Rabu, 16 November 2016

Yuda di padang maya (2010)

Novel yuda di padang maya aku tulis akhir 2009 sambil layan lagu Jason Mraz - Lucky di telinga. Lalu lagu itu jadi hypnotic trigger. Dengar lalu Lucky, aku terus terbayang wajah mulus Silfia yang sedang termenung di jendela klos tinggi di perkampungan jin Tranta.

Yuda sebuah kisah fantasi. Bermula dengan pengembaraan halus di sebuah rumah sewa berpuaka, tiga sahabat kemudian dipaksa melalui moments of truth di hijab kabir - dunia jin. Sughoir, Tranta, klos-klos dan sihir syaitan di alam jin lantas menjadi unsur di luar Jadual Berkala kimia ciptaan Dmitri Mendeleev yang terpaksa otak logik mereka fahamkan.

Sesetengah pembaca komplen mereka terpaksa slow down apabila Azmi mula masuk ke alam jin. Terutamanya apabila mereka cuba memahami konsep fizik jin, geografi, watak dan gaya adab jin yang kadang-kadang agak bangang. Azmi, Amsyar dan penulis sendiri pun berasa begitu. Kompleks dan misteri, alam ghaib justeru bukan perkara main-main.

Ia sebuah realiti yang cuba aku singkap seringkas mungkin. Tetapi hanya mereka yang pernah ke sana faham akan segala detil yang menjijikkan, hitam dan berpuaka.


Bintang-bintang ke syurga (2009)



Novel pertama dari Xarine.


Adamaryam (2011)

Sesuai dengan konsep aku mahu keluar dari stereotype yang membelenggu novel Melayu, aku hasilkan kisah Maryam. Seorang gadis cantik yang pergi bekerja di kilang elektronik tanpa menyedari dia bakal berdepan satu komplot sabotaj harta intelek terbesar dalam sejarah Matsushirota (M) Sdn Bhd.

Pada yang pernah bekerja di kilang, you will love the imaginations. Pendingin udara, bau asbestos/plastik, warna putih keras, loceng, kafe, production line, dan tampang jurutera-jurutera lelaki yang kacak mengelek fail dan produk. Maryam mempelajari semua itu termasuk cinta, persahabatan, darah, dan episod ngeri diri yang hampir dirogol con-man bergelar Brad Thomas.

Lelaki yang Maryam cintai dalam diam, Adam, telah mencipta satu revolusi elektronik dunia - Code X. Pada masa yang sama, sahabat Maryam yang bernama Bani turut berusaha mencuri hati si gadis. Namun, cinta tiga segi mereka berakhir di muncung pistol apabila Adam, Maryam dan Bani dijejak mafia antarabangsa yang cuba menggodam patent eksklusif Code X.





 Adamaryam diterbitkan Jemari Seni pada tahun 2011 menggunakan nama pena Xarine.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »