Writen by me

Sabtu, 14 Februari 2015

Mohon ampun duhai guru

Aku baru saja dengar isteri bagi tazkirah dekat Absyar lantaran perangai buruk dia petang tadi. Masuk 6 tahun ni dia mula pick up karakter-karakter kartun dia yang dia cuba apply tapi tak jadi. Antara lain tebiat jijik dia sekarang suka korek hidung. Udara di Saudi ni banyak habuk, kering. Hidung kerap kena servis. Aku nasihatkan dia korek hidung diam-diam di belakang bila tiba time nak korek. Buang elok-elok. Ini tidak. Ada ke dia korek time order donut? Come on...

Dua tiga hari ni kepala weng. Rasa lost. Rasa sedih yang tak tahu kat mana nak luah. Rasa kehilangan.

Terima kasih Tuk Guru. Selamat tinggal. Berehatlah. Tiada Tuhan yang mampu membalas segala kerja dan jasamu kecuali Tuhan yang ada di hatimu - Allah. Semoga Allah merahmati hidupmu keseluruhannya. Terasa ingin saya jumpai Tuk Guru sekali lagi tapi saya takut amalan saya tidak membawa saya ke tempat yang sama.

Mohon ampun andai ada ilmu Tuk Guru yang hilang begitu saja. Mohon ampun jika saya terliar melata. Mohon ampun untuk segalanya...

Aku sudah 34 tahun tapi tidak berada di tempat mereka yang hebat, yang berjaya. Maka aku terpaksa akur bahawa paradigma dalam diri aku tidak cukup betul. Aku lalu takut perkataan aku meracun orang lain untuk jadi slow macam aku. Aku lalu banyak diam.

Aku minta maaf...

Isnin, 9 Februari 2015

Jangan hidup di bumi ALLAH kalau tolak hudud

Begitulah tajuk dia di sinar harian. Garang kalah singa. Tahulah awak tu berada dalam agama yang betul, yang sendiri endorsed, oops sorry, endorsed by God. Tapi jangan la garang sesangat.

Kita diajar oleh agama tentang kebebasan beragama, la ikrooha fiddiin, sama macam bila kita baca surah al-kaafiruun, bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami. Langsung tak ada masalah selagi masing-masing, agama A, B atau C tahu di mana border sosial masing-masing.

Siapa kita untuk claim bumi ini milik Tuhan yang ada dalam kepala kita, pada masa sama men'taik'kan persepsi Tuhan dalam kepala manusia lain?

Kita jadi bermasalah dengan agama sekarang sebab kita terlalu taksub dengan rasa ketaatan yang rigid, yang menutup ruang untuk manusia menjadi manusia. Kita terlalu taksub membenarkan sejarah kita, menyalahkan sejarah yang lain. Kita terlalu taksub dengan persepsi yang dibina sejarah kita, mentahikan persepsi manusia lain yang dibina sejarah mereka.

Orang Islam ramai berasa agama mereka terlalu mulia lalu mereka rasa mereka mulia dan mereka lihat kafir-kafir di sekeliling mereka sikit saja tinggi darjat mereka daripada binatang. Aku duduk dalam keluarga Islam, duduk di sekeliling rakan-rakan Islam, ipar-ruai Islam, aku dapat rasa paradigm tersebut tersemat kejap dalam kepala mereka. Bagi mereka orang bukan Islam semua sampah bakaran neraka walaupun moral, indeks, sumbangan dan ilmu mereka 500% melebihi tamadun Islam yang sekarang.

Then apa beza kita dengan bani Israel yang dilaknat agama kita sendiri?

Aku sudah lama membuang diri dari theology. Membuang diri dari genggaman mental yang diperbuat nenek-moyang bangsa yang terdahulu. Bukan nenek-moyang bangsa sendiri tetapi nenek moyang bangsa sebelah sana bumi.

Kita lahir tiada tanda. Tiada tagging atau rekod memori yang secara rigid menamakan si A ialah Tuhan. Kita work out everything from scratch. Kita build up memori, yang mana dari layer-layer memori itu membentuk kita punya perangai, tebiat, cara fikir dan paradigm. Unfortunately, kita berada dalam dunia yang membahagi-bahagikan manusia mengikut agama yang tercipta dari lembaran sejarah dan by chance kita lahir sebagai Melayu Islam bukan Taiwanese Tao lalu kita dibancuh menjadi seorang Islam dengan ciri-ciri yang biasa ada pada orang Islam.

Benda ni bukan negatif. Agama, semua agama bersifat positif. Ia beri kita identiti. Identiti bangsa kita, yang bentuk kita punya pakaian, kesopanan, perayaan, arkitektur, dan kenduri kendara. It is just awesome. Tapi kita kena accept at the other part of this earth, wujud manusia yang beridentiti berbeza. Persepsi mereka terhadap pencipta berbeza sehingga wujud dalam kepala mereka bayangan-bayangan Tuhan yang berbeza. As a human, sebagai seorang manusia yang mempunyai keinginan untuk diterima, dihormati, dilayan-baik, maka kita perlu memenuhi rasa diri sendiri ini dengan memberinya kepada orang lain.

"Accept me as a muslim, I accept you as a buddhist."

"Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami."

Kita dah terlalu advance untuk bercakap tentang ritual. Kita mampu menghadiri perbahasan dari pelbagai sudut dan semakin ramai mampu melihat perbahasan dahulu kala itu banyak salahnya dan bengkok mentalnya. Apabila ini terjadi. Apabila perpecahan terjadi. Apabila manusia mulai korap untuk maintain kuasa agama secara keras. Maka wajib untuk para moderate untuk kembali kepada asal bicara.

Kembali kepada 'tanda' pencipta. Kembali kepada cara kerja penciptaan - logics.

'Afala taa'qiluun?'

'Afala tatafakkaruun?'

Setiap benda dicipta Tuhan, atau dalam bahasa Arabnya Allah, atau God dalam bahasa English, dengan Qadar. Qada dan Qadar dalam bahasa Arab, aku literally terjemah as constant dan variable, yang membentuk pattern dalam apa saja benda yang kita lihat. Butir-butir benda yang terang dan jelas pada deria kita, adalah ayat-ayat Tuhan yang sebenar. Yang directly made by God, thought by God, arranged by God, dengan semua pengetahuanNya. Justeru, hanya ilmu pengetahuan yang akan membawa kita ke arahNya.

Mengapa negara Eropah, even China, Jepun, Korea mempunyai sistem sosial jauh lebih baik dari semua negara Islam yang ada? Mengapa mereka lebih bermoral, by average, lebih sopan dan kurang gejala sosial, pertelingkahan politik dan kurang berperang sesama sendiri?

Sebab mereka sudah lama kembali ke sistem ciptaan Tuhan. Apart from diorang punya joli katak, dan seks katak, mereka anehnya lebih bermoral dan berdisiplin. Sewaktu pemikiran kita diwarnai budi baik saudagar Islam, kita sudah sebenarnya sedang berpaut di ekor masa. Zaman itu yang zaman kegemilangan sains Islam sudah lepas peak dia, sudah mula decline dikerkah oleh pemerintah-pemerintah Islam yang jumud yang sedia untuk berbalah dengan siapa saja asal mazhab politik mereka kekal berkuasa. Waktu itu bangsa Roman sudah mula bangkit mengutip ilmu-ilmu sains yang cuba dibunuh paderi-paderi agama, diam-diam mereka bina tamadun yang majunya boleh kita lihat sampai sekarang.

Mana-mana tempat, manusia ada dua. Baik dan jahat. Tak kira apa agama mak ayah dia. Manusia akan jadi baik bila pengetahuannya develop dan mekar di dalam kepala. 'Barangsiapa mahukan dunia dan akhirat, pastinya dengan ilmu'. Tiada istilah ilmu agama atau ilmu sekular sebab semua ilmu yang baik dan berguna adalah ilmu agama. Apa saja ilmu datang dariNya. Orang yang banyak ilmu, besar kemungkinan dia jadi baik. Syaitan adalah manusia yang jahil. Yang narcissist. Yang beragama tapi lupa objektif agama. Dia meletakkan pada agama satu tanda dan dia bermatian mempertahankan tanda itu, bukan lagi ajarannya.

Hudud adalah jamak kepada had. Had - singular, plural - hudud. Hudud bukan kata kerja khas tapi umum. Setiap benda ada had. Allah letak pada setiap benda ada had, termasuk badan kita sendiri.

Boundary. Hudud. Sebelum mencipta enjin kapal terbang, seorang engineer akan senaraikan hudud-hudud yang diperlukan untuk make sure enjinnya mampu terbang, seperti maximum angel bilah kipas, maximum tilt, maximum pressure, maximum speed. Kalau pilot run enjin itu melebihi hudud yang engineer tetapkan, enjin itu akan fail.

Sama macam sistem mahkamah, setiap hukuman ada had dia. Sebesar mana pun marah seorang hakim akan seorang pembunuh, dia tak boleh arahkan hukum bunuh dilakukan perlahan-lahan. KErat sikit-sikit. Mula dengan jari, tangan, kaki, peha, kote, bahu, pinggul, ginjal, perut dan jantung. Bagi dia menderita sebab dia seorang penjenayan yang kejam, maka balasnya kekejaman juga. Hudud adalah pancung. One shot mati.

Hudud ni limit, dan kita boleh linger around within this limit - takzir.

Aku pernah lihat video hudud di Jeddah. It was very ugly. Dipancung di public. That is the purpose - ugly. Budak tengok akan trauma. Dia akan melekat dalam kepala. It should be once in a while. 20 tahun sekali. some kind of correction to a declining curve. Aku ada tanya kawan Arab pernah kah dia tengok orang buat hudud? dia dengar soalan aku dia dah buat muka nak muntah. Dia kata dengan tegas dia takkan sesekali tengok orang kena pancung, apatah lagi anak dia.

Kita sepatutnya dah pandai dan boleh decide apa yang terbaik untuk negara. Apakah ia sistem British, Amerika atau sistem Arab 1400 tahun dulu. Ini bukan penghinaan, ini keterbukaan yang Allah bagi kepada setiap pemimpin untuk fikir apa yang terbaik untuk rakyat dia, doesn't matter template dari sejarah mana yang dia nak pakai. Yang penting, negara dia makmur, rakyat dia hidup sejahtera dan bahagia. Apa guna kita ketegaq praktik agama yang mulia kalau ramai orang menderita? Agama tak salah. Kita yang lemah. Persepsi kita terhadap agama yang salah, bukan agama.

Apabila seorang politikus berkata, mempertikai seorang ulama sama seperti mempertikai suruhan Tuhan, maka dia sebenarnya telah menTuhankan ulama tersebut. Minta bertaubatlah. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...