Khamis, 6 November 2014

Mengata Arab nanti jadi macam dia

Banyak juga aku kutuk orang Arab ni sebenarnya. Especially dekat twitter. Tak tahu la yang RT atau Fav tu sebab kelakar ke bagus ke... kelakar kot. Sampai aku pagi tadi berfikir apa tujuan aku sebenarnya. Nak melawak ke memang nak mengata.

Ye la, mana-mana bangsa akan ada juga yang buruk sikit sebanyak. Apatah lagi kalau diperati, sikap buruk orang Arab ni, sebenarnya failure peringkat KBSR saja. Kegagalan pada benda basic yang orang Malaysia dah overcome 10 tahun dulu. Contohnya round about. Orang Malaysia cekap dengan roundabout, tahu sequence. Orang Arab tak tahu guna roundabout. Sumpah bangang gila diorang ni dekat roundabout. Jadi, kalau untuk jadikan sempadan, orang Arab ni dah ke laut tak layak dah untuk kita jadikan sempadan.

Jadi lepas tu aku dah mula sedar dan malas dah la nak mengata orang Arab lagi. Mana aku boleh tegur, aku tegur je diorang ni.

Aku takut bila kutuk orang bukan sebab nak jadikan contoh sempadan atau apa, takut kita mengata dia sebab sedap. Seronok gelakkan dia. Atau nak balas dendam sebab sikap dia buat kita susah.  Sebenarnya. Kita duk cerita keburukan orang takkan buat kita jadi baik. Aku risau diri sendiri yang rosak.

"Abah, ni tak habis ni."
"Alah, sikit je. Orang Arab nu lagi teruk, satu dulang buang gitu je."

Nampak tak? Aku perhatikan. Bila kita suka cari keburukan orang dan kita jaja, sebenarnya kita kumpul benda negatif tu dalam imaginasi kita. As a result, kita dah mula longgarkan kita punya tolerance. Dia tarik benchmark kita jadi loose. Lama-lama kita jadi macam dia. Lepas tu kita terlanggar bahu Arab di KLIA kita cengengkan muka sebab nak bagi dia rasa. Now, we've become like them.

Kat sini orang Malaysia dipandang tinggi. Muka aku macam pinoy, bila diorang tahu aku sebenarnya Malaysian, diorang suka. Bila askar roadblock tanya dari mana dan aku cakap, "nahnu kullu min Malizi." serta merta dia akan sengih. "Aiwa malizi quais, jayyid. Langkawi, Binan (Penang)" So, berada di sini aku kena jaga standard Malaysia. Tak boleh ikut perangai Arab. Secengeng mana pun pakcik Arab, kita kena sentiasa manis muka, senyum dan bersopan. Diorang dengan cara diorang, layankan sajalah. Kalau kita lahir di Saudi, kita pun jadi macam diorang jugak. Mungkin lagi teruk. 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »