Di sini aku tinggal di Jeddah, tapi kerja di Shoaibah iaitu sebuah pantai yang terletak 120km dari Jeddah. Setiap hari kena ulang alik der.
Perjalanan tak lah teruk sangat. Berbekalkan keselesaan Hyundai Santa Fe, aku drive pagi-pagi layan trafik, layan mat rempit Arab dan layan saher (kamera AES) di tepi-tepi jalan. Balik kerja pun sama la keadaannya.
Sebab jarak jauh, satu tangki petrol Santa Fe tak cukup nak cover perjalanan pergi balik. Oleh demikian, ada satu stesen petrol di tengah-tengah jalan gurun aku berhenti pagi-pagi untuk isi minyak dan pekena breakfast - kebab dan kopi. Kebab dia ada banyak isi boleh pilih, daging, hati, ayam, telur dsb. Yang jadi favorite kitorang telur je la. Telur goreng, taruk mayonis, taruk sos tomato dan pepper, jadila kebab yang sedap walloohi. Roti dia pakai tu yang sedap, lemak.
Stesen minyak kat sini tak eksklusif macam Malaysia. Kat sini appearance diorang tak jaga, berminyak, kotor berdebu, lebih-lebih lagi yang terletak jauh dari bandar. Pekerja stesen pula kebanyakan Pakistan.
Ada beberapa orang pakcik Pakistan ni suka bagi belen tak cukup. Bukan tak cukup seriyal dua riyal, tapi seratus even 400 riyal. Yang menarik adalah trick dia. Dia punya hipnosis, dia punya NeuroLinguisticProgramming dia almost flawless yang kita dalam keadaan berhati-hati still kena. Stesen minyak ini di tengah-tengah gurun, di tengah-tengah hiway ke Jazan, terus lagi keluar ke Yaman. Jadi yang berhenti di situ adalah mereka yang drive jauh, nak ke kedai tergesa, letih of course - keadaan minda sebegini mudah kena hipnosis, sebab you ada banyak benda dalam kepala selain rasa mahu cek baki. On top of that, banyak bukan regular customer.
Beberapa bulan lepas, pakcik ni serve aku. Sebaik sampai kat sini, kawan semua dah ingatkan aku pasal jenayah kecilan ini. Aku bagi dia lima ratus. Aku cakap aku nak resit. Sebaik dengar aku nak resit, tangan dia yang nak ambik duit baki dalam poket terus stop. Dia ke belakang dulu ambik buku resit, dia tulis berkerut dan kasi aku resit. Lepas tu dia keluarkan sekepal duit baki bergulung2. Dia bagi duit kecik dulu, dia kira one by one, then dia bagi aku 73 riyal (minyak 27), then dia pause. Aku renung muka dia, riak dia pun macam 'Oh, ada lagi,' dia bagi lagi empat ratus.
Kali pertama aku biarkan.
Beberapa minggu selepas itu, pakcik sama serve aku. Selesai isi minyak, kali ini bos aku yang duduk sebelah hulur kat aku not 500, aku bagi dia, aku tak minta resit. Dia tengok ke LCD pam minyak yang buruk, dia mula kira duit kecik, satu satu sampai 65 riyal dia bagi aku. Kemudian dia simpan, dia keluarkan sekepal lagi duit. Dia ada dua gulung, segulung duit kecik segulung duit 100 dan 50. Dia keluarkan, dia kira empat ratus. Time ni aku puas hati sebab dia kira betul.
"Ok, thanks," kataku.
Aku pun bagi baki kat bos dan beredar. Tak sampai 50 meter berjalan, aku brek mengejut bila bos aku kira tak cukup 400, ada 300 je. Aku konfius. "Tapi tadi tengok dia kira ada 4 keping."
"Tak, ada 3 je."
Aku bengang sebab kena tipu, aku pusing balik dan berhadapan dengan pakcik ni. Aku keluar kereta dan bagitahu dia baki dia bagi tak cukup. Dia pun hulur seratus. Aku dah prepare nak bertekak ke apa kan tapi laju je dia hulur 100 tak nak nafikan apa-apa, atau minta justify. Aku pun marah dia. Aku cakap bahasa Arab broken aku, lantak lah. "Limaza tak khuz? Anta turidu saariq? (ko nak curi?)" Dia kemudian cakap apa aku tak paham. "Qotoq yadak, qoto' yadak," aku kata. "Potong tangan kau, aku potong tangan kau." "Haram, haza haram, anta kazib," haram ni haram, kau selalu nak tipu heh? Aku dah tunjuk ke muka dia aku nak cakap kalau aku tengok kau buat lagi benda ni jaga kau, tapi aku tak reti nak translate. Aku "Urkgh!" kan je.
Geram betul. Aku tengok dia kira 4, damn... aku kena beb. Bos aku cerita, gulung duit dia tu sendiri tricky. Magic. Sebelum gulung, duit tu dia lipat dua. So, akan ada sehelai duit dia kira dua kali. Jadi kita tengok dia kira 4, actually 3 saja. Cilakak betul.
Lepas tu aku dah tak nampak pakcik tu. Aku tahu dia terkesan kena tengking aku. Aku perasan dia nampak kereta aku dia blah ke pam sebelah. Depa ni kalau kita ugut nak call manager depa takut. Ntah ada permit ke tak kerja diorang ni. Tapi masih lagi nak menipu.
Kelmarin, selepas beberapa bulan duit baki cukup dan okey, kelmarin aku kena lagi. 470 baki, dapat 370 yang aku sedari hanya bila sampai office. Satu hari di ofis aku down. Aku duk ulang pikir, ulang pikir, macam mana aku kena tadi?
Esoknya, sambil duk isi minyak, aku keluarkan resit minyak semalam, aku tanya pam attendance, "kau kenal tak sapa sign ni?" Dia tilik, dia kata pakcik tu sambil tunjuk. Ha, betul aku cam muka si penipu tu. Ini pakcik lain, bukan yang aku tengking dulu. Dia tanya kenapa. Aku cakap pakcik ni bagi aku baki tak cukup semalam. Dia pun panggil dengan bahsa Hindustan dia. Entah dia kata apa sama pakcik tu. Lepas tu pakcik tu tengok muka aku banyak kali. Aku mmg duk tenung dia dengan riak mahu makan orang la. Nak kena dia ni.
Lepas isi minyak aku parkir kereta depan kedai dan berjalan gaya 3 line ke pam. Sampai saja dekat pakcik ni, aku dah prepare macam-macam hujah dan ugutan dah, tapi sesampai terus dia hulur aku seratus tak sempat aku cakap apa. Yang dia sembang hindustan tadi, budak tu dah bagitahu kes yang aku bawa. Terus dia hulur. Dia cam aku, dia tahu aku tahu dia tipu aku semalam. Haramjadah diorang ni. Aku tak boleh blah macam tu je. Aku kena bagitahu.
"Why you did this? This is haram, why you did this?"
Dia pandang sana sini la.
"This is not first time, so many time. My friends also you cheat. Why?"
Dia jawab English gagap-gagap, dan macam biasa aku tak dengar dia jawab apa.
"Please don't do this," aku cakap, "This is not good. This is haram. Please don't do." Aku blah.
Diorang ni gaji kecik. Kerja pam minyak takde lah memenatkan sangat, tapi kita tahu kehidupan golongan ni macam mana. Jadi setiap kali isi minyak mmg jadi tebiat kitorang bagi tips, seriyal, dua riyal, ikut tengok duit belen kecik. Tapi kalau dah menipu duit haram macam ni mmg aku tak bagi muka. Duit haram tu anak-anak dia makan. Dia bila tengok anak dia makan duit haram, dia sendiri akan rasa bersalah. Sebab kesempitan hidup, dia akan tahan, paksa diri untuk terima anak makan duit haram. Jiwa dia terseksa, tapi dia tahan. Dia akan justify sendiri-sendiri bahawa dia terpaksa ambil duit haram, terpaksa tipu. Lalu aku nampak muka diorang tak ceria, takde seri, takde sinar hidayah. It just a skin, broken soul inside. Aku nak bagitahu dia, this is not the way. Jangan buat macam ni. Fikir cara lain.
Kawan aku katanya pernah 'sedekah' 400 riyal dekat pakcik tu sebab yang aku cakaplah, letih dan tergesa-gesa mahu makan kebab. Hulur 500, di lengah-lengah, dibagi baki 67 riyal lambat-lambat, terus blah ingat tadi bagi seratus.
Kalau korang satu hari tiba di stesen minyak ni, minta hati-hati la ya. Diorang ni kuat menipu.
5 ulasan:
hang sound la "enta ali baba! kabir ali baba"
Kesian juga kat diorang tapi yang haram tu tetap haram kan?
sepatutnya kita replay skrip movie hindi, haram zate tum kuttey he kuttey bohot dushman!
Yep. buruh2 kat sini ramai tanya nak pergi Malaysia mcm mana hehe.
Yg aku heran ko tak kira ke guna tangan dan mata sendiri bila dpt duit tu? Kenapa musti kira sewaktu duit berada di tangan si penipu tu? Adoilaa... Epic Fail betul!!! Sendiri careless..bai
Catat Ulasan