturunkan dia start dengan ayat logik. Ayat basic tentang alam, tentang bagaimana alam berfungsi. Kemudian sedikit baru follow ayat-ayat madaniah yang jelaskan syariah, muamalat, feqah dan falsafah. Jadi kita sebagai manusia kena install 'asas logik' natural dulu dalam kepala baru boleh fikir fasal agama. Agama kalau sekadar jadi ikutan jadi macam middle east sekarang lah. Orang Arab layan tetamu baik betul, tapi selipar masjid hilang juga sebab mereka ini ahli budaya, ikut skrip bukan atas kesedaran sivik seperti European.

Allah buat alam dengan kadar - ratio, nisbah, formula, atau equation. Semua benda dari sebesar-besar galaksi sampai ke sekecik-kecik atom, elemen-elemen alam ini semua ada properties, ada fungsi yang boleh di patternkan menggunakan matematik. Termasuklah manusia itu sendiri. Manusia ada pattern, ada fungsi sosial yang ahli psiakiatrist boleh predict. Sebab kita semua, termasuk alam ini dibuat Allah dengan qadar masing-masing. Ini hukum alam. Ini sunnah Allah.

Maka, Nabi pun pesan sudah, jika mahukan dunia, hanya dengan ilmu. Kalau mahukan akhirat pun, hanya dengan ilmu, bahkan kalau mahu berjaya di kedua-duanya, hanyalah dengan ilmu. Muslim ortodoks apabila hurai hadith ni dia letak agama dalam braket, selepas ilmu jadi ... ilmu (agama) ....

Sesungguhnya yang paling tinggi rasa taqwa pada Allah itu adalah ahli ilmu - 35:28

Muslim ortodoks lalu letak (agama) selepas ilmu nak beritahu yang paling bertakwa yang Tuhan cakap tu orang yang berilmu agama macam fekah, tauhid, dan tafsir, bukannya biologist, mathematicians, doctors, atau engineers. Padahal ia umum, knowledge. Ilmu semua ilmu yang bermanfaat, yang mendekatkan rasional manusia ke arah Pencipta. Of course, yang paling dekat dengan Pencipta adalah mereka yang mengkaji penciptaanNya.

Afala yanzuruuna ilal ibili kaifa khuliqot?
Tidakkah mereka tengok pada binatang unta itu, bagaimana ia dijadikan? 
Wa ila ssamaa i kaifa rufi'at?
Dan langit bagaimana ia ditinggikan?

Bila manusia mengabaikan sistem logik, mengabaikan natural basic structure yang otak mereka perlukan untuk memproses data berbentuk teks, idea manusia, perbincangan manusia, manusia itu akan jadi bangang macam haters yang datang dari blog kereta mayat. Ini puak-puak perasan alim berfikir guna kepala lutut, otak letak tepi. Apa orang tulis dia tak baca tapi dia just komen nak tunjukkan dia tu power walaupun sebenarnya dia membodohkan diri sendiri. Orang berilmu semakin lama akan rasa semakin jahil, tapi orang jahil memang takkan tahu dia jahil. Narcissism.

Apabila orang Islam mula start tewas di segenap pelusuk dunia, itu kerana qada dan qadar yang Allah telah tetapkan. Nabi sudah lama predict benda ni. Apabila sesuatu kaum itu bangang dan taklid buta, menyekat ilmu berhujah dengan bebas agar dikekalkan mentaliti bermazhab, melayan ustaz seperti paderi yang tahu segala benda, meletakkan cendikiawan ilmu sains taraf kedua, kaum ini akan jadi bodoh dan akan pupus hanya kerana natural supply-demand curve. Bumi bukan makin besar. Populasi bukan makin sikit. Sumber alam bukan makin banyak. Last sekali, yang paling effisyen akan ada peluang. Yang lembab akan pupus. Benda ni dah jadi dulu di Mekah, di Rom, di Jurusalem, berulang-ulang kerana ini sunnah Allah, hukum dunia, hukum yang fixed, takkan pernah berubah.

Inilah sunnah Allah, hukum yang sama kena pada orang-orang sebelum kamu. Dan kamu takkan sekali-kali nampak pada hukum ini sebarang perbezaan. - 33:62 (Ahzab)

Jadi last sekali pesan aku pada haters berbentuk anonymous, pergilah buat kerja yang lebih berfaedah. Salam.

Khamis, 14 November 2013

Evolusi manuskrip Kasyaf terbitan FIXI

Ramai juga pembaca tanya berapa lama ambil masa untuk menghasilkan skrip Kasyaf. Jadi jawapannya aku biarkan gambar yang berbicara.


Ketika diwawancara oleh @gafafilafofo di KB1M tempoh hari aku jawab tempoh menghasilkan Kasyaf selama setahun setengah. Sebenarnya, 1 tahun 9 bulan. 

Setiap dokumen aku save sebagai new version bila ada perubahan major. 

p/s: tengok apa dia tajuk asal dokumen, 'Milah mati hidup balik'... haha. aku pun dah lupa apsal tajuk tu keluar. Belasah je rasanya. 

Ahad, 10 November 2013

Apabila minat in synch dengan earning

Kadang yang jadi jurutera bukan sebab minat tapi sebab nak makan gaji. Kalau jenis yang minat memang dapat tengok fokus dan komitmen beliau yang sangat power.

Aku perhatikan, sesetengah staf di mana-mana company dia punya motivasi hanya bergantung pada duit, passion tak ada. Kerja separuh jiwa, bila gaji slow banyak pula masa tenaga dia merungut dan mengumpat di kafe, di vending machine, di kubikel memang sudah maklum. Dah kalau tak suka blah saja lah pergi kampeni yang lebih bagus ye dak.

Minat, passion, kejiwaan menjadi tonggak pada kita punya attitude pada kerja. Kalau dah kerja sebab terpaksa, memang cari masa mengulor saja.

Manusia akan jadi hebat bila dia follow jiwa, dia berusaha mengikut apa yang dia suka. Allah buat kita unik. Kita lahir random dalam ekosistem yang bervariasi. Kita membesar dalam suasana spesifik, pengetahuan kita lalu spesifik dan akhirnya bila dah baligh kita pun tahu apa yang kita nak capai. Benda ni bukan benda main-main. Ini tugas diberikan Tuhan. Mak bapak kena monitor sejak kecik anak dia cenderung ke mana.

Minat aku pada fiksyen semenjak kecik. Di bangku sekolah darjah tiga lagi aku dah start buat suite power rangers aku sendiri guna kotak biskut. Adik beradik aku yang lain takde imaginasi macam ni. Di tahun lima aku dah terbit novel sendiri. Aku tulis sendiri, aku terbit sendiri dan aku baca sendiri. Cerita seram. Aku tulis di buku 555.

Jadi bila dewasa aku nampak ini passion aku. Ini jiwa aku. Ini acuan yang di mana aku dibentuk jadi manusia. Aku jadi jurutera lebih kepada kerja dekstop, you know, report, project modeling, analysis dan design.

Kita semua ada keunikan. Ada kejiwaan, yakni passion dalam sesuatu perkara. Kita tak pilih benda ni. Ia gifted, satu anugerah. Ia ada dalam jiwa, hati nurani. Jadi ini seolah-olah wahyu dari Tuhan jika kita ini Nabi. Namun untuk orang biasa, 'pencerahan' lebih sesuai. Jangan tipu diri sendiri. Go for it, whatever it takes.

Hidup sangat best jika minat kita menjadi kerja, menjadi value dalam masyarakat dan untuk itu kita dibayar. Minat kita karier kita. So powerful. Tak perlu memaksa diri punch card pukul 8.30 dengan muka sembap.

Aku bercita-cita untuk menulis buku yang mengubah hidup orang Melayu. Mengubah manusia. Buku yang mencipta satu ruh dalam fikiran semua orang untuk sama-sama bersatu pada dasar yang sama, agama yang sama tak kira ia bernama apa. Buku itu akan aku usahakan.


Selasa, 5 November 2013

Hukum jual babi di kawasan orang Islam

Daging babi ni dimakan oleh orang cina, india dan lain-lain. Jadi tak salah kalau mereka nak berniaga babi, dan makan babi di tempat awam. Seperti kita makan lembu di kawasan yang ada umat Hindu.

Come on, it is just a meal. Okey?

Apa yang susah sangat nak terima kehadiran babi di muka bumi Allah ini? Apa babi ada sejenis elektrik yg merenjat tangan kita tatkala kita orang Islam menyentuhnya atau apa?

Kita dah terlalu sensitif, sampai hilang akal. Dia nak berniaga sama-sama pemakan babi biarkanlah mereka harmoni sebagai mana kita mahu aktiviti sosial kita harmoni ke masjid, melaungkan azan, dan menyembelih lembu besar besaran di hari raya haji.

Salah jadinya kalau dia sua-suakan promot sup bah kut teh ke depan kita orang Islam yang memang jelas wajah kita orang Melayu tiada sikit pun rupa cina. Then different story.

Ahad, 27 Oktober 2013

Novel terbaru Xarine - Kasyaf

Ya. Khairi Mohd, bukan lagi Xarine. Hopefully keywords tajuk ni terjumpa oleh mereka yg follow Xarine di Jemari Seni.

Aku kini menulis dengan Fixi, novel pertama - Kasyaf.



Kasyaf adalah kesinambungan daripada Yuda di Padang Maya. Jika Yuda pengembaraan manusia ke alam jin, Kasyaf pula sebaliknya. Kisah jin-manusia ini berbentuk trilogi. Dua lagi buku akan diterbitkan, sambungan dia lah. Jadi untuk follow perkembangan novel Khairi Mohd, boleh follow di facebook (search Khairi Mohamad) dan twitter @1khairimohd.

Pembikinan Kasyaf selama setahun setengah membawa aku ke Agensi Nuklear Malaysia. Walaupun tak boleh masuk ke TRIGA, tapi sinar gamma dalam tu aku boleh rasa guna kasyaf. Peh. Aku punya konsep nak bawa orang baca benda-benda akademik, yang aku gaul jadi novel. Pada masa sama, ia kena ada ruh. Iaitu pengajaran dan teladan. Kan.

Aku mengantuk sebenarnya ni. Untuk urusan pembelian:

Sila hubungi @1khairimohd atau whatssap di 0162033009

Stok #Kasyaf masih ada setakat 27 Oct, tak tahu la besok masih ada ke tidak. So, sila PM cepat-cepat. Harga RM24, RM6 pos semenanjung = RM30 kesemuanya. 

Bank maybank 153010280533
Atau CIMB. Sila SMS, PM, atau Whatsapp. Okey.







Pelbagai reaksi

Memang di akhir bab, aku akan reveal saspens utama iaitu menatang apa Lakhus ni. Cuma persoalan lain ada tergantung yang disimpulkan pada perkataan bersambung. Salsabila ke mana, Lab Four, dan lembaga apa yang keluar merayap dari Lab Four. InsyaAllah dalam sekuel semua ada, katup kes.

Sekarang aku paham perasaan Yusri KRU. Bila cuba buat filem canggih kena kutuk. Tak de la canggih pun Kasyaf ni, tapi bila kita cuba lari dari genre biasa, orang akan react nak tiru orang putih. tak original. 

Kasyaf berlaku di Bangsar, Shah Alam dan Dengkil. Konflik melibatkan nuklear, benda yg kita dah ada semenjak 1981 lagi. The whole book is about Malaysian, original Malaysian's stuff. Lokasi semua dilawati dan dicatit dan kalau trace Jalan Permata tu, korang akan sampai ke Villa Quasar versi real. Dan ia digarap secara fast pace thriller, real time. Benda ni orang Melayu yg baca Adam dan Hawa tak biasa. 

Buku tidak boleh kosong. Ajaran moral, teknologi, dan certain knowledge, mesti kena ada. It is a research, yang perlu diproses menjadi cerita tak kaku macam buku teks. Jadi sesetengah perenggan akan ada sedikit literature, benda yg sinonim dalam buku-buku Stephen King atau Dan Brown. Kasyaf ditelaah dua peringkat, oleh beberapa individu yg fasih tentang bahasa, dan nuklear. Korang boleh bezakan susunan frasa dia macam mana, dan kualiti ayat yang digunakan. Ia bukan kerja aku, kerja editor-editor Kasyaf. Aku lambak je, edit sikit-sikit. 

Aku pernah baca komen berkenaan novel Inferno. Buku tu power. Tapi haters Dan Brown akan cari sedikit opening untuk condemn, highlight the boring part, forget the rest. then the whole book is like a trash for them. All the page turner, the actions, the imagination that brought up in 600 pages, evaporated into nothingness. Mereka percaya ini adalah untuk balance up the community response jgn nampak power sgt. 

Terima kasih Pingu, my best friend that brought up two sides of the novel. Dia kasi tau kelemahan, dan at the same time, dia juga petik part mana yang buat dia baca novel tu sampai habis. At least, kita rasa balance dan tak lah teruk sangat. At least, it has a value than a mere zero. 

Alhamdulillah, setakat ni respon tu okey. Thanks for all the support. Thanks FIXI.





Khamis, 17 Oktober 2013

Dapatkan Kasyaf dari penulis sendiri




Untuk urusan pembelian, sila hubungi:

Twitter - @1khairimohd
Whatssap / SMS - 0162033009

Harga RM20, RM6 pos semenanjung = RM26 kesemuanya. 
(RM10 untuk pos ke Sabah dan Sarawak)

Bank in jumlah tersebut ke: 

153010280533
Mohd Khairi Mohamad

03060031275529
Zarine bte Zakaria









Ahad, 13 Oktober 2013

Kasyaf - The making of...

Terima kasih pada semua pihak yang bertungkus lumus turut serta dalam menerbitkan, meng-edit, dan mempromosi novel Kasyaf. Terutama pihak Fixi, Lejenpress dan gerak budaya.


Pada aku semua kita unik dgn cara masing-masing. Allah bagi kebolehan tu untuk kita polish dalam keadaan syok, maksud aku, kita suka apa yang kita buat. Dan produk dari hasil tangan kita itu pula cantiknya boleh digunakan orang lain untuk menambah kebahagiaan mereka. Steve Jobs, Zuckerberg, Bill Gate, Alexander Graham Bell dan Mendell, mereka semua ada budi pada dunia. Tengok aku petik nama besar masing-masing dah faham.

Korang semua ada keunikan, passion, minat mendalam. Jangan sia-siakan. Hasilkan sesuatu. Aku bekerja sbg jurutera menjalankan tanggungjawab, ikut jobscope yg ditetapkan. Namun personally, skill aku paling power adalah berkhayal, sebenarnya. Aku pernah berkhayal atas pokok mangga, sebuah filem dari awal sampai akhir aku layar dalam kepala je. Rilek je.

Aku start tulis novel di sekolah rendah dalam buku 555.

Di sekolah menengah aku suka tulis surat layang ke gadis. Woho.

Kasyaf ni sebenarnya sambungan novel Yuda di Padang Maya. Tapi aku terpaksa ubah sikit nama watak utama. Professor Zack semasa remaja dulu dalam Yuda dipanggil Don, pendekan Riduan. Daiyyan adalah Zamsari. Alissa jadi Marlisa, Azmi dan Amsyar dikekalkan.

Kisah jin dan manusia ni diwujudkan dalam bentukTrilogi. Manuskrip asal yg ada pada aku ni ada 3 bhg. Kasyaf ni episod nombor 2. Yuda first. Dan yang ketiga adalah lebihan daripada manuskrip Kasyaf yang terpaksa dipotong pada 90k patah perkataan untuk dimuatkan dalam frame 424 page maximum oleh FIXI. Maka Kasyaf terpaksa dibuat dengan 'Sambungan'... 50k skrip tunggu untuk aku finalize, yang mana kalau untuk Kasyaf aku terpaksa ke banglo Khir Toyo dan Agensi Nuklear Malaysia untuk tulis, sambungan Kasyaf perlukan aku pergi ke Kedah pula. To make my elaboration as real and vivid as possible, I have to see them, talk to them and understand them.

Thanks ramai tweet suruh cepat2 sambung. Hoho. InsyaAllah, dalam masa setahun akan diusahakan untuk prekuel iaitu buku pertama "Yuda" yang telah dilayar semula menggunakan teknik fast pace thriller. Prekuel Kasyaf tidak sama dengan Yuda di Padang Maya. Ini skrip baru, totally new. Cuma trilogi ini akan mengambil lokasi penggambaran sama Hijab Kabir dan para jin semua di Naruka, Tranta dan Mohahasak.
Dunia ini dah berlumut wujud dalam kepala aku. Dalam kepala aku mereka wujud, berjalan dan berak. Siluma itu ada.


Aku kan pakar khayal. Klos-klos, Oggur dan sistem biologi masyarakat jin dah sebati dengan imaginasi aku. Inilah basic ingredient untuk Kasyaf, Yuda dan episod 3. Beberapa terma dan konflik dalam Kasyaf akan diperincikan dalam Yuda. Mengapa Marlissa buta. Siapa yang tulis nota di meja Datuk Hashim. Siapa sebenarnya Silfia (page 276). Apa itu klos. Di mana Tranta, dan apakah betul Tranta itu sangat cantik dan damai. Siapakah Siluma Bosburor Tagalian dan apakah sebenarnya pseudosains yang kononnya menyatakan sains spiritual jin menembusi hijab jin-manusia, bukan manusia. Dan seterusnya, apa itu kitab sihir kesepuluh.

Jin makhluk spiritual. Makhluk yang mampu keluar dari jasad mereka dan merentasi ruang hollow untuk mampir ke dunia manusia dan merasuk manusia. Jin hidup dalam sistem ekologi yang berevolusi pada paksi spiritual, bukan logik. Mereka menggubah tamadun pada proses biologi, dari sebentuk paku sampailah kepada tali leher... produk mereka diproses menggunakan fungsi biologi. Manusia evolve pada paksi logik di otak kiri - komputer, mesin, fizik, dan matematik. Jin lebih ke kanan dan mistik - aura, Qi, energy dan ruh. Aku akui benda ni kedengaran gila bila aku mula masukkan teori kuantum, 7 dimension dan hukum cahaya untuk sokong teori fiksyen aku. Aku mahu gaul dia agar bila dibaca kedengaran saintifik walaupun semua lebong belake.

Itulah fiksyen. Star Trek pun buat mende sama. Tak caya tanya Spock.

Aku harap Kasyaf sesuai dengan citarasa majoriti pembaca mahu pembaharuan dalam industri penulisan melayu. Terima kasih.


Khamis, 3 Oktober 2013

Mr Bean masuk Islam? - Jawapan PA dia

Bila ramai tanya dekat FB dan twitter, aku pun tanya google. Laman web israel kemudian tanya sendiri PA Prof Rowan Atkinson atau Wan Atkinson Wan Abdullah wannabe, dan ini reply darinya:


Penganut Islam skrg kebanyakannya kanak-kanak jadi benda2 hip macam ni memang kesukaan mereka.

Khamis, 26 September 2013

Kassim Ahmad

Mungkin ada antara korang rasa aku ni anak murid Kassim Ahmad. Aku baru saja baca blog dia semalam. Aku jumpa banyak persamaan, tapi pandangan aku tidak pernah berputik dari idealogi Kassim Ahmad. Pandangan aku berputik daripada analisis sendiri. Persamaan muncul apabila point of view synch ke kiblat yg sama – truth.

Aku tak mahu kita terlalu strict dan jumud dengan agama. Aku mahu kita lebih berdikari, lebih berani sebab dunia di depan kita bukan makin selesa. Aku mahu kita semua cabar retorik agama. Semakin kita matang, semakin kita lantang. Kita lantang bukan lawan Tuhan, tapi melawan persepsi-persepsi salah manusia terhadap Tuhan. Kita lawan manusia. Bukan Tuhan. Manusia yang mendakwa itu ini daripada Tuhan tanpa ada alasan yang padat, menghasilkan aturan hidup yang salah dan bawa penyakit.

Orang lain jauh ke depan, kita yang di belakang masih perasan suci syok sendiri.

Apa saja bawaan manusia mesti dicabar dengan hukum-hukum jirim pemberian Allah. Retorik mesti dibahas secara empirik.

Allah mencipta bumi ini sebaiknya, dan wahyu kepada Rasulullah banyak menyuruh kita menerokai bumi untuk belajar dan ambil pelajaran. Sebab pokok, batu dan menatang adalah guru yg takkan menipu. Melalui pelakuran isotop karbon, kita boleh tahu umur fosil dalam batu dengan tepat. Kalau tanya 10 manusia, kita akan dapat 10 jawapan berbeza. Karbon tak menipu. Penicilin tak menipu. Ayam tak menipu. Ulama adalah mereka yang mengkaji ciptaan Allah, bukan yang mengkaji barang bawaan manusia. Staf-staf NASA terdiri daripada para ulama. Stephen W Hawking adalah ulama. Mereka sebenarnya ulama bukan Ust Azhar Idrus. Ust Azhar sampaikan apa yang dia belajar, tapi dia bukan pakar dalam sesuatu bidang yang spesifik. Dia baca, dia ulas sebagaimana waqi’ pendengar tapi dia tak buat analisis dan update pendapat Imam Syafie. Dia malah takut kalau berlainan. Dia bukan ulama, tetapi penyampai. Walhal ulama di NASA setiap hari update benda baru, benda baru, berkenaan alam semesta ciptaan Tuhan. Benda yang diberitahu National Geografi dan NASAlah benda yang boleh menguatkan iman. Sebenarnya. Sekiranya kamu berfikir (afala ta’qiluun).

Ulama = pakar.

Sepatutnya kumpulan pakar dalam bidang lughoh arabiah, arkeologi, cosmos (falaq), matematik, fizik, biologi (doktor2), dan kimia yang perlu duduk semeja untuk menterjemah Quran, bukan mufti. Sebiji Quran tak boleh ditafsir oleh seorang manusia, tetapi sekumpulan manusia yang pakar dalam ilmu-ilmu sains.
Ajaran yang valid 200 tahun dulu di Mesir, tak semestinya valid zaman sekarang di Malaysia. Kita kena update, progress. Walaupun ada dalil, dalil tetap dalil, yang mahu kita update adalah tafsiran terhadap dalil itu. Kalau tafsiran ayat Quran tidak fleksibel, dah lama Quran itu berbentuk kod-kod yang setebal meja tulis. Tujuan keadaan Quran begitu untuk mengekalkan variasi manusia, kerana Allah buat kita berbeza dan Quran galakkan perbezaan agar kita bermuamalat cipta tamadun dan hargai kelainan.

Kena sentiasa senyum raikan perbezaan. Budaya, agama dan idealogi. Ini semua pemberian Tuhan dari atas sana.


Khamis, 12 September 2013

Personaliti, karakter & agama.

Sebelum ke Algeria, aku ke Jeddah dulu. Ada tugasan dalam bidang kejuruteraan air RO untuk manfaat populasi di padang pasir. Selama kat sana, sambil-sambil makan kebab, aku perhati kehidupan masyarakat Arab serta perangai mereka. Generally, mereka ni kaya budaya tetapi kurang karakter. Benda basic yang banyak tergendala.

Bab makan cukuplah. Diorang makanan bersepah. Nak makan sekor ikan, mereka ambik dua. Satu untuk dimakan, seekor lagi memang purposely untuk dibazirkan. Majoriti memang begitu. Lepas makan lap tangan pakai tisu tohok bawah meja katanya ada khadam yang akan sapu, merujuk kepada pekerja Bangladesh. Banyak lagi kalau nak cerita bab sosial, pekerjaan dan sivik.

Pada masa sama kita dengar cerita dari Europe yang lain bunyinya contohnya taman mereka langsung tak ada sampah; tukang sapu sampah pun tak ada. Di Korea, tandas berair itu dianggap kotor walaupun air itu jernih lelehan paip. Kering itu bersih, maka tandas awam diorang kering tak ada air. Kalau tumpah cepat-cepat dilap.

Kat Algeria tandas awam pun tak ada sebab membina tandas dan caj orang terdesak mahu kencing itu satu perbuatan terkutuk di sisi agama. Jadi lebih baik tak ada tandas? Over there, that logic works perfectly.

Aku tak rasa sikap dan perangai ini ada kaitan dengan agama sebab sebenarnya dalam dunia ni majoriti orang tak mengamalkan agama mereka. Kalau ada yang istiqomah pun, mereka berselisihan sesama sendiri. Variasi sikap manusia, faktanya, banyak dipengaruhi faktor geografi dan genetik. Agama hanya jadi kambing hitam untuk banyak perkara, itu saja.

Allah buat kita semua berbeza untuk berkenalan dan saling berkolaborasi dalam pembinaan ketamadunan. Sana banyak epal, sini banyak durian... kita pun exchange nilai-nilai ini merentasi lautan.

Perbezaan buat hidup happening bukan macam spesis kuda belang. Evolution. Allah yang tetapkan set-set hukum biologi di bumi menyaksikan kita semua evolve dalam iklim dan ekosistem berbeza sehingga jadi berbeza... justeru tak salah untuk kita jadi diri sendiri. Kau nak pakai jubah, kau pakailah. Aku orang India maka aku pakai kain pelikat. Kau makanlah French fries, aku suka kari kepala ikan.

Namun pada satu hal Tuhan kat atas sana suruh semua manusia bersatu.

Apabila korang melancong, korang nampak lain bangsa lain makanan ruji mereka bergantung pada lokasi populasi mereka dan ekosistem. Orang Europe makan gandum, orang Asia makan nasi. Di China, selain babi, mereka juga makan kucing, anjing, monyet dan apa saja yang ada kaki dan bulu. Di Bandung, mereka makan ubi kayu setiap hari dan minum teh O tanpa gula. Aku minta gula, awek Bandung jadi tak tentu arah cari gula di dapur restoran. Di Algeria, mereka makan escargot, udang pula mereka tak makan.

Now think. Walaupun makanan manusia pelbagai, zat-zat makanan yang diserap tubuh adalah sama. Makanlah apa pun, yang sebenarnya diperlukan badan manusia hanya beberapa perkara yang asas, tak kira kau Jepun ke, Melayu ke, India ke, Icelandic ke, adalah sama. Otot kita duplicate sel dengan protein, tulang memerlukan kalsium, darah memerlukan ferum, lendir memerlukan apa benda tu... semua sama. Walaupun makanan yang disumbat ke perut berbeza.

Manusia boleh hidup sihat hanya makan vitamin tak ada masalah tapi manusia gila pun tak akan buat macam tu. Yang buat proses makan jadi seronok adalah sambal belacan tu walaupun yang menyeronokkan itu akhirnya keluar jadi tahi saja.

Rupa luaran kita berbeza ada pendek ada tinggi, ada hitam ada kelabu. Tapi organ dalaman kita yang menjalankan fungsi penting tetap sama. Kita lalu boleh menderma organ dalaman kita selepas mati. Paras manusia yang berbeza menjadikan manusia bersuku-suku. Perbezaan budaya manusia ini buat hidup mereka happening, business running, dan seronok travelling try sushi, try kebab, try ulat sagu upload ke Youtube. Tapi sistem fisiologi basic manusia yang cukup penting memegang nyawa itu... semua sama. Jantung, hati, pankreas, ginjal, testis... semua sama.

Dan bercakap berkenaan akhlak, kita pasti berbeza personaliti tetapi karakter yang kita perlu ada adalah sama.

Budak-budak boleh diajar jadi guru, saintis, doktor, askar, dan seniman bergantung pada kebolehan akal mereka, tetapi untuk pastikan mereka berjaya mereka perlukan basic karakter atau attitude yang betul. Attitude yang betul adalah attitude yang sama tak kira nak jadi cikgu ke doktor. IQ kita mungkin power, tapi EQ benda berbeza. IQ itu sambal belacan, EQ itu protein. IQ akan build up personaliti, EQ akan bina karakter. Personaliti itu variety kita, perbezaan kita yang buat populasi kita happening. Karakter adalah asas nilai seorang manusia; macam vitamin dalam makanan. Macam organ dalaman.

Arabs menang personaliti, karakter fail. Menjadi budaya mereka muliakan tetamu dan memang betul-betul kita dilayan bagai raja, tapi kalau ke masjid selipar hilang juga.

Dalam dunia ini, generally ada dua properties untuk sesuatu benda yang diciptakan Allah... major dan minor, main dan sub, first priority dan second priority..

Fundamental dan supplementary.

Okay...

Apabila korang melancong lagi, korang nampak lain bangsa manusia lain amalan agama mereka. Kalau ke Eropah, rata-rata manusia menganut Protestan atau Katolik yang bagi mereka Kristian adalah satu ajaran yang suci. Kalau ke Turki atau Lubnan, konfius sikit. Kalau ke Jeddah, UAE, dan negara Arab berdekatan, mereka menggelarkan diri mereka orang islam yang suci dan wajib ke syurga. Kalau ke Iran mereka menganut Islam syiah yang suci juga. Kalau ke Malaysia, kita lihat ada orang Islam yang agak pelbagai dan mereka semua suci, agama lain mereka anggap sampah.

Kalau terlebih sambal belacan, ia jadi meletihkan...

Agama sepatutnya berbentuk kod bukan falsafah. Spesifik kod yang diwajibkan patuh jika tak mahu dihukum bunuh guna petir atau bah besar. Ini soal syurga neraka maka beragama itu wajib. Jika Allah mahu semua manusia sembahyang, adalah sangat logik jika Allah buat otak manusia cukup-cukup untuk mereka sembahyang macam brader plastik kat tepi hiway under construction yang lambai bendera merah bergerak guna bateri. It fit its purpose perfectly.

Lalu tak perlu guna otak, tak perlu bertafakkur akan kejadian langit, dan tak perlu berkreativiti sebab kod-kod sudah ada. Akan tetapi, mana-mana agama tiada kod spesifik. Semua fleksibel, bervariasi... sehingga pattern agama mengikut budaya dan geografi.

Cuba keluar sekejap dan lihat dari sudut yang luas dan neutral. Semua agama asasnya sama. Semua agama mengajar manusia membina karakter yang baik agar kita berpersonaliti dan bersosial dalam komuniti yang adil. Seperti budaya dan makanan, agama turut kena tempias sama. Apabila merentasi bentuk muka bumi yang pelbagai manusia turut menerapkan kretiviti masing-masing agar penyampaian kod-kod agama mereka sampai. Lalu benda basic kini ada flavor. Macam Scott Emulsion letak oren dalam cecair DHA agar budak minum.

So, guys, with our capacity as the most advance human on Earth, can we, Malays, Chinese, Indians, spot this clear message? What is the end goal of religion? The protein or the flavor?

Be different but don’t alter the basic design.

Awak boleh modify kereta awak ikut suka awak, tetapi jangan sampai skirting bumper depan block lubang angin untuk combustion. Kereta cantik start tak boleh langsung tak guna. Awak boleh pasang personaliti yang bergaya dan unik tapi jangan sampai gadai karakter, jangan sampai mencuri, menipu, merogol.

Manusia sentiasa dalam denial. Orang lain mati, seorang tak boleh terima diri sendiri mati. Kita terlalu mahu dikenali sebagai seorang pengikut agama yang suci sehingga kita lupa objektif sebenar agama. Kita terlebih sambal belacan, lupa bahawa yang kita perlukan hanya vitamin itu.

Rituals, perselisihan pada qaedah, amalan-amalan unik dalam agama hanya supplementary yang buat sesebuah agama itu unik. Namun dasarnya hanyalah sunnah Tuhan iaitu:

To work the way natural things work, to live the way we are created to live.

That is basically religion, dan Islam, mengikut apa yang aku fahami, agama paling neutral dan fleksibel dalam dunia. Certain people dalam Christian dan Yahudi akan mendapati benda sama bila mereka kembali ke asas agama, bukan ritual sampingan. Most of the time, bila jumpa kawan-kawan lain agama, kita akan bercakap benda sama. Tuhan, ya, Tuhan atas sana sama saja, I can be right, I can be wrong, either way, the Guy up there is always the same Guy. Walaupun ada seribu agama atas dunia dengan seribu tuhan, Pencipta semua manusia adalah Pencipta yang sama.

The whole world is designed by the same architect.

Semua manusia mati. Tapi tak pernah ada lagi manusia mati hidup balik dan cerita alam sana bagaimana. We just speculate the things, mereka yang terdahulu yang speculate things up --- assumptions.

Dalam Islam, semuanya metafora. Kiasan. Akhirat, alam kematian diterangkan dalam bentuk metafora, sesuatu yang kita tak boleh tahu guna logik, tapi diceritakan guna benda yang kita boleh faham dan perkaitkan.

Islam mengajar kita mengenal Tuhan pada kuasaNya, pada luar-logik kewujudanNya, pada sifat-sifat sepatutnya yang Dia ada. Bukan pada nama. Tuhan tiada nama Khas Allah. Apa saja tentang Tuhan tidak mutlak sebab siapa kita untuk tentukan sifat Dia di sana? Rasulullah cuma membawa satu persepsi yang paling adil buat Pencipta, assumptions yang lebih tepat dan logik, jauh lebih rasional daripada batu dan pokok. Tuhan kita semua, Entiti yang telah start off the Big bang, the Evolution, dan apparently yang telah susun cerita hingga kita semua tercipta... adalah Entiti yang sama. Itu fakta. Apa yang disarankan agama masing-masing... itu persepsi yang masing-masing cipta. Faktanya, wujudNya di atas sana... none of our business. Dalam Islam, semua adalah kiasan agar benda yang tak logik itu kita boleh imagine guna logik.

Jadi kenapa nak berkelahi kerana benda yang hanya kita assume?

Setiap tamadun ada cara penyampaian mereka berkenaan hukum civil, keadilan dan kemanusiaan. Manusia mesti hidup dan berinteraksi sebagaimana cara yang telah ditentukan Allah dalam genetik mereka – fitrah. Awak boleh jadi unik, tapi jangan breach fitrah. Awak boleh makan apa saja, tapi jangan makan antitesis pada vitamin iaitu racun. Ini sunnah kejadian Pencipta.

Manusia, makhluk ciptaan Allah yang paling advance, telah diberikan kebolehan universal iaitu fitrah dalam hati – honesty, responsibility, amanah, ehsan, dan empathy. Yang mereka sebut character dalam buku motivasi. Ini pemberian Allah dalam jiwa. Kita rasa naluri ini personal, tetapi ia general. Semua manusia ada naluri yang sama walaupun mata warna lain-lain. Ini value asas kita sebagai manusia, yang mana kalau value ini rosak, rosak lah manusia seluruhnya. Apabila value ini rosak, matanya akan jadi buta, telinganya pekak dan dia sesat seperti hewan. Semua ini diterangkan dalam kitab.

Islam mengajar benda basic, tetapi rentasan budaya manusia mempertaruhkan kretiviti masing-masing dalam bertajdid buat agama kebelakangan ini jadi sukar dan tidak relevan. Allah beritahu apabila kita berselisih pendapat, get back to My design. Sama juga, apabila berselisih tentang kesesuaian aksesori kereta pun, we must get the manual/drawing... refer to original design. Does our modification breach design parameters.

Apabila kita berselisih pada tafsir, kita kena kembali kepada Allah. Apakah kita dah breach sunnah Allah? Sebab itu, sebarang perselisihan pada furu’, tolong kembali kepada logik, kembali kepada aturcara natural yang Allah sisipkan pada kejadian alamNya. Hadis bahkan ditolak jika tidak logik. Hanya ini rujukan kita yang tak pernah berubah/terjejas semenjak dahulu. Sunnah Allah wujud zaman millenium, sunnah yang sama wujud semenjak zaman Nabi Musa dan tongkatnya. It is the same logics since the beginning, justeru mana-mana riwayat bercanggah sunnah Allah itu hanyalah creativiti manusia – tokok tambah.

Trust me, baca 1000 biji kitab tentang najis still tak sama dengan kita ambil sendiri najis itu letak bawah mikroskop dan kita kaji bahan kimia dalam tu. Baca buku, kita baca rumusan manusia. Akan tetapi... Semua kod dalam penciptaan adalah bahasa rasmi antara Tuhan dan manusia.

He created things that our brain can read.
Cuba tanya diri tentang agama. Apakah kita jujur dalam beragama atau main ikut. How much effort we put to understand our purpose. Atau berlakon-lakon saja, berseronok, solat ikut-ikut terpaksa. Apabila agama beri effect pada seseorang yang kita sayang, mungkin ketika itu kita akan fikir hal-hal yang diceritakan para ustaz dengan penuh serius. 

Khamis, 29 Ogos 2013

Merdeka - kebebasan seperti berpakaian sesuka hati?

Perempuan bila cantik dia ada tendency nak tunjuk kat orang. Rugi kalau tutup. Ini naluri basic yang selalu dimainkan iklan kosmetik kat TV yang mana bila produk ni berjaya buat ketiak dia putih dia akan angkat tinggi-tinggi ketiak dia di tempat awam. Kalau ketiak dia ada cagu dan berbau dia nak tolong awek cantik ambil buku di perpustakaan pun dia malu.

Gula tu sedap tapi kalau makan gula banyak ginjal akan rosak. Ini formula sistem biologi ciptaan Allah yang beroperasi mengikut qadar yang telah ditetapkan. Kalau logik sistem ini kita cuba langgar, insyaAllah mati awal. 

Semua yang diciptakan Allah mengikut sunnah-Nya. Seks, keghairahan sosial, dan pergaulan juga ada hukum yang sama. Kalau ramai perempuan dedah aset dia publicly, value seorang perempuan akan drop kerana terlalu banyak supply. Electricity atau driving factor untuk membentuk sistem perkahwinan akan terancam dan keturunan manusia akan rosak. Kita menyanjung sistem sosial, sistem etika, sivik dan agama kerana mahu menjaga value diri sendiri dan semua orang. Seks bukan sekadar seronok tapi sejenis reproduction process. Jadi kena balance. Enjoy responsibly.

Sistem mesti balance. Mesti ada guideline. Macam kita ada guideline untuk ambil gula secawan teh berapa sudu, lepas tu nak exercise berapa minit dan sebagainya. 

So kalau artis berkata itu hak dia untuk berpakaian seksi di khalayak ramai, mengapa nak kecoh-kecoh... beritahu dia tindakan dia itu mewujudkan imbalance dalam ekosistem sosial cinta - antara lelaki dan perempuan. You know, bila di Lowyat peniaga cina semua set harga standard RM150 untuk Power Bank sama brand, kalau ada sorang badigol tiba-tiba jual pada harga RM40, dia sebenarnya kacau periuk nasi semua orang. So, untuk sama-sama untung mereka semua kena set satu standard yang tinggi untuk produk mereka.

Ini bukan agama, ini hanya satu logik. 

Kita tahu dia cantik. Kita tahu dia mahu semua orang tahu dia cantik, tapi jangan sampai stimulate market value kegadisan sampai tahap tunjuk cleavage. Agama suruh tutup cleavage, labuhkan selendang, pakai properly sebab bukan nak sekat kemahuan awak tapi nak menjaga pasaran cinta antara lelaki dan wanita. Saya tahu awak suka gula-gula kapas tapi jangan pagi petang siang malam mentekedarah gula-gula kapas nanti ginjal awak kong. Awak kena faham dan tahu setakat mana awak boleh dedahkan kecantikan awak, berpada-padalah. 

Respek sistem ini, bermakna kita respek dekat Tuhan.

Rabu, 21 Ogos 2013

Apakah itu sunnah Allah?

Soalan:

Kuncinya... humility. Taqwa. Redha dengan takdir Allah. Ikut jalan lurus, iaitu melakukan kerja mengikut sunnah Allah, mengikut proses (tomakninah) yang betul pada qadar tentuan Allah dan terima ciptaan Allah yang berbeza kerana sebab perbezaan mencetuskan value. Macam lelaki perempuan.


sunah Allah???
ReplyDelete

Jawapan:

Sunnah bermaksud perbuatan. Sunnah Rasulullah yakni perbuatan-perbuatan Rasulullah yang dijadikan kelaziman dan diteladani, samada berbentuk perkataan baginda, kelakuan atau diam baginda sekalipun.

Dalam frasa 'ahli sunnah wal jamaah', ia merujuk sunnah nabi SAW. Aku pula selalu sebut sunnah Allah dalam blog kerdil ni sampai ada anon tanya, tanya la tu kan, ---- sunah Allah???

Ada pelbagai syarahan panjang lebar di youtube, internet dan forum akan maksud sunnah Allah yang selalu kita jumpa dalam beberapa ayat. Cuba cari dalam Quran ada beberapa tempat disebut sunnatillah, haza sunnatallah, dan sunnatina. Bermaksud ini sunnah Allah, sunnah kami.

Pergi ke Quran.com dan search "sunnatillah". Dia akan keluar beberapa ayat mengandungi frasa sunnah Allah.



Sunnah Tuhan, perbuatan Tuhan, adalah segala bentuk seni architecture maha cantik ciptaan Tuhan pada alam ini yang mampu kita faham, dan yang masih belum kita faham. Alam ini, bumi, matahari dan hukum-hukum saintifik adalah makhluk yang telah diciptakan Allah. Justeru, fitrah kejadian mereka adalah dibuat Tuhan maka alam ini adalah satu daripada beberapa sunnah Allah yang perlu kita contohi dan teladani.

Dan pada bumi ada tanda-tanda (signs) bagi orang-orang yang yakin (dengan kuasa Allah)
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan? - [51:21,22]


Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? [88:17-20]

Apabila kita mendoakan Allah memberikan kemenangan kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir, bentuk cara pemberian itu bukanla dengan mencampakkan kemenangan berbentuk trofi kepada Morsi lalu tentera semua secara anehnya terkena taun dan mati, Hazem al-Beblawi pula mati dipanah petir dan mayatnya tidak diterima bumi. Itu imaginasi tahyul yang bersifat syirik. Dunia ini ada hukum, ada ukuran yakni takdir. Barangsiapa percaya ada kaedah lain satu hajat dicapai (selain dari sunnah Allah), kepercayaan itu adalah syirik. Dunia ini berfungsi dengan qadar tetapan Allah dan untuk mencapai sesuatu hajat di dunia kita mesti berusaha mengikut aturcara itu, bukan berimaginasi secara tahyul berdoa malam-malam agar dalam exam jawapan muncul di muka meja satu persatu sedia untuk ditiru.

Berdoa itu bersifat ruhaniah, luahan hati hamba untuk rabb. Dalam urusan kerja, semuanya tentang hemah, logik dan usaha praktik.

Sunnah Allah adalah kejadian alam, yakni hukum fizik, kaedah biologi dan juga logik matematik seperti mana yang aku hurai panjang lebar dalam topik 'science, the new religion?' Hukum-hukum logik yang menjadi asas ketamadunan US, Jepun, China dan menjadi intipati penciptaan mobil, smartphone, vaksin, space shuttle, dan pengklonan organ... semua adalah hasil daripada kajian al-kafiruun akan sunnah-sunnah Allah pada alam ini. Hukum-hukum ini sudah sedia ada semenjak dahulu, sudah kering ditulis di Luh Mahfuz, hanya menunggu higher primate evolve ke tahap pengetahuan super genius untuk utilize semua kejadian Allah ini.

[This is] the established way of Allah (sunnah Allah) with those who passed on before; and you will not find in the way of Allah (sunnah Allah) any change. [33:62] Bahasa Malaysia: Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu.

 Now, ayat 59 surah Nisa' akan jadi lebih menarik jika kita faham apa itu Sunnah Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [4:59]
Dalam sebutan asal...

fa in tanaaza'tum fii syai in farudduuhu ilaAllahi wa rasuulih, which literally means, kalau kamu berselisih akan suatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Even kembali kepada Quran, kita masih lagi berselisih walaupun sesama Islam kecuali kalau sebenarnya ayat Quran di atas menyarankan kita kembali kepada Sunnah Allah dan sunnah Rasulullah. Sunnah Allah dahulu, kemudian Rasul.

Sudah berapa lama dua mazhab berselisih akan taraf najis anjing, apakah di air liurnya saja atau semua sekali termasuk duburnya.

Argumen imam lebih tua - jika air liur di mulut itu sudah najis, tahinya apatah lagi.

Argumen imam lebih muda - air liur itu mengandungi najis yang jauh lebih bahaya dari tahinya dan air liur itu lebih muda dileset-leset merata-rata, maka yang najis itu air liurnya saja bukan seluruh badan. Hatta jika kering, anjing itu boleh dikelek macam kucing kerana kering sama kering. Bukankah dalam hadith sebut 'jilatan' saja?

Hanya kerana anjing, kita berpecah jadi dua mazhab. Kita nampak bagaimana hujah imam muda lebih teliti, detail dan advance. Ini kerana ilmu mereka sudah evolve, sayangnya tersangkak di situ sebab muslim sekarang sangat bacul untuk evolve. Mereka mampu design Proton Suprima tapi properties air liur anjing tak ada siapa berani nak study dan ijtihad. Bangang entah kenapa. Takut masuk neraka sangat-sangat sampai jadi pengecut.

Kalau sudah berselisih, mengapa tidak kembali kepada sunnah Allah?

Bagaimana? Kembali ke Quran? Atau kembali ke sunnah Allah yang menetapkan cause dan effect segala perkara?

Kita sebenarnya bisa meneropong, menganalisi di tahap mana bahayanya air liur anjing terhadap manusia hanya dengan analisa makmal. Kumpulkan semua variasi anjing dan uji kebahayaan mereka terhadap kesihatan manusia, dan jenis sabun bagaimana boleh kita guna untuk membersihkan air liur anjing. Jika kita berselisih, pembarisnya ada pada ciptaan Allah - takdir - yakni qada dan qadar yang telah menetapkan setiap fungsi alam ini, juga fungsi seorang manusia. Hukum yang sama telah menetapkan fungsi air liur anjing dan kesannya ke atas manusia maka kita kena kembali ke sistem yang satu itu untuk menyelesaikan perselisihan. Itu saja.


Rabu, 7 Ogos 2013

Islam dan hukum evolusi

Di akhir ramadhan ni, ketika orang Islam sibuk mencari lailatul qadar, seorang anonymous pula sibuk mencari kebenaran teori evolusi.

Soalannya:

salam... apa pendapat saudara mengenai evolusi? adakah saudara menerima bulat-bulat teori tersebut atau bagaimana?
ReplyDelete



Pertama sekali, menerima sesuatu idealogi bulat-bulat tu sendiri benda negatif. Ia bukan sifat manusia. Terima Ahmad konyong-konyong jadi suami tak boleh, Siti sendiri kena siasat background Ahmad semasa tempoh pertunangan. Memeluk agama secara automatik tak boleh, kena siasat seluruh ajarannya.

Tuhan bagi kita otak dan hati, agar apa saja benda yang kita tengok, dengar dan rasa boleh kita proses dan bertindak sebaiknya untuk buat keputusan, perbaiki, tambah nilai dan berkembang. Itu tugas khalifah (leaders).

input --> (proses) --> output

Apa saja proses di atas, semuanya akan dibentangkan di depan Allah kelak. Setiap input yang masuk ke aqal kita, 100% menjadi tanggungjawab kita untuk react. Freewill. Justeru, di akhirat kelak setiap orang bawa dosa masing-masing, tidak akan bertanggungjawab pada dosa orang lain.

....walaa taziru waaziratun wizra ukhra.... (6-164)

Mat Din dengar orang mengata Usop, lalu Mat Din perkaitkan umpatan itu dengan umpatan-umpatan lain serta pengalaman dia sendiri mengenal Usop (dulu Usop pernah cuba ngorat awek dia), berdasarkan rationing proses itu Mat Din ke depan berjumpa Usop dan menumbuknya. Di akhirat, Usop dan Mat Din akan bangkit di depan Allah.

"Mat Din tumbuk aku, celaka. Masukkan dia ke dalam api!"

"Aku tumbuk kau sebab aku dengar orang cakap kau nak ngorat Esah lagi!"

"Betul ke Mat Din?" soal Malaikat.

"Tak betul, boleh perlihatkan sendiri apa yang telah benar berlaku. Aku menolong Esah jatuh dari motosikal saja."

Kemudian klip video kehidupan diputarkan kembali dan kebenaran lalu terserlah memang betul Mat Din cuma tolong Esah yang tertiarap atas tar akibat jatuh motor langgar buah kelapa. Usop ketika itu akan mencari reference, yang mengata Mat Din di dunia dulu agar sama-sama mereka masuk neraka dan ketika itu sorang pun takkan mengaku.

Kalau mahu ke akhirat kelak membawa hujah 'cakap-cakap orang', post Facebook, gossip surat khabar dsb, sendiri mahu ingat la. Apa saja hal, confirmation mesti empirikal supaya senang nak menjawab. Mat saleh cakap... fact and figure.

Berbalik pada soal teori evolusi.

Agama benda basic dan general. Kita di zaman sekarang melihat agama terlalu eksklusif. Kita mahu memiliki agama. Ada nama, ada kelompok yang mana kolompok ini akan masuk syurga yang lain akan masuk neraka. Kita khaskan kata nama 'Muslim' dan 'Kafir', membentuk dua golongan berbeza umpama dewa dan hewan. Kita telah sebenarnya sesat. Selagi satu ajaran itu memecah belahkan, ia bukan agama tetapi bisikan setan.

Islam bukan untuk dimiliki tetapi dikongsi....

Hidup ini bukan retorik tetapi praktikal. Terang-terang ditulis dalam Quran bahawa manusia yang berbuat baik akan masuk syurga, manusia yang berbuat jahat akan masuk neraka. Ini benda basic. Aqidah adalah benda halus, yakni persepsi manusia dalam hati terhadap Tuhan dia. Andai persepsi itu kena dengan Allah di atas sana, dia akan kembali kepada apa yang dia rasa. Dia akan selamat.

Tuhan kita semua Tuhan yang sama dan kita perlu gunakan segala resources yang kita ada untuk bersama menjalankan hidup sebaiknya, sejajar dengan persepsi umum kita terhadap Tuhan itu, yakni Allah. Nama tuhan atau sifat wujud Tuhan tidak penting kerana Tuhan sendiri berada diluar sistem yang kita boleh faham. Arab menyebut Allah. English - the God. Melayu sebut Tuhan atau Allah. Kaedah Islam memberikan 100 penggilan umum untuk dipilih tatkala berdoa, semuanya sifat-sifat yang kena dengan daya Tuhan, bukannya nama Khas seperti Lata, Uzza, atau Ayah Pin.

Allah itu general. Rahman itu umum. Razzak itu umum iaitu Sang Pemberi Rezeki. Apakah itu nama Tuhan yang eksklusif seperti nama kita dekat IC? Di dalam Quran banyak term general/umum, tetapi dikhaskan agar ia kedengaran religious dan eksklusif.

Doktrin-doktrin yang sama telah dipasak ke dalam kepala kita buat kita terlalu jauh terpesong, buat semua jadi dangkal dan fikiran kita tidak lagi kompetitif seperti ummat Islam di zaman Rasulullah dahulu.

Aku selalu meremang bila ustaz bersyarah begini, "Samak itu perlu, itu hukum Allah, kamu langgar apa yang ditetapkan Allah, kamu akan masuk neraka! Najis!"

Dalam hati aku pasti akan membalas, "hukum Allah atau tafsiran manusia terhadap beberapa patah perkataan?"

Kalau kitab kamu mengatakan ini hukum Tuhan, kita Veda juga ada sebutan Tuhan. Belum kira Injil. Kita menunggu Allah datang sendiri dan berbisik kepada kita directly, then yes, itu kata-kata Allah. As long as source itu daripada manusia, ia adalah daripada manusiawi dan kita sebagai hamba yang punya hati mesti kena siasat supaya di depan Tuhan kita boleh jawab. Biar ada lapik, jangan terlalu direct.

"Berdasarkan ayat sekian-sekian dan hadith yang disampaikan oleh si polan dan si polan... para ulama sependapat mengatakan bahawa kulit babi selepas disamak boleh dibuat pakai, even untuk beribadat." Begitu lapiknya.

Kadang-kadang ustaz terlalu kering dengan Allah. Memotong periwayat-periwayat di tengah-tengah, dan claim quote itu direct daripada Allah. Kita mesti beradab dengan had dunia dan realiti sesuatu sumber. Kita mesti beradab dengan Tuhan. Bahkan walaupun memetik ayat Quran, yang kita faham hanyalah tafsirannya dan tafsiran itu pelbagai adanya mengikut fikrah dan waqi' orang yang berilmu. Jangan ikat sebarang hukum itu pada Allah jika ayat rujukan kamu bersifat fleksibel dan general.

Pena Allah sudah kering di Luh Mahfuz, menyusun keajaiban dunia yang hanya mampu dibaca oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains.

Apabila kita berbicara soal penemuan saintifik, hukum alam semesta, teori-teori, termasuk teori evolusi, kita tidak lagi berbicara tentang apa yang disampaikan manusia. Setiap hujah saintifik berlaku di makmal, ada sampel mahkluk (spesimen) yang diciptakan Allah. Saintis tidak menghurai metafora perkataan dalam kitab, saintis menganalisis fakta dalam bentuk wujud fizik. Benda yang wujud secara fizikal ini bukan dibuat manusia. Dan ia bukan ditulis, tetapi mengambil bentuk wujud dalam alam ini. Atom aurum, plutonium, elektron, sel-sel, enzim, hidrokarbon bukan dibuat manusia tetapi direct daripada Allah.

Sebab itu teori-teori sains bersifat mencantum. Mula dengan Plato, Copernicus dan Galileo... bermacam-macam teori mereka keluarkan fasal galaksi. Bermula dengan bumi sebagai pusat alam, kemudian matahari, kemudian pusat letupan Big Bang. Semua bermula dengan hipotesis sehinggalah ilmu pengetahuan manusia membuka hijab ilmu Allah setahap demi setahap, dan akhirnya ribu-ribu teori kini disemak menjadi satu hukum. Ini kerana sains paksinya satu - sunnah Allah yang maha Kuat. Berbeza dengan perjalanan falsafah keagamaan yang mula dengan ajaran Nabi yang sebenarnya sangat logik dan efektif, tetapi apabila nabi wafat ajaran itu bercambah menjadi 10... 100... dan kini entah berapa.

Kerana perbahasan agama kita sudah bertindih-tindih hanya pada point of view manusia-manusia. Seperti satu mesej merentasi rantaian 20 manusia, manusia terakhir akan beri ayat berbeza. Then manusia last itu pun stuck sebab realiti di depannya sudah berkonflik dengan mesej suci, walhal mesej itu sudah korup. Lupa pesan Tuhannya di dalam Quran...

... Apabila kamu berselisih akan sesuatu perkara, kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya...

Kita membuat proses dalam perkara agama terlalu jumud dengan pandangan manusia tanpa meletakkan sunnah Allah - sains - di depan semua perkara.

Teori evolusi telah membantu kita dalam bidang genetik, penvaksinan, dan perubatan. Ketika ustaz berbalah soal politik, ketika budak-budak muda duk tunjuk perasaan, doktor di hospital tak tidur malam menyelamatkan nyawa manusia menggunakan hukum-hukum yang diciptakan Allah dalam badan manusia.



Tengok ayat kedua.

"Dan di antara manusia, haiwan merayap dan binatang ternak ada bermacam warna dan jenis (species), sesungguhnya yang bertaqwa itu adalah hamba-hambaNya yang berilmu (scientific knowledge upon creation)"

Bagaimana directnya Allah kelaskan manusia bersama-sama binatang dan lembu? Semua dalam satu set, bukan lagi sub-set atau satu set yang lain. huruf 'wau' maksud dia 'dan', iaitu logic 'AND' bukan 'OR'. Bermakna kita dan binatang merupakan makhluk hidup melata dibumi yang berbeza-beza warna dan spesis mengikut satu kadar yang ditetapkan. Nampak beruk dan manusia berbeza, tapi mekanisme fisiologi sebenarnya tak banyak beza. Kita ada buah pinggang, ayam pun ada. Konsep fisiologi kita dan binatang sama saja, sebab jasad kita dan binatang itu evolve dari platform yang sama.

Dalam surah Sajdah, Allah ditulis berfirman, allazii ahsana kulla syai in kholakohu, wabada a kholkol insaana min tiin... (link) - "Allah yang memperbaik-memperbaik (evolve) setiap sesuatu yang Dia buat, dan telah dimulai proses penciptaan manusia daripada intipati bumi, tanah."

Quran menjelaskan Allah telah menciptakan setiap sesuatu, akan tetapi tidak didetilkan bagaimana. Allah sebut asas ciptaan biologi adalah air, asas fizikal manusia pula asal dari tanah, akan tetapi dalam Quran tidak sebut bagaimana perkaitan sel kita dengan tanah. That gap need analysis, need empirical study. Gap ini yang diisi oleh ulama dahulu dengan rekayasa tanah-tanah pelbagai dan ada juga ustaz menggambarkan manusia dibuat seperti tembikar sebelum ditiupkan ruh ke dalam tembikar itu lalu ia pun hidup. Ini imaginasi orang dulu-dulu based on manifestasi suasana zaman dia. Itu hak mereka untuk bertajdid, kita yang maju jangan bangang duk follow benda yang dah obsolete.

Apabila kita cuba merge ayat penciptaan manusia dengan teori evolusi dan dengan design yang ada pada fisiologi manusia, perkaitan intipati jasad kita dengan air dan tanah bukan seringkas itu. Ia agak kompleks sesuai dengan ilmu Pencipta yang jauh lebih kompleks. Ia berkait dengan binaan asas karbon, dan suasana awal-awal sistem sel biologi tercipta 40 billion tahun dahulu.

Cahaya di bawah, kanan berbentuk sperma. Lagi owesome.
Pemikiran kebanyakan orang Islam masih stuck pada retorik sebab 'agama' yang dihurai ulama terdahulu terlalu suci dan sains terlalu western. Kita takut nak menyalahi retorik itu, kerana ia terlalu suci untuk dilanggar. Ini semua bullshit paling besar dalam agama.

Kita sebut neraka, walhal dalam Quran disebut an-naar, yakni api. Kita sebut syurga, walhal dalam Quran sbeut al-jannah, iaitu taman. Hudud adalah had-had hukum iaitu hukuman maksimum yang boleh dikenakan sesama manusia, bukan satu nama khas kepada hukum agama. Bunuh balas bunuh, kamu tak boleh seksa pembunuh itu dengan mengerat dagingnya sikit demi sedikit, hari ni potong telinga besok hidung. Sampai last-last tinggal sebentuk bujur pembunuh itu macam nangka dan dia masih hidup. Dendam punya fasal. Hukuman takzir mesti ada had, yang disebut hukum Hudud. Ia sebenar had. Limit. Nak menjatuhkan hukum, mesti ada limit. Selagi tak langgar had-had itu (plural disebut huduud), kamu guballah undang-undang macam mana pun terpulang pada kebijaksanaan kamu.

Banyak lagi istilah-istilah arab dijadikan kata 'khusus' atau kata nama khas agar kedengaran religious, walhal perkatan-perkataan itu semua sebenarnya bersifat general. Umum. Allah itu umum bermaksud Tuhan yang manusia patut sembah.

Semua ini jadi ralat bila sistem sosial dan agama terpisah. Sepatutnya undang-undang negara itu adalah agama. Tapi kita ada dua, rukun negara dan rukun Islam. Dua benda yang kelihatan satu materialisitk, satu lagi syurgawi. Macam juga zakat dan cukai - income tax. Walhal dua-dua itu benda sama. Begitu juga fikrah sehari-hari, pakaian, makanan, dan sebagainya. Selagi mentaliti muslim tak lepas dari perangkap suci ini, kita akan stuck 50 tahun mundur di belakang US, Jepun dan China.

Selasa, 30 Julai 2013

Ilmu, ulamak dan saintis

" Dunia akhir zaman, baru belajar sedikit sudah 'bijak' mempertikaikan ilmu seorang ulamak walhal diri baru khatam senipis buku. Merasa diri lebih hebat dan 'bijak' dari ulamak yang berpuluh-puluh tahun membahas kitab-kitab agama yang muktabar.  

Jika tidak sependapat, usah di 'caci' dan di 'aibkan' tetapi raihlah ia tanda kerana itu juga adalah suatu rahmat untuk seluruh umat selagi ianya tidak bercanggah dengan aqidah" - iluvislam.com


Ilmu dan akhlak berkait tapi apabila ada faktor luaran, dua benda ni boleh jadi entiti berbeza. Quote di atas aku petik daripada website Facebook. Satu quote yang biasa kita dengar sebenarnya.

Islam, secara fitrahnya (conscience), memang bersifat menghormati orang lain, penganut agama lain, even makhluk Allah yang lain. Apatah lagi ulama. Dalam keadaan hormat, kena juga profesional dan jujur. Hak tetap hak walaupun pahit, walau terpaksa berdepan mazhab sendiri.

Perbezaan pendapat itu takdir Allah, di mana bio-diversity bumi ciptaan Allah berperanan mewujudkan keadaan mental homo sapiens yang pelbagai. Jadi sikap menghormati perbezaan pendapat itu memang blog ini junjung semenjak dahulu. Allah buat kita berbeza untuk ber-synergy, bukan berbalah dan berpecah. Itu sikap aku di sini.

Dekat kondominium aku ni ramai juga budak-budak Negro, malam-malam bersembang berduaan di tempat gelap. Entah apa jenis perangai. Kadang dua orang, kadang tiga, gelak-gelak di sudut gelap nampak gigi dan mata. Tak buleh ke duduk tempat terang agar tak mendatangkan fitnah? Dah la di sini ramai pelajar perempuan Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak yang sedang mekar. Adik aku sampai takut nak keluar kereta sebab terperanjat ada orang Afrika di tempat gelap itu seolah-olah sedang bersembunyi mahu menerkam dari belakang.

Mungkin bagi mereka, bersembang di tempat gelap itu cool dan bermaruah. Atuk dia.

Manusia bermacam karakter dan personaliti. Kita boleh tolerate perbezaan pada personaliti - fesyen, makanan, pengalaman, ilmu (point of view), bahasa, budaya etc tetapi perbezaan karakter perlu hati-hati sebab ia melibatkan nilai seorang manusia yang akan beri kesan pada manusia lain seperti kejujuran, keamanahan, kesabaran, ketaqwaan etc. Boleh kita tolerate dengan orang tidak amanah?

Perenggan pertama pula agak cliche. Dia berniat memberi amaran kepada budak baru agar jangan memandai dan perasan bagus. Akan tetapi, kita kena ingat ulamak bukan maksum yg tak boleh dipertikai. Zaman berubah. Einstein ambil masa seumur hidup untuk cari e=mc^2, tapi di USM, satu minggu dah cover sampai ke hukum Newton, Kepler, serta Hubble punya halaju bintang. Jangan sia-siakan ilmu seorang Yahudi sebab dia Yahudi. Jangan sia-siakan ilmu Prof Rahim yang bongkak sebab dia bongkak. Ilmu dia dan akhlak dia adalah dua benda berbeza.

Zaman sekarang menuntut ilmu tanpa bias jadi berisiko. Banyak idealogi kena tapis dan kebanyakannya bertentangan dengan ajaran ortodoks. Kita seperti Galileo sebelum Renaissance, dan renaissance Islam tak tahu bila. Kekal jahil pula amat mudah. Taqlid saja semua setel buat apa mahu susah-susah pikir? Curiosity lalu dibunuh, proses pewarasan mengikut sunnah Allah turut terbantut. Lalu ramai kita lihat pemuda-pemuda yang berpelajaran menjadi kritis kadang2 terlalu biadap. Orang agama pula nampak alim tetapi sebenarnya jahil dan sombong.  Justeru katanya Anas;

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)

Suasana sekarang, dibanding dengan 300 tahun dulu, berbeza. Kalau nak banding membanding... bukan lagi epal ke epal. Kita menerima teks-teks agama itu dengan hati terbuka dan ilmu yang jujur bersih. Gunanya untuk apa? Untuk kita validate ilmu itu, saring ia mengikut tahap pendidikan terkini supaya mutu sosial kita sentiasa upgraded, updated, dan up to date. Itu nilai umat Nabi Muhammad berbanding umat nabi-nabi sebelum baginda. Kita ada equipment, kita ada makmal, kita ada space station kalau proses validasi itu perlu dijalankan tanpa graviti.

Jika ulamak muktabar, seperti quote di atas, ambil masa berpuluh tahun membahas kitab agama yang muktabar, kitab tetaplah kitab. Kecuali Quran, kitab-kitab karangan ulama mengandungi pandangan manusia, pertikaian manusia dan point of view manusia. Perbezaan yang boleh kita tolerate. Tetapi, kebenaran, kejujuran, ketelusan rasa hati itu karakter manusia yang Allah bagi, perlu kita jaga. Tak ada kompromi.

Title ulamak tak boleh dibolot semua oleh scholar di bidang theology, tetapi juga scholar yang mengkaji sunnah Allah yakni sains. Ulamak tidak terhad pada bidang siasah, hadith, atau bahasa Arab, tetapi termasuk juga pakar fizik, biologi, kedoktoran dan pakar sakit puan. Jika ulamak terdahulu membahaskan kitab, saintis muda kita membahaskan hukum-hukum universal Allah, The Law of Creation yang ditulis di kitab di Luh Mahfuz. Itu kitab rujukan ahli sains seluruh dunia. Unit ukuran di Jepun dan US mungkin berbeza tapi ukurannya tetap sama. Itu standard ditetapkan Allah, ilmu perbahasan yang tidak pernah berpecah.

.... Innama yakhsyaLlaaha min 'ibadihi l'ulamaa... Faathir, 28.

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu...

Siapa itu orang-orang berilmu (ulama) itu?

Tengok ayat sebelumnya...



Tuntutlah ilmu walaupun dicerca. Kita boleh bertoleransi dengan idealogi manusia, tetapi kita tak boleh bertoleransi dengan kejujuran. Kebenaran itu masih lagi subjektif, tetapi kejujuran itu clear. Kamu tahu bila kamu tak jujur. Jangan rendahkan nilai diri yang Allah bagi. Jangan rasa bodoh untuk menyaingi perbahasan Feqah sebab feqah itu praktikal dan boleh difahami lebih-lebih lagi oleh manusia yang maju. Apabila kamu faham, kamu layak beri pendapat. Apatah lagi kamu memang pakar kejuruteraan kimia. Maka bab kondisi air kamulah ulamaknya, walaupun pakaian harian kamu jeans dan T shirt. Ilmu di dada bukan di baju.

Cumanya dalam mengkritik ulama terdahulu, adab kena jaga dan mesti berhikmah macam misi cucuk jarum tak sakit. Itu hikmah. Gosok dulu. Cucuk.

Aku tinggalkan korang dengan ceramah Ust Asri ini:




Skip ke minit 21:00 untuk ulasan ayat Fathir 27,28 di atas, dan ketahui siapa sebenarnya yang dipanggil ulamak itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »