Writen by me

Ahad, 30 Disember 2012

Aku menulis bukan kerana nama

Aku sambung menulis di platform free ni bukan nak membuktikan apa-apa. Aku cuma nak berkongsi, sesuatu yang selalu aku, kau, dan mereka pikirkan tapi takut nak luahkan.

Sedar-sedar aku dah bersunat, dah Islam, dah diwajibkan buat itu ini, tanpa sebenarnya aku diberi ruang untuk baca manual, isi form dan buat keputusan sendiri. Lalu tiba pada satu titik dalam hidup, aku terpaksa berdiri persoalkan hukum-hukum itu. Bukan kerana mahu berlagak dan mahu memberontak, tetapi kerana terdapat hukum-hukum absurd yang diinstitusikan yang telah menganggu kehidupan normal aku.

Kehidupan yang Allah bagi kat aku.

Alhamdulillah, selepas dihantar orang tua belajar agama di sekolah agama dan pada masa sama diajar subjek sains, aku memiliki pengetahuan hibrid sebegini. Dan alhamdulillah, sekarang ni banyak sekolah offer kedua-dua core subjek - agama dan sains. Bagai yin-yang. Agama-sains membentuk dua paksi x-y yang amat penting iaitu spiritual-logics, mental-fizikal, reasoning-accepting, dunia-akhirat dan balance antara what you feel - what you think.

Memang sungguh... Allah ciptakan kehidupan ini dalam bentuk berpasang-pasangan.

Hmm...

Tuhan mencipta hidup ini, hidup kita. Very detail, very entertaining, without quoting us any cost. Its FOC. Kita tak pernah diberi sebut harga pun dan kalau pun seminit selepas mati kita tiba-tiba tersedar berdiri di depan cash register dengan resit harga 'Sebuah Kehidupan' di tangan... kita takkan rasa segan untuk bayar pun. Allah telah memberikan manusia satu sistem yang cukup cantik, priceless.

Jika dunia ini adalah sebuah kod bar... akal fikiran kita adalah pengimbasnya. Dunia ini sebuah buku yang Allah beri untuk kita baca, fahamkan, dan praktikkan sunnahNya. Quran pula sebuah guidelines bertulis bersifat non-decisive, optional dan metaphorical (kiasan).

Quran is a book for a heart, not a law.

Jangan kerana terlalu taksub dengan tafsir, huraian ahli ilmu terdahulu dan kitab-kitab kuning, kita abaikan perkara yang paling fundamental, iaitu sunnah Allah.

Rabu, 26 Disember 2012

Root Cause Analysis - Aqidah Islamiyyah mengikut logik sains dan antropologi

Kalau dengar ceramah ustaz Azhar Idrus (UAI), memang kelakar. Pada pandangan aku, ustaz bergenre seperti UAI perlu ada dan sangat penting. Dia bawa aroma baru ke dalam ceramah agama. Dan salah satu sebab aku delete blog lama sebab tertekan perasaan lantaran silap sendiri menyindir UAI tanpa pikir panjang buat aku rasa bersalah yang amat. Aku terlalu emosi, ego dan celupar.

Betul teguran rakan aku. UAI bukan maksum, dia mungkin salah. Jangan dek salah yang sikit buat kita ban keseluruhan ilmu yang dia bagi. Antara konsep yang aku tabik spring dengan UAI bukan lawak dia, tapi penerangan dia akan methodology sesuatu hukum.  Satu usaha yang cukup besar untuk bina paradigma muda-mudi akan Islam.

Contoh jawapan dia berkenaan tutup aurat, pakai tudung itu tak wajib... tapi tutup aurat itu wajib. Pakai baldi tebuk lubang pun boleh asal tutup. Nampak tak? Dia punya description tu sampai ke core concept, membetulkan kefahaman-kefahaman yg bersifat popular. Pastu dia senyum gitu terus melekat dalam kepala. Dan dia layan soalan-soalan bangang bebudak nakal yang aku pasti berjuta-juta soalan sampai kat dia ada banyak lagi yang jauh lebih bangang daripada soalan-soalan yang dapat slot dalam Youtube atau CD itu.

Korang kena terima kasih kat UAI banyak-banyak. Usaha dia hanya Allah yang mampu ganjar.

Hmmm...

Islam mesti difahami sampai ke dasar hati (core processor) menghasilkan aqidah. Apabila konsep asas akan agama betul, lurus dan tegap... datanglah masalah macam mana pun, instinct dan hati kita tetap cerah untuk buat keputusan - berijtihad.

Aqidah adalah kerja di hati, satu struktur fikiran yang kena (in sync) dengan hukum Allah (fitrah). Satu naluri yang suci, yang bersih dari debris-debris ego, emosi, dan hasutan jahat dunia. Aqidah dalam hati buat diri kita jujur, adil, ehsan, bertanggungjawab, dan sebaiknya manusia.

Apa itu aqidah Islam?

Korang boleh baca dalam web Jakim, buku-buku agama dan laman berkaitan akan definisi Aqidah Islamiyyah. Tetapi, di blog ini, macam biasa penerangan keagamaan muncul dalam bentuk saintifik.

Aqidah Islam adalah kita terima, akur, reda dan percaya bahawa kehidupan kita ini telah dimulakan oleh satu Tuhan, bukan terjadi sendiri seperti kesimpulan yang termampu dibuat akal fikiran. Tuhan itu cukup untuk kita akui kewujudanNya di luar sistem logik akal, yang tidak mungkin dapat kita buat research, analysis, measurement, atau buat scientific discovery berkenaan details kejadian Tuhan.

Brain analyzes things that exist, heart feels things beyond existence

Kita patrikan dalam hati kita konsep ketuhanan, yang mana, hidup kita dan alam fikiran kita yang tiada sempadan ini dimulakan dengan sengaja, dan akan berakhir dengan sengaja mengikut formula, parameter, dan timeline (qada dan qadar) yang telah ditetapkan Tuhan di satu arkib yang digelar Luh Mahfuz.

Bagaimana aqidah sebegini boleh bentuk karakter manusia yang baik?

Calm and cool. Apabila kita sedar kita berada di dalam satu balang fizik, hati kita akan kurang resah untuk menerima taik-taik dunia. Kita sedar kewujudan ini kecil saja berbanding hakikat kejadian di luar sana, sesuatu yang super grand yang akan kita ketahui selepas mati nanti. Kehidupan akhirat itu sebenar-benar kehidupan, andainya kamu ketahui.

Aqidah Islamiyyah melahirkan manusia yang rasional, membuat kerja ikut lunas fitrah - hukum alam. Kita tak perlu menggelupur kesentapan memboikot outlet Yahudi, walhal keyahudian yang wujud dalam pasaran tempatan itu berlaku atas konsep supply and demand. Ask the people why they pay 500% more for a cup of kopi at Starbucks? Why Mc D? Why Facebook? Silap ummat Islam sendiri yang tak mampu berada pada kapasiti intelektual setara ketika Facebook diperkenalkan. Lalu berbondong-bondong ummat Islam guna Facebook Yahudi tanpa ada kemampuan untuk buat laman sosial sendiri yang kompetitif.

Israel kuasai ruang udara Palestin selepas diorang kuasai fitrah alam, kuasai formula alam. Kita tak boleh lawan mereka hanya dengan luahan emosi, demonstrasi, bantahan dsb. Palestin mesti bermula dari bawah untuk pick up semua benda yang telah mereka tertinggal, dan bina balik intelektual untuk kuasai ekonomi dunia. Era kenderaan berpetroleum menaikkan ekonomi USA, era elektronik menaikkan Jepun dan kini Rare Earth material telah menaikkan ekonomi China. The next substance, mungkin mass-energy converting transportation, akan dikuasai intelektual Palestin, dan dari situ mereka akan muncul kuasa ekonomi dunia seterusnya. Siapa tahu?

Yang penting, Muslim mesti kuasai fitrah alam ie sains.

Dakwah mesti ikut trend, ikut market, ikut arus pemikiran kontemporari, ikut gaya yang sesuai dengan perkembangan minda manusia. Seperti UAI yang kuasai twitter, youtube dan facebook. Kita usahakan sesuatu ikut caranya,  ikut fitrah Tuhan, ikut usaha yang betul, mengikut pengiraan qada & qadar yang logik tanpa ada rasa malas untuk mengkaji dan belajar. Tanpa amok menggila apabila kerja tak menjadi, sebab kita sedar kebarangkalian orang tak mahu ikut nasihat kita itu ada. Lalu Rasulullah apabila diminta Malaikat untuk menghancurkan penduduk Thaif yang aggresif, Rasulullah tahan. Jangan. Please. They do not know, if they know, they will not do this... 

Kefahamannya asas ini apabila berlekuk pada dasar hati seseorang, dia akan direct bergantung pada Allah.

Manusia yang malas akan mendengar pendapat orang dan hidup atas pendapat itu tanpa perlu panaskan processor-nya untuk mengkaji dan faham chemical reaction ciptaan Allah yang asalnya telah melahirkan pelbagai pendapat bertulis itu. 

Dia rujuk, rujuk, dan rujuk manual bertulis dari Kia Jepun, tak puas hati lagi dia baca Kia Vietnam, Kia Europe, Naza Kia. Cukup di situ usahanya walaupun masalah tak selesai. Tak mahu dia bergerak keluar ke garaj bawa spanar buka bonet, bukak ECU lalu sendiri kecap, cium dan sukat sistem mekanikal enjin yang asalnya dicipta dan dipasang secara langsung oleh mekanik dan designer kereta Kia tersebut.

Manusia malas tetapi mahu mengajar Feqah akan menyokong hujahnya dengan pendapat-pendapat orang terdahulu, membaca, meng-quote, macam burung tiung tanpa otak dia sendiri berfikir untuk synchronize ajaran Nabi 1500 tahun dahulu dengan realiti 2013. Dia korek riwayat itu, riwayat ini, cari mana yang sesuai, Imam Syafie kah, Imam Ahmad kah untuk selesaikan masalah Toharah yang kompleks, yang muncul pada abad ini, tanpa mahu dia keluar bawa cangkul ambil sampel dan kaji sampel bertarikh 21 Jan 2013 itu bawah mikroskop lalu buat analisis. Analisis yang cara kiranya mengikut lunas-lunas qadar di Luh Mahfuz.

Di akhirat, di padang Mahsyar, orang-orang malas ini akan bergantung pada jubah orang itu, bergantung pada jubah syeikh ini. Diri sendiri blur gila babi akan pengadilan yang sedang berlaku. Dan dia berkata, "Hei Tuan Syeikh, dulu enta la ajor ana macam-macam... upah haji la, tarikat Ali dan Husin la, zikir ghaib la, doa tujuh petala langit sepatah aram ana tak paham... tengok sekarang ana kat mana? Kat dalam neraka Jahannam! Nah, sekarang acu cuba bagi surat jaminan untuk ana kluar."

Syeikh tu pun jawab, "Eh, ada ana kenal enta? Enta hidup zaman bila?"

Si dungu menjawab, "tahun 2012."

"MasyaAllah, time tu ana dah 500 tahun mati. Apahal enta bodoh duk percaya pendapat ana bulat-bulat tak mahu fikir. Bukan ke time tu enta dah ada mikroscope elektron? Ada iPhone? Tak reti-reti nak bezakan kerelevanan kandungan kimia air selut dan sabun antibiotik sampai enta samak satu kereta dengan air bendang padi? Enta ni waras ke biol? Tapi pandai pula enta naik kereta, tak naik unta macam sunnah Nabi dan para sahabat? Enta yang bodoh, sekarang enta nak salahkan ana? Skang ni, ana sendiri pun sedang direndam dalam neraka." [40:47, 40:48]

Beraqidah Islamiyyah sepatutnya menjadikan kita sebijak para genius Israel, menjadikan muamalat kita sebagus masyarakat maju di US, dan mengharumkan nilai sivik kita setanding warga Belanda. Di UK chewing gum dilekat di papan yg disediakan, dan tatkala naik trem mereka bersapaan 'hi' dan senyum tak kisah pada siapa... hitam ke putih ke kelabu, dan mereka rasa sangat janggal kalau ada orang sanggup menipu. Penipuan itu bagai najis dalam otak. Bayangkan semua nilai-nilai cantik ini ada pada seorang ummat Islam.

Sopan, sivik dan genius.

Seorang yang berkarisma, bercakap tentang ekonomi, kuasa, dan strategi memajukan masyarakat. Seorang yang jalannya tegap, matanya buntang dan fikirannya cekap. Pakaiannya kemas, bersih dan wangi. Bau nafasnya pun wangi. Apabila bercakap, orang sekeliling akan terpesona kerana suaranya lunak, nadanya mesra, berkarisma, berlapik dan punyai nilai ilmu yang tinggi. Islam mengajar kita jadi manusia, naturally human, just human! Islam bukan mahu tukar seekor ayam jadi ayam bulu terbalik lalu nampak kontras imannya. Lalu berjalan dia dalam komuter dengan jubah, bercelak, berserban dan tali tasbih bermata kuyu apabila bercakap, slow aje tawaduk gitu, terus saja keluar hadis dan perawainya. Bayangkan seekor beruang polar cari ikan di pasar besar siti Khadijah. Janggal tidak? Nampak tak cantik sunnah (fitrah) alam dijadikan Allah?

Kita diselaputi cangkerang yang keras. Kalau kita pecahkan, kita akan dituduh sesat, murtad. Kita ditekan untuk duduk diam dalam sistem lapuk, biarlah semua mundur pun asal diam dan duduk dan tunduk macam kambing.


Khamis, 20 Disember 2012

Agama itu guideline spiritual, softskill... bukan guideline ritual dan gerakan...

Religion names divide. Heart feeling (fitrah) unites. 

Agama bersifat spiritual - keruhanian. Sebuah nasihat agung untuk manusia. Sebuah mekanisme pendidikan kondusif bagi membina satu struktur minda dan jiwa yang berilmu, bijaksana, tenang dan efektif. Agama bertujuan melahirkan manusia yang bijak dan sempurna.

Bukan membentuk masyarakat taklid buta tak mahu berfikir, menonong ikut budaya Arab.

Fikir satu perkara ini. Syurga itu mahal harganya. Sesuatu yang mahal, risikonya tinggi. Everybody knows the trade. Risiko mengejar syurga bukan nyawa. Soul is our life contract, it is not for ever. Doing business for eternal happiness, the risk must be eternal as well. Setiap langkah kita mengejar syurga, ketahuilah, neraka adalah risikonya. Justeru teruslah kamu bercakap, berfikir, berijtihad walaupun radikal, kelihatan munafik dan sesat melawan golongan agama yang  maksum lalu kamu dikafirkan dan dimurtadkan... kerana itulah risikonya.

Itu saja post untuk hari ini.  

Ahad, 16 Disember 2012

Agama tidak perlu berselisih, tetapi bersatu...

Semua agama promote benda baik, semua agama bertujuan mengajar manusia jadi baik. Berbeza mereka cuma pada cubaan membuat spekulasi berkenaan kematian. Berkenaan alam selepas kematian. Apatah lagi semua hujah 'fantasi di atas sana' dibuat berdasarkan inskripsi sejarah, bukan deria sendiri.

How can something we don't know divide us? 

Walhal kita semua sama. Manusia. Kita rasa perkara yang sama. Di dalam hati ada hukum yang sama. Manusia yang berhati baik sepatutnya tidak berpuak-puak kerana agama, tetapi bersatu atas paksi kebenaran, keadilan, kejujuran, dan ketelusan rasa.

Agama atau kepercayaan berkenaan akhirat dan Tuhan biarlah jadi hal peribadi.

Rasulullah berjihad atas paksi kebenaran, kejujuran, keadilan dan ketelusan naluri manusia. Rasulullah membanteras manusia zalim, bukan manusia kafir. Bukan ahli kitab, bukan penganut Kristian, bukan juga Yahudi. Islam dicadangkan, bukan dipaksakan.







Khamis, 13 Disember 2012

Life sometimes sucks! Tapi di situ ia sempurna...

Tempoh hari tengok video iklan anti merokok di facebook Hisyam Ahmad. Di bawah video berderet la komen termasuk soalan stereotype, "dah tahu merokok tu merbahaya, yang pi isap tu apsal?"

Logik tak soalan ni? Hmp! Nak saja aku tanya si pengomen, "naik moto bahaya tak?"

"pakai  high heels bahaya tak?"

"makan manis-manis, bahaya tak?"

"Bunjee jump... bahaya tak?"

Jawapan pada soalan si pengomen tu senang saja. Benda sedap lazimnya berisiko. Macam couples. Dia macam standard senarai antitesis yang saling melengkapi macam siang dan malam. Nak untung banyak, risiko untuk rugi pun akan jadi banyak. Nak makan sedap, risiko penyakit pun sedap. Nak sembuh, kena makan pula benda pahit2. Seks bebas, AIDS. Bunjee jump kalau rendah-rendah tak best. Lagi tinggi lagi best.

Dunia akan berat sebelah kalau semua manusia cantik-cantik, makan sedap-sedap, hisap rokok kandungan tar 57% siap digulung ganja, tapi penyakit tarak, sakit kanser tarak, manusia bermuka buruk tarak, yang negatif2 semua tarak. Sunnah kejadian berpasangan supaya balance. Pada satu sudut dunia, manusia bersuka ria. Pada sudut lain, menderita. Ini basic.

Seorang penduduk di Palestin mungkin ada bertanya, apsal la Allah kasi aku hidup dalam keadaan dunia yang teruk macam ni. Orang seluruh dunia ada masalah, tapi di Palestin, Somalia, Fukushima, masalah agak pekat. Bahkan, semasa Allah ciptakan manusia, para malaikat argue, kenapalah nak rosakkan dunia dengan makhluk berkepala pusing seperti manusia? Apa tak risau ke nanti mereka akan berbunuhan dan menumpahkan darah? Tak risau ke nanti mereka mencapai tahap kebijakan maksimum lalu mereka berperang guna nuklear pulak? Biarlah dunia diduduki binatang saja yang hidup seperti diprogram.

Allah dalam ayat lain turut pesan bahawa bumi memang akan rosak disebabkan tangan-tangan manusia. Bermakna memang qada dan qadar Allah pada manusia memang keunikannya macam tu. Tapi apabila malaikat query seperti di atas, Allah tetap back up kita, Hei malaikat, aku tahu apa yang kamu tak tahu. Dialog ini dicatat dalam surah Al-baqarah.

Hidup kita ni, macam pokok. Bunga yang cantik takkan terbit kalau tiada akar yang busuk terbenam dalam tanah serap baja berbentuk taik-taik ayam di celah-celah butir pasir gambus.

Pada baik buruk, dunia ini keseluruhannya seimbang. Dan takdir yang baik dan buruk tak ada pattern kecuali pengaruh geografi, biologi, dan sebagainya. Kelahiran bayi yang cacat tiada quota spesifik. Ia random, seperti yang kita faham. Siapa-siapa pun boleh lahirkan anak kurang sifat tak kira awak bangsa Jepun, Europe, atau Bolivia. Akan tetapi, walaupun kebarangkalian itu nampak random, pada pengiraan Allah di Luh Mahfuz, tiada istilah rawak atau randam. Every single occurrence, semenjak big bang, inflation, kejadian atom karbon yang pertama, kejadian molekul air dengan kebarangkalian 1 dalam berbilion, pattern taburan kaca gelas yang jatuh dan pecah, kebarangkalian takdir baik buruk manusia, semua kejadian ini tiada berlaku dalam keadaan 'kebetulan' atau random.

Sehelai daun gugur di satu waktu dalam hutan belantara, takkan gugur ia tanpa ada specific details di Luh Mahfuz. Hatta sebijik elektron valens keluar dari molekul lithium dalam bateri iPhone Malini ketika dia bergayut dengan balak dia, tetap ada dalam pengetahuan Allah.

Apabila kita sedih, sakit hati, kecewa... Allah akan tahu. Jadi, duduk sekejap, diam dan tarik oksigen dalam-dalam. Lahirnya kita sebagai manusia, kita kena terima qada dan qadar bahawa otak dan hati kita akan diuji Allah. Jangan bayangkan apabila kita dilanda masalah bermakna Allah secara langsung nak tekan kita gila-gila. Jangan bayangkan apabila hujan turun, kilat sabung-menyabung, Allah secara langsung duk tuang hujan duk percik kilat. "Ha... hak tuih! tu ribut sandy tu bala Allah turunkan kat hang pa la tu Amerika!" Apabila Allah sebut dalam Quran manusia dijadikan dari tanah liat, jangan la duk bayangkan Allah elok duk trim tanah liat macam buat pasu. Jangan jadi sesat dengan pemikiran ortodoks! Simplistik! Kita diuji oleh sistem hidup yang sememangnya bersifat menguji. Sistem alam yang melahirkan ribut. Allah mencipta satu sistem, ditulis semua formula dalam enam hari, selepas itu dengan sengaja Allah sebut Dia sempurna ciptaanNya dalam masa enam hari sebelum dia duduk bersemayam di arasy. Dakwat di Luh Mahfuz lalu kering ia, tak boleh diubah. Allah takkan attend dan entertain surat layang selepas tu. Sistem dunia lalu berlangsung mengikut Qada dan qadarnya.

Kita diuji sistem dunia. Sistem yang ada menyimpan probability yang kita akan dilanda musibah. Hati yang ada kebarangkalian dilukai. Cinta yang ada kebarangkalian dikhianati. California yang ada kebarangkalian dilanda taufan Sandy. Malaysia dilindungi gunung-ganang di India dan Sumatera, tak sampai taufan. Kalau Kelantan negeri serambi Mekah ada dekat sebelah California, Kota Bharu pun tak terkecuali dari kena tibai dengan Sandy. Jangan la nak berlagak sangat. Manusia yang beriman, yang logikal, yang yakin dengan sunnah Tuhan, hatinya lebih tenang sebab dia faham akan kejadian alam.

Memang permainan dunia kadang buat kita rasa sedih, tapi tak perlulah rasa sakit dalam hati itu buat kita jadi tak keruan, tak waras. Dunia ini terlalu kecil untuk cemari ruhani kita yang luas. Take it easy, lagipun, masalah kecik ke masalah besar ke, nobody will walk out of this world alive.

Untuk enjoy hidup ini Allah bagi kita console - deria. Sensory. Dan deria kita boleh kesan benda sedap, boleh juga kesan benda tak sedap, sakit. Dua benda ni saja yang telah drive manusia membentuk satu ketamadunan. Benda sedap untuk kita kejar, benda sakit untuk kita tahu batasnya dan berfikir secara empatik tatkala bersosial dengan orang lain. Kerana kita semua sama. Kalau kita tak suka rasa sakit, jangan la kita sakitkan orang. Kalau kita tak suka lelaki gatal mainkan perasaan adik perempuan kita, jadi, samala, kita sendiri jangan mainkan perasaan adik orang. Manusia lalu tahu sendiri apa yang salah, apa yang betul, sebenarnya. Hati. It is already programmed.

Justeru, tidak perlu adanya agama, kita semua tahu bagaimana untuk hidup dengan cara yang betul. Agama diutuskan hanya sebagai guidelines, sebagai an-nasiihah - nasihat. Kita tak boleh bergayut taklid buta-buta pada teks agama, lebih-lebih lagi yang sudah berselirat. Agama itu mudah. Berfikirlah dengan hati yang jujur dahulu... agama rujuk sebagai panduan. Apabila sedih, kecewa, dan sakit hati dengan kehidupan, kembalilah. Kadang kita zoom in dunia ni terlalu besar. So, zoom out balik, macam google map tu... kecikkan bumi, kecikkan matahari, kecikkan lagi bima sakti, kecikkan lagi... keluar... keluar ke alam realiti yang luas... ke alam yang fikiran kita mampu rasa ia cukup besar, cukup bermakna. Kesedaran kita akan hal ini adalah satu perkara yang cukup besar, cukup bermakna. Jangan sebab kecewa yang kecik di bumi, kita makan hati sampai nak bunuh diri. Jangan jatuh tergolek luka sikit kita dah nak stop main skate board. Semua itu natural. Embedded in the system.

Life... sometimes it sucks as hell. Tapi tanya diri sendiri, apa lebih baik kalau kau langsung tak dilahirkan ke dunia?


Ahad, 9 Disember 2012

Retorik. Ini contoh retorik. Retorik yang menafikan fungsi akal fikiran.

SOALAN: Adakah haiwan seperti kanggaru, ulat mulong, badak air dan keldai boleh dimakan? Adakah dubuk dan anjing laut itu najis?

Komen aku sebelum korang baca jawapan: (Makanan halalan toyyiba, boleh diulas berpandukan ayat Quran/Hadis sebelum diulas lanjut oleh kajian ahli sains makanan

Quran dan hadith menyebut hal ini secara general. Para imam terdahulu, yang menjadi tanggungjawab mereka, tampil memberi ulasan terperinci serta ijtihad berdasarkan ilmu masing-masing, persekitaran dan konklusi terbaik. 

Ulasan terperinci dan ijtihad ini perlu dikemaskini, update, revise bersesuaian pada zaman sekarang. Dan urusan 'agama' ini lebih layak dibuat oleh pegawai bromatology -  pakar sains nutrisi makanan, selain doktor. Tak pernah ada imam dari Arab suruh kita berpegang pada hujah mereka selamanya.
Jawapan di bawah bersifat retorik. Taklid buta. They listen, they nod, no brain in between.)

JAWAPAN: Kanggaru halal dimakan. Tentang ulat mulong pula, dalam mazhab Syafie menjelaskan, segala jenis ulat dihukumkan haram kecuali ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang. Lebih tepat, ia diistilahkan termakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut.

Jadi, menjadi satu syarat iaitu ulat-ulat itu dimakan (tanpa disedari) bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.

Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan daripada buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan.

Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti Minhajuth Tholibin halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada Tuhfatul Muhtaj (juzuk 9, halaman 369 dan 445).

Begitu juga dengan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama pengarang kitab Sabilal Muhtadin (juzuk 1, halaman 38) dengan jelas menyatakan: Bahawasanya telah dinaskan oleh ulama, setiap ulat, dan jika ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, adalah haram memakannya.

Berkenaan badak air pula, ia tidak boleh dimakan kerana ia merupakan hidupan dua alam iaitu air dan darat.

Adapun tentang keldai maka para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar, kuda belang dan seladang. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadis Abi Qatadah).

Hujah Imam As Syafie berhubung dengan dubuk (hyena) ialah haiwan itu tiada taring, sebaliknya semua gigi haiwan itu sama tajam. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba (haiwan pemangsa yang makan secara menerkam seperti singa dan harimau) yang disebut di dalam hadis.

Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim dan hadis dari Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: Ya. Beliau ditanya lagi: Adakah ini disabdakan oleh Nabi SAW? Jawabnya: Ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).

Dubuk bukanlah najis mengikut pendapat Imam Syafie. Berkaitan dengan anjing laut, ia tidak najis tetapi ia tidak pula halal dimakan kerana ia termasuk haiwan dua alam. Wallahu a'lam. <tamat jwpn>

Sampai bila remaja-remaja kita mesti dihidang jawapan retorik sebegini? Jawapan yang dipasak dengan riwayat sana sini, disokong riwayat sana. Imam sana cakap boleh sebab begini begini, imam sini cakap tak boleh sebab begitu begitu. Masukkan keyword arabs, dan rujukan pada ilmuwan arab dahulu buat jawapan kedengaran mantap dan kompleks perkajiannya. Last-last sekali, alah hangpa ni susah2 sangat nak paham perbahasan ulamak terdahulu, susah sangat nak paham kitab kuning bahasa arab lama tu, hang pa ikut saja imam mazhab kita. Selesai. 

The f&%k is that????

Come on girls, majlis fatwa, is this really what we got after all this while? 

REMINDER: kita berpegang pada Quran dan Sunnah, bukan pada pada tafsir, ulasan, ijtihad dan ijmak mereka yang terdahulu. Kita berpegang pada Quran, Sunnah, Qias, dan Ijmak ulama yang efektif pada masa kini, bukan ulamak dulu. Ulamak kini yang ada peralatan lebih tepat, kajian lebih mendalam, hijab ilmu yang telah dibuka sesuai dengan evolusi ilmu pengetahuan.

Wake up dude! Wake up! Ashabul kahfi, bangun, bangun! Anjing kamu dah jadi tulang dan reput!

MasyaAllah. Aku hormat imam terdahulu yang berjuang berijtihad di zaman mereka. Itu tugas mereka. Para imam, para ulamak, para mujahid. Mereka bertindak atas kapasiti mereka. Tugas mereka telah selesai. Tugas kita? Ikut aje? Taklid buta?

Aku ke Sarawak tempoh hari, jumpa geng Navi, datang dari KK, nak balik ke Lumut, mereka singgah 4 hari di Kuching. Seronok dengar cerita pelayaran mereka ke pulau-pulau yang pelik2. Especially di border. Tiba di satu restoran, aku dengar satu kuliah agama dari masjid sebelah. Aku bukan mahu mengeji atau merendah-rendahkan sesi ilmu di situ, tetapi setiap kali aku mendengar kuliah sebegini, naluri aku bergetar. Aku rasa mahu saja basuh tangan dan masuk ke masjid itu untuk memberi ulasan lebih santifik dan spesifik. 

Kebanyakan huraian bab2 feqah terlalu bersifat surface, bersifat basic, yang dicanang semenjak dahulu. Ustaz ketika kuliah maghrib malam tu buka kitab Feqah, ibu susuan. Tentang berapa kali teguk, berapa kali kenyang. Tajuk yang sama, seolah-olah susah benor nak paham sejak dulu. Sempit gila sukatan Feqah Islam. Toharah, munakahat, dan najis. Diulang-ulang sampai babi jadi femes.

Keterlaluan perbahasan dan retorik, buat Mamat terketar-ketar nak mandi wajib takut salah, takut tak rata. Soalan pasal mandi wajib pula macam2 stail. Padahal mandi aje, bukan nak buat reaktor nuklear pun.

We need something else, something at higher level. We need to grow!

Kita kena buang ilmu retorik, kena tapis, ubah atau keluarkan tafsir, ulasan, ijtihad, dan ijmak ulamak-ulamak terdahulu (even mazhab yang 4) yang sudah obsolete. Para pakar ilmuwan kita seperti pakar arkeologi, pakar sejarah, pakar bahasa, pakar fizik, pakar geologi, pakar biologi, pakar pemakanan, pakar najis kita yang sekarang kena tampil gagah perkasa untuk kaji selidik perincian baru, ulasan terkini terhadap wahyu dan sunnah lalu mengeluarkan ijtihad yang lebih praktikal dan sohih.

Kita semua kena kembali kepada sunnah Allah, kembali kepada Islam yakni fitrah. Fitrah adalah susunan formula yang membentuk mentaliti alam, dan mentaliti manusia. Sebarang ulasan dan gerak kerja mesti seiring dengan logik, seiring dengan hukum fitrah alam. Demonstrasi jalanan itu perlu, baling kasut pun perlu, tapi semua itu hanya bersifat reaktif, bersifat segera, bukan satu penyelesaian jangka panjang. Jangan fikir hanya dengan demo kita capai hasil dengan segera. Setiap objektif, ada cara dia. Cara gerak kerja mesti ikut sistem Allah - qada dan qadar.

Palestin tidak boleh diberi ikan, tetapi diajar cara memancing. Ummat Arab disumpah dengan minyak, jadi kenyang dan otak malas berfikir. Saudara sekeliling haram nak peduli. Bagi duit boleh, Oman, Saudi, Kuwait, Jordan boleh bagi duit pada rakyat Palestin, tapi semua itu umpama panadol saja. Middle east tatkala kekeringan minyak atau back up US, UN, mereka nanti akan merempat.

Kebangkitan Islam akan bermula dari luar, bukan dari dunia Arab. Mungkin dari barat sendiri, mungkin dari Asia. Seperti mana kemunculan Islam dahulu dari bangsa Arab, bukan lagi Yahudi.

Patuhi hukum alam, hukum cara kerja minda dan hati manusia pada paksi masa, insyaAllah, apa yang kita usahakan akan tercapai. Doalah untuk rawatan hati, refresher secara spiritual.







Ahad, 25 November 2012

Apabila disebut ilmu agama, terbayanglah kitab Feqah, Tauhid, Hadis... kenapa tidak Geografi atau Antropologi?

Apabila dalam Quran menyebut orang berilmu, laju saja penterjemah meletakkan ilmu (agama) dalam braket. Diangkat darjat orang berilmu beberapa darjat, terus letak dalam braket ilmu (agama). Semua orang faham ilmu agama itu adalah tafsir, hadith, feqah, tauhid.

Betul ilmu fardu ain dan fardu kifayah di bidang ini perlu, tetapi mundurnya kita apabila tidak meletakkan ilmu sains ke dalam fail "ILMU AGAMA"

Ilmu logik atau disebut SCIENCE, sebenarnya kepala ILMU AGAMA! Ilmu lain adalah susulan.



Lihat cantik susunan turunnya Quran.

Ayat Makkiah, ayat awalan, banyak menyebut tentang sains alam seperti bintang, edaran matahari, malam siang, kejadian unta, kejadian kiamat dan sebagainya. Semua ini disebut agar Quraisy jahiliyyah yang taksub dengan agama nenek moyang yang tahyul supaya kembali duduk dan fikir biar logik. Fikir ikut formula alam. Iaitu benda-benda yang semudah Matematik dan Kimia. Tengok cara duduk unta itu. Tengok langit mana tongkatnya? Tengok awan. Tengok matahari. Tengok fisiologi korang sendiri! Ini asas untuk kita berfikir lurus mengikut acuan sunnah Allah - hukum alamiah - so that kita jadi manusia yang logik, sharp dan rasional. Dalam konsep 'The 7 habits of effective people' hal ini dipanggil THE PRIVATE VICTORY.

Ayat Madaniah pula lebih kepada syariah, politik, muamalah dsb, iaitu lebih kepada sistem sosial manusia sesama manusia. Manusia yang sharp tadi perlu diurus, nurture dan grow in a group using a system supaya mereka bertamadun. Dalam konsep 'The 7 habits of effective people' hal ini dipanggil THE PUBLIC VICTORY.

Ayat Madaniah adalah ayat selepas Hijrah didahului oleh Makkiyah. Reason being, hasilkan bata yang kuat dahulu sebelum susun bata-bata itu ke dalam satu struktur bangunan.

Jadi, selepas habis muqaddam, jgn terus taksub dengan surah madaniyyah. Keluar dulu ke serambi rumah tengok pokok buluh, tengok ayam, tengok muka ayam, tengok muka korang sendiri dalam cermin. Dan tanya kenapa. Kenapa Allah buat macam tu macam ni. Kira, analyze dan belajar.

Ok.

Sebagai manusia, Allah memberi kita alatan, tools, supaya kita berupaya menjadi khalifah di bumi. Peralatan itu adalah otak, hati, dan jasad. Sebelum kita menganalisa teks, eksperimen, idea dan kertas kerja, sistem asas otak, hati dan jasad kita mesti dalam keadaan terbaik. Salah pembaris, punah habis semua ukuran bangunan dan KLCC takkan jadi.

Ayat2 makkiah turun di awal penyebaran Islam untuk membina satu logik dalam kepala manusia. Membina mantik mudah untuk petik otak manusia supaya berfikir akan kejadian alam. Dan di zaman Rasulullah, ilmu falaq banyak menjadi perselisihan saintis lalu menjadi topik terbaik untuk difikirkan. Tengok saja surah Naba.

"Tentang apakah yang mereka duk tanya-tanya itu?"

"Oh, tentang satu berita yang amat besar, penting, kritikal"

"Yang mana mereka berselisih pendapat tentang berita besar itu"

KALLA! "Tak payah la kecoh sangat, nanti korang akan tahu!"

Sekali lagi KALLA! "Jangan begitu, nanti-nanti korang akan tahu juga."

"Tidak cukup bagus kah AKU jadikan bumi ini untuk tempat korang?"

"Dan gunung-ganang itu jadi pasak?"

"Dan kami jadikan korang couples"

Kemudian Allah sebut 7 langit, matahari etc...

Manusia di dunia semenjak dulu berselisih akan benda selepas mati - God, angels, dunia akhirat - benda-benda besar yang pada fikiran kita terlalu penting. Kita lalu berperang atas nama agama. Berkonflik atas nama agama. Kita dipisah-pisah sebab alam ghaib kita percaya lain, depa lain. Akhirat itu ada dan penting, tapi apakah ia terlalu penting melebihi nyawa ribuan manusia? Apa perlu kita mempertahankan kepercayaan ini walaupun terpaksa membunuh? Perlu ke nak kecoh-kecoh benda yang tiada bukti empirikal? Apakah patut perselisihan akan perkara ghaib buat hubungan sesama manusia jadi busuk?


Allah beritahu kat atas... Kalla! Jangan! Summa kalla... janganlah. Tak perlulah kecoh-kecoh. Lepas korang mati nanti korang tahu la macam mana, kan? Mengapa nak kecoh? In fact. Sorang manusia pun tak tahu akhirat tu lagu mana, syurga tu lagu mana, rupa Tuhan tu lagu mana. Jadi, mengapa nak terlebih-lebih kecoh dengan korang punya mazhab, imam dan kitab kuning? Tak nampak ke langit tu tinggi? Tak nak fikir ke bumi sebegini kukuh? Tak nampakkah sistem-sistem dunia yang perlu kamu kaji agar kamu lebih harmoni? Untuk apa Aku berikan dunia sebegini canggih dan otak kamu sebegitu hebat kalau kau orang perlu berkecoh-kecoh akan benda yang kamu tak nampak???

Alam ghaib itu urusan Allah, yang kamu nampak kat depan itu urusan kamu wahai manusia. Prioriti kena betul!

Ummat Islam perlukan satu struktur mantik dan logik yang kukuh dalam kepala sebelum membuka kitab-kitab berbentuk falsafah supaya dengan daya fikir yang syumul baru kita akan nampak dengan ikhlas dan jujur di mana silap imam Syafie, bahagian mana Imam Hanbali tersalah tafsir, hadith mana yang tak boleh diterima tafsirnya, dan tafsir ayat mana yang silap dan perlu diperbaiki dengan konteks yang lebih tepat di bawah mikroskop elektron. Tajdid perlukan ini semua.

Semenjak dahulu, kepada adik-adik aku sendiri, adik-adik2 di Facebook, kalau betul mereka mahu mengenali Allah, aku sarankan mereka tengok TV. Tonton National Geografi, tengok Discovery Channel, baca buku Profesor Stephen Hawking tentang masa dan cahaya, telusi teori gravity oleh seorang saintis Israel Sir Isaac Newton, begitu juga Harun Yahya dan sekutunya Darwin.

Teks hadith, Quran, tafsir, kitab amalan, adalah sumber yang dipenuhi idea-idea para manusiawi. Apabila korang mengaji hadith, korang mengaji idea-idea manusia terhadap kata-kata Rasulullah yang merupakan seorang manusia juga. Kita tak nafikan kata2 Rasul dan Quran itu guided text, wahyu yang disampaikan dari langit direct ke dalam vision dan hati Rasulullah dan dua sumber ini amat penting untuk dikaji. Cuma ada perkara lebih penting daripada dua ini. Iaitu wajah Allah.

"Ke mana pun kamu palingkan pandangan kamu, kamu akan nampak wajah Allah..."

Wajah Allah atau Sunnah Allah adalah hukum-hukum, struktur, dan formula yang membentuk dunia kita hari ini iaitu daily fizik, sains, biologi, chemistry, fisiologi, arkeologi termasuk sains haiwan. Ini semua bukan teks, tapi direct knowledge transferred in form of REALITY!

Contoh apabila kita mengkaji sistem memproses kanji oleh daun. Fotosintesis. Bermula dari bekalan air dan garam galian dari akar, kemudian sampai ke liang daun berklorofil, sel hijau ini akan menyerap tenaga matahari, dan karbon dioksida untuk menukarkan galian tadi menjadi kanji dan disimpan dalam sel-sel chloroplast. By product pula oksigen - kita punya tangki nyawa! Proses fotosintesis ini melibatkan formula, tindak balas kimia, parameter-parameter tetap, dan fizik. Saintis mana yang cipta fotosintesis? Saintis mana yang tetapkan diameter kapilari batang mesti kurang dari 0.01mm supaya air boleh diserap naik setinggi 5 meter (pucuk pokok)? Saintis mana yang tetapkan surface tension air? Saintis mana yang tetapkan bahawa batang tebu mesti mempunyai 1238 serat kapilari agar air bergaram galian boleh meresap naik sampai ke daun?

Saintis mana?

Apabila korang bedah siasat sehelai daun dan kaji sistem di atas, korang memang akan merujuk buku Biologi KBSM keluaran Pelangi tulisan Nalini T.Balachandran. Akan tetapi hukum-hukum dalam buku itu bukan dicipta atau dipandai-pandaikan Nalini. Ia dijumpai Nalini, dijumpai Fleming, dijumpai Prof Madya Yusop dan disepakati (muttafaqun alaih) otak-otak manusia seluruh dunia. Ia satu formula asas dari Luh Mahfuz yang difahami manusia, formula fotosintesis. Ia dijumpai manusia, bukan hak manusia. Pemilik mutlak formula ini adalah Allah, The Architect. Justeru, apabila korang menkaji sehelai daun korang sebenarnya sedang berbicara secara langsung dengan Allah.

"Fototropisme adalah pergerakan pucuk tumbuhan ke arah cahaya." - ayat dalam buku teks Biologi.

Ini ayat penulis ke ayat Allah?

"When you compress the air inside a chamber, then you introduce fuel, then you create a spark, a fire will be created."

Ini adalah wahyu daripada Allah untuk kita semua, untuk kita fikir. Bukan ilmu barat, bukan semata-mata retorik, ia direct daripada Pencipta. Sesiapa yang menguasai ilmu-ilmu ini, mereka akan berjaya di dunia. Dan sepatutnya ilmu-ilmu ini menguatkan iman kepada Pencipta dan memberi kejayaan di akhirat juga.

Allah yang menjalankan bintang. Allah yang menjalankan matahari. Allah tahu seluruh urusan meski sebesar-besar sistem stellar, atau sekecil-kecil atom hidrogen. Allah yang mencipta formula Internal Combustion Engine di atas, Allah juga yang menetapkan parameter-parameter penting pada sebatang pokok untuk menghasilkan kanji, bunga, madu dan buah. Apabila hukum-hukum ini disebut dalam bentuk ayat, ia adalah sebutan-sebutan langsung dari Luh Mahfuz. Ia ilmu Allah dihujung jarum itu. Ia adalah ilmu agama paling tinggi. Ia bukan berbentuk teks, tetapi imej - Wajah Allah - sensory, sesuatu yang kita boleh rasa, feel.

Ini adalah ilmu agama paling utama!

Berdasarkan ilmu ini, bagaimana sebenarnya Palestine boleh keluar dari cengkaman Israel? - Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri. Masalah di tebing Gaza bukan Israel, tetapi saudara kita sendiri - Palestin. Dan semua negara Arab, individu muslim yang lemah dan retorik. Israel adalah bangsa terbaik, smart ass. Sejarah dan sebutan dalam Quran sendiri membuktikan hal itu. Dalam kaum Israel ada manusia paling baik, dalam dalam bangsa itu juga ada manusia paling jahat. Nabi ramai dari kaum Israel, pembunuh Nabi juga si Israel. Otak mereka berjalan, menyusun, berusaha dan kejayaan mereka dikecapi dengan formula yang betul. Great pain will create great people.  Palestin akan sengsara, tetapi ini semua formula untuk mereka bangkit menentang Israel kelak.

Okey... kesimpulannya...

Membina satu struktur kefahaman yang berasaskan logik dan rasional di dalam akal dan nurani orang Islam adalah satu mata pelajaran WAJIB dan Fardu Ain ke atas semua orang Islam.

Ilmu sebegini sedang aku terapkan dalam kepala Absyar. Keep asking question based on logic. Terapkan polar pemikiran logik dan reasoning. Why. Pernah semasa aku di tahiyat akhir dia follow dan jungkitkan telunjuk kanan dia. Namun dia tak baca tahiyyat, tapi dia tanya, kat sebelah, "abah, kenapa jari macam tu?" Aku tahu cabaran di masa depan akan jadi agak sukar nanti.

Ilmu penguasaan keupayaan otak dan hati ini membolehkan manusia berpijak pada bumi nyata, clear akan prioriti, bebas dari api emosi, dan dapat menimbang tara idea-idea, tafsir-tafsir, hujah-hujah dengan satu awareness tahap terbaik. Objektif hidup juga jelas.

Formula membentuk pattern, pattern menjadi benchmark dan analisis terhadap pattern memberi kita idea untuk guide semua tindakan kita ke arah hasil terbaik. Agama diwahyukan kepada Nabi sebagai 'the guide of your soul', satu kepercayaan. Namun gerak kerja, tindakan praktikal mesti berteraskan logik, ilmu Allah, pattern dan analisis.


Khamis, 22 November 2012

Kebebasan orang Melayu dalam beragama - dari kaca mata aku

Yang ramai beragama Islam adalah IC orang Melayu, bukan hati mereka. 1,000,000 tweets kata MJ masuk Islam takkan buat Micheal Jackson itu seorang Islam. IC kau, nama kau, keturunan kau, nama mak bapak kau takkan register kau automatik by default Islam dan masuk syurga. Senang-senang?

Kau sendiri yang kena Islamkan diri kau, atau mungkin kau nak jadi sami Buddha, terpulang. Tiada paksaan dalam beragama. Prosedur ini kena pada semua makhluk berakal tak kira dia orang Mexico atau orang Melayu. 


Aku lalu terpanggil untuk bersembang dan kupas bagaimana praktikaliti ayat ini dalam konteks sekarang. Cuba korang nilaikan dengan hati nurani korang...

Lima (5) konsep dan sebab perlu ada kebebasan beragama, Al-Baqarah ayat 256:

  1. Religion is work at heart. Lidah boleh menipu, IC boleh menipu, rupa paras boleh menipu tapi tidak hati. Dan untuk rekod, kemahuan hati tak boleh dipaksa. Mak bapak boleh paksa anak dia makan sayur, tapi seriously mak bapak tak boleh paksa anak dia sukakan sayur. Kau tak boleh paksa Siti Hajar binti Ismail cintakan kau!! Kau kena ambik hati dia, cairkan hati dia, lalu atas pilihan hati dia sendiri untuk cintakan kau betul-betul cinta atau sebab kesian!!! Oleh yang demikian, seorang manusia tak mungkin boleh dipaksa masuk Islam, Kristian, Yahudi kecuali dengan kerelaan hati dia sendiri. Agama tidak boleh dipaksa.
  2. Kebebasan beragama bermakna tiada diskriminasi kerana agama. Islam, pada fikiran aku, menerima kewujudan agama lain, menjamin hak penganut agama lain tidak kira penganut agama lain itu berbangsa Mexico, cina, iban, arab putih, arab hitam, arab badwi atau MELAYU. Seorang manusia yang baik menerima perbezaan pendapat sebagai rahmat bukan permusuhan. Allah yang menentukan koordinat kelahiran manusia, dan justeru hidayah seseorang manusia itu hanya ada di tangan ALLAH. hidayah itu di tangan Allah. Mengeji seorang warganegara Israel hanya kerana dia beragama Yahudi, bermakna korang mengeji ketentuan Allah yang menentukan dia lahir dalam keluarga Yahudi jauh dari hidayah Islam. Kalau korang rasa gila dan memekik 'ko natang gila nak suruh aku convert jadi Jew' maka korang pasti paham apa perasaan orang Yahudi disuruh masuk Islam. Tak pernah ada seorang manusia minta dia dilahirkan dalam keluarga Buddha, dan korang sendiri tak pernah pun isi borang registration jadi Islam sebelum korang lahir. Otomatik lahir Islam kerek nak mampus kafirkan dan jijikkan orang lain. Kita harus reda dengan susunan Allah, qada dan qadar Allah, bahawa hakikat nisbah dan statistik dunia tahun 2012 sebegini. Barat begitu, Jepun begitu, Middle East begitu. Reda bhw iPad lahir dalam kepala orang bukan Islam. Reda Facebook milik orang Israel, so that korang boleh pakai FB tanpa rasa bersalah. Jika korang boleh terima pakai Ipad, Android, S3, FB, anti missile tank, Coke, SAP, Oracle, Six thinking hats dan sebagainya yang dicipta oleh rata-rata orang kapir, apa logik korang nak perasan bagus dan suruh mereka itu masuk Islam? Kalau aku malu siot. Justeru, dengan penuh rendah diri dan rasa tawaduk, kita WAJIB menerima baik fahaman orang lain, budaya orang lain, AGAMA orang lain bersesuaian dengan hak hati naluri mereka untuk hidup sebaik mungkin dan memilih kepercayaan yang mereka fikirkan sesuai, sebagaimana kita sendiri orang Islam perlu diberi hak untuk wujud oleh US, Israel dan China yang ada yellowcake war head.
  3. Allah knows best, gives us the best. World is then diversified, far from generic. Cuba korang bayangkan semua 6,973,738,433 orang manusia di dunia beragama Islam, bercakap bahasa Arab, tulis jawi, makan kebab, berak cangkung, dan nyanyi Qasidah? Tak kira korang outstation ke Jepun, Zimbabwe, Alaska, California... semua sama, semua ckp arab, makan kebab, pakai jubah dan masuk bilik hotel bau Malaikat subuh. Cuba korang bayangkan!! Cuba!! tak boleh kan? Boleh jadi gila kan???? Reda dengan sunnah Allah adalah reda dengan architecture Allah as a whole be it bad, sexy, naked, or dumb. Justeru manusia bebas ikut statistik sunnah Allah dalam hati dia, ikut suka dia lah nak peluk agama apa pun asal dia jujur tak hipokrit. 
  4. Manusia paling sopan santun, baik budi bahasa adalah manusia beragama... tak kira agama apa pun!! Serious, orang yg ikut suruhan agama dia, adalah orang paling baik dalam kalangan manusia. Cuba korang jumpa dan bersembang dengan Gandhi, Dalai Lama, Gautama Buddha, Mullah Omar, Pope, dan TG Nik Aziz... persamaan diorang adalah personaliti yang cantik dan karakter yang ampuh. Baca sejarah mereka, dan baca testimoni orang yang kenal mereka. Para penjenayah, perogol dan penjahat semuanya orang atheist ahli neraka walaupun bernama Nentanyahu atau Syed Karim bin Syed Azidi. Kita kadang konfius antara definisi Personaliti dan Karakter. Dia punya border tu kat mana kdg2 kabur. Jujur adalah karakter, lemah lembut adalah personaliti. Bercakap sentiasa benar itu karakter, bercakap rendah suara dan lunak itu personaliti. Begitu juga dalam tuntutan beragama, kita lupa apa core subjek agama dan apa yang disebut cadangan shj. Dalam Islam kita beriman dengan perkara ghaib hanya percaya akan kewujudan mereka (core). Bagaimana bentuk wujudnya tak pernah ada details kecuali cadangan berbentuk samaran dan metafora. Tidak boleh kita beriktiqad bahawa syurga itu warna hijau dek klorofil bukan cat Jotun, berbukit bukau dengan iklim tropika, berkeluasan sekian-sekian hektar dan semasa masuk kena ada punch card. Tak ada. Semua hadis dan ayat berkenaan syurga akan sungai mengalir di bawah kebun, pintu-pintunya, burung, warna dan semuanya hanyalah METAFORA, atau KIASAN. Kerana apa? SYURGA itu satu realiti kewujudan yang tak boleh dibaca akal manusia, tak terkesan pada semua deria manusia. Jelas??? Tuhan, Allah, kita percaya akan adanya Allah, God, Rahman, Pencipta, The Architect, hanya pada adanya DIA. Kita percaya pada Allah bukan pada namanya atau pada cerita ustaz atau sebab disuruh bapak tetapi kita percaya pada Tuhan pada hati yang kagum, faham, terima dan akur dengan kekuasaanNya yang terpamer pada blue print kejadian Bumi, Emma Maembong, matahari, Galaksi, Photon, lalat buah, Lebai Karim yang boleh kokak kelapa pakai gigi, elektron, Quarks, buah delima, dan air mani. Bagaimana dan di mana Allah itu langsung terkeluar dari urusan akal. Segala details pada perkara ghaib banyak datang dari hadis palsu dan kisah israeliyyat, kisah dongeng ciptaan ulamak yg kreatif dan kelakar dalam menarik minat pendengar yg malangnya ada pendengar yg bangang tahap cipan taklid dan teguk kata tok guru sebutir sebutir tak reti nak pikir mana serius dan lawak. Agama adalah falsafah agung yang memberi kita metafora untuk kefahaman, bayangan dan gambaran. Manakala segala details, work structure, methodology dan gerak kerja mesti datang dari kapasiti kita sendiri sebagai manusia. Ramai orang USA mengaku percaya pada The Great Force, even orang Israel bernama Isaac Newton percaya pada Tuhan, tetapi mereka mengambil sikap berkecuali (atheist) dalam membicarakan soal agama lantaran mereka adalah sejenis manusia yang logik, bertanggungjawab, serious, dan beretika dalam membuat ujikaji, analisis, dan conclusion. Mereka tak buat conclusion semberono macam orang Melayu. Hati mereka percaya pada existence beyond logic which is the God, mereka pegang nilai sivik, moral dan integriti which is the Values, mereka cantik pada personaliti... cuma mereka tidak memilih untuk subscribe pada mana-mana teks, teori, atau ajaran yang spesifik sahaja. Orang arab pula taksub pada teks, kitab, dan programming maulana lalu menjadi terlalu retorik langsung tak kesah pada core business, objektif, integriti case, sivik dan personaliti. Secara praktik dan hakikat, orang Europe, Caucasian, US, lebih dekat dengan agama berbanding orang Arab, Melayu dan Jepun. 
  5. Aku percaya hukum bunuh itu untuk si murtad yang keluar dan memerangi muslim. Bukan yang keluar secara aman. Jangan kerana dulu dia Islam kita jadi kekok nak tetak leher dia kat medan perang. Bunuh sahaja kerana bekas saudara kita itu sudah setaraf kafir harbi. Perpindahan agama, conversion, mesti berlaku atas dasar perdebatan ilmu, bukan nikah, emosi dan dendam. Conversion mesti jujur, keluar atau masuk. Ini adalah rahmat untuk manusia bukan spark kepada permusuhan. 

Selasa, 6 November 2012

Guna otak, fahami betapa dunia ini amat bermakna

Sistem penjanaan hujan sahaja - mula dari pengewapan muka laut, diapung udara melawan graviti lalu menjulang menjadi awan putih yang diarak angin ke daerah kering menjadi hujan.

Jika dengan kadar terkini RM3.5 bagi setiap meter kiub air, berapa kos untuk kita bayar Allah bagi setiap kali hujan?

PERCUMA.

Hidup kadang-kadang susah, tapi kita tahu banyak masa kita enjoy dengan apa yang diberi.

Dunia ini hebat, dicipta penuh kehebatan. Digarap mula dari letusan kosmik Big Bang, mendapan fosil, lagaan kerak Bumi membentuk benua, serta evolusi membentuk hidupan-hidupan... kita kini hidup di zaman puncak - petroleum (sumber tenaga), omnivorous (pelbagai makanan), socialized, civilized, educated, full of awareness (a perfect physiology product of evolution) - zaman manusia semakin membentuk bayang mirip kegeniusan Sang Arkitek. Seperti kanak-kanak bermain plastisin membentuk kereta herot.

Pada akal yang sihat serta hati yang jujur, ilmu sunnah Allah iaitu sains memberitahu bahawa hukum-hukum material dan gerakan (movement) telah diprogram oleh satu kewujudan yang terlalu jauh melampau keupayaan otak manusia. Hati perlu tunduk, akal harus akur.

Di atas sana, apa saja namaNya, apa saja panggilanNya, apa saja persepsi budaya kamu terhadapNya... ada Dia, ada kekuasaanNya. Manusia tidak diajar untuk menjadi hamba agama. Sebaliknya hamba Tuhan. Tuhan yang memberi jasad sebegini canggih untuk manusia berfikir, merenung, dan mencari.



Ahad, 4 November 2012

Dijadikan sebagai manusia, maka kita kena jadi manusia

Yang ada perasaan dalam hati yang punya nyawa dan tindakan sendiri seperti nyamuk dalam rumah.

Kita mesti menerima hakikat diri seorang manusia yang melakukan salah, mempunyai kemahuan, mempunyai rasa kecewa, kasih dan sayang. Kita mesti meraikan pemberian Allah ini, mencari jalan terbaik untuk mencapai yang terbaik dalam hidup. Gagal menjadi insan berguna dalam populasi akan mencipta satu sangkar yang busuk untuk hidup kita sendiri.

Keinginan wajib padanya tanggungan seperti seks haram yang turut melahirkan zuriat. Atau gaji yang menjanjikan stress. Atau skateboarding yang menggelupaskan kepala lutut.

Setiap rasa mahu yang timbul dalam hati, ada hadnya apabila mengambil kira tanggungjawab kepada mereka yang bergantung pada kita. Menelan pahit maung demi naluri seorang manusia yang mahu memberi, menyenangkan, mendamaikan, menyelamatkan dan mengamankan orang di samping - keluarga, adik, abang, saudara, sahabat.



Khamis, 1 November 2012

Libido

Mass exhibition of cleavage and shorts in public, office, online... has taken away the most exciting thing from us, men.

Living men nowadays will never know, will never again feel, the electric shock experienced at 'first night' 20 years ago.

We are doomed.

Rabu, 17 Oktober 2012

1993 - Di alang surau ada lubang kumbang hitam.

Melalui lubang kumbang, aku melihat perawan. Dia baca surah mulut senget. Matanya bulat, bersinar dengan ketajaman fikiran. Apabila dibetulkan bacaan, riak dia tak nampak berubah.

Dia pandang mak muda, dia pandang rahal. Tubuhnya senget ke kiri, tangan kanan memayungi kitab. Suaranya mengalun... tak sedap. Serius. Suaranya tak sedap macam kawannya Nini. Suara Nini halus, dia kasar sikit.

Aku cinta dia... selamanya.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...