Selasa, 4 Jun 2013

Dia yang terlalu luarbiasa untuk diberi nama

Dari sekecil benda, sampai ke sebesar benda, Allah buat semua. The whole universe, Tuhan yang bina.

Whoever created this universe is definitely God. 

Tanyalah siapa pun, Chong Wei, Yahudi, Einstein, Christopher, Tokca, hatta atheist.... mereka percaya hal di atas. Cuma persepsi mereka terhadap Tuhan berbeza berdasarkan conditioning masing-masing.

Tugas kita orang Islam untuk sampaikan imej Tuhan yang paling kena, paling masuk akal. Tiada siapa tahu Tuhan itu bagaimana. Ia di luar logik. Walaupun begitu halnya, kita berupaya untuk pangkah mana-mana sifat yang tak patut ada pada Tuhan. Tokong... ia bukan Tuhan. Lemah... Tuhan tak mungkin lemah. Beranak? Tuhan ada anak dan isteri? How come? Apa kita cuba manifest Tuhan seperti manusia yang menjalankan pembiakan jenis seks untuk beranak? Paling selamat untuk kita biarkan benda yang kita tak tahu.
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan/dakwaan yang keluar dari mulut mereka; walhal mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (Al-Kahf,  4 , 5 )
Perceptions will not add the truth even a bit - (Najm)

Persepsi-persepsi manusia takkan memberikan kesan hakikat Tuhan di atas sana... sikit pun. 

Yang pasti, yang paling rasional pada hemat manusia, Tuhan itu zat yang tidak boleh akal proses. Kita dibatasi satu sistem, sistem logik. Sistem ini berkesan hanya dalam ruang ini. Di luar sana, Allah ada. Bentuk Tuhan, Material Tuhan, Nama Allah tidak lagi boleh kita fikir, analyze atau decide. It is too much beyond logic. Maka Islam ajar untuk kita seru Dia dengan gelaran yg paling sesuai untuk Tuhan, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Razzak, Ya Qowiy, Ya Hamid, Ya Latif... 

100 gelaran ini adalah sebutan-sebutan yang paling sesuai dengan Tuhan. Allah buat seluruh alam, maka kita seru Dia dengan panggilan Ya Razzak, iaitu pemberi rezeki. Tanya orang putih, orang putih akan setuju Tuhan itu Ar-Razzak walaupun dia Kristian. Kita berdoa dengan memanggil Ya Rahman, yang maha pemurah sebab Allah betul-betul bagi kita kehidupan ini FOC. Cuba tanya Dalai Lama betul dak, dia akan jawab betul. 

Islam adalah agama paling logik dalam dunia. Islam adalah agama yang kita boleh challenge tanpa perlu takut disumbat ke neraka. Malaikat yang maksum pun persoal Allah buat Nabi Adam, takkan kita nak persoal Imam Syafie tak buleh? Allah selepas itu, dalam surah Al-Baqarah tidak tinggalkan soalan malaikat tak berjawab, Allah pertunjukkan bukti-bukti Nabi Adam itu bukan seperti sangkaan malaikat. Apa itu bukan sejenis Q&A, sejenis reasoning, sejenis debat ilmu berasaskan hukum qadar?

Islam disebarkan pada paksi ilmu, bukan paksa. Islam benar dengan acid test, bukan autokrasi. Rasulullah suruh fikir sebelum percaya. Rasulullah tak wajibkan puak Arab masuk Islam tetapi baginda wajibkan keadilan, haramkan kezaliman sebab itu asas untuk jadi manusia. 

Nabi Muhammad membawa satu sistem yang mengangkat darjat sains dan 'reasoning'. Setiap hujah dipasak fakta sains. Agama ini telah menggoncang dunia dengan kelahiran para cendikiawan yang menemukan asas resipi teknologi nuklear, processor, bateri, elektrik, optik, genetik dan quantum lalu seterusnya mengjangkiti para pemikir Barat dengan algorithm sains sampaikan ajaran gereja-gereja Kristian ortodoks dipulau oleh para genius.

Lama-lama resipi tu dapat kat depa, lebih-lebih la pula.

Rasulullah mengajar kita Tuhan semua manusia adalah Tuhan yang sama. Berbeza kita pada persepsi itu biarkan berbeza kerana hakikat Allah takkan tergores akan hal itu. Biarkan mereka dengan agama mereka, as long as kita diberi hak yang sama. Jenayah itu bukanlah berlaku kerana manusia ingkar hukum agama. Tetapi para penjenayah ingkar benda-benda basic saja. Semua tahu kita tak boleh mencuri. Semua tahu kita tak boleh merogol. Tak payah karang kitab kuning pun, semua manusia tahu apa itu keadilan. We just need to think them out.

Islam ialah nasihat. Satu nasihat agar kita hidup sebaiknya, untuk menurut fitrah yang menjuruskan keadilan. Satu nasihat untuk kita guna kapasiti manusiawi kita semaksimum mungkin untuk keadilan sejagat. Satu nasihat bahawa akhirat itu benar. Sebarang pertelingkahan bukan habis takat mati, tapi akan diadili di depan Tuhan nanti. Kita semua akan dihakimi pada hari agama.

Islam tidak perlu dipaksakan ke atas manusia. Manusia yang betul berfikir akan rasai sendiri apa itu Islam. It is the work of the laws of universe.

Itu hukum Allah. As real as gravity.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »