Writen by me

Selasa, 28 Mei 2013

Emosi marah, serta perkaitan manusia dengan babi.

Allah yg buat seluruh alam. Dalam alam itu pula ada pelbagai hidupan biologi yg berinteraksi membentuk ekosistem. Ekosistem adalah balanced equation. Keseimbangan. Kalau terlebih nyamuk; katak, cicak dan ikan laga akan turut bertambah lalu membawa populasi nyamuk kembali terkawal.

Dari zaman dinasour sampai sekarang, itu law dia. Semenjak dari bumi berbentuk gas, itu qadar dia. Semenjak dunia belum wujud, itu hukum dia. Hukum-hukum itu milik Allah yang Quran bahasakan sbg takdir... Qada dan qadar.

Qada means laws, a fix constant or equation. eg; PV = mRT. Qadar means variable, rate, ratio, balanced equation, atau flexibiliti pada keseimbangan, keseimbangan yg boleh wujud dalam pelbagai bentuk tanpa break the laws. Bigger V will be balanced with smaller P or bigger T. 

Selepas ekosistem dunia mula sesuai untuk diduduki oleh makhluk yg beraqal kompleks, Allah lalu panggil malaikat dalam satu persidangan. Dalam surah Baqarah (link), ditulis Allah berkata, wahai para malaikat sesungguhnya Aku akan jadikan di bumi khalifah. Malaikat faham apa itu khalifah. Lalu cepat cepat mereka melontar komen, ataj alu fiiha man yufsidu fiha wa yasfiku dima?

"Apa Kau akan menjadikan padanya makhluk yang merosakkan dan menumpahkan darah?"

Ketika persidangan itu, bumi sudah wujud. Quran tulis fil ardi, bukan fiddunia. Bumi  dah wujud membentuk bentangan ekosistem lengkap dgn bulan, matahari dan semuanya. Cuma bumi ketika itu masih kuno. Namun segala ramuan sudah bersedia utk start human evolution. Allah maha tahu. Evolusi galaksi ada 6 epoch (six days of creation). Pada setiap epoch ada inception, something like divine intervention, yg mewujudkan karbon dr helium, juga yg mewujudkan air dari atom hidrogen dan juga yg mewujudkan mikroorganisme drpd air (link). Kewujudan benda-benda asas ni terhasil pada kebarangkalian satu dalam berbilion. Which means impossible.

Jadi inception seterusnya, kejadian manusia di bumi, adalah impossible. Look at them, kata malaikat. Tengok binatang binatang dibumi itu. Binatang karnivorous adalah binatang teratas pada rantai makanan dan bersifat dominon. Apakah khalifah di bumi, pemimpin, yakni manusia nanti akan jd macam tu? Ya Allah, ataj alu fiiha man yufsidu fiiha wa yasfikuddimaa wanahnu nusabbihu bihamdika wanukoddisulak? Apakah Kau akan wakilkan ruh suci dari syurga itu ke dalam jasad karnivorous itu yg akan bunuh membunuh untuk makan dan nanti akan berbuat kerosakan? Sedangkan kami sentiasa memuji Mu. Malaikat bimbang manusia yang berbentuk biologi berdarah, bernafsu dan melakukan seksual itu akan gagal, melakukan kerosakan.

Allah back up kita, qoola inni a'lamu maa la ta'lamuun... hei malaikat, Aku tahu apa yg aku buat, aku tahu apa yg kamu tak tahu. Buktinya, Allah pertunjukkan kepada malaikat akan Adam. Fresh human. First human soul in biological body. The most advance product of evolution. Selama ini malaikat lihat binatang di bumi buas berbunuh bunuh tanpa akal, menyalak tak tentu hala. But at that moment of time, for the first time, mereka lihat makhluk biologi itu bertutur. Impossible! Mereka gamam. Terus sujud.

Nabi Adam sebut nama-nama semuanya. Basic human capability is to pronounce things. Something like... korang tengok filem The Rise of The Planet of Apes? Ya, something like that. Bila kita sebut satu nama, dalam kepala kita ada fungsi dia, properties benda tu, description. Binatang lack benda ni sbb tu binatang kekal binatang. Binatang forever takkan dapat bertutur dgn bahasa logik. 
Tapi Allah buktikan Nabi Adam berbeza. Adam can talk. Adam can think. Adam adalah manusia, makhluk paling maju dalam ekosistem, dalam evolusi. 

Malaikat sujud.... Kecuali setan. Lets the game begin.

Mengapa pengetahuan sebegini penting? Mengapa teori evolusi dan penciptaan secara saintifik perlu kita fahami, bukan percaya buta-buta tanpa faham?

Point yang aku mahu bawa... kita ni bukanlah jasad kita. Apa yg dilihat dalam cermin tu, bukan kita. It is a shell.

Jasad ni Allah yg cipta, melalui evolusi genetik selama beribu ribu tahun diperbaik, diperbaik, diperbaik sehingga terbit satu produk yang paling advance (link). Kemudian Allah tiupkan ruh kita yakni kita lah, ke dalam rahim ibu kita. Dalam rahim itu berlaku inception ruh ke dalam jasad baru, malaikat jaga. Ruh kita lalu degupkan jantung. Ruh kita lalu merge dgn saraf di otak utk kontrol peparu. Sampailah complete ruh kita take over jasad dari kepala sampai kaki. Cukup haul, kita pon dilahirkan. Blur. Lahir lahir kita dalam keadaan blur. Apa pun tak tau. Kita lalu besar dan mula jd manusia bertatih dan bertutur. Bila dewasa kita pun lawan tuhan. 

Jasad ini entiti dunia. Kita duduk sekejap, pinjam, sebab tanpa jasad ini kita tak boleh interact dgn benda fizikal. Ingat asal kita dari mana? Kan? So jasad ini barang dunia, bukan barang kita. We dont belong here, that's why we will go, die. 

Dunia ada laws. Ingat mukoddimah tadi. Begitu juga jasad ini, seperti hidrogen, pokok, cahaya, karbon, elektromagnet yang masing masing ada hukum, kichorff, newtons, taylor, bernoulli, dll... Jasad manusia juga berfungsi mengikut hukum hukum dia. 

Perut lapar bukan kita saja saja buat. Taik kita boleh teran keluar tp rasa lapar boleh kita errrrhhh lalu hilang? Tak. Ia dtg sendiri, ia ada solution sendiri. Asid dalam perut tanpa bahan utk diproses akan isyaratkan pada otak utk terbitkan satu environment yg ruh kita define as lapar. Cucuk duri kita rasa sakit. Ini semua alarm, satu reminder, agar kita fix it. Perut kosong kalau takde alarm, bekalan protein ke tubuh akan stop, glukos dalam darah akan depleted, justeru tenaga turut depleted dan akhirnya kita mungkin tiba-tiba mati kebuluran tanpa kita tahu. Sakit cucuk duri kalau takde alarm lokasi luka itu kita mungkin biarkan sampai jd reput. Sbb xde alarm. Kan. Rilek je la pergi pasar tp usus buasir dah keluar ikut mulut seluar. Takde alarm.

Untuk make sure kita maintain barang pinjaman ni, Allah buat nerves, rasa. Sakit, lapar, kenyang, geli, sedap ....  Termasuk rasa bengang, marah, kasih, mahu dekat, mahu jauh, best, rasa seronok...

Kalau sakit itu bahasa jasad, hardware, rasa marah, kasih, cinta itu bahasa mental, software. Ini semua hukum hukum pada jasad. Kita sbg owner kena jaga. Mcm jaga kereta. Angin kurang pegi la pam jgn sepak marahkan tayar tu cilake punya tayar gua beli mahal mahal time gua nak cepat gi meeting takde angin plak dia. Babi! 

Apakah itu solution utk alarm? Lapar gi makan. Sakit gi spital. Nak berak gi toilet jgn hangin cilake time-time busy macam ni la kau nak berak! So... Macam mana solution utk rasa marah? Adakan dgn cara marah marah dengus dengus. Amuk? Tengking? Sepak?

Setiap alarm, ada solution logik. Penyelesaian yg kena, fit. 

Bila sakit budak budak akan guling guling menangis. Pastu lari dapatkan mak dia. Mak dia kalau sakit, mak dia takkan guling guling pergi kat pak dia. Kan? Mak dia akan mengaduh, mak dia akan buat assessment, cari punca kesakitan dan mak dia akan bangun, pakai tudung, drive ke farmasi untuk cari ubat yg sesuai. 

Rasa marah perlukan solution yg sesuai dengan sistem. Malangnya rakyat malaysia, bila marah dia akan guling guling macam budak kecik. Terbit rasa marah, dia respon mcm budak budak. Timbul rasa rimas, dia amok. 

Marah, rimas, sedih is an alarm. Alarm ini muncul apabila ruh kita tak suka dengan apa yg berlaku di seliling, dan jasad kita helpless. Kita nak kat Hisham, tp Hisham nak kat Diana, dan hakikat itu tak mampu kita ubah. Jasad kita dah berusaha, otak dah berfikir, bibir dah senyum, mulut dah merayu, tp no way. Jasad kita helpless. Bila ruh dan jasad tak match, hasil sampingan dia akan timbul yg kita panggil emosi. Emotional Reaction berlaku apabila logik antara ruh dan jasad jadi haywire. Air mata utk bersihkan habuk keluar walau takde habuk. Darah berkumpul kat kapilari di pipi walau suhu di pipi masih khatulistiwa. Jantung berdegup kencang walaupun bukan sedang berjogging pun. Ini laws. Hukum Allah. Untuk bg kita alarm, untuk cari solution. Kita keturunan Adam, dan keturunan Adam adalah keturunan paling kompetitif di bumi yg akan cari solution mcm mana cara sekalipun, baik atau jahat.

Kita bukan budak budak utk guling guling bila sakit dan cari abah dia. Kita dah mature. Bila marah, kita tak mengamuk, tengking orang, caci orang, dan bunuh orang.

Bila marah, kita aware kenapa kita marah. Setiap alarm seperti panas telinga, sesak dada, dengus nafas yang muncul dapat kita assess satu persatu. Kita sedar itu semua adalah alarm yang memerlukan kita pakai tudung drive kereta pergi farmasi cari ubat, bukan guling-guling.

Bila marah, kita tahu jasad dan ruh dah tak match, telinga dah panas, nafas dan lain mcm. So, kita kena hadir time time mcm ni dan tenangkan jasad kita. Take it back to logik. Jangan biar jasad kebinatangan ini take over kita sehingga, plang, kang kong,ling, tangg!!!!..... Eh? Sedar sedar isteri dah merajuk, S3 dah pecah, tv plasma dah retak. Bila dah sedar, terduduk, awat la bodoh aku pi baling hp ni ke tv plak kan dah rosak dua dua. Bila jasad dan ruh mismatch, akan jadi benda benda tak logik mcm kat atas. Sbb jasad ini evolve dr binatang buas, genetik tu masih ada. Jasad kita, dia punya sistem sama saja macam anjing, beruk, babi. Ada usus, ada buah pinggang, ada peparu, ada darah, bulu dan simen. Ini sistem fisiologi mamalia. Babi pun kentut. Anjing pun berak keluar tahi ikut dubur sebijik macam manusia. Cuma manusia berak dalam toilet siap flush, tahi keluar ke sewage, ke kolam Indah Water, dan ada engineer kumbahan buat mesin berbentuk kipas untuk pecahkan ketulan tahi jadi floc. Aqal buat manusia jadi maha kompetitif. Namun kita tetaplah bukan jasad kita. Kita ruh dari syurga. Kita manage jasad ini untuk jadi pentadbir dunia - khalifah. Kalau satu syarikat Indah Water dapat kita manage, mengapa jasad kita sendiri tak boleh manage? Bila profit syarikat haywire, kita boleh cut cost dan buat Blue Ocean Strategy utk lipat akaun merah ke hitam, mengapa bila emosi kita haywire kita gagal? Barang bila terlalu dekat, kadang kita tak perasan. Jadinya... bila timbul rasa marah kita perlu rasionally present... kontrol, buat esesment, dan cari solution yg ikut hukum logik, bukan ikut angin.

Marah itu perlu. Nabi marah. Dalam quran ada ayat marah marah sampai panggil dgn bahasa hodoh, dan kita, khalifah, perlu ada rasa marah untuk jadi alarm utk drive kita cari solution. Nabi bila marah muka baginda akan merah tp nabi tak mencarut. Nabi tak mengamok. Nabi akan berpaling, dan suruh si wanita yg mengaku berzina itu balik. Wanita itu tak balik, nabi tak tengking dia, wei dah la berzina skang nak bantah Nabi? Balik!! Tak. Rasulullah tetap suruh wanita itu balik, pujuk dia balik, dgn berkata balik dan lahirkan anak itu dulu lepas tu baru mai sini. Itu solution dia.

Kita kalau kalah, jangan bakar kerusi, tibai penyokong lawan. Itu bukan solution dia. Itu tak logik, atau logik binatang. Solution dia adalah suarakan idea bernas kepada persatuan bola sepak terengganu agar usaha lg tahun depan. Apa nak buat dah kena lawan team power di separuh akhir. Kan?

Okey, sikit fasal rasa cinta dan gelora seksual. 

Dalam byk byk rasa, Kita juga ada rasa ghairah. Satu hari Hazimi jalan jalan di kl sentral nampak amoi paha gebu lalu dia terangsang. Solution binatang, rogol je. Tapi Hazimi sedar dia seorang manusia. Lalu, dia cuba slow talk kat amoi tersebut, 'cik adik jom kita bersenggama. Cik adik pakai mcm ni buat sy ghairah maka cik adik bertanggungjawab utk kembalikan anggota sy yg telah jd batu kembali ke keadaan asal.' - kata Hazimi lembut.

'Ci seng. Tak mau lor!' kata amoi tersebut.

Hazimi pun pujuk sbb nafsu dh mencanak. Amoi itu lalu tampar muka Hazimi satu das dan lari. Hazimi terpana, terkejut, dan curious. Kenapa tak mahu walhal seks itu sedapkan awak juga? Dia lalu balik baca buku, dan Hazimi sbg seorang remaja 13 tahun lalu faham apabila manusia buat seks nanti amoi itu akan beranak. Hazimi akan jd bapak, amoi td akan jd mak. Hazimi, amoi dan anak akan jd keluarga. Lalu Hazimi pun akhirnya faham bahawa ghairah seks itu adalah satu alarm utk membiak, bukan semata mata nak sedapkan konek.

Hazimi juga faham rasa ghairah di kelamin itu bahasa jasad, hardware. Untuk bentukkan satu keluarga harmoni dia juga perlukan rasa cinta, iaitu bahasa software. Sebab tu, tanpa cinta, amoi tadi takkan bersetuju untuk kahwin dgn Hazimi. Hazimi kini faham, dia perlu minta maaf dengan amoi tersebut dan nasihatkan amoi itu untuk tutup aurat dia agar lelaki tidak ucap cinta pada perempuan kerana sukakan aurat perempuan itu yang gebu tetapi kebijaksanaan perempuan itu yang tajam. Cinta pada body akan pergi bila body itu lusuh. Cinta pada ruh si dia akan kekal sebab ruh tak mati. Jumpa nanti di syurga. 

Rasa ghairah seksual itu satu alarm. Lapar untuk beromen. Agar kita cari pasangan dan beromen. Kalau takde rasa nak beromen rasanya manusia sampai tujuh keturunan saja akan pupus. Dan rasa mahu beromen itu perlu disalurkan dgn satu solution yg betul agar pembiakan itu berlangsung harmoni dgn sistem sosial dan ekonomi. Itu perlukan persefahaman. Ia perlukan satu bond, yg halus yg serasi. Maka, kita perlu setelkan rasa cinta dulu.

After all, penyatuan ruh itu lebih superior dari penyatuan jasad. Cinta itu asalnya dari syurga, seks adalah barang dunia. Right?



Selasa, 21 Mei 2013

Jika pengikut agama itu kolot, agamanya akan muncul kolot

"Jika pengikut agama itu kolot, agamanya akan muncul kolot."
mohon pencerahan abg khairi.

syam

Allah buat dunia dengan hukum-hukum dia. Graviti ada bacaan dia. Tekanan udara ada ukuran dia. Besi ada tahap lebur dia. Dari semenjak zaman dinasour sampai sekarang hukum-hukum ni tak pernah berubah. Allah tahu apa saja benda, semenjak dari awal kejadian langit, sampailah sekarang.

Yang berubah adalah makhluk biologi yang berevolusi, termasuk manusia. Kalau dulu manusia tebang pokok pakai kapak, sekarang nak jumpa kapak pun susah. Kalau dulu sekolah ada papan hitam dan kapur, sekarang white board dan magic pen. Sedangkan, pengetahuan Allah dari semasa manusia duk pakai cawat dalam gua, sampai sekarang sama saja.

Kita hidup di dunia sama, tapi ketamadunan kita berbeza kerana ilmu. Pendekatan kita berbeza kerana ilmu. Orang yang kurang pandai akan melihat kilat itu satu benda ajaib dan sanggup semelih ayam, bakar pulut kuning untuk pujuk semangat kilat. Orang Jepun tahu apa itu penyebab kilat lalu depa perangkap jadi sumber tenaga.

Dari dulu, Allah perjalankan seluruh galaksi dengan hukum sama. Kita yang baru tahu konsep elektromagnet, fabrik graviti, anti particles, plasma dan halaju cahaya. Allah dah buat lama.

Agama kita agama yang sama. Semua nabi dan Rasul ajar benda sama - fitrah. Yang jadi banyak versi sebab manusia. Ada yang kasar, ada yang cerdik, ada yang halus. Manusia yang bodoh pula akan menyebarkan ajaran palsu yang kelihatan macam suruhan agama. Tapi hasil ajarannya gagal, busuk dan sempit lalu dia bertawakkal tanpa mahu lagi berfikir.

Orang kita lupa apa itu ilmu agama. Mereka sangka yang potong daun kayu mengkaji klorofil itu subjek subjek mat saleh, ilmu barat. Mereka sangka belajar perbahasan tafsir, lughoh, dan kajian hadith itu ilmu agama. Dah terbalik.

Manusia yg potong batu, cari mineral, dan kelaskan mineral ikut sifat dia... dia sebenarnya membaca hukum kejadian Allah secara langsung. Bukan dari mulut orang, bukan dari perbahasan kitab dulu-dulu. Manusia yg teropong keluar, tapis sinar cahaya, kira jarak planet, cari jisim matahari... apa mereka belajar ilmu barat? Mereka sebenarnya sedang berinteraksi direct dengan Pencipta.

Dan apa yang mereka telah hasilkan?

Wa fi anfusikum afala tubsiruun?

Pada diri kamu sendiri, apakah kamu tidak perhatikan?

Manusia makhluk biologi. Jasad kita adalah unsur tanah, lahir dari tanah, sel, atom, berjisim, berwarna. Maka jasad kita ada hukum yang Allah tetapkan. Paling basic, kalau luka kita akan rasa sakit yg tak enak agar kita mengelak dari buat diri sendiri luka, rasa itu sbg satu warning. Itu basic. Bagaimana pula dengan ilmu psikologi? Mantik. Logik. Sosial.  Jasad ni pinjaman je. Bukan hak kita, hak Allah. Jadi paham-paham lah jangan anggap rupa paras kita ni adalah diri kita yang sebenar. Tipu je semua ni. Mati nanti tahu la.

Jadi jasad kita ni entiti dunia. Ada properties dia dari sudut aqal, fisiologi, IQ, emotional, spiritual, dan juga sains kemanusiaan. Dalam kita duk berbahas tafsir ibnu kathir, baca hujah Imam Syafie dan kupasan Imam Muslim yang disampaikan dalam bentuk teks, mengapa kita lupa nak rujuk direct dengan 'teks' Allah. Teks Allah ada di mana-mana. Tengok atas, bawah, kiri, kanan, semua teks Allah. Mana lebih dekat berbahas idea manusia, atau berbahas akan ilmu Allah? Yang lebih maju itu apakah mereka yang berbahas kitab tulisan manusia atau mereka yang berbahas tentang kitaran solar flare, sumber tenaga dari dasar laut, quarks, atau partikel higg bosons? Yang menafsir Quran itu manusia, yang cipta Higg Boson tu siapa?

Yang buat jasad kita siapa? Kalau kita buat statistik dan kaji selidik akan perkaitan emosi kita dan intelectual, kita sebenarnya kaji kerja siapa? Manusia adalah makhluk hasil evolusi. Jasad ini hasil evolusi. Ruh kita dilahirkan ke dalam jasad yang dah canggih. Kita ada IQ, EQ, PQ, dan SQ. Ruh kita diberi jasad ini. Jasad ini ada rasa sakit, ada penyakit, ada slow tang sini, laju tang sana, semua ni kita kena manage. Kalau tak manage betul-betul, kita akan jadi slow. Bila kita pergi kelas agama, dapat nombor last. Banyak benda tak faham.

Orang pandai akan bawak agama dengan maknanya yang betul. Orang slow akan ajar benda-benda slow, seperti kitab taharah yang tak pernah khatam. Nak mandi wajib pun menggigil takut tak rata. Bukan masalah agama, tapi masalah kau tu slow. Cuba tanya dalil untuk nuklear power plant, boleh dak. Fatwa duk main lumpur lagi yob.

Belajar ilmu logik/mantik yang Allah buat adalah asas kepada agama. Sebelum nak reguk idea, belajar dulu common sense. Sebelum nak belajar Riyadussolihiin, belajar dulu membaca. Sebelum nak berbahas ilmu-ilmu lughoh, belajar dulu common sense, mantik, logik dan diri sendiri. Supaya apa saja buah akal fikiran kita yang keluar, akan diukur pada neraca ciptaan Allah, bukan ciptaan manusia.

Kenali diri. Apa itu ruh. Bagaimana ruh dan jasad membentuk interaksi. Apa itu emosi, bagaimana perselisihan kemahuan ruh dan limit pada jasad menghasilkan kesan yang disebut emosi. Mengapa ketika marah, telinga jadi panas, dan akal kita kurang waras? Bagaimana akal kita berfungsi dengan konsep waktu dan ruang? Apa itu ego. Mengapa Nabi beritahu tidak beriman seseorang selagi dia tak sayang saudara dia melebihi diri sendiri, dan apa kaitan hadith ini dengan ego?

Apa itu Emotional Quotient? Apa itu mental state? Bagaimana keputusan manusia boleh diperdaya oleh mental state yang difabrikasi? Ini semua common sense - fitrah, benda benda basic. Belajar dulu benda basic ni sebelum nak jadi ustaz. Sebab ramai antara kita yang ilmu tinggi tapi basic fail. Malulah kat golongan atheist di US yang sivik bergetar sebab basic power. Orang yang berjaya dan berfungsi dengan baik adalah mereka yang kemas pada common sense, fundamental.

Agama untuk manusia, bukan untuk kambing. Maka kita perlu belajar untuk jadi manusia sebelum belajar agama.


Selasa, 14 Mei 2013

Selamat tinggal Cinang, RIP.

Sunyi malam kalau buleh duduk sendiri diam diam rasa insaf. Seram pun ada. Keseraman tu tak lain tak bukan adalah rasa takut kepada benda2 yang duduk dalam gelap barangkali ada. Rasa itu juga yg bawa rasa seriau bila pikir fasal alam di luar sana.

Bila duk teringat arwah pak sedara, ingat sengih dia... Aku pun tertanya tanya la sendiri dah hampir 10 tahun dia dah tak boleh layan game chelsea dan man u apa dia rasa seronok atau bosan di alam kubuq. Apa arwah arwah fan man u tiap2 sabtu keluar pegi hurung tv sedang orang hidup tak nampak. Atau di sana ada deria dan bau yg lain yg langsung lebih superb dan high tech dan lebih bermakna drp saham, EPL, seks, dan coconut shake?

Arwah Emyliana Shuhada, 12, yang dirogol sebelum dibunuh dan dicampakkan ke kawasan pakrkir di Klang adalah sepupu aku. Anak arwah pak sedara aku. Adik ma aku. Kini mereka berdua berjumpa. Venuenya pasti aneh utk manusia dalam hijab tapi mereka sudah hilang hijab. Barangkali setiap malam ruh arwah pak sedara aku duk bersembang dengan ruh arwah abang dia pasal ahli keluarga yg masih hidup tiba2 Shuhada kini join mereka. Berpelukan dan berbisik kata rindu.

Allah... Sebesar besar galaksi dunia, sikit pon Kau tak kasi can untuk kami intai mereka di sana. Betapa gagah. Adil. Dan tegap tahap kerahsiaan Allah demi menjaga kredibiliti sistem permainan kehidupan yg telah digarap hampir berjuta bilion tahun dahulu. 

Sebelum cerita fasal pemergian Cinang, aku teringat surah Naba. Surah yg best kalau cerita fasal akhirat.

Amma yatasaaaa aluunnn? 'Aninnaba il 'aziiim. Allazi hum fi hi mukhtalifuuunnn... Tentang apakah manusia duk kecoh kecoh tu? Oh, dari satu perkara atau berita yg sgt besar iaitu berita yg bakal mereka tahu apabila mereka mati, berita dari alam ghaib. Yang mana mereka ada byk pendpat ttg benda benda ni. Incarnation lah. Tuhan ada 3 lah. Syurga tu hijaunya di cat cat lah. Macam macam. Bagi manusia hal ini sgt sgt penting lalu kretiviti mereka mmg tinggi. Masalahnya...

Kalla saya'lamuuunn. Summa kalla sayaklamuunnnn...

Tak perlu sebenarnya. Kalla - jangan sekali kali begitu. Jangan over sampai macam tu. Jangan. Benda tu semua bukan ada jelmaan atau bukti empirikal pun, jd xperlu nak lebih lebih sampai lupa nak accept benda yg korang nampak rasa hidu kat depan hidung. Hari akhirat tu, alam ghaib tu semua nanti korang akan tshu juga suasana rasanya lagu mana. Sabaq la. Enjoy hidup tu.

Alam naj'alil ardo mihada? - bukan ke Kami dh buat bumi tu dah cukup cantik luas saujana mata memandang elok mendatar walaupun ia bulat leper tapi dihampar baik?

Wal jibala autaada - dan bukit bukit itu pula pasaknya yg halang awan bg hujan, yg jadi pulau kalau dipasak gunung tu kat tgh laut, yg stabilkan plat plat kerak, kan?

Wa ja'alnakum azwaaja - dan Kami jadikan kamu jantan dan betina pula... Bukan mcm siput babi sendiri onani pun bleh dpt baby banyak plak tu.

Kemudian Kami jadikan tidurmu sbg potongan, mati sekejap utk refresh sistem tubuh dan kembalikan tenaga buang lesu. Dan kami buat malam pula selimut tidurmu. Kemudian siang untuk keluar menjalani kehidupan dan seterusnya Allah cipta langit hujan tumbuhan....

Ini pemberian Allah. Jangan sia siakan kerana terlalu taksub dgn metafora metafora akhirat. Walaupun bersedih dgn pemergian mereka, hidup mesti diteruskan seadanya kerana bila tiba time kita pun kiok juga. Yang penting, guna kesempatan ini utk jd manusia terbaik. 

Benda paling asas untuk jd baik dengan menjadi makhluk harmless. Pergi ke dalam gua menyorok dalam batu. Jadi mcm ulat gonggok. Masalahnya. Allah tak suruh kita jd ulat, tp khalifah. Khalifah adlah ketua, mujahid, decision maker, leader. Maka kita kena keluar study sistem Allah dan baca manual yang Allah bagi untuk betulkan apa apa yg tak betul, perbaiki mana yg rosak.

Sistem bumi Allah dah buat baik. Kita di sini adalah wakil Allah utk memastikan alam ini diselenggara dan dijaga sebaiknya. Yang zalim mesti kita perbetul. Itu wajib. Kita tak wajib seru DAP masuk islam, tp kita wajib seru DAP, UMNO, Perkasa untuk jadi baik, jujur, amanah dan telus. 

Perogol dan pembunuh kanak-kanak adalah musuh dunia. Dua suspek yg ditangkap melalui pengecaman saksi dan cctv seorang dah mengaku, katanya satu sumber. Shuhada atau mesra dipggl Cinang tinggal di town house. Tingkat bawah lot kedai jadi budak budak main m ain di situ mmg ramai. Dua setan tu datang umpan makanan, bawa pergi makan ke tempt sunyi dan merogol arwah. Arwah pasti meronta dan mahu menjerit lalu mulut ditekup. Dirogol, sesak nafas, dan meninggal. Mak sedara aku dan kakak kakak Cinang gembira bila diberitahu polis cinang dah dijumpai tanpa mereka ketahui yg dijumpai bukan Cinang tp jasad Cinang. Cinang dah balik. Jumpa abah. Cinang tinggalkan semua balik jumpa abah jumpa atuk jumpa pak ngah, jumpa tok nyet Bunga, tok mek... Ramai juga di sebelah sana kalau mahu bilang boleh lajak ke subuh ni. so, harap Cinang tak sunyi.

Aku tak kenal Cinang. Last time jumpa dia masih kecil, baby. Dayah, kakak sulung dia pula rapat juga dgn kami. Kecik kecik dulu aku pernah ajar dia mengaji. Skang dah besar tak tau lah dia kenal tak lagi mad arid lussukun yg kejap ada kejap takde tu. Semenjak makcik aku kahwin lain dan berpindah, jarwng dapat jumpa mereka kecuali di hari raya kebelakangan ni. Sampailah aku dikejutkan dengan whatssap dari abang aku mengatakan makcik masuk tv. Aku jenis tak tonton buletin utama terus cari dr sumber lain.

Yang pergi relakan dia. Bersangka baik dengan alam sana, mereka sedang menikmati sistem kehidupan yg hakikat (akhiratlah sebenar benar kehidupan andai kamu tahu) yg jauh lebih baik, jauh lebih bahagia di sisi Allah. Dunia ni main main je walaupun akal remaja lelaki di malaysia tak nampak apa yg lebih menarik dari layan game City dgn member di kedai mamak. Gila utk mereka bygkan hidup selama lamanya tanpa kewujudan EPL sbb player kapir semua sedang kena bakar. Lol. Tp kena percaya di sana ada hidup yg lebih awesome, lebih power dari siang malam yg kita ada skang. Lebih power dr logik dan rasa stim. Dan ia bukan seperti yg akal kita gambarkan.

Semoga arwah baik baik kala ini. Rest in peace.


Rabu, 8 Mei 2013

Rasis

Walaupun 5.6 juta rakyat malaysia undi pakatan rakyat berbanding BN 5.2 juta, tetapi BN dapat 133 kerusi berbanding PR 89. Ini nama dia gerymandering atau apa eja dia aku lupa, iaitu eksploitasi SPR untuk buat persempadanan yg tak balance dr segi bilangan pengundi.

Banyak nak sebut pasal pru tempoh hari tp dah suam suam kuku dan dah byk ulasan di alam maya ni ketika aku susah nak update blog sbb takde laptop kat rumah. Ni aku taip pakai ipad susah habaq hang. So minta diberi muka utk baca dan fahamkan... Aku nak sebut di sini fasal rasis dan agama.

Seperti yg kita semua maklum DAP dapat 4 flat di Perak Negeri sembilan Penang dan Selangor. Semua kerusi menang. Johor depa miss satu. Masih ada orang PAS yg nampak takut sbb DAP  tu cina bila cina byk menang dia takut Malaysia dapat kat cina. Padahal kalau DAP kalah yg menang pun cina atau india juga, kecuali gelang patah. Cina pandai dan bersemangat nak jatuhkan kerajaan yg tak efisyen tp orang melayu masih takut2. DAP perlukan PKR dan PAS untuk ke putrajaya. Tetapi PAS dan PKR pula tak cemerlang sbb pengundi Melayu masih kabur pening dan kekeliruan. Jika PR mampu ke putrajaya ianya atas kekuatan PAS dan PKR. Sepower mana pun score DAP tak tumbang BN sebab calon depa tak cukup. As long as melayu rakyat majoriti di Malaysia, selagi tu kuasa politik akan berada di tangan orang melayu islam. Cuma kita tak tahu apakah yb melayu islam itu sebaik sesetengah YB DAP atau tamak haloba macam Yahudi.

Sebelum DAP muncul jd kuasa politik baru, kerusi yg mereka rampas ni dulunya BN yg bukan diwakili UMNO tetapi MCA MIC dan gerakan. You see, this is not about race tapi prinsip betul salah. DAP lawan MCA atas dasar ideologi, siapa yg lebih transparen, jujur dan telus. Lim Kit Siang lawan Ghani bukan battle Islam lawan non-Islam tp atas dasar awak tu adil, telus atau korup. Sama juga kes PAS lawan UMNO. Jangan duk perasan bila awak melayu awak islam maka awak automatik telus adil dan jujur. Jangan jadi poyo.

Islam tak islam kita bukan pada nama dan ic tapi pada akhlak. Pada soul iaitu ruhani. Di akhirat kelak bila Allah tanya agama kita apa takkan jalan kalau buat keluar IC boh. Allah tak tengok IC, nama, atau paras tapi hati. Manusia yg baik tidak semestinya islam dan orang yg ic dia tertera agama islam tak semestinya baik. Kalau calon DAP itu jujur amanah dan tidak rasis aku akan pangkah dia walau lawan dia PAS andai aku tahu calon PAS itu yg tidak berhemah, kasar, dan suka maki hamun orang.

Nilai islam perlu kita miliki dengan jiwa bukan dgn ic bukan dengan parti.

Orang melayu jangan jadi angkuh mcm yahudi. Orang islam tak diajar jd mcm bani Israel. Islam mengajar kita untuk nilai org berdasarkan taqwa dia, akhlak dia dan kebaikan dia. Ramai kita masih rasa diri mulia sbb islam. Pahadal islam auto, islam nama. Kita kena sedar Allah suruh kita jd khalifah di bumi iaitu makmurkan bumi, lead manusia untuk bentuk masyarakat yg baik sosialnya. Tp yg leading dalam hal ni sekarang siapa? Yg sedang explore sumber tenaga baru siapa? Yang pegang teknologi siapa? Yang pegang kuasa dunia siapa? Yang suka merusuh bom orang awam sna sini itu pula siapa? Yg rendah daya sivik itu siapa?

Tak ada rasa malu ke?

Ini bukan soal agama tetapi diri sendiri. Mentaliti dan pemikiran yg tak bebas dan sempit. Sesebuah agama kuat bukan kerana ia benar tetapi bergantung kepada siapa yg sedang memegangnya. Ajaran wahyu yg rosak 1400 tahun dulu kembali bersinar kerana keperibadian Rasulullah. Keampuhan karakter dan personaliti Rasulullah yg kembalikan syiar Islam. ahli kitab masa tu byk tp takut, kolot dan tak berani utk tampilkan ijtihad lebih moden. Kristian yg dikalahkan Islam kembali bangkit apabila mereka kembali menguasai ilmu pengetahuan yg sbl itu dipelopori Muslim. Kuatnya agama apabila bijaksana manusia yg mendukungnya. 

agama tak boleh berjalan sendiri. agama adalah alat, methodology, atau guideline. Untuk menggunakan prinsip-prinsip agama kita mesti betul pada common sense dan logikal agar bacaan kita tepat. quran yg betul tiada guna kalau pembacanya bodoh. Untuk tafsirkan petunjuk Quran kita mesti keluar menyiasat alam semesta yg Tuhan jadikan agar kita faham cara kerja yg Allah tetapkan pada ciptaan Dia. agar kita dapat padankan perkataan Pencipta akan ciptaanNya. Manusia yg ingin maju dunia (material) dan akhirat (ruhani) adalah mereka yang berilmu - segala jenis ilmu. Ada hadis yg sebut ni, kan.

Jika pengikut agama itu kolot, agamanya akan muncul kolot. Ajaran agama memberi ruang untuk kretiviti tp diri sendiri yg memilih untuk jd takut dan taksub utk kekal kolot. Terlalu takutkan neraka sampai lupa untuk berijtihad mengejar syurga kerana takut menyalahi ulama terdahulu, kerana rasa diri terlalu hina dan bodoh utk berhemah dlm agama. tolong jgn hina kapasiti manusiawi yg Allah bagi. Sebelum mahu muncul pendakwah agama, cuba lah jd manusia rasional, bijak, bebas dan pandai terlebih dahulu. Rasulullah sebelum mengajar umat arab bersolat dan bersyariah, nabi ajar dulu mereka untuk berfikir ikut hukum logik, nabi ajak mereka utk sandarkan tindakan pada reasoning... Mengapa sembah batu apa batu itu biasa buat itu ini? Tidakkah tengok langit itu mcm mana? Takkan Tuhan yg jadikan ini semua sebegitu kaku? Rasulullah cerita kejadian alam dan hukum2 sains yg mesti dijadikan benchmark atas setiap tindakan.

Qul huallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid wa lam yulad. Walam yakun lahu kufuan ahad.

Katakanlah Tuhan yang disembah manusia itu satu sahaja dan sepatutnya memang satu sahaja iaitu tuhan yg sama. Itulah tuhan yg maha perkasa yang tidak mengalami proses kelahiran alamiah, kerana Dia berada di luar ruang-masa penciptaan bahkan Dialah pencipta. Justeru Dia sedikit pun tidak sama dengan apa sesuatu yg kamu tahu diciptakan.

Suatu hari semasa minum kopi dengan seorang kawan cina india dan melayu saya bertanya kenapa tak aminkan doa. Dia ckp you doa sama tuhan you bukan tuhan i.

Saya tanya mengapa ada banyak tuhan?

Kawan melayu yg tahu jalur pemikiran aku dah mula gelisah.

Saya tanya lagi, jadi katakan tuhan A jadikan saya dan tuhan B jadikan orang India dan tuhan C jadikan kaum cina? Mana ada, takkan kau tak percaya teori evolusi dan big bang? 

Saya sambung, tuhan kita sama sajalah. Singular. The One.

Kawan melayu hampir tersembuq air kopi bila aku cakap tuhan dia dan tuhan Chan dan Ramu bukan nama sebenar adalah sama. Mana boleh Allah sama dengan tokong. Dia tak paham konsep tokong tu apa. Biar dulu dia.

Faktanya, Tuhan kepada semua manusia adalah tuhan sama. itu fakta. Tanya lah sapa pun tokca ka org asli ka jackie chan ka, dunia bumi bulat matahri semua ini siapa buat? Mereka akan cakap Tuhan lah buat. 

Yg membezakan kita adalah persepsi. Hakikatnya, Tuhan kita semua adalah Tuhan yg sama. Tuhan DAP, UMNO, dan PAS adalah Tuhan sama. Semua agama ajar benda sama, buat baik, hormat orang, bersih, jaga hak, dan kena jadi bijak. Mengapa kita tidak boleh bersatu atas common ground ini? Ego. Takabbur. Sombong. Rasa diri mulia. Berapa helai quran cerita fasal kesombongan Yahudi tp kita masih duk mahu jadi macam yahudi. 

Allah adalah nama umum bukan khas. 99 nama baik baik boleh kita seru Tuhan dalam doa. Ia sekadar rujukan, sebutan, panggilan. Siapa pun nak guna gunalah. Jangan jadikan nama itu seperti berhala yg dijadikan suci pd sifat wujud hurufnya, bukan sifat dan zatNya yg ada di atas sana. 

Islam mengiktiraf agama lain. Bagi kamu ugama kamu, bagi aku ugama aku, tak ada masalah. Yang Islam tentang ialah kejahilan, kezaliman, dan segala bentuk kejahatan. Ini common sense. Selagi penganut agama lain tidak langgar common ground ini, muslim tak ada masalah untuk berkawan, bermuamalat dan sbgnya.  

Kita berpolitik, berlawan, berbahas bukan kerana mahu menegakkan bangsa, agama atau suku. Kita mahu menegakkan keadilan. Baik DAP, PAS, PKR, atau BN, pokok rujukan kita adalah keadilan. Kebenaran retorik pada praktikal ground, atau teori yang menjadi. itu neraca asas utk semua. Kalau teori kau ckp dahulukan rakyat tp dokumen rasmi menunjukkan kau cekup portion kau dulu lebihan sen-sen bg kat rakyat, itu nama dia penipu. 

Agama jd benar kalau ia kena pada praktikal ground. Sebenar mana pun agama takkan menjadi kalau pembawanya penipu. Rasulullah buktikan Islam itu benar apabila ia berjaya bawa manusia kembali menjadi manusia dan berkembang kebahagiaan di serata dunia. Itu kesan retorik quran dan hadis kena pada praktikal ground. Itu bukti Islam. Itu hukum Tuhan. 

Semua bangsa mempunyai hak untuk dihormati dan dimuliakan pada kerakter mereka yg baik sebagaiman orang Islam meminta hak utk dihormati. Jika orang islam nafikan hak ini, orang islam itu terlebih dahulu masuk neraka. Sudah diberi quran pun masih buta, masih jahil mengalahkan DAP yg tak baca quran. 

Bila nanti penyokong DAP ditanya kelak di padang mahsyar kenapa tak masuk Islam? Depa akan cakap macam mana saya nak masuk Islam bila orang Islam itu sendiri perangai jahat rogol orang, rasuah, bodoh dan rendah moral? Orang Europe dan US pun pakat pakat angguk.

Kita jugak yg kena. Sebelum nak caci org sebab mereka lain agama dan bangsa, tolong cermin diri dan muhasabhlah.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...