Tuesday, May 14, 2013

Selamat tinggal Cinang, RIP.

Sunyi malam kalau buleh duduk sendiri diam diam rasa insaf. Seram pun ada. Keseraman tu tak lain tak bukan adalah rasa takut kepada benda2 yang duduk dalam gelap barangkali ada. Rasa itu juga yg bawa rasa seriau bila pikir fasal alam di luar sana.

Bila duk teringat arwah pak sedara, ingat sengih dia... Aku pun tertanya tanya la sendiri dah hampir 10 tahun dia dah tak boleh layan game chelsea dan man u apa dia rasa seronok atau bosan di alam kubuq. Apa arwah arwah fan man u tiap2 sabtu keluar pegi hurung tv sedang orang hidup tak nampak. Atau di sana ada deria dan bau yg lain yg langsung lebih superb dan high tech dan lebih bermakna drp saham, EPL, seks, dan coconut shake?

Arwah Emyliana Shuhada, 12, yang dirogol sebelum dibunuh dan dicampakkan ke kawasan pakrkir di Klang adalah sepupu aku. Anak arwah pak sedara aku. Adik ma aku. Kini mereka berdua berjumpa. Venuenya pasti aneh utk manusia dalam hijab tapi mereka sudah hilang hijab. Barangkali setiap malam ruh arwah pak sedara aku duk bersembang dengan ruh arwah abang dia pasal ahli keluarga yg masih hidup tiba2 Shuhada kini join mereka. Berpelukan dan berbisik kata rindu.

Allah... Sebesar besar galaksi dunia, sikit pon Kau tak kasi can untuk kami intai mereka di sana. Betapa gagah. Adil. Dan tegap tahap kerahsiaan Allah demi menjaga kredibiliti sistem permainan kehidupan yg telah digarap hampir berjuta bilion tahun dahulu. 

Sebelum cerita fasal pemergian Cinang, aku teringat surah Naba. Surah yg best kalau cerita fasal akhirat.

Amma yatasaaaa aluunnn? 'Aninnaba il 'aziiim. Allazi hum fi hi mukhtalifuuunnn... Tentang apakah manusia duk kecoh kecoh tu? Oh, dari satu perkara atau berita yg sgt besar iaitu berita yg bakal mereka tahu apabila mereka mati, berita dari alam ghaib. Yang mana mereka ada byk pendpat ttg benda benda ni. Incarnation lah. Tuhan ada 3 lah. Syurga tu hijaunya di cat cat lah. Macam macam. Bagi manusia hal ini sgt sgt penting lalu kretiviti mereka mmg tinggi. Masalahnya...

Kalla saya'lamuuunn. Summa kalla sayaklamuunnnn...

Tak perlu sebenarnya. Kalla - jangan sekali kali begitu. Jangan over sampai macam tu. Jangan. Benda tu semua bukan ada jelmaan atau bukti empirikal pun, jd xperlu nak lebih lebih sampai lupa nak accept benda yg korang nampak rasa hidu kat depan hidung. Hari akhirat tu, alam ghaib tu semua nanti korang akan tshu juga suasana rasanya lagu mana. Sabaq la. Enjoy hidup tu.

Alam naj'alil ardo mihada? - bukan ke Kami dh buat bumi tu dah cukup cantik luas saujana mata memandang elok mendatar walaupun ia bulat leper tapi dihampar baik?

Wal jibala autaada - dan bukit bukit itu pula pasaknya yg halang awan bg hujan, yg jadi pulau kalau dipasak gunung tu kat tgh laut, yg stabilkan plat plat kerak, kan?

Wa ja'alnakum azwaaja - dan Kami jadikan kamu jantan dan betina pula... Bukan mcm siput babi sendiri onani pun bleh dpt baby banyak plak tu.

Kemudian Kami jadikan tidurmu sbg potongan, mati sekejap utk refresh sistem tubuh dan kembalikan tenaga buang lesu. Dan kami buat malam pula selimut tidurmu. Kemudian siang untuk keluar menjalani kehidupan dan seterusnya Allah cipta langit hujan tumbuhan....

Ini pemberian Allah. Jangan sia siakan kerana terlalu taksub dgn metafora metafora akhirat. Walaupun bersedih dgn pemergian mereka, hidup mesti diteruskan seadanya kerana bila tiba time kita pun kiok juga. Yang penting, guna kesempatan ini utk jd manusia terbaik. 

Benda paling asas untuk jd baik dengan menjadi makhluk harmless. Pergi ke dalam gua menyorok dalam batu. Jadi mcm ulat gonggok. Masalahnya. Allah tak suruh kita jd ulat, tp khalifah. Khalifah adlah ketua, mujahid, decision maker, leader. Maka kita kena keluar study sistem Allah dan baca manual yang Allah bagi untuk betulkan apa apa yg tak betul, perbaiki mana yg rosak.

Sistem bumi Allah dah buat baik. Kita di sini adalah wakil Allah utk memastikan alam ini diselenggara dan dijaga sebaiknya. Yang zalim mesti kita perbetul. Itu wajib. Kita tak wajib seru DAP masuk islam, tp kita wajib seru DAP, UMNO, Perkasa untuk jadi baik, jujur, amanah dan telus. 

Perogol dan pembunuh kanak-kanak adalah musuh dunia. Dua suspek yg ditangkap melalui pengecaman saksi dan cctv seorang dah mengaku, katanya satu sumber. Shuhada atau mesra dipggl Cinang tinggal di town house. Tingkat bawah lot kedai jadi budak budak main m ain di situ mmg ramai. Dua setan tu datang umpan makanan, bawa pergi makan ke tempt sunyi dan merogol arwah. Arwah pasti meronta dan mahu menjerit lalu mulut ditekup. Dirogol, sesak nafas, dan meninggal. Mak sedara aku dan kakak kakak Cinang gembira bila diberitahu polis cinang dah dijumpai tanpa mereka ketahui yg dijumpai bukan Cinang tp jasad Cinang. Cinang dah balik. Jumpa abah. Cinang tinggalkan semua balik jumpa abah jumpa atuk jumpa pak ngah, jumpa tok nyet Bunga, tok mek... Ramai juga di sebelah sana kalau mahu bilang boleh lajak ke subuh ni. so, harap Cinang tak sunyi.

Aku tak kenal Cinang. Last time jumpa dia masih kecil, baby. Dayah, kakak sulung dia pula rapat juga dgn kami. Kecik kecik dulu aku pernah ajar dia mengaji. Skang dah besar tak tau lah dia kenal tak lagi mad arid lussukun yg kejap ada kejap takde tu. Semenjak makcik aku kahwin lain dan berpindah, jarwng dapat jumpa mereka kecuali di hari raya kebelakangan ni. Sampailah aku dikejutkan dengan whatssap dari abang aku mengatakan makcik masuk tv. Aku jenis tak tonton buletin utama terus cari dr sumber lain.

Yang pergi relakan dia. Bersangka baik dengan alam sana, mereka sedang menikmati sistem kehidupan yg hakikat (akhiratlah sebenar benar kehidupan andai kamu tahu) yg jauh lebih baik, jauh lebih bahagia di sisi Allah. Dunia ni main main je walaupun akal remaja lelaki di malaysia tak nampak apa yg lebih menarik dari layan game City dgn member di kedai mamak. Gila utk mereka bygkan hidup selama lamanya tanpa kewujudan EPL sbb player kapir semua sedang kena bakar. Lol. Tp kena percaya di sana ada hidup yg lebih awesome, lebih power dari siang malam yg kita ada skang. Lebih power dr logik dan rasa stim. Dan ia bukan seperti yg akal kita gambarkan.

Semoga arwah baik baik kala ini. Rest in peace.


Wednesday, May 8, 2013

Rasis

Walaupun 5.6 juta rakyat malaysia undi pakatan rakyat berbanding BN 5.2 juta, tetapi BN dapat 133 kerusi berbanding PR 89. Ini nama dia gerymandering atau apa eja dia aku lupa, iaitu eksploitasi SPR untuk buat persempadanan yg tak balance dr segi bilangan pengundi.

Banyak nak sebut pasal pru tempoh hari tp dah suam suam kuku dan dah byk ulasan di alam maya ni ketika aku susah nak update blog sbb takde laptop kat rumah. Ni aku taip pakai ipad susah habaq hang. So minta diberi muka utk baca dan fahamkan... Aku nak sebut di sini fasal rasis dan agama.

Seperti yg kita semua maklum DAP dapat 4 flat di Perak Negeri sembilan Penang dan Selangor. Semua kerusi menang. Johor depa miss satu. Masih ada orang PAS yg nampak takut sbb DAP  tu cina bila cina byk menang dia takut Malaysia dapat kat cina. Padahal kalau DAP kalah yg menang pun cina atau india juga, kecuali gelang patah. Cina pandai dan bersemangat nak jatuhkan kerajaan yg tak efisyen tp orang melayu masih takut2. DAP perlukan PKR dan PAS untuk ke putrajaya. Tetapi PAS dan PKR pula tak cemerlang sbb pengundi Melayu masih kabur pening dan kekeliruan. Jika PR mampu ke putrajaya ianya atas kekuatan PAS dan PKR. Sepower mana pun score DAP tak tumbang BN sebab calon depa tak cukup. As long as melayu rakyat majoriti di Malaysia, selagi tu kuasa politik akan berada di tangan orang melayu islam. Cuma kita tak tahu apakah yb melayu islam itu sebaik sesetengah YB DAP atau tamak haloba macam Yahudi.

Sebelum DAP muncul jd kuasa politik baru, kerusi yg mereka rampas ni dulunya BN yg bukan diwakili UMNO tetapi MCA MIC dan gerakan. You see, this is not about race tapi prinsip betul salah. DAP lawan MCA atas dasar ideologi, siapa yg lebih transparen, jujur dan telus. Lim Kit Siang lawan Ghani bukan battle Islam lawan non-Islam tp atas dasar awak tu adil, telus atau korup. Sama juga kes PAS lawan UMNO. Jangan duk perasan bila awak melayu awak islam maka awak automatik telus adil dan jujur. Jangan jadi poyo.

Islam tak islam kita bukan pada nama dan ic tapi pada akhlak. Pada soul iaitu ruhani. Di akhirat kelak bila Allah tanya agama kita apa takkan jalan kalau buat keluar IC boh. Allah tak tengok IC, nama, atau paras tapi hati. Manusia yg baik tidak semestinya islam dan orang yg ic dia tertera agama islam tak semestinya baik. Kalau calon DAP itu jujur amanah dan tidak rasis aku akan pangkah dia walau lawan dia PAS andai aku tahu calon PAS itu yg tidak berhemah, kasar, dan suka maki hamun orang.

Nilai islam perlu kita miliki dengan jiwa bukan dgn ic bukan dengan parti.

Orang melayu jangan jadi angkuh mcm yahudi. Orang islam tak diajar jd mcm bani Israel. Islam mengajar kita untuk nilai org berdasarkan taqwa dia, akhlak dia dan kebaikan dia. Ramai kita masih rasa diri mulia sbb islam. Pahadal islam auto, islam nama. Kita kena sedar Allah suruh kita jd khalifah di bumi iaitu makmurkan bumi, lead manusia untuk bentuk masyarakat yg baik sosialnya. Tp yg leading dalam hal ni sekarang siapa? Yg sedang explore sumber tenaga baru siapa? Yang pegang teknologi siapa? Yang pegang kuasa dunia siapa? Yang suka merusuh bom orang awam sna sini itu pula siapa? Yg rendah daya sivik itu siapa?

Tak ada rasa malu ke?

Ini bukan soal agama tetapi diri sendiri. Mentaliti dan pemikiran yg tak bebas dan sempit. Sesebuah agama kuat bukan kerana ia benar tetapi bergantung kepada siapa yg sedang memegangnya. Ajaran wahyu yg rosak 1400 tahun dulu kembali bersinar kerana keperibadian Rasulullah. Keampuhan karakter dan personaliti Rasulullah yg kembalikan syiar Islam. ahli kitab masa tu byk tp takut, kolot dan tak berani utk tampilkan ijtihad lebih moden. Kristian yg dikalahkan Islam kembali bangkit apabila mereka kembali menguasai ilmu pengetahuan yg sbl itu dipelopori Muslim. Kuatnya agama apabila bijaksana manusia yg mendukungnya. 

agama tak boleh berjalan sendiri. agama adalah alat, methodology, atau guideline. Untuk menggunakan prinsip-prinsip agama kita mesti betul pada common sense dan logikal agar bacaan kita tepat. quran yg betul tiada guna kalau pembacanya bodoh. Untuk tafsirkan petunjuk Quran kita mesti keluar menyiasat alam semesta yg Tuhan jadikan agar kita faham cara kerja yg Allah tetapkan pada ciptaan Dia. agar kita dapat padankan perkataan Pencipta akan ciptaanNya. Manusia yg ingin maju dunia (material) dan akhirat (ruhani) adalah mereka yang berilmu - segala jenis ilmu. Ada hadis yg sebut ni, kan.

Jika pengikut agama itu kolot, agamanya akan muncul kolot. Ajaran agama memberi ruang untuk kretiviti tp diri sendiri yg memilih untuk jd takut dan taksub utk kekal kolot. Terlalu takutkan neraka sampai lupa untuk berijtihad mengejar syurga kerana takut menyalahi ulama terdahulu, kerana rasa diri terlalu hina dan bodoh utk berhemah dlm agama. tolong jgn hina kapasiti manusiawi yg Allah bagi. Sebelum mahu muncul pendakwah agama, cuba lah jd manusia rasional, bijak, bebas dan pandai terlebih dahulu. Rasulullah sebelum mengajar umat arab bersolat dan bersyariah, nabi ajar dulu mereka untuk berfikir ikut hukum logik, nabi ajak mereka utk sandarkan tindakan pada reasoning... Mengapa sembah batu apa batu itu biasa buat itu ini? Tidakkah tengok langit itu mcm mana? Takkan Tuhan yg jadikan ini semua sebegitu kaku? Rasulullah cerita kejadian alam dan hukum2 sains yg mesti dijadikan benchmark atas setiap tindakan.

Qul huallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid wa lam yulad. Walam yakun lahu kufuan ahad.

Katakanlah Tuhan yang disembah manusia itu satu sahaja dan sepatutnya memang satu sahaja iaitu tuhan yg sama. Itulah tuhan yg maha perkasa yang tidak mengalami proses kelahiran alamiah, kerana Dia berada di luar ruang-masa penciptaan bahkan Dialah pencipta. Justeru Dia sedikit pun tidak sama dengan apa sesuatu yg kamu tahu diciptakan.

Suatu hari semasa minum kopi dengan seorang kawan cina india dan melayu saya bertanya kenapa tak aminkan doa. Dia ckp you doa sama tuhan you bukan tuhan i.

Saya tanya mengapa ada banyak tuhan?

Kawan melayu yg tahu jalur pemikiran aku dah mula gelisah.

Saya tanya lagi, jadi katakan tuhan A jadikan saya dan tuhan B jadikan orang India dan tuhan C jadikan kaum cina? Mana ada, takkan kau tak percaya teori evolusi dan big bang? 

Saya sambung, tuhan kita sama sajalah. Singular. The One.

Kawan melayu hampir tersembuq air kopi bila aku cakap tuhan dia dan tuhan Chan dan Ramu bukan nama sebenar adalah sama. Mana boleh Allah sama dengan tokong. Dia tak paham konsep tokong tu apa. Biar dulu dia.

Faktanya, Tuhan kepada semua manusia adalah tuhan sama. itu fakta. Tanya lah sapa pun tokca ka org asli ka jackie chan ka, dunia bumi bulat matahri semua ini siapa buat? Mereka akan cakap Tuhan lah buat. 

Yg membezakan kita adalah persepsi. Hakikatnya, Tuhan kita semua adalah Tuhan yg sama. Tuhan DAP, UMNO, dan PAS adalah Tuhan sama. Semua agama ajar benda sama, buat baik, hormat orang, bersih, jaga hak, dan kena jadi bijak. Mengapa kita tidak boleh bersatu atas common ground ini? Ego. Takabbur. Sombong. Rasa diri mulia. Berapa helai quran cerita fasal kesombongan Yahudi tp kita masih duk mahu jadi macam yahudi. 

Allah adalah nama umum bukan khas. 99 nama baik baik boleh kita seru Tuhan dalam doa. Ia sekadar rujukan, sebutan, panggilan. Siapa pun nak guna gunalah. Jangan jadikan nama itu seperti berhala yg dijadikan suci pd sifat wujud hurufnya, bukan sifat dan zatNya yg ada di atas sana. 

Islam mengiktiraf agama lain. Bagi kamu ugama kamu, bagi aku ugama aku, tak ada masalah. Yang Islam tentang ialah kejahilan, kezaliman, dan segala bentuk kejahatan. Ini common sense. Selagi penganut agama lain tidak langgar common ground ini, muslim tak ada masalah untuk berkawan, bermuamalat dan sbgnya.  

Kita berpolitik, berlawan, berbahas bukan kerana mahu menegakkan bangsa, agama atau suku. Kita mahu menegakkan keadilan. Baik DAP, PAS, PKR, atau BN, pokok rujukan kita adalah keadilan. Kebenaran retorik pada praktikal ground, atau teori yang menjadi. itu neraca asas utk semua. Kalau teori kau ckp dahulukan rakyat tp dokumen rasmi menunjukkan kau cekup portion kau dulu lebihan sen-sen bg kat rakyat, itu nama dia penipu. 

Agama jd benar kalau ia kena pada praktikal ground. Sebenar mana pun agama takkan menjadi kalau pembawanya penipu. Rasulullah buktikan Islam itu benar apabila ia berjaya bawa manusia kembali menjadi manusia dan berkembang kebahagiaan di serata dunia. Itu kesan retorik quran dan hadis kena pada praktikal ground. Itu bukti Islam. Itu hukum Tuhan. 

Semua bangsa mempunyai hak untuk dihormati dan dimuliakan pada kerakter mereka yg baik sebagaiman orang Islam meminta hak utk dihormati. Jika orang islam nafikan hak ini, orang islam itu terlebih dahulu masuk neraka. Sudah diberi quran pun masih buta, masih jahil mengalahkan DAP yg tak baca quran. 

Bila nanti penyokong DAP ditanya kelak di padang mahsyar kenapa tak masuk Islam? Depa akan cakap macam mana saya nak masuk Islam bila orang Islam itu sendiri perangai jahat rogol orang, rasuah, bodoh dan rendah moral? Orang Europe dan US pun pakat pakat angguk.

Kita jugak yg kena. Sebelum nak caci org sebab mereka lain agama dan bangsa, tolong cermin diri dan muhasabhlah.





Thursday, April 25, 2013

It is not what you vote matters, but why.

Edisi jangan jadi macai ni aku sebenarnya nak cuba ulas hujah-hujah PR dan BN, berdasarkan apa yang aku faham, contohnya isu tol dan IPP.

Awal-awal lagi aku nasihat, tiada menjadi salah memilih BN atau PR. Tidaklah ada formula mengatakan jika undi PR betul maka yang pangkah BN automatik jadi salah. Tidak. Ini bukan kertas peperiksaan kalau jawapan A, maka B, C dan D jadi salah. Politik demokrasi adalah bersifat subjektif.

Setiap orang unik, berbeza dan perbezaan ini yang buat hidup ini warna-warni. Pergi ke Jepun makan sushi, ke Saudi makan kebab kambing, ke Itali makan pizza. Itu rahmat. Kalau semua tempat muka Arab, walaupun cantik tapi sepesen je cantiknya, dunia jadi tak sedap. Allah ciptakan perbezaan ini maka tak salah jika kita berbeza.

Yang menjadi salah adalah apabila kita melawan naluri, melawan conscience.

Tuan puan, dalam dada ada hati. Dan hati ni, seperti selalu aku sebut dia ada bateri sendiri. Dia ada neraca yang membolehkan kita sebenarnya tahu benda kita buat tu betul ke salah. Hati melawan atau mengangguk... based on spiritual value. Originated dari atas sana. Hati tak bias even dgn tuan dia sendiri. Perbuatan kita salah apabila kita menyalahi hati. Menyalahi kejujuran. Menyalahi nurani. Dosa itu, pastinya, yang terdetik dalam hati tanda bangkangan tapi kita buat jugak.

Sesungguhnya, salah betul pangkahan kita bukan pada parti, tapi pada hati - niat.

Cuba tanya si kaki projek, kontraktor kelas D. Sebagai contoh lah. Dia ada hubungan baik dengan orang besar JKR, dan baik juga dengan YB tempatan. Dia undi UMNO sebab dia nak projek. Dia tahu kalau nak projek kerajaan masuk bidding terus first rank, dia kena baik dengan YB. Kalau YB berkempen pilihanraya pula, kena hulur. Kalau tak hulur, bungkus. Dia bermain dalam bidang itu, maka dia tahu birokrasi wakil rakyat UMNO suka makan bawah tetapi dia tetap pangkah UMNO agar YB UMNO terus menang dan dia terus dapat projek. Nampak?

Pada masa sama, Ust Fathul Bari bukan setakat undi UMNO tapi dia sendiri calon UMNO. Ustaz Asri tak bantah pun, bahkan cakap bagus lagi ada. Sebab niat al fadhil ustaz dia nak berjuang dari dalam. Dia tahu dalam UMNO ada silap sebab UMNO itu himpunan manusia yang kadang lalai, jadi dia nak bina pengaruh dalam UMNO dan dengan pengaruh itu dia berharap dia boleh ubah UMNO ikut visi yang dia percaya.

Jadi nampak walaupun dua-dua pangkah UMNO, satu ada niat betul, satu lagi ada niat salah.

Dalam pos awal, sebelum aku terlibat dalam perang mulut dengan anonymous dari kereta mayat, itulah tujuan sebenar aku tulis bab politik. Bukan nak menyebelahi sesiapa. Walaupun aku pro PR, ia bukan 100%. 100% itu macai nama dia. Sorang kepala biru dan sorang lagi kepala hijau. Dalam diri kita yang berideologi, yang cerdik kita sebut kecenderungan untuk bersetuju. Dalam diri aku sendiri, aku rasa dalam 70% persetujuan aku dengan PR lagi 30% ada dengan BN. Aku mungkin salah. Yang penting aku cuba bersikap sejujur yg boleh. Maka apabila aku keluar berkempen aku perlu zahirkan majoriti dalam diri aku. Tonjolkan mana yang baik dgn PR, yang salah bincang dalam kelambu. Dan pastinya, kecenderungan ni bila-bila masa boleh berubah.

Oleh sebab itu, setiap organisasi perlukan ahli yang berideologi. Ahli yang cerdik. Ahli yang mempunyai pandangan dan visi yang unik dan tajam. Kita taknak pak angguk. Jika semua ahli parti pak angguk, dia akan angguk semua benda yang presiden cakap dan organisasi itu bukan lagi fungsi sinergi ahli-ahli, tetapi 100% fungsi presiden. Jika semua angguk Najib, maka Najib adalah BN, dan BN adalah Najib.

Dasar mana-mana parti politik adalah teori, dan semua tahu teori tak ada guna kalau gerak kerja salah dan hasil berbeza. Justeru, walaupun kita subscribe jadi ahli parti kerana dasar parti, tetapi kena bangkang kalau perlaksanaan tak betul. Ini gunanya ilmu.

Begitu juga masa nak pangkah PR atau BN, kita mesti jujur. Jujur dengan ilmu. Berbuat benda dengan jujur tak semestinya perbuatan itu jadi betul sebab ilmu kita terhad. Kita takkan tahu semua benda sampai mati pun. Belajar itu proses sepanjang waktu. Maka setiap kali berhenti untuk buat keputusan dengan ilmu yang ciput, yang kita ada seratus peratus hanyalah kejujuran. Mental state kita berubah, ilmu kita turun naik, iman turun naik, emosi apatah lagi, tapi kejujuran dalam hati tak akan hilang. Tinggal kita nak ikut atau tak saja.

Jujur mengundi adalah kita mengundi untuk kebaikan semua. Rasulullah ada sebut dalam hadis masyhur bahawa manusia beriman adalah manusia yang sayang saudara dia lebih daripada diri sendiri. Maka tatkala tiba time mengundi, kita mengundi bukan untuk kebaikan diri sendiri dapat projek, tapi untuk kebaikan semua. Itu iman kita, itu moral asas (fitrah) semua manusia. Kita nak make sure kerajaan yang terbentuk adalah kerajaan yang lebih baik untuk semua tak kira rakyat Pahang ke Kelantan. Maka selepas mendengar dan menganalisa kedua-dua belah manifesto, berdasarkan apa yang kita faham, sejujurnya kita akui parti A lebih berpotensi untuk jadi kerajaan lebih baik berbanding parti B. Itu letak nilai undi kita.

Jika kita pangkah PR untuk jadi JKK, untuk cerahkan peluang untuk jadi imam bawah penggawa PAS, atau sebab nak dapat tanah, atau sebab disogok. Itu jawab la kat sana sebab kat dunia boleh tipu macam-macam tapi kat sana maaf lah Allah tahu kita sampai ke dasar hati.

Aku perasan satu benda apabila berbahas dengan anon-anon tempoh hari. Iaitu fakta, statement, dan tarikh sah dia.

Kita semua manusia. PAS didukung manusia. UMNO didukung manusia. Tiada yang maksum. Dan kalau pun kita bercakap berkenaan fakta, kena tengok tarikh fakta tu bila. Kalau nak nyanyikan lagu sama sepanjang zaman, tak betul. Manusia berubah, samada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Dahulu dia dengan UMNO, cakap lain. Sekarang dengan PAS cakap lain. Memang betul lah macam tu sebab dalam proses berubah itu dia belajar sesuatu dan dia cakap apa yang dia tahu.

Dulu bila Selangor bagi air percuma 20m3, macam-macam feedback kita dapat dari pihak BN. Membazirlah, bangkrap lah, tak praktikal lah. Tapi sekarang, tengok BN pun nak bagi air percuma kalau dapat tawan Selangor. Lalu puak PR pun kutuk dulu lain sekarang lain. Aku pun pelik. BN dah berubah tu, okey dah tu, tepuk la tangan. Yang dahulu dia cakap tak praktikal ikut kiraan dia masa tu, bila dia tengok DS Khalid buat okey saja, so diorang pun kira balik masa nak buat manifesto. Sekali kira tengok, eh, boleh sebenarnya. So, manusia berubah dan pastinya kalau perubahan dia positif kita kena sokong jangan cerca. Kita move ke next item, tengok PR nak public list kan share Syabas untuk rakyat beli agar asset dan profit air dapat kat rakyat. Then, kita judge betul ke, okey ke. Parti politik mana ada visi as a leader, atau parti mana yang tunggu orang buat dulu baru nak kira.

Dulu Mat Sabu kutuk Anwar, sekarang mereka satu team dan berbaik-baik. Apa salah ke? Apasal nak dendangkan statement sepuluh tahun dulu, tak habis-habis? Terpekik-pekik sampai sumpah seranahkan orang. Masya Allah, jangan jadi jakun. Terimalah perubahan. UMNO berubah, PKR berubah, PAS berubah, DAP berubah. Yang penting adalah kita nilai perubahan mereka itu ke arah kebaikan ke keburukan.

Tak payah nak ungkit kisah lama sebab ia tak bermanfaat pun. Yang penting di depan bagaimana. Dan pastinya, seperti yang aku sebut sebelum ini walaupun manifesto bersifat materialistik, aku tak nak menilai semua tu. Aku nak tengok perubahan sikap organisasi kerajaan. Itu saja. You know, RTM, SPR, SPRM, KTMB, GLC dan semua.

Kerajaan yang transparen dan efisyen akan ubah Malaysia menjadi tempat lebih baik, lebih maju. InsyaAllah. Kalau tak menjadi, ubah balik. Apa susah? Percayalah, PR kalau menang pun slim majoriti. Susah depa nak gilir-gilir tukar perlembagaan. Apa takut?



Wednesday, April 24, 2013

Papagomo kaki penipu - bukti

Blog papagomo dah semakin merepek, aku tengok. Kita kalau nak memperbandingkan dua parti, biarlah dari sudut akademik dan idealogi. Pangkahlah nak pangkah parti apa, yang penting proses tu dilakukan dengan usaha, research, fakta dan conclusion yang terbaik bukan main dengar orang.

Kali ni aku tangkap papagomo menipu, lihat dua screen shot kat bawah. (klik lah untuk besarkan)

Ini apa yang ditulis papagomo:


Ini pula apa yang diberitahu sendiri oleh ketua polis Kelantan di Mstar:


Korang nilailah sendiri bagaimana teruknya value entry blog papagomo, dan korang fikirlah entry-entry lain dia nak percaya ke tidak. Apa yang ditulis papagomo dan apa yang dilaporkan berita langsung tak sama. Undi kita biar ada integriti kerana pengundi yang bodoh akan menaikkan pemimpin jahat. Rakyat semakin cerdik, hopefully, kita nak tengok barisan pimpinan baru yang lebih efisyen.

So, vote for Malaysia, vote for a change!

Tuesday, April 23, 2013

1MDB pindah RM7 bilion ke sebuah bank di Pulau Cayman

'Offshore banks' yang terdapat di Switzerland, Panama, Aguilla, dan Cayman Islands adalah sejenis bank yang menerima deposit tanpa membuat saringan dari punca mana duit itu diperolehi. Bank-bank ini akan melindungi identiti wang anda tanpa prejudis, seolah-olah wang itu tidak wujud.


Hal pertama lama dahulu yang menimbulkan curiosity adalah pembelian sektor tenaga Genting Power oleh 1MDB, dengan harga RM2.68 bilion, highly exaggerated value for a dying power plant. Now what? 

Petikan laporan dari PKR:

1MDB pindah RM7 bilion wang rakyat ke akaun sulit

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi PKR



p/s: Apart from manifesto, for national reform, this is the issue that we need to look at. Something that effect the whole country's economy.

Wednesday, April 17, 2013

Video seks Mustapha Ali - pendapat.

Pandangan aku semenjak dulu, common. Baik pelakonnya Soi Lek, budak Kedah, Anwar Ibrahim atau Mustapha Ali, dosa mengaibkan orang lebih teruk daripada dosa berzina dan lebih teruk kalau diri sendiri sebenarnya memiliki aib yang sama.

Ramai member tanya aku fasal video lucah ni, tulen ke, betul ke? Diorang tahu aku pro PAS, jadi mungkin nak provoke atau ikhlas nak tahu. Aku percaya 8 orang follower aku mesti tertunggu-tunggu untuk aku ulas perkara ni. Jadi ini dia.

Selepas menyelongkar blog-blog pro UMNO dan hantar tweet ke seorang sahabat berbunyi, "mana video nya, tak jumpa cari". Dia lalu bagi link video penuh. Sejujurnya, minta maaf encik Mustapha Ali, video ni power. Piksel padat dan bit-bit suara kedengaran genuine. Mungkin tulen, dan kalaupun video ini dibikin... kos pembikinannya pasti melepasi angka juta, mungkin melebihi kos filem Cicak man 2 Planet Hitam.

Seseorang ada quote butir kata Tun Mahathir, "if they can make Avatar, then can also make 9/11..."

Kadang-kadang kita tak terfikir bahawa dunia ini sebenarnya gila. Something yang kita langsung tak terjangka. Surprise gila babi macam magik David Copperfield yang mati-mati kau ingat dia pakai jin ekceli dia pakai asid, tali, wheel dan skrin pantul cahaya saja. Macam siri Magic's Biggest Secret Finally Revealed yang kadang-kadang awesome, kadang-kadang expected.

Kita anggap video sebegini perfect tak mungkin ia dibikin. Mustahil. You know, ini pattern pemikiran majoriti yang boleh dieksploitasi tambah-tambah lagi memang sebenarnya pihak pengkhianat mempunyai dana yang mencukupi. Apatah lagi dalam keadaan terdesak. Rakaman-rakaman 'biasa' pelakon yang disimpan boleh saja di super impose menggunakan CGI. Dengan modal RM50k, you can merge 2 videos together. Say, video seekor singa dan satu lagi video seekor buaya, dua video berasingan yang boleh dicantum jadi satu seolah-olah buaya dan singa sedang berinteraksi antara satu sama lain. Satu-satu benda fishy yang aku nampak dalam video ni, tiada scene menampakkan wajah Mustapha Ali dan perempuan tu dalam satu frame di mana kedua-dua muka mereka nampak dengan jelas. Kalau ada pun, selepas tutup lampu di mana ketika itu kita nampak piksel turun mendadak dan wajah jadi kabur sebelum dihadang buntut. You know, they can be two different people in two different scenes, but unfortunately in the same room and in the same running CCTV. You can cut and merge them, and sex scene yang berwajah kabur tu, you can make it afterward by setting the same backdrop. Voice can be made, don't be surprise.

I know, for most of you, this sounds ridiculous. But I tell you, in politics, they read us a few steps ahead. They know people will believe the video, and nobody will ever find any sense if the filming cost shoot up to millions. You know how much NGO fork out their money to UMNO? Millions...

Now... aku macai PR, kan? Well, itu aku punya CSI sendiri dan berbanding dengan kemungkinan kedua (video itu tulen), 10% saja aku reserve untuk teori pertama.

Of course, kemungkinan lain yang paling seronok didengari macai UMNO adalah video ini original. Cuma kalau ori pun, mungkin mereka dah kahwin, mut'ah ke. Atau, mungkin mereka di bawah pengaruh hipmosis. Ambik la bahan free aku bagi untuk kutuk aku.

Cuma satu sajalah.

Percaya tak percaya itu, simpan dalam hati demi nak jaga aib seorang manusia. Nak komen dengan konklusi   pun amat berbahaya kalau tak dengar sendiri daripada tuan punya badan. Allah akan menutup aib kita di akhirat andai kita kembali kepada Nya. Ini amat jelas. Di samping balasan syurga, bidadari, dan nikmat singgahsana dari lukluk, turut disertai pakej balasan penerima amal tangan kanan di akhirat nanti adalah satu guarantee daripada Allah yang maha tahu, bahawa aib kita akan disembunyikan. Ini satu hadiah tak ternilai bagi seorang yang bertaubat. Selamanya dosa-dosa kita jadi rahsia antara kita dan Allah. Maknanya, menutup aib ini satu perkara yang cukup penting sehingga dijanjikan di akhirat secara eksklusif.

Jadi, kalau Allah memberi janji eksklusif untuk menutup aib hambanya di akhirat kelak, cuba fikir, sebesar mana dosa kita jika kita MEMBUKA aib itu kepada public. Cuba fikir.

Allah... apa yang dikejar? Pengaruh? Wang? Rasa bangga?

Kadang aku termenung, Allah kenapa lah mesti ada neraka. Dan Brown jadi atheist sebab dia pelik bagaimana manusia boleh percaya wujudnya tempat seteruk neraka. Cool man, katanya. Everybody got reasons for all their actions, and sometimes, moreover, the reason is not within his control. Tak boleh ke rotan je, tarik sideburn ke. Ya lah, manusia ni makhluk lupa. Yang lahir-lahir terkebil-kebil apa pun tak tahu. Yang kadang jahil bukan atas pilihan dia sendiri tapi conditioning dari zaman kecil, suasana, dan sebagainya. Apatah lagi nak jaga nafsu bukan main susah. Jadi. Apa teruk sangat sampai nak kena dimasukkan ke dalam neraka abadan abada?

Fikir-fikir balik, mmm... memang nampak keterlaluan, tapi sebenarnya memang ada manusia yang memang layak masuk neraka...

Monday, April 15, 2013

Kereta Mayat seorang macai UMNO?

Entry ni dicetus oleh perang politik dengan blog kereta mayat sebentar tadi, termasuk pengomen blog tersohor tu yang aku percaya dia adalah follower tegar kereta mayat merangkap macai UMNO. Time-time pilihanraya dia mainkan kembali fatwa kaum kera dia. Aku pernah dahulu baca pasal fatwa kaum kera tapi aku diamkan saja. Walau bagaimanapun, bila tiba musim nak pilihanraya ni dia punya serangan emosi tu rasa lain macam.

Kereta mayat pula sejenis manusia yang tak sokong demokrasi. Demokrasi itu haram, katanya. Orang macam ni kalau aku bacakan hujah Yusuf Qardawi pun dia takkan dengar, sebab dia tak suka fikir benda besar tetapi lebih suka praktis ortodoks yang lebih senang untuk dia faham. Ini fikiran rigid dan jumud yang stuck dalam fikiran orang Islam yang takut dan tak tahu akan fleksibiliti dalam Islam sebab fleksibiliti memerlukan ilmu dan risiko. Dia takut risiko, ilmu pula tak ada. Lalu dia hentam gerak kerja PAS dalam pilihanraya, hentam Tuan Guru Nik Aziz macam dia kenal benar dengan MB Kelantan tu. Bahkan, macam biasa melabelkan petikan ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai 'Fatwa Kaum Kera', tuduhan sesat, kafir-mengkafir dan teks-teks biasa kita lihat dalam blog macai UMNO. Apakah kereta mayat sebenarnya sama taraf pemikirannya dengan macai-macai UMNO? Itu yang aku kecewa sebab aku sebenarnya seorang peminat blog kereta mayat.




Of course aku bias. Aku cenderung ke arah PR dan berkempen untuk PR. Tapi semua itu aku lakukan dengan hujah dan idea, bukan taklid buta. Jika orang UMNO melenting Najib dikutuk, kau kutuk TGNA akan buat aku rasa benda sama. Yang membezakan adalah hujah. Itu lumrah perbezaan pendapat, dan emosi ini bagus sebenarnya sebab ia akan jadi fuel untuk gerakkan minda dan tenaga untuk cari kebenaran. Orang bodoh saja yang menukar emosi ke dalam bentuk keganasan.

Dari seawal sekolah aku follow ceramah Tuk Guru setiap Jumaat. Selain didikan bapak aku, ceramah TGNA yang memperkenalkan aku kepada dunia. Sampai aku belajar di USM dalam bidang engineering di mana aku mula explore pemikiran luar, pemikiran logik dan saintifik, lalu mempunyai sedikit khilaf dengan beberapa projek di Kelantan, dengan keterbukaan politik PAS, tapi still perbezaan pendapat sebegini tak jadi kudis kalau masing-masing profesional.

Honestly, kereta mayat, kalau kau menuduh hanya berdasarkan berita TV3, Utusan atau sumber yang tidak lengkap, aku takut kau tak cukup kuat untuk berdiri di padang mahsyar nanti. Di padang Mahsyar nanti, Allah akan kira setiap reasoning kepada amalan kau sampai ke pangkal hati, dan jika kau menuduh TGNA membuat fatwa kaum kera tanpa kau mendengar keseluruhan ucapan ceramahnya, kau sedang membuat satu bidding yang sangat dahsyat.

Orang yang faham agama, walaupun tidak bersetuju dengan penyertaan PAS ke dalam permainan demokrasi, perlu menunjukkan sokongan kepada jemaah yang berusaha berpolitik. Walaupun kau tak mahu berpolitik secara demokrasi sebab bagi kau benda ni haram, benda paling kurang yang kau boleh buat adalah diam. Jangan bodohkan diri kau dengan hujah macai UMNO, yang rata-rata tahu macai UMNO berhujah dengan benda-benda pendek akal dan lucah.

Kalau baca Al-Quran, ayat-ayatnya disertai emosi. Boleh dirasai pada ayatnya apabila ia dibacakan Jibrail ketika perang, atau ketika mula-mula dakwah, atau ketika aman. Ini ruh Al-Quran yang menjadikannya satu mukjizat yang menyelusup ke dalam hati. Al-Quran mempunyai ayat berulang-ulang yang disengajakan, yang bagi sesetengah orang non-muslim, perkara ini agak menjengkelkan. Itu sebabnya jika ada sahabat dari agama lain mahu mengenali Quran, suruh dia baca ayat-ayat awal dulu. Ayat makkiah, yang berkisar tentang logik dan tauhid. Ayat makkiah juga jarang diulang-ulang, dan perbahasannya cenderung ke arah percubaan untuk merge logik dan tauhid ke dalam kepala bana Arab Jahiliyyah yang kaki tahyul. Itu ayat makkiah. Dan seterusnya, terdapat juga ayat-ayat kesat apabila nabi berhadapan dengan infidel yang menentang dengan senjata, juga apabila berbahas dengan manusia keras kepala seperti Abu Lahab. Ada ayat untuk Abu Lahab, dan dia dipanggil dengan kesat, 'celaka', dan diisytihar masuk neraka ketika dia masih hidup.

Bayangkan ketika Abu Lahab sedang pekena kopi press, datang hamba sahayanya mengadap memberitahu, "Bos, Muhammad keluar fatwa kau ahli neraka." Abu Lahab bukan tak ada agama. Dia ada agama, tetapi sesat. Dia tahu apa itu syurga, apa itu neraka. Apa perasaan dia apabila musuh politiknya, Muhammad, hukumkan dia masuk neraka? Orang atas pagar macam kereta mayat ketika itu, disokong oleh followernya yang berpegang kepada kitab Injil ortodoks yang sudah rosak dan obsolete, pasti akan terkilan dengan Rasulullah sebab suka-suka hukum orang masuk neraka.

Kenapa ayat itu terlalu lantang dan radikal memasukkan Abu Lahab direct ke dalam neraka? Apakah selepas itu, kalau lah Abu Lahab bertobat, apakah tobatnya tidak diterima sebab sudah ada surah yang mendedikasikannya ke dalam neraka? Apakah pintu taubat itu sentiasa terbuka selagi manusia tidak mati... kecuali untuk Abu Lahab?

Mengapa TGNA, dengan kapasitinya sebagai seorang menteri besar Kelantan, menghukum penyokong UMNO sesat?

Jika Abu Lahab boleh dilabel ahli neraka sebab perbuatannya, begitu juga, jika kita mempunyai dokumen bukti yang genuine dan sohih bahawa seorang pemimpin UMNO menerima rasuah takkan tak boleh kita nak buat kesimpulan bahawa dengan perbuatannya itu dia akan masuk neraka? TGNA sebelum berbuat begitu, dia detailkan dulu kes-kes yang melibatkan penyokong UMNO, bagaimana hukumnya dan 'jika' seorang ahli UMNO beriman bahawa agama suku, politik suku, maka dia sesat. Ini satu statement biasa yang diputar belit oleh media BN dan anehnya blogger lejen kereta mayat boleh percaya. Dia ni percaya dengan Utusan dan TV3 rupanya.

Ia statement biasa saja. Kau terjun dari tingkat enam, kau akan jatuh dan logiknya kau akan mati. Itu sifir dia. Tapi kalau tiba-tiba time tu ada lori sampah lalu dan kau terjatuh ke dalam lori sampah, itu lain cerita. Begitu juga dengan ahli UMNO tadi kalau dia bertaubat dan sedar politik suku agama suku ni dah dimainkan dahulu oleh puak-puak Kristian yang mahu memecahkan monopoli gereja dalam pentadbiran menyebabkan Rom mundur ketinggalan, dan Islam bukan seperti itu dan Ahli UMNO ini lalu bertaubat dan melihat UMNO dari sudut lain pula tanpa keluar UMNO. Ketika itu cerita jadi lain lah.

Begitu juga dengan statement sembahyang orang UMNO tak dapat pahala. Dengar dulu keseluruhan ucapan ceramah TGNA. Aku sendiri dah dengar keseluruhannya dan kalaupun aku kata aku bersetuju, macai UMNO akan kata aku bias. Biasalah, nak buat macam mana lagi.

Tapi berdasarkan ilmu dah hujah, yang aku yakin, dan aku tak takut untuk dibawa ke padang Mahsyar, TGNA memberitahu benda betul mengikut point of view dia mengenai Islam. Bahkan, Tuk Guru sendiri beritahu selepas itu kalau ahli PAS sendiri sembahyang tapi kedekut hangit, solat ahli PAS itu turut tak dapat pahala. Kau sembahyang, tapi sebab riak, sia-sia saja sujud rukuk kau. Ini statement biasa cause and effect yang kita kena faham secara terbuka. Kalau kereta mayat tak boleh terima benda-benda macam ni, memang patut dia konsentretkan tenaga dan masa dia menulis buku-buku lawak laki bini, jangan dicampur urusan politik. Jangan campur satu benda yang kau tak faham dan jangan letakkan diri anda setaraf dengan pemikiran macai UMNO.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...