Writen by me

Selasa, 15 November 2016

Yuda di padang maya (2010)

Novel yuda di padang maya aku tulis akhir 2009 sambil layan lagu Jason Mraz - Lucky di telinga. Lalu lagu itu jadi hypnotic trigger. Dengar lalu Lucky, aku terus terbayang wajah mulus Silfia yang sedang termenung di jendela klos tinggi di perkampungan jin Tranta.

Yuda sebuah kisah fantasi. Bermula dengan pengembaraan halus di sebuah rumah sewa berpuaka, tiga sahabat kemudian dipaksa melalui moments of truth di hijab kabir - dunia jin. Sughoir, Tranta, klos-klos dan sihir syaitan di alam jin lantas menjadi unsur di luar Jadual Berkala kimia ciptaan Dmitri Mendeleev yang terpaksa otak logik mereka fahamkan.

Sesetengah pembaca komplen mereka terpaksa slow down apabila Azmi mula masuk ke alam jin. Terutamanya apabila mereka cuba memahami konsep fizik jin, geografi, watak dan gaya adab jin yang kadang-kadang agak bangang. Azmi, Amsyar dan penulis sendiri pun berasa begitu. Kompleks dan misteri, alam ghaib justeru bukan perkara main-main.

Ia sebuah realiti yang cuba aku singkap seringkas mungkin. Tetapi hanya mereka yang pernah ke sana faham akan segala detil yang menjijikkan, hitam dan berpuaka.



Bintang-bintang ke syurga (2009)



Novel pertama dari Xarine.



Adamaryam (2011)

Sesuai dengan konsep aku mahu keluar dari stereotype yang membelenggu novel Melayu, aku hasilkan kisah Maryam. Seorang gadis cantik yang pergi bekerja di kilang elektronik tanpa menyedari dia bakal berdepan satu komplot sabotaj harta intelek terbesar dalam sejarah Matsushirota (M) Sdn Bhd.

Pada yang pernah bekerja di kilang, you will love the imaginations. Pendingin udara, bau asbestos/plastik, warna putih keras, loceng, kafe, production line, dan tampang jurutera-jurutera lelaki yang kacak mengelek fail dan produk. Maryam mempelajari semua itu termasuk cinta, persahabatan, darah, dan episod ngeri diri yang hampir dirogol con-man bergelar Brad Thomas.

Lelaki yang Maryam cintai dalam diam, Adam, telah mencipta satu revolusi elektronik dunia - Code X. Pada masa yang sama, sahabat Maryam yang bernama Bani turut berusaha mencuri hati si gadis. Namun, cinta tiga segi mereka berakhir di muncung pistol apabila Adam, Maryam dan Bani dijejak mafia antarabangsa yang cuba menggodam patent eksklusif Code X.





 Adamaryam diterbitkan Jemari Seni pada tahun 2011 menggunakan nama pena Xarine.

Isnin, 26 September 2016

Pneumonia

Ni hari ke tujuh Akif on medication. Alhamdulillah, walaupun masih belum 100% sembuh tapi at least aku dah tahu apa sakit dia. Apa virus yang menyebabkan suhu badan dia huru hara untuk 6 hari berturut-turut. Menetap di negara tropica macam Malaysia ni beri banyak options penyakit untuk kita risaukan. Denggi, kencing tikus, malaria, kepialu, tibi etc. Itu belum masuk lagi masalah uluran yang perlukan pembedahan. Akif ya Akif, tak tenang aku dibuatmu.

You might find this blog some day when you know how to search for it, I want you to know that I love all of you very much. Having 3 sons now, I could see challenges in future, it is my own present challenge to grow you all up.

Ada banyak rintangan dalam masyarakat kita, Akif. Kita lahir dalam suasana masyarakat yang belum fully developed. Kalau di US daily problem mereka peringkat SPM, Malaysia masih bergelut dengan mentaliti Darjah 1. Far away from maturity. Kita ditakdirkan lahir di Malaysia. Ini bukan random, ini adalah task purposely given to us.

Very rare things I can discuss with your ibu, she can't read my books, she does not understand things coming out from my head. She is in the box.

I will keep telling you, my sons, how I view this world and how should you think about your existence and purpose.

Jumaat, 18 Mac 2016

Arab Saudi sebuah universiti mematangkan fikiran (prolog)

Suatu ketika dahulu aku pernah mempersoal sebuah doa menghancurkan Israel di Whatsapp group lalu ramai ahli group yang tidur terjaga dan terpinga-pinga melawan... dan seorang rakan aku rileks bertanya, "khairi, kau dekat Saudi pergi belajar agama ke?"

"Kerja je," aku jawab guna jari.

"Oo... patut la."

Dia punya patut la tu, group jadi senyap. Fussshhh. Dia mahu menyatakan pendapatnya aku ke Saudi bekerja bukan belajar ilmu agama jadi tak payah susah-susah nak jadi hero dalam bab agama. Well, you nailed it bro...

Aku sekarang ni susah nak explain benda-benda yang tidak normal dalam agama sebab banyak benda-benda tak normal dijadikan normal bila nak dibetulkan balik kita akan jadi janggal. Oh sungguh, Islam lahir dalam keadaan janggal... akhir zaman dia akan kembali janggal. Benda janggal susah orang nak terima...

Anyway, bagi aku cerita jugalah benda janggal ni. Negara Israel ni... walaupun dibentuk secara haram, dalam negara tu ada manusia yang bebas yang secara tak langsung involve dalam memilih bentuk politik haram pada border Israel-Palestin. Even di Israel ada 17% orang Islam sunni yang memilih untuk duduk dalam negara Israel bukan Palestin. Doa melaknat seluruh negara Israel ni jadinya pada fikiran aku dah macam pukat hanyut segala ikan sebat kecik besar tua muda. Too general.

Perlu ke doakan kehancuran lawan? tak perlu kot.... Ada cara lain untuk berdoa, yang kedengaran positif, yang lebih membangun. Kalau lah doa kita dimakbulkan ... Israel Amerika tiba-tiba hancur diserang topan semua mati, and then what? Arab nak lead PBB? Atau North Korea? Doakan saja agar rakyat Palestine menjadi kuat. Doakan mereka tabah dan bangun menentang dan mendapatkan kembali hak mereka. Doakan saja saudara-saudara kita di Middle East diberi hidayah dan terbuka minda untuk keluar dari tradisi 'obsolete', bangun menjadi bangsa pintar untuk cycle civilization yang seterusnya. That sounds better.

Dua tahun aku kat Saudi, insyaAllah bulan 4 atau 5, baliklah. for good.

Lain orang datang ke Saudi, lain yang depa nampak. Bergantung pada jenis orang. saiful nang jumpa pusat pelacuran (gigih dia cari). orang pakistan nampak peluang kerja. orang islam seluruh dunia datang nampak pahala mengerjakan rukun Islam... dan seterusnya.

Aku ni pula jenis tak follow mainstream, jadi apa yang aku nampak mungkin kedengaran agak radikal dan menyalahi pendapat ramai orang Islam. Apa yang dapat aku rumus sepanjang 2 tahun berada di saudi?

Next post... insyaAllah...

Sabtu, 12 Mac 2016

My progress in novel writing

I know some of you will be disappointed by this entry. Yesterday, I have withdrawn my manuscripts from Fixi. All of them.

I sent the sequel for Kasyaf and proposed a prequel but they requested me to send the three of them, Kasyaf (edited edition), Kasyaf 2 (sequel) and Kasyaf 3 (prequel), suggesting PBAKL next month as the publish date.

Kasyaf 3 was 40% written at that time, and similarly it is now. Kasyaf 2 has been given many slots previously but all were forfeited by the publisher due to some technical reason. I don't know how to bargain with them to publish my book and I did not even discuss or asking questions, or do something to promote my script. I just send and wait as per recommendation. My friend said I have to give a bribery and laughed it off quickly. Really?

I guess the scripts are all as good as rejected.

So, I don't know. Should I stop? Should I look for other publisher? I don't know. One thing I know is my readers are waiting for the sequel and they are mad at me now.

Jumaat, 4 Mac 2016

36 year old me, time to be bold...

Lusa birthday saya. 6/3/2016. Genap 35 tahun.

Masa beli Proton Wira SE hitam tahun 2004 dulu, bila nak sign agreement tengok date terakhir installment tahun 2013 rasa macam jauh. 9 tahun. Angka 2013 buat rasa semacam dalam perut. Bila nak sign saya ragu-ragu boleh ke saya commit untuk bayar bulan2 500+ sampai tahun 2014.

Seperti wap air dalam nafas-nafas manusia, tahun-tahun 2005, 2007, 2010 ... 2015 meruwap pergi. Dosa pahala semua sapu. Wira pun dah saya jual. Absyar dah 7 tahun, Akif dah 2, saya pula dah 35, barangkali lagi 5 tahun untuk saya merayap di muka bumi Tuhan sebelum mati menyertai atuk, nenek, kawan dan mereka-mereka yang sudah berada di sana.

Hmm...

Kita tak tahu bila kita akan pergi. Tubuh ni Allah buat baik, robust dan sabar dengan benda-benda karut yang kita telan...  tapi dunia kat luar bukan benda yang kita boleh duga. Surprise can be good, can also be otherwise. Ramai juga kawan saya buat surprise di usia 40. So, saya nampak 40 ni sejenis isu yang realisitik. 45 maybe, 50 bonus.

Allahu akbar...

Banyak Tuhan dah bagi kat saya. Banyak peluang, banyak bagi chance walaupun berdosa tak ingat dunia. Bagi rezeki pada saya yang kalau ikutkan permerhatian saya sendiri, saya ni bukanlah kerja kuat sangat. Sistem pun slow, dan tak seorganize engineer-engineer Petronas atau TNB. Saya ni tahap biasa-biasa.

Di sana... ada lelaki yang kerja siang malam untuk cari sesuap nasi. Dia bukan tak pandai, malah orang sangat bijak. Kalau dia jadi engineer, confirm jauh lebih baik daripada saya. Tapi keluarga dia susah. Politik kampung dia teruk. Dia ambil upah toreh getah. Bila hujan dia ke kebun getah cari kulat sisir buat lauk makan. Ayam takde, ikan pun takde. Pikirkan adik-adik, dia lupakan sekolah. Dia lalu buat dua kerja. Siang menoreh malam menjahit tapi pendapatan dia still tak cukup untuk bantu mak ayah, apatah lagi untuk bantu diri sendiri... dia pandai tapi positioning dia dalam sistem agak tersasar, dan that is not his fault from the most beginning...

Kita ni tak tahu sejarah sebelum lahir kita. Zero. Kelahiran kita di situ di sini seperti random. 50% probability kita lahir sebagai bayi orang kaya, 50% juga kemungkinan kita lahir dalam keluarga miskin sebagai anak sulung. Bila awak berlima lahir dalam keluarga kaya, probability untuk ruh seterusnya untuk lahir dalam keluarga miskin sudah jadi 60%. Mungkin korang tak paham sebab muka korang sama macam muka mak so tak logik kalau korang lahir sebagai anak jiran yang miskin. No, I am not talking about moment after you already took shape. It is before that, way before that... The moment in time whence you exist as a pure spirit and waiting your turn to be whispered into a human embrio. It can be any womb.

Saya tak tahu korang paham ke tak tapi saya nak cakap setiap apa yang kita capai dalam hidup... samada segulung ijazah, karier bagus, gaji besar etc etc... bukan 100% usaha kita. There are hidden mechanism that put pattern into our life, mechanism that beyond our control like our own birth, our own spirit way before we were born.

Saya sejak kecik suka membaca, saya lalu rajin sikit membaca. Jadi nak jawab exam tak lah kekok sangat. Saya tak tahu. It is something inside that I just fulfilled. Mak suruh pi sekolah, saya pergi sekolah. Orang masuk U, saya ikut masuk U. Orang minta PTPTN, saya minta PTPTN. Dengar lecturer-lecturer duk bercakap sorang-sorang di depan. Lepas grad dapat ijazah, ikut member pergi cari kerja. Of course I made choices, but the choices were already tailored to me. I just ride the flow. Tak susah pun untuk grab opportunity bila ada di depan mata. Macam diberi soalan objektif A B C D yang semua betul. Bayangkan mereka yang diberi soalan subjektif. Yang tak ada pilihan, tapi ada garis dot dot kosong yang perlu diisi. Bayangkan mereka yang tidak ada peluang di depan mata, tak ada flow untuk mereka follow. Mereka terpaksa fikir, menangis, kerah otak, kerah keringat untuk make up some living... mereka yang hidup tanpa peluang...

Macam kakak... yang drop education sebab parents tak mampu nak support yuran. Dia bijak tapi peluang tak muncul untuk dia. Macam ayah saya yang bongsu yang terlalu dimanjakan lalu jadi terlalu fragile dalam sistem sosial yang kompleks untuk dia take up.

Hmm...

Semua berlaku naturally. Di sekeliling kita, semua berlaku naturally. Se'awkward' mana pun seorang lelaki di tepi jalan, kita nampak semasa drive balik kerja, memang natural untuk seorang lelaki pelik wujud dalam jutaan populasi KL. It is bell curve, we are distributed naturally along its curve. Sama seperti result SPM...

Banyak Tuhan bagi dekat manusia, dekat saya. Kalau saya nak kira value sistem alam semesta memang tak terkira. Priceless. We are too small and too weak to give back to God some return. Quran juga kata Dia taknak apa-apa pun dari manusia, manusia buat baik kesannya untuk manusia sendiri, manusia buat jahat, kesannya juga kena kat manusia sendiri. Tuhan kat atas sana self-sustain, unaffected by what we do personally or in mass.

Bila Tuhan beri peluang kehidupan yang cukup bermakna sebegini, kita sepatutnya jadi berhati-hati untuk bercakap bagi pihak Dia, atau nak claim something tentang Dia. I would not say about Him things that I do not know. Saya belajar agama, of course, tapi sesetengahnya tak dapat saya buktikan untuk saya apply pelajaran saya itu ke atas orang lain. It's just against my nature.

Guys...

We live in a box. Beyond that box is false because we are 'conditioned' to think our box is the only acceptable truth. I am an engineer and I am falling in love with how the creations made me think of Him up there, regardless my box and other boxes. I was born Muslim, printed on my ID, but to totally commit to people's claims in the religion is just not right thing to do. People are people. They made mistake, they tend to go wrong in a long run. The only thing you can do is to gain knowledge to resolve your box and to protect your loved ones from extremists.

Religion is a story of a faith. Faith is common in our heart, but to reach to that concept of faith, people created religion. No religion has to be solely right, none is wrong. All religions are telling the same thing in different ways. No matter how they claim about God, all of them have no proof. They tell hundred thousands of stories to prove their religion, but stories are stories. One religion might right for you, for people like you who belong to the same tradition, but it does not mean your religion can fit people at the other side of the earth. Right and wrong is clear. Human's civil law has evolved and is very good at classifying right from wrong. It is also scientifically clear that there is a creator who created this life with purpose, and it is humanely honest to claim that the creator is the God, does not matter his name, his appearance, because we all have no single idea about Him.

After all... We are all created by the same God. Live on the same Earth. Fueled by the same Sun. We scattered on earth, we wear different dresses, we eat different foods, we talk different languages and it is totally 'natural' that we subscribe to different religions.

Doesn't matter how different our dresses, our skin color, inside us we have same heart. We eat different foods, but our body take up the same nutrients. We talk different languages, but we are describing the same thing. It is normal that we subscribe to different religions, but are trying to reach the same Faith.

If you are moderates in thinking, you can understand me. For extremist, they will call me kafir. And why we, 90% of moderates on earth let those 10% extremist divide us into boxes and make us awkward to mix together?



Isnin, 1 Februari 2016

Life begin at 35 - my new hobby - stock market

Memandu ke tempat kerja pagi tadi saya beritahu boss, "saya rasa setiap orang rakyat Malaysia ni kena memiliki share sorang satu. Bagi diorang rasa peritnya bila ekonomi kita terjejas sebab perbuatan tangan-tangan luar yang cuba menjatuhkan kredibiliti negara kita.

Kita tahu situasi UMNO dan tak lupa juga PKR dan amanah dan taik-taik politiknya. Kita tahu. Tapi itu urusan dalam kelambu. Kita yang vote government, jadi kita berhak nak sindir2 menteri, nak kutuk PM dan Maslan. Tapi itu tak bermakna orang luar boleh kutuk sama. Mind your own business lah kan.

"Hey Runks is my friend, I can make fun of him, but not you, okay," kata Hank Moody.

So, pray for our economy recovery.

Saya tak sengaja main share ni. Hari tu Malakoff issue IPO, saya pun join lah beli IPO company sendiri tanpa memikirkan sangat teknikal-teknikal stock market ni. Harga seringgit lapan posen seunit, dalam masa 3 bulan jadi seringgit tiga posen sebab RM jatuh, 1MDB tgh hot, dan harga minyak dunia tersungkur di tangan OPEC. Menggelupur la sekejap tengok duit hilang macam tu je. Dah la first time memiliki saham, saham pula jatuh. Mana tak pening. Kepala masih blur campur stress tanya remiser soalan-soalan bodoh. Dengan penuh rasa hina dinanya saya paksa diri untuk memahami kenapa dia jatuh dan bagaimana sebenarnya konsep saham ini bekerja.

Saya ambik loan bank Maybank untuk beli IPO sebab jumlahnya agak banyak. Apabila saham jatuh, Maybank akan call untuk beritahu value share dah shrink, so saya kena bayar sejumlah loan untuk elakkan force selling yang mana bank akan lakukan untuk secure diorang punya bayaran. Untuk lebih selamat, bayarlah kesemua loan itu, iaitu bermakna semua unit share itu akan jadi milik saya, tidak lagi berkongsi dengan bank. Bila saya ada 10k, saya fikir untuk bayar loan, di mana saya membayar untuk share yang berharga 1.80. Tetapi, sedikit ralat sebab harga share sekarang RM1.60. Kenapa nak bayar loan kalau saya boleh guna 10k itu untuk 'lower average' iaitu beli lagi share pada harga Rm1.60 sekarang?

Iaitu kalau saya ada 10,000 unit share berharga RM1.80, saya beli 5,000 unit lagi pada harga RM1.60, average cost saya dah reduce jadi RM1.73. That's better.

Saya tanya remiser betul tak apa yang saya fikir ni.

Dia kata betul.

Lalu saya buat keputusan untuk tambah lagi share Malakoff guna 10k tu. Bila saya arrange pembelian, saya pun terfikir lagi. Kenapa nak letak duit dalam unit share yang agak 'stagnant' moving sideway, yang dah 5, 6 bulan duk singgit nam posen kat situ? Kenapa tak letak dalam share yang lebih promising, yang aktif, yang boleh bagi return 5 to 10% dalam masa seminggu? Kenapa mesti Malakoff? Kenapa tak fikir untuk invest dalam kaunter lain yang moving up seperti Shell, Topglove, FFHB dan sebagainya?

Saya tanya remiser betul tak apa yang saya fikir ni.

Dia kata betul.

Saya pun study company mana yang perlu saya laburkan untuk dapat return lebih baik. Dan dari detik itu semuanya pun bermula. Saya di Jeddah, KLSE bukan pukul 4 pagi local time. Pukul 3.30 pagi saya dah bancuh kopi.


Hmm... Let see how deep this rabbit hole will go.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...