Memaparkan catatan dengan label artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artikel. Papar semua catatan

Selasa, 15 Ogos 2017

The closing of the muslim mind

Evolution brought us into various races, countries, traditions, careers and governances. Our common ground should be the religion, since we are all created 'similarly' by the same Entity. Various religions added up into above list, therefore, is a big mistake.

Untuk tahun 2017 ni aku rasa ini buku pertama aku beli. Rasa lemah gila hidup ini memikirkan otak yang semakin barai, semakin jauh dari debate keagamaan. Which... sometimes I think useless.

Aku down sekarang ni. Buku ketiga trilogi Kasyaf masih merangkak. Merangkak tapi bergerak aku syukur, cuma lambat benar geraknya. Tatkala hidup bertemu simpang-simpang abstrak, aku rasa benda-benda dilemma macam ini akan berlaku. Maybe I am preparing for 40.

Shit, cholestrol damaged my reputation. Pergi cek darah kolestrol tinggi gila yang mana aku dah jangka tapi bila tengok betul-betul jadi rasa semacam juga la. Down. Dalam usaha untuk memanjangkan hayat di dunia ini, aku kembalikan zaman kegemilangan aku berjogging dan berbadminton. Cuma kali ni kena tambah dengan minyak ikan omega 3, 1000mg per capsule. Blackmores.

Am I aging too fast?

Back to the book. Aku dapat email subscription dari IRF, mencadangkan sebuah buku yang kemudian membawa aku berjalan kaki ke LRT dan LRT itu membawa aku ke KLCC di mana ada Kinokuniya. Aku google-google buku ni memang tiada di mana-mana kecuali Amazon, Kinokuniya dan satu store online yang aku lupa nama. Delivery time lambat gila I cannot wait. Aku pilih untuk hadir secara fizikal ke Kino yang aku kira agak bertuah kerana dapat last copy. Tuah kemudian agak menipis melihat harganya yang menghampiri seratus. Berdebar juga. Kalau pdf versi compang-camping boleh saja download dari internet sebenarnya tapi kondisinya sukar dijangka. Boleh potong stim. Demi semangat rebellious, aku belikan jua. RM92.59 harga untuk sebuah idea.

"The closing of the muslim mind"

Thing that is so obvious that you cannot deny. Aku tidak nampak aku berada dalam aliran yang membawa kejayaan, tetapi aku cuba untuk jujur dengan apa yang aku faham. Aku rasa agama ini menuju ke laut, sehingga somebody manage to tear it apart and take it's core back to it's original spot and the people will be liberated again, rise to the higher level.

Knowledge is as if fluid. Ilmu pengetahuan itu seakan bendalir. It moves towards gravity. Ilmu pengetahuan takkan kekal pada satu bangsa kalau keturunan baharu bangsa itu kurang cerdik daripada nenek-moyangnya. It is reverse evolution so it will not take you higher. Muslim terkini percaya mereka lebih bodoh daripada muslim terdahulu, dan mereka percaya teknologi tidak dapat membantu mereka untuk fine tune ketepatan hukum-hukum fekah tetapan ulama terdahulu, sebab itu mereka rigid, jumud dan taqlid buta menganggap ijmak itu satu hukum Tuhan tak terubahkan. Walhal ijmak itu consensus manusia yang boleh diubah bila-bila masa, sesuai dengan keperluan. Maka rasional kalau muslim terkini tidak mampu menampung ilmu yang memerlukan akal yang sihat.

Ilmu pengetahuan saintifik dipelopori umat Islam kurun ke 10 sudah lama mengalir ke barat, berkembang biak di situ. Kejatuhan tamadun Islam berpunca dari dalam. Islam yang dikotori krisis itu yang datang ke Malaya, berpecah-pecah kepada mazhab-mazhab yang mencerminkan kepupusan para ijtihad yang dibutuhkan dalam Islam. Islam memerlukan tajdid. Seorang yang mampu membuat decision direct daripada ilmu pengetahuan asas (common sense) yakni intipati sunnah Allah (sains) dan juga Quran, meletakkan dirinya sendiri untuk diadili di padang mahsyar.

The person I believe one day will come.

Rabu, 13 Februari 2013

Artikel pilihan - Politik dan agama. Garis-garisnya.


Di sana hanya ada dua pilihan. Mempergunakan agama untuk meraih kuasa politik, atau mengguna politik untuk menyebarkan agama. Sesetengah daripada kita masih sukar membezakan dua jenis sikap ini.

Politik dan agama.

Seperti apa yang telah menimpa agama terdahulu, Kristian, Islam turut bermasalah dan berpecah apabila dua portfolio paling penting dalam pembentukan ketamadunan manusia ini tidak diletakkan pada prioriti yang betul. Kecelaruan antara kuasa politik dan agama telah menjahanamkan tamadun Rom, kecelaruan yang sama sedang menjahanamkan kita ummat Islam. Rakyat yang hidup dalam kejahilan sukar untuk melihat pihak mana yang menjual agama demi meraih kuasa politik, dan pihak mana yang berpolitik sebenarnya untuk berdakwah.

Persoalan di sana adalah: Agama dan politik - apa yang dipergunakan untuk mencapai apa? Yang mana alat, yang manakah pula objektif sebenar. Dan bagaimana keduanya boleh jadi begitu mengelirukan.

Mari kita selak sejarah.

Muhammad bukan lahir di sebuah padang pasir yang tenang. Sekitar tahun 570 masihi, pelbagai falsafah, idealogi dan penemuan sains sudah membentuk sempadan-sempadan tamadun dunia. Agama Nasrani telah berpecah kepada beratus mazhab dan ada antara mereka telah kembali menyembah patung-patung berhala. Manakala hukum kosmos yang dipegang ahli sains ketika itu adalah teori Ptolemy yang absurd iaitu bumi sebagai pusat alam semesta.



Ketika perebutan kuasa memuncak di antara Kristian Ortodoks di Byzantine dan Kristian Katolik di Rome Barat, saki-baki penganut agama Kristian konservatif yang digelar ahlul-kitab di tanah Arab sudah terlalu kabur akan rujukan terhadap nas tauhid dan feqah asal Nasrani. Kitab mereka telah punah. Amalan masyarakat di sekeliling mereka semakin lama semakin karut dan tahyul sampai hendak tunaikan umrah pun kena berbogel. Belum lagi cerita pembunuhan bayi perempuan hanya kerana malu. Jahiliyyah! Sosial masyarakat jahiliyyah di Mekah telah hancur dengan kehidupan berpuak-puak, penyembahan berhala, perdagangan wanita dan perniagaan antara puak yang sangat zalim bersifat tindas-menindas. Sistem politik mereka ditunggang para pemimpin yang zalim dan tamak. Agama karut dibiarkan berleluasa tanpa ada ahlul-kitab yang berani tampil menentang kepercayaan karut dan teks-teks Injil yang palsu. Hal ini kerana agama telah dipergunakan pemimpin mereka untuk mengekalkan kuasa politik, sebarang pembetulan akan dihukum sesat dan dibunuh.

Masyarakat Arab di lembah Mekah ketika itu tiada lagi berkecenderungan ke arah Kristian Ortodoks Timur atau Kristian Katolik Barat, mereka langsung sesat!

Ketika penyakit jahiliyyah menguasai mentaliti dunia Arab, di luar Mekah, Rom dan Byzantium terus bercakaran menegakkan mazhab masing-masing. Agama wahyu Nasrani yang diajar Jesus atau Nabi Isa hilang keasliannya sehingga berpuluh-puluh mazhab di timur dan barat berperang mempertahankan fatwa mereka terhadap sifat wujud Jesus. Peperangan menegakkan agama yang korup lalu tenggelam ke dalam nafsu mempertahankan survival politik yang kuat. Politik untuk menyebarkan agama telah bertukar menjadi politik untuk kuasa. Agama yang karut telah ditunggang untuk mengukuhkan kuasa. Para pengamal agama Nasrani diperlakukan seperti anjing suruhan sehingga gereja-gereja akhirnya memberontak dan bingkas menjadi politikus yang lebih autokrasi dan ganas membunuh ahli falsafah dan saintis yang anti Tuhan.

Di tengah-tengah kecelaruan ini, Muhammad, diiktiraf sebagai manusia paling genius di dunia telah muncul di tanah Arab mengajak ummat Arab jahiliyyah supaya kembali berfikir.

Sebagai seorang yang amanah, jujur dan genius, Muhammad sudah pasti merasai getar di hati nalurinya untuk membawa kaumnya kepada cara hidup yang betul. Rasa yang sama pasti turut ada dalam hati ahlul kitab dan seluruh rakyat daif yang tertindas. Tetapi mereka cuma hidup diam diancam ketakutan. Mereka bukan Nabi. Sedangkan Muhammad adalah manusia istimewa, mempunyai hati yang suci bersih dan rasa tanggungjawab yang cukup luarbiasa. Kejahilan di hadapannya perlu diperbetul dan sifat-sifat kenabian dalam hati telah menggenggam urat saraf dan darah Nabi Muhammad S.A.W untuk bangun berjuang menyebarkan Islam, agama fitrah yang dahulu diajar Nabi Ibrahim dan Nabi Isa Alaihissalam.

Daripada seorang peniaga, tanggungjawab memperluaskan ajaran Islam telah memaksa Rasulullah berhijrah ke Madinah menjadi pemimpin politik. Bermula dengan pembinaan pusat sosial Masjid Kuba, Rasulullah telah membina kembali tauhid manusia sebelum mencetus ketamadunan Islam yang berpaksikan ilmu dan rasional. Keharmonian dan keadilan Islam lalu bersinar, mengajar Rom, Greek, Turki dan seluruh kerajaan di dunia sampai ke hari ini bahawa agama dan pengurusan manusia (politik) adalah dua portfolio tamadun manusia yang tidak boleh bercerai. Politik mesti dipandu agama, bukan sebaliknya.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” – surah An-Nisa, 58.

Menguruskan manusia dan dunia mereka adalah amanah yang datang terus dari Allah. Khalifah. Disebut dalam Quran bahawa Allah telah utuskan manusia ke bumi sebagai khalifah. Khalifah di sini bermaksud wakil kepada Allah. Selepas Allah menyempurnakan kejadian langit, bumi dan apa yang ada di antara keduanya, Allah telah keluarkan dari perut bumi sejenis makhluk cerdik yang mampu berfikir, berinovasi, menggaul dan membina untuk menguruskan langit dan bumi milikNya. Agar hamparan hijau nan indah ini menjadi sebaik-baik tempat untuk didiami semua makhluk ciptaanNya.

Maka kepada siapa perlu kita berikan amanah ini? Pemimpin yang bagaimana patut kita amanahkan untuk menguruskan negara Malaysia yang kita cintai ini?

Jawapannya ada dalam lipatan sejarah Rasulullah dan ayat di atas.

Setiap amanah mestilah diserahkan kepada ahlinya. Analoginya, amanah mengajar subjek Fizik mestilah diserahkan kepada guru Fizik bukan guru sukan. Maka amanah menguruskan negara, mengikut sunnah Rasulullah, mestilah diserahkan kepada mereka yang terlebih dahulu faqih dalam agama. Orang yang faqih dalam agama adalah mereka ikhlas berkerja untuk Allah sebagai khalifah dan mempunyai sifat-sifat Rasulullah iaitu siddiq – bercakap benar dan jelas, amanah – iaitu memberikan apa saja agar urusan yang diamanahkan kepadanya berhasil, tabligh – iaitu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan, dan akhirnya fatonah – iaitu kebijaksanaan.

Sebelum seseorang diberi kuasa politik, hatinya mestilah terlebih dahulu dikuasai nilai-nilai fitrah Islam. Agar sesudah itu, dia jelas di mana duduknya politik dan di mana duduknya agama. Apatah lagi, godaan syaitan untuknya bakal berlipat kali ganda sehingga mengganggu keputusan yang diambil nanti apakah betul kerana agama atau sebenarnya kerana nafsu mengekalkan kuasa politiknya sendiri.

Justeru, sebelum Rasulullah mendidik para sahabat akan syariat Islam seperti yang diperjelaskan dalam kebanyakan ayat Madaniyah, Rasulullah telah terlebih dahulu memperbetulkan cara mereka berfikir. Lihat ayat Makkiyah, ayat Quran yang diturunkan sebelum mereka berhijrah.

Ayat-ayat Makkiyah menjelaskan asas tauhid dengan cara mengajak ummat Arab berfikir akan kejadian alam. Masyarakat Arab jahiliyyah yang sesat dalam timbunan falsafah Kristian palsu serta amalan tahyul telah Rasulullah ajak untuk duduk sebentar dan bawa kembali mantik logik ke dalam kepala masing-masing dan fikir. Ayat Makkiyah mencabar mereka dengan kejadian bintang, malam dan siang, kejadian unta, peredaran bintang, dan dalam surah pertama lagi Allah memberitahu mereka akan kejadian manusia yang diciptakan dari seketul daging yang tergantung.

Ini semua adalah sains logik. Diperdengarkan untuk mengajak manusia berfikiran tahyul untuk kembali kepada sunnah kejadian Allah yang berasaskan logik. Dan apabila selepas berhijrah, ayat Al-Quran yang Rasulullah sampaikan kepada para sahabat mula merangkumi urusan yang lebih luas. Dan seringkali kefahaman mereka akan sesuatu ayat dicabar oleh frasa biasa: afala ta’qiluun?

Tidakkah kamu tahu berfikir?

Rasulullah telah mengajarmu sunnah Allah di awal pengajian agamamu, dan tiba pada urusan ini apakah kamu lupa untuk berfikir? Beleklah Al-Quran dan cuba kira berapa kali ditulis di dalamnya ayat: ayaatil liqaumin yatafakkaruun, iaitu Al-Quran ini adalah ayat-ayat untuk kaum yang tahu berfikir.

Seorang pemimpin mestilah seorang yang bijaksana, rasional dan berfikir lurus mengikut mantik yang ada dalam sunnah Allah. Apabila struktur mantik dalam akal fikirannya selari dengan sunnah Allah, maka urusan agama yang lebih kompleks akan dapat dia urus dengan visi yang cukup jelas. Inilah tugas khalifah, memahami setitis ilmu Allah yang ada pada bluprin kejadian alam ini agar dapat ia mengurus bumi dan penduduknya sebaik mungkin.

Kembali kepada realiti yang ada di depan kita sekarang ini. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, secara tidak langsung kita sebagai seorang rakyat Malaysia terlibat dalam menentukan siapakah khalifah yang sesuai memikul amanah politik di atas. Apa yang lebih mencabar lagi, Allah anugerahkan Malaysia dengan penduduk berbilang bangsa dan agama. Masing-masing berkempen mahu jadi wakil rakyat.

Kita sebagai seorang pengundi dalam satu sistem demokrasi perlu memilih calon yang betul-betul layak menjalankan tugas memurnikan masyarakat. Calon itu mestilah mempunyai kriteria yang telah dikupas di atas iaitu jujur, amanah, suka berkongsi kebaikan (tabligh) dan pintar dalam membuat keputusan. Sifat-sifat ini adalah fitrah suci manusia dan boleh wujud dalam hati semua manusia tidak kira agama. Islam adalah universal. Islam adalah fitrah. Nilai-nilai suci Islam tetap ada dalam hati manusia walaupun manusia itu tidak mengakui Allah sebagai tuhan. Lihat kembali di awal penyebaran Islam. Rasulullah telah mengajak ummat Arab jahiliyyah untuk kembali menjadi manusia yang rasional, jujur dan bertanggungjawab. Kemudian, Rasulullah tinggalkan sebuah agama bernama Islam untuk mereka sebagai satu alternatif kepada agama Kristian ortodoks yang sudah korup. Tiada paksaan. Rasulullah tidak paksa manusia peluk Islam, tetapi Rasulullah banteras sesiapa yang berbuat kezaliman, jenayah dan aniaya. Rasulullah perangi kerajaan yang zalim, tetapi Rasulullah tidak perangi mereka kerana mereka kafir.

Kita perlu sedar bahawa seorang pemimpin beragama Islam tidak semestinya adil. Keadilan bukan secara automatik ada pada seorang pemimpin yang kad pengenalannya menunjukkan dia Islam. Dia Islam maka dia adil. Tidak. Bukan begitu caranya.

Seseorang yang diislamkan secara konstitusi dan diislamkan oleh akhlaknya adalah dua keadaan yang berbeza. Islam pada IC hanya gelaran, tetapi manusia beragama Islam yang sebenar adalah mereka yang menjunjung nilai-nilai fitrah yang mana tindakannya berpaksikan keadilan, kejujuran dan kebijaksanaan. Itu adalah fitrah dan seperti yang telah dibincangkan di atas, fitrah itu adalah nilai-nilai Islam walaupun ia ada pada peribadi seorang wakil rakyat bukan Islam.

Ingatlah, seorang manusia bukan Islam yang jujur dan berfikiran terbuka lebih senang untuk kita dakwah berbanding seorang manusia Islam yang hasad, narsisistik, dan dangkal pemikirannya. Dan apabila manusia beragama Islam sebegini dilantik menjadi pemimpin, kerosakan akan bertebaran di muka bumi Allah ini.

Pilihan di tangan anda. Jadikanlah ‘nasihat’ Allah di atas sebagai renungan dan undilah mereka yang menjadikan politik sebagai platform menegakkan Islam, bukan sebaliknya.

Khairi,
PJ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »