Selasa, 30 Julai 2013

Ilmu, ulamak dan saintis

" Dunia akhir zaman, baru belajar sedikit sudah 'bijak' mempertikaikan ilmu seorang ulamak walhal diri baru khatam senipis buku. Merasa diri lebih hebat dan 'bijak' dari ulamak yang berpuluh-puluh tahun membahas kitab-kitab agama yang muktabar.  

Jika tidak sependapat, usah di 'caci' dan di 'aibkan' tetapi raihlah ia tanda kerana itu juga adalah suatu rahmat untuk seluruh umat selagi ianya tidak bercanggah dengan aqidah" - iluvislam.com


Ilmu dan akhlak berkait tapi apabila ada faktor luaran, dua benda ni boleh jadi entiti berbeza. Quote di atas aku petik daripada website Facebook. Satu quote yang biasa kita dengar sebenarnya.

Islam, secara fitrahnya (conscience), memang bersifat menghormati orang lain, penganut agama lain, even makhluk Allah yang lain. Apatah lagi ulama. Dalam keadaan hormat, kena juga profesional dan jujur. Hak tetap hak walaupun pahit, walau terpaksa berdepan mazhab sendiri.

Perbezaan pendapat itu takdir Allah, di mana bio-diversity bumi ciptaan Allah berperanan mewujudkan keadaan mental homo sapiens yang pelbagai. Jadi sikap menghormati perbezaan pendapat itu memang blog ini junjung semenjak dahulu. Allah buat kita berbeza untuk ber-synergy, bukan berbalah dan berpecah. Itu sikap aku di sini.

Dekat kondominium aku ni ramai juga budak-budak Negro, malam-malam bersembang berduaan di tempat gelap. Entah apa jenis perangai. Kadang dua orang, kadang tiga, gelak-gelak di sudut gelap nampak gigi dan mata. Tak buleh ke duduk tempat terang agar tak mendatangkan fitnah? Dah la di sini ramai pelajar perempuan Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak yang sedang mekar. Adik aku sampai takut nak keluar kereta sebab terperanjat ada orang Afrika di tempat gelap itu seolah-olah sedang bersembunyi mahu menerkam dari belakang.

Mungkin bagi mereka, bersembang di tempat gelap itu cool dan bermaruah. Atuk dia.

Manusia bermacam karakter dan personaliti. Kita boleh tolerate perbezaan pada personaliti - fesyen, makanan, pengalaman, ilmu (point of view), bahasa, budaya etc tetapi perbezaan karakter perlu hati-hati sebab ia melibatkan nilai seorang manusia yang akan beri kesan pada manusia lain seperti kejujuran, keamanahan, kesabaran, ketaqwaan etc. Boleh kita tolerate dengan orang tidak amanah?

Perenggan pertama pula agak cliche. Dia berniat memberi amaran kepada budak baru agar jangan memandai dan perasan bagus. Akan tetapi, kita kena ingat ulamak bukan maksum yg tak boleh dipertikai. Zaman berubah. Einstein ambil masa seumur hidup untuk cari e=mc^2, tapi di USM, satu minggu dah cover sampai ke hukum Newton, Kepler, serta Hubble punya halaju bintang. Jangan sia-siakan ilmu seorang Yahudi sebab dia Yahudi. Jangan sia-siakan ilmu Prof Rahim yang bongkak sebab dia bongkak. Ilmu dia dan akhlak dia adalah dua benda berbeza.

Zaman sekarang menuntut ilmu tanpa bias jadi berisiko. Banyak idealogi kena tapis dan kebanyakannya bertentangan dengan ajaran ortodoks. Kita seperti Galileo sebelum Renaissance, dan renaissance Islam tak tahu bila. Kekal jahil pula amat mudah. Taqlid saja semua setel buat apa mahu susah-susah pikir? Curiosity lalu dibunuh, proses pewarasan mengikut sunnah Allah turut terbantut. Lalu ramai kita lihat pemuda-pemuda yang berpelajaran menjadi kritis kadang2 terlalu biadap. Orang agama pula nampak alim tetapi sebenarnya jahil dan sombong.  Justeru katanya Anas;

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)

Suasana sekarang, dibanding dengan 300 tahun dulu, berbeza. Kalau nak banding membanding... bukan lagi epal ke epal. Kita menerima teks-teks agama itu dengan hati terbuka dan ilmu yang jujur bersih. Gunanya untuk apa? Untuk kita validate ilmu itu, saring ia mengikut tahap pendidikan terkini supaya mutu sosial kita sentiasa upgraded, updated, dan up to date. Itu nilai umat Nabi Muhammad berbanding umat nabi-nabi sebelum baginda. Kita ada equipment, kita ada makmal, kita ada space station kalau proses validasi itu perlu dijalankan tanpa graviti.

Jika ulamak muktabar, seperti quote di atas, ambil masa berpuluh tahun membahas kitab agama yang muktabar, kitab tetaplah kitab. Kecuali Quran, kitab-kitab karangan ulama mengandungi pandangan manusia, pertikaian manusia dan point of view manusia. Perbezaan yang boleh kita tolerate. Tetapi, kebenaran, kejujuran, ketelusan rasa hati itu karakter manusia yang Allah bagi, perlu kita jaga. Tak ada kompromi.

Title ulamak tak boleh dibolot semua oleh scholar di bidang theology, tetapi juga scholar yang mengkaji sunnah Allah yakni sains. Ulamak tidak terhad pada bidang siasah, hadith, atau bahasa Arab, tetapi termasuk juga pakar fizik, biologi, kedoktoran dan pakar sakit puan. Jika ulamak terdahulu membahaskan kitab, saintis muda kita membahaskan hukum-hukum universal Allah, The Law of Creation yang ditulis di kitab di Luh Mahfuz. Itu kitab rujukan ahli sains seluruh dunia. Unit ukuran di Jepun dan US mungkin berbeza tapi ukurannya tetap sama. Itu standard ditetapkan Allah, ilmu perbahasan yang tidak pernah berpecah.

.... Innama yakhsyaLlaaha min 'ibadihi l'ulamaa... Faathir, 28.

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu...

Siapa itu orang-orang berilmu (ulama) itu?

Tengok ayat sebelumnya...



Tuntutlah ilmu walaupun dicerca. Kita boleh bertoleransi dengan idealogi manusia, tetapi kita tak boleh bertoleransi dengan kejujuran. Kebenaran itu masih lagi subjektif, tetapi kejujuran itu clear. Kamu tahu bila kamu tak jujur. Jangan rendahkan nilai diri yang Allah bagi. Jangan rasa bodoh untuk menyaingi perbahasan Feqah sebab feqah itu praktikal dan boleh difahami lebih-lebih lagi oleh manusia yang maju. Apabila kamu faham, kamu layak beri pendapat. Apatah lagi kamu memang pakar kejuruteraan kimia. Maka bab kondisi air kamulah ulamaknya, walaupun pakaian harian kamu jeans dan T shirt. Ilmu di dada bukan di baju.

Cumanya dalam mengkritik ulama terdahulu, adab kena jaga dan mesti berhikmah macam misi cucuk jarum tak sakit. Itu hikmah. Gosok dulu. Cucuk.

Aku tinggalkan korang dengan ceramah Ust Asri ini:




Skip ke minit 21:00 untuk ulasan ayat Fathir 27,28 di atas, dan ketahui siapa sebenarnya yang dipanggil ulamak itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »