Selasa, 23 Julai 2013

Ruhani terlalu dahaga boleh jumpa jalan sesat

Puasa-puasa ni baca cerita Rasul Melayu rasa macam apa. Ditambah pula dengan tangkapan pengikut Syiah dan pegawai agama yang tak puasa selamba makan dekat kedai. Dah awak tu pegawai agama, tak puasa pula, at least ada rasa malu makan senyap-senyap kat toilet ke, kat bilik ke apa. Adik ipar aku pun malu nak lunch walaupun uzur syar'ie.

Lepas tu beralih ke twitter jumpa pula hashtag #semenjakminumalkhodafi. Dem.

Kesesatan... hmm... macam mana nak cerita ya.

Matlamat hidup dan alam ghaib adalah benda-benda besar. Aku seorang jurutera saja. Teropong aku kecik dan terhad. Aku tak ada masa untuk baca tujuh kitab suci Hindu, semua versi Injil dan belajar di setiap university di Turki untuk buat aku tahu setiap perkara yang dibangkitkan dalam usul agama. Namun aku ada kamu, mereka dan kawan-kawan yang hebat di bidang masing-masing.

Fikiran hanya seorang pasti tak cukup untuk memahami keseluruhan ilmu yang ada pada system dunia. Akan tetapi kita diberi cukup masa dan tenaga untuk bina kefahaman dalam bidang yang spesifik. Kepakaran. Lalu kita bergabung, nasihat-menasihati. Sungguh tak logik seorang manusia boleh bersombong macam celaka bila menganggap diri serba tahu.

Kita dibuat berbeza perangai, mentaliti dan kepakaran agar kita melengkapi, seperti dahan, bunga, daun dan akar melengkapi sebatang pokok.

Ayat-ayat Quran yang menjurus kepada system alam, fizik, partikel, boleh la aku ulas kat sini. Tapi aku kurang arif pada kebanyakan ayat-ayat lain, pada asbabunnuzul, pada syarah hadith berkaitan ayat, pada maqosid sebenar sesetengah kalimah especially mutasyaabihah. Maka aku buka tafsir yang pelbagai, aku tonton Youtube dengar hujah-hujah Ustaz Asri, Tariq Ramadan, TG Nik Aziz dan juga dengar lawak-lawak Ustaz Azhar yang agak santai. Jika melibatkan Islamik Financing, aku akan rujuk blog UZAR serta rujukan-rujukan berkenaan. Ini bukan kerja sorang-sorang, dan aku tak ingat semua benda dan aku semakin tua.

Curiosity pada ilmu boleh membawa kesesatan jika kita tidak bersedia dengan keanjalan emosi, hikmah dan empati. Orang tiada hikmah akan jadi togho (melampau batas) seperti Rasul Melayu. Dia ada hujah yang betul dari segi lughoh, ulamak kebanyakan mungkin salah tapi dia tak boleh jadi togho bermain dgn perkataan Rasul walaupun Rasul itu bahasa Arab yang bermaksud messenger. Ikut adat lughoh, sesiapa boleh jadi rasul. Jiran kamu mungkin ada nama Rasol. Posmen boleh dipanggil rasul. Tapi ikut adat istilah Islam, Rasul pesuruh Allah itu para Nabi yang diberi mukjizat yang menundukkan semua manusia. Kau baru 40 orang bro. Yang nampak macam tak berapa cerdik. Cikgu Besar satu sekolah dia pegang rilek saja tak ada nak kecoh-kecoh nak jadi rasul.

Dalam surah Pembukaan, Al-Fatihah, kita diberi tujuh ayat untuk diulang-ulang pagi petang siang malam. Repeatition is the most effective mind programming methodology tanya mana-mana pakar psiko dia akan cakap ya. And then, tujuh ayat ini discrutinized sebaiknya, agar ia summarize semua rasa hati, rasa kosong yang mahu diisi saat sendirian berihsan dengan Tuhan. Setiap hari kita seru Tuhan di atas sana pada sifat pengasih... penyayang. Kemudian, seterusnya kita mengaku patuh akan Pencipta dan akur akan kuasaNya. Kemudian kita baca...

Ihdinassirotol mustaqiim… Duhai Pencipta, tunjukkanlah aku jalan yang betul

Sirootollazina an’amta alaihim… Jalan yang Kau beri nikmat ke atas mereka

Ghoiril maghdubi alaihim… bukan jalan mereka yang Kau murkai

Waladdholllllliiinnn… bukan juga yang sesat.

Dalam al-Fatihah, ada tiga kategori manusia yang asas. Manusia yang menikmati hidup (an'amta alaihim), manusia yang dimurkai (maghdub), dan juga manusia yang sesat (Dol). Bukan dol samdol, tetapi dhol dholalah.

Apa yang aku ada? Aku ada background personal, ada knowledge yang disampaikan manusia, dan ada realiti which is everything yang boleh aku sentuh, rasa, kemam, dengar dan lihat. Semua gajet ini aku guna untuk cari makna rasa, cari jawapan kepada soalan yang aku tak tahu sehingga diberitahu. Hari baru, soalan baru dan esoknya aku melangut di bilik bacaan cari solution dan connection baharu dengan benda-benda yang dah aku tahu.

Aku Islam sebab aku dilahirkan dalam keluarga Islam. Ustaz beritahu aku perlu syukur sebab diberi nikmat Islam dan iman. Aku cakap terus terang ustaz tu salah. Jika Islam dan Kufur menjadi penentu syurga dan neraka, Allah tidak adil main wild card dengan manusia. Mana boleh F1 Lewis Hamilton start di pusingan ke 52, pelumba lain di pusingan pertama. It is totally not fair. Betul aku perlu syukur jika aku fikir akan diri sendiri, tapi Ah Chong? Siva? And my dear friend Ang Pey Char?

Aku kadang-kadang ajak mereka berborak fasal agama. Seriously, most of the time, kami sampaikan benda sama, even dari kitab rujukan berbeza. Humility, love, responsibility, etc... cuma flavor, aroma berbeza. Semua agama ajar asas-asas baik, cuma the way it comes to that core business... is different.

It does not matter where we started, but what have we changed.

Orang yang diberi nikmat adalah mereka yang ada kemanisan iman, orang yang tenang dan sentiasa positif. Sometimes, pada wajah mereka kita nampak cahaya ini. Mereka bukan semestinya kaya. Bukan juga ada PhD. Tetapi just a simple humility. Pakcik kerja nelayan tu, tengah panas, kerja teruk, makan sikit. Subsidi diesel kejap ada kejap tak ada. Tapi tengok muka dia manis, raut dia sangat owesome yang sepatutnya ada pada wajah orang kaya raya. Cakap slow dan merendah diri, tetapi sekali berkias makan dalam. Humility, atau tawadduk... atau taqwa... bukan berfaktorkan dunia, tapi di sana...

Orang yang dimurkai adalah manusia yang background dia teruk, early programming dia sucks, dan dia membesar dengan doktrin songsang dari fitrah. Dia ada rasa kasihan tapi anehnya boleh lawan rasa kasihan, dia boleh tutup mata bunuh orang. Dia amok jika hak dia dikacau, tapi hak orang dia tapau selamba. Manusia ini jika bijak, dia akan merosakkan ketamadunan. Manusia ini pengikut toghut dan togho. Double cheese burger punya syaiton. Jika diberi nasihat, awal-awal dia akan blok sebab environment kotor dalam hati terlalu gelap seperti black holes yang boleh telan cahaya hidayah hidup-hidup. Mereka seperti binatang ternak yang nampak macam manusia tetapi sebenarnya bukan.

Orang yang ketiga adalah kategori orang-orang yang sesat. Sesetengah ustaz melabelkan yang diberi nikmat di atas adalah orang Islam, yang dimurkai iaitu Yahudi dan yang sesat itu Kristian. Tapi di sini aku tak suka petik sesiapa, just make it general.

Orang sesat bukan orang dimurkai tetapi dikasihani. Kesian. Mereka orang baik, tetapi salah pilih. Niat betul, cara salah. Lalu sesat.

