Selasa, 1 Disember 2015

Arab Saudi pada perspektif Jean Sasson dan Leopold Weiss

Berada di Saudi saya membaca sejarah Saudi. Mungkin apa yang telah saya baca dan bakal tulis tidaklah tepat sebagaimana yang telah berlaku. Sejarah boleh jadi ditulis penipu. Tapi kesempatan membaca pengalaman peribadi Jean Sasson dan Leopold Weiss yang bergaul direct dengan orang-orang penting di Saudi buat saya rasa teruja.

Bangsa arab bangsa 'terpilih', di mana tradisi mereka dipelajari seluruh dunia, yang kadang-kadang terlalu bias dan superstitious. Selain No God but God, dua buku biografi Jean dan Leopold muncul memberi sejenis reasoning, mengapa karakter bangsa Arab begini, begitu dan kenapa mereka tak mampu guna benda paling basic dalam dunia - roundabout.


Saya selalu berkata kita manusia seperti elektron yang bersifat khunsa, atau dualiti. Elektron ni pondan, sekejap dia bersifat waveform (energy), sekejap dia bersifat partikel (mass). Apabila kita fokus pada sebiji elektron, kita akan melihat satu perincian sebuah partikel, tetapi elektron apabila berkumpulan dalam satu beam, yang apabila ditembak melalui satu bukaan kecil, dia akan membentuk interference seperti gelombang yang tak patut berlaku jika mereka sebenarnya sekumpulan partikel.



Manusia, as a person, mempunyai freewill. Dia bebas fikir apa saja, berkehendak apa saja. Setiap manusia diskrit, mempunyai kapasiti sendiri. Tetapi manusia apabila berkelompok, mereka akan membentuk demographic, tiada lagi freewill. Kelompok manusia kita boleh kelas-kelaskan, manakala behavior mereka mempunyai pattern. Kita boleh bersendiri as a person, tapi dalam sistem sosial kita semua interconnected. Sikap kita dibentuk keluarga, sejarah, tradisi, kaum dan setiap kita menjadi satu knot dalam satu fabrik sosial yang infiniti pada ruang dan masa.

Kita punya behavior, mentaliti dan nasib adalah sebuah produk geografi. Lain padang lain belalang, katanya pepatah Melayu. Lain negara lain orang. Ya, kita ada free will, you can be whatever you want, tapi bak kata orang Melayu lagi... cakap senang la, buat tengok...

To walk the talk, we need to act upon choices that coming from outside of our control. The environment. it is either you beat the mass, or the mass beat you. That will finally shape your mentality. Without one of your friends, your pattern of life probably will be different. If you elder sister did not drop school, might be you will. Without one particular person in Syria in year let say 1875, your probability of having some life experience will be altered even at 0.000001%, or maybe 0.004% if that Syrian guy happened to be Steve Jobs grand grand grandpa. If prokaryotes was not made exist by the Designer some 4 billion years ago, we are at 99.99999% of probability that we will not exist today.

Karakter orang Arab dibentuk oleh sebuah jejak sejarah yang boleh kita kaji melalui sains anthropology, paleontology dan archaeology. Tradisi mereka bukanlah sedewa yang kita sangka. Pendewaan itu ternyata lahir dari catitan-catitan manusia yang tidak sempurna kerana manusia sentiasa diuji dengan dualitinya - personal gain vs cumulative gain - yang boleh buat dia jadi terlalu kretif dan berisiko.

Jika anda membaca Princess tulisan Jean Sasson, anda akan mengkeji perangai orang Arab pada setiap peringkat usia. Sebaliknya, jika anda membaca tulisan Leopold Weiss, yang merupakan seorang Yahudi pada ketika ceritanya berlaku, anda akan memeluk cium orang Saudi seadanya mereka. Tak perlu bingung sebab seorang fokus di kepala, seorang lagi fokus di duburnya gajah. Kita yang membaca kisah di kepala dan di dubur justeru, mampu membuat pemerhatian yang lebih tepat, lebih tuntas berbanding orang-orang terdahulu yang kecil ruang fokus kerana terhad pada teknologi. Jika Jean Sasson dan Leopold Weiss mampu berinteraksi di Facebook, buku mereka pasti bunyinya akan jadi berbeza.

Jean Sasson bercerita di istana. Kisah seorang puteri kepada King Abdullah, putera kepada King Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saudi, yang hidup dalam arus yang tak mampu dia lawan walaupun dia seorang puteri diraja. Selepas keluarga Saud rapat dengan Muhammad Ibnu Wahhab, mereka terpengaruh dengan pendekatan 'aggresif' Wahhabiy untuk mengawal-selia perilaku-perilaku kurafat di tempat-tempat tertentu di sekitar kota suci Mekah, lalu 'keaggresifan' ini tanpa disedari menular ke dalam topik kehidupan yang lain-lain. Paling kronik apabila King Faisal dibunuh anak saudaranya sendiri dalam tragedi pemprotesan sang Raja membenarkan sebuah stesen televisyen pertama dibuka di Saudi. TV tu dah cukup haram, nak buka bapak segala TV? A.k.a stesen TV? Seluruh institusi diraja bergegar dengan kebiadapan gambar bergerak ciptaan barat ini.

Keruntuhan fungsi ilmu dan kecenderungan gender yang teruk dalam institusi keluarga dan sosial orang arab memberikan Puteri Sultana, yang berfikiran moden dan terbuka seperti bapