Rabu, 27 Mac 2013

Nasihat gaya abang-abang sempena perkahwinan adik aku, Wahida.

Jodoh bukan di tangan Tuhan, tapi pada diri sendiri.

Selepas 8 tahun bercinta, adik perempuan terakhir aku, Wahida, akhirnya dah bernikah dengan jayanya minggu lepas. Dengan Jamel, orang Mengkuang, Baling. Tahniah ida, enjoy the new life ya.

Iklim kat Malaysia ni panas. Rata-rata kenduri pula mula waktu tengahari tatkala matahari bermaharajalela atas kepala. Agak kurang memberangsangkan kat situ. Apabila berpeluh berkerut, rasa nak cepat balik bukak baju. Rasanya, kenduri korang nanti, tak salah kalau buat time malam, lepas Maghrib, atau lepas Asar. Letak lampu banyak-banyak, pasang nasyid Maher Zain dan makan sampai subuh jangan bagi mempelai tidur, kasi dera.

Kawin ni penting. Gila tak penting. Selain memperjuangkan seks berstrategi untuk keharmonian generasi hadapan, ia juga untuk memenuhi naluri hidup diri sendiri sebagai suami atau isteri. Diri manusia memang hollow, separuh. Baik lelaki atau perempuan. Bila dapat pasangan yang berlainan fizikal, baru hidup ada rasa lengkap.

Perkahwinan itu satu penyatuan berteraskan rasa cinta dalam hati, menghasilkan sepasang manusia yang kerjasamanya terbaik dalam membina populasi dan tamadun. Namun kena selalu ingat, penyatuan itu tertakluk pada hukum dunia ciptaan Allah iaitu ia ada kebarangkalian. Dua kebarangkalian utama.

Ada kebarangkalian perkahwinan jadi positif. Tak mustahil untuk jadi negatif. Dan setan dalam diri masing-masing akan sedaya upaya menghasut orang Islam yang suci untuk kahwin dengan pasangan yang SALAH.

Ya, untuk pembaca blog saya yang masih belum kahwin, ingat nasihat saya ni baik-baik.

Jodoh bukan di tangan Tuhan, tapi di tangan korang sendiri. Korang yang pilih. Bab ajal, jodoh, rezeki memang dah siap di Luh Mahfuz sesaat sebelum Big Bang 46 billion tahun dahulu. Itu ilmu Allah yang bukan urusan kita untuk ambik tahu. Urusan kita adalah untuk jadi manusia baik dan waras, based on reality yang boleh kita fikir dan analyze. Maka oleh yang demikian, hidup mesti praktikal dan usaha mendapatkan jodoh mestilah sepenuhnya difikirkan diri sendiri. Kalau sekadar tunggu jodoh dari tuhan baik jadi kambing saja okey? Doa? Ya, benar. Berdoa itu lebih kepada spiritual, satu yoga hati untuk motivasi diri. Kita boleh bincangkan hal itu dalam tajuk lain. Kereta takkan bergerak semata-mata dengan doa tapi dengan petrol. So, get up, move, and find the right man!

Proses mencari pasangan akan diganggu. Of course, this is the game. Life is the game. Sama macam penciptaan galaksi, matahari, bumi, dan langit... elemen positif dan negatif menjadikan semua mereka seimbang. Hidup kita, adanya keburukan dan kebaikan jadikan ia seronok, menarik dan bernilai. Adanya sakit menjadikan sihat itu bernilai. Adanya lelaki buruk menjadikan yang segak itu bernilai. Adanya takdir hodoh menjadikan kecantikan itu bernilai. Ada pun haiwan, kambing umpamanya, asal betina ada salur vagina terus saja dia panjat muka penuh kutu tak ada dia kesah.

Jadi, dalam hidup pelru beringat bahawa di luar sana ada bermacam jenis jantan untuk awak pilih. Nak pilih yang lucah dan bangsat macam papagomo pun ada. Nak pilih yang segak macam saya pun, ehem, boleh lagi hehe. No, seriously.

Apabila kita berkahwin dengan pasangan yang SALAH,,,,,,..... rugi.

Lihat kejadian jantan dan betina, secara fizikal dan emosi kita dapat lihat dua spisis yang amat berbeza. Kerana keduanya adalah plug dan soket, skru dan skrudrebar, aur dan tebing, enjin dan gear, hitam dan putih, lembut dan keras... itu secara kasar. Kalau kembangkan lebih detail, setiap kita mempunyai personaliti dan karakter yang unik. Baik lelaki mahupun perempuan. Orang dulu-dulu sebut guna common substance angin air api tanah menggambarkan karakter orang. Jadi kalau api kahwin sama api tu, sat sat periuk melayang, sat sat lebam kat leher. Maka, please, demi generasi akan datang, pilihlah pasangan yang kena dengan diri, kena dengan citarasa, berdasarkan kajian mendalam, rasional dan jujur.

InsyaAllah, penyatuan korang hasil positif. Isteri menambahkan ilmu dan skill kejantanan suami, suami pula menambahkan skill dan keperibadian isteri. Bersama-sama, awak berdua akan bersosial membentuk masyarakat hebat. Pada waktu malam pula, awak berdua lalu bersetubuh penuh seni melahirkan generasi masa depan yang cemerlang dan terbilang.

Behind a great man, is a great woman. 

Kalau SALAH pilih, penyatuan tak jadi positif. Ada banyak contoh untuk aku berikan. dalam famili, di kalangan teman2, yang tersalah pilih. Memang di sana ada jalan keluar melalui proses penceraian, tapi tak semua pasangan bermasalah mahu bercerai. Ada yang memendam. Ada yang berkorban. Jadi tak syok.

Salah pilih akan jadi beban. Suami negatif akan jadi beban isteri yang positif. Begitu juga sebaliknya. Hasilnya, pasangan itu kurang memberangsangkan, kurang mencapai kejayaan. Ada hati yang sengsara dan menderita.

Sayu hati kalau aku lihat seorang gadis cantik, berpendidikan dan bijak pula menolak cinta lelaki baik dan berkahwin dengan lelaki lebih handsome yang sebenarnya berperangai setan. Kau akan lihat, zaman muda gadis itu... dia cukup menarik, lincah, mempunyai visi dan kau bajet masa depan dia pastinya cerah. Akan tetapi ketika menjalani proses paling penting dalam hidup dia, proses sekali seumur hidup iaitu ketika dia mahu memilih pasangan hidup... dia ter-SALAH PILIH.

Selepas tujuh tahun, kau jumpa dia dengan anak-anak. Wajah dia masih cantik tapi ada banyak garis-garis muncul. Apabila berbual, dia tak macam dulu. Respons dia lambat, fikiran dia ada banyak noise. Kita tahu perbezaan personaliti gadis dan wanita berusia yang dah kahwin, tapi kita juga tahu membezakan seseorang yang bahagia dan yang tak bahagia. Dulu, kita nampak masa depan dia cerah, tapi sekarang kita nampak realiti yang sebaliknya. Dia baik, tak cerita keburukan suami, tapi pada wajah dia kita tahu dia tak bahagia. Sayang bro. Sayang. Sayang kalau kita membiarkan gadis cantik dan baik terlepas jatuh ke tangan lelaki yang tidak sesuai yang menjadi beban dalam hidup dia.

Sayang.

Ilmu VS nafsu.

Faktor utama kepada kes SALAH PILIH adalah nafsu. Hanya seekor saja sebabnya - NAFSU. Semua tahu remaja fail bab nafsu, sebab mentah tak ada pengalaman. Tengok konek mencancang dia lalu bertanya diri sendiri apahal plak organ kencing aku ni mencancang? Gila ke apa? Dia gosok-gosok ada rasa sedap kat situ, dan perkara seumpama itu berlaku apabila terhidu bau bedak kawan perempuan. Dia lalu panasaran, curious. Dia kemudian buat test. Tengok gambar lucah dengan kawan. Eh, betullah dah jadi batu. Start umur 14, 15 tahun, remaja akan mula drive curiosity seksual dia dan malang kalau mak bapak dia jenis tak supportive. Bermula dari desakan nafsu, dia mula berangan mahu bercinta.

Lalu bila bercinta, di facebook quote benda alim-alim, tapi bila berdating masing-masing melayan nafsu. Lelaki 'rosak' akan menggunakan faktor ini untuk menambat gadis baik yg naif. Lalu gadis itu merasai satu perasaan tak selesa dalam cintanya. Rasa bersalah, tapi rasa mahu pada masa yang sama. Ketika itu, jika kurang sokongan, dia akan terpedaya. Apabila timbul satu perselisihan pendapat, kesilapan teknikal, atau perbezaan pandangan mengenai hobi, karakter, keluarga dan sebagainya... dia akan bergaduh dengan balak dia. Tapi tiba musim mengawan secara magik dan automatik berbaik semula dan berdating semula konon-konon yang lepas tu asam garam bercinta tapi sebenarnya dah lama cuti tak melayan curiosity nafsu di tasik Shah Alam. Bila dah kahwin, perselisihan teknikal itu akan timbul semula dan berkonfrontasi selama seminggu sebelum masing-masing tak tahan stim dan berbaik semula. Benda ni akan jadi graf turun naik, dan akhirnya ingatlah, lama-lama seks akan hilang sengat dan kejadian tendang menendang akan berkumandang dan masa depan awak akan gelap gelita. By age 35, anak 3, 35% pasangan di Malaysia made up their mind dan bercerai.

Ingat keyword ni - NAFSU. Tolong fight nafsu dalam diri, dan berfikir rasional dalam memilih boyfriend. Letak semua ciri-ciri yang awak mahu:

Segak
Beriman
Kulit putih (sebab awak hitam)
Orang negeri Sembilan
Sport type especially futsal
berkerjaya

Pada setiap item, letak weightage iaitu prioriti. Item paling tinggi peratusan paling tinggi prioriti.

Segak, 10%
Beriman, 60%
Kulit putih, 5%
Orang negeri sembilan, 1%
Sport type, 9%
Karier, 15%

Then, bagi markah (1 hingga 10) dan bandingkan antara Hairil (H), Badri (B), dan Nazmi Faiz (N):

Segak, 10% - H:9, B:5, N:2
Beriman, 60% - H isap rokok, sms cenderung melucah sikit bagi markah 3, B okey, sms sopan bagi markah 9, N agak sosial, ramai bekas awek bagi 4
Kulit putih - H:5, B:5, N:7
N9 - H:0, B:0, N:10
Sport type - H:1, B:7, N:5
Karier - H:5, B:9, N:4

Kemudian darabkan prioriti dan markah masing-masing. Buat dalam excel. Buat dengan jujur dan kalau boleh suruh kawan-kawan awak yang mengenali Hairil, Badri dan Nazmi untuk buat score kad masing-masing dan bandingkan. Dalam bilik dorm, buatlah satu persidangan dan bincangkan markah-markah yang korang beri.

So look, walaupun Badri agak kurang segak, tapi pada lapangan lain, dia perform. Kalau awk berfikiran waras dan sabar, awak tak akan tertewas dengan personaliti Hairil yang macho yang pandai ambil hati dan lama-lama dia akan tarik awak sikit demi sikit ke gelanggang cinta nafsu yang bila terjerat sukar untuk keluar. Nazmi Faiz rasanya memang dah out awal-awal, walaupun dia orang negeri sembilan. Score matrix ni kalau buat elok-elok insyaAllah menjadi kerja, plus jujur, doa dan istikharah.

Okey, kesimpulannya...

Memilih pasangan amat penting, sayang. Gunakan kemahiran yang ada sebaiknya, dan tajamkan daya fikir dan emosi bagi melawan dugaan nafsu. Elakkan tertipu dengan lelaki alim-alim kucing. Gunakan peluang terbaik semasa proses bertunang dan fight for your right untuk batalkan pertunangan kalau menghidu sesuatu yang tak kena dengan tunang awak.

Ahad, 17 Mac 2013

Nasihat untuk PR: Sila cadangkan seorang Menteri Kesihatan yang Power!

Kemerosotan intelektual dalam pengurusan hospital kerajaan merugikan rakyat, mengkayakan syarikat-syarikat insurans. Kita manusia akhir zaman memang spisis takut mati lalu kampeni takaful ambil peluang takutkan hati kita dengan bermacam penyakit dan mahalnya rawatan.

Aku pasti korang semua pasti ada pengalaman dengan hospital kerajaan, especially kakak-kakak yang mempunyai pengalaman bersalin.

Kalau yang pernah ke hospital kerajaan dan kali kedua ke Pusrawi, boleh rasa dia punya beza pada layanan dan kos.

Is it too costly to get a loving, friendly treatment?

Apakah doktor dan jururawat hospital kerajaan tak cukup gaji untuk memberikan senyuman dan PR empatik ketika bertugas?

Aku tak arif kepakaran doktor di hospital kerajaan bagaimana, tapi aku percaya kepakaran kita cukup. Mungkin dari segi kelengkapan ada sedikit kurang apabila hospital kerajaan beroperasi atas dasar nonprofit company. Tapi apakah itu faktor yang menentukan misi senyum tak senyum? Layanan yang baik... is all about PR, profesionalisme and mentaliti... bukan equipment.

Bukan kata misi, yang jaga kaunter pendaftaran tu je kadang perangai macam kera layan pesakit acuh tak acuh ikut rasa kelangkang dia. Seriously, if you cannot manage your own damn emotion, how do we expect you to manage people... especially sick ones?

Jadi, disamping memperkasakan pengurusan hospital kerajaan, Menteri Kesihatan perlu tampil gagah untuk pupuk profesionalisme ke dalam PR staf am rendah, misi dan doktor di hospital kerajaan. Dengan pengurusan cekap dan profesionalisme ini, kita harap pengurusan hospital swasta akan pening kepala untuk compete. Akhirnya mereka akan turunkan kos, atau tampil lebih cerdik untuk tawarkan service-service melampau tahap planet Marikh pada kos sedia ada, seperti khidmat urutan di wad, personal spa, atau sediakan PS4 di setiap wad kemalangan patah kaki, follow up check up percuma atau pakej perlancongan selepas kembali sihat. Orang bisnes selalu fikir luar kotak, tak seperti 'sesetengah' staf kerajaan yang simpan otak dalam kotak (comfort zone).

Yang paling penting, mencegah lebih baik daripada merawat. Aku setuju bila DS Najib dan kerajaannya menaikkan harga rokok dan gula demi kesihatan rakyat. Bagus tu langkah tu yang maki-maki tu sebenarnya dengki dan bersifat politikal. Bukan mudah nak cegah populasi manusia kelas dunia ketiga terkena daripada penyakit organ dalaman. Sekadar tunjuk gambar bayi mutasi di kotak rokok takde pekdahnya. Naikkan saja tax pada benda2 haram tu, salurkan ke hospital-hospital sebagai elaun senyum untuk misi senyum di kaunter registration.

After all, it is all about efficiency. Bila perkhidmatan perubatan efisyen, kita boleh tengok graf kos dan kualiti mula seimbang. Dan dua benda ni akan memberi kesan pada graf supply and demand. Bila hospital kerajaan boleh bagi rawatan berkualiti pada kos berpatutan, hospital swasta yang mahal akan melukut di tepi gantang sehingga akhirnya mereka selalu pemain bisnes akan buat benda-benda tak masuk akal seperti yang disebut tadi.

Aku rasa selain public transport yang efisyen di kala harga kereta menjunam, kos kesihatan adalah antara area of improvement yang perlu Dr Lee Boon Chye kerja keras dan kopek kaw-kaw dia punya sistem. Nampak tidak dua-dua faktor ini, public transport dan kos kesihatan, akan hit profit syarikat takaful/insurans gila-gila.

Do you know how much the people pay for just being fear?

Khamis, 14 Mac 2013

A Pacific-size difference between Life of Pi dan Ibrahim Ali

Life of Pi is a summary of religion beautifully narrated by CGI.

Piscine is telling you that doesn't matter which religion you subscribe, the fact up there never change. Doesn't matter which story you believe, the ship sink and Pi's family are dead.

I am all this while telling you One God, beautifully elaborated by the Life of Pi. Doesn't matter which religion you embrace, your God is always the same. The actual God you know by your heart, not by the name.

Knowledge is not about what you see, listen or touch. But knowledge is the spiritual chemistry in your heart that give values to your life. Without knowledge, your existence means nothing to you. Like Richard Parker who never say good bye.

Religion is universal, it is a pure knowledge in your heart. It is given. It is automatic. Fitrah.

You can call Him with the names, as long as you are honestly referring to Him. Al Rahman, Al Razzak, Al Mutakabbir as well as Allah.

Rasulullah was telling us that it is not the names that really matter. It is the knowledge in your heart that give the meaning to them.

Protecting the word Allah from being included into the vocab of Christian is nothing but creating an idol to represent God. Idol in the form of a word. It is like Jahiliyyah pagans created stone idols to know god by eyes, not by heart.

This kind of thing is only practised by stupid people whose heart cannot understand beyond what their eyes can see. 

http://www.facebook.com/khairi.mohamad.7/posts/10200375864095947

Ahad, 10 Mac 2013

GE13: Kau ada satu undi dan tak tahu nak undi siapa? Meh aku cerita.

Kerja menyatukan kabilah Arab dulu kerja gila. Tak ada orang ketika itu fikir benda tu praktikal dan viable. Bayangkan perpecahan Rome, perpecahan Nasrani di barat dan timur Europe dan di tengah-tengah peta, benua Arab pula jadi lebih bengong berpecah-pecah ikut keturunan dan kasta.

Menyatukan mereka, pada ketika itu, adalah satu visi yang tak logik. Tapi telah menjadi satu tanda kenabian bagi akal waras kita semua, Rasulullah muncul menyatukan mereka semua single-handedly. Jika pun iman kau tak mahu mengaku Muhammad itu Rasul, atau kau tak percaya konsep rasul-rasul ni, jujur pada hati kau pasti akui Muhammad adalah seorang manusia yang sangat genius. Perkara sama diakui Forbes dan Book World of Record.

He did an impossible job, and... he succeeded.

Kita lihat kat Malaysia ni. Bila tiba pilihanraya, dia punya semangat mahu berpecah tu memang nampak berkudis, kalau bernanah, nanah tu dah keluar meleleh. Nak menyatukan sama-sama Melayu pun buat Dr Hasan Ali dan Perkasa stress, inikan pula nak satukan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa jadi 1Malaysia. Konsep DS Najib dah kira cantik dah sebenarnya.

Cuba renung kembali peristiwa sirah, ketika perbalahan kabilah Arab nak angkat Hajar Aswad kembali ke tempat asal. Dalam sesebuah mesyuarat, orang Arab bukan makhluk senang. Mental-wise, diorang adalah alien. Mentaliti Arab ni unik pada kekerasan kepala mereka dan pantang kalah dalam berbahas. Kau nak perbetulkan dia akan buat dia hangin macamlah kau nak bogelkan dia. So, dengan keperibadian Rasulullah yang sudah terkenal dengan gelaran 'Al-Amin', Rasulullah muncul di tengah-tengah pergaduhan pembesar Mekah yang berebut batu hitam itu dan berikan mereka 'win-win' solution guna selembar kain.

Selepas itu, dari banyak-banyak agama yang wujud, Rasulullah satukan mereka dalam satu agama, satu Tauhid, satu Tuhan. Bayangkan pula kita nak satukan cina, india dan melayu ke dalam satu agama, Islam. Nak satukan DAP dan PAS dalam coalition pun bising manjang, ini pula nak khatankan Lim Kit Siang, Sivarasa dan ahli-ahli DAP semua. Seriously, itu kerja gila.

So, how did Rasulullah do it?

Back to logics. Cut the craps, put your head together and think. Aku tahu, apa yang aku sebut di blog ni akan dipandang skeptikal sebab pandangan aku radikal. Tapi, benda ni aku sebut jujur berdasarkan pemerhatian aku secara berilmu. Kita mesti back to logics, guna kapasiti manusiawi dan perbetulkan sandaran agama yang salah. Seperti kalau aku tanya 'kenapa orang lelaki perlu berkhatan?', pasti ramai yang akan melenting, dan emo. Benda ni melibatkan sesi seksual kau, melibatkan perubahan kekal, so timbul dalam hati aku mahu tahu kenapa orang lelaki Islam diwajibkan berkhatan. Itu pun kalau wajib sebab 2/4 mazhab saja kata wajib, lagi 2 menghukum sunat. Jadi, secara jujur lah, mak, ayah, ustaz, syeikh, kenapa nak potong-potong kulup ni sama macam Yahudi?

Aku tanya sini, aku tak beri jawapan pun kan, tapi jika anda seorang yang religious, rasa tak sesuatu memberontak dalam hati. Something like, Khairi ni gila ke nak persoal amalan agama yang basic orang buat. Semua nak komplen ni mamat ni. Sesat dah la kau benda berkhatan pun nak question. Itu wahyu tu beb.

That is exactly what I am doing here, to provoke you on why you practice certain rules that you do not know their basis. Allah gave you brain and capacity to understand things up to quarks level, up to the KOI-172.02, a proof that we are hell damn good at understand things... so why you could not understand your basic rules of life and let ancient texts do it for you?

Aku tak tahu korang macam mana, tapi aku ni jenis nak tahu kenapa. Nak pilih universiti dalam UPU tiga malam tak tidur, inikan pula bab hidup mati, bab agama, bab mencintai Pencipta. Tuhan ciptakan aku, ciptakan dunia aku, ciptakan rasa yang ada dalam hati aku, takkan persepsi aku terhadap Tuhan itu ikut mulut orang, ikut apa yang orang cakap, ikut saja, lantaklah? Susah nak jawab kat sana nanti bro.

Berbalik pada politik.

Semua orang ada kepercayaan. Ada nama atau tak ada nama (atheist). Kita ada satu set of self rules yang kita apply dalam diri, so that mengikut buah fikiran kita jika mengikut rules itu kita akan jadi seorang manusia yang awesome. Yang baik. At personal level, that is good.

At public level, kita perlukan satu sistem pengurusan manusia mantap, kerana kalau kita tak manage orang yang baik-baik ni, intelektual mereka akan tenggelam dalam masyarakat, fungsi mereka tak sampai, apatah lagi jika mereka berpecah. Apabila orang baik-baik berpecah, penjenayah akan ambil peluang. Kapitalis akan subur. Korupsi akan gemuk. Kekayaan akan dimiliki oleh manusia yang jahat, tiada sivik, tiada pegangan agama dan tiada maruah jual produk tak ada kualiti tapi iklan macam produk dia datang dari syurga. Orang baik, jujur, warak dan tawadduk akan jadi tawadduklah sepanjang hayatnya.

The world suffers a lot not because of the violence of bad people, but because of the silence of good people

So, bagaimana kita nak satukan mereka berbilang agama ini yang baik-baik ke dalam satu parti yang baik?

Kita perlukan seorang pemimpin seperti Rasulullah, untuk bawa kepala-kepala PAS, DAP, UMNO, PKR kembali ke asas cerita. Cut the craps, do the job. Pecahkan pemikiran tradisi PAS, pecahkan pemikiran tradisi DAP, bring them together on humanity course. Aku tak kenal DS Anwar Ibrahim personally, aku tak tahu khabar angin jijik itu setara mana kebatilannya, so, aku pun tak berkenan pun nak bandingkan beliau dengan Rasulullah, tetapi aku mahu dia try untuk duduk di Putrajaya dan manage YB-YB dari DAP dan PAS. From his speech and parliament debate, well, aku rasa dia ada bakat untuk ganti DS Najib.

Dah 60 tahun beb, Barisan Nasional memimpin negara. Bagi la depa rehat pula, tak kesian ke, kan. Bagi lah YB-YB BN pergi ke kebun cium bau bunga mangga dan main-main lumpur. Bukan nak kata BN tak bagus, sebab kalau tengok perbandingan antara Malaysia dan rakan ASEAN dan Europe sekalipun, actually we are not that bad. Singapore, ok Singapore. Singapore run by chinese, so comparing Malaysia and the small lion island is like comparing Malay and Chinese student at USM campus lah. Apatah lagi, Singapore kecil. Easy to manage. Even kalau pergi Singapore pun, komen di jalanan still akan kata Malaysia is good, cheap, low living cost. Di kampus student Melayu bukan tak pandai, tapi kepandaian mereka dibahagi-bahagikan pada sarjana muda, sarjana mengorat awek, pada tanggungjawab dakwah perbahasan ahli masjid, pada krisis ekonomi dunia, dan pada masalah kat kampung. Jadi banyak benda nak kena fikir, exam da dekat, awek pula buat hal. Itu lah dia. Tambah dengan early conditioning Melayuism yang agak selesa di comfort zone, so, pencapaian akademik kita slightly below chinese student yg 24 jam pikir mau untung dan tak pernah struggle bab aurat, bab zina mata dan bab istinjak kat bucu dinding toilet pun dia boleh 'swipe'.

Jadi, kenapa ini kalilah mahu tukar?

Kita nak beri mesej kepada semua parti politik, tak kira PR atau BN bahawa kita pengundi yang waras yang buat analisa untuk memberi undi. Tradisi mereka beri gula dan kain batik dah tak relevan. Kita bukan tok kita. Kita mahu buktikan kita serius mengundi.

Aku berpendapat kita perlu refresh seat di parlimen, tendang keluar YB2 yang tak berfungsi, dan ultimately bagi satu organisasi baru untuk lead government. Aku mahu lihat apakah PAS boleh duduk dalam kerajaan PR nanti dan tidak ditendang keluar seperti berlaku lama dahulu dalam UMNO, so that ia memberi petunjuk PAS semakin matang untuk manage pemikiran sekular, civil dan sivik-based.

Kita tak perlu Islamkan DAP untuk jadikan DAP baik, sebab orang Islam sendiri pun kadang2 kantoi. Yang penting semua faham asas neraca universal yang kita sanjung iaitu kejujuran. Islam adalah satu sistem untuk promot kejujuran dalam hidup, dan tidak semestinya masuk Islam untuk jadi manusia jujur. There are many flights to Tokyo, the only thing is you have to choose a right flight, doesn't matter what is its name.

Khamis, 7 Mac 2013

Orang tua memang cakap dia macam ni.

Aku ni menulis dah terbiasa dengan skema bahasa manuskrip dan bila cuba tulis gaya kubakoya dulu bunyik dia tak berapa nak jadi. Aku cuba juga la, lagipun aku pun tak tahu sampai bila boleh merepek kat sini.

xcentreMarch 6, 2013 at 1:59 AMSebagai seorang jurutera, seorang
jejaka dari kampung yang daif,
sebagai seorang yang dididik
dengan suasana introvert dan
inferior, sebagai seorang pelajar
sekolah agama arab yang biasa
dengan perbahasan feqah, hadith,
dan tafsir... seriously aku melihat
Islam dari sudut yang bebas. Aku
faham

"Ntah ape2 la kemerengan yg engkau bgtau nih..x 
yah cakap bnyk yg makin menampakkan kebiolan 
sendiri..kesian ko"

Ini seekor komen menarik kat post Ibnu Sina tempoh hari. Aku tahu, aku sendiri sedar gaya aku lain macam sikit. Nak kata biol tu... entahlah. Tapi anyway, terima kasih sebab kesian. Dunia blogspot sekarang memang common dengan komen anon cam gini so tak kisah la.

Introvert ini lawan kepada extrovert. Extrovert aggresif, aktif dan outdoor. Introvert agak pasif, pendiam dan dekstop/book/indoor person. Aku rasa sebab aku ni dulunya tak handsome. Itu dulu la okey. Sekarang... entah. Oleh yang demikian, aku perasan, bila ingat-ingat balik aku dulu mempunyai kehidupan remaja yang agak fail juga la. Remaja selalunya outspoken, ceria dan gemar travelling atau lepak di luar. Aku sebaliknya. Kat sekolah, kat kampung dan kat universiti. Aku punya gaya fail tu korang boleh bayangkan Peter Parker sebelum dia jadi spidey. Kena buli, dan takde keyakinan diri.

Cuma dalam sosial kekuatan aku satu je sebab aku ada awek. peh. Oleh demikian, sbg seorang introvert... email, surat menyurat, SMS... aku memang legend.

Inferior pula sebab didikan awal. Bapa yang garang, ibu yang garang. Itu dulu okey, sekarang diorang dah cool. But still, bila aku sendiri jadi ayah, ada banyak silap teknik pada pendidikan kecil aku dulu. Dalam hal ni bukan nak salahkan mak bapak, sebab kena paham suasana mereka waktu tu macam mana. Lagipun, keluarga kampung pendidikan tak tinggi. Bila mereka kerja kuat, tengok anak degil macam dubuk, mereka akan lepaskan stress mengikut kepala masing-masing.

Bila jadi lagu tu, ada sebaris programming dalam kepala aku yang membentuk peribadi dewasa aku dan ketika itu ruh atau conscience aku tak kuat untuk calibrate fobia fobia tu semua. So, I grew up as what I was programmed to be. Plus... I am not an attractive person. 

Aku jadi tak ramai kawan, weirdo. Jadi ulat buku, dan jadi over curious sebab banyak menyendiri dan berfikir. Lebih malang lagi, curiosity aku tiada guidance dan tak ada basic struktur untuk aku follow. Aku tahu, kerananya dulu banyak explanation aku inquiry dari orang paling dekat (famili) tak dapat diorang bagi. Sebab tu aku dari kecik dah rapat dengan buku. Buku kakak aku. Buku abang aku. Semua aku rembat. Dan aku banyak buat eksperimen sendiri sebab tak berpuas hati dengan teori-teori absurd.

Aku pendiam, sebenarnya.

Walaupun peribadi aku agak menyedihkan, aku dulu seorang yang agak pintar. Diulangi, itu dulu. So, just imagine... Pendiam, tak handsome, kurang keyakinan diri tetapi pintar. Bila aku diajar mengaji dan agama, memang curiosity semulajadi dalam diri buat aku gila akan pengajian agama. Ustaz Tafsir suruh hafal 3 surah, aku hafal juzuk surah tersebut jadi 3 juzuk. Selepas tu, aku khatamkan juzuk 30, then 29, then 28, then 27 (aku peminat surah najm), juzuk 26, 25, dan 24 sehingga hampir separuh Quran aku hafaz (separuh hafiz kiranya). Sehinggalah aku dilantik menjadi imam terawih di surau kampung. Aku rasa bacaan aku agak elok. Perenggan ini kedengaran agak riak sekali kan. Itu dulu... okey, itu dulu. Pjg lagi cerita ni.

SMU aku dpt 9 agg. Banyak A2. SPM 7 agg. Bahasa Arab punya subjek dari tingkatan 1 sampai USM aku  dapat A. Walaupun budak ni agak pintar, tapi perangai dia dulu huduh. Aku ni panas baran, tak bertanggungjawab, tak boleh diharap dan tak ada kawan. Dah perangai huduh sapa nak kawan, kan. Ada la dua tiga orang yang baik hati dan simpati lalu merelakan diri berkawan dengan aku. Aku masuk jamaah kantoi sebab Jamaah yang jenis underground punya Al Qaeda universiti level ni diorang cuba shape up aku untuk jadi follower kepada certain guidelines. Memang silap orang la. Aku dari kecik tak pernah ada guideline yang logik kecuali emosi-emosi. Aku lalu memberontak, aku tuduh mereka semua sesat akhirnya next kem tak ada dah khalifah datang ketuk pintu bilik aku.

Aku jadi AJK. Pernah jadi AJK untuk satu event. Kena sound dekat meeting AJK sebab deadline besok, hadiah tak beli lagi. AJK beli hadiah je bro. Aku bila dah kena sound dekat meeting, aku jadi hangin. Dalam hati aku kutuk perempuan tu. Last sekali ada seorang kawan aku tolong belikan hadiah sebab takut nanti tak ada hadiah department dia jugak dapat susah.

Kat rumah sewa dulu, rumah sewa bujang yang Mus nobatkan sebagai rumah bujang paling kemas pernah dia pergi, Hisyam Ahmad pernah sound aku... "Khairi, hang ni... ada satu perangai buruk. Bila hang marah hang nak pecah barang. Pasaipa?" kata Hisyam dengan nada lunak. Ketika itu aku nak tumbuk pintu sebab sangkut kat tombol tak leh katup.

Bila kena sound walaupun lunak, aku jadi hangin.

Ada satu kejadian lagi di mana Asmadi, dari Besut dia datang ke Penang naik bas terlepas. Dia patut berhenti di Gelugor, tapi terlepas ke Bagan (butterwoth). Aku duduk di Pulau, Bayan Baru. Aku pun pergi juga menyeberangi jambatan untuk ambik dia, tapi muka mencuka. Nak tambah petrol ke atas bara, terjadi pula adegan kesesatan jalan sebab aku memang selalu sesat, apatah lagi waktu tiga pagi. Terus aku marah-marahkan dia sebab tak alert dengan perhentian bas. Asmadi bagi reason tertidur, aku patahkan reaksi dia dengan kursus motivasi ala-ala abah aku punya stail. Last sekali, sampai sekrang Asmadi tak contact aku.

Aku dah minta maaf dengan dia, tapi aku tahu dalam hati susah nak jangka. Bekas housemate aku semua tahu perangai buruk aku. Kalau korang kenal diorang tolong jgn bagi link post ni kat diorang ok. Sorry bros, something inside me that I can't control... at that time.

Memang lepas aku sedar kurangnya sivik aku, aku salahkan didikan awal. Bila aku aku salahkan didikan awal, aku lalu sedar bahawa aku masih belum berubah, sebenarnya. Salah siapa sebenarnya aku jadi buruk perangai macam tu?

Ya, semua salah aku. Dulu aku biasa mengaku salah aku tapi dalam hati ada bantahan. Hipokrit. Sekarang, akuan itu rasa lain. Dalam hati aku kosong dari pemberontakan. Aku lalu subscribe ke Adventice untuk repair gigi, pakai braces, buat crowning dan cuba jadi kacak dengan bergelumang dalam buku self help. Alhamdulillah, aku dapat rasa aku berubah. Masa tu, aku dapat pick up satu persatu konsep sivik dan moral yang selama ini aku tak dapat baca. Aku mula mengenal pasti apa itu emosi, ruhani, dan IQ dan bagaimana benda-benda ini berinteraksi dalam diri membentuk karakter. Dulu aku tak tahu sebab tak ada guidelines. Lagipun, benda ni subtle yang aku tak sedar sebenarnya mereka boleh diurus.

Jadi aku mulai sedar. Aku sebenarnya dulu tak pintar tapi bodo piang. Aku lihat competition hidup ni pada satu sudut yang sempit. Aku hafal Quran sebab aku cuma nak score, nak raih perhatian kariah, dan programming introvert/inferior dalam diri aku cuba buktikan ketokohan di khalayak ramai. Itu saja. Objektif hidup zero. Akhlak depleted. Aku rasa cukup dengan pengetahuan agama, tapi tak nampak sikap sendiri yang cukup negatif. Pengetahuan aku dan nilai diri tak in sync.

Lalu aku akhirnya menemui satu fundamental yang perlu ada dalam diri kita semua sebelum ajaran agama, iaitu fitrah. Aku kata fundamental sebab benda ni benda paling basic, dan 90% faktor mempengaruhi benda basic ni adalah didikan awal. Ya, mak dan ayah. Ingat, kan, lahirnya anak Adam seperti kain putih... MAK AYAH dia akan warnakan dia untuk jadi Islam, Yahudi atau Nasrani. Dalam Islam, konsep ni dah ada. Cuma kita tak diajar, atau ustaz lupa nak masukkan dalam sukatan PI.

99% human were born genius, but that capability slowly killed during growing up.

Fitrah dibentuk semasa budak iaitu basic programming atau early conditioning yang menentukan cara kita berfikir. Fitrah adalah subjek sivik yang diajar pada budak-budak sekolah Cina. Fitrah adalah cara kita menilai sesuatu dan melihat sesuatu pada sudut yang natural dan luas. Kita diberi akal (processor), naluri (conscience) dan kuasa (freewill), dan benda-benda basic ni perlu kita tahu guna dahulu sebelum kita ceburi ilmu agama. Analoginya... Kalau nak cedok air, sediakan dulu gelasnya. Tanpa gelas, air tak ke mana. Tanpa fitrah diri yang betul, agama dipakai cuma pada pakaian tapi kita tak ada kapasiti untuk kaitkan pengetahuan agama dengan cara aplikasi. Apabila kefahaman agama dan kefahaman basic ini tak selari, kita akan jumpa certain ajaran yang berkonflik dengan realiti dan human natural view. Kadang aku nampak khilaf ini pada seseorang ugamawan, ya, ada.

Honestly, generally muslims personify their appearence to religion but they lack in basic character - sivik.

Sebelum belajar agama, belajar dulu untuk jadi manusia. Itu basic. Apabila kita berada dalam pewarisan agama yang kaya dengan perbahasan tapi kurang bersandar pada sivik, kita lalu membesar dalam sistem ajaran yang banyak contradict. Terlalu banyak applications, tapi processor dan RAM slow, tablet kita akan crash. Kapasiti berfikir dan reasoning kita terlalu lemah, terlalu old fashion lalu kita tak boleh nak take up growing details punya load, sebab tu orang Melayu ramai tewas dan cukup sekadar taklid buta pada mazhab Syafi'e. Kita kurang mujahid, kurang ijtihad, kurang tajdid (version updating).

Dalam Islam, ibu bapa perlu ajar basic sivik dekat budak2 yang sedang membesar. Ajar dia value seorang manusia dan kapasiti manusiawi yang perlu dia kuasai. Contohnya expression dan body language. Ajar dia kenapa dia rasa marah, dan kenapa dia menangis. Ajar dia mendapatkan sesuatu melalui kaedah alamiah.

"Kenapa Absyar nak marah?"
"Kenapa perlu menangis? Kenapa tak cakap aje Absyar nak apa. Menangis best ke?"
"Absyar pilih Absyar nak menangis ke nak pergi mandi dan ikut abah turun main basikal."
"Jom bagi makan kucing. Kucing tu lapar, nanti dia sakit perut. Tak best kan sakit perut."

Mungkin orang dengar conversation ni biasa dan basic lalu overlook. Tapi hal ini sangat powerful untuk bentuk paradigm awal dia akan fungsi diri dia sendiri.

Fitrah dalam hati adalah memahami orang lain, seperti mana kita mahu difahami. Menilai orang lain, sebagaimana kita mahu dinilai. Menghargai orang lain seperti mana kita dihargai. Ia emotional quotient. Empathy. Fitrah adalah kejujuran dalam menerima kesamaan semua orang dalam pada ego merasa diri sendiri adalah unik. Fitrah ada antitesis ego. Ego itu setan. Fitrah itu Islam.

Aku belajar agama dulu, tanpa terlebih dahulu fitrah aku dibentuk dengan betul. Itu saja masalah aku dulu. Jadi, apa yang aku maksudkan dengan ayat jejaka kampung, introvert, inferior dan bersekolah agama tu inilah dia ceritanya.

So, aku masih dalam proses belajar. Kalau agak termereng itu, tegur la, ok. thanks xcentre.



 

Birthday sendiri pun dah lupa

Enam Mac. Semalam, hari lahir ke ... Aku sedang mandi dengan Absyar apabila dia yang berbogel gelak bergema dalam bilik air tu, tiba-tiba berkata spontan, "birthday Abah!"

Aku terus stop dengan sabun terhenti di ketiak. Konfius sekejap. Birthday what?

Pehh... sudah pukul 8 malam, baru aku sedar hari ni hari jadi aku, itu pun Absyar yang cakap. Sebab semenjak pagi tadi dia dan ibu dia buat preparation dengan present dengan kek nak buat surprise tapi sebab budak kecik ni excited sangat, tak sempat siap mandi dia dah beritahu.

Time flies. Aku lupa harijadi sendiri.

Aku pernah tweet dulu... - Live is a dream. You are awake only when you realize how short it has been. Obviously the tweet hit me in the head last night.

Banyak benda aku nak share dengan korang semua, sometimes, aku fikir aku nak buat vlog je sebab menulis ni lambat. Aku nak tulis lambat, korang membaca pun tak laju. Walhal medium blog ini tak terbatas pada penulisan saja macam surat khabar. Di sini boleh muat gambar dan video. Tapi bakat tu tak jumpa lagi atau tumpul sangat nak asah pun ambil masa.

Aku takut aku mati tak sempat nak sampaikan.

Kita orang biasa-biasa ni, memang ilmu tak tinggi. Tapi, kadang2 kalau tak share apa yang kita tahu walopun sikit, kita tak tahu yang orang lain yang juga biasa-biasa langsung tak tahu apa yang kita tahu. Especially the way we understand things.

Bercakap mengenai ilmu. Aku tak berminat dengan memori. Memori ni benda stagnant yang boleh dicapai melalui google, buku, jurnal atau rujukan mana2. Memori adalah raw objects. Aku lebih berminat dengan konsep, dengan mekanisme, atau kebolehan menyusun memori-memori itu membentuk satu kefahaman yang memberi hasil di atas tanah (ground application). Aku suka sembang benda yang aku faham. Bukan quote somebody's speech (memori) atau paste substance dari buku tanpa faham.

Semakin banyak kita alami, experience, semakin banyak benda kita belajar. Semakin banyak kita belajar semakin banyak benda yang kita tak tahu. Knowledge is a door to thousand doors. The moment we understand one thing, that thing will tell us that thousands more there for us to know. NASA work will never end. Physics study never stop. Kita tak mungkin akan jumpa complete theory yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Never ever. Ia seperti satu insulation yang complete, absurdly complete.

We will never go out there, alive.

"Allah sakit nya mati, aku tengok semua orang menderita untuk mati, " doa si Amin, "boleh tak aku ke sana tanpa perlu mati?"

Sorry, taqdir adalah sesuatu yang betul-betul carved on the stone. Unchanged. Rigid. You were born, you will die. In the mean time, you will play, you will get hurt, you will love and you will loose, until finally you loose your own body.

Hmm... umur meningkat. Terbukti pada kesan fisiologi, pada appearance, dan beberapa depreciation yang boleh dikesan pada stamina dan processor. Without all these, age is just numbers.

I am one year older now, hopefully this old unattractive man still can remain as your friend.




Isnin, 4 Mac 2013

Mengapa analisis Ibn Sina tiada dalam silibus Feqah?

Entry ini sangat penting harap dapat disebarkan. Aku tak pernah sbl ni minta korang share, like atau apa. Blog aku tak ada ads pun nak kumpul PV. Kali ini aku minta. Tolong share di FB di twitter. Ini datang tulus dari dalam hati.

Hari ini aku mahu provoke akidah kita terhadap agama, satu ajaran yang kita warisi dan mempunyai suruhan sosial yang mandatori (seperti solat) lalu memaksa kita untuk memahami apa itu sebenarnya agama dan mengapa.

Kita semua tahu agama mempunyai pengaruh yang kuat, lantaran manusia diberi daya curiosity yang gila luas malangnya tanpa sebarang akses ke bluprint penciptaan. Alam ruh, alam akhirat, dua-dua beyond reach. Walhal kelangsungan hidup selepas mati kuat minda kita pertahankan, tidur selamanya tak bangun-bangun adalah satu hal yang sangat tidak logik.

Dari hujung barat sampai ke hujung timur, manusia tampil sukarela mengelaskan diri mereka ikut agama dan melakukan ritual-ritual tertentu. Pemakaian mereka lalu dibezakan agar mencermin agama mereka. Berada di kelompok benar adalah satu nikmat yang diberi prioritas.

Selepas sekian lama sistem sosial manusia berevolusi, agama kembali sempit. Agama kembali menjadi milik satu2 kelompok, menjadi terlalu khusus dan pemencilan diri berlaku demi tagline agama.

Benarkah agama itu begitu khusus dan spesifik?

Aku rasa kita semua dah salah faham akan objektif utama Allah memberikan kita agama. Kita berbalah dengan nama Tuhan, memandang serong orang lain kerana kepercayaan mereka. Kita jadi berbeza... kerana agama. Walhal, secara natural, kita semua sama, .

Aku di sini melihat Islam pada keluasannya, pada kebijaksanaan Rasulullah memberi fleksibiliti pada fikrah manusia. Aku lihat agama pada mengumumkan manusia, bukan mengkhususkan.

Sebagai seorang jurutera, seorang jejaka dari kampung yang daif, sebagai seorang yang dididik dengan suasana introvert dan inferior, sebagai seorang pelajar sekolah agama arab yang biasa dengan perbahasan feqah, hadith, dan tafsir... seriously aku melihat Islam dari sudut yang bebas. Aku faham. Setiap perkataan kita terhadap Tuhan akan dicabar di akhirat. Justeru dalam melontarkan pendapat dan idea berkenaan agama, kita sebenarnya meletakkan hubungan kita dengan pencipta kita dalam risiko. Justeru, apa yang dikata, perlu ada rujukan, rasional dan reason.

Rujukan, rasionaliti dan reasoning. Itu semua sebenarnya ada di mana?

Neraca kebenaran bukan ada pada nama Muslim atau Bukhari, bukan pada nama Dr Ghali yang menafsirkan Quran, bukan pada Hamka atau pada nama Muhammad Rasulullah SAW. "Eh, ini betul ni, Imam Syafie yang cakap dalam kitab sekian sekian." Mereka boleh menyebut suruhan ini daripada Muhammad, sebegini katanya Syafi'e berharap nama itu mengunci sesuatu yang disampaikan itu pada paksi kebenaran.

Salah!

Benarnya kata Nabi Muhammad bukan kerana kata itu disebut seorang nabi tetapi benarnya kata Muhammad bin Abdullah sebab setiap butir kata dan tindakan baginda fit, rasional, logic, applied dan proven pada sistem dunia ciptaan Allah. Kata-kata Rasulullah dicabar sebelum terbukti betul.
Ajaran Islam yang dibawa harmoni dengan psikologi manusia, kena dengan fizik material, kena dengan the laws of creation. Terbukti pada kebangkitan Arab dari spisis manusia tak guna menjadi pemimpin dunia. Terbukti pada kuasa politik yang masih memegang rekod kuasa politik paling berjaya dalam sejarah manusia. Terbukti pada peristiwa Umar menakluki Jurusalem tanpa setitik darah ditumpahkan. Terbukti pada sains apabila teori geocentric (bumi sbg pusat alam semesta) Ptolemy dicabar selepas 1000 tahun berdiri sebagai LAW of science. Proven melahirkan pioneer saintis - saintis optik, fisiologi, kosmos, matematik dan sebagai. Sistem dibawa Muhammad melahirkan saintis yang ilmu dan kajian mereka menjadi asas rujukan sampai ke hari ini, dan seterusnya.

Nabi Muhammad bercakap dari hati yang bersih suci, bercakap bagi pihak Pencipta. Kata-katanya sentiasa benar dan benarnya ia diukur pada keberhasilannya menggubah hukum-hukum dunia melahirkan satu fenomena ketamadunan. Islam merubah hidup manusia, di timur di barat dan di mana-mana.

Motif karangan saya pada hari ini.... para sahabat... untuk cuba mengembalikan kita kepada Tuhan. Kita mendengar gema suara Rasulullah, diriwayatkan selepas 1400 tahun melalui pelbagai riwayat dan berubah mengikut geografi, kita kini tidak lagi bernafsu untuk mencabar riwayat itu pada logic ground, pada hukum dunia ciptaan Allah. Kita jadi dayus untuk berdiri sebagai manusia syumul dan takut untuk menafikan kebatilan yang kita faham.

Kita menjadikan manusia sebagai neraca, menjadikan satu idea itu konkrit lantaran ia disebut tokoh2 tertentu macam tokoh itu seorang tuhan.

Allah telah menetapkan Rasulullah sebagai rasul terakhir kerana pada sistem Islam bawaan Rasulullah itu sebenarnya ada satu kod self-sustain, yang melahirkan pemikir kendiri, para saintis yang mencetus ilmu alam (universal knowledge) yang akhirnya bercambah menjadi satu disiplin ilmu yang cukup detail. Ilmu ini akhirnya mampu membaca law of creation pada tahap molekul, atom, quarks dan optic (time vs light speed). Ini adalah warisan Rasulullah untuk kita.

Zaman jahiliyyah, SCIENCE WAS DEAD, logic was shit, rational was bullshit.

Now where are we?

Kita tidak ambil ilmu sains kiriman Rasulullah yang mencabar itu untuk kita bentuk asas-asas agama. Tapi kita pilih ilmu retorik, kita berpaut pada jubah-jubah ulama terdahulu, kita kekal dengan ilmu yang sudah obsolete. Kita takut untuk update version imam Syafie dengan data analysis yang lebih detail dan saintifik.

Ingat, neraca kebenaran diukur pada hukum Allah, bukan manusia. Hukum Allah adalah hukum pada Luh Mahfuz, yakni Qada dan Qadar yang menjadikan alam semesta ini seimbang dan berkembang. Hukum pada Luh Mahfuz yang menentukan sebuah struktur konkrit jambatan mampu menampung 100 lori 3 tan pada satu-satu masa. Hukum Allah di Luh Mahfuz yang menentukan satu-satu pattern response manusia pada anomali yang diinject ke dalam otaknya, dan hukum ini yang memberi taburan sikap manusia di pasaran gajet elektronik. Hukum ini yang memberi spektrum cahaya selepas prisma. Hukum ini yang memberi satu measurement, satu ukuran pada kebersihan air. Bacaan pH, total suspended solid, hardness dan microb content yang sepatutnya menentukan sesejenis air itu boleh digunakan untuk bersuci atau tidak. Ini parameter-parameter dunia yang diciptakan Allah untuk applikasi seharian kita. Ini ilmu tinggalan Rasulullah yang memberi hujah mengapa kita tidak lagi memerlukan seorang Nabi dari Allah selepas baginda. Ilmu yang telah dipraktis Ibn Sina, Khwarizmi, Al jabbar dan rakan-rakan ini tidak pula kita kembangkan, kerana kita lebih berminat dengan falsafah hamka, Muslim, Bukhari, dan Hanbali untuk tentukan hukum sosial kita.

Benarnya Rasulullah bukan sebab baginda Rasul maka kata-kata baginda automatik benar. Tidak. Benarnya Rasulullah sebab semua tindakan dan suruhannya kena dengan Qadar Allah. Buktinya adalah kecantikan tamadun yang kita baca dalam buku sejarah, dan apa yang kita dapat lihat hingga ke hari ini.

Benarnya sesuatu suruhan itu bukan sebab ia disebut hadith, Quran, dan ulama. Benarnya sesuatu suruhan itu apabila ia kena dengan Qadar Allah, lalu hasilnya jelas positif dan membahagiakan setiap manusia. Qadar Allah adalah ilmu direct dari Allah tersembunyi dalam atom-atom, graviti dan binatang yang sentiasa bertasbih kepada Allah sikit pun properties batu-batu dan api air itu tidak lari dari Qadar Allah pada mereka. We can rely on them, as much as we relied on periodic table to run a nuclear plant.

Hadith, Quran, dan kitab tafsiran walaupun sumber asalnya datang dari Allah, akan tetapi ia merentasi satu medium fragile dan berbolak-balik iaitu manusia-manusia.

Islam is an art of managing people so that they get the best each. As a delegation from above (khalifah), that is our main purpose of life. To enjoy life, together.


Ahad, 3 Mac 2013

Bangang dari longkan dan ulasan manifesto Pakatan Rakyat


Ustaz Azhar dan Nabil, bagi sesetengah remaja, adalah tokoh lawak. Tapi mengapa dua lawak mereka berbeza? Sebab seorang ustaz seorang lagi mat dispatch. Maaflah, bukan nak ungkit sangat kasta IQ, tapi... memang itu makan dia.


Sebaik aku terima video ni, aku masuk fan page Sinar FM. Ada post terbaru fasal teka teki ikan yang ada 1400++ komen berkenaan video di atas langsung tiada kaitan dengan post. Overnight feedback yang aku rasa agak memberi kesan mental kepada pengurusan Sinar FM.

Blog ni bukan blog politik tapi sekarang ni musim pilihanraya jadi paham-paham lah. Aku tak kisah kau nak pangkah apa, asalkan kau pangkah dengan rasa faham, reti dan waras.

Yang saya tak mahu awak yang cantik dan cerdik pangkah sebab ikut orang atau pangkah sebab ada personal gain yang sikit pun tiada kaitan dengan kecemerlangan pentadbiran negara seperti awak cuma nakkan duit, projek, atau anak teruna penghulu PAS yang kacak.

Itu semua kelembuan. Okey, berkenaan video. 

Yang diparodikan oleh Nabil dan SY di atas adalah Manifesto Harapan Rakyat yang baru saja dilancarkan PR semalam, atau kelmarin. Apabila sudah alang-alang tersebut hal politik ni, aku ada sikit nasihatlah untuk korang, itupun kalau nak dengar. Ia berkisar keboleh-jalanan manifesto PR dan calon mana yang kau perlu pangkah akhir bulan 3 nanti.

Sejujurnya. Aku pun agak keraguan dengan manifesto PR. Naskah pdf setebal 38 mukasurat itu aku baca sambil garu dagu juga.

Its like too good to be true.

Terutama apabila kau cut pendapatan negara internally - tax, rapid, lynas, etc - dan pada masa yang sama kau belanja rakyat kaw kaw - free education, lower fuel price, lower car price, elektrik, toll, etc. Ringkasnya. Macam mana ketika gaji kau turun, kau trade in Proton Wira SE dan angkat Mercedez?

Komen macam di atas adalah basic komen yang akan kedengaran di TV3. Secara realistiknya, macam mana manifesto harapan rakyat boleh dimanifestasi?

Yap, they need miracles.

Bukanlah terlalu miracle, barangkali. Lagipun aku yakin Rafizi lebih tahu daripada aku dan kau. Manifesto ni realistic provided the new government is given a realistic time frame as well. And... considering some 'planned to actual' crisis factor, we must assume at least they can achieve 50% of the manifesto in 4 years, should be okay.

Miracles:

Pertama, PR kena topple Malaysia punya defisit, hutang VS GDP yang sekarang ni aku rasa dah melebihi 50%. To reduce the margin, kita mesti eksport more, import less. MUCH LESS. Generate more, consume less. Which means higher nation industry efficiency. Then we can earn money from global market for people to spend internally. Iaitu kita punya income datang dari luar, masuk ke dalam poket rakyat yang profesional untuk beli belah di supermarket. Then we go close to south korea power purchase parity.

Kedua, PR akan take over staff-staff yang sudah ditrain selama ini oleh Barisan Nasional. PR perlukan guru motivasi tahap dewa untuk keluarkan staf kerajaan dari 'comfort zone' dan cemerlangkan mereka secara drastik. Atau, senang kerja, tukar saja mereka semua. Ambil staf baharu.

Ketiga, PR mesti membentuk satu environment sosial ala-ala Hitler untuk membunuh mentaliti tradisional Melayu yang dah slow dan asyik diulit subsidi agar otak Melayu menjadi lebih peka, teliti dan precise macam orang Jerman.

Natijahnya, kita akan rasai masyarakat Malaysia akan dilanda sedikit stress bekerja untuk halatuju Malaysia baru dan itu satu simptom yang bagus. Stress yang positif akan menghasilkan otak yang berdikari dan ada visi.

Lagipun, manifesto ni aku nampak bukan sekadar mahu lawan BN tetapi dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sekali. Monopoli barang harian, elektrik dan terminal tu aset siapa lagi, kan. Sebelum ni sudah ada taiko-taiko yang jual kapal terbang, jual satelit dan jual kilang gula lari keluar ke India dan China. Business man, dia akan tahu.

Sebab apa tadi aku cakap Melayu mesti dilatih-cerdik seperti Germany dilatih Hitler? Sebab PR nak pecahkan monopoli taiko-taiko. Apabila monopoli ini dapat dipecahkan, kita akan nampak cebisan-cebisan pie itu akan berterabur untuk usahawan-usahawan lain rebut. Dengan sistem mentaliti PR yang lebih terbuka, tak mahu kuota, tak mahu kroni, PAS dan DAP yang balance, tak mahu NEP... siapa cepat dia akan dapat, tak kira bangsa atau agama.

So, Malays... are we ready?

Ketirisan dalam pengurusan harta negara. Pencegahan rasuah, DEBARAN (macam tajuk novel Fixi) adalah benda fundamental yang sudah ada, BN sudah buat, cuma tinggal cara dan ketelusan sahaja. Rasuah pada angka juta dan bilion mesti dibuat sungguh-sungguh dan penuh keberanian dengan kehadiran kedua-dua biji telur. Kalau tak, manifesto tinggal huruf dan muka surat saja. At least, at one point people can finally read gov punya annual financial report.

Kesimpulannya. Manifesto PR bukan cincai macam yg diparodikan Nabil, SY dan geng bangang dari longkang. They are both stupid. Dispatch boys on TV know nothing except to make stupid jokes.

Orang cerdik macam korang takkan terpedaya, kan?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...