Gula tu sedap tapi kalau makan gula banyak ginjal akan rosak. Ini formula sistem biologi ciptaan Allah yang beroperasi mengikut qadar yang telah ditetapkan. Kalau logik sistem ini kita cuba langgar, insyaAllah mati awal.
Semua yang diciptakan Allah mengikut sunnah-Nya. Seks, keghairahan sosial, dan pergaulan juga ada hukum yang sama. Kalau ramai perempuan dedah aset dia publicly, value seorang perempuan akan drop kerana terlalu banyak supply. Electricity atau driving factor untuk membentuk sistem perkahwinan akan terancam dan keturunan manusia akan rosak. Kita menyanjung sistem sosial, sistem etika, sivik dan agama kerana mahu menjaga value diri sendiri dan semua orang. Seks bukan sekadar seronok tapi sejenis reproduction process. Jadi kena balance. Enjoy responsibly.
Sistem mesti balance. Mesti ada guideline. Macam kita ada guideline untuk ambil gula secawan teh berapa sudu, lepas tu nak exercise berapa minit dan sebagainya.
Sistem mesti balance. Mesti ada guideline. Macam kita ada guideline untuk ambil gula secawan teh berapa sudu, lepas tu nak exercise berapa minit dan sebagainya.
So kalau artis berkata itu hak dia untuk berpakaian seksi di khalayak ramai, mengapa nak kecoh-kecoh... beritahu dia tindakan dia itu mewujudkan imbalance dalam ekosistem sosial cinta - antara lelaki dan perempuan. You know, bila di Lowyat peniaga cina semua set harga standard RM150 untuk Power Bank sama brand, kalau ada sorang badigol tiba-tiba jual pada harga RM40, dia sebenarnya kacau periuk nasi semua orang. So, untuk sama-sama untung mereka semua kena set satu standard yang tinggi untuk produk mereka.
Ini bukan agama, ini hanya satu logik.
Kita tahu dia cantik. Kita tahu dia mahu semua orang tahu dia cantik, tapi jangan sampai stimulate market value kegadisan sampai tahap tunjuk cleavage. Agama suruh tutup cleavage, labuhkan selendang, pakai properly sebab bukan nak sekat kemahuan awak tapi nak menjaga pasaran cinta antara lelaki dan wanita. Saya tahu awak suka gula-gula kapas tapi jangan pagi petang siang malam mentekedarah gula-gula kapas nanti ginjal awak kong. Awak kena faham dan tahu setakat mana awak boleh dedahkan kecantikan awak, berpada-padalah.
Respek sistem ini, bermakna kita respek dekat Tuhan.
4 ulasan:
awek mana la kotibai cis ak terjerat kesini, dah mintak kebenaran tuan punyer gambar ke belum?
Memang selalu sampah selalu terjerat di sini.
Sampah? tu pon ciptaan Allah. Berhati hati bila melabelkan ciptaan Allah saudara..God talks to us through his creation right?
A nice blog though.
You are what you think. Masuk sini just nak kondem gambar artis bertudung google image then better go to flickr or insta. Sampah mmg xmampu baca benda baik2.
Btw thanks maryam. Allah buat kita seme cukup sempurna. Syg kalo ada yg nak jd sampah. Kan.
Catat Ulasan