Ustaz Azhar dan Nabil, bagi sesetengah remaja, adalah tokoh lawak. Tapi mengapa dua lawak mereka berbeza? Sebab seorang ustaz seorang lagi mat dispatch. Maaflah, bukan nak ungkit sangat kasta IQ, tapi... memang itu makan dia.
Sebaik aku terima video ni, aku masuk fan page Sinar FM. Ada post terbaru fasal teka teki ikan yang ada 1400++ komen berkenaan video di atas langsung tiada kaitan dengan post. Overnight feedback yang aku rasa agak memberi kesan mental kepada pengurusan Sinar FM.
Blog ni bukan blog politik tapi sekarang ni musim pilihanraya jadi paham-paham lah. Aku tak kisah kau nak pangkah apa, asalkan kau pangkah dengan rasa faham, reti dan waras.
Yang saya tak mahu awak yang cantik dan cerdik pangkah sebab ikut orang atau pangkah sebab ada personal gain yang sikit pun tiada kaitan dengan kecemerlangan pentadbiran negara seperti awak cuma nakkan duit, projek, atau anak teruna penghulu PAS yang kacak.
Itu semua kelembuan. Okey, berkenaan video.
Yang diparodikan oleh Nabil dan SY di atas adalah Manifesto Harapan Rakyat yang baru saja dilancarkan PR semalam, atau kelmarin. Apabila sudah alang-alang tersebut hal politik ni, aku ada sikit nasihatlah untuk korang, itupun kalau nak dengar. Ia berkisar keboleh-jalanan manifesto PR dan calon mana yang kau perlu pangkah akhir bulan 3 nanti.
Sejujurnya. Aku pun agak keraguan dengan manifesto PR. Naskah pdf setebal 38 mukasurat itu aku baca sambil garu dagu juga.
Its like too good to be true.
Terutama apabila kau cut pendapatan negara internally - tax, rapid, lynas, etc - dan pada masa yang sama kau belanja rakyat kaw kaw - free education, lower fuel price, lower car price, elektrik, toll, etc. Ringkasnya. Macam mana ketika gaji kau turun, kau trade in Proton Wira SE dan angkat Mercedez?
Komen macam di atas adalah basic komen yang akan kedengaran di TV3. Secara realistiknya, macam mana manifesto harapan rakyat boleh dimanifestasi?
Yap, they need miracles.
Bukanlah terlalu miracle, barangkali. Lagipun aku yakin Rafizi lebih tahu daripada aku dan kau. Manifesto ni realistic provided the new government is given a realistic time frame as well. And... considering some 'planned to actual' crisis factor, we must assume at least they can achieve 50% of the manifesto in 4 years, should be okay.
Miracles:
Pertama, PR kena topple Malaysia punya defisit, hutang VS GDP yang sekarang ni aku rasa dah melebihi 50%. To reduce the margin, kita mesti eksport more, import less. MUCH LESS. Generate more, consume less. Which means higher nation industry efficiency. Then we can earn money from global market for people to spend internally. Iaitu kita punya income datang dari luar, masuk ke dalam poket rakyat yang profesional untuk beli belah di supermarket. Then we go close to south korea power purchase parity.
Kedua, PR akan take over staff-staff yang sudah ditrain selama ini oleh Barisan Nasional. PR perlukan guru motivasi tahap dewa untuk keluarkan staf kerajaan dari 'comfort zone' dan cemerlangkan mereka secara drastik. Atau, senang kerja, tukar saja mereka semua. Ambil staf baharu.
Ketiga, PR mesti membentuk satu environment sosial ala-ala Hitler untuk membunuh mentaliti tradisional Melayu yang dah slow dan asyik diulit subsidi agar otak Melayu menjadi lebih peka, teliti dan precise macam orang Jerman.
Natijahnya, kita akan rasai masyarakat Malaysia akan dilanda sedikit stress bekerja untuk halatuju Malaysia baru dan itu satu simptom yang bagus. Stress yang positif akan menghasilkan otak yang berdikari dan ada visi.
Lagipun, manifesto ni aku nampak bukan sekadar mahu lawan BN tetapi dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sekali. Monopoli barang harian, elektrik dan terminal tu aset siapa lagi, kan. Sebelum ni sudah ada taiko-taiko yang jual kapal terbang, jual satelit dan jual kilang gula lari keluar ke India dan China. Business man, dia akan tahu.
Sebab apa tadi aku cakap Melayu mesti dilatih-cerdik seperti Germany dilatih Hitler? Sebab PR nak pecahkan monopoli taiko-taiko. Apabila monopoli ini dapat dipecahkan, kita akan nampak cebisan-cebisan pie itu akan berterabur untuk usahawan-usahawan lain rebut. Dengan sistem mentaliti PR yang lebih terbuka, tak mahu kuota, tak mahu kroni, PAS dan DAP yang balance, tak mahu NEP... siapa cepat dia akan dapat, tak kira bangsa atau agama.
So, Malays... are we ready?
Ketirisan dalam pengurusan harta negara. Pencegahan rasuah, DEBARAN (macam tajuk novel Fixi) adalah benda fundamental yang sudah ada, BN sudah buat, cuma tinggal cara dan ketelusan sahaja. Rasuah pada angka juta dan bilion mesti dibuat sungguh-sungguh dan penuh keberanian dengan kehadiran kedua-dua biji telur. Kalau tak, manifesto tinggal huruf dan muka surat saja. At least, at one point people can finally read gov punya annual financial report.
Kesimpulannya. Manifesto PR bukan cincai macam yg diparodikan Nabil, SY dan geng bangang dari longkang. They are both stupid. Dispatch boys on TV know nothing except to make stupid jokes.
Orang cerdik macam korang takkan terpedaya, kan?
2 ulasan:
Aku takkan terpedaya hingga melelongkan persaudaraan yang eksklusif mengikut Iman kepada persaudaraan atas dasar hidup dalam satu negara.
cakap macam gampang ... cuba masuk bank atau mintak loan untuk bisness ... melayu berapa kerat nak tolong melayu ? macam taik ... cina bodoh yang senang ... semua dia oarang boleh dapat ... nie bukan pasal parti la bodoh ... nie pasal hati dan hasad dengki ... satu kan bangsa dan agama ... majukan melayu dan islam ....
Catat Ulasan