Sabtu, 19 Mac 2016

Arab Saudi sebuah universiti mematangkan fikiran (prolog)

Suatu ketika dahulu aku pernah mempersoal sebuah doa menghancurkan Israel di Whatsapp group lalu ramai ahli group yang tidur terjaga dan terpinga-pinga melawan... dan seorang rakan aku rileks bertanya, "khairi, kau dekat Saudi pergi belajar agama ke?"

"Kerja je," aku jawab guna jari.

"Oo... patut la."

Dia punya patut la tu, group jadi senyap. Fussshhh. Dia mahu menyatakan pendapatnya aku ke Saudi bekerja bukan belajar ilmu agama jadi tak payah susah-susah nak jadi hero dalam bab agama. Well, you nailed it bro...

Aku sekarang ni susah nak explain benda-benda yang tidak normal dalam agama sebab banyak benda-benda tak normal dijadikan normal bila nak dibetulkan balik kita akan jadi janggal. Oh sungguh, Islam lahir dalam keadaan janggal... akhir zaman dia akan kembali janggal. Benda janggal susah orang nak terima...

Anyway, bagi aku cerita jugalah benda janggal ni. Negara Israel ni... walaupun dibentuk secara haram, dalam negara tu ada manusia yang bebas yang secara tak langsung involve dalam memilih bentuk politik haram pada border Israel-Palestin. Even di Israel ada 17% orang Islam sunni yang memilih untuk duduk dalam negara Israel bukan Palestin. Doa melaknat seluruh negara Israel ni jadinya pada fikiran aku dah macam pukat hanyut segala ikan sebat kecik besar tua muda. Too general.

Perlu ke doakan kehancuran lawan? tak perlu kot.... Ada cara lain untuk berdoa, yang kedengaran positif, yang lebih membangun. Kalau lah doa kita dimakbulkan ... Israel Amerika tiba-tiba hancur diserang topan semua mati, and then what? Arab nak lead PBB? Atau North Korea? Doakan saja agar rakyat Palestine menjadi kuat. Doakan mereka tabah dan bangun menentang dan mendapatkan kembali hak mereka. Doakan saja saudara-saudara kita di Middle East diberi hidayah dan terbuka minda untuk keluar dari tradisi 'obsolete', bangun menjadi bangsa pintar untuk cycle civilization yang seterusnya. That sounds better.

Dua tahun aku kat Saudi, insyaAllah bulan 4 atau 5, baliklah. for good.

Lain orang datang ke Saudi, lain yang depa nampak. Bergantung pada jenis orang. saiful nang jumpa pusat pelacuran (gigih dia cari). orang pakistan nampak peluang kerja. orang islam seluruh dunia datang nampak pahala mengerjakan rukun Islam... dan seterusnya.

Aku ni pula jenis tak follow mainstream, jadi apa yang aku nampak mungkin kedengaran agak radikal dan menyalahi pendapat ramai orang Islam. Apa yang dapat aku rumus sepanjang 2 tahun berada di saudi?

Next post... insyaAllah...

1 ulasan:

Tirana berkata...

Seronok baca tulisan Khairi yang ini. Tak sabar nak tunggu sambungannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »