AnonymousMay 19, 2013 at 8:17 PM
"Jika pengikut agama itu kolot, agamanya akan muncul kolot."
mohon pencerahan abg khairi.
syam
mohon pencerahan abg khairi.
syam
Yang berubah adalah makhluk biologi yang berevolusi, termasuk manusia. Kalau dulu manusia tebang pokok pakai kapak, sekarang nak jumpa kapak pun susah. Kalau dulu sekolah ada papan hitam dan kapur, sekarang white board dan magic pen. Sedangkan, pengetahuan Allah dari semasa manusia duk pakai cawat dalam gua, sampai sekarang sama saja.
Kita hidup di dunia sama, tapi ketamadunan kita berbeza kerana ilmu. Pendekatan kita berbeza kerana ilmu. Orang yang kurang pandai akan melihat kilat itu satu benda ajaib dan sanggup semelih ayam, bakar pulut kuning untuk pujuk semangat kilat. Orang Jepun tahu apa itu penyebab kilat lalu depa perangkap jadi sumber tenaga.
Dari dulu, Allah perjalankan seluruh galaksi dengan hukum sama. Kita yang baru tahu konsep elektromagnet, fabrik graviti, anti particles, plasma dan halaju cahaya. Allah dah buat lama.
Agama kita agama yang sama. Semua nabi dan Rasul ajar benda sama - fitrah. Yang jadi banyak versi sebab manusia. Ada yang kasar, ada yang cerdik, ada yang halus. Manusia yang bodoh pula akan menyebarkan ajaran palsu yang kelihatan macam suruhan agama. Tapi hasil ajarannya gagal, busuk dan sempit lalu dia bertawakkal tanpa mahu lagi berfikir.
Orang kita lupa apa itu ilmu agama. Mereka sangka yang potong daun kayu mengkaji klorofil itu subjek subjek mat saleh, ilmu barat. Mereka sangka belajar perbahasan tafsir, lughoh, dan kajian hadith itu ilmu agama. Dah terbalik.
Manusia yg potong batu, cari mineral, dan kelaskan mineral ikut sifat dia... dia sebenarnya membaca hukum kejadian Allah secara langsung. Bukan dari mulut orang, bukan dari perbahasan kitab dulu-dulu. Manusia yg teropong keluar, tapis sinar cahaya, kira jarak planet, cari jisim matahari... apa mereka belajar ilmu barat? Mereka sebenarnya sedang berinteraksi direct dengan Pencipta.
Dan apa yang mereka telah hasilkan?
Wa fi anfusikum afala tubsiruun?
Pada diri kamu sendiri, apakah kamu tidak perhatikan?
Manusia makhluk biologi. Jasad kita adalah unsur tanah, lahir dari tanah, sel, atom, berjisim, berwarna. Maka jasad kita ada hukum yang Allah tetapkan. Paling basic, kalau luka kita akan rasa sakit yg tak enak agar kita mengelak dari buat diri sendiri luka, rasa itu sbg satu warning. Itu basic. Bagaimana pula dengan ilmu psikologi? Mantik. Logik. Sosial. Jasad ni pinjaman je. Bukan hak kita, hak Allah. Jadi paham-paham lah jangan anggap rupa paras kita ni adalah diri kita yang sebenar. Tipu je semua ni. Mati nanti tahu la.
Jadi jasad kita ni entiti dunia. Ada properties dia dari sudut aqal, fisiologi, IQ, emotional, spiritual, dan juga sains kemanusiaan. Dalam kita duk berbahas tafsir ibnu kathir, baca hujah Imam Syafie dan kupasan Imam Muslim yang disampaikan dalam bentuk teks, mengapa kita lupa nak rujuk direct dengan 'teks' Allah. Teks Allah ada di mana-mana. Tengok atas, bawah, kiri, kanan, semua teks Allah. Mana lebih dekat berbahas idea manusia, atau berbahas akan ilmu Allah? Yang lebih maju itu apakah mereka yang berbahas kitab tulisan manusia atau mereka yang berbahas tentang kitaran solar flare, sumber tenaga dari dasar laut, quarks, atau partikel higg bosons? Yang menafsir Quran itu manusia, yang cipta Higg Boson tu siapa?
Yang buat jasad kita siapa? Kalau kita buat statistik dan kaji selidik akan perkaitan emosi kita dan intelectual, kita sebenarnya kaji kerja siapa? Manusia adalah makhluk hasil evolusi. Jasad ini hasil evolusi. Ruh kita dilahirkan ke dalam jasad yang dah canggih. Kita ada IQ, EQ, PQ, dan SQ. Ruh kita diberi jasad ini. Jasad ini ada rasa sakit, ada penyakit, ada slow tang sini, laju tang sana, semua ni kita kena manage. Kalau tak manage betul-betul, kita akan jadi slow. Bila kita pergi kelas agama, dapat nombor last. Banyak benda tak faham.
Orang pandai akan bawak agama dengan maknanya yang betul. Orang slow akan ajar benda-benda slow, seperti kitab taharah yang tak pernah khatam. Nak mandi wajib pun menggigil takut tak rata. Bukan masalah agama, tapi masalah kau tu slow. Cuba tanya dalil untuk nuklear power plant, boleh dak. Fatwa duk main lumpur lagi yob.
Belajar ilmu logik/mantik yang Allah buat adalah asas kepada agama. Sebelum nak reguk idea, belajar dulu common sense. Sebelum nak belajar Riyadussolihiin, belajar dulu membaca. Sebelum nak berbahas ilmu-ilmu lughoh, belajar dulu common sense, mantik, logik dan diri sendiri. Supaya apa saja buah akal fikiran kita yang keluar, akan diukur pada neraca ciptaan Allah, bukan ciptaan manusia.
Kenali diri. Apa itu ruh. Bagaimana ruh dan jasad membentuk interaksi. Apa itu emosi, bagaimana perselisihan kemahuan ruh dan limit pada jasad menghasilkan kesan yang disebut emosi. Mengapa ketika marah, telinga jadi panas, dan akal kita kurang waras? Bagaimana akal kita berfungsi dengan konsep waktu dan ruang? Apa itu ego. Mengapa Nabi beritahu tidak beriman seseorang selagi dia tak sayang saudara dia melebihi diri sendiri, dan apa kaitan hadith ini dengan ego?
Apa itu Emotional Quotient? Apa itu mental state? Bagaimana keputusan manusia boleh diperdaya oleh mental state yang difabrikasi? Ini semua common sense - fitrah, benda benda basic. Belajar dulu benda basic ni sebelum nak jadi ustaz. Sebab ramai antara kita yang ilmu tinggi tapi basic fail. Malulah kat golongan atheist di US yang sivik bergetar sebab basic power. Orang yang berjaya dan berfungsi dengan baik adalah mereka yang kemas pada common sense, fundamental.
Agama untuk manusia, bukan untuk kambing. Maka kita perlu belajar untuk jadi manusia sebelum belajar agama.