"Ntah ape2 la kemerengan yg engkau bgtau nih..x
yah cakap bnyk yg makin menampakkan kebiolan
sendiri..kesian ko"
Ini seekor komen menarik kat post Ibnu Sina tempoh hari. Aku tahu, aku sendiri sedar gaya aku lain macam sikit. Nak kata biol tu... entahlah. Tapi anyway, terima kasih sebab kesian. Dunia blogspot sekarang memang common dengan komen anon cam gini so tak kisah la.
Introvert ini lawan kepada extrovert. Extrovert aggresif, aktif dan outdoor. Introvert agak pasif, pendiam dan dekstop/book/indoor person. Aku rasa sebab aku ni dulunya tak handsome. Itu dulu la okey. Sekarang... entah. Oleh yang demikian, aku perasan, bila ingat-ingat balik aku dulu mempunyai kehidupan remaja yang agak fail juga la. Remaja selalunya outspoken, ceria dan gemar travelling atau lepak di luar. Aku sebaliknya. Kat sekolah, kat kampung dan kat universiti. Aku punya gaya fail tu korang boleh bayangkan Peter Parker sebelum dia jadi spidey. Kena buli, dan takde keyakinan diri.
Cuma dalam sosial kekuatan aku satu je sebab aku ada awek. peh. Oleh demikian, sbg seorang introvert... email, surat menyurat, SMS... aku memang legend.
Inferior pula sebab didikan awal. Bapa yang garang, ibu yang garang. Itu dulu okey, sekarang diorang dah cool. But still, bila aku sendiri jadi ayah, ada banyak silap teknik pada pendidikan kecil aku dulu. Dalam hal ni bukan nak salahkan mak bapak, sebab kena paham suasana mereka waktu tu macam mana. Lagipun, keluarga kampung pendidikan tak tinggi. Bila mereka kerja kuat, tengok anak degil macam dubuk, mereka akan lepaskan stress mengikut kepala masing-masing.
Bila jadi lagu tu, ada sebaris programming dalam kepala aku yang membentuk peribadi dewasa aku dan ketika itu ruh atau conscience aku tak kuat untuk calibrate fobia fobia tu semua. So, I grew up as what I was programmed to be. Plus... I am not an attractive person.
Aku jadi tak ramai kawan, weirdo. Jadi ulat buku, dan jadi over curious sebab banyak menyendiri dan berfikir. Lebih malang lagi, curiosity aku tiada guidance dan tak ada basic struktur untuk aku follow. Aku tahu, kerananya dulu banyak explanation aku inquiry dari orang paling dekat (famili) tak dapat diorang bagi. Sebab tu aku dari kecik dah rapat dengan buku. Buku kakak aku. Buku abang aku. Semua aku rembat. Dan aku banyak buat eksperimen sendiri sebab tak berpuas hati dengan teori-teori absurd.
Aku pendiam, sebenarnya.
Walaupun peribadi aku agak menyedihkan, aku dulu seorang yang agak pintar. Diulangi, itu dulu. So, just imagine... Pendiam, tak handsome, kurang keyakinan diri tetapi pintar. Bila aku diajar mengaji dan agama, memang curiosity semulajadi dalam diri buat aku gila akan pengajian agama. Ustaz Tafsir suruh hafal 3 surah, aku hafal juzuk surah tersebut jadi 3 juzuk. Selepas tu, aku khatamkan juzuk 30, then 29, then 28, then 27 (aku peminat surah najm), juzuk 26, 25, dan 24 sehingga hampir separuh Quran aku hafaz (separuh hafiz kiranya). Sehinggalah aku dilantik menjadi imam terawih di surau kampung. Aku rasa bacaan aku agak elok. Perenggan ini kedengaran agak riak sekali kan. Itu dulu... okey, itu dulu. Pjg lagi cerita ni.
SMU aku dpt 9 agg. Banyak A2. SPM 7 agg. Bahasa Arab punya subjek dari tingkatan 1 sampai USM aku dapat A. Walaupun budak ni agak pintar, tapi perangai dia dulu huduh. Aku ni panas baran, tak bertanggungjawab, tak boleh diharap dan tak ada kawan. Dah perangai huduh sapa nak kawan, kan. Ada la dua tiga orang yang baik hati dan simpati lalu merelakan diri berkawan dengan aku. Aku masuk jamaah kantoi sebab Jamaah yang jenis underground punya Al Qaeda universiti level ni diorang cuba shape up aku untuk jadi follower kepada certain guidelines. Memang silap orang la. Aku dari kecik tak pernah ada guideline yang logik kecuali emosi-emosi. Aku lalu memberontak, aku tuduh mereka semua sesat akhirnya next kem tak ada dah khalifah datang ketuk pintu bilik aku.
Aku jadi AJK. Pernah jadi AJK untuk satu event. Kena sound dekat meeting AJK sebab deadline besok, hadiah tak beli lagi. AJK beli hadiah je bro. Aku bila dah kena sound dekat meeting, aku jadi hangin. Dalam hati aku kutuk perempuan tu. Last sekali ada seorang kawan aku tolong belikan hadiah sebab takut nanti tak ada hadiah department dia jugak dapat susah.
Kat rumah sewa dulu, rumah sewa bujang yang Mus nobatkan sebagai rumah bujang paling kemas pernah dia pergi, Hisyam Ahmad pernah sound aku... "Khairi, hang ni... ada satu perangai buruk. Bila hang marah hang nak pecah barang. Pasaipa?" kata Hisyam dengan nada lunak. Ketika itu aku nak tumbuk pintu sebab sangkut kat tombol tak leh katup.
Bila kena sound walaupun lunak, aku jadi hangin.
Ada satu kejadian lagi di mana Asmadi, dari Besut dia datang ke Penang naik bas terlepas. Dia patut berhenti di Gelugor, tapi terlepas ke Bagan (butterwoth). Aku duduk di Pulau, Bayan Baru. Aku pun pergi juga menyeberangi jambatan untuk ambik dia, tapi muka mencuka. Nak tambah petrol ke atas bara, terjadi pula adegan kesesatan jalan sebab aku memang selalu sesat, apatah lagi waktu tiga pagi. Terus aku marah-marahkan dia sebab tak alert dengan perhentian bas. Asmadi bagi reason tertidur, aku patahkan reaksi dia dengan kursus motivasi ala-ala abah aku punya stail. Last sekali, sampai sekrang Asmadi tak contact aku.
Aku dah minta maaf dengan dia, tapi aku tahu dalam hati susah nak jangka. Bekas housemate aku semua tahu perangai buruk aku. Kalau korang kenal diorang tolong jgn bagi link post ni kat diorang ok. Sorry bros, something inside me that I can't control... at that time.
Memang lepas aku sedar kurangnya sivik aku, aku salahkan didikan awal. Bila aku aku salahkan didikan awal, aku lalu sedar bahawa aku masih belum berubah, sebenarnya. Salah siapa sebenarnya aku jadi buruk perangai macam tu?
Ya, semua salah aku. Dulu aku biasa mengaku salah aku tapi dalam hati ada bantahan. Hipokrit. Sekarang, akuan itu rasa lain. Dalam hati aku kosong dari pemberontakan. Aku lalu subscribe ke Adventice untuk repair gigi, pakai braces, buat crowning dan cuba jadi kacak dengan bergelumang dalam buku self help. Alhamdulillah, aku dapat rasa aku berubah. Masa tu, aku dapat pick up satu persatu konsep sivik dan moral yang selama ini aku tak dapat baca. Aku mula mengenal pasti apa itu emosi, ruhani, dan IQ dan bagaimana benda-benda ini berinteraksi dalam diri membentuk karakter. Dulu aku tak tahu sebab tak ada guidelines. Lagipun, benda ni subtle yang aku tak sedar sebenarnya mereka boleh diurus.
Jadi aku mulai sedar. Aku sebenarnya dulu tak pintar tapi bodo piang. Aku lihat competition hidup ni pada satu sudut yang sempit. Aku hafal Quran sebab aku cuma nak score, nak raih perhatian kariah, dan programming introvert/inferior dalam diri aku cuba buktikan ketokohan di khalayak ramai. Itu saja. Objektif hidup zero. Akhlak depleted. Aku rasa cukup dengan pengetahuan agama, tapi tak nampak sikap sendiri yang cukup negatif. Pengetahuan aku dan nilai diri tak in sync.
Lalu aku akhirnya menemui satu fundamental yang perlu ada dalam diri kita semua sebelum ajaran agama, iaitu fitrah. Aku kata fundamental sebab benda ni benda paling basic, dan 90% faktor mempengaruhi benda basic ni adalah didikan awal. Ya, mak dan ayah. Ingat, kan, lahirnya anak Adam seperti kain putih... MAK AYAH dia akan warnakan dia untuk jadi Islam, Yahudi atau Nasrani. Dalam Islam, konsep ni dah ada. Cuma kita tak diajar, atau ustaz lupa nak masukkan dalam sukatan PI.
99% human were born genius, but that capability slowly killed during growing up.
Fitrah dibentuk semasa budak iaitu basic programming atau early conditioning yang menentukan cara kita berfikir. Fitrah adalah subjek sivik yang diajar pada budak-budak sekolah Cina. Fitrah adalah cara kita menilai sesuatu dan melihat sesuatu pada sudut yang natural dan luas. Kita diberi akal (processor), naluri (conscience) dan kuasa (freewill), dan benda-benda basic ni perlu kita tahu guna dahulu sebelum kita ceburi ilmu agama. Analoginya... Kalau nak cedok air, sediakan dulu gelasnya. Tanpa gelas, air tak ke mana. Tanpa fitrah diri yang betul, agama dipakai cuma pada pakaian tapi kita tak ada kapasiti untuk kaitkan pengetahuan agama dengan cara aplikasi. Apabila kefahaman agama dan kefahaman basic ini tak selari, kita akan jumpa certain ajaran yang berkonflik dengan realiti dan human natural view. Kadang aku nampak khilaf ini pada seseorang ugamawan, ya, ada.
Honestly, generally muslims personify their appearence to religion but they lack in basic character - sivik.
Sebelum belajar agama, belajar dulu untuk jadi manusia. Itu basic. Apabila kita berada dalam pewarisan agama yang kaya dengan perbahasan tapi kurang bersandar pada sivik, kita lalu membesar dalam sistem ajaran yang banyak contradict. Terlalu banyak applications, tapi processor dan RAM slow, tablet kita akan crash. Kapasiti berfikir dan reasoning kita terlalu lemah, terlalu old fashion lalu kita tak boleh nak take up growing details punya load, sebab tu orang Melayu ramai tewas dan cukup sekadar taklid buta pada mazhab Syafi'e. Kita kurang mujahid, kurang ijtihad, kurang tajdid (version updating).
Dalam Islam, ibu bapa perlu ajar basic sivik dekat budak2 yang sedang membesar. Ajar dia value seorang manusia dan kapasiti manusiawi yang perlu dia kuasai. Contohnya expression dan body language. Ajar dia kenapa dia rasa marah, dan kenapa dia menangis. Ajar dia mendapatkan sesuatu melalui kaedah alamiah.
"Kenapa Absyar nak marah?"
"Kenapa perlu menangis? Kenapa tak cakap aje Absyar nak apa. Menangis best ke?"
"Absyar pilih Absyar nak menangis ke nak pergi mandi dan ikut abah turun main basikal."
"Jom bagi makan kucing. Kucing tu lapar, nanti dia sakit perut. Tak best kan sakit perut."
Mungkin orang dengar conversation ni biasa dan basic lalu overlook. Tapi hal ini sangat powerful untuk bentuk paradigm awal dia akan fungsi diri dia sendiri.
Fitrah dalam hati adalah memahami orang lain, seperti mana kita mahu difahami. Menilai orang lain, sebagaimana kita mahu dinilai. Menghargai orang lain seperti mana kita dihargai. Ia emotional quotient. Empathy. Fitrah adalah kejujuran dalam menerima kesamaan semua orang dalam pada ego merasa diri sendiri adalah unik. Fitrah ada antitesis ego. Ego itu setan. Fitrah itu Islam.
Aku belajar agama dulu, tanpa terlebih dahulu fitrah aku dibentuk dengan betul. Itu saja masalah aku dulu. Jadi, apa yang aku maksudkan dengan ayat jejaka kampung, introvert, inferior dan bersekolah agama tu inilah dia ceritanya.
So, aku masih dalam proses belajar. Kalau agak termereng itu, tegur la, ok. thanks xcentre.