Ahad, 25 November 2012

Apabila disebut ilmu agama, terbayanglah kitab Feqah, Tauhid, Hadis... kenapa tidak Geografi atau Antropologi?

Apabila dalam Quran menyebut orang berilmu, laju saja penterjemah meletakkan ilmu (agama) dalam braket. Diangkat darjat orang berilmu beberapa darjat, terus letak dalam braket ilmu (agama). Semua orang faham ilmu agama itu adalah tafsir, hadith, feqah, tauhid.

Betul ilmu fardu ain dan fardu kifayah di bidang ini perlu, tetapi mundurnya kita apabila tidak meletakkan ilmu sains ke dalam fail "ILMU AGAMA"

Ilmu logik atau disebut SCIENCE, sebenarnya kepala ILMU AGAMA! Ilmu lain adalah susulan.



Lihat cantik susunan turunnya Quran.

Ayat Makkiah, ayat awalan, banyak menyebut tentang sains alam seperti bintang, edaran matahari, malam siang, kejadian unta, kejadian kiamat dan sebagainya. Semua ini disebut agar Quraisy jahiliyyah yang taksub dengan agama nenek moyang yang tahyul supaya kembali duduk dan fikir biar logik. Fikir ikut formula alam. Iaitu benda-benda yang semudah Matematik dan Kimia. Tengok cara duduk unta itu. Tengok langit mana tongkatnya? Tengok awan. Tengok matahari. Tengok fisiologi korang sendiri! Ini asas untuk kita berfikir lurus mengikut acuan sunnah Allah - hukum alamiah - so that kita jadi manusia yang logik, sharp dan rasional. Dalam konsep 'The 7 habits of effective people' hal ini dipanggil THE PRIVATE VICTORY.

Ayat Madaniah pula lebih kepada syariah, politik, muamalah dsb, iaitu lebih kepada sistem sosial manusia sesama manusia. Manusia yang sharp tadi perlu diurus, nurture dan grow in a group using a system supaya mereka bertamadun. Dalam konsep 'The 7 habits of effective people' hal ini dipanggil THE PUBLIC VICTORY.

Ayat Madaniah adalah ayat selepas Hijrah didahului oleh Makkiyah. Reason being, hasilkan bata yang kuat dahulu sebelum susun bata-bata itu ke dalam satu struktur bangunan.

Jadi, selepas habis muqaddam, jgn terus taksub dengan surah madaniyyah. Keluar dulu ke serambi rumah tengok pokok buluh, tengok ayam, tengok muka ayam, tengok muka korang sendiri dalam cermin. Dan tanya kenapa. Kenapa Allah buat macam tu macam ni. Kira, analyze dan belajar.

Ok.

Sebagai manusia, Allah memberi kita alatan, tools, supaya kita berupaya menjadi khalifah di bumi. Peralatan itu adalah otak, hati, dan jasad. Sebelum kita menganalisa teks, eksperimen, idea dan kertas kerja, sistem asas otak, hati dan jasad kita mesti dalam keadaan terbaik. Salah pembaris, punah habis semua ukuran bangunan dan KLCC takkan jadi.

Ayat2 makkiah turun di awal penyebaran Islam untuk membina satu logik dalam kepala manusia. Membina mantik mudah untuk petik otak manusia supaya berfikir akan kejadian alam. Dan di zaman Rasulullah, ilmu falaq banyak menjadi perselisihan saintis lalu menjadi topik terbaik untuk difikirkan. Tengok saja surah Naba.

"Tentang apakah yang mereka duk tanya-tanya itu?"

"Oh, tentang satu berita yang amat besar, penting, kritikal"

"Yang mana mereka berselisih pendapat tentang berita besar itu"

KALLA! "Tak payah la kecoh sangat, nanti korang akan tahu!"

Sekali lagi KALLA! "Jangan begitu, nanti-nanti korang akan tahu juga."

"Tidak cukup bagus kah AKU jadikan bumi ini untuk tempat korang?"

"Dan gunung-ganang itu jadi pasak?"

"Dan kami jadikan korang couples"

Kemudian Allah sebut 7 langit, matahari etc...

Manusia di dunia semenjak dulu berselisih akan benda selepas mati - God, angels, dunia akhirat - benda-benda besar yang pada fikiran kita terlalu penting. Kita lalu berperang atas nama agama. Berkonflik atas nama agama. Kita dipisah-pisah sebab alam ghaib kita percaya lain, depa lain. Akhirat itu ada dan penting, tapi apakah ia terlalu penting melebihi nyawa ribuan manusia? Apa perlu kita mempertahankan kepercayaan ini walaupun terpaksa membunuh? Perlu ke nak kecoh-kecoh benda yang tiada bukti empirikal? Apakah patut perselisihan akan perkara ghaib buat hubungan sesama manusia jadi busuk?


Allah beritahu kat atas... Kalla! Jangan! Summa kalla... janganlah. Tak perlulah kecoh-kecoh. Lepas korang mati nanti korang tahu la macam mana, kan? Mengapa nak kecoh? In fact. Sorang manusia pun tak tahu akhirat tu lagu mana, syurga tu lagu mana, rupa Tuhan tu lagu mana. Jadi, mengapa nak terlebih-lebih kecoh dengan korang punya mazhab, imam dan kitab kuning? Tak nampak ke langit tu tinggi? Tak nak fikir ke bumi sebegini kukuh? Tak nampakkah sistem-sistem dunia yang perlu kamu kaji agar kamu lebih harmoni? Untuk apa Aku berikan dunia sebegini canggih dan otak kamu sebegitu hebat kalau kau orang perlu berkecoh-kecoh akan benda yang kamu tak nampak???

Alam ghaib itu urusan Allah, yang kamu nampak kat depan itu urusan kamu wahai manusia. Prioriti kena betul!

Ummat Islam perlukan satu struktur mantik dan logik yang kukuh dalam kepala sebelum membuka kitab-kitab berbentuk falsafah supaya dengan daya fikir yang syumul baru kita akan nampak dengan ikhlas dan jujur di mana silap imam Syafie, bahagian mana Imam Hanbali tersalah tafsir, hadith mana yang tak boleh diterima tafsirnya, dan tafsir ayat mana yang silap dan perlu diperbaiki dengan konteks yang lebih tepat di bawah mikroskop elektron. Tajdid perlukan ini semua.

Semenjak dahulu, kepada adik-adik aku sendiri, adik-adik2 di Facebook, kalau betul mereka mahu mengenali Allah, aku sarankan mereka tengok TV. Tonton National Geografi, tengok Discovery Channel, baca buku Profesor Stephen Hawking tentang masa dan cahaya, telusi teori gravity oleh seorang saintis Israel Sir Isaac Newton, begitu juga Harun Yahya dan sekutunya Darwin.

Teks hadith, Quran, tafsir, kitab amalan, adalah sumber yang dipenuhi idea-idea para manusiawi. Apabila korang mengaji hadith, korang mengaji idea-idea manusia terhadap kata-kata Rasulullah yang merupakan seorang manusia juga. Kita tak nafikan kata2 Rasul dan Quran itu guided text, wahyu yang disampaikan dari langit direct ke dalam vision dan hati Rasulullah dan dua sumber ini amat penting untuk dikaji. Cuma ada perkara lebih penting daripada dua ini. Iaitu wajah Allah.

"Ke mana pun kamu palingkan pandangan kamu, kamu akan nampak wajah Allah..."

Wajah Allah atau Sunnah Allah adalah hukum-hukum, struktur, dan formula yang membentuk dunia kita hari ini iaitu daily fizik, sains, biologi, chemistry, fisiologi, arkeologi termasuk sains haiwan. Ini semua bukan teks, tapi direct knowledge transferred in form of REALITY!

Contoh apabila kita mengkaji sistem memproses kanji oleh daun. Fotosintesis. Bermula dari bekalan air dan garam galian dari akar, kemudian sampai ke liang daun berklorofil, sel hijau ini akan menyerap tenaga matahari, dan karbon dioksida untuk menukarkan galian tadi menjadi kanji dan disimpan dalam sel-sel chloroplast. By product pula oksigen - kita punya tangki nyawa! Proses fotosintesis ini melibatkan formula, tindak balas kimia, parameter-parameter tetap, dan fizik. Saintis mana yang cipta fotosintesis? Saintis mana yang tetapkan diameter kapilari batang mesti kurang dari 0.01mm supaya air boleh diserap naik setinggi 5 meter (pucuk pokok)? Saintis mana yang tetapkan surface tension air? Saintis mana yang tetapkan bahawa batang tebu mesti mempunyai 1238 serat kapilari agar air bergaram galian boleh meresap naik sampai ke daun?

Saintis mana?

Apabila korang bedah siasat sehelai daun dan kaji sistem di atas, korang memang akan merujuk buku Biologi KBSM keluaran Pelangi tulisan Nalini T.Balachandran. Akan tetapi hukum-hukum dalam buku itu bukan dicipta atau dipandai-pandaikan Nalini. Ia dijumpai Nalini, dijumpai Fleming, dijumpai Prof Madya Yusop dan disepakati (muttafaqun alaih) otak-otak manusia seluruh dunia. Ia satu formula asas dari Luh Mahfuz yang difahami manusia, formula fotosintesis. Ia dijumpai manusia, bukan hak manusia. Pemilik mutlak formula ini adalah Allah, The Architect. Justeru, apabila korang menkaji sehelai daun korang sebenarnya sedang berbicara secara langsung dengan Allah.

"Fototropisme adalah pergerakan pucuk tumbuhan ke arah cahaya." - ayat dalam buku teks Biologi.

Ini ayat penulis ke ayat Allah?

"When you compress the air inside a chamber, then you introduce fuel, then you create a spark, a fire will be created."

Ini adalah wahyu daripada Allah untuk kita semua, untuk kita fikir. Bukan ilmu barat, bukan semata-mata retorik, ia direct daripada Pencipta. Sesiapa yang menguasai ilmu-ilmu ini, mereka akan berjaya di dunia. Dan sepatutnya ilmu-ilmu ini menguatkan iman kepada Pencipta dan memberi kejayaan di akhirat juga.

Allah yang menjalankan bintang. Allah yang menjalankan matahari. Allah tahu seluruh urusan meski sebesar-besar sistem stellar, atau sekecil-kecil atom hidrogen. Allah yang mencipta formula Internal Combustion Engine di atas, Allah juga yang menetapkan parameter-parameter penting pada sebatang pokok untuk menghasilkan kanji, bunga, madu dan buah. Apabila hukum-hukum ini disebut dalam bentuk ayat, ia adalah sebutan-sebutan langsung dari Luh Mahfuz. Ia ilmu Allah dihujung jarum itu. Ia adalah ilmu agama paling tinggi. Ia bukan berbentuk teks, tetapi imej - Wajah Allah - sensory, sesuatu yang kita boleh rasa, feel.

Ini adalah ilmu agama paling utama!

Berdasarkan ilmu ini, bagaimana sebenarnya Palestine boleh keluar dari cengkaman Israel? - Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri. Masalah di tebing Gaza bukan Israel, tetapi saudara kita sendiri - Palestin. Dan semua negara Arab, individu muslim yang lemah dan retorik. Israel adalah bangsa terbaik, smart ass. Sejarah dan sebutan dalam Quran sendiri membuktikan hal itu. Dalam kaum Israel ada manusia paling baik, dalam dalam bangsa itu juga ada manusia paling jahat. Nabi ramai dari kaum Israel, pembunuh Nabi juga si Israel. Otak mereka berjalan, menyusun, berusaha dan kejayaan mereka dikecapi dengan formula yang betul. Great pain will create great people.  Palestin akan sengsara, tetapi ini semua formula untuk mereka bangkit menentang Israel kelak.

Okey... kesimpulannya...

Membina satu struktur kefahaman yang berasaskan logik dan rasional di dalam akal dan nurani orang Islam adalah satu mata pelajaran WAJIB dan Fardu Ain ke atas semua orang Islam.

Ilmu sebegini sedang aku terapkan dalam kepala Absyar. Keep asking question based on logic. Terapkan polar pemikiran logik dan reasoning. Why. Pernah semasa aku di tahiyat akhir dia follow dan jungkitkan telunjuk kanan dia. Namun dia tak baca tahiyyat, tapi dia tanya, kat sebelah, "abah, kenapa jari macam tu?" Aku tahu cabaran di masa depan akan jadi agak sukar nanti.

Ilmu penguasaan keupayaan otak dan hati ini membolehkan manusia berpijak pada bumi nyata, clear akan prioriti, bebas dari api emosi, dan dapat menimbang tara idea-idea, tafsir-tafsir, hujah-hujah dengan satu awareness tahap terbaik. Objektif hidup juga jelas.

Formula membentuk pattern, pattern menjadi benchmark dan analisis terhadap pattern memberi kita idea untuk guide semua tindakan kita ke arah hasil terbaik. Agama diwahyukan kepada Nabi sebagai 'the guide of your soul', satu kepercayaan. Namun gerak kerja, tindakan praktikal mesti berteraskan logik, ilmu Allah, pattern dan analisis.


2 ulasan:

  1. sebab ilmu disekularkan... dan disokong plak oleh orang islam yang sempit pengetahuan agama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks komen, UJ. bloglist sy masih aktif tp dlm reader je, jrg2 pergi ke blog uj nmpk lama benar tak update ;)

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...