Isnin, 3 Julai 2017

Ibu buta atas LRT

Hari ni aku cuba keluarkan duit dari ASB tapi tak boleh sistem dia down seperti sengaja tak bagi pelabur keluarkan duit besar-besaran selepas burst budget raya. Mula-mula pergi Maybank, IC pula tak boleh dibaca sebab cip rosak. Jadi kena tukar IC baru, aku terus melangkah ke stesen LRT untuk ke UTC Pudu.

Semasa menunggu LRT, terpandang seorang wanita dipimpin seorang kanak-kanak perempuan berbaju sekolah. Wanita tu pegang tongkat aluminium. Aku kerling mukanya, spek dia clear dan gaya jalan dia dengan anak dia tak nampak macam dia dipimpin juga, kadang macam dia memimpin anak dia. Senang kata mereka berpimpin tangan beriringan. Anak dia comel, mungkin darjah 1. Berkulit putih bermata bulat dipasang spek mata berkaca nipis. Nampak petah dia cakapkan sesuatu dekat mak dia yang kadang-kadang terpaksa menunduk untuk mendengar.

Terfikir juga aku betul ke dia ni buta.

Bila masuk LRT, mereka duduk. Aku sengaja berdiri berdekatan. Rasa berdosa juga tak pasal-pasal aku curious nak tahu betul ke dia buta sebab nampak normal. Dia duduk, tengok-tengok keluar. Then, dia keluarkan telefon. Smartphone. Dia bawak fon ke muka, dia mula tatal skrin pada jarak sangat dekat seperti dia sedang intai satu lubang kecik dekat telefon tu. Rasa berdosa aku bertambah-tambah sampai tak aku sedar mata aku dah start suam. Ibu itu memang sebenarnya ada masalah penglihatan. Tapi dia berlagak sahaja normal.

Aku lihat begnya, beg kain lusuh bawa macam-macam benda dalam tu, seolah-olah hidupnya nomad. Anaknya bersahaja, asyik dengan air cincau Yeos tin di tangannya, sedut-sesedutnya penuh nikmat. Bila LRT berhenti dan keluar, aku baru perasan sebenarnya anak dia yang kecik tu yang banyak guide mak dia. Aku terfikir nak stop anak dia dan nak bagi duit raya, tapi aku takut dia terganggu. Mungkin aku patut bagi je tadi. Mungkin...

Subhanallah, maha suci engkau wahai Tuhan, memberi sesuatu yang menenang hati walau susah. Mak sedar hidup ini tak mungkin sempurna, tapi mak bahagia sebab anak mak akan membesar baik dan cukup sifat. Mak mungkin tak mampu melihat, tapi apabila anak mak ada di sisi duka mak langsung tiada. Si kecil itu pula bajunya kusam, telekungnya senget. Bila bercakap wajahnya genius. Dia pimpin tangan maknya, digenggam secukupnya. Satu ikatan cinta yang bukan dibuat di atas bumi, tetapi di dunia sana.

Mereka berdua hilang dari pandangan aku. Aku beredar dengan perasaan yang tak lagi sama. Semoga anak itu membesar baik dan memberi sejuta kebahagiaan kepada maknya.



1 ulasan:

Tirana berkata...

Suka baca kisah benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »