Writen by me

Isnin, 16 Disember 2013

Fikirlah oi... fikir.

Akhir zaman ni kita tahu banyak benda tak betul dengan mentaliti orang Islam. Air bah jernih dalam masjid pun boleh bikin cerita. yang bagusnya ramai orang muda masih ada usaha untuk mendalami agama cuma kekurangan sumber dan masa kadang-kadang buat usaha mereka tak berjaya. kebodohan dan kurang genius tapi mahu cepat jadi alim lalu ambil jalan mudah pamer keajaiban tuhan ikut pendek akal dia. nak mengaji tak sempat sebab tak cukup masa nak layan twitter, facebook, wasep, keek, bla bla bla. so... forward je la at least itulah usaha aku membangunkan agama. kepala hotak kau kalau kau fikir cara itu betul.

setiap apa berita tentang Tuhan... periksa dengan 100% ketelitian.

aku perasan ramai juga member aku yang suka baca buku agama bersifat populis. buku yang menarik dibaca tapi tak disupport oleh bukti empirik, yg hanya bersifat cerita (baca konspirasi). aku lihat banyak lambakan buku-buku macam ni di market. konspirasi yahudi, rahsia dajjal, ciri-ciri iblis... dan mcm mcm. tak kurang juga yang hurai hadis pelik pelik menjadi amalan pelik pelik. pelik sangat ke Islam? Allah buat kita normal mengapa Dia bagi agama untuk jadikan kita pelik?

orang kita dah lama diasuh dengan iman tanpa usaha fikir. percaya saja asal ia keluar dari mulut sekian sekian ustaz, sekian sekian wali. petik saja nama Tuhan then ya ini benar walaupun yang cakap itu bukan suara Tuhan sendiri tapi manusia. ya, quran itu sumbernya wahyu tapi diterima ia bukan karena deskripsinya begitu cukup sepotong nama - quran. aku bacakan quran maka kau kena percaya apa yang aku bacakan. kalau yang dibaca itu bukan dari Tuhan, bagaimana?

kawan-kawan, jika kau dengar arahan itu dari Tuhan sendiri seperti Musa, maka kau percayailah telinga kau itu. Tetapi selagi ia dibawa manusia, even bernama nabi Muhammad, wajib periksa. Setiap ajaran dalam Islam, mesti diperiksa kesahihannya kerana ia dibawa manusia yang lemah dan lalai. jika dengar dari tuhan sendiri lain cerita. di sini fungsi akal fikiran.

setiap berita perlu diperiksa akal yang dicipta oleh Allah untuk menimbang tara benda benda dunia. Agama berada dalam dunia, maka ia mesti dilayan seperti barang dunia. ajaran itu benar jika kena pada lumrah dunia, kena pada formula ciptaan Tuhan - qadar.

Quran itu bukan benar sebab seorang lelaki berpenampilan warak menyebut, 'beriman kepada Quran itu wajib, ia rukun Islam,". Quran disampaikan oleh seorang Nabi yang diutuskan Tuhan, yang mana Beriman kepada Nabi juga wajib.

"Kalau saya taknak percaya, ustaz?"

"Kau akan mati dan masuk neraka!"

"Owh, tak mau la. Okeylah saya dengan ini beriman dengan Quran dan rasul Allah."

"Bagus! Ada siapa lagi mau masuk neraka?"

Dude. Stop freaking people out. Beriman bukan benda straight forward, dan tak boleh dipaksa ke atas manusia dengan gertakan-gertakan ghaib. Kemanisan iman itu benda intelektual, benda yang melibatkan analisis pada knowledge yang cutting edge. Allah buat dunia ini dengan satu design di mana semakin jauh kita merantau, semakin deep kita menyiasat, semakin banyak kita bersoal 'kenapa'.... semakin dalam iman kita pada Penciptanya. Ini design dunia, bukan buatan Muhammad tapi Allah - the God up above.

The only God. Our God.

orang kita melayu Islam terlalu banyak limit. itu tak boleh ini tak boleh sampai otak jadi jumud dan tak real. kita nak bebudak beriman dengan rela buta-buta kerana arahan itu direct dari Tuhan, ada dalam KitabNya, disampaikan NabiNya... which is tiga benda ni kau kena beriman kalau tidak kapir!!! Then go to hell dude, kau yang sampaikan kat aku benda ni, kau tu Tuhan ke? Cuba buat nyamuk sekor boleh dak?

You see, benda ni dah berlipat. akses dah berjilid-jilid. jalan yg menyampaikan kita kepada Rasul Allah penuh liku, penuh duri... belum lagi jalan 'naratif' yang menyampaikan kita terus kepadaNya.

'Allah berada dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat leher kita sendiri' tapi kita semua tak sedar sebab kita sibuk dengan ajaran kolot yang bersifat tahyul versi ahlul kitab moden. kita tak mahu relate bukti empirik dengan quran dan hadis sebab takut sesat sebab kita bukan ustaz walaupun kita ada PhD.

beriman bukan beerti percaya buta-buta. Beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada hari akhirat, beriman kepada rasul, beriman kepada qada qadar... adalah produk akhir kepada proses berfikir. letaknya dihujung proses, bukan di depan. kena kerah otak dulu, kamu akan jumpa limit, everytime akan jumpa limit, esok another limit sampai lah mati... even NASA, CERN dan MOSTI masih belum jumpa limit angkasa dan limit asas binaan atom. Setiap hari, mereka akan jumpa benda baru dan sebelum tidur mereka percaya mereka sedang berdepan dengan architecture ciptaan Tuhan. setiap kali, setiap hari, mereka percaya adanya Tuhan, adanya benda yang mereka takkan mampu tahu.

iman bukan senang. cakap boleh, dalam banyak pusing. bila bersosial kau tempang, nampak terjegil kau tempang. sebab benda tu ada kat dalam, bukan main cakap lalu jadi kenyataan.

berfikir itu lumrah manusia. Allah buat dunia ini guna logik yang otak boleh fikir. Macam kod bar dan scanner. kalau tak gunakan kaedah ini maka kita sudah melawan sunnah Tuhan, melawan kaedah yang Allah tetapkan. nampak saja air jernih dalam masjid terus taksub dan anggap ia miracle yang menunjukkan masjid itu power, barokah. kalau suatu hari ia terjadi dalam kuil kau nak cakap apa?

kalau depa nampak objek jesus di langit, ada bukti bergambar kau nak cakap apa? cukup cukup la jadi bodoh macam lembu. cuba study warna air bila dia cetek dan bila dia dalam. cuba cek latar dasar dia kalau warna terang dia nampak jernih, kalau gelap ia nampak berkeladak. dan air bila statik, ampaian dia akan settle ke dasar dan jadi jernih. ini semua qada dan qadar ciptaan Allah. ini hukum fizik yang Allah buat ke dalam program dunia lama sebelum big bang lagi, dan hukum ini dari dulu tak pernah berubah. setiap kali nampak benda pelik, cuma berfikir dengan waras jangan malukan agama sendiri di khalayak ramai. fwd benda2 macam ni takkan jadikan kau ustaz, kalau keldai ya.

Allah bagi kita keupayaan untuk manage bumi, manage populasi yang Dia jadikan atas bumi. kalau kita bangang, mati nanti kena maki saja. tak payah nak berlagak jadi orang islam kalau perangai tak reti-reti nak jadi logik. kalau bumi ni ada threat dari luar, aku percaya yang akan bermatian menyelamatkan bumi, kalau ikut perkembangan sekarang, bukan orang Islam. Tapi orang Barat dan Jepun. Islam akan jatuh, Islam bahkan sedang jatuh. bangsa rom dan lain lain agama lebih waras kerana agama mereka sudah lama hilang cengkamannya, dan mereka terpaksa bergantung kepada satu-satunya pemberian Allah kepada manusia iaitu akal fikiran. bila Allah yang bagi kat manusia akal fikiran, maka hasilnya cukup ajaib dan tengok la apa yang mereka buat dengan teknologi. bagaimana tamadun mereka, bagaimana cara mereka berkerja.

kalau tengok filem pun walaupun filem barat tu seksi, tapi pengajaran moral dan sivik dalam filem mereka jauh lebih baik dan religious. filem spiderman, armageddon, gladiator... cuba tilik perhati suntikan moral yang pengarah kafir tu terapkan. jauh lebih baik,

bukan jesus yang akan turun dari langit dan selamatkan orang islam dan orang orang lain dari yakjuj makjuj, ini cerita banyak tokok tambah yang bersifat populis. nabi Isa sudah meninggalkan alam dunia, hidupnya di alam sana. yang akan muncul menyelamatkan dunia bukan Nabi itu, tetapi umatnya. Ia cuma kiasan, bukan literal translation. Umat nabi Isa yang muncul di akhir zaman menjadi savior manusia. Bangsa Rom, bangsa yang beragama Kristian, yang mengiktiraf kenabian Isa, tidak Muhammad.

Ummat Nabi Muhammad sedang mengalami jahiliyyah, zaman yang telah pun melanda agama nabi Ibrahim, Musa dan Isa. sekarang giliran mereka, muslims.

Ubat jahiliyyah bukan kitab, tapi pengalaman yang mengajar secara live, yang buat kita sedar mula dari dalam. Otak jahiliyyah kalau baca kitab sama macam kaldai baca buku, baik tak payah. ini sudha ditunjukkan oleh titik mula kenabian Rasulullah yang ummiy, yang tak pandai menafsir kitab-kitab kuning yang dibaca ahlul kitab zaman itu (baca ustaz). Rasulullah bertindak purely based on basic instinct yang diberi Tuhan. zaman kita zaman challenging. bukan masalah rujukan tak cukup tapi otak kita terlalu sempit, jumud dan tak betul untuk menerima rujukan-rujukan yang kritis. Kita rasa agama kita betul maka semua pendapat dalamnya betul. yang berbunyi nada lain terus saja diblock. walhal dalam agama yg satu ini pendapatnya pelbagai. neracanya apa? macam mana nak tahu pendapat mana yang betul mana yang salah?

-- akal fikiran, pemberian Allah secara sengaja.

kawan-kawan, kau dah mengaji sampai tahap phd, master, Ir. mengapa terlalu takut nak bertajdid dalam agama? mengapa nak jadi dayus? mengapa takut nak berselisih dalam soal paling penting? Dalam makmal boleh pula.

mereka yang mengaji kitab bukanlah wali. bukan malaikat. bukan seorang alim ulama yang sentiasa betul. apa yang baca dalam kitab, semua dibahaskan ikut logik akal. sebab itu ada 4 mazhab. sebab ikut logik akal ulama terdahulu. bukan benda miracle, bukan ada keramat yang mana keramat seorang ulama itu kalau ditentang boleh bawa ke neeraka. tak ada!! woi, sedar ke tak?

sudah sudah memisahkan agama dan sosial kehidupan. contoh seorang ustat yang mengajar fekah petik tak perlu rujuk kitab tapi di jalan raya potong sebelah kiri. kenapa? sebab kita pisahkan Quran dan JPJ. JPJ tulis dilarang memotong di lorong kecemasan. Kalau dia tulis 'Berdosa memotong sebelah kiri', agak-agak ustaz fekah tu nak buat tak?

kita dah bagi dua semua benda. benda profesional. benda-benda keagamaan.

kena merge. awak jurutera, awak mahir bab kimia maka awak seorang ulama yang perlu bagi fatwa apabila ada kes melibatkan bahan kimia, seperti penggunaan kas-kas dalam nasi kandar. benda ni nak tanya mufti? semua benda nak tanya mufti?

bila tiba bab berkhatan, aku banyak berfikir. aku tanya doktor. bukan ahli tasawwuf atau ahlul kitab.

Rabu, 11 Disember 2013

Absyar yang kelakar - God I love him so much!!





I love to watch his eyes, and when he smiles. I love him so much. 

Sekarang dia dah ada adik, Akif. 


Bila berkomunikasi dengan Absyar sekarang, aku tak rujuk abah & ibu sebagai satu team, dan Absyar & Akif satu team. Tapi, abah & ibu & Absyar sbg satu team yang akan menjaga Akif. Sbb kadang jadi suka compare...

I love them both, and my wife. 



Isnin, 9 Disember 2013

Hari-hari menyibukkan diri

Balik kampung jarang2 sekali memang syurga. Allah. Aku sekrang nak kena bersedia untuk ke UAE. InsyaAllah untuk setahun 10 bulan. Korang best ke tempat sejuk, pekerjaan aku ni jenis kena ke negara panas saja, tapi alhamdulillah rezeki tetap rezeki.

Yang mentensionkan, last minute punya preparation. Mana nak sewakan rumah. Nak trade in kereta. Nasib hal baby dah setel dengan sedihnya kena berpisah lama. Masa Absyar kecil dulu aku ke Algeria, lama juga. Kali giliran Akif ni, lebih lama sebelum mereka bertiga aku terbangkan ke sana hidup bersama di wilayah Saudi Arabia.

Tanah pasir yang menjadi kubu ummat Islam, tanah para nabi. InsyaAllah, tanda-tanda kebangkitan agama rasional dan scientific dah semakin nampak sekarang walaupun sesetengah tempat terpaksa membayarnya dengan nyawa dan harta benda. Ummat Arab dah lama hidup dalam selaput hipokrasi agama yang kronik, tiba masa untuk menetas dan keluar ke alam realistik. Penetasan mentaliti kita dah nampak di mana-mana, semoga Islam baru akan menjatuhkan kezaliman penguasa. Apa barang perempuan tak bley pandu kereta?

Aku harap aku dapat berbakti kepada masyarakat Arab. Dapat juga menimba ilmu dari tingkap mata orang Arab moden, agar dapat beri inspirasi untuk nanti pulang ke halaman menabur bakti. Juga aku harap dapat coret lebih banyak di sini cerita dari padang pasir dan menyiapkan manuskrip lebih pantas dan tenang.

Terima kasih membaca dgn tetap di sini. Harap apa yg aku sebut, boleh menjana something dalam paradigma korang. Adios!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...