Writen by me

Khamis, 12 Jun 2014

Aku dan sistem 24:00 jam

Stupidity has a cost. 
 Dah lama aku bermasalah dengan sistem 24 jam ni sebenarnya. Aku ni jenis dominon otak kanan, yg suka zoom in segala benda dan kurang peka benda benda kecik dan subliminal, yang walaupun berbeza 2 sahaja, cukup untuk buat aku merembes air mata Sya'aban di depan kaunter MAS di Jeddah.

Aku kena start minum pati ayam brand mulai minggu hadapan. Bila aku baca tiket flight aku departure 20:55, arrival 11:00, aku baca macam budak tadika belum bersunat, okey flight aku pukul sepuluh lima ploh lima malam sampai pukul sebelas pagi.


Aku kemudian tengok tiket KUL-KB, departure time 14:30, ETA 15:30, aku pun balas text bini aku:

"InsyaAllah KB kul 5."



Besar kemaluan aku ni sebenarnya tapi aku publish kesengsaraan mental ini untuk jadi tatapan aku di masa depan dan jadi pengingat untuk confirmkan sesuatu yang sebegini penting jangan hanya tengok sekali, salah plak tu sebab sistem pembacaan 24jam aku fail, terus takde usaha untuk tengok balik, calculate balik dan double check. Aku sedari satu persatu kecacatan mental yang aku pickup di usia 33 tahun ini.

Wait... 2014 - 1981, okey betul usia aku dah 33. Kalau player bola 50-50 dah chance nak masuk first team world cup ni.

Apa yang perlu aku lakukan untuk kurangkan kesan kecacatan mental ini?
  • Dietary untuk neuron electrochemical booster: pati ayam brand, kismis, kurma dan solat bebaik. 
  • Sampai Malaysia aku akan beli jam digital, set ke 24 punya display system. Jam telefon aku dah start tukar display 24 jam dari semalam.
  • Untuk synchronize balik fizikal dan mental dan spiritual. pehhhhhhhhhhh, hehe. But really, bila mental, fizikal dan spiritual tak align, kita punya efficiency akan berkurang. I talked very less nowadays due to some error in making decisions, which I could not master surrounding I put myself into.
Selalunya, siapa yang tekel benda-benda kecik macam ni? Yap, bini aku. Personal assistant aku yang akan jaga kemaslahatan diri aku, especially yang dia tahu aku akan miss.

"Abang, spender dah masuk beg?"

"Abang, berus gigi?"

"Abang, PTPTN dah bayar?"

"Abang," sambil berkerut tengok tiket, "ni pukul 20:55 ni pukul lapan kan, bukan 10."

"Abang, cuba teka malam ni malam apa?"

 Sekarang faham tak kenapa aku tak sabar nak balik Malaysia sampai baca time pun salah?

p/s: aku rasa 11:00 tu kacau orientation aku.



Rabu, 4 Jun 2014

Kuficenter, seni kaligrafi Islam moden

Aku cerita aku ke Bahrain hari tu kan tapi aku cerita benda merepek yang takde faedah. Lupa nak cerita tentang Encik Rosli beli sekeping lukisan khat berharga hampir 4 ribu RM. Bukan ori, tapi limited copies. Dia beli jam RM350 je, tapi bab seni memang dia all out. Minat masing-masing.

Aku cakap kat dia, "Empat ribu?" mata terbeliak. "Dekat KB kalau 4 ribu boleh dapat lebih cantik lagi sebenarnya dan asli pulak tu."

"Oh ye ke?" Dia teruja. "Kat mana?"

Inilah aku nak cerita. 

Pokki terkejut bila Encik Rosli beritahu umur dia. Pokki kata nampak muda 10 tahun. Peh. Pokki baju putih, En Rosli baju hitam. Kalau Pokki mmg nampak 10 thn lebih tua haha.

Untuk sekeping lukisan tiga empat ribu tu takde benda. Lagi yang lukis main campak dan tenyeh pun dijual juta. Cumanya, untuk orang biasa nak gantung kat dinding rumah, atau bilik tidur atau kat ruang pejabat peribadi tu... setakat dua tiga ribu tu dah kira patut sangat. Aku nak cerita kat Encik Rosli hari tu kualiti lukisan khat yang dia beli di Bahrain tu sebenarnya ada di Malaysia dan harga dia lebih murah. Dia ada tanya hari tu kat mana, tak tahu la dia ingat lagi ke tak.


Aku minat khat ni. Dari Sulus sampai ke Kufi, aku suka. Aku tulis khat cantik juga tapi masuk bertanding kalah sampai sekarang aku tak puas hati hehe. Bila lihat kanvas-kanvas bertulisan khat tu, kita boleh tahu nilai dia pada stroke dia, baris-baris dia, composition dia, ratio saiz huruf-huruf dia. Di situ ada identiti, ada emosi, ada storyline dia yang kalau orang seni tenung lama-lama boleh nangis dia. Walaupun nampak simple, tapi harga mahal. Value tinggi.

Abang aku pengusaha seni grafik khat. Dari cetakan mesin, hinggalah yang manual (tulis tangan) yang harga dia berpatutan yang kalau peminat seni khat dengar dia akan terdetik, "eh, murahnya."

Kerja utama mereka khat. Makan khat mandi khat. They are expert at it! Disamping projek khat di masjid dan pejabat kerajaan, dia juga hasilkan kraf tangan khat yang bagi aku awesome, jaw dropping. Yang tak biasa tengok mungkin tak paham, tapi kalau orang macam Encik Rosli tengok dia akan rasa something.


Jadi, kalau korang ada office renovation dan nak suntik elemen keruhanian pada pejabat punya interior design, atau nak suntik dakwah murni di ruang kediaman peribadi korang, boleh tengok-tengok lukisan khat yang sesuai di KufiCenter dan GaleriKhat.

Khat Kufi buatan tangan, material tulisan kaca background kayu
Kuficenter buat projek khat Kufi. Dari pelbagai bahan yang korang boleh usha di page dia. Kalau bebudak tilik seni Kufic ni, dia akan letak pensel dan cari jalan keluar. Tapi sebenarnya maze itu boleh jadi Al-Fatihah atau ayat Kursi. Sekali tengok tak perasan, tapi once dah dapat, korang akan follow line dia sampai habis.

Selain hiasan dinding, Kuficenter juga ada servis merekacipta logo syarikat bentuk kufic. Ikut citarasa design masing-masing. Kuficenter akan propose design ikut tema, design, warna dan semuanya yang sesuai.

Jangan pi scan pulak. Macam QR code tapi sebenarnya itu tulisan Jawi.


Hiasan dinding, surah Al-Fatihah
 

Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi
Lain-lain seni khat di Galeri
Hiasan
Showroom ekspo kesenian Islam

Dan ada banyak lagi hasil seni Kufic dan khat di KufiCenter dengan pelbagai design yang boleh dipilih sesuai dengan warna cat dan tema bilik.

Abang aku, Ustaz Hamdan, adalah pengusaha khat kontemporari di Kota Bharu, sebelum ni bekerja dengan Pusat Kesenian Islam Shah Alam, Yayasan Restu selama 5 tahun. Jadi, kalau anda peminat seni kaligrafi Arab, anda perlu berjumpa pakar la untuk lihat seni yang jejak sampai dalam.

Aku tulis ni tak dapat komisyen okey, aku hanya tulis benda yang layak diberi kredit, yang kadang orang kita tak perasan ada pengusaha kecilan yang kualiti produk dia sebenarnya bertaraf antarabangsa, cuma kurang promosi dan pendedahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...