Jumaat, 8 Mac 2013

Orang tua memang cakap dia macam ni.

Aku ni menulis dah terbiasa dengan skema bahasa manuskrip dan bila cuba tulis gaya kubakoya dulu bunyik dia tak berapa nak jadi. Aku cuba juga la, lagipun aku pun tak tahu sampai bila boleh merepek kat sini.

xcentreMarch 6, 2013 at 1:59 AMSebagai seorang jurutera, seorang
jejaka dari kampung yang daif,
sebagai seorang yang dididik
dengan suasana introvert dan
inferior, sebagai seorang pelajar
sekolah agama arab yang biasa
dengan perbahasan feqah, hadith,
dan tafsir... seriously aku melihat
Islam dari sudut yang bebas. Aku
faham

"Ntah ape2 la kemerengan yg engkau bgtau nih..x 
yah cakap bnyk yg makin menampakkan kebiolan 
sendiri..kesian ko"

Ini seekor komen menarik kat post Ibnu Sina tempoh hari. Aku tahu, aku sendiri sedar gaya aku lain macam sikit. Nak kata biol tu... entahlah. Tapi anyway, terima kasih sebab kesian. Dunia blogspot sekarang memang common dengan komen anon cam gini so tak kisah la.

Introvert ini lawan kepada extrovert. Extrovert aggresif, aktif dan outdoor. Introvert agak pasif, pendiam dan dekstop/book/indoor person. Aku rasa sebab aku ni dulunya tak handsome. Itu dulu la okey. Sekarang... entah. Oleh yang demikian, aku perasan, bila ingat-ingat balik aku dulu mempunyai kehidupan remaja yang agak fail juga la. Remaja selalunya outspoken, ceria dan gemar travelling atau lepak di luar. Aku sebaliknya. Kat sekolah, kat kampung dan kat universiti. Aku punya gaya fail tu korang boleh bayangkan Peter Parker sebelum dia jadi spidey. Kena buli, dan takde keyakinan diri.

Cuma dalam sosial kekuatan aku satu je sebab aku ada awek. peh. Oleh demikian, sbg seorang introvert... email, surat menyurat, SMS... aku memang legend.

Inferior pula sebab didikan awal. Bapa yang garang, ibu yang garang. Itu dulu okey, sekarang diorang dah cool. But still, bila aku sendiri jadi ayah, ada banyak silap teknik pada pendidikan kecil aku dulu. Dalam hal ni bukan nak salahkan mak bapak, sebab kena paham suasana mereka waktu tu macam mana. Lagipun, keluarga kampung pendidikan tak tinggi. Bila mereka kerja kuat, tengok anak degil macam dubuk, mereka akan lepaskan stress mengikut kepala masing-masing.

Bila jadi lagu tu, ada sebaris programming dalam kepala aku yang membentuk peribadi dewasa aku dan ketika itu ruh atau conscience aku tak kuat untuk calibrate fobia fobia tu semua. So, I grew up as what I was programmed to be. Plus... I am not an attractive person. 

Aku jadi tak ramai kawan, weirdo. Jadi ulat buku, dan jadi over curious sebab banyak menyendiri dan berfikir. Lebih malang lagi, curiosity aku tiada guidance dan tak ada basic struktur untuk aku follow. Aku tahu, kerananya dulu banyak explanation aku inquiry dari orang paling dekat (famili) tak dapat diorang bagi. Sebab tu aku dari kecik dah rapat dengan buku. Buku kakak aku. Buku abang aku. Semua aku rembat. Dan aku banyak buat eksperimen sendiri sebab tak berpuas hati dengan teori-teori absurd.

Aku pendiam, sebenarnya.

Walaupun peribadi aku agak menyedihkan, aku dulu seorang yang agak pintar. Diulangi, itu dulu. So, just imagine... Pendiam, tak handsome, kurang keyakinan diri tetapi pintar. Bila aku diajar mengaji dan agama, memang curiosity semulajadi dalam diri buat aku gila akan pengajian agama. Ustaz Tafsir suruh hafal 3 surah, aku hafal juzuk surah tersebut jadi 3 juzuk. Selepas tu, aku khatamkan juzuk 30, then 29, then 28, then 27 (aku peminat surah najm), juzuk 26, 25, dan 24 sehingga hampir separuh Quran aku hafaz (separuh hafiz kiranya). Sehinggalah aku dilantik menjadi imam terawih di surau kampung. Aku rasa bacaan aku agak elok. Perenggan ini kedengaran agak riak sekali kan. Itu dulu... okey, itu dulu. Pjg lagi cerita ni.

SMU aku dpt 9 agg. Banyak A2. SPM 7 agg. Bahasa Arab punya subjek dari tingkatan 1 sampai USM aku  dapat A. Walaupun budak ni agak pintar, tapi perangai dia dulu huduh. Aku ni panas baran, tak bertanggungjawab, tak boleh diharap dan tak ada kawan. Dah perangai huduh sapa nak kawan, kan. Ada la dua tiga orang yang baik hati dan simpati lalu merelakan diri berkawan dengan aku. Aku masuk jamaah kantoi sebab Jamaah yang jenis underground punya Al Qaeda universiti level ni diorang cuba shape up aku untuk jadi follower kepada certain guidelines. Memang silap orang la. Aku dari kecik tak pernah ada guideline yang logik kecuali emosi-emosi. Aku lalu memberontak, aku tuduh mereka semua sesat akhirnya next kem tak ada dah khalifah datang ketuk pintu bilik aku.

Aku jadi AJK. Pernah jadi AJK untuk satu event. Kena sound dekat meeting AJK sebab deadline besok, hadiah tak beli lagi. AJK beli hadiah je bro. Aku bila dah kena sound dekat meeting, aku jadi hangin. Dalam hati aku kutuk perempuan tu. Last sekali ada seorang kawan aku tolong belikan hadiah sebab takut nanti tak ada hadiah department dia jugak dapat susah.

Kat rumah sewa dulu, rumah sewa bujang yang Mus nobatkan sebagai rumah bujang paling kemas pernah dia pergi, Hisyam Ahmad pernah sound aku... "Khairi, hang ni... ada satu perangai buruk. Bila hang marah hang nak pecah barang. Pasaipa?" kata Hisyam dengan nada lunak. Ketika itu aku nak tumbuk pintu sebab sangkut kat tombol tak leh katup.

Bila kena sound walaupun lunak, aku jadi hangin.

Ada satu kejadian lagi di mana Asmadi, dari Besut dia datang ke Penang naik bas terlepas. Dia patut berhenti di Gelugor, tapi terlepas ke Bagan (butterwoth). Aku duduk di Pulau, Bayan Baru. Aku pun pergi juga menyeberangi jambatan untuk ambik dia, tapi muka mencuka. Nak tambah petrol ke atas bara, terjadi pula adegan kesesatan jalan sebab aku memang selalu sesat, apatah lagi waktu tiga pagi. Terus aku marah-marahkan dia sebab tak alert dengan perhentian bas. Asmadi bagi reason tertidur, aku patahkan reaksi dia dengan kursus motivasi ala-ala abah aku punya stail. Last sekali, sampai sekrang Asmadi tak contact aku.

Aku dah minta maaf dengan dia, tapi aku tahu dalam hati susah nak jangka. Bekas housemate aku semua tahu perangai buruk aku. Kalau korang kenal diorang tolong jgn bagi link post ni kat diorang ok. Sorry bros, something inside me that I can't control... at that time.

Memang lepas aku sedar kurangnya sivik aku, aku salahkan didikan awal. Bila aku aku salahkan didikan awal, aku lalu sedar bahawa aku masih belum berubah, sebenarnya. Salah siapa sebenarnya aku jadi buruk perangai macam tu?

Ya, semua salah aku. Dulu aku biasa mengaku salah aku tapi dalam hati ada bantahan. Hipokrit. Sekarang, akuan itu rasa lain. Dalam hati aku kosong dari pemberontakan. Aku lalu subscribe ke Adventice untuk repair gigi, pakai braces, buat crowning dan cuba jadi kacak dengan bergelumang dalam buku self help. Alhamdulillah, aku dapat rasa aku berubah. Masa tu, aku dapat pick up satu persatu konsep sivik dan moral yang selama ini aku tak dapat baca. Aku mula mengenal pasti apa itu emosi, ruhani, dan IQ dan bagaimana benda-benda ini berinteraksi dalam diri membentuk karakter. Dulu aku tak tahu sebab tak ada guidelines. Lagipun, benda ni subtle yang aku tak sedar sebenarnya mereka boleh diurus.

Jadi aku mulai sedar. Aku sebenarnya dulu tak pintar tapi bodo piang. Aku lihat competition hidup ni pada satu sudut yang sempit. Aku hafal Quran sebab aku cuma nak score, nak raih perhatian kariah, dan programming introvert/inferior dalam diri aku cuba buktikan ketokohan di khalayak ramai. Itu saja. Objektif hidup zero. Akhlak depleted. Aku rasa cukup dengan pengetahuan agama, tapi tak nampak sikap sendiri yang cukup negatif. Pengetahuan aku dan nilai diri tak in sync.

Lalu aku akhirnya menemui satu fundamental yang perlu ada dalam diri kita semua sebelum ajaran agama, iaitu fitrah. Aku kata fundamental sebab benda ni benda paling basic, dan 90% faktor mempengaruhi benda basic ni adalah didikan awal. Ya, mak dan ayah. Ingat, kan, lahirnya anak Adam seperti kain putih... MAK AYAH dia akan warnakan dia untuk jadi Islam, Yahudi atau Nasrani. Dalam Islam, konsep ni dah ada. Cuma kita tak diajar, atau ustaz lupa nak masukkan dalam sukatan PI.

99% human were born genius, but that capability slowly killed during growing up.

Fitrah dibentuk semasa budak iaitu basic programming atau early conditioning yang menentukan cara kita berfikir. Fitrah adalah subjek sivik yang diajar pada budak-budak sekolah Cina. Fitrah adalah cara kita menilai sesuatu dan melihat sesuatu pada sudut yang natural dan luas. Kita diberi akal (processor), naluri (conscience) dan kuasa (freewill), dan benda-benda basic ni perlu kita tahu guna dahulu sebelum kita ceburi ilmu agama. Analoginya... Kalau nak cedok air, sediakan dulu gelasnya. Tanpa gelas, air tak ke mana. Tanpa fitrah diri yang betul, agama dipakai cuma pada pakaian tapi kita tak ada kapasiti untuk kaitkan pengetahuan agama dengan cara aplikasi. Apabila kefahaman agama dan kefahaman basic ini tak selari, kita akan jumpa certain ajaran yang berkonflik dengan realiti dan human natural view. Kadang aku nampak khilaf ini pada seseorang ugamawan, ya, ada.

Honestly, generally muslims personify their appearence to religion but they lack in basic character - sivik.

Sebelum belajar agama, belajar dulu untuk jadi manusia. Itu basic. Apabila kita berada dalam pewarisan agama yang kaya dengan perbahasan tapi kurang bersandar pada sivik, kita lalu membesar dalam sistem ajaran yang banyak contradict. Terlalu banyak applications, tapi processor dan RAM slow, tablet kita akan crash. Kapasiti berfikir dan reasoning kita terlalu lemah, terlalu old fashion lalu kita tak boleh nak take up growing details punya load, sebab tu orang Melayu ramai tewas dan cukup sekadar taklid buta pada mazhab Syafi'e. Kita kurang mujahid, kurang ijtihad, kurang tajdid (version updating).

Dalam Islam, ibu bapa perlu ajar basic sivik dekat budak2 yang sedang membesar. Ajar dia value seorang manusia dan kapasiti manusiawi yang perlu dia kuasai. Contohnya expression dan body language. Ajar dia kenapa dia rasa marah, dan kenapa dia menangis. Ajar dia mendapatkan sesuatu melalui kaedah alamiah.

"Kenapa Absyar nak marah?"
"Kenapa perlu menangis? Kenapa tak cakap aje Absyar nak apa. Menangis best ke?"
"Absyar pilih Absyar nak menangis ke nak pergi mandi dan ikut abah turun main basikal."
"Jom bagi makan kucing. Kucing tu lapar, nanti dia sakit perut. Tak best kan sakit perut."

Mungkin orang dengar conversation ni biasa dan basic lalu overlook. Tapi hal ini sangat powerful untuk bentuk paradigm awal dia akan fungsi diri dia sendiri.

Fitrah dalam hati adalah memahami orang lain, seperti mana kita mahu difahami. Menilai orang lain, sebagaimana kita mahu dinilai. Menghargai orang lain seperti mana kita dihargai. Ia emotional quotient. Empathy. Fitrah adalah kejujuran dalam menerima kesamaan semua orang dalam pada ego merasa diri sendiri adalah unik. Fitrah ada antitesis ego. Ego itu setan. Fitrah itu Islam.

Aku belajar agama dulu, tanpa terlebih dahulu fitrah aku dibentuk dengan betul. Itu saja masalah aku dulu. Jadi, apa yang aku maksudkan dengan ayat jejaka kampung, introvert, inferior dan bersekolah agama tu inilah dia ceritanya.

So, aku masih dalam proses belajar. Kalau agak termereng itu, tegur la, ok. thanks xcentre.



 

3 ulasan:

Kay berkata...

saya juga Jamaah kantoi... samapi skrg tak boleh nak masuk

Tanpa Nama berkata...

'Fitrah adalah kejujuran dalam menerima kesamaan semua orang'

yup..xsemua org ada bnda ni dlm diri..aku pn..

Tanpa Nama berkata...

bila baca post ni ttbe rasa sedih kat diri sendiri. rase nyesal masa muda2 dlu xsuke belajar ilmu agama, xrajin belajar x rajin damping buku cam kau la. yg peliknye bukan suka huha2 cam kawan2 pn. time study member xcited tukar fon baru setiap kali duit pt masuk, aku lak tgk duit cam xde nafsu je.

aku rasa aku mmg matangla time tu compared ngan kawan2. bunyik cam puji diri kan tp time tu aku rasa berbeza ngan kawan sebaya so aku x byk kawan, susah nk buat kawan dan rasa susah nk fit in. tp ada sorg akak ni, pndai agama, lemahlembut, penyayang, suka bnor ngan aku. dia tua sikit je dr aku, aku tgk dia mmg kaya ilmu tp nmpak la dia ni manja dan keanak2an. dia suka puji aku ni matang. aku segan, matang tp xde ilmu. ilmu kemahiran hidup ke, ilmu dunia ke, ilmu agama ke, mmg aku lacking. aku pn xtau apa ada dlm otak aku time tu. aku rajin score dlm major aku (minor aku hampeh dan sll ponteng kelas) tp major lak aku la org first dtg kelas. aku kuat berangan dan x alert isu semasa lgsg. in a way pemikiran aku ni keanak2an gak la, compared ngan akak tu wlupn dia ckp aku sgt matang.

compare ngan kau yg beria hafal quran bagai sbb nk attn, aku lak degil dan benci sgt nk impress org tanpa sebab. sort of like who are you nk aku impress ko cmtu la punye tahap ego dan degil. aku rasa ada persamaan antr zaman remaja kau ngan aku cuma aku kurg ilmiah.

skrg ni (sdg meniti umur dewasa) aku masih lg seorg weirdo yg lmbat pikap isu semasa tp lebih prihatin, baru berminat nk angkat buku agama (wlupn liat), br nk berjinak2 ngan bermacam buku (aku suka buku omputeh,masih lg m'explore plbg genre tp berminat nagn classic lit dorg dan buku yg gila2 sket cam haruki murakami), br nk pujuk diri supaya rerajin la dgr kuliah kt masjid. masih lg sukar nk buat kawan. aku benci kebendaan. xtau apa sbb tp mmg x minat. housemate blk shoping mesti nk share apa benda dia baru beli, kedai apa jual baju lawa. aku xleh nk masuk lgsg.

aku gaji sikit tp aku suke menyumbng. kt palestin ke, rumah ank yatim ke. x kira la, sbb aku rasa tggjwb aku sdr kena give back to society, instead of harap kerajaan berubah.

pstu lak abah aku (abah btul bkn sugar daddy) gaji besar dan suke sgt bg duit poket kt aku. x minx pn bg. masa kecik merayu pn xbg duit lebih. dia rasa bersalh kot sbb dulu time susah, susah gak nk bg duit kt anak2. tp sbb dh terbiasa dr kecik abah x bg duit belanja utk suka2, aku x suke bila dia bg duit. malu la dh besar panjang, wlupn abah pujuk 'anak ppuan slagi x kawen masih tggjwb abah'. mmg btul la tp aku xsuke. ego masih lagi mgunung cam dulu.

apa2 pn aku masih lg beljar. masih lg contemplat nk pgkah sape undi nnt sbb x byk knowledge ahl ehwal politik. komen ni tahpape gak la, dh la aku ni mmg sgt x articulate. mgkin kau berminat kot baca komen cmni. agaknye la. tu yg post anon je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »