Selasa, 5 September 2017

Palette Multimedia (Stock Market)

Aku pernah sebut di FB yang income ketiga aku selain employment dan novel adalah stock trading. Setakat ni alhamdulillah, performance tidaklah teruk mana untuk seorang amatur. Di Jeddah dulu, sifu yang mengajar aku main saham ada dua, Malakoff IPO dan boss aku sendiri, Encik Mat.

Malakoff IPO ni aku beli masa pengetahuan saham aku 0. Ini jenis beli ikut orang. Sebab nak beli duit pula takde, aku buat margin account, guna bank facility untuk trade. Beli saham menggunakan loan bank. Cara ini bersyarat, di mana share current value must be above 90% of loan value. Kalau jatuh bawah 90%, I have to pick up the share using cash money. Bila harga saham start jatuh dari seringgit lapan puloh sen kepada seringgit tiga puluh sen je, duk ada 8000 ringgit aku topup CDS akaun aku untuk elakkan forced selling. Itu dalam masa seminggu. Dan kecelakaan itulah yang buat aku pening kepala nak tidur malam tak boleh memikirkan kenapa duit habis begitu saja. Lalu aku terpaksa google, beli buku dan belajar... what is stock market... what is fundamental analysis, technical analysis... why market behaves sometimes beyond logic, how does emotion of a bunch of fearful/optimistic people that actually move the price up and down. Selepas berasa sedikit confident, aku lalu inject sedikit duit untuk beli saham-saham murah. Sometimes aku feed juga info kepada Encik Mat, yang ada share yang dia juga beli.

First penny stock yang aku beli selepas aku study diorang punya business adalah Frontkn. Frontkn ni engineering company yang buat surface treatment untuk semiconductor. Diorang dulu mainly provide engineering service for oil and gas company, but at the fall of O&G, they quickly switched into semiconductor market, providing special cleaning and surface treatment. I started accumulating the shares at 21.5, 22, 23.5 sen price for around RM9k, and selling at 24.5, 26.5 and 29 sen that gave me a profit of 1.2k in 2 months. That is 14%, which is not bad for a beginner. The stock later touched 42 sen before one day drop to 32 sen and now slowly climbing again towards 43 sen, one of analyst target price. The stock price rose 103% ytd.

My second penny is Palette, after one of my trading friend throw the company's name inside our whatsapp group. Palette Multimedia ni sebuah company yang supply IT hardware dan software untuk cloud, secured network dan core product diorang iMedic. For the past 8 years, they are loss making company, until last few months, we noticed, that this company started receiving contracts from Russia, bermula dengan half a million contract, once in two weeks that accumulated up to RM23mil of worth. Aku whatsapp dekat kawan aku, this is too big for a small company. Can they deliver?

I think they can. In fact, recent QR they had materialized the revenue from the contracts that beat previous 3 years revenue. So I jumped in at 7.5 sen a piece.

Today, after one month, the share closed at 20 sen, after touching 21.5 sen, highest in their history. I have locked some profit at 13sen, now I hold another half for 100++% paper profit. When my ex boss, Encik Mat asked me what is my target price for this penny, I simply said, 20 sen... may be.

He laughingly said that is too much, he jumped in as well, but later sold at 9, 10 sen when the price was still consolidating. I was still waiting, wondering why the hell the market didn't respond a bit when the company started making contract announcement. One day the sideway pattern broke and it closed at 13 sen, later 15 and today 20 sen. They got query from Bursa of course, and they replied that they are arranging for a private placement which for me a positive move. They need capital. It supposed for a bigger order.

So, now the price already hit my TP but I realized it is sooner that my expectation. For further info:
i3 palette  / thestar on palette

I think this company has a long way to go so I am holding my position in it.




Selasa, 15 Ogos 2017

Mutan - bab 11, 12

11

Baihaqi genggam pistol erat. “Binatang apa ni Din.”
Hairuddin geleng. “Tak tahu tuan.”
“Kau okey ke Din? Teruk kau kena rasuk tadi.”
“Okey, okey.” Hairuddin membetulkan seluarnya.
Binatang hitam ni dah langgar villa sampai runtuh. Letupan peluru kereta kebal dan tembakan komando nampaknya tak beri kesan. Binatang ini masih gagah. Bagaimana harus dia lakukan hal ini hanya dengan pistol?
“Tuwe, nate ni mari dari Agensi ni confirm,” kata seorang pegawainya.
“Hmm…” Baihaqi nampak berfikir.
“Pahtu lagu mano ni tuwe?”
“Aim mata atau soft spot. Apa-apa hal, tangkap Nik dulu. Kalau dia terlepas lari susah kita.”
Ariff merengus, “back up plan, ASP, back up plan.”
Di depan mereka, Nik yang mengendong Hasnitah mula berlari ke arah lubang di kamar bacaan. Baihaqi mengejar. Pistolnya mengacu ke belakang Nik tapi tak boleh tembak sebab takut kena Hasnitah. Binatang hitam di luar pun dah tak kelihatan untuk ditembak. Memeranjatkan semua orang, Nik mengendong Hasnitah terjun ke luar.
“Sial!” dengus Baihaqi.
Dia dan pasukannya sampai di pintu kamar. Namun, belum pun sempat mereka masuk, lantai telah dihentam dari bawah hingga pecah. Baihaqi melambung, bersama yang lain, bersama meja, buku, rak dan segala puing-puing rumah. Tersembam dia ke lantai tingkat bawah, kepalanya berpinar. Dia dongak dan dalam keadaan pandangan berbalam-balam, dia melihat puaka hitam itu sedang mencabut kepala sarjannya, Hairuddin, guna gigi taring.
Nafas Baihaqi tersedak.
Dia cuba bangun tapi dia rebah kembali. Sejurus dia melihat barisan kuku melibas ke arahnya dan dalam sekelip mata dunianya gelap.


12


Nea tergamam.Wh... what in the world is this?
Dia lihat tubuh-tubuh polis melambung jatuh ke bawah. Sejurus, sebaris kuku cangkuk dilihat mencakar lantai, berpaut dan seekor spesies melonjak naik. Figura haiwan itu kini muncul penuh; hitam, berbulu kasar panjang dan bengis. Bukaan retina matanya vertikal, merah merekah bagai lava. Parasnya dilengkapi taring dan tanduk, dua ciri yang secara biologi tidak mungkin wujud bersama pada satu tengkorak. Weird! Binatang ini pastinya baru terlepas dari neraka. Not a species from earth!
Makhluk itu mara di foyer aras dua vila itu melanggar pita kuning polis, memijak piano Fazioli dan meja jati hingga ranap. Langkahnya tidak tergesa-gesa barangkali menyedari mangsanya kecil dan lemah takkan mampu lari ke mana-mana.
Lutut Nea longlai. Dia tak mampu lari.
Ariff muncul kembali. Berteriak, Cik Nea, lari!!
Nea sebaliknya tetap di situ, kaku melihat polis itu menembak bertubi-tubi. “Nea, lari! Urgkhh!” Belakang lelaki itu tiba-tiba ditembusi barisan kuku besar. Bunyi darah dan nyawa menggelegak.
Nea terduduk. “O my God, O my God.” Airmatanya merembes. Dia menunjal lantai mengundur hingga belakangnya menjumpai dinding. “Tolong, suaranya keluar separuh.
I can’t move…
Saliva binatang itu menitik. Baunya cukup busuk. Nafas pula deras bak naga. Tak pernah dia lihat spesis segila ini dalam kajian arkeologinya, sebagaimana tak pernah dia terbayang kematiannya akan tiba seperti ini. Dia terjelapak meringkuk, menutup mata dan menutup telinga. Asyhadu an la ilaha illallah... waasyhadu anna Muhammadar rasulullah. Allah, please forgive me all my sins...”
“HUARR!!”

I am going to die.

The closing of the muslim mind

Evolution brought us into various races, countries, traditions, careers and governances. Our common ground should be the religion, since we are all created 'similarly' by the same Entity. Various religions added up into above list, therefore, is a big mistake.

Untuk tahun 2017 ni aku rasa ini buku pertama aku beli. Rasa lemah gila hidup ini memikirkan otak yang semakin barai, semakin jauh dari debate keagamaan. Which... sometimes I think useless.

Aku down sekarang ni. Buku ketiga trilogi Kasyaf masih merangkak. Merangkak tapi bergerak aku syukur, cuma lambat benar geraknya. Tatkala hidup bertemu simpang-simpang abstrak, aku rasa benda-benda dilemma macam ini akan berlaku. Maybe I am preparing for 40.

Shit, cholestrol damaged my reputation. Pergi cek darah kolestrol tinggi gila yang mana aku dah jangka tapi bila tengok betul-betul jadi rasa semacam juga la. Down. Dalam usaha untuk memanjangkan hayat di dunia ini, aku kembalikan zaman kegemilangan aku berjogging dan berbadminton. Cuma kali ni kena tambah dengan minyak ikan omega 3, 1000mg per capsule. Blackmores.

Am I aging too fast?

Back to the book. Aku dapat email subscription dari IRF, mencadangkan sebuah buku yang kemudian membawa aku berjalan kaki ke LRT dan LRT itu membawa aku ke KLCC di mana ada Kinokuniya. Aku google-google buku ni memang tiada di mana-mana kecuali Amazon, Kinokuniya dan satu store online yang aku lupa nama. Delivery time lambat gila I cannot wait. Aku pilih untuk hadir secara fizikal ke Kino yang aku kira agak bertuah kerana dapat last copy. Tuah kemudian agak menipis melihat harganya yang menghampiri seratus. Berdebar juga. Kalau pdf versi compang-camping boleh saja download dari internet sebenarnya tapi kondisinya sukar dijangka. Boleh potong stim. Demi semangat rebellious, aku belikan jua. RM92.59 harga untuk sebuah idea.

"The closing of the muslim mind"

Thing that is so obvious that you cannot deny. Aku tidak nampak aku berada dalam aliran yang membawa kejayaan, tetapi aku cuba untuk jujur dengan apa yang aku faham. Aku rasa agama ini menuju ke laut, sehingga somebody manage to tear it apart and take it's core back to it's original spot and the people will be liberated again, rise to the higher level.

Knowledge is as if fluid. Ilmu pengetahuan itu seakan bendalir. It moves towards gravity. Ilmu pengetahuan takkan kekal pada satu bangsa kalau keturunan baharu bangsa itu kurang cerdik daripada nenek-moyangnya. It is reverse evolution so it will not take you higher. Muslim terkini percaya mereka lebih bodoh daripada muslim terdahulu, dan mereka percaya teknologi tidak dapat membantu mereka untuk fine tune ketepatan hukum-hukum fekah tetapan ulama terdahulu, sebab itu mereka rigid, jumud dan taqlid buta menganggap ijmak itu satu hukum Tuhan tak terubahkan. Walhal ijmak itu consensus manusia yang boleh diubah bila-bila masa, sesuai dengan keperluan. Maka rasional kalau muslim terkini tidak mampu menampung ilmu yang memerlukan akal yang sihat.

Ilmu pengetahuan saintifik dipelopori umat Islam kurun ke 10 sudah lama mengalir ke barat, berkembang biak di situ. Kejatuhan tamadun Islam berpunca dari dalam. Islam yang dikotori krisis itu yang datang ke Malaya, berpecah-pecah kepada mazhab-mazhab yang mencerminkan kepupusan para ijtihad yang dibutuhkan dalam Islam. Islam memerlukan tajdid. Seorang yang mampu membuat decision direct daripada ilmu pengetahuan asas (common sense) yakni intipati sunnah Allah (sains) dan juga Quran, meletakkan dirinya sendiri untuk diadili di padang mahsyar.

The person I believe one day will come.


Ahad, 9 Julai 2017

Mutan - Bab 10

10

Lampu dari luar masuk melalui jendela dan turusnya menerangi sebahagian ruang tandas. Angin sejuk berhembus masuk membelai rasa seram Hasnitah. Tangannya menggeletar tatkala dia mengengsot ke dinding dan berpusing perlahan ke belakang. Dia kini melihat susuk legap seseorang sedang meniarap, dengan lidahnya terjelir-jelir keluar masuk menjilat cecair di lantai. Tekak lembaga itu berderam.
Allahu… Akbar… Hasnitah cuba sebut tapi lidahnya kaku.
Siling pula terus berbunyi engsotan. Matanya merayap naik ke siling. Di pepenjuru sedikit gelap itu, rupanya ada kepala sudah terjuntai menguraikan rambut terbuai. Darah pekat nampak meleleh dari kulit kepala. Bau busuk mula menguasai dan seluruh tubuh Hasnitah kini kejang. Dia harap sekarang ini dia pengsan tapi tidak.
“Hissss,” kepala di siling bernafas.
Kepala itu menjulur, dua tangan pucat dilihat menongkat di birai lubang segiempat siling. Puaka itu merangkak keluar. Jatuh terhempas ke dalam kubikel tandas mengeluarkan bunyi hentaman, bergelimpangan. Makhluk hodoh itu kemudian merodok kepalanya ke bawah pintu kubikel. Ia mula mengengsot keluar, mengheret daging tubuhnya yang lembik seperti mayat. “Herk... kerrhh... hagg... ngii... ahh,” ia mengeluarkan bunyi. Seperti mahu menyebut sihir.
Hasnitah terus kaku. Buntang matanya melihat dua ekor hantu di hadapannya. Hantu lelaki terus menjilat, terteleng-teleng. Hantu betina yang baru jatuh itu terus mengengsot di lantai berjubin, mara. Baju kurungnya koyak rabak menampakkan coli berwarna hitam. Fabrik ungu itu juga dicemari tompok-tompok hitam. Iaitu darah yang telah kering. Mukanya teruk hampir Hasnitah tidak cam.
“Kakak...” Bibirnya bergetar. Airmatanya meluncur keluar bersatu dengan pipi yang basah.
Hantu dari siling itu ialah kakaknya, Salsabila. Walaupun rupa ngeri seakan mayat, ia masih bergerak, masih hidup. Kerongkongnya bergerak-gerak, seakan cuba menyebut sihir. Seperti dalam komuter pagi tadi. Cuma kali ini suaranya kedengaran pecah, mungkin tekaknya rosak.
“Heerkk... kerrhhh... hagg... ngii... ahh.”
“Kau lepaskan kakak aku, setan. Bangsat punya iblis! Ya Allah...” Hasnitah menangis. “Kakak... kenapa jadi macam ni... Bagaimana kakak boleh sampai ke sini?
Semuanya bermula di Bangsar, awal pagi tadi. Sewaktu melarikan diri dengan Zack selepas komuter yang mereka naiki bertembung disabotaj puak ajaran sesat, kata-kata profesor itu cukup jelas. Tak perlu nak cari kakak awak, sebab dia yang akan cari awak.Salsabila yang telah bertukar menjadi seakan zombie, bangkit melutut dan menunduk di depan Hasnitah.
“Kenapa buat kakak aku jadi macam ni?!” Dia berteriak ke siling tandas. “Kau nak aku, kau ambil saja aku, setan! Iblis!”
“Cepat.. cepat, dalam toilet, dalam toilet!” kedengaran suara-suara lelaki dari luar.
“Ikh... Ikh...” hantu di depannya kembali bersuara. “It, itah... ba.. bakhaya.”
Pintu diketuk kuat. Hasnitah! Buka pintu!
Itah, bahaya? Hasnitah terkejut, berkerut, melihat hantu yang berlutut di depannya itu. Kakak?
Hantu lelaki berpakaian polis tanpa seluar, yang menjilat pula dilihat terloncat-loncat sebelum mencangkung seakan beruk tatkala mendengar suara bingit dari luar.
Bunyi ketukan kini meletup apabila pintu itu sebenarnya dipecahkan. Sedas bunyi tembakan pistol bergema. Telinga Hasnitah perit. Nafasnya tersedak. Buntang matanya melihat kakaknya telah terpelanting ke pinggir dinding tandas selepas ditembak dari jarak dekat. Itah bahaya? Dia masih bingung.
ASP Baihaqi dan Detektif Ariff mara mengacu pistol.
“Itah, awak okey?” soal Nea yang masuk laju.
“Din! Hoi Din!” jerit ASP Baihaqi. “Bukak lampu, bukak lampu.”
Nik pun turut masuk, tangannya sudah melaraskan fokus kamera telefon pintar ke arah hantu.
“Lampu out, ASP,” jawab Ariff.
Bagaikan tidak terkesan dengan tembakan tadi, Salsabila kembali bergerak, perlahan. Tangan kirinya merayap dan menolak lantai. Rambutnya mengurai apabila dia cuba bangkit. Tangan kanannya kemudian diraih, menjulang ke arah adiknya Hasnitah.
“Weih,” Nik terkinja, “dia hidup lagi lah, hidup lagi! Adooiii!” dia menjerit apabila lengannya digigit sarjan Hairuddin yang melompat ke arahnya tiba-tiba.
“Din kenapa kau ni. Dah kena kau ni dah kena.” Baihaqi menarik Hairuddin yang rakus mengerkah Nik sehingga telefon lelaki Terengganu itu jatuh bergelimpangan.
Ariff pula kembali mengacu ke arah Salsabila.
“Jangan,” Hasnitah jerit, “jangan tembak kakak aku...”
“Dia setang, gile, bukang kakok mung,” kata Nik yang sedang bergelut memegang rontaan Hairuddin dibantu ASP Baihaqi.
Hasnitah menangis, terjelapak ke lantai. Jangan tembak kakak aku.”
Dalam keadaan yang kalut itu, tidak semena-mena, “DUMMM!” kedengaran kuat. Semua terkejut, tercengang kerana masing-masing tahu bala yang mereka takuti kini sedang bermula.
“Bunyi kat luar tu, bom ke apa,” kata Ariff.
“Kereta kebal tu,” kata Baihaqi, tegang mukanya berpandangan dengan Ariff.
“Dah sampai?”
Baihaqi mereguk liur.
Sejurus, bunyi bedilan senapang pula bermula dan merebak ke seluruh alam. Letupan kedengaran lagi, dan lagi. Tiba-tiba, vila itu bergegar seakan dirempuh sesuatu yang besar. Semua di situ terhuyung hayang. Hasnitah terguling, terhantuk kepalanya ke bucu kaki sinki sampai pengsan dia. Nea tercampak ke belakang.
 “ASP, Hasnitah pengsan,” kata Nea cemas.
“Korang cepat pergi angkat,” jerit Baihaqi. Serentak dengan itu ketiga-tiga pegawainya bergegas merapati Hasnitah yang tertiarap di lantai di kaki kabinet sinki. Mereka bekerjasama membawa gadis VVIP mereka keluar daripada situ. Hairuddin yang kerasukan itu pula masih bergelut dengan Nik entah kenapa.
“Bahaya...” kedengaran berdesis, seperti hembusan suara pelesit dekat di telinga.
“Huh?” Nea tertoleh. You’re talking to me?
Vila bergegar lagi bersama bunyi dentuman kuat. Sekali lagi Nea tercampak. Kali ini dia tersungkur betul-betul di sebelah Salsabila yang busuk seperti mayat.
“Baa… khaa… yaa…” kerongkong hantu itu gigih bercakap.
Nea pandang muka Salsabila. Dia cakap bahaya? Wait, which side are you? Persepsinya pada hantu itu mulai berubah. Muka itu memang teruk tapi riaknya sayu seakan merayu. She’s harmless, fikir Nea. Dia terlihat jari telunjuk Salsabila pula, dekat di depan hidungnya. Hujung jari telunjuk hantu itu lebam kehitaman barangkali sebab berpaut lama di kereta, atau terkapit ketika pelanggaran komuter. Mungkin. Tapi hujung jari itu juga ada kesan darah kering, terutamanya celah kuku.
Oh my God... Jantung Nea berdebar. “It was you.”
“Ba...kha...ya…”
“You wrote the note, you want me to look after Hasnitah… but why?”
Gambaran scene jenayah di kamar yang disusun dalam kepalanya kini berubah seratus peratus. Nea faham nota itu ditulis pihak ketiga, tapi dalam imaginasinya dia membayangkan susuk lelaki seperti Lakhus menulis nota itu di meja. Tapi tidak. Selepas membunuh, lelaki itu terus terjun keluar. Sama macam dalam mimpinya sebentar tadi. Salsabila yang selepas itu masuk, mengosongkan barang dari atas meja dan menulis nota guna jarinya.
“Baa… kha… yaa.” 
“Bahaya apa?” Nea mengikuti telunjuk hantu itu mengarah ke luar. “Ada apa di luar sana?” Atau sebenarnya jari itu menunjuk ke arah… Nik? Ya, telunjuk itu ke arah Nik. Apabila Nik yang bergelut dengan Hairuddin itu berganjak, telunjuk itu turut bergerak.
Nea berpaling ke Salsabila. Dia berkerut. “Nik?”
“Huurrmmm…”
Apabila dia menoleh semula ke arah Nik. Lelaki terengganu kurus itu kini berjaya menggagahi Hairuddin, mengilas tangan polis itu yang terdongak-dongak kejang seperti orang kena sawan, mengangkat polis itu tinggi… yang buat mata Nea meluas dalam kejutan… kemudian sepenuh tenaga, Nik menghumban susuk Hairuddin ke lantai.
Di depan mereka, Nik kini tercegat, wajahnya murung yang sangat pelik.
Nea mulai gagap. “Nik… Are… you o…okay?”
Ekspresi muka Nik semakin jelik. “Kheh kheh kheh,” suaranya berubah. Lelaki itu mula berguling di lantai menggaruk rambut kerintingnya. Matanya mulai terbeliak mengeluarkan darah. Perutnya berombak-ombak seperti ada binatang di dalam itu. Urat biru timbul berselirat di mukanya, air liurnya mulai keluar berjejer.
“Nik!” Nea kembali bingung. “O my God.”
Tidak seperti Hairuddin tadi yang kerasukannya seperti lelaki terencat, kerasukan Nik nampak ganas dan gagah. Ini jin lain, fikir Nea. Nik melompat tinggi seperti serigala, melepasi Nea, menuju ke pintu keluar.
Nea merangkak ke pintu. Tidak dia tahu apa yang dia rasa sekarang ini. Otaknya lumpuh. Melalui pintu tandas, dia lihat bagaimana Nik menerkam ke arah kumpulan polis yang sedang mengangkat Hasnitah di foyer. Ariff dan team Baihaqi melawan tapi Nik menggila seperti babi hutan. Semua orang dia sondol dan kerkah. Tenaganya luarbiasa. Sehingga akhirnya dia berjaya merampas Hasnitah. Terkulai gadis itu pengsan di rangkulan Nik.
Ariff, Baihaqi dan beberapa pegawai lain dilihat cuba untuk menyerang Nik lagi tapi masing-masing tiba-tiba terdiam kaku. Mula-mula Nea tak tahu kenapa, tapi selepas itu dia pun nampak. Di belakang Nik, kamar bacaan sudah hancur berlohong gelap. Kegelapan lohong itu bukan malam, tapi susuk binatang. Nea menyedari hanya selepas binatang itu menampakkan matanya.

Dia terkedu. “What the hell is that...”

Isnin, 3 Julai 2017

Ibu buta atas LRT

Hari ni aku cuba keluarkan duit dari ASB tapi tak boleh sistem dia down seperti sengaja tak bagi pelabur keluarkan duit besar-besaran selepas burst budget raya. Mula-mula pergi Maybank, IC pula tak boleh dibaca sebab cip rosak. Jadi kena tukar IC baru, aku terus melangkah ke stesen LRT untuk ke UTC Pudu.

Semasa menunggu LRT, terpandang seorang wanita dipimpin seorang kanak-kanak perempuan berbaju sekolah. Wanita tu pegang tongkat aluminium. Aku kerling mukanya, spek dia clear dan gaya jalan dia dengan anak dia tak nampak macam dia dipimpin juga, kadang macam dia memimpin anak dia. Senang kata mereka berpimpin tangan beriringan. Anak dia comel, mungkin darjah 1. Berkulit putih bermata bulat dipasang spek mata berkaca nipis. Nampak petah dia cakapkan sesuatu dekat mak dia yang kadang-kadang terpaksa menunduk untuk mendengar.

Terfikir juga aku betul ke dia ni buta.

Bila masuk LRT, mereka duduk. Aku sengaja berdiri berdekatan. Rasa berdosa juga tak pasal-pasal aku curious nak tahu betul ke dia buta sebab nampak normal. Dia duduk, tengok-tengok keluar. Then, dia keluarkan telefon. Smartphone. Dia bawak fon ke muka, dia mula tatal skrin pada jarak sangat dekat seperti dia sedang intai satu lubang kecik dekat telefon tu. Rasa berdosa aku bertambah-tambah sampai tak aku sedar mata aku dah start suam. Ibu itu memang sebenarnya ada masalah penglihatan. Tapi dia berlagak sahaja normal.

Aku lihat begnya, beg kain lusuh bawa macam-macam benda dalam tu, seolah-olah hidupnya nomad. Anaknya bersahaja, asyik dengan air cincau Yeos tin di tangannya, sedut-sesedutnya penuh nikmat. Bila LRT berhenti dan keluar, aku baru perasan sebenarnya anak dia yang kecik tu yang banyak guide mak dia. Aku terfikir nak stop anak dia dan nak bagi duit raya, tapi aku takut dia terganggu. Mungkin aku patut bagi je tadi. Mungkin...

Subhanallah, maha suci engkau wahai Tuhan, memberi sesuatu yang menenang hati walau susah. Mak sedar hidup ini tak mungkin sempurna, tapi mak bahagia sebab anak mak akan membesar baik dan cukup sifat. Mak mungkin tak mampu melihat, tapi apabila anak mak ada di sisi duka mak langsung tiada. Si kecil itu pula bajunya kusam, telekungnya senget. Bila bercakap wajahnya genius. Dia pimpin tangan maknya, digenggam secukupnya. Satu ikatan cinta yang bukan dibuat di atas bumi, tetapi di dunia sana.

Mereka berdua hilang dari pandangan aku. Aku beredar dengan perasaan yang tak lagi sama. Semoga anak itu membesar baik dan memberi sejuta kebahagiaan kepada maknya.



Ahad, 2 Julai 2017

Mutan - Bab 8,9

8

Hasnitah tilik wajahnya tanpa tudung di cermin tandas. Muka putih itu pucat keletihan. Suasana bilik air mewah yang agak luas di belakangnya pula bersih dan kemas tetapi entah kenapa dia merasai udara di situ seperti terlalu statik. Sunyi yang sangat pelik. Kubikel tandas, tab mandi porselin coklat berbentuk telur, kabinet dan pasu putih di belakangnya seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
Keheningan bubar apabila tiba-tiba dia dengar ada bunyi atas siling. Bunyi seretan, seperti engsotan ular. Dia melilau ke siling putih. Selang sekejap, keluar bunyi seperti ada binatang sebesar kucing berguling pula.
“Hish!”
Dia buat tak tahu. Dia terus menadah air paip dan membasuh mukanya. Dia perasan bunyi di siling dah tiada. Mukanya yang basah direnung. Wajah cantik ini adalah satu sumpahan, kata Nea tadi.
Sumpahan...
“Ptui!” dia ludah ke sinki.
Hasnitah tidak menyukai perkataan itu. Sudah seharian dia ditimpa malang yang membingungkan kerana sumpahan. Kakaknya pula hilang entah di mana. Hasnitah membasuh mukanya untuk kali terakhir sebelum dia berhenti dan menutup paip. Dia dongak melihat cermin dan sekilas dia perasan dia tidak berseorangan dalam tandas tu.
Sepantas kilat dia berpaling. Tiada…
“Kreekkk…” bunyi engsel pintu kubikel tandas bergerak.
“Siapa?” terpacul dari mulutnya.
Dia perasan ada seseorang melintas di belakangnya tadi. Tapi… hish… lengannya meremang. Dalam keadaan dia mula berdebar, bunyi engsotan di siling tadi kini kembali, kali ini lebih kasar bunyinya. Hasnitah mendongak, melihat lampu-lampu bulat downlight putih terang di siling. Sejurus, lampu itu padam.
“Allahu akbar!” dia bertakbir kuat.
Hasnitah memecut laju, mengarah ke pintu tetapi belum sempat dia sampai daun pintu ditutup kuat, membingit. Suasana menggelap. Hasnitah sudah terduduk ke lantai. Dadanya bergelora. Nafasnya tercungap. Dia kini kaku.
“Hisssss...” Cuping telinganya menangkap bunyi di belakangnya. Bau busuk keluar tiba-tiba dan dia dapat dengar di belakangnya, sesuatu sedang melangkah setapak demi setapak di lantai, menuju ke arahnya dalam keadaan perlahan.



9


Empat keping gambar yang ditunjukkan oleh ASP Baihaqi itu diambil melalui kamera litar tertutup yang dipasang di lebuhraya PLUS. Jalan yang lebar, kenderaan yang pelbagai dan banyak. Pada jarak sebegitu, jelas kelihatan seorang perempuan berbaju kurung ungu berambut panjang mengurai sedang berpaut ketat di atas bumbung SUV yang mereka naiki pagi tadi. SUV Lexus yang telah dipandu laju oleh Zack.
“Sebab tu dalang SUV takdi, magnetometer asyik bergetooor,” kata Nik.
“Ya, dan awak ingat, Nik, kereta Exora yang terbabas di Federal Highway tak pasal-pasal.”
“Haa... natang guh.”
“Dan kami check kat atas bumbung apa nama Lexus LX kat luar tu memang ada kesan darah kering,” kata ASP Baihaqi.
Ketua penyiasat itu tidak habis di situ. Dia mengambil dua keping lagi gambar dari dalam fail dan dicampak ke depan. Ini pula imej dirakam kamera dron ketika pulang dari aktiviti skodeng.
“Dron? Skodeng?” omel Nik, berkerut.
“Rumah ni ada dron, Nik,” kata Nea.
“Hok serupe Amareka?”
Nea tak pedulikan Nik lagi dan dia kini telah beralih kepada gambar baharu. Ia gambar pokok hutan landskap di sebelah Vila Quasar yang diambil dari atas udara. Menatap gambar-gambar itu, mereka tidak ambil masa lama untuk menjumpai hantu berbaju kurung yang sama kelihatan sedang merangkak mahu memanjat pagar dari luar.
“Oh my God.” Nea bangun. “Dia, dia... ada kat sini... betul kata Zack, jin ini akan ikut Hasnitah ke mana pun. Dia akan hantui Hasnitah sampai dia dapat apa yang dia nak…”
“Hmm...” ASP Baihaqi kelihatan berfikir. “Susah kerjaan halus macam ni. Kami polis, kami boleh tembak benda yang nampak. Kalau tak nampak macam mana nak tembak.”
“Tapi ni kamera nampak?” soal Nik.
“Itulah masalah dia,” kata Baihaqi. “Sarjan Hairuddin pun kata dia ada nampak hantu macam ni petang tadi kat dapur, kat belakang keris besar, tapi kami jejak tak jumpa kesan. Jenis boleh ghaib ni susah. Kami dah cari seluruh rumah tak ada. Segenap tempat kami dah geledah. Anjing pengesan tak jumpa apa-apa.”
“No,” kata Nea, “tak. Tak boleh. Dalam bab ni kita tak boleh percaya pada binatang. Dua spesies ni kawan baik.”
“Dang!” kedengaran pintu tandas dikatup kuat. Semua memandang ke arah tandas dengan serentak.
“Hasnitah!” jerit Nea.

Serentak dengan itu, semua mula panik. 

Khamis, 22 Jun 2017

Mutan - bab 7

7


ASP Baihaqi membawa sebuah fail. Kali ini sarjan Hairuddin tidak kelihatan mengekori. Mereka berdua lazimnya akan ke meja itu hanya apabila mereka memerlukan penjelasan sesuatu, selalunya daripada Nea atau Hasnitah. Tetapi semua tahu mereka baru sahaja turun ke bawah tadi. Kini ASP itu kembali semula, berwajah serius pula.
Sebaik ketua pegawai penyiasat yang agak gempal dan berkepala botak tengah itu merapati meja, Nea terus menyerang.
“How dare you, ASP! Benda serius macam ni nak sembunyi dari kita orang?”
Baihaqi kekeliruan. “Benda apa?”
“ASP, apa yang keluar dari agensi?” Ariff mencelah. “Benda tu mungkin dah on the way ke sini.”
“Hmm…” Baihaqi renung wajah cemas di depannya satu persatu. Dia lalu duduk di kerusi. “Aku dah beritahu kau Ariff, tadi, aku tak tahu. Kau nak aku cakap apa? Benda ni high level, atas pada kita punya gred gaji. Aku kat sini pun sebab ikut arahan saja. Itu tugas aku.”
Semua kini diam.
“Kita buat something. At least…” Nea terhenti di situ.
“Saya faham,” kata Baihaqi.
“Kita lari?”
“Habis cik Nea ingat ATM kat luar sana buat apa? Sekarang semua dah tahu kenapa vila ni dikawal ketat. Saya rasa sebab tu lah.”
“Sini ada panic room?” soal Ariff.
Nea geleng. “Tak ada.”
“Boleh tolong duduk tak. Saya ada benda nak tunjuk.”
Dengan teragak-agak, Ariff dan Nea kembali ke kerusi masing-masing.
Baihaqi membuka failnya. “Nih kami ada jumpa bahan terkini dan saya rasa yang ini lebih serius. Ni, Hasnitah pi mana?”
“Ke tandas,” jawab Ariff. “So, kita ada lead baru?”
“Bukanlah lead pembunuh, tapi benda yang menghantui vila ni sejak tadi.”
“Apa tu?”
“Accident komuter kat Bangsar pagi tadi, angka kematian rasmi cecah 23 orang.” Baihaqi mengeluarkan beberapa keping dokumen bersaiz A4 dan memegangnya. Saksi dalam komuter konsisten sebut fasal hantu, lelaki berjambang dan bunyi tembakan. Ada sekumpulan saksi lain, beritahu mereka nampak sebuah SUV hitam bergerak ke arah bertentangan sebelum menaiki divider jalan bawah ni, apa nama... flyover, rail LRT tu untuk masuk ke lorong betul.
“Itu saya, Nik, Hasnitah dan Zack,” jawab Nea.
“Ya, saya tahu sebab SUV tu ada kat porch kat luar.” Baihaqi tenung Nea sebentar. Dia berdeham betulkan tekaknya. “Sekarang ini saya nak beritahu apa yang korang tak tahu. Sebab saya pasti... pemandu dan penumpang SUV tu tidak sedar kereta mereka ada penumpang extra.”
“Penumpang extra?” Nea terkejut.
ASP Baihaqi meletakkan gambar-gambar beresolusi sederhana itu ke tengah-tengah meja, dia susun sisi ke sisi ala kadar. Gambar-gambar berwarna diambil di jalan raya itu buat Nik dan Nea tercengang.
“Kawan awak ke cik Nea?”

“Ooo... my heaven...” omel Nea dalam ketidakpercayaan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...