Aku ada curiosity, kau pun ada semua orang ada. Tapi dalam library pengetahuan kita ada void, ada gap yang boleh dieksploitasi oleh orang sesat yang lain yang IQ lebih 100, atau orang yang dimurkai. Rasul Melayu memberi makna kalimah dalam Quran ikut nahu dan qawaid dia, mungkin ya mungkin ada yang kena, tapi cara tu salah. Ego. Togho. Tiada rasa untuk explore hikmah yang lebih luas dan appropriate yang jauh lebih berkesan seperti mana yang ditunjukkan orang yang diberi nikmat iaitu ust Azhar, ust surau Damansara Damai, atau Haji Malek (lebai). Ada yang tidak sepopular ust Azhar, tapi diikuti ramai orang diam-diam dan masyarakat kariah dia berubah juga diam-diam. Bila ditanya anak Melayu yang pergi ke stesen angkasa lepas Russia itu siapa, bila diselidik rupanya anak kariah Haji Malek. Tak perlu kecoh-kecoh ke court.

Ramai bekasan banduan, bekasan kaki rumah urut, bekas artis, dan anak-anak muda yang mual dengan suasana hipokrit mula mengorak langkah mencari diin sebenar. Guna naluri fitrah, mereka tahu orang Islam ramai yang terpesong dan weird, tapi nak bahas tak tahu dalil. Setakat main rasa-rasa, walaupun betul, orang taikkan saja hujah kau.

Akan tetapi di luar sana, tiga manusia di atas menanti untuk menolong. Jika dia berjumpa orang yang diberi nikmat, alhamdulillah. Jika dia berjumpa dengan orang yang semacam berada dalam kenikmatan iman yang gah tapi sebenarnya sesat, anak muda kita akan sesat. Dia diajar resipi agama yang seakan betul, ada rasa ghau-ghau iman, tapi actually dia selepas itu diajak untuk ke sudut lebih ekstrem seperti mengakui bahawa orang Melayu perlukan seorang Rasul yang hidup yang boleh dia connect socially so that akhirat nanti mereka ada wakil atau ketua untuk melayan Malaikat Nakir untuk mereka. Anak muda kita lalu angguk dan mula stim hallelujah.

Kesian bro.

Kita yang kurang ilmu memang kena berjemaah, tetapi jangan salah pilih. Di luar sana banyak NGO yang menawarkan ruang untuk berdiskusi dan menimba ilmu. Cuma jangan berpecah.

Selagi mana persatuan itu dibina manusia, ia tidak perfect. PAS, UMNO, tabligh, PBB, atau masyarakat Islam bukan satu entiti sempurna. Ada kedut, ada imperfection yang ditakdirkan ada pada manusia. Kita berada di dalam kumpulan berbeza bukan untuk berpecah tetapi untuk bersinergi, untuk check and balance, untuk at least competition. Yang berpecah-pecah itu juak-juak macai yang dalam kepalanya ada minda kelas ketiga.

Kita perlukan persaingan. Competitiveness is needed for better result. You have right to be in Islam, you have your sole right to embrace Christian, but it is human right given by Allah to know each other and collaborate. Saya lahir di lembah, awak lahir di puncak gunung, bila kahwin awak komen saya terlalu riak sebab selalu mendongak. Walhal kalau saya tak dongak, saya takkan jumpa awak.

Before you read a person, read his/her environment first. Don't judge.

Kuncinya... humility. Taqwa. Redha dengan takdir Allah. Ikut jalan lurus, iaitu melakukan kerja mengikut sunnah Allah, mengikut proses (tomakninah) yang betul pada qadar tentuan Allah dan terima ciptaan Allah yang berbeza kerana sebab perbezaan mencetuskan value. Macam lelaki perempuan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kuncinya... humility. Taqwa. Redha dengan takdir Allah. Ikut jalan lurus, iaitu melakukan kerja mengikut sunnah Allah, mengikut proses (tomakninah) yang betul pada qadar tentuan Allah dan terima ciptaan Allah yang berbeza kerana sebab perbezaan mencetuskan value. Macam lelaki perempuan.


sunah Allah???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »