Hari ini aku mahu provoke akidah kita terhadap agama, satu ajaran yang kita warisi dan mempunyai suruhan sosial yang mandatori (seperti solat) lalu memaksa kita untuk memahami apa itu sebenarnya agama dan mengapa.
Kita semua tahu agama mempunyai pengaruh yang kuat, lantaran manusia diberi daya curiosity yang gila luas malangnya tanpa sebarang akses ke bluprint penciptaan. Alam ruh, alam akhirat, dua-dua beyond reach. Walhal kelangsungan hidup selepas mati kuat minda kita pertahankan, tidur selamanya tak bangun-bangun adalah satu hal yang sangat tidak logik.
Dari hujung barat sampai ke hujung timur, manusia tampil sukarela mengelaskan diri mereka ikut agama dan melakukan ritual-ritual tertentu. Pemakaian mereka lalu dibezakan agar mencermin agama mereka. Berada di kelompok benar adalah satu nikmat yang diberi prioritas.
Selepas sekian lama sistem sosial manusia berevolusi, agama kembali sempit. Agama kembali menjadi milik satu2 kelompok, menjadi terlalu khusus dan pemencilan diri berlaku demi tagline agama.
Benarkah agama itu begitu khusus dan spesifik?
Aku rasa kita semua dah salah faham akan objektif utama Allah memberikan kita agama. Kita berbalah dengan nama Tuhan, memandang serong orang lain kerana kepercayaan mereka. Kita jadi berbeza... kerana agama. Walhal, secara natural, kita semua sama, .
Aku di sini melihat Islam pada keluasannya, pada kebijaksanaan Rasulullah memberi fleksibiliti pada fikrah manusia. Aku lihat agama pada mengumumkan manusia, bukan mengkhususkan.
Sebagai seorang jurutera, seorang jejaka dari kampung yang daif, sebagai seorang yang dididik dengan suasana introvert dan inferior, sebagai seorang pelajar sekolah agama arab yang biasa dengan perbahasan feqah, hadith, dan tafsir... seriously aku melihat Islam dari sudut yang bebas. Aku faham. Setiap perkataan kita terhadap Tuhan akan dicabar di akhirat. Justeru dalam melontarkan pendapat dan idea berkenaan agama, kita sebenarnya meletakkan hubungan kita dengan pencipta kita dalam risiko. Justeru, apa yang dikata, perlu ada rujukan, rasional dan reason.
Rujukan, rasionaliti dan reasoning. Itu semua sebenarnya ada di mana?
Neraca kebenaran bukan ada pada nama Muslim atau Bukhari, bukan pada nama Dr Ghali yang menafsirkan Quran, bukan pada Hamka atau pada nama Muhammad Rasulullah SAW. "Eh, ini betul ni, Imam Syafie yang cakap dalam kitab sekian sekian." Mereka boleh menyebut suruhan ini daripada Muhammad, sebegini katanya Syafi'e berharap nama itu mengunci sesuatu yang disampaikan itu pada paksi kebenaran.
Ajaran Islam yang dibawa harmoni dengan psikologi manusia, kena dengan fizik material, kena dengan the laws of creation. Terbukti pada kebangkitan Arab dari spisis manusia tak guna menjadi pemimpin dunia. Terbukti pada kuasa politik yang masih memegang rekod kuasa politik paling berjaya dalam sejarah manusia. Terbukti pada peristiwa Umar menakluki Jurusalem tanpa setitik darah ditumpahkan. Terbukti pada sains apabila teori geocentric (bumi sbg pusat alam semesta) Ptolemy dicabar selepas 1000 tahun berdiri sebagai LAW of science. Proven melahirkan pioneer saintis - saintis optik, fisiologi, kosmos, matematik dan sebagai. Sistem dibawa Muhammad melahirkan saintis yang ilmu dan kajian mereka menjadi asas rujukan sampai ke hari ini, dan seterusnya.
Nabi Muhammad bercakap dari hati yang bersih suci, bercakap bagi pihak Pencipta. Kata-katanya sentiasa benar dan benarnya ia diukur pada keberhasilannya menggubah hukum-hukum dunia melahirkan satu fenomena ketamadunan. Islam merubah hidup manusia, di timur di barat dan di mana-mana.
Motif karangan saya pada hari ini.... para sahabat... untuk cuba mengembalikan kita kepada Tuhan. Kita mendengar gema suara Rasulullah, diriwayatkan selepas 1400 tahun melalui pelbagai riwayat dan berubah mengikut geografi, kita kini tidak lagi bernafsu untuk mencabar riwayat itu pada logic ground, pada hukum dunia ciptaan Allah. Kita jadi dayus untuk berdiri sebagai manusia syumul dan takut untuk menafikan kebatilan yang kita faham.
Kita menjadikan manusia sebagai neraca, menjadikan satu idea itu konkrit lantaran ia disebut tokoh2 tertentu macam tokoh itu seorang tuhan.
Allah telah menetapkan Rasulullah sebagai rasul terakhir kerana pada sistem Islam bawaan Rasulullah itu sebenarnya ada satu kod self-sustain, yang melahirkan pemikir kendiri, para saintis yang mencetus ilmu alam (universal knowledge) yang akhirnya bercambah menjadi satu disiplin ilmu yang cukup detail. Ilmu ini akhirnya mampu membaca law of creation pada tahap molekul, atom, quarks dan optic (time vs light speed). Ini adalah warisan Rasulullah untuk kita.
Zaman jahiliyyah, SCIENCE WAS DEAD, logic was shit, rational was bullshit.
Now where are we?
Kita tidak ambil ilmu sains kiriman Rasulullah yang mencabar itu untuk kita bentuk asas-asas agama. Tapi kita pilih ilmu retorik, kita berpaut pada jubah-jubah ulama terdahulu, kita kekal dengan ilmu yang sudah obsolete. Kita takut untuk update version imam Syafie dengan data analysis yang lebih detail dan saintifik.
Benarnya Rasulullah bukan sebab baginda Rasul maka kata-kata baginda automatik benar. Tidak. Benarnya Rasulullah sebab semua tindakan dan suruhannya kena dengan Qadar Allah. Buktinya adalah kecantikan tamadun yang kita baca dalam buku sejarah, dan apa yang kita dapat lihat hingga ke hari ini.
Benarnya sesuatu suruhan itu bukan sebab ia disebut hadith, Quran, dan ulama. Benarnya sesuatu suruhan itu apabila ia kena dengan Qadar Allah, lalu hasilnya jelas positif dan membahagiakan setiap manusia. Qadar Allah adalah ilmu direct dari Allah tersembunyi dalam atom-atom, graviti dan binatang yang sentiasa bertasbih kepada Allah sikit pun properties batu-batu dan api air itu tidak lari dari Qadar Allah pada mereka. We can rely on them, as much as we relied on periodic table to run a nuclear plant.
Hadith, Quran, dan kitab tafsiran walaupun sumber asalnya datang dari Allah, akan tetapi ia merentasi satu medium fragile dan berbolak-balik iaitu manusia-manusia.
Islam is an art of managing people so that they get the best each. As a delegation from above (khalifah), that is our main purpose of life. To enjoy life, together.
9 ulasan:
mind provoking..........
Dah share kat FB...hehehe
Thanks kak... ;-)
Quran secara literal dan non-literal provoke kita. sesetengah org play safe, defensive, dan kekal pada takuk lama. walhal kita kena proaktif dan progressive.
dah share kat blog ngan fb..:)
Sebagai seorang jurutera, seorang
jejaka dari kampung yang daif,
sebagai seorang yang dididik
dengan suasana introvert dan
inferior, sebagai seorang pelajar
sekolah agama arab yang biasa
dengan perbahasan feqah, hadith,
dan tafsir... seriously aku melihat
Islam dari sudut yang bebas. Aku
faham
Ntah ape2 la kemerengan yg engkau bgtau nih..x yah cakap bnyk yg makin menampakkan kebiolan sendiri..kesian ko
Aku xpaham sangat entry nie sbb ilmu aku rendah. Sesuai untuk org dah ade basic.
Kalau salah paham, boleh lari akidah ni. huhu..
but, seriously, u r vendetta.
Catat Ulasan