Jumaat, 28 Jun 2013

Big bang, evolution dan Islam

Waktu malam keluar ke beranda, dongak dan tenung. Indah ciptaan Allah bukan hanya pada mata yang memandang, tetapi ia lebih indah pada akal yang mahu berfikir.

Maha suci Allah yang mencipta dunia ini dengan penuh kesempurnaan. Memperjalankan bulan, bintang, galaksi dan cluster setepat-tepatnya pada orbit. Orbit-orbit mereka pula mengambil ruang dan jarak secukupnya hasil daripada tindakan graviti (-ve) dan 'unknown force' (+ve) memperlihatkan semua bongkah berputar dan berkembang pada paksi ruang dan masa yang telah ditetapkan.

Sistem yang dicetuskan kuasa infiniti 'kun fayakun' yang berkembang secara sistematik dan precise semenjak 46 billion tahun dahulu ini... semuanya untuk manusia. The whole creation is for us.

Ketika mana manusia masih belum ada bentuk wujud yang boleh dipanggil atau dibahasakan dengan sebutan lughoh manusia, ketika manusia masih di alam ruh (luar logik), sistem fizikal berasaskan logik ini sudah bermula dengan perintah Tuhan yang ummat Islam panggil Allah.

Fungsi masa, yakni detik saat pertama dalam lifespan kosmik bermula ketika manusia masih belum ada nama untuk disebut.

"Has there [not] come upon man a period of time when he was not a thing [even] mentioned?" - Al-Insan, 1. 
Langit dan bumi dan segala bongkah dalam cakerawala dahulunya 'berada di tangan Allah'. Seluruh cakerawala yang kita lihat hari ini, dahulunya satu entiti (theoretically called Plank epoch). Ia sebuah intipati yang luarbiasa padat mempunyai infinite energy, infinite space, infinite time. Pada saat itu, fizik gagal, matematik tidak membantu dan semua hukum-hukum sains gagal kerana logik itu sendiri belum wujud. Kemudian intipati itu dipecahkan pada kadar letusan yang terlalu kuat dan pantas.
"Have those who disbelieved not considered that the heavens and the earth were a joined entity, and We separated them and made from water every living thing? Then will they not believe?" - Al-Anbiya, 30.
Ia adalah titik permulaan Allah meletuskan pembinaan sistem kosmik yang berkembang mengikut qadar atau kita biasa sebut 'takdir' yang telah ditulis dan kering dakwatnya di Luh Mahfuz. Big bang, inflation, perkumpulan gas, kelahiran bintang, planet, bumi, air dan makhluk bernyawa... semua proses ini bukan berlaku secara random bukan rawak tetapi melalui formula yang telah Allah tetapkan. Allah telah mencipta sebuah sistem yang berkembang mengikut hukum logik.
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata." - Al-Qamar, 49,50.
Big bang ialah 'triggering point' permulaan dunia fizikal logik. Selepas big bang, berlaku proses inflation iaitu satu pengembangan tenaga yang terlalu kuat yang berlaku dalam selang masa 10 kuasa negatif 36 atau 0.0000000000000000000000000000000000001 saat. Sistem kosmik berkembang dari isipadu 0 kepada 10 kuasa 78 dalam masa 10 kuasa -36 saat. A blink of eyes... sekelip mata, kun... fayakuun

Maha suci Allah. 

Dunia kita ini direkacipta, bukannya terjadi secara random. Kalau seseorang nak judge agama dan Tuhan based on logics, seperti Stephen Hawking, manusia itu sebenarnya tak boleh nak terima limit otak dia. Tak boleh nak terima satu kewujudan yang lebih cerdik daripada keprofesorannya, Oxford, MIT, Harvard, Hogwart dan UM all together combined.

Bagaimana pula konsep saintifik kun fayakuun ini perlu untuk golongan Islam meleis?

Terkejut tak korang jika aku beritahu di luar sana wujud seorang jurutera masih percaya WWE itu gaduh betul-betul bukan lakonan? Terkejut tak korang jika aku beritahu di luar sana masih ada orang Islam percaya apabila ustaz berkata Allah menurunkan hujan, dalam kepalanya muncul watak Allah mengepak-ngepak awan jadi sebesar cumulonimbus lalu hujan pun turun, Allah lalu pukul-pukul tongkatnya ke atas awan lalu keluar petir? Percaya tak korang bahawa di luar sana masih ada manusia percaya Allah duduk bersimpuh buat manusia daripada tanah liat dibakar dalam acuan macam tembikar? Benda macam ni ada dalam kepala masing-masing kita tak nampak, tapi bila dia berkata-kata.... imaginasinya akan keluar. Tahyulnya mencurah-curah. Macam di whatsapp seorang jurutera paste cerita bahawa hajarul aswad itu adalah sebenarnya conductor berketumpatan tinggi yang jadi balancing kepada putaran bumi. Can you believe that?

Time changed, tapi 'imaginasi' sesetengah kita stuck pada rekayasa klasik 40 tahun dulu ketika orang Jepun mula menemui Ultraman. Betapa hodohnya imaginasi orang Islam terhadap Tuhan.

Aku muncul di sini mahu repair benda-benda macam tu. Allah buat dunia ini, hukum-hukumnya tetap dari dulu sampai sekarang. Rekabentuk dunia ini semenjak dahulu sangat advance, maka kita perlu perkembangkan imaginasi kita seadvance mungkin jangan stuck pada sukatan kurikulum zaman batu.

Ilmu sains logik adalah ilmu agama paling utama kerana ia adalah sunnah Allah, ilmu pengetahuan direct daripada Allah bukan based on cakap-cakap orang atau falsafah. Ia tiada periwayat dan ulasan berjela-jela. Science talks straight to the point, dan semenjak dahulu ia fix, unchanged. Ia merupakan basic structure yang perlu ada dalam otak manusia. From that basic knowledge baru kita boleh judge perkataan siapa yang kena dengan sunnah Allah, perkataan siapa yang ke laut. Ini benchmark fitrah, untuk kita fikir yang mana antara Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Sikh yang betul. Kalau kamu Islam by default, kamu juga boleh jadi Buddhist by default andai lahir di Hong Kong dan kamu akan masuk neraka by default sebab kamu dengar cakap orang yang rapat dengan kamu, bukan cuba berfikir sendiri.

Benda yang diperolehi by default tiada value, macam buih-buih, macam singa dan lalatnya.

"And the heaven We constructed with strength, and indeed, We are [its] expander." - Adh-Dhariyat, 47.

Kita kena faham bahawa alam ini sustainable, satu sistem yang 'self-sustained' yang dimulakan dengan satu petikan suis, then zrrrmmmmmm... alam semesta 'berkembang' ikut programming yang telah ditetapkan. Allah tidak hadir turunkan hujan, petik daun kayu, gegarkan plat tektonik bumi, ghaibkan wali bawa pergi ke Mekah sekelip mata atau sebagainya. Allah tidak ubah itu dan ini. Alam ini self-sustained. Allah hanya duduk memerhati dan melihat saja. Allah telah mulakan alam ini hanya dengan sekelip mata, "KUN!" Bang! .... start off.... fayakuun... develop, progress... kemudian Allah monitor pengembangan awal ciptaan langit dan bumi pada setiap enam peringkat, sebelum Dia selesai dan duduk di singgahsanaNya.
It is Allah who created the heavens and the earth and whatever is between them in six days; then He established Himself above the Throne. You have not besides Him any protector or any intercessor; so will you not be reminded? - As-sajdah, 4.
Aku tahu ada banyak tafsiran akan ayat-ayat penciptaan dalam beberapa hari. Secara basicnya, di sini kita kena faham kejadian galaksi berbentuk proses logik. Proses adalah satu fungsi yang melibatkan perubahan fizikal sesuatu pada selang masa. Change vs time = process. Kun fayakuun bukan process tetapi satu start off, switch ON, tetapi apa yang berlaku selepas itu adalah proses, di mana ruang dan masa mulai diwujudkan. 

Kejadian dalam masa enam hari menunjukkan satu proses berasaskan fungsi atau law, atau takdeer (qadar). Ia melibatkan perubahan berperingkat-peringkat dalam selang masa yang dibahagikan kepada enam. Mula dari Big Bang sampai kepada munculnya kehidupan biologi, alam semesta sebenarnya berevolusi dalam enam epochs

Ummat Islam kena faham dan menerima dengan iman terbuka bahawa alam ini diciptakan Allah dalam proses dinamakan evolusi. Evolve maksudnya bertukar secara perlahan-lahan mengikut satu pattern. Alam semesta dijadikan secara berperingkat-peringkat mengikut natural law, sunnah Allah, atau apa yang profesor di universiti Harvard sebut sebagai scientific laws atau apa yang Quran sebut sebagai takdir. Bukanlah langit dan bumi ini dibuat seperti tukang buat rumah sebagaimana imaginasi para penganut Islam ortodoks yang anti evolusi.

Korang boleh ke website Harvard ini untuk selongkar setiap epoch, mula dari particulate, galactic, stellar, planetary, chemical dan biological. Semua ada enam peringkat yang significant. Ini adalah peringkat awalan yang penting yang menyaksikan para malaikat sangat sibuk turun naik mengawasi setiap parameter, if you like to say that. Namun, apa yang pasti berdasarkan beberapa ayat berkenaan kejadian langit, bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam masa enam hari, ada beberapa kejadian yang bersifat mukjizat, atau impossible. Yang mana pada hemat aku, ia satu intervention atau something yang sains tidak boleh iterate, antaranya kejadian air, karbon, dan carbon-based cells seperti dalam ayat As-Sajdah seterusnya:

"He arranges [each] matter from the heaven to the earth; then it will ascend to Him in a Day, the extent of which is a thousand years of those which you count. That is the Knower of the unseen and the witnessed, the Exalted in Might, the Merciful. Who perfected everything which He created and began the creation of man from clay." - As-Sajdah, 5,6,7.
Enam masa penting ini ditadbir closely. Dengan permulaan yang cukup aggresif rawak pada awal letupan big bang, kosmik menghabiskan masa berbillion tahun cahaya untuk evolve (ahsana (alif, ha, sim, nun) - continuous improvement) cool down menjadi gugusan jisim tersusun pada orbit yang dinamakan bintang dan planet. Antara banyak-banyak planet, di bumi Allah mulakan kejadian biologi. Ini bukan rawak. Ini sudah lama ditulis sebelum suis big bang dipetik, semua telah disusun rapi agar pada suatu masa akan terhasil sebuah planet yang sesuai untuk dimulakan ekosistem biologi. 

.....and We separated them and made from water every living thing?
He evolves everything into better creation and started the creation of man from clay...

Heterotrophs, sel hidupan berasaskan karbon yang pertama tercipta daripada molekul air. Carbon adalah atom yang mutate daripada hidrogen, di mana proses mutasi itu adalah salah satu proses yang terjadi out of blue moon, satu dalam seribu juta. Daripada itu bercambah unsur-unsur lain yang kita lihat dalam jadual berkala kimia. Origin of life started off in water molecule membentuk the first carbon dan karbon setelah itu menjadi unsur penting dalam binaan fisiologi kilang fotosintesis (pokok) dan animalia kingdom, yang direcycle dalam ekosistem bumi (carbon cycle).

Wa bada a kholkol insaana min tiin... means human are made of earth substance, bukan planet lain, bukan besi macam Autobots. Manusia adalah makhluk berasaskan karbon, unsur yang habitatnya dalam perut bumi. Dari bumi ia lahir keluar, ke dalam bumi ia masuk mengadap (mati), di mana jasad itu akan diurai oleh ulat berengga kembali menjadi tanah baja dan baja itu dibawa cacing ke merata-rata lalu diserap oleh akar pokok pisang dan pokok pisang itu menjalankan proses fotosintesis menghasilkan kanji dan oksigen yang mana kanji dalam pisang itu kemudian dimakan oleh seorang lagi wanita mengandung ke dalam perutnya diproses menjadi protein janin dan apabila janin itu lahir ia akan makan segala makanan berbentuk tumbuhan dan daging yang berasal dari perut bumi dan kemudian budak itu mati dagingnya ditanam kembali ke dalam bumi. Semua ini barang recycle. Recycle dalam perut bumi. We are made of earth substance. Jasad kita adalah bahan recycle semenjak dahulu, semenjak zaman dinasor.

Karbon. Carbon-based ekosistem.

Jasad ini adalah produk evolusi, kelangsungan daripada evolusi kosmik. Semua ini proses yang berasaskan program takdir di Luh Mahfuz. Semua cause dan effect ada formula yang dipatuhi semua entiti ciptaan sehinggalah tiba masanya ketika mana Allah berucap kepada malaikat... it is time.

It is time to unleash the Kraken! The meat eating human!

Seperti yang telah aku cerita sebelum ini bagaimana Quran menyiarkan satu naratif penting ketika permulaan inception manusia ke dalam rantai evolusi carbon-based ekosistem, naratif di antara Allah dan malaikat.

Nabi Adam 'alone' evolve dari lower primate, yang mana the whole animalia kingdom evolve from the first cell, yang started off dari karbon yang juga mutate dari molekul H2O, air. Jika 6 epochs pada evolusi kosmik ditadbir Allah untuk memberikan kita bumi, bulan, matahari dan bebintang... the whole carbon-based evolution process selama berbillion tahun, semuanya ditadbir Allah untuk memberikan kita jasad ini. Human fisiologi. The most advance biological system.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" - At-Tiin, 4.

Kenabian Nabi Adam atas dasar mukjizat terbitnya jasad manusia yang pertama. Yang berlainan dari induknya. Dan seluruh generasi manusia kemudian bercambah dari Nabi Adam, induk kepada semua manusia. Makhluk yang boleh bertutur dengan bahasa logik, yang mempunyai kewarasan yang objective. Mukjizat kenabian Nabi Adam adalah baginda boleh bertutur, akibat daripada baginda dapat berfikir. That's all. Ini bukan penghinaan, tetapi ia satu tanda intelligence dalam environment ketika itu yang sangat kuno. Dan pertuturan saja sudah cukup membuktikan kenabian yang mana membuat semua malaikat sujud.

Bermula dengan Nabi Adam, Allah lahirnya daripada benih Nabi Adam sendiri, isterinya Hawa. Hawa adalah keturunan Adam, keturunan yang mampu berfikir. Hawa adalah manusia kedua. Dengan Hawa Adam kemudian bersama melahirkan zuriat Habil dan Qabil dan seterusnya.
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." - An-Nisa', 1.
Ketika ini manusia mempunyai kapasiti sebagai khalifah, namun suasana mereka masih lagi kuno. Even Qabil selepas membunuh Habil, Qabil terkebil-kebil tak tahu apa nak buat dengan mayat adiknya yang kian membusuk. Akhir sekali bukan bapanya atau guru sekolah, tetapi seekor burung gagak yang buat demo depan Qabil cara untuk mengembalikan karbon adiknya ke dalam kitaran bumi. Semua ini sekali lagi disiarkan dalam naratif Quran yang membawa mesej yang cukup penting bagi orang yang mahu berfikir.

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;

"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Habil adalah mangsa bunuh pertama dalam sejarah manusia, dan kisah di atas memberi kita gambaran dua watak manusia yang bakal memenuhi bumi. 

Kita bukan jasad kita. We are not our bodies. Tubuh ini adalah barang bumi, barang dunia. Tetapi Nabi Adam adalah soul, ruh, yang pertama menduduki jasad homo sapien yang evolve dari rantai animalia. Ini bukan tempat Nabi Adam, bukan tempat kita. Kita akan mati, jasad kita akan kembali ke bumi, dan kita akan kembali ke sana.

Islam adalah fitrah, rasa harmoni, yang ada dalam ruh kita. Rasa sedar untuk menyayangi, rasa sedar untuk membuat kebaikan. Ini rasa yang ada dalam naratif Habil di atas. Manakala Qabil lemah dikuasai nafsu kebinatangan. Walaupun watak sejahat Ayu dan Along dalam drama Teduhan Kasih pukul 7 malam di TV3 setiap Isnin hingga Khamis itu nampak macam melampau dan anoying gila, tetapi kita kena sedar penulis novel tersebut mahu beritahu kita bahawa watak tersebut wujud di kalangan manusia. Awak, awak dan dia hidup di kalangan populasi baik-baik yang tak pernah terfikir untuk berbuat seperti apa yang dibuat Ayu, tetapi di luar sana ada manusia seperti itu sebenarnya. Jahat macam Qabil. 

Berbillion-billion manusia kini menguasai muka bumi, mula menunjukkan belang mencipta ciptaan yang cukup kompleks. Ciptaan fizikal atau spiritual. Dipengaruhi faktor geografi bumi yang berbeza, manusia bertaburan di bumi menganut budaya, bahasa, dan fahaman berbeza. Atas dasar perbezaan agama, manusia sanggup berbunuhan walaupun apa yang mereka dengar itu hanya agakan, atau assumptions, yang mereka dengar dari orang lain. 

Nabi Muhammad hadir di kalangan jahiliyyah Arabs untuk membawa semua perbezaan kembali ke dasar yang sama, yang satu. Sejauh mana pun kita berbeza, kita semua berasal dari Nabi Adam, dari clay, dan air. Semua berasal dari satu sistem evolusi, yang mana sistem itu berasal dari evolusi kosmik yang sama, dimulakan oleh Tuhan yang sama. Kita faham semua ini hanya dengan kembali kepada ilmu yang satu, iaitu fitrah Sunnah Allah. 

Satu kebenaran akan bercambah menjadi beribu-ribu falsafah seiring masa berlalu. Semua ini dibuktikan pada tamadun semua nabi even Nabi Isa dan Nabi Muhammad sendiri. Namun, Sunnah Allah, Takdir, atau Scientific Laws bermula dengan beribu-ribu hipotesis dan teori. Seiring dengan masa teori-teori itu evolve menjadi hukum yang paling tepat, yang paling berkesan, yang memberi value added dalam kehidupan kita sekarang. Ini beza antara ilmu perbahasan lughoh (falsafah) dan ilmu sains. Kerana sains deal direct dengan ciptaan Allah. Jika kita mahu mengenali pencipta, kenali ciptaannya, bukan?

Jadi mengapa kita masih menganggap sains anti agama? Walhal melaluinya kita mengetahui sistem Allah, melaluinya kita menjana ciptaan yang masuk akal, yang baik. Bahkan sains itu sendiri adalah makhluk Allah yang mengandungi parameter-parameter kosmik, yang memastikan bumi, matahari, bulan dan bintang berkerjasama memberi kita pentas hidup yang cukup indah ini. 

Islam adalah fitrah, satu law yang ada dalam jiwa manusia semenjak dahulu kala tidak pernah berubah. Ia bukan benda baru dibawa nabi baru. Rasulullah hanyalah muzakkir, pemberi ingatan kepada sesuatu yang telah Arabs ketahui. 


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org yg nak pakai kayu sugi tu dia bukannya anti sains,tapi org yg x paham seperti mana org yg pakai kayu sugi tu paham yg akan membuang masa dia sendiri hehe

Khairi Mohd berkata...

Emm... rasanya dia punya gigi then dia punya suka nak gosok pakai kayu apa.

Cuma jangan pandang sebelah mata pada orang Islam lain yg cuba menambah baik hidup mereka.

Kayu sugi itu sejenis methodology yg konvensional. Itu saja.

Tanpa Nama berkata...

ye kita saling sngka baik..sains ALLAH YG BUAT,insyaAllah ape yg nabi amal tu dah bersangkut dgn sains yg PALING BAIK untuk tubuh badan kekasihnya dan manusia contohi,ada manusia yg dapat amal banyak ada pula yg dapat amal sikit,dan bukan pula bermakna yg masih belum dapat amal banyak tu manusia yg jahat,bukan ke kita sama2 je bodoh dan sedang belajar..betul tu en khairi ckp,yg dah dapat amal jgn sesekali pandang sebelah mata pada yg belum dapat amal insyaAllah..salam.

Khairi Mohd berkata...

Amal apa? Haha. Keluar 40 hari?

Tanpa Nama berkata...

cek khairi ajar org jgn pandang rendah kat org lain saya baru sebut kayu sugi cek khairi dah merujuk terus dan ketawakan jemaah tabligh sedangkan cek khairi x tau pun saya jemaah tabligh ke bukan,ape cek khairi ingat kayu sugi jemaah tabligh je ke boleh amal?cek khairi ckp x serupa bikin,en khairi doa untuk saya,saya doa untuk cek khairi ok,insyaAllah..en khairi simpan la ilmu en khairi tu,baru umpan pakai cacing dah telan mata kail sampai tekak,selamat jumaat n saling doa untuk sama2 ok,salam..

Khairi Mohd berkata...

It is indeed a question. Bukan nak insult. Dan berfikir akan kejadian Allah itu bukan membuang masa, kerana kejadian Allah yg inspire manusia untuk cipta gajet yg semua duk guna pakai.

Sy xkisah awak tablgih ke apa kalau berani just show yourself better than stalk blog orang nak rendahkan org.

Tanpa Nama berkata...

en khairi ukur keberanian dari situ?bila en khairi x ketawa baru la manis bila en khairi ckp x kesah,bila en khairi dah ketawa lepas tu cakap x kesah..ape la en khairi ni kalau dah salah tu mintak maaf je la,pusing sana pusing sini.

Khairi Mohd berkata...

Haha. Whatever. Hope u happy okay.

Tanpa Nama berkata...

salam... apa pendapat saudara mengenai evolusi? adakah saudara menerima bulat-bulat teori tersebut atau bagaimana?

Khairi berkata...

terima bulat2 tu terma yg negatif, sebab Allah buat otak untuk di tengah-tengah input dan output kita. Whatever we see, sent to the brain first, then we react.

Based on that rationing process, we will be questioned in hereafter.

Terima agama bulat2 juga tidak boleh. Agama mesti dipilih, bukan diwarisi.

Teori evolusi bukan benda remeh, ia memerlukan analisis, kajian dan bacaan detail bg orang biasa.

'Wa fi anfusikum afala tubsiruun?'

Pada design diri kamu sendiri tidakkah kamu lihat?

Allah menjadikan dunia ini melalui proses. Dan proses tersebut melibatkan jangka masa yang cukup panjang (masa yg dikira manusia).

hamka berkata...

Sains boleh meningkatkan iman bagi mereka yang mahu berfikir.

Satu penulisan yang baik, tahniah!

hamka berkata...

baca ni pulak: http://keretamayat.blogspot.my/2015/08/zakir-naik-vs-hamka-naik.html?showComment=1441466213699

Sunni berkata...

Nice post, good readings.
Konsep qadr, as my beliefs.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »