Kalau puasa itu kunci syurga, tarawih itu key chain dia.Selamat menyambut ramadan 2013. Aku bukanlah scholar dalam bidang ini tapi aku bercakap pada sesiapa yang mahu mendengar dan setiap percakapan kita akan dicabar di depan Tuhan nanti. Salah betul, aku tanggung. Korang ikut aku, atau kitab mana-mana tanpa usaha sendiri untuk mengkaji, korang tanggunglah. Tak usah takut, yang penting usaha, keringat dan otak kita dikerah untuk mencari kebenaran walaupun tak sengaja tersilap.
Solat terawih menurut apa yang aku faham adalah solat personal. Selepas berpuasa, yang mana efficiency puasa kita eksklusif antara kita dan Allah, solat terawikh adalah another amal yang menjadi platform untuk kita bertafakkur dengan Tuhan malam-malam.
Di bulan Ramadan, ia satu bulan yang kita diberi peluang datang dekat kepada Tuhan. Kerajaan, syarikat, dan semua organisasi perlu peruntukkan sedikit masa untuk para staf divert fokus sedikit ke arah rohani. Bukan Allah dapat untung, syarikat kau juga dapat. Dalam dimensi hidup kita ada banyak hubungan - relationship - bukan sekadar dengan bos atau duit. Hubungan manusia dengan alam, sesama manusia, dan hubungan dengan Tuhan. Ramadan adalah bulan di mana kita polish hubungan ruhani kita dengan Tuhan tahap maksimum. Sebulan je.
Kita rasai lapar personally. Menderita. Kemudian, kita kenyangkan pula perut di waktu maghrib. Di waktu malam kita muhasabah bagaimana dua rasa itu begitu berkuasa ke atas diri kita. Semoga genap sebulan, kita mampu jadi manusia yang segan dengan Tuhan (takwa). Manusia yang segan dengan Tuhan akan buat baik walaupun tak ada orang tahu, dan tak akan buat jahat walaupun orang tak nampak. Belanja RM23.45, dia akan claim RM23.45. Kalau semua staf macam ni, kampeni tak perlu invest juta-juta untuk CCTV, Scanner, Auditors dsb.
Maka setiap usaha untuk promot bulan puasa dikira cukup bagus. Cumanya. Mengapa nak buat bidaah macam nak tetapkan terawikh 20 rakaat? Kita boleh sarankan, atau recommend, tapi jangan sampai tahap meletakkan aras, atau mensyaratkan masjid-masjid di seluruh negeri buat 20 rakaat, satu perkara yang Nabi tak pernah suruh pun. Memanglah kalau sesapa nak buat lapan, stop lah di rakaat ke lapan then witirlah sendiri, balik. Tapi apakah itu satu kerjasama yang elok?
Sebenarnya. Nabi terawikh sorang-sorang, diam-diam berkhalwat di masjid. Bila ramai pakat follow, satu malam Nabi buat di rumah saja. Bila sahabat tanya mengapa, Nabi beritahu baginda takut ummat baginda ingat terawih itu wajib. Maka baginda 'break the pattern', means, it is not a template, it is not a required pattern, nak buat, buat. Tak nak buat, jangan paksa diri.
Terawih adalah personal. Solat diam sorang-sorang yang ultra khusyuk antara makhluk ciptaan yang ada kesedaran akan Tuhan.... dengan Tuhan dia. Agar kita tembusi hati, tembusi ego, tembusi paradigm yang busuk. Kita nakkan suasana tu. Suasana spiritual yang hening.
Saidina Umar yang selepas itu 'recommend' terawih berjemaah. Bawa semua kumpulan-kumpulan kecil di masjid itu berjemaah yang mana keadaan time tu masih tak ramai yg jahil macam sekarang yang ingat terawikh mesti berjamaah mesti lepas isyak, sebelum isyak tak boleh, lepas tu mesti kena selawat kuat-kuat. Sebenarnya, bab terawih saja... dah lama kita sesat.
Kita raup muka selepas bagi salam untuk buang habuk, ia satu functional work. Time tiada habuk, kita tak ada lah nak sapu. Tapi bila ia jadi rutin, pattern, yang dibuat semua orang.... that specific movement akan muncul semacam template yang ada hukum. Walhal tak ada. nampak macam ada. Itu dah jadi bid'ah. Ciptaan yang tiada nas tapi direkayasa, dibuat semua sehingga menjadi seolah-olah ia satu suruhan agama. Ingat peristiwa terawih di atas, Nabi ajar kita 'break the pattern' apabila sesuatu perbuatan itu dah jadi macam required pattern. Cuba tahun ni kita semua 'break the pattern', cuba buat cara lain. Masa qiam, letak tangan kat sisi. Selepas salam, jangan duk raup-raup muka.
Cuba juga:
1) Terawih tanpa selawat. Terawih sorang-sorang juga di masjid atau di rumah tak perlu berjemaah sebenarnya. Nak berselawat time terawih, berselawatlah. Lepas solat sunat terawih nak berselawat sampai ke Ali, Muawiyah atau sampai ke Syeikh Zakaria pun hentam lah, tapi itu sepatutnya bersifat personal effort. Bukan sebahagian dari suruhan yang berhukum. Sampaikan bila terawih tanpa selawat jadi nampak pelik. Semua dah jadi karut terbalik.
Setiap tahun menjelang ramadan kita akan cakap benda sama. Tapi perubahan berskala besar tu tak nampak sangat. Cuma kita harap slow-slow pemikiran kritis dan obejctive-base akan ambil tempat dalam masyarakat Melayu Islam. Kita bukan Arab, kita Melayu dan Islam tak pernah halang kita jadi Melayu. Islam tak suruh kita jadi Arab dengan celak dan jubah. Orang Melayu berbaju Melayu. Itu cantik.
2) Cuba baca Quran ikut timeline, kronologi. Jangan ikut susunan surah panjang --> surah pendek, yang dikompilasi semasa khalifah ketiga. Susunan Quran sekarang based on surah panjang ke surah pendek. Walhal, Quran diturunkan berperingkat mengikut timeline. So, bila kita baca ikut timeline, kita akan nampak topic yang dibincangkan di dalam Quran develop ikut perkembangan sebenar, ikut urutan pengembangan Islam.
3) Puasa semua deria bukan hanya perut. Puasa mata --> movie, amoi, grafik internet dsb. Puasa telinga --> lagu, muzik, gelak hotfm. Puasa lidah --> cakap benda berfaedah saja atau jangan bercakap.
3 ulasan:
ramadhan kareem!
Please prove you're not a robot.
aku bukan robot la...
robot biologi ciptaan the Almighty..
diam2 baca, fikir, digest.. walau kadangkala berlaku juga 'indigestion' hehe..
salam ramadhan al-kareem bro kery.. :D
Ulasan yg sempoi dgn gaya tersendiri.hampir sama pendapat dgn ulasan dr maza dlm bab solat tarawih dr segi bil solat tarawih..
Catat Ulasan