Writen by me

Khamis, 25 April 2013

It is not what you vote matters, but why.

Edisi jangan jadi macai ni aku sebenarnya nak cuba ulas hujah-hujah PR dan BN, berdasarkan apa yang aku faham, contohnya isu tol dan IPP.

Awal-awal lagi aku nasihat, tiada menjadi salah memilih BN atau PR. Tidaklah ada formula mengatakan jika undi PR betul maka yang pangkah BN automatik jadi salah. Tidak. Ini bukan kertas peperiksaan kalau jawapan A, maka B, C dan D jadi salah. Politik demokrasi adalah bersifat subjektif.

Setiap orang unik, berbeza dan perbezaan ini yang buat hidup ini warna-warni. Pergi ke Jepun makan sushi, ke Saudi makan kebab kambing, ke Itali makan pizza. Itu rahmat. Kalau semua tempat muka Arab, walaupun cantik tapi sepesen je cantiknya, dunia jadi tak sedap. Allah ciptakan perbezaan ini maka tak salah jika kita berbeza.

Yang menjadi salah adalah apabila kita melawan naluri, melawan conscience.

Tuan puan, dalam dada ada hati. Dan hati ni, seperti selalu aku sebut dia ada bateri sendiri. Dia ada neraca yang membolehkan kita sebenarnya tahu benda kita buat tu betul ke salah. Hati melawan atau mengangguk... based on spiritual value. Originated dari atas sana. Hati tak bias even dgn tuan dia sendiri. Perbuatan kita salah apabila kita menyalahi hati. Menyalahi kejujuran. Menyalahi nurani. Dosa itu, pastinya, yang terdetik dalam hati tanda bangkangan tapi kita buat jugak.

Sesungguhnya, salah betul pangkahan kita bukan pada parti, tapi pada hati - niat.

Cuba tanya si kaki projek, kontraktor kelas D. Sebagai contoh lah. Dia ada hubungan baik dengan orang besar JKR, dan baik juga dengan YB tempatan. Dia undi UMNO sebab dia nak projek. Dia tahu kalau nak projek kerajaan masuk bidding terus first rank, dia kena baik dengan YB. Kalau YB berkempen pilihanraya pula, kena hulur. Kalau tak hulur, bungkus. Dia bermain dalam bidang itu, maka dia tahu birokrasi wakil rakyat UMNO suka makan bawah tetapi dia tetap pangkah UMNO agar YB UMNO terus menang dan dia terus dapat projek. Nampak?

Pada masa sama, Ust Fathul Bari bukan setakat undi UMNO tapi dia sendiri calon UMNO. Ustaz Asri tak bantah pun, bahkan cakap bagus lagi ada. Sebab niat al fadhil ustaz dia nak berjuang dari dalam. Dia tahu dalam UMNO ada silap sebab UMNO itu himpunan manusia yang kadang lalai, jadi dia nak bina pengaruh dalam UMNO dan dengan pengaruh itu dia berharap dia boleh ubah UMNO ikut visi yang dia percaya.

Jadi nampak walaupun dua-dua pangkah UMNO, satu ada niat betul, satu lagi ada niat salah.

Dalam pos awal, sebelum aku terlibat dalam perang mulut dengan anonymous dari kereta mayat, itulah tujuan sebenar aku tulis bab politik. Bukan nak menyebelahi sesiapa. Walaupun aku pro PR, ia bukan 100%. 100% itu macai nama dia. Sorang kepala biru dan sorang lagi kepala hijau. Dalam diri kita yang berideologi, yang cerdik kita sebut kecenderungan untuk bersetuju. Dalam diri aku sendiri, aku rasa dalam 70% persetujuan aku dengan PR lagi 30% ada dengan BN. Aku mungkin salah. Yang penting aku cuba bersikap sejujur yg boleh. Maka apabila aku keluar berkempen aku perlu zahirkan majoriti dalam diri aku. Tonjolkan mana yang baik dgn PR, yang salah bincang dalam kelambu. Dan pastinya, kecenderungan ni bila-bila masa boleh berubah.

Oleh sebab itu, setiap organisasi perlukan ahli yang berideologi. Ahli yang cerdik. Ahli yang mempunyai pandangan dan visi yang unik dan tajam. Kita taknak pak angguk. Jika semua ahli parti pak angguk, dia akan angguk semua benda yang presiden cakap dan organisasi itu bukan lagi fungsi sinergi ahli-ahli, tetapi 100% fungsi presiden. Jika semua angguk Najib, maka Najib adalah BN, dan BN adalah Najib.

Dasar mana-mana parti politik adalah teori, dan semua tahu teori tak ada guna kalau gerak kerja salah dan hasil berbeza. Justeru, walaupun kita subscribe jadi ahli parti kerana dasar parti, tetapi kena bangkang kalau perlaksanaan tak betul. Ini gunanya ilmu.

Begitu juga masa nak pangkah PR atau BN, kita mesti jujur. Jujur dengan ilmu. Berbuat benda dengan jujur tak semestinya perbuatan itu jadi betul sebab ilmu kita terhad. Kita takkan tahu semua benda sampai mati pun. Belajar itu proses sepanjang waktu. Maka setiap kali berhenti untuk buat keputusan dengan ilmu yang ciput, yang kita ada seratus peratus hanyalah kejujuran. Mental state kita berubah, ilmu kita turun naik, iman turun naik, emosi apatah lagi, tapi kejujuran dalam hati tak akan hilang. Tinggal kita nak ikut atau tak saja.

Jujur mengundi adalah kita mengundi untuk kebaikan semua. Rasulullah ada sebut dalam hadis masyhur bahawa manusia beriman adalah manusia yang sayang saudara dia lebih daripada diri sendiri. Maka tatkala tiba time mengundi, kita mengundi bukan untuk kebaikan diri sendiri dapat projek, tapi untuk kebaikan semua. Itu iman kita, itu moral asas (fitrah) semua manusia. Kita nak make sure kerajaan yang terbentuk adalah kerajaan yang lebih baik untuk semua tak kira rakyat Pahang ke Kelantan. Maka selepas mendengar dan menganalisa kedua-dua belah manifesto, berdasarkan apa yang kita faham, sejujurnya kita akui parti A lebih berpotensi untuk jadi kerajaan lebih baik berbanding parti B. Itu letak nilai undi kita.

Jika kita pangkah PR untuk jadi JKK, untuk cerahkan peluang untuk jadi imam bawah penggawa PAS, atau sebab nak dapat tanah, atau sebab disogok. Itu jawab la kat sana sebab kat dunia boleh tipu macam-macam tapi kat sana maaf lah Allah tahu kita sampai ke dasar hati.

Aku perasan satu benda apabila berbahas dengan anon-anon tempoh hari. Iaitu fakta, statement, dan tarikh sah dia.

Kita semua manusia. PAS didukung manusia. UMNO didukung manusia. Tiada yang maksum. Dan kalau pun kita bercakap berkenaan fakta, kena tengok tarikh fakta tu bila. Kalau nak nyanyikan lagu sama sepanjang zaman, tak betul. Manusia berubah, samada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Dahulu dia dengan UMNO, cakap lain. Sekarang dengan PAS cakap lain. Memang betul lah macam tu sebab dalam proses berubah itu dia belajar sesuatu dan dia cakap apa yang dia tahu.

Dulu bila Selangor bagi air percuma 20m3, macam-macam feedback kita dapat dari pihak BN. Membazirlah, bangkrap lah, tak praktikal lah. Tapi sekarang, tengok BN pun nak bagi air percuma kalau dapat tawan Selangor. Lalu puak PR pun kutuk dulu lain sekarang lain. Aku pun pelik. BN dah berubah tu, okey dah tu, tepuk la tangan. Yang dahulu dia cakap tak praktikal ikut kiraan dia masa tu, bila dia tengok DS Khalid buat okey saja, so diorang pun kira balik masa nak buat manifesto. Sekali kira tengok, eh, boleh sebenarnya. So, manusia berubah dan pastinya kalau perubahan dia positif kita kena sokong jangan cerca. Kita move ke next item, tengok PR nak public list kan share Syabas untuk rakyat beli agar asset dan profit air dapat kat rakyat. Then, kita judge betul ke, okey ke. Parti politik mana ada visi as a leader, atau parti mana yang tunggu orang buat dulu baru nak kira.

Dulu Mat Sabu kutuk Anwar, sekarang mereka satu team dan berbaik-baik. Apa salah ke? Apasal nak dendangkan statement sepuluh tahun dulu, tak habis-habis? Terpekik-pekik sampai sumpah seranahkan orang. Masya Allah, jangan jadi jakun. Terimalah perubahan. UMNO berubah, PKR berubah, PAS berubah, DAP berubah. Yang penting adalah kita nilai perubahan mereka itu ke arah kebaikan ke keburukan.

Tak payah nak ungkit kisah lama sebab ia tak bermanfaat pun. Yang penting di depan bagaimana. Dan pastinya, seperti yang aku sebut sebelum ini walaupun manifesto bersifat materialistik, aku tak nak menilai semua tu. Aku nak tengok perubahan sikap organisasi kerajaan. Itu saja. You know, RTM, SPR, SPRM, KTMB, GLC dan semua.

Kerajaan yang transparen dan efisyen akan ubah Malaysia menjadi tempat lebih baik, lebih maju. InsyaAllah. Kalau tak menjadi, ubah balik. Apa susah? Percayalah, PR kalau menang pun slim majoriti. Susah depa nak gilir-gilir tukar perlembagaan. Apa takut?



Rabu, 24 April 2013

Papagomo kaki penipu - bukti

Blog papagomo dah semakin merepek, aku tengok. Kita kalau nak memperbandingkan dua parti, biarlah dari sudut akademik dan idealogi. Pangkahlah nak pangkah parti apa, yang penting proses tu dilakukan dengan usaha, research, fakta dan conclusion yang terbaik bukan main dengar orang.

Kali ni aku tangkap papagomo menipu, lihat dua screen shot kat bawah. (klik lah untuk besarkan)

Ini apa yang ditulis papagomo:


Ini pula apa yang diberitahu sendiri oleh ketua polis Kelantan di Mstar:


Korang nilailah sendiri bagaimana teruknya value entry blog papagomo, dan korang fikirlah entry-entry lain dia nak percaya ke tidak. Apa yang ditulis papagomo dan apa yang dilaporkan berita langsung tak sama. Undi kita biar ada integriti kerana pengundi yang bodoh akan menaikkan pemimpin jahat. Rakyat semakin cerdik, hopefully, kita nak tengok barisan pimpinan baru yang lebih efisyen.

So, vote for Malaysia, vote for a change!

Selasa, 23 April 2013

1MDB pindah RM7 bilion ke sebuah bank di Pulau Cayman

'Offshore banks' yang terdapat di Switzerland, Panama, Aguilla, dan Cayman Islands adalah sejenis bank yang menerima deposit tanpa membuat saringan dari punca mana duit itu diperolehi. Bank-bank ini akan melindungi identiti wang anda tanpa prejudis, seolah-olah wang itu tidak wujud.


Hal pertama lama dahulu yang menimbulkan curiosity adalah pembelian sektor tenaga Genting Power oleh 1MDB, dengan harga RM2.68 bilion, highly exaggerated value for a dying power plant. Now what? 

Petikan laporan dari PKR:

1MDB pindah RM7 bilion wang rakyat ke akaun sulit

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi PKR



p/s: Apart from manifesto, for national reform, this is the issue that we need to look at. Something that effect the whole country's economy.

Rabu, 17 April 2013

Video seks Mustapha Ali - pendapat.

Pandangan aku semenjak dulu, common. Baik pelakonnya Soi Lek, budak Kedah, Anwar Ibrahim atau Mustapha Ali, dosa mengaibkan orang lebih teruk daripada dosa berzina dan lebih teruk kalau diri sendiri sebenarnya memiliki aib yang sama.

Ramai member tanya aku fasal video lucah ni, tulen ke, betul ke? Diorang tahu aku pro PAS, jadi mungkin nak provoke atau ikhlas nak tahu. Aku percaya 8 orang follower aku mesti tertunggu-tunggu untuk aku ulas perkara ni. Jadi ini dia.

Selepas menyelongkar blog-blog pro UMNO dan hantar tweet ke seorang sahabat berbunyi, "mana video nya, tak jumpa cari". Dia lalu bagi link video penuh. Sejujurnya, minta maaf encik Mustapha Ali, video ni power. Piksel padat dan bit-bit suara kedengaran genuine. Mungkin tulen, dan kalaupun video ini dibikin... kos pembikinannya pasti melepasi angka juta, mungkin melebihi kos filem Cicak man 2 Planet Hitam.

Seseorang ada quote butir kata Tun Mahathir, "if they can make Avatar, then can also make 9/11..."

Kadang-kadang kita tak terfikir bahawa dunia ini sebenarnya gila. Something yang kita langsung tak terjangka. Surprise gila babi macam magik David Copperfield yang mati-mati kau ingat dia pakai jin ekceli dia pakai asid, tali, wheel dan skrin pantul cahaya saja. Macam siri Magic's Biggest Secret Finally Revealed yang kadang-kadang awesome, kadang-kadang expected.

Kita anggap video sebegini perfect tak mungkin ia dibikin. Mustahil. You know, ini pattern pemikiran majoriti yang boleh dieksploitasi tambah-tambah lagi memang sebenarnya pihak pengkhianat mempunyai dana yang mencukupi. Apatah lagi dalam keadaan terdesak. Rakaman-rakaman 'biasa' pelakon yang disimpan boleh saja di super impose menggunakan CGI. Dengan modal RM50k, you can merge 2 videos together. Say, video seekor singa dan satu lagi video seekor buaya, dua video berasingan yang boleh dicantum jadi satu seolah-olah buaya dan singa sedang berinteraksi antara satu sama lain. Satu-satu benda fishy yang aku nampak dalam video ni, tiada scene menampakkan wajah Mustapha Ali dan perempuan tu dalam satu frame di mana kedua-dua muka mereka nampak dengan jelas. Kalau ada pun, selepas tutup lampu di mana ketika itu kita nampak piksel turun mendadak dan wajah jadi kabur sebelum dihadang buntut. You know, they can be two different people in two different scenes, but unfortunately in the same room and in the same running CCTV. You can cut and merge them, and sex scene yang berwajah kabur tu, you can make it afterward by setting the same backdrop. Voice can be made, don't be surprise.

I know, for most of you, this sounds ridiculous. But I tell you, in politics, they read us a few steps ahead. They know people will believe the video, and nobody will ever find any sense if the filming cost shoot up to millions. You know how much NGO fork out their money to UMNO? Millions...

Now... aku macai PR, kan? Well, itu aku punya CSI sendiri dan berbanding dengan kemungkinan kedua (video itu tulen), 10% saja aku reserve untuk teori pertama.

Of course, kemungkinan lain yang paling seronok didengari macai UMNO adalah video ini original. Cuma kalau ori pun, mungkin mereka dah kahwin, mut'ah ke. Atau, mungkin mereka di bawah pengaruh hipmosis. Ambik la bahan free aku bagi untuk kutuk aku.

Cuma satu sajalah.

Percaya tak percaya itu, simpan dalam hati demi nak jaga aib seorang manusia. Nak komen dengan konklusi   pun amat berbahaya kalau tak dengar sendiri daripada tuan punya badan. Allah akan menutup aib kita di akhirat andai kita kembali kepada Nya. Ini amat jelas. Di samping balasan syurga, bidadari, dan nikmat singgahsana dari lukluk, turut disertai pakej balasan penerima amal tangan kanan di akhirat nanti adalah satu guarantee daripada Allah yang maha tahu, bahawa aib kita akan disembunyikan. Ini satu hadiah tak ternilai bagi seorang yang bertaubat. Selamanya dosa-dosa kita jadi rahsia antara kita dan Allah. Maknanya, menutup aib ini satu perkara yang cukup penting sehingga dijanjikan di akhirat secara eksklusif.

Jadi, kalau Allah memberi janji eksklusif untuk menutup aib hambanya di akhirat kelak, cuba fikir, sebesar mana dosa kita jika kita MEMBUKA aib itu kepada public. Cuba fikir.

Allah... apa yang dikejar? Pengaruh? Wang? Rasa bangga?

Kadang aku termenung, Allah kenapa lah mesti ada neraka. Dan Brown jadi atheist sebab dia pelik bagaimana manusia boleh percaya wujudnya tempat seteruk neraka. Cool man, katanya. Everybody got reasons for all their actions, and sometimes, moreover, the reason is not within his control. Tak boleh ke rotan je, tarik sideburn ke. Ya lah, manusia ni makhluk lupa. Yang lahir-lahir terkebil-kebil apa pun tak tahu. Yang kadang jahil bukan atas pilihan dia sendiri tapi conditioning dari zaman kecil, suasana, dan sebagainya. Apatah lagi nak jaga nafsu bukan main susah. Jadi. Apa teruk sangat sampai nak kena dimasukkan ke dalam neraka abadan abada?

Fikir-fikir balik, mmm... memang nampak keterlaluan, tapi sebenarnya memang ada manusia yang memang layak masuk neraka...

Isnin, 15 April 2013

Kereta Mayat seorang macai UMNO?

** Spesial untuk haters dari blog kereta mayat **

Entry ni dicetus oleh perang politik dengan blog kereta mayat sebentar tadi, termasuk pengomen blog tersohor tu yang aku percaya dia adalah follower tegar kereta mayat merangkap macai UMNO. Time-time pilihanraya dia mainkan kembali fatwa kaum kera dia. Aku pernah dahulu baca pasal fatwa kaum kera tapi aku diamkan saja. Walau bagaimanapun, bila tiba musim nak pilihanraya ni dia punya serangan emosi tu rasa lain macam.

Kereta mayat pula sejenis manusia yang tak sokong demokrasi. Demokrasi itu haram, katanya. Orang macam ni kalau aku bacakan hujah Yusuf Qardawi pun dia takkan dengar, sebab dia tak suka fikir benda besar tetapi lebih suka praktis ortodoks yang lebih senang untuk dia faham. Ini fikiran rigid dan jumud yang stuck dalam fikiran orang Islam yang takut dan tak tahu akan fleksibiliti dalam Islam sebab fleksibiliti memerlukan ilmu dan risiko. Dia takut risiko, ilmu pula tak ada. Lalu dia hentam gerak kerja PAS dalam pilihanraya, hentam Tuan Guru Nik Aziz macam dia kenal benar dengan MB Kelantan tu. Bahkan, macam biasa melabelkan petikan ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai 'Fatwa Kaum Kera', tuduhan sesat, kafir-mengkafir dan teks-teks biasa kita lihat dalam blog macai UMNO. Apakah kereta mayat sebenarnya sama taraf pemikirannya dengan macai-macai UMNO? Itu yang aku kecewa sebab aku sebenarnya seorang peminat blog kereta mayat.




Of course aku bias. Aku cenderung ke arah PR dan berkempen untuk PR. Tapi semua itu aku lakukan dengan hujah dan idea, bukan taklid buta. Jika orang UMNO melenting Najib dikutuk, kau kutuk TGNA akan buat aku rasa benda sama. Yang membezakan adalah hujah. Itu lumrah perbezaan pendapat, dan emosi ini bagus sebenarnya sebab ia akan jadi fuel untuk gerakkan minda dan tenaga untuk cari kebenaran. Orang bodoh saja yang menukar emosi ke dalam bentuk keganasan.

Dari seawal sekolah aku follow ceramah Tuk Guru setiap Jumaat. Selain didikan bapak aku, ceramah TGNA yang memperkenalkan aku kepada dunia. Sampai aku belajar di USM dalam bidang engineering di mana aku mula explore pemikiran luar, pemikiran logik dan saintifik, lalu mempunyai sedikit khilaf dengan beberapa projek di Kelantan, dengan keterbukaan politik PAS, tapi still perbezaan pendapat sebegini tak jadi kudis kalau masing-masing profesional.

Honestly, kereta mayat, kalau kau menuduh hanya berdasarkan berita TV3, Utusan atau sumber yang tidak lengkap, aku takut kau tak cukup kuat untuk berdiri di padang mahsyar nanti. Di padang Mahsyar nanti, Allah akan kira setiap reasoning kepada amalan kau sampai ke pangkal hati, dan jika kau menuduh TGNA membuat fatwa kaum kera tanpa kau mendengar keseluruhan ucapan ceramahnya, kau sedang membuat satu bidding yang sangat dahsyat.

Orang yang faham agama, walaupun tidak bersetuju dengan penyertaan PAS ke dalam permainan demokrasi, perlu menunjukkan sokongan kepada jemaah yang berusaha berpolitik. Walaupun kau tak mahu berpolitik secara demokrasi sebab bagi kau benda ni haram, benda paling kurang yang kau boleh buat adalah diam. Jangan bodohkan diri kau dengan hujah macai UMNO, yang rata-rata tahu macai UMNO berhujah dengan benda-benda pendek akal dan lucah.

Kalau baca Al-Quran, ayat-ayatnya disertai emosi. Boleh dirasai pada ayatnya apabila ia dibacakan Jibrail ketika perang, atau ketika mula-mula dakwah, atau ketika aman. Ini ruh Al-Quran yang menjadikannya satu mukjizat yang menyelusup ke dalam hati. Al-Quran mempunyai ayat berulang-ulang yang disengajakan, yang bagi sesetengah orang non-muslim, perkara ini agak menjengkelkan. Itu sebabnya jika ada sahabat dari agama lain mahu mengenali Quran, suruh dia baca ayat-ayat awal dulu. Ayat makkiah, yang berkisar tentang logik dan tauhid. Ayat makkiah juga jarang diulang-ulang, dan perbahasannya cenderung ke arah percubaan untuk merge logik dan tauhid ke dalam kepala bana Arab Jahiliyyah yang kaki tahyul. Itu ayat makkiah. Dan seterusnya, terdapat juga ayat-ayat kesat apabila nabi berhadapan dengan infidel yang menentang dengan senjata, juga apabila berbahas dengan manusia keras kepala seperti Abu Lahab. Ada ayat untuk Abu Lahab, dan dia dipanggil dengan kesat, 'celaka', dan diisytihar masuk neraka ketika dia masih hidup.

Bayangkan ketika Abu Lahab sedang pekena kopi press, datang hamba sahayanya mengadap memberitahu, "Bos, Muhammad keluar fatwa kau ahli neraka." Abu Lahab bukan tak ada agama. Dia ada agama, tetapi sesat. Dia tahu apa itu syurga, apa itu neraka. Apa perasaan dia apabila musuh politiknya, Muhammad, hukumkan dia masuk neraka? Orang atas pagar macam kereta mayat ketika itu, disokong oleh followernya yang berpegang kepada kitab Injil ortodoks yang sudah rosak dan obsolete, pasti akan terkilan dengan Rasulullah sebab suka-suka hukum orang masuk neraka.

Kenapa ayat itu terlalu lantang dan radikal memasukkan Abu Lahab direct ke dalam neraka? Apakah selepas itu, kalau lah Abu Lahab bertobat, apakah tobatnya tidak diterima sebab sudah ada surah yang mendedikasikannya ke dalam neraka? Apakah pintu taubat itu sentiasa terbuka selagi manusia tidak mati... kecuali untuk Abu Lahab?

Mengapa TGNA, dengan kapasitinya sebagai seorang menteri besar Kelantan, menghukum penyokong UMNO sesat?

Jika Abu Lahab boleh dilabel ahli neraka sebab perbuatannya, begitu juga, jika kita mempunyai dokumen bukti yang genuine dan sohih bahawa seorang pemimpin UMNO menerima rasuah takkan tak boleh kita nak buat kesimpulan bahawa dengan perbuatannya itu dia akan masuk neraka? TGNA sebelum berbuat begitu, dia detailkan dulu kes-kes yang melibatkan penyokong UMNO, bagaimana hukumnya dan 'jika' seorang ahli UMNO beriman bahawa agama suku, politik suku, maka dia sesat. Ini satu statement biasa yang diputar belit oleh media BN dan anehnya blogger lejen kereta mayat boleh percaya. Dia ni percaya dengan Utusan dan TV3 rupanya.

Ia statement biasa saja. Kau terjun dari tingkat enam, kau akan jatuh dan logiknya kau akan mati. Itu sifir dia. Tapi kalau tiba-tiba time tu ada lori sampah lalu dan kau terjatuh ke dalam lori sampah, itu lain cerita. Begitu juga dengan ahli UMNO tadi kalau dia bertaubat dan sedar politik suku agama suku ni dah dimainkan dahulu oleh puak-puak Kristian yang mahu memecahkan monopoli gereja dalam pentadbiran menyebabkan Rom mundur ketinggalan, dan Islam bukan seperti itu dan Ahli UMNO ini lalu bertaubat dan melihat UMNO dari sudut lain pula tanpa keluar UMNO. Ketika itu cerita jadi lain lah.

Begitu juga dengan statement sembahyang orang UMNO tak dapat pahala. Dengar dulu keseluruhan ucapan ceramah TGNA. Aku sendiri dah dengar keseluruhannya dan kalaupun aku kata aku bersetuju, macai UMNO akan kata aku bias. Biasalah, nak buat macam mana lagi.

Tapi berdasarkan ilmu dah hujah, yang aku yakin, dan aku tak takut untuk dibawa ke padang Mahsyar, TGNA memberitahu benda betul mengikut point of view dia mengenai Islam. Bahkan, Tuk Guru sendiri beritahu selepas itu kalau ahli PAS sendiri sembahyang tapi kedekut hangit, solat ahli PAS itu turut tak dapat pahala. Kau sembahyang, tapi sebab riak, sia-sia saja sujud rukuk kau. Ini statement biasa cause and effect yang kita kena faham secara terbuka. Kalau kereta mayat tak boleh terima benda-benda macam ni, memang patut dia konsentretkan tenaga dan masa dia menulis buku-buku lawak laki bini, jangan dicampur urusan politik. Jangan campur satu benda yang kau tak faham dan jangan letakkan diri anda setaraf dengan pemikiran macai UMNO.




Khamis, 11 April 2013

Perubahan-perubahan yang aku mahu lihat selepas Pilihanraya Malaysia ke 13

Walaupun kedua-dua manifesto Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat nampak menarik, ia bukan satu benda yang konkrit. Ia cuma teori. Apabila tiba waktu perlaksanaan, teori akan dicabar realiti dan sedikit pun aku tak harap setiap baris janji dalam manifesto itu tercapai.

Mengambil kira faktor manusia dan faktor ekonomi yang dinamik dan kadang-kadang turbulance, justeru kalau terlaksana 40% saja dalam 5 tahun nanti sudah boleh dikira cukup berjaya. Pada aku, ia bukanlah semata perubahan materialistik tetapi sikap dan corak kerja kerajaan yang baik. Yang penting rakyat mahukan sistem pengurusan aset negara yang lebih transparens, di mana mereka dapat tahu exactly berapa RM duit KWSP dan cukai mereka dibelanjakan untuk sesuatu projek, mula dari budgeting, tendering, awarding, dan construction.

Manifesto PR, line by line, setiap item bukan berdiri sendiri. Semua berkait. Ekonomi tidak diskrit tetapi berkait semacam satu web. Ekonomi adalah dinamik dan setiap waktu ia diseimbangkan pada satu keseimbangan. Sedikit gangguan pada harga kereta, kesannya bukan hanya pada pasaran kereta tetapi keseluruhan ekonomi negara. Chain effect. So, sistem pencukaian, kutipan PTPTN, gaji minimum, domestic car price, dan pemotongan subsidi... semua ini nanti apabila mahu dilaksanakan akan dinilai pada practical ground, readjust the whole economy pada keseimbangan baharu, dan paling penting untuk pastikan vector ekonomi baharu itu arahnya ke atas, bukan ke bawah yakni negatif.

Ingat, negara kita masih ada 500 billion hutang untuk diservice, dan kalau boleh maintain bayar tanpa ada hutang baharu, 10 tahun rasanya baru langsai. Apatah lagi, sekarang ini negara punya perbelanjaan lebih tinggi daripada revenue, defisit.

Jadi, tanpa mengharap satu persatu Akujanji BN atau Manifesto 'free' PR menjadi kenyataan, aku mahu lihat beberapa perubahan berikut yang aku rasa realistik untuk diusahakan:

Pertama; perubahan di Kelantan. Kedua-dua manifesto menjanjikan royalti minyak untuk Kelantan, maksimum 20% ikut manifesto, minimum 5% ikut PDA. Aku expect secara kasar RM1 billion tambahan pada GDP Kelantan kalau royalti berjalan, belum masuk lagi aktiviti industri sampingan yang boleh jana GDP seperti pipe warehouse, pump maintenance company, offshore diver, anti corrosion paint supplier, welders, dan sebagainya. Apatah lagi kalau bayaran royalti itu backdated, mula dari 2005 sehingga 2013. Lapan tahun darab RM800juta (Anwar), dah ada RM6 billion dalam bentuk cash dalam akaun kerajaan Kelantan. Kos untuk pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai - Kota Bharu baru RM2billion. Lebihan RM4 billion di tangan Tok Guru membolehkan banyak infrastruktur dinaik taraf. Ini sebab kita fight royalti.

Aku mahu lihat Kelantan lebih maju, maju dengan gayanya tersendiri. Kelantan adalah negeri ilmu. Negeri yang mementingkan pendidikan ditadbir oleh sebuah kerajaan yang berusaha memberi idea, ilmu agama dan ilmu dunia kepada rakyat mula dari TASKI lagi, sampai ke tua. Aku mahu Kelantan maju sebagai sebuah Negeri Ilmu.

Apabila sistem hubungan jalanraya dan ifrastruktur diperbaik,Kelantan boleh start untuk menarik anak-anak dari seluruh negara untuk berkelana ke negeri Serambi Mekah itu untuk menuntut ilmu. Di Kelantan ada banyak pondok moden. Para pelajarnya bukan hanya budak-budak IC 03, tetapi datang dari tempat sejauh Tawau, Sabah. Aku mahu sistem pendidikan hibrid ini dipermodenkan lagi, dijadikan lebih power, dan aku mahu lihat aliran mak bapak satu Malaysia datang ke Kelantan menghantar budak-budak belajar. Kalau hiway KL sepi time raya saja, hiway di bandar Kelantan sepi time cuti sekolah.

Lupakan industri getah, tembakau, dan elektronik. Tumpukan pada education service, mula dari kelas awal, sampai ke peringkat universiti. Aku mahu satu cawangan universiti Al-Azhar di Ketereh, di mana student boleh ambil semua subjek dan grad terus di situ. Lobi para lecturer dari seluruh pelusuk dunia, berikan ilmu agama dan sains terbaik untuk muda-mudi Malaysia.

Biar GDP Kelantan 50% datang dari sistem pendidikan yang eksklusif, selebihnya daripada industri petroleum, gas asli, pertanian seperti padi, getah dan kelapa sawit. Dan last sekali, tolong hentikan pembalakan di hulu sungai Kelantan, atau di Lojing. We don't need deforestation anymore. 

Kedua; perubahan etika Media Massa. Honestly, aku mahu lihat Media Prima bertaubat jika tidak bangkrap. Semua tahu perangai TV3 dan sekutunya, tak payah aku cerita lebih. Bukan setakat bersifat monopoli, aku benci gila media massa yang tidak beretika. Journalism di TV3 bukan sekadar menyiarkan skrip berat ke arah UMNO sahaja, tetapi turut berperanan mengedit dan menyusun semula petikan-petikan pembangkang agar jadi negatif. Mereka tidak lagi menyampai, tetapi turut add value pada penyampaian itu. Spinner. Anjing UMNO.

I help you, you help me. Apabila kerajaan mengamalkan rasuah, syarikat swasta rata-rata dibina bukan lagi atas dasar kompetensi tetapi link kroni dan rasuah. Justeru kita lihat banyak konglomerat yang berjaya atas tiket UMNO akan bias kepada UMNO, obviously nampak pada Media Prima, Syabas, Utusan, Syed Mokhtar dan banyak lagi. Ini hasil apabila sistem tender kerajaan yang tiada integriti, tidak berpandukan technical dan commercial evaluation yang adil. Apabila bidder yang dipilih atas dasar 'mesra BN' atau sogokan, maka secara automatik mereka akan bias kepada BN. Ini basic cause-effect.

Jika sesebuah perniagaan muncul dan compete atas kapasiti daya saing, kepakaran dan cost effective, mereka akan jalankan perniagaan tanpa ada flavor. Especially syarikat penyiaran. Syarikat penyiaran yang naik dengan kompetitif, akan stick to ethics, menjunjung etika dan keadilan kerana itu adalah essence perniagaan media massa. Media yang naik dengan 'jasa' BN, akan siarkan berita mesra BN dan caci pembangkang walaupun sebenarnya ia melanggar etika penyiaran dan langsung tidak menguntungkan. In the first place, mereka naik bukan dengan etika dan integriti journalism. Apa nak hairan?

Jadi, seperti yang aku sudah cakap awal-awal, perubahan sikap dalam pentadbiran amat penting untuk melahirkan syarikat yang betul-betul kompetitif dalam niche mereka bukan kerana bodekan dan rasuah. Hasilnya, rakyat mendapat produk yang bermutu tinggi hasil buatan pakar. Bahkan, hanya kerana perubahan sikap, negara boleh save berbillion ringgit, sebenarnya.

Ketiga; rangkaian keretapi laju yang menghubungkan semua negeri di Semenanjung, even Terengganu. Aku
nak lihat kerajaan baru revamp KTMB keseluruhannya. Untuk pastikan ekonomi berkembang pesat dan menyeluruh di bandar-bandar utama di Semenanjung (tidak tertumpu di KL saja), bandar-bandar ini mesti dihubungkan dengan keretapi laju, world class public transportation system. Di bandar, biasakan rakyat dengan LRT dan trem ringan.

Sistem public transport yang berkelas dunia ni akan attack persepsi rakyat terhadap kereta. Logiknya, kalau gua mampu balik kampung di Kelantan dengan train yang ambil masa 6 jam, yang available 4 kali sehari, dan gua pergi kerja pula dengan trem, apa guna gua habis duit beli kereta? Okey, kalau pun gua ada kereta, gua boleh simpan saja di garaj, drive time perlu saja.

Keempat; perubahan sosial dan mentaliti. Aku ingin melihat masyarakat yang lebih honest dengan diri mereka. Member aku telah menempelak aku, tak guna ubah kerajaan kalau mentaliti rakyat tu sendiri tak berubah. Dia kata lagi, mentaliti Meleis itu yang bermasalah, bukan kerajaan. Lalu aku betulkan kolar baju dan membidas. "So, what should we do to teach them a valuable lesson in a large scale?"

Kawan aku diam.

Aku jawab gaya Rafizi Ramli, "The best thing we can offer them now is... to change their government. From that, rakyat will learn a very valuable lesson, something they never learnt before. In principle, PR and BN will try best to maintain the harmony, so there is no issue either of them will send the country to bankruptcy or hell. It is all about more efficient or less efficient. So, the best education in the large scale for rakyat now is... change their government."

Oleh yang demikian, aku benar harap parti pemerintah berubah dari BN kepada PR. Ada polisi yang akan berubah, ada suasana yang akan berubah. Dan aku harap, kita semua akan belajar sesuatu dari perubahan ini. PR akan jadi government fresh, tanpa track record. BN pula akan jadi pembangkang yang penuh berpengalaman akan selok belok pentadbiran negara, dan sekilas pandang dah tahu muka-muka YB di parlimen yang mahu sembunyikan rasuah. PR dan BN akan jadi macam anak yang naif dan bapa yang garang.

Dalam pilihanraya, ia bukanlah menang atau kalah tetapi lebih kepada johan dan naib johan. Parti yang kalah bukan totally bisu dalam parlimen. PR dan BN akan jadi check and balance, sistem dua parti yang kita mahu kekalkan. Kerajaan dan Pembangkang yang kuat akan pastikan pentadbiran yang efisyen.


Pilihanraya ke13 - Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional - Subsidi gas Petronas, TNB dan IPP

Sebelum merepek fasal manifesto, atau sebelum membidas manifesto merepek, elok selak sejarah dulu. Dulu TNB dikenali LLN - Lembaga Lektrik Negara. Masa aku sekolah rendah dulu. LLN ni kalau elektrik terputus, satu tiang problem dia datang satu lori, kadang-kadang sampai 7 orang. 1 panjat, lagi 6 tengok. Boleh kata, hampir tiap-tiap minggu pasti satu malam bergelap.

Pada suatu hari di tahun 1996, telah terjadi kes blackout semalaya. Aku ingat kampung aku je, actually satu Malaysia takde api. Benda ni yang buat Mahathir menggelabah sebab elektrik tak ada selama dua hari tu impak dia pada ekonomi sebenarnya cukup besar. So, Mahathir perlu cari satu penyelesaian sebab dia sayangkan ekonomi Malaysia.


Ketika itu sumber elektrik negara dijana hidro. Kita tiada nuklear atau wind farm seperti gambar di atas. Hidroelektrik ni conventional. Bila shut down, nak start dia balik lambat. So ada lag di situ. Lepas tu, janakuasa hidro selalunya kuasa janaan dia malar, sukar nak ubah-ubah ikut demand grid. Hidro adalah ON OFF plant, baseload plant. So, solution yang Mahathir nampak untuk fill gap di grid adalah thermal plant yang guna fossile fuel seperti gas, diesel atau coal.

Tak seperti stesen hidro, thermal plant adalah peaking plant. Quick start up, quick shut down, so that at any time bila grid memerlukan megawatt, NLDC boleh arahkan mana-mana thermal plant untuk start up atau tingkatkan janaan kuasa. Trend ni tak boleh dibuat stesen hidroelektrik.

So, teorinya, untuk mengelakkan grid lumpuh seperti beberapa kes di tahun 1992 - 1996, kita mesti install thermal plant untuk supply electricity ke grid, dan kalau pun ketika itu electricity itu tidak diperlukan (low demand), thermal plant ini mesti berada dalam keadaan stand by untuk start up atau tingkatkan load.

Oleh yang demikian, struktur caj IPP jadi ada dua (main charges) iaitu energy payment dan capacity payment. Energy payment adalah bayaran untuk setiap kilowatt yang disupply ke grid. Capacity payment adalah bayaran hanya untuk berada dalam keadaan stand by.

For most people, apabila mesin dalam keadaan stand by mereka fikir staf dan jurutera thermal plant takde kerja di stesen. You are wrong dude. Kalau stesen diisytihar dalam keadaan stand by dan at the moment NLDC request load dan stesen gagal untuk supply load, there is a huge penalty for it.

Yang jadi menarik, teknologi thermal plant time tu mahal dan kita tiada expertise. Teknologi datang dari US dan Jepun, dan jurutera kita mesti deal dengan mereka untuk set up the pioneer power plant. Bayangkan kesukaran kita untuk justify setiap cost yang mereka lampirkan untuk bina combine cycle plant. Sebab TNB sendiri sudah tempang untuk maintain sistem sedia ada, then some taikoons came into the picture to 'help' or to grab the pie. Oleh kerana desakan untuk mendapatkan penyelesaian, Mahathir terpaksa setuju untuk penubuhan IPP dengan satu perjanjian yang berat ke arah taikoon-taikoon IPP. Lima IPP terawal lalu wujud dan menyedut duit TNB dengan PPA generasi pertama yang bersifat lucarative, atau 'banyak untung'.

SUBSIDI GAS

Rafizi kata subsidi menguntungkan IPP. IPP memang bisnes untung, tapi ia bukan disumbangkan subsidi. Bukan subsidi yang menguntungkan IPP tetapi PPA. Power Purchase Agreement yang memberikan bayaran yang lumayan untuk IPP.

So, kalau PR mahu turunkan tariff di tangan pelanggan, mereka kena bawa EC, IPP dan TNB untuk revise semua PPA, tawarkan harga win-win, serta bagi 'bonus' untuk IPP yang benar-benar efisyen. Okey, aku huraikan di bahagian akhir nanti cara-caranya.

Kita tengok dulu apa itu 'fuel pass through'.

IPP beroperasi dengan sistem fuel pass through. Ini kerana sebenarnya bahan bakar untuk kegunaan gas turbine IPP tidak banyak pilihan dan generik (it is either natural gas or diesel), so most of the time fuel charge adalah malar, atau tetap. For the sake of 'billing simplifying', fuel cost was taken out from IPP invoice to TNB. Ramai tak faham benda ni. Fuel pass through is just a simplified version of power billing. Means like, "okey, I give you fuel," said TNB to IPP, "you convert it into power and sell to me." By doing that, IPP did not cost in fuel as their OPEX. The bill will only be Capacity Payment and Energy Payment. No Fuel Payment. Di sini cuma ada tiga pihak dengan dua agreement, IPP, TNB dan Petronas, so, kalau you cost in the fuel or make it pass through, the final bill will just be the same. The profit margin will just be the same. You subsidize the fuel or not, the profit margin will be the same. IPP taikoons didn't care how it was done, all they care was the profit margin.

Salahnya TNB ketika itu adalah tiada kapasiti intelek untuk go through thermal plant teknologi, dan untuk go through PPA dengan taikoon2, menyebabkan bila fuel cost melambung, yang kena hit adalah TNB sebab TNB manage the fuel. Kalau pun IPP cost in fuel element dalam costing diorang, of course taikoon-taikoon akan make sure fuel price reflect harga semasa dan at the end, TNB juga yang akan kena. Fuel subsidi is not for IPP tetapi untuk kurangkan rugi TNB. Kalau subsidi ini dihapus, TNB yang akan merana.

Bila IPP mula disiapkan, yang kerja di situ kebanyakannya x-TNB.

PAKATAN RAKYAT MANIFESTO

PR government boleh kenakan wind fall tax untuk sedut keluar 50% dari profit IPP untuk kembalikan ke dalam ekonomi rakyat dan turunkan harga minyak di stesen minyak. As per manifesto, or Rafizi's video.

Tetapi, pada hemat aku, 50% akan memberikan IPP markah kesian. It is too much dan manifesto yang kurang cermat ini sebenarnya beri effect kepada sistem tenaga. There are people in IPP, and the share holders. PR never know how these profesional deal dengan General Electric, deal dengan Alstom, to make sure their plants AVAILABLE. IPP was paid to be available, to be on stand by and it is not done by duduk dan tunggu. If you fail to start up, penalty will be millions. You all go to their plant and smell the burning of high temperature boilers and pressure. There are people who deserve some credits and PROFIT.

So, please respect these people.

Dan untuk makluman semua, seperti yang telah dilaporkan The Edge, first generation PPA sudah direvise oleh dua power plant yang berjaya dalam 'second track' bidding. Almost 50% Capacity Payment dan Energy Payment telah dikurangkan daripada PPA baru, dan beberapa term baharu diperkenalkan untuk make sure IPP 'tua' ini cemerlang dalam menyumbangkan tenaga untuk kilang-kilang. Stesen-stesen lain yang masih berpegang pada 1st gen PPA akan tamat pada 2015 kalau ikut trend NLDC berada pada ranking paling bawah. Bermakna most of these plants will be in stand by mode.

BARISAN NATIONAL MANIFESTO

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....... (IPP gave me money not to touch them lah. you think who will belanja our kempen kalau bukan taikoon taikoon ini?)


MY OWN MANIFESTO (The most efficient one)

1) Cari win win solution dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad, Petronas, Genting, Tan Sri Syed Mokhtar, dan 1MDB. Defak is 1MDB?

Okey, lupakan dulu bab 1MDfuckingB. Kita nak tengok solution dulu. So, bring them together, go through the whole structure of payment dan billing, then come to a conclusion (or profit margin) where everybody is good with. Rakyat is good with.  Remember government boleh wind fall taxkan mereka ini sesuka hati, so this is the gun yang PM DS Anwar boleh guna.

2) Review balik fungsi TNB dan IPP. For your info, TNB pun ada power plant sendiri. Yang baru award pun ada di Penang. So, IPP cuma ada power plant, TNB ada power plant dan grid. Kalau thermal plant baharu dibina berdekatan stesen lama yang dah ada infra grid (distribution line), IPP dan TNB akan ada chance sama banyak untuk menangi tender kerajaan. Tetapi bagaimana kalau stesen janakuasa baru akan dibina di tempat baru? Green field project? Yang memerlukan grid baru? TNB akan pegang bola. You see, benda ni tak sihat. You can play around with the cost.

So, apa yang kerajaan baru boleh buat adalah spesifickan fungsi TNB pada distribution, atau pecahkan NLDC daripada TNB. Make them two different entiti. Grid under NLDC, TNB jadi macam IPP. Penstrukturan ini akan meningkatkan efficiency dan competitiveness. Bila market competitive, efficiency akan muncul sendiri. Bila thermal plant efficient, cost akan efficient. Yang dapat laba pastinya rakyat.

3) Tumpukan pada renewable energy seperti solar panel dan hidro. Hidro walaupun lembab, ia mesra alam sekitar. tiada cerobong asap dan bersih. Ramai kutuk projek Bakun. Bagi aku, projek berstatus 'gajah putih' bakun adalah projek paling futuristik dan baik akhlak. Cuma, macam biasa masalah UMNO seperti kes tol yang aku tulis tempoh hari, financing the project is the problem. Tujuan dia bagus dah, tapi bila masuk bab tender, loan, balak.... hancur... berapa billion duit rakyat lesap, berapa billion hasil balak dibawa keluar negeri, tak campur lagi dengan duka hati orang asli di situ yang kehilangan warisan tidak ternilai.

Bakun ada 2400MW untuk diberikan ke grid di semenanjung dengan kabel bawah tanah, tanpa somebody check dulu harga kabel tu berapa. Turn out nak lay cable tu sendiri lagi mahal daripada dam. Then, balak habis, project sangkut. Tak boleh ke jual balak-balak tu untuk finance kabel bawah laut tu? Soalan basicnya mcm ni.

PR mesti kena revive bakun, dan cari duit untuk transfer power itu dari Sarawak ke Semenanjung, atau jual ke kilang arang batu di Kalimantan.

Pada masa sama, kena promot stesen hidro mini di sungai-sungai sepi. 20MW, 40MW, kalau buat banyak-banyak boleh light up satu bandar tuan. Kita boleh tiru pengurusan teknologi hidro di Norway (99% hidro) dan New Zealand (75%). Mereka maju tanpa nuklear, tanpa thermal plant, tanpa IPP, tanpa blackout... hanya hidro. The only thing is, sejauh mana kita berusaha untuk jadi lebih efisyen dan cekap karbon.

KESIMPULANNYA

So, projek-projek kerajaan UMNO ni bukan tak ada otak. Bukan membazir. Tujuannya bagus. Tapi bila tiba bab pelaksanaan, dia punya birokrasi tu mula main nakal. Infrastruktur asas macam ini benda common di kalangan negara membangun, tetapi cara ia dibiayai itu yang selalunya salah.

Leader - do right things (Mahathir planned damn right things)
Managers - Do things right (But his mentris did not do it right)

Jadi kerajaan baru tak boleh lah nak batal itu, hapus kan ini semberono. Projek-projek ni betul, cara yang tak betul. Ia kerja berkumpulan. Ia kerja yang perlukan pemantauan dari atas sampai ke bawah. Maka, PR kena betulkan pengurusan, dan mantapkan attitude menteri-menteri korang nanti untuk berdepan dengan vendor-vendor yang mungkin cuba untuk rasuah dengan angka juta. Sometimes rasuah bukan datang seketul bertajuk rasuah, ia datang dalam bentuk lain yang mengiurkan, yang kadang-kadang buat YB rabun... "Ini bukan rasuah... ini just... well you know, hadiah aje."

After all... It is all about attitude. Aku tak kisah kalau macai hentam aku di Facebook, Twitter... tapi aku risau kalau macai jadi Menteri dan Perdana Menteri. Kau akan tengok kerosakan dia macam celaka.

Rujukan:
http://www.themalaysianreserve.com/main/news/corporate-malaysia/2270-tnb-wins-prai-power-plant-contract-worth-rm3b
http://malaysiafactbook.com/Independent_Power_Producers_in_Malaysia
http://www.theedgemalaysia.com/highlights/195605-planning-for-future-power-needs.html
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/13823/1/The%20Future%20of%20Hydropower%20in%20Malaysia.pdf

Isnin, 8 April 2013

Cerpen Seram - Jangan Pandang Belakang versi Absyar

Absyar, 4 tahun, tidak mahu makan malam. Kami paksa makan nasi dan dia paksarela kunyah sikit-sikit. Jam 9 malam selepas itu, selalunya dia akan ajak aku main lawan pedang tetapi malam ini dia sibuk di ipad. Sekali sekala dia batuk.

Absyar walaupun agak kurus, jarang meragam. Kesihatan dia tip top dan cergas. Apabila demam aktiviti fizikal dia akan slow down dan mata dia kuyu. Semalam mata dia kuyu 90% dan dia batuk sampai keluar urat leher. Aku sendiri sudah perit tekak dibahan batuk. Antibiotik sudah habis, ubat hisap memang turut habis sebab feveret. Yang aku risau batuk Absyar.

Dan tak pernah aku sangka batuknya Absyar semalam telah memberikan kami pengalaman paling seram di rumah yang bakal kami tinggalkan itu.

Apabila tiba waktu tidur, Absyar hisap susu cokelat. Walaupun pakai pijama tidur baru, dia nampak tak ada nak ceria-ceria dan show off. Dia nampak betul letih. Di depan TV dia lalu tertidur jua, dan bunyi tepukan gemuruh di Bukit Jalil di TV3 nampak ada ganggu lena dia sikit-sikit. Nampak dia pusing kiri dan sekejap ke kanan. Tak apa, sekejap lagi ABPH ni habis.

Belum sempat ABPH habis pun, Absyar tiba-tiba berguling setempat macam buaya bergusti. Konsentrasi aku dan Ja di ABPH lalu terbantut dengan gelagat Absyar.

Ja raih Absyar, "kenapa pula?"

Aku cuma angkat bahu.

Apabila diperiksa, Ja mendapati di badan Absyar muncul kesan merah. Ruam, macam gatal kena ulat bulu. Kena di bahagian belakang, kaki dan leher. Apa lagi, Absyar memekik kegatalan. Dia berguling dan Ja attend permasalahan Absyar dengan skill nursing yang tumpul. Fokus aku pada Wawa Zainal mula goyah dan aku lalu sound Absyar.

"Apa ni bising-bising ni, Absyar abah nak tengok TV ni."

Melihatkan keadaan Absyar tidak surut, Ja bawa dia masuk ke bilik dan tukar pakai baju lain mengikut apa yang aku sarankan. Baju tidur baru itu belum dibasuh selepas dibeli di Sogo paginya, itu kesimpulan yang sempat aku rakam dalam kepala.

"Abang, ambikkan garam," kedengaran dari bilik.

Wawa Zainal yang sedang memberi ucapan kemenangan terpaksa aku tinggalkan. Aku ke dapur mengambil garam halus. Kalau gatal-gatal rengsa, memang tradisi kami lumur garam. Namun sebentar kemudian, aku nampak budak kecik tu berlari keluar tak berbaju. Aku syak dia telah melarikan diri dari nurse yang tak berbakat. Badan dia semakin berbirat merah. Dengan rasa kecewa, aku tutup TV dan mendapatkan anak aku pimpin dia masuk bilik. Aku selaku ketua hospital kena juga campur tangan hal-hal terpencil macam ni.

Absyar ni, memang tebiat dia kalau nak tidur banyak tempat dia suruh garu. Selalunya di paha. Kalau koordinat garuan tersasar, dengan mata pejam dia akan tarik tangan aku dan locate tepat-tepat di tempat gatal. Tiap-tiap malam sebelum tidur memang itu aktiviti kami anak beranak. Malam ni kes abnormal. Gatal dia segala, dan aku tak cukup tangan nak garu. Apatah lagi, rengsa merah ni tabley digaru nanti melarat.

"Jangan garu Absyar, nanti makin sakit." Nasihat aku.

Dia merengek sambil berpusing-pusing. Berganding bahu dengan Ja, kami garu dia bersama-sama guna garam. Bukan garu tapi gosok-gosok, sampailah merah-merah dia surut dan dia pun tertidur. Kami kena make sure dia tak berpeluh agar gatal tak kembali, so, dia tidur tak berbaju. Aku tepuk-tepuk bontot dia sampai aku sendiri tertidur. Dan aku tak tahu bila Ja tutup lampu bilik dan turut tidur.

Menjelang pukul 3 pagi, masalah bermula. Absyar batuk. Apabila tidur tak berbaju, dia kesejukan dan batuk dia menjadi-jadi. Aku tersedar dan mendapati badan kecil Absyar sudah terketar-ketar. Ah, sudah. Aku tarik selimut, dua lapis selimut aku balut dia. Dia biarkan aku selimutkan dia. Semenjak kecik Absyar alergik selimut, sebenarnya. Sedikit saja kakinya direntasi selimut, dia akan sepak selimut itu hingga tercampak keluar. Tapi kali ni dia biarkan. Badannya menggigil, tapi maintain tidur. Aku tepuk-tepuk dan peluk dia sampai gigilan dia reda dan dari keadaan sejuk menggigil, suhu dia mencanak naik. Bila batuk, budak kecik suhu badan dia akan naik. Selalunya kalau batuk, dia akan demam.

Kalau tadi sejuk, kini dia panas. Menggelabah aku buka balik balutan selimut. Dia lalu tersedar celik mata, bingkas duduk dan pandang aku. Absyar, macam biasa tak mengecewakan aku dalam hal logik, lalu berkata.

"Abah, nak makan ubat."

"Ok," aku setuju.

Aku lalu kejutkan Ja untuk keluar ambil ubat dari dalam peti ais. Ja kembali dengan ubat dan Absyar dia suapkan. Sejurus selepas itu, kami pakaikan dia baju tidur baharu. Dalam keadaan dahi dia masih panas, aku tepukkan dia agar kembali tidur.

Absyar pejam mata dan berusaha untuk tidur. Tapi nampak macam tak berapa nak lena. Mata dia tutup tak rapat, anak mata dia bergerak. Subconscious atau tidur ayam. Absyar tetap masih panas, aku harap sekejap lagi reda. Aku terus tepuk dia sampai aku dan Ja kembali tertidur. Bilik kembali sepi dan suram.

Pukul 4 pagi, sekali lagi Absyar terjaga. Kali ini aku terjaga dalam keadaan terkejut sebab Absyar meraung dan bingkas duduk secepatnya macam mahu lari keluar. Aku tenyeh mata. Dalam keadaan gelap, aku lihat Absyar duduk menangis. Aku tak pasti matanya pandang aku atau sebenarnya aku nampak fokus dia macam sedikit tersasar ke daerah gelap belakang aku.

"Abah, abah," dia panggil aku mahu peluk macam biasa.

Aku raih bahu dia, "Absyar abah kat sini ni."

"Abah, abah," suara dia sedikit tinggi, kedengaran panik. Dia kelihatan sedikit terlompat-lompat macam dia sedang takutkan sesuatu. Bila dah dia macam tu, aku timbul rasa cuak juga la. Dengan gelapnya, pukul 4 pagi pula. Kajian ilmu ghaib semasa menulis novel Yuda di Padang Maya dulu menyatakan time-time macam ni setan suka berkeliaran. Justeru, memang, aku ada rasa cuak.

Tak sampai sesaat selepas itu baru aku sedar tekaan aku berasas. Dan aku ketika itu menyedari aku bukan seorang yang berani.

Absyar yang sedang lencun menangis itu, berjejeran air mata itu, aku akhirnya dapatkan pastikan bahawa memang dia bukan sedang melihat aku. Pandangan dia tersasar sikit. Dia pandang something else. Sejurus selepas itu.... dia menuding. tudingan melepasi bahu aku. Tangan kecil itu menuding ke belakang aku dan bertanya satu soalan yang cukup untuk buat kedua-dua testis aku bergetaran.

"Abah... tu sape tu?"

Start dari rambut, bulu-bulu aku meremang, sampai ke bulu betis. Aku teguk liur, kaku. Kepala aku macam kena karan. First time dalam hidup aku sebagai abah Absyar aku diperlakukan sebegini anker.

Absyar terus meraung, menangis. "Abah tu sape?"

Bilik aku rasa semakin sunyi... gelap, dan kegelapan tu rasa macam bergerak-gerak. Scene cerita jangan pandang belakang mula datang bertubi-tubi menyarankan bahawa hijab aku sebentar lagi akan dibuka. Aku gila sebentar. Kaku. Aku pun perlahan-lahan berpaling...

Cancel. Gila. Aku tak berani berpaling. Aku meluru peluk Absyar. "Abah kat sini, Absyar."

Selepas merasa selesa apabila Absyar dipelukan, baru aku menoleh dan akhirnya aku pun melihat apa yang telah dilihat Absyar....

Di saat-saat genting itu, Ja sebenarnya turut telah terjaga dan aku nampak muka dia pucat lesi macam terung rebus. Aku memeriksa di belakang aku, tak nampak hantunya. Takut-takut aku melilau ke bahagian gelap tu mencari tanda-tanda, tapi tak ada. Entah aku kecewa atau apa, tak tahu. Tapi serius keberanian aku agak barai.

"Mana?" Aku tanya Absyar. Bulu aku masih meremang.

Absyar kini diam.

"Bang, buka lampu bang, buka lampu."

Menyedari cadangan itu amat baik dan ini bukan filem hantu Ahmad Idham yang memerlukan pencahayaan ruang bilik gelap macam kubur, aku lalu bangun petik suis lampu. Bilik cerah. Aku bercekak pinggang melilau mencari jin yang dilihat Absyar. Tak nampak.

"Ibu... rabbit," Absyar tunjuk ke arah selimut.

Ja picing aku. Aku buat tak tahu.

"Mana ada rabbit, ni kan gambar bunga." Kata Ja.

"Bukan yang itulah," balas Absyar. Dia lalu kuis selimut dan kuis bantal mencari arnabnya yang barangkali telah berlari pergi. Absyar selepas itu ambil masa juga untuk kembali tidur. Dia banyak melilau ke siling, ke kipas dan ke selimut, tetapi dia tak sedikit pun melihat ke belakang aku, ke tempat dia tuding tadi. Aku yang melihat dah suam sejuk sendiri. Aku ketua keluarga, for sure kalau ada hantu aku yang kena tampil berdepan dengan hantu itu, dan later on aku kena explain dekat Absyar bahawa hantu tak boleh apa-apakan manusia, jgn takut. Masalahnya bulu roma yang meremang-remang tu bukan ke tanda-tanda ketakutan?

Absyar sebentar kemudian tertidur jua. Aku dan Ja yang buntang mata tak boleh tidur. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Kena kita malam ni," aku cakap.

Di kawasan gelap itu ada jaket-jaket aku tergantung. Aku rasa Absyar yang panas kepala, matanya berair dan berlaku halusinasi. Dia nampak jaket tu macam orang. Itu teori aku rasa paling tepat. Kalau salah... wallahu a'lam. Memori Absyar selalunya kuat. Balik kerja petang tadi aku dah soal dia, apa yang dia nampak semalam tapi Absyar enggan berkerjasama.

Balik kerja nanti aku tanya dia lagi. Aku nak tahu rupa jelmaan itu macam mana.

Ahad, 7 April 2013

Pilihanraya Umum ke 13 - Pembangkang VS Kerajaan - TOL

TOL

Penyokong pembangkang alergik gila dengan tol. Tahun 1999, tol di atas jambatang Sultang Mahmud telah diperkosa beramai-ramai pada pukul 2 pagi apabila confirm PAS menang DUN sampai menangis awek jaga tol.

Aku tahu ada masalah dengan sistem pertolan di hiway di Malaysia, especially KL, tapi sebenarnya ia bukan salah tol. Benda ni macam marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Tol bukan satu masalah, tapi penyalahgunaan sistem konsesi dan tol yang sebenarnya masalah.

Itu satu hal. Ketiadaan jalan yang selesa untuk rakyat balik kampung apabila Kerajaan Negeri tak sanggup nak finance sebuah lebuh raya menggunakan struktur kewangan/pelaburan secara konsesi... adalah satu hal yang lain pula. Biar saban tahun jem macam iblis, kematian hentam lubang di selekoh maut di Kuala Krai semacam satu kewajipan untuk ada, tetapi tetap tak mahu buat lebuh raya dengan kadar segera yang hanya boleh direalisasikan dengan pembiayaan pinjaman. (Ini salahnya Pembangkang)

Masalah UMNO pula adalah korupsi, poor management, tak cermat dan cekap dalam membuat aggreement dengan konsesi sehingga kos pembinaan lebuhraya terlalu tinggi. Ini masalah common dalam UMNO, yang mahu kita sebat. Masalah yang sama wujud dalam pembelian Scorpene, pembinaan Power Plant, Kapal Selam, Nuri dan sebagainya you name it.

So, kita sebagai pengundi celik kena kenalpasti apa itu 'root cause' sebenar permasalahan dalam negara. Jangan silap cantas, badan binasa.

Tol tak salah kalau betul implementasi dia. Kalau rata-rata kita buat pinjaman untuk miliki kereta, rumah, isteri dan ijazah sarjana muda dengan kadar segera, tak salah kalau kerajaan buat loan untuk bina lebuhraya dan loan itu diservice appropriately oleh para pengguna. Lebuhraya rakyat di Kuala Krai itu terlalu conventional, macam kau kerja 10 tahun kumpul duit nak beli kereta, and by the time duit kau dah depreciate almost half. Tiada siapa pilih kaedah macam tu. Ekonomi adalah dynamic dan futuristic. Apatah lagi, kita dah lama ada pembiayaan Islam. 

Tol tak salah, konsep konsesi tak salah... Cuma kadar bayaran yang dicaj kepada pengguna itu mestilah 1:1 dengan kos pembinaan lebuhraya... plus a considerate profit margin, staff pay, maintenance dan sebagainya yang mana bab ini kerajaan sepatutnya pantau atau subsidize terus. Bukan bulat-bulat bagi dekat kontraktor sampai melampau-lampau depa untung cekik darah macam sial tak habis-habis. 

Pembayaran melalui tol lebih adil sebab siapa guna dia bayar. Benda basic saja. Macam LRT, Bas 888, Tandas Awam, Komuter, Monorel... siapa guna, dia yang bayar. Sebab apa? Sebab kemudahan ini terlalu localized dan spesifik. Kalaulah pembiayaan Lebuhraraya Damansara Puchong (LDP) itu, contohnya, disubsidi, means ia dibiayai kerajaan aka duit pembayar cukai yang boleh jadi pembayar cukai itu sedang menjala ikan di Kuala Besar Kelantan seumur hidup tak pernah dia pecut BMW dia di LDP. See the simple logic? Most hiway in KL, so charge the people in KL who use it everyday, not everybody in Malaysia.

Kalau hiway itu bersifat nasional macam hiway Utara Selatan, LPT, atau jaringan hiway peringkat kebangsaan, atau jalan-jalan persekutuan yang ada di semua negeri manfaat untuk semua orang in average, then tax payers money can come in.

Aku rasa konsep konsesi yang BN apply selama ni dah betul. Penswastaan bermakna bahagi-bahagikan tugas antara sektor swasta supaya mereka boleh specialize dalam apa yang mereka buat as well as to increase efficiency. Government delegate a business to a GLC so that the GLC boleh concentrate on the business, master it dan lower the operation cost by research and studies.

Yang salah adalah bagaimana konsesi ini dibentuk, bagaimana proses tender dibuat, dan kenapa profit margin konsesi terlalu tinggi yang mana semua ini dibayar oleh pengguna marhaen setiap hari. Dan of course kenapa ada kos untuk dapatkan high level signature...

Keengganan kerajaan Kelantan untuk invest dalam pembinaan lebuhraya dengan meminjam sukuk juga agak tidak tepat. Hutang diperlukan untuk membangunkan infrastruktur asas. They have to play the game and win it. Islamic financing pun dah banyak. Dan perlu segera buat tol untuk hiway Gua Musang - Kuala Krai - Kota Bharu, even kerajaan PAS Kelantan boleh buat tol 'ikhlas', means with minimum payment or you can contribute more based on - seikhlas hati. Of course kena ada minimum payment dari pengguna tol agar kerajaan Negeri berupaya untuk service sukuk 5% per annum. So dekat sini perlukan kebijaksaan dan hemah.

Pembinaan lebuh raya Rakyat perlu disegerakan, dan caranya adalah dengan pembiayaan hutang, dan service hutang itu dengan pengutipan tol. Orang Kelatan tak nampak benda-benda macam ni sebab dah berzaman dalam kepala mereka melabelkan tol seharam najis mughollazoh babi.

Saudara saudari... tol tidak salah tetapi ketidakcekapan menguruskan konsesi adalah satu masalah. So... Be wise, don't be a macai.


Isnin, 1 April 2013

Khairul Fahmi Mat Som - UMNO dan VDO seks.

Aku tak berani nak kata apa video seks di blog papagomo itu tulen atau tidak, apa betul berlaku seperti itu oleh orang yang didakwa atau tidak.

Aku dah baca info dari kedua belah pihak. Memang aku mengutuk papagomo, dan back up cybertroopers PKR, tapi ia bukan soal kredibiliti video tersebut. Ia soal akhlak dan value diri sebagai seorang manusia.

Semalam kecoh pula dengan player baru muncul iaitu Khairul Fahmi Mat Som. Aku buka twitter dia tadi, jenguk-jenguk tuit dia yang lain. Ingat nak follow pentuit-pentuit yang mengamalkan sastera pedas tahap mukjizat. Tapi bila tengok tweet-tweet dia yang lain aku tak ada rasa mahu follow. Tweet KFMS ni tak mencapai index intelektual yang aku harapkan.

Kalau dia bawa contoh 'Kalau imam Muhammad bin Wahab masih hidup....," mungkin tak masuk TV3. Bila sebut 'Rasulullah' dan video seks Rasulullah, ia akan trigger tsunami dan he get what he intended to. Dia bukan lagi budak-budak yang berguling, mencarut dan mendoakan kematian parents agar diberi perhatian. Tapi tuit beliau menggambarkan begitu - kebudakan.

Sorry to say. Aku tak follow tuit tak matang.

Kalau korang tanya aku, aku akan jawab tak perlu keluarkan analogi sebegitu untuk raih perhatian umum. Nampak memang catchy dan pedas, cuma akhlak macam tak berapa comel.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...