Jumaat, 23 November 2012

Kebebasan orang Melayu dalam beragama - dari kaca mata aku

Yang ramai beragama Islam adalah IC orang Melayu, bukan hati mereka. 1,000,000 tweets kata MJ masuk Islam takkan buat Micheal Jackson itu seorang Islam. IC kau, nama kau, keturunan kau, nama mak bapak kau takkan register kau automatik by default Islam dan masuk syurga. Senang-senang?

Kau sendiri yang kena Islamkan diri kau, atau mungkin kau nak jadi sami Buddha, terpulang. Tiada paksaan dalam beragama. Prosedur ini kena pada semua makhluk berakal tak kira dia orang Mexico atau orang Melayu. 


Aku lalu terpanggil untuk bersembang dan kupas bagaimana praktikaliti ayat ini dalam konteks sekarang. Cuba korang nilaikan dengan hati nurani korang...

Lima (5) konsep dan sebab perlu ada kebebasan beragama, Al-Baqarah ayat 256:

  1. Religion is work at heart. Lidah boleh menipu, IC boleh menipu, rupa paras boleh menipu tapi tidak hati. Dan untuk rekod, kemahuan hati tak boleh dipaksa. Mak bapak boleh paksa anak dia makan sayur, tapi seriously mak bapak tak boleh paksa anak dia sukakan sayur. Kau tak boleh paksa Siti Hajar binti Ismail cintakan kau!! Kau kena ambik hati dia, cairkan hati dia, lalu atas pilihan hati dia sendiri untuk cintakan kau betul-betul cinta atau sebab kesian!!! Oleh yang demikian, seorang manusia tak mungkin boleh dipaksa masuk Islam, Kristian, Yahudi kecuali dengan kerelaan hati dia sendiri. Agama tidak boleh dipaksa.
  2. Kebebasan beragama bermakna tiada diskriminasi kerana agama. Islam, pada fikiran aku, menerima kewujudan agama lain, menjamin hak penganut agama lain tidak kira penganut agama lain itu berbangsa Mexico, cina, iban, arab putih, arab hitam, arab badwi atau MELAYU. Seorang manusia yang baik menerima perbezaan pendapat sebagai rahmat bukan permusuhan. Allah yang menentukan koordinat kelahiran manusia, dan justeru hidayah seseorang manusia itu hanya ada di tangan ALLAH. hidayah itu di tangan Allah. Mengeji seorang warganegara Israel hanya kerana dia beragama Yahudi, bermakna korang mengeji ketentuan Allah yang menentukan dia lahir dalam keluarga Yahudi jauh dari hidayah Islam. Kalau korang rasa gila dan memekik 'ko natang gila nak suruh aku convert jadi Jew' maka korang pasti paham apa perasaan orang Yahudi disuruh masuk Islam. Tak pernah ada seorang manusia minta dia dilahirkan dalam keluarga Buddha, dan korang sendiri tak pernah pun isi borang registration jadi Islam sebelum korang lahir. Otomatik lahir Islam kerek nak mampus kafirkan dan jijikkan orang lain. Kita harus reda dengan susunan Allah, qada dan qadar Allah, bahawa hakikat nisbah dan statistik dunia tahun 2012 sebegini. Barat begitu, Jepun begitu, Middle East begitu. Reda bhw iPad lahir dalam kepala orang bukan Islam. Reda Facebook milik orang Israel, so that korang boleh pakai FB tanpa rasa bersalah. Jika korang boleh terima pakai Ipad, Android, S3, FB, anti missile tank, Coke, SAP, Oracle, Six thinking hats dan sebagainya yang dicipta oleh rata-rata orang kapir, apa logik korang nak perasan bagus dan suruh mereka itu masuk Islam? Kalau aku malu siot. Justeru, dengan penuh rendah diri dan rasa tawaduk, kita WAJIB menerima baik fahaman orang lain, budaya orang lain, AGAMA orang lain bersesuaian dengan hak hati naluri mereka untuk hidup sebaik mungkin dan memilih kepercayaan yang mereka fikirkan sesuai, sebagaimana kita sendiri orang Islam perlu diberi hak untuk wujud oleh US, Israel dan China yang ada yellowcake war head.
  3. Allah knows best, gives us the best. World is then diversified, far from generic. Cuba korang bayangkan semua 6,973,738,433 orang manusia di dunia beragama Islam, bercakap bahasa Arab, tulis jawi, makan kebab, berak cangkung, dan nyanyi Qasidah? Tak kira korang outstation ke Jepun, Zimbabwe, Alaska, California... semua sama, semua ckp arab, makan kebab, pakai jubah dan masuk bilik hotel bau Malaikat subuh. Cuba korang bayangkan!! Cuba!! tak boleh kan? Boleh jadi gila kan???? Reda dengan sunnah Allah adalah reda dengan architecture Allah as a whole be it bad, sexy, naked, or dumb. Justeru manusia bebas ikut statistik sunnah Allah dalam hati dia, ikut suka dia lah nak peluk agama apa pun asal dia jujur tak hipokrit. 
  4. Manusia paling sopan santun, baik budi bahasa adalah manusia beragama... tak kira agama apa pun!! Serious, orang yg ikut suruhan agama dia, adalah orang paling baik dalam kalangan manusia. Cuba korang jumpa dan bersembang dengan Gandhi, Dalai Lama, Gautama Buddha, Mullah Omar, Pope, dan TG Nik Aziz... persamaan diorang adalah personaliti yang cantik dan karakter yang ampuh. Baca sejarah mereka, dan baca testimoni orang yang kenal mereka. Para penjenayah, perogol dan penjahat semuanya orang atheist ahli neraka walaupun bernama Nentanyahu atau Syed Karim bin Syed Azidi. Kita kadang konfius antara definisi Personaliti dan Karakter. Dia punya border tu kat mana kdg2 kabur. Jujur adalah karakter, lemah lembut adalah personaliti. Bercakap sentiasa benar itu karakter, bercakap rendah suara dan lunak itu personaliti. Begitu juga dalam tuntutan beragama, kita lupa apa core subjek agama dan apa yang disebut cadangan shj. Dalam Islam kita beriman dengan perkara ghaib hanya percaya akan kewujudan mereka (core). Bagaimana bentuk wujudnya tak pernah ada details kecuali cadangan berbentuk samaran dan metafora. Tidak boleh kita beriktiqad bahawa syurga itu warna hijau dek klorofil bukan cat Jotun, berbukit bukau dengan iklim tropika, berkeluasan sekian-sekian hektar dan semasa masuk kena ada punch card. Tak ada. Semua hadis dan ayat berkenaan syurga akan sungai mengalir di bawah kebun, pintu-pintunya, burung, warna dan semuanya hanyalah METAFORA, atau KIASAN. Kerana apa? SYURGA itu satu realiti kewujudan yang tak boleh dibaca akal manusia, tak terkesan pada semua deria manusia. Jelas??? Tuhan, Allah, kita percaya akan adanya Allah, God, Rahman, Pencipta, The Architect, hanya pada adanya DIA. Kita percaya pada Allah bukan pada namanya atau pada cerita ustaz atau sebab disuruh bapak tetapi kita percaya pada Tuhan pada hati yang kagum, faham, terima dan akur dengan kekuasaanNya yang terpamer pada blue print kejadian Bumi, Emma Maembong, matahari, Galaksi, Photon, lalat buah, Lebai Karim yang boleh kokak kelapa pakai gigi, elektron, Quarks, buah delima, dan air mani. Bagaimana dan di mana Allah itu langsung terkeluar dari urusan akal. Segala details pada perkara ghaib banyak datang dari hadis palsu dan kisah israeliyyat, kisah dongeng ciptaan ulamak yg kreatif dan kelakar dalam menarik minat pendengar yg malangnya ada pendengar yg bangang tahap cipan taklid dan teguk kata tok guru sebutir sebutir tak reti nak pikir mana serius dan lawak. Agama adalah falsafah agung yang memberi kita metafora untuk kefahaman, bayangan dan gambaran. Manakala segala details, work structure, methodology dan gerak kerja mesti datang dari kapasiti kita sendiri sebagai manusia. Ramai orang USA mengaku percaya pada The Great Force, even orang Israel bernama Isaac Newton percaya pada Tuhan, tetapi mereka mengambil sikap berkecuali (atheist) dalam membicarakan soal agama lantaran mereka adalah sejenis manusia yang logik, bertanggungjawab, serious, dan beretika dalam membuat ujikaji, analisis, dan conclusion. Mereka tak buat conclusion semberono macam orang Melayu. Hati mereka percaya pada existence beyond logic which is the God, mereka pegang nilai sivik, moral dan integriti which is the Values, mereka cantik pada personaliti... cuma mereka tidak memilih untuk subscribe pada mana-mana teks, teori, atau ajaran yang spesifik sahaja. Orang arab pula taksub pada teks, kitab, dan programming maulana lalu menjadi terlalu retorik langsung tak kesah pada core business, objektif, integriti case, sivik dan personaliti. Secara praktik dan hakikat, orang Europe, Caucasian, US, lebih dekat dengan agama berbanding orang Arab, Melayu dan Jepun. 
  5. Aku percaya hukum bunuh itu untuk si murtad yang keluar dan memerangi muslim. Bukan yang keluar secara aman. Jangan kerana dulu dia Islam kita jadi kekok nak tetak leher dia kat medan perang. Bunuh sahaja kerana bekas saudara kita itu sudah setaraf kafir harbi. Perpindahan agama, conversion, mesti berlaku atas dasar perdebatan ilmu, bukan nikah, emosi dan dendam. Conversion mesti jujur, keluar atau masuk. Ini adalah rahmat untuk manusia bukan spark kepada permusuhan. 

1 ulasan:

Tirana berkata...

Setuju dengan pandangan Khairi.. kalau dipaksa pun tak guna jika hati tidak redha..jadi hipokrit la pulak kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »