Memaparkan catatan dengan label Jeddah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeddah. Papar semua catatan

Khamis, 20 November 2014

Semasa Hujan Merah tu ana berada di Jeddah minum teh

Aku tak sangka benda ni jadi viral sampai ramai orang Melayu jadi bertaubat dan mula ingat Tuhan setelah lama hidup dalam kelalaian. Alhamdulillah.

Cuaca di negara timur tengah ni memang susah nak hujan. Allah setting cuaca kat sini banyak panas dan kering sepanjang tahun sampai air nak minum pun takde, apatah lagi sungai untuk aku memancing. Tapi petroleum banyak, lalu beberapa jurutera Malaysia dan Pakistan datang ke sini untuk operate desalination plant (proses air laut jadi air minum) agar orang, unta, kambing, pokok dapat minum dan hidup.

Bagaimana Allah set cuaca di bumi ni? Di Europe dia ada empat musim, di Jepun ada salji, di Malaysia ada musim mengawan (tengkujuh) dan di Arab Saudi ada musim panas dan sejuk kering. Memang Tuhan yang buat semua ni. Tuhan yang buat bumi dengan musim-musim. Tapi apakah buatan ini kita tak boleh paham lalu kita beragama tanpa akal macam pemforward hujan merah di Mekkah di whatsapp dan FB?

Apakah Puurrrr... Allah sembur api ke timur tengah maka jadilah ia gurun. Puurrrr... Allah curah air ke Asia jadilah dia negara khatulistiwa, atau malaikat turun tanam pokok banyak-banyak di Kalimantan sebab tu dia banyak pokok.

Remember o human, Allah made everything with ratio, proportionate. [54:49] Allah maha bijak, yang mana value pada penciptaan langit dan bumi hanya boleh dibaca oleh orang yang berilmu (sains), yang hasil dari ilmu itu adalah iman, faith.

Jarak bumi dan matahari adalah 149,600,000 km. Bumi mengelilingi matahari dalam keadaan berpusing. Satu pusingan lengkap = 24 jam, satu keliling lengkap = 365 hari. Paksi pusingan bumi pula tak selari dengan matahari. Pusingan dia sedikit tilted, senget sebanyak 23.5 degree yang disebut obliquity. Jadi selama 365 hari bumi berpusing mengelilingi matahari, region south dan north akan ada dua kedudukan berbeza. First half dia jauh dari matahari, second half dia dekat. Bila dekat, dia terima banyak radiasi solar jadi musim summer, bila jauh dia jadi sejuk - winter. Bumi dibalut 5 lapisan atmosfera iaitu kulit luar sekali, exosfera, lapisan lebih dalam sedikit, mesosfera, yang mana meteor akan terbakar kat sini, kemudian ada stratosfera yang menjadi laluan kapal terbang dan juga lapisan ozone yang menapis solar matahari yang masuk ke troposfera. Lalu suhu di bumi regulated, tiada perubahan mendadak dan stabil. Perubahan musim sejuk ke panas, panas ke sejuk lalu harmoni - spring, autumn.

Semua ini dibuat untuk kamu, kamu dan kamu... FOC.

Ustaz tak ajar sains. Orang putih ajar sains. Apabila orang putih yang ajar sains, apakah nombor 149,600,000km, 23.5 degree, obliquity, O3 (ozon) dan mesosfera itu ciptaan orang putih? Apakah bila kita bercakap dengan bahasa ini kita jadi liberal dan jauh dari agama sebab ia ciptaan bangsa Rom bukan Arab?

Manusia cuma bagi nama. Yang tetapkan qadar ini, proportion ini adalah Tuhan, Pencipta, the Architect. 

Tuhan. Orang Arab sebut Allah.

Maka apabila kita menggunakan sistem lain, proportion lain untuk menyelesaikan masalah dunia, maka kita disebut syirik. Bomoh hujan panggil hujan guna batu merah dan biji lada hitam - syirik. Orang Islam mesti guna qadar ciptaan Allah, iaitu isi penuh air garam dalam tangki bawak naik kapal terbang dan sembur ke anak-anak awan, kerana mengikut qadar yang Allah tetapkan, sodium cloride akan tarik wap air untuk bertangkup, jadi berat dan jatuh sebagai hujan. Ini bukan teknologi orang putih. Ini nama dia solution.

Tengok kapal terbang. Boeing buat kapal terbang guna prinsip aerodynamics, thermodynamics, air compressor + gas turbine dan bernoulli. Apakah saintis kurun ke 19 yang cipta semua ni? Tak. Allah dah tetapkan properties langit dan bumi di Luh Mahfuz sebelum penciptaan lagi. Orang Mesopotamia tak tahu nak buat kapal sebab depa bodoh lagi, bukan sebab teknologi tu belum wujud. Kalau angkut 10 orang engineer Boeing naik mesin masa pergi ke zaman Mesopotamia, boleh je diorang buat kilang kapal terbang kat situ time tu.

Meaning to say, this laws, hukum ni Allah dah buat lama, dan dari dulu sampai sekarang hukum ini tak pernah berubah, fixed. Qada dan qadar yang kita sebut, atau sunnah Allah. Orang putih hanya jumpai dan bagi nama je untuk diorang punya aplikasi harian.

Fenomena hujan pasir dan langit merah di Mekah adalah petanda kiamat ni benda budak-budak sebenarnya yang sebar kat FB apa pun tak tahu. Ini semua boleh jadi syirik sebab jahil. Sebarang pemikiran atau struktur pemahaman yang menyalahi qada dan qadar, adalah syirik. Syirik adalah kita mempercayai ada sistem lain berkerja menggunakan formula lain, selain yang telah ditetapkan Allah lalu dia beriman bahawa jika dia ikat tali beserta taring harimau hitam kat pinggang budak, budak tu lalu jadi genius. Itu bukan cara dunia Allah ini bekerja. Itu bangang namanya.


Benda-benda seperti cuaca local, pokok petai menangis, dakwat dalam Quran hilang, ikan naik ke darat... ini semua bukan petanda nak kiamat. Petanda kiamat adalah?

Thinning of the ice, dekat north dan south pole.

Global warming.

Overpopulation.

Species extinction. 

Polution - air polution, water polution, dan brain polution (religious dude forwarding stupid picture claim from God)

Thinning of ozone.


Khamis, 4 September 2014

Cerita di Saudi Arabia - penipuan duit belen di Stesen Minyak

Di sini aku tinggal di Jeddah, tapi kerja di Shoaibah iaitu sebuah pantai yang terletak 120km dari Jeddah. Setiap hari kena ulang alik der.

Perjalanan tak lah teruk sangat. Berbekalkan keselesaan Hyundai Santa Fe, aku drive pagi-pagi layan trafik, layan mat rempit Arab dan layan saher (kamera AES) di tepi-tepi jalan. Balik kerja pun sama la keadaannya.

Sebab jarak jauh, satu tangki petrol Santa Fe tak cukup nak cover perjalanan pergi balik. Oleh demikian, ada satu stesen petrol di tengah-tengah jalan gurun aku berhenti pagi-pagi untuk isi minyak dan pekena breakfast - kebab dan kopi. Kebab dia ada banyak isi boleh pilih, daging, hati, ayam, telur dsb. Yang jadi favorite kitorang telur je la. Telur goreng, taruk mayonis, taruk sos tomato dan pepper, jadila kebab yang sedap walloohi. Roti dia pakai tu yang sedap, lemak.

Stesen minyak kat sini tak eksklusif macam Malaysia. Kat sini appearance diorang tak jaga, berminyak, kotor berdebu, lebih-lebih lagi yang terletak jauh dari bandar. Pekerja stesen pula kebanyakan Pakistan.

Ada beberapa orang pakcik Pakistan ni suka bagi belen tak cukup. Bukan tak cukup seriyal dua riyal, tapi seratus even 400 riyal. Yang menarik adalah trick dia. Dia punya hipnosis, dia punya NeuroLinguisticProgramming dia almost flawless yang kita dalam keadaan berhati-hati still kena. Stesen minyak ini di tengah-tengah gurun, di tengah-tengah hiway ke Jazan, terus lagi keluar ke Yaman. Jadi yang berhenti di situ adalah mereka yang drive jauh, nak ke kedai tergesa, letih of course - keadaan minda sebegini mudah kena hipnosis, sebab you ada banyak benda dalam kepala selain rasa mahu cek baki. On top of that, banyak bukan regular customer.

 Beberapa bulan lepas, pakcik ni serve aku. Sebaik sampai kat sini, kawan semua dah ingatkan aku pasal jenayah kecilan ini. Aku bagi dia lima ratus. Aku cakap aku nak resit. Sebaik dengar aku nak resit, tangan dia yang nak ambik duit baki dalam poket terus stop. Dia ke belakang dulu ambik buku resit, dia tulis berkerut dan kasi aku resit. Lepas tu dia keluarkan sekepal duit baki bergulung2. Dia bagi duit kecik dulu, dia kira one by one, then dia bagi aku 73 riyal (minyak 27), then dia pause. Aku renung muka dia, riak dia pun macam 'Oh, ada lagi,' dia bagi lagi empat ratus.

Kali pertama aku biarkan.

Beberapa minggu selepas itu, pakcik sama serve aku. Selesai isi minyak, kali ini bos aku yang duduk sebelah hulur kat aku not 500, aku bagi dia, aku tak minta resit. Dia tengok ke LCD pam minyak yang buruk, dia mula kira duit kecik, satu satu sampai 65 riyal dia bagi aku. Kemudian dia simpan, dia keluarkan sekepal lagi duit. Dia ada dua gulung, segulung duit kecik segulung duit 100 dan 50. Dia keluarkan, dia kira empat ratus. Time ni aku puas hati sebab dia kira betul. 

"Ok, thanks," kataku.

Aku pun bagi baki kat bos dan beredar. Tak sampai 50 meter berjalan, aku brek mengejut bila bos aku kira tak cukup 400, ada 300 je. Aku konfius. "Tapi tadi tengok dia kira ada 4 keping."

"Tak, ada 3 je."

Aku bengang sebab kena tipu, aku pusing balik dan berhadapan dengan pakcik ni. Aku keluar kereta dan bagitahu dia baki dia bagi tak cukup. Dia pun hulur seratus. Aku dah prepare nak bertekak ke apa kan tapi laju je dia hulur 100 tak nak nafikan apa-apa, atau minta justify. Aku pun marah dia. Aku cakap bahasa Arab broken aku, lantak lah. "Limaza tak khuz? Anta turidu saariq? (ko nak curi?)" Dia kemudian cakap apa aku tak paham. "Qotoq yadak, qoto' yadak," aku kata. "Potong tangan kau, aku potong tangan kau." "Haram, haza haram, anta kazib," haram ni haram, kau selalu nak tipu heh? Aku dah tunjuk ke muka dia aku nak cakap kalau aku tengok kau buat lagi benda ni jaga kau, tapi aku tak reti nak translate. Aku "Urkgh!" kan je.

Geram betul. Aku tengok dia kira 4, damn... aku kena beb. Bos aku cerita, gulung duit dia tu sendiri tricky. Magic. Sebelum gulung, duit tu dia lipat dua. So, akan ada sehelai duit dia kira dua kali. Jadi kita tengok dia kira 4, actually 3 saja. Cilakak betul.

Lepas tu aku dah tak nampak pakcik tu. Aku tahu dia terkesan kena tengking aku. Aku perasan dia nampak kereta aku dia blah ke pam sebelah. Depa ni kalau kita ugut nak call manager depa takut. Ntah ada permit ke tak kerja diorang ni. Tapi masih lagi nak menipu.

Kelmarin, selepas beberapa bulan duit baki cukup dan okey, kelmarin aku kena lagi. 470 baki, dapat 370 yang aku sedari hanya bila sampai office. Satu hari di ofis aku down. Aku duk ulang pikir, ulang pikir, macam mana aku kena tadi?

Esoknya, sambil duk isi minyak, aku keluarkan resit minyak semalam, aku tanya pam attendance, "kau kenal tak sapa sign ni?" Dia tilik, dia kata pakcik tu sambil tunjuk. Ha, betul aku cam muka si penipu tu. Ini pakcik lain, bukan yang aku tengking dulu. Dia tanya kenapa. Aku cakap pakcik ni bagi aku baki tak cukup semalam. Dia pun panggil dengan bahsa Hindustan dia. Entah dia kata apa sama pakcik tu. Lepas tu pakcik tu tengok muka aku banyak kali. Aku mmg duk tenung dia dengan riak mahu makan orang la. Nak kena dia ni.

Lepas isi minyak aku parkir kereta depan kedai dan berjalan gaya 3 line ke pam. Sampai saja dekat pakcik ni, aku dah prepare macam-macam hujah dan ugutan dah, tapi sesampai terus dia hulur aku seratus tak sempat aku cakap apa. Yang dia sembang hindustan tadi, budak tu dah bagitahu kes yang aku bawa. Terus dia hulur. Dia cam aku, dia tahu aku tahu dia tipu aku semalam. Haramjadah diorang ni. Aku tak boleh blah macam tu je. Aku kena bagitahu.

"Why you did this? This is haram, why you did this?"
Dia pandang sana sini la.
"This is not first time, so many time. My friends also you cheat. Why?"
Dia jawab English gagap-gagap, dan macam biasa aku tak dengar dia jawab apa.
"Please don't do this," aku cakap, "This is not good. This is haram. Please don't do." Aku blah.

Diorang ni gaji kecik. Kerja pam minyak takde lah memenatkan sangat, tapi kita tahu kehidupan golongan ni macam mana. Jadi setiap kali isi minyak mmg jadi tebiat kitorang bagi tips, seriyal, dua riyal, ikut tengok duit belen kecik. Tapi kalau dah menipu duit haram macam ni mmg aku tak bagi muka. Duit haram tu anak-anak dia makan. Dia bila tengok anak dia makan duit haram, dia sendiri akan rasa bersalah. Sebab kesempitan hidup, dia akan tahan, paksa diri untuk terima anak makan duit haram. Jiwa dia terseksa, tapi dia tahan. Dia akan justify sendiri-sendiri bahawa dia terpaksa ambil duit haram, terpaksa tipu. Lalu aku nampak muka diorang tak ceria, takde seri, takde sinar hidayah. It just a skin, broken soul inside. Aku nak bagitahu dia, this is not the way. Jangan buat macam ni. Fikir cara lain.

Kawan aku katanya pernah 'sedekah' 400 riyal dekat pakcik tu sebab yang aku cakaplah, letih dan tergesa-gesa mahu makan kebab. Hulur 500, di lengah-lengah, dibagi baki 67 riyal lambat-lambat, terus blah ingat tadi bagi seratus.

Kalau korang satu hari tiba di stesen minyak ni, minta hati-hati la ya. Diorang ni kuat menipu.



Khamis, 28 Ogos 2014

Jihad seks dan Wahabi

Aneh tapi ada wanita Malaysia kita ke Syria, nak bagi khidmat seks untuk pejuang. Kalau nikah proper, seks proper tak ada masalah. Tapi askar berapa ramai, gundik berapa ramai? Apakah kesakitan berperang luka itu jihad lelaki, kesakitan disenggama beramai-ramai itu jihad perempuan?

Ini kisah gadis yang dipaksa jadi penjihad seks di Syria.


Bila ramai perempuan Arab taknak jadi konon 'pejuang', depa import dari Malaysia pula. Even, dari banyak tempat rasanya.

Hmm...

Nabi dah lama bagitahu, sesiapa yang nak berjaya di dunia, hanya boleh dicapai dengan ilmu. Siapa yang nakkan akhirat, juga dengan ilmu. Dan of course, kalau nak berjaya di dunia dan akhirat pastilah dengan ilmu++.

Kemaruk nak berjihad tanpa ilmu jadi bangang macam ni lah.

Aku sekarang sedang menelaah buku Princess tulisan Jean Sasson. Aku cerita dekat kawan aku beberapa pengalaman teruk Puteri Sultana, dia kerling dan question aku, "kau percaya ke omputih?" Aku nak jawab tulisan atheist tidak biased mana-mana agama paling baik untuk kita start off pencarian/analisa. Tapi aku diamkan. Tidak perlu berhujah kalau kita faham keadaan belum bersedia, selagi pencerahan itu tak effect apa apa pun pada daily life.

Puteri Sultana cerita tentang Arab dan seksual. Especially penyalahgunaan seks di kalangan Arab makam tinggi. Jika mereka hanya libatkan sex toys lantak lah, tapi yang sedih bila hal ini menyakitkan dan merendahkan kaum wanita. Perempuan jadi macam barang. I want, you come, I don't, you go. Just like that.

Bila demand persenggamaan haram ini menggila, vacuum dalam market jijik ini menyedut adik-adik innocent dari populasi Arab bawahan yang terdesak dalam hidup. Even di Cairo sendiri, budak-budak dijual untuk seks. Arabs, kata Sultana, suka kelangkang budak. 14 tahun, 15 tahun, sudah jadi isteri kepada suami 60-an, 70-an, atas nama politik, bisnes dan perpaduan. Apa budak itu rasa bapak dia nak kisah apa?

Aku pernah ke Bahrain. Di Bahrain, aktiviti maksiat mencolok mata. Kalau di Malaysia kita pelik nampak pakcik berkopiah panah anjing, di Bahrain kau akan muntah tengok Arab pakai jubah putih, semutar bawa biji tasbih masuk pub layan GRO dan alkohol. Bagi Arabs, Bahrain ini jannah.

Arabs is sick.

Aku berpendapat sindrom jihad seks ni sejenis manipulasi seksual ke arah itu, atas nama jihad. Apabila penggila seks mahu ikut serta berjihad dia jadi layu bila tidak dapat seks. Atau apabila jihadist berkurang, ditarik para penggemar seks dengan gula-gula penjihad seks. Formula ini kita boleh lihat banyak angle, boleh pertikai, tapi still; a common sense, is it so hard to get each army a local wife? Is the pain of being rape by many, considered a jihad? Are you defining sexual jihadist as a tool to boost your fucking crazy morale?

A tool?

Ya, mengikut Puteri Sultana, di middle East wanita jadi macam alat. Ditutup hitam, faceless. Walking faceless creature, cannot speak, cannot smile, cannot choose what she want in life. Semua ini, mengikut Reza Aslan dalam buku No God but God, dilakukan penguasa yang fanatik Wahabi, yang ban kaler pada tubuh perempuan, ban wajah perempuan di public, ban lesen memandu untuk perempuan. Jihad seks juga dipelopor oleh pengikut fanatik Wahabi walau Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri tak pernah suruh.

Hmm... oh ya, pernah suatu hari aku ke HyperPanda (HyberBanda). Shopping. Sedang ralit pilih sayur, seorang pakcik Arab sebelah aku ni tiba-tiba mendongak. Aku lihat dia gelisah. Di mencari-mencari. Di sekeliling dia ramai la makcik-makcik Arab berabaya dan berpurdah tengah pilih sayur. Aku tengok dia macam pening kemudian dia panggil entah mana-mana, "Hoi, hei." Kedengaran suara perempuan berbalas. "Ha, hena, hena," angkat tangan. Kat depan dia je.

Aku tahan gelak. Dia cari bini dia daaa. Dah semua sama, gelappp je, tak tahu mana satu. 

Hmmmmmm....

Kita mewarisi agama Islam. Kalaulah 30 tahun lalu kita lahir di Kampung Impedu Miu di Thailand, nama kita 99% kemungkinan bukan lagi Ahmad Reza tetapi Ong Krak Thong, beragama Buddha tiap-tiap hari makan babi.

Apabila kita discuss fasal agama, tolong faham bahawa ilmu pengetahuan universal perlu kita patuhi terlebih dahulu. Ilmu mantik, statistik dan sains matematik mesti strong untuk kita analyze data-data dari teks, inskripsi, cerita bawaan orang dan sebagainya. Kita berterima kasih pada saudagar Arab yang bawa Islam ke Tanah Melayu, tetapi mengikut telunjuk mereka buta-buta bukan sejenis terima kasih. Itu bangang namanya.

Kita ada maruah Melayu, bangsa kita bangsa Melayu yang bukan diberi nama oleh British, Portugis atau Saudi, tapi Allah. Tuhan.

Tuhan yang jadikan bangsa Jepun dengan tradisinya. Bangsa Roman dengan tradisinya. Bangsa Cina dengan tradisinya. Allah yang setup cosmic yang membentuk sistem stellar yang mengelilingi bumi. Allah letak bumi di orbit ke-3 sejauh 149,600,000 km dari matahari dengan bentuk ellipse berpusing dipaksi senget membentuk iklim, gunung, sungai dan variasi ekosistem. Indeed Allah buat ikut apa yang Dia kehendaki. Manusia lalu berbangsa-bangsa, berbeza rupa dan perangai. Allah yang tentukan kita bangsa Melayu. Maka kita kena maintain Melayu, jaga identiti Melayu, jaga adab resam Melayu.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. - Hujurat, 13.
Fahamkan sebaiknya apa itu suruhan agama, apa pula suruhan palsu yang bermotifkan kuasa. Apatah lagi adat tradisi buruk dalam populasi manusia lain.

Susah nak jawab di padang Mahsyar esok-esok. Soal Malaikat, "Allah suruh kamu jaga kemaluan dan maruah kamu untuk keluarga dan keturunan kamu, mengapa kamu ke Syria untuk disetubuhi sebegitu?" kalau setakat nak jawab, 'saya ikut orang je.' Kalau rasa jawapan tu strong, silakanlah.

Be wise.

Isnin, 25 Ogos 2014

Arab Saudi, kereta dan jalan raya

  1. Di Saudi, perempuan tak boleh bawak kereta, motosikal, van apatah lagi bas ekspres. Dipendekkan, wanita tak boleh drive. 
  2. Suprisingly, bawak kapal terbang boleh
  3. Ada dua difficulties utama semasa awal-awal aku mula drive di Saudi, especially di Jeddah. Pertama, stereng belah kiri. Kedua, kondisi trafik di jalan yang ada line tapi macam takde. Lelaki Saudi merempit MPV macam pelesit. Sumpah.
  4. Minyak murah dia tekan je la ada apa dia nak kesah...
  5. Walaupun begitu, orang Jeddah pergi ke Cairo, dia surender. Drebar Cairo lagi gila, katanya. Aku check dengan kawan yang pernah pergi Cairo, hah, memang gila, katanya, aku pun hampir kena langgar.
  6. Di sini banyak AES. Depa bagi nama saher - sim, alip, ha simpul dan ro. Yang menarik, kalau di hiway dari Jeddah ke Mekah, atau ke Madinah, saher ni banyak diorang letak dalam kereta Toyota Inova. Lensa kat cermin belakang. Kalau nampak Inova park tepi jalan bontot dia elok sunting ke arah jalan tu, konfirm saher. Selalunya dari jauh nampak seketul objek ada gaya Inova, aku dah reduce speed dari 200 km/j ke 110. Sekali kena saher, melayang at least 300 riyal (around RM280). Kalau laju gila mahu 600. Di Malaysia, AES kita, sebelum betul2 jumpa kamera, ada lima nam tujuh lapan sign untuk watch out kamera, kat sini takde. Diorang sembunyi lagi ada. Inova tu, dia park belakang pokok, belakang batu. Memang style. Yang kecik berbentuk kotak pun ada, yang ni memang murah rezeki. Flash keluar aje sebab serius tak nampak. 
  7. Diorang ada juga saher yang fix macam Malaysia punya. Langsung tak efisyen sebab nampak. 
  8. Kat trafik light turut dipasang kamera saher, bertujuan untuk mengajar lelaki Arab bahawa lampu merah itu bukan sekadar cadangan. 
  9. Selain saher, banyak polis trafik memantau. Selain tidak kacak, berkulit kaler Barrack Obama, polis ini bisa mengejar dan menyaman pesalah trafik di hiway. Almost everywhere ada polis. Namun begitu, rempit tetap rempit.
  10. Tak semua, sesetengah mereka okey je, skema. 
  11. Roundabout. Roundabout di sini tak banyak. Kalau ada pun tak complete circle, maksudnya dia sekat somewhere so that kita tak boleh round habis. Banyak roundabout ditutup sebab drebar saudi tak mampu nak appreciate sistem roundabout ciptaan British. Roundabout punya sequence tu, diorang tak boleh accept, tak boleh digest. For them it is too complicated. Yang masuk nak masuk, yang dalam nak keluar bertembung takkan sesekali mengalah mampos lah apa nak jadi. Banyak accident berlaku di roundabout yang kalau korang buat simple CSI langsung tak logik boleh eksiden terbongkang lagu tu di sebuah roundabout yang hening. Kesudahannya, banyak roundabout tutup. Trafik light diorang follow sebab ada kamera. 
  12. Di Bahrain, sebelum masuk roundabout ada bump. So, memang kena slow down. Quite effective. 
  13. Petrol di Saudi murah, 60 sen seliter. (RM0.53)
  14. Bila berlaku eksiden, standard lah jalan akan jem. Yang hangin bila kau expect sebegini punya jem confirm teruk, entah-entah meninggal na'uzubillah, tetiba sekali tengok cium sikit je. Diorang tak kira, sikit ke terguris ke, depa akan lepak situ sampai polis datang. Tak boleh kalih, tak boleh buat apa, biar je situ. Kereta lain tak boleh lalu pun, biarkan. Polis pun tak boleh lalu, biarkan. Untuk sebuah kemalangan, hanya polis boleh setelkan.
  15. Jalan sini lebar. Tar bagus. Kereta murah. Untuk nak pastikan takde mende di dunia ini perfect maka mereka perlu bawa kereta macam pelesit. The beauty of equilibrium. 
  16. Di jalan hampir tiada motorsikal. Panas kot. Mungkin juga sebab kereta bukan lagi maze yang tersusun tapi unpredictable dan langsi.
  17. Peralatan di kereta paling banyak diguna ialah horn. Paling kurang - signal punya lampu. 
  18. Horn di sini maximum utilized. It is designed to communicate, and walloohi, it is efficient.
  19. Kesimpulannya, setiap hari drive dari rumah ke tempat kerja sejauh 120 kilometer, kami memandu berhati-hati. Kena saman sakit, kalau eksiden even sikit pun sakit. Di sini, always remember one ultimate rule - Arab always right.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »