Tempoh hari tengok video iklan anti merokok di facebook Hisyam Ahmad. Di bawah video berderet la komen termasuk soalan stereotype, "dah tahu merokok tu merbahaya, yang pi isap tu apsal?"
Logik tak soalan ni? Hmp! Nak saja aku tanya si pengomen, "naik moto bahaya tak?"
"pakai high heels bahaya tak?"
"makan manis-manis, bahaya tak?"
"Bunjee jump... bahaya tak?"
Jawapan pada soalan si pengomen tu senang saja. Benda sedap lazimnya berisiko. Macam couples. Dia macam standard senarai antitesis yang saling melengkapi macam siang dan malam. Nak untung banyak, risiko untuk rugi pun akan jadi banyak. Nak makan sedap, risiko penyakit pun sedap. Nak sembuh, kena makan pula benda pahit2. Seks bebas, AIDS. Bunjee jump kalau rendah-rendah tak best. Lagi tinggi lagi best.
Dunia akan berat sebelah kalau semua manusia cantik-cantik, makan sedap-sedap, hisap rokok kandungan tar 57% siap digulung ganja, tapi penyakit tarak, sakit kanser tarak, manusia bermuka buruk tarak, yang negatif2 semua tarak. Sunnah kejadian berpasangan supaya balance. Pada satu sudut dunia, manusia bersuka ria. Pada sudut lain, menderita. Ini basic.
Seorang penduduk di Palestin mungkin ada bertanya, apsal la Allah kasi aku hidup dalam keadaan dunia yang teruk macam ni. Orang seluruh dunia ada masalah, tapi di Palestin, Somalia, Fukushima, masalah agak pekat. Bahkan, semasa Allah ciptakan manusia, para malaikat argue, kenapalah nak rosakkan dunia dengan makhluk berkepala pusing seperti manusia? Apa tak risau ke nanti mereka akan berbunuhan dan menumpahkan darah? Tak risau ke nanti mereka mencapai tahap kebijakan maksimum lalu mereka berperang guna nuklear pulak? Biarlah dunia diduduki binatang saja yang hidup seperti diprogram.
Allah dalam ayat lain turut pesan bahawa bumi memang akan rosak disebabkan tangan-tangan manusia. Bermakna memang qada dan qadar Allah pada manusia memang keunikannya macam tu. Tapi apabila malaikat query seperti di atas, Allah tetap back up kita, Hei malaikat, aku tahu apa yang kamu tak tahu. Dialog ini dicatat dalam surah Al-baqarah.
Hidup kita ni, macam pokok. Bunga yang cantik takkan terbit kalau tiada akar yang busuk terbenam dalam tanah serap baja berbentuk taik-taik ayam di celah-celah butir pasir gambus.
Pada baik buruk, dunia ini keseluruhannya seimbang. Dan takdir yang baik dan buruk tak ada pattern kecuali pengaruh geografi, biologi, dan sebagainya. Kelahiran bayi yang cacat tiada quota spesifik. Ia random, seperti yang kita faham. Siapa-siapa pun boleh lahirkan anak kurang sifat tak kira awak bangsa Jepun, Europe, atau Bolivia. Akan tetapi, walaupun kebarangkalian itu nampak random, pada pengiraan Allah di Luh Mahfuz, tiada istilah rawak atau randam. Every single occurrence, semenjak big bang, inflation, kejadian atom karbon yang pertama, kejadian molekul air dengan kebarangkalian 1 dalam berbilion, pattern taburan kaca gelas yang jatuh dan pecah, kebarangkalian takdir baik buruk manusia, semua kejadian ini tiada berlaku dalam keadaan 'kebetulan' atau random.
Sehelai daun gugur di satu waktu dalam hutan belantara, takkan gugur ia tanpa ada specific details di Luh Mahfuz. Hatta sebijik elektron valens keluar dari molekul lithium dalam bateri iPhone Malini ketika dia bergayut dengan balak dia, tetap ada dalam pengetahuan Allah.
Apabila kita sedih, sakit hati, kecewa... Allah akan tahu. Jadi, duduk sekejap, diam dan tarik oksigen dalam-dalam. Lahirnya kita sebagai manusia, kita kena terima qada dan qadar bahawa otak dan hati kita akan diuji Allah. Jangan bayangkan apabila kita dilanda masalah bermakna Allah secara langsung nak tekan kita gila-gila. Jangan bayangkan apabila hujan turun, kilat sabung-menyabung, Allah secara langsung duk tuang hujan duk percik kilat. "Ha... hak tuih! tu ribut sandy tu bala Allah turunkan kat hang pa la tu Amerika!" Apabila Allah sebut dalam Quran manusia dijadikan dari tanah liat, jangan la duk bayangkan Allah elok duk trim tanah liat macam buat pasu. Jangan jadi sesat dengan pemikiran ortodoks! Simplistik! Kita diuji oleh sistem hidup yang sememangnya bersifat menguji. Sistem alam yang melahirkan ribut. Allah mencipta satu sistem, ditulis semua formula dalam enam hari, selepas itu dengan sengaja Allah sebut Dia sempurna ciptaanNya dalam masa enam hari sebelum dia duduk bersemayam di arasy. Dakwat di Luh Mahfuz lalu kering ia, tak boleh diubah. Allah takkan attend dan entertain surat layang selepas tu. Sistem dunia lalu berlangsung mengikut Qada dan qadarnya.
Kita diuji sistem dunia. Sistem yang ada menyimpan probability yang kita akan dilanda musibah. Hati yang ada kebarangkalian dilukai. Cinta yang ada kebarangkalian dikhianati. California yang ada kebarangkalian dilanda taufan Sandy. Malaysia dilindungi gunung-ganang di India dan Sumatera, tak sampai taufan. Kalau Kelantan negeri serambi Mekah ada dekat sebelah California, Kota Bharu pun tak terkecuali dari kena tibai dengan Sandy. Jangan la nak berlagak sangat. Manusia yang beriman, yang logikal, yang yakin dengan sunnah Tuhan, hatinya lebih tenang sebab dia faham akan kejadian alam.
Memang permainan dunia kadang buat kita rasa sedih, tapi tak perlulah rasa sakit dalam hati itu buat kita jadi tak keruan, tak waras. Dunia ini terlalu kecil untuk cemari ruhani kita yang luas. Take it easy, lagipun, masalah kecik ke masalah besar ke, nobody will walk out of this world alive.
Untuk enjoy hidup ini Allah bagi kita console - deria. Sensory. Dan deria kita boleh kesan benda sedap, boleh juga kesan benda tak sedap, sakit. Dua benda ni saja yang telah drive manusia membentuk satu ketamadunan. Benda sedap untuk kita kejar, benda sakit untuk kita tahu batasnya dan berfikir secara empatik tatkala bersosial dengan orang lain. Kerana kita semua sama. Kalau kita tak suka rasa sakit, jangan la kita sakitkan orang. Kalau kita tak suka lelaki gatal mainkan perasaan adik perempuan kita, jadi, samala, kita sendiri jangan mainkan perasaan adik orang. Manusia lalu tahu sendiri apa yang salah, apa yang betul, sebenarnya. Hati. It is already programmed.
Justeru, tidak perlu adanya agama, kita semua tahu bagaimana untuk hidup dengan cara yang betul. Agama diutuskan hanya sebagai guidelines, sebagai an-nasiihah - nasihat. Kita tak boleh bergayut taklid buta-buta pada teks agama, lebih-lebih lagi yang sudah berselirat. Agama itu mudah. Berfikirlah dengan hati yang jujur dahulu... agama rujuk sebagai panduan. Apabila sedih, kecewa, dan sakit hati dengan kehidupan, kembalilah. Kadang kita zoom in dunia ni terlalu besar. So, zoom out balik, macam google map tu... kecikkan bumi, kecikkan matahari, kecikkan lagi bima sakti, kecikkan lagi... keluar... keluar ke alam realiti yang luas... ke alam yang fikiran kita mampu rasa ia cukup besar, cukup bermakna. Kesedaran kita akan hal ini adalah satu perkara yang cukup besar, cukup bermakna. Jangan sebab kecewa yang kecik di bumi, kita makan hati sampai nak bunuh diri. Jangan jatuh tergolek luka sikit kita dah nak stop main skate board. Semua itu natural. Embedded in the system.
Life... sometimes it sucks as hell. Tapi tanya diri sendiri, apa lebih baik kalau kau langsung tak dilahirkan ke dunia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan