Rabu, 19 November 2014

Semasa Hujan Merah tu ana berada di Jeddah minum teh

Aku tak sangka benda ni jadi viral sampai ramai orang Melayu jadi bertaubat dan mula ingat Tuhan setelah lama hidup dalam kelalaian. Alhamdulillah.

Cuaca di negara timur tengah ni memang susah nak hujan. Allah setting cuaca kat sini banyak panas dan kering sepanjang tahun sampai air nak minum pun takde, apatah lagi sungai untuk aku memancing. Tapi petroleum banyak, lalu beberapa jurutera Malaysia dan Pakistan datang ke sini untuk operate desalination plant (proses air laut jadi air minum) agar orang, unta, kambing, pokok dapat minum dan hidup.

Bagaimana Allah set cuaca di bumi ni? Di Europe dia ada empat musim, di Jepun ada salji, di Malaysia ada musim mengawan (tengkujuh) dan di Arab Saudi ada musim panas dan sejuk kering. Memang Tuhan yang buat semua ni. Tuhan yang buat bumi dengan musim-musim. Tapi apakah buatan ini kita tak boleh paham lalu kita beragama tanpa akal macam pemforward hujan merah di Mekkah di whatsapp dan FB?

Apakah Puurrrr... Allah sembur api ke timur tengah maka jadilah ia gurun. Puurrrr... Allah curah air ke Asia jadilah dia negara khatulistiwa, atau malaikat turun tanam pokok banyak-banyak di Kalimantan sebab tu dia banyak pokok.

Remember o human, Allah made everything with ratio, proportionate. [54:49] Allah maha bijak, yang mana value pada penciptaan langit dan bumi hanya boleh dibaca oleh orang yang berilmu (sains), yang hasil dari ilmu itu adalah iman, faith.

Jarak bumi dan matahari adalah 149,600,000 km. Bumi mengelilingi matahari dalam keadaan berpusing. Satu pusingan lengkap = 24 jam, satu keliling lengkap = 365 hari. Paksi pusingan bumi pula tak selari dengan matahari. Pusingan dia sedikit tilted, senget sebanyak 23.5 degree yang disebut obliquity. Jadi selama 365 hari bumi berpusing mengelilingi matahari, region south dan north akan ada dua kedudukan berbeza. First half dia jauh dari matahari, second half dia dekat. Bila dekat, dia terima banyak radiasi solar jadi musim summer, bila jauh dia jadi sejuk - winter. Bumi dibalut 5 lapisan atmosfera iaitu kulit luar sekali, exosfera, lapisan lebih dalam sedikit, mesosfera, yang mana meteor akan terbakar kat sini, kemudian ada stratosfera yang menjadi laluan kapal terbang dan juga lapisan ozone yang menapis solar matahari yang masuk ke troposfera. Lalu suhu di bumi regulated, tiada perubahan mendadak dan stabil. Perubahan musim sejuk ke panas, panas ke sejuk lalu harmoni - spring, autumn.

Semua ini dibuat untuk kamu, kamu dan kamu... FOC.

Ustaz tak ajar sains. Orang putih ajar sains. Apabila orang putih yang ajar sains, apakah nombor 149,600,000km, 23.5 degree, obliquity, O3 (ozon) dan mesosfera itu ciptaan orang putih? Apakah bila kita bercakap dengan bahasa ini kita jadi liberal dan jauh dari agama sebab ia ciptaan bangsa Rom bukan Arab?

Manusia cuma bagi nama. Yang tetapkan qadar ini, proportion ini adalah Tuhan, Pencipta, the Architect. 

Tuhan. Orang Arab sebut Allah.

Maka apabila kita menggunakan sistem lain, proportion lain untuk menyelesaikan masalah dunia, maka kita disebut syirik. Bomoh hujan panggil hujan guna batu merah dan biji lada hitam - syirik. Orang Islam mesti guna qadar ciptaan Allah, iaitu isi penuh air garam dalam tangki bawak naik kapal terbang dan sembur ke anak-anak awan, kerana mengikut qadar yang Allah tetapkan, sodium cloride akan tarik wap air untuk bertangkup, jadi berat dan jatuh sebagai hujan. Ini bukan teknologi orang putih. Ini nama dia solution.

Tengok kapal terbang. Boeing buat kapal terbang guna prinsip aerodynamics, thermodynamics, air compressor + gas turbine dan bernoulli. Apakah saintis kurun ke 19 yang cipta semua ni? Tak. Allah dah tetapkan properties langit dan bumi di Luh Mahfuz sebelum penciptaan lagi. Orang Mesopotamia tak tahu nak buat kapal sebab depa bodoh lagi, bukan sebab teknologi tu belum wujud. Kalau angkut 10 orang engineer Boeing naik mesin masa pergi ke zaman Mesopotamia, boleh je diorang buat kilang kapal terbang kat situ time tu.

Meaning to say, this laws, hukum ni Allah dah buat lama, dan dari dulu sampai sekarang hukum ini tak pernah berubah, fixed. Qada dan qadar yang kita sebut, atau sunnah Allah. Orang putih hanya jumpai dan bagi nama je untuk diorang punya aplikasi harian.

Fenomena hujan pasir dan langit merah di Mekah adalah petanda kiamat ni benda budak-budak sebenarnya yang sebar kat FB apa pun tak tahu. Ini semua boleh jadi syirik sebab jahil. Sebarang pemikiran atau struktur pemahaman yang menyalahi qada dan qadar, adalah syirik. Syirik adalah kita mempercayai ada sistem lain berkerja menggunakan formula lain, selain yang telah ditetapkan Allah lalu dia beriman bahawa jika dia ikat tali beserta taring harimau hitam kat pinggang budak, budak tu lalu jadi genius. Itu bukan cara dunia Allah ini bekerja. Itu bangang namanya.


Benda-benda seperti cuaca local, pokok petai menangis, dakwat dalam Quran hilang, ikan naik ke darat... ini semua bukan petanda nak kiamat. Petanda kiamat adalah?

Thinning of the ice, dekat north dan south pole.

Global warming.

Overpopulation.

Species extinction. 

Polution - air polution, water polution, dan brain polution (religious dude forwarding stupid picture claim from God)

Thinning of ozone.



Selasa, 18 November 2014

Curiosity pada kisah Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim dalam Quran bertanya "Tuhan betul ke Kau boleh hidupkan orang mati?"

Tuhan tanya balik, "apakah kau tak beriman?"

"Aku beriman... tapi untuk menenangkan hati."

Kita hari ini nak persoalkan ajaran Mazhab Syafie pun kena tuduh sesat. Kadang aku confused orang Melayu ni sembah Tuhan ke sembah imam Mazhab dan imam Bukhari.

Curiosity, masing-masing ada curiosity yang mesti disoal dengan jujur dan dijawab dengan jujur. Tak ada salah kita nak mempersoal setiap item dalam ajaran agama, kerana Allah letak curiosity dalam hati kita untuk kita cari kebenaran yang menenangkan hati. Selagi kita rasa jawapan tu tak menenangkan hati, selagi tu kena cari. Jawapan yang menenangkan hati selalunya jawapan yang masuk akal, yang kita boleh relate dengan realiti ciptaan Tuhan.

Setiap jawapan yang kita pegang akan ditanya di padang mahsyar kelak, dan untuk menjawab kita mestilah paham dan jejak. Kalau nak jawab saya ikut orang je, mereputlah dalam neraka.

Rabu, 5 November 2014

Mengata Arab nanti jadi macam dia

Banyak juga aku kutuk orang Arab ni sebenarnya. Especially dekat twitter. Tak tahu la yang RT atau Fav tu sebab kelakar ke bagus ke... kelakar kot. Sampai aku pagi tadi berfikir apa tujuan aku sebenarnya. Nak melawak ke memang nak mengata.

Ye la, mana-mana bangsa akan ada juga yang buruk sikit sebanyak. Apatah lagi kalau diperati, sikap buruk orang Arab ni, sebenarnya failure peringkat KBSR saja. Kegagalan pada benda basic yang orang Malaysia dah overcome 10 tahun dulu. Contohnya round about. Orang Malaysia cekap dengan roundabout, tahu sequence. Orang Arab tak tahu guna roundabout. Sumpah bangang gila diorang ni dekat roundabout. Jadi, kalau untuk jadikan sempadan, orang Arab ni dah ke laut tak layak dah untuk kita jadikan sempadan.

Jadi lepas tu aku dah mula sedar dan malas dah la nak mengata orang Arab lagi. Mana aku boleh tegur, aku tegur je diorang ni.

Aku takut bila kutuk orang bukan sebab nak jadikan contoh sempadan atau apa, takut kita mengata dia sebab sedap. Seronok gelakkan dia. Atau nak balas dendam sebab sikap dia buat kita susah.  Sebenarnya. Kita duk cerita keburukan orang takkan buat kita jadi baik. Aku risau diri sendiri yang rosak.

"Abah, ni tak habis ni."
"Alah, sikit je. Orang Arab nu lagi teruk, satu dulang buang gitu je."

Nampak tak? Aku perhatikan. Bila kita suka cari keburukan orang dan kita jaja, sebenarnya kita kumpul benda negatif tu dalam imaginasi kita. As a result, kita dah mula longgarkan kita punya tolerance. Dia tarik benchmark kita jadi loose. Lama-lama kita jadi macam dia. Lepas tu kita terlanggar bahu Arab di KLIA kita cengengkan muka sebab nak bagi dia rasa. Now, we've become like them.

Kat sini orang Malaysia dipandang tinggi. Muka aku macam pinoy, bila diorang tahu aku sebenarnya Malaysian, diorang suka. Bila askar roadblock tanya dari mana dan aku cakap, "nahnu kullu min Malizi." serta merta dia akan sengih. "Aiwa malizi quais, jayyid. Langkawi, Binan (Penang)" So, berada di sini aku kena jaga standard Malaysia. Tak boleh ikut perangai Arab. Secengeng mana pun pakcik Arab, kita kena sentiasa manis muka, senyum dan bersopan. Diorang dengan cara diorang, layankan sajalah. Kalau kita lahir di Saudi, kita pun jadi macam diorang jugak. Mungkin lagi teruk. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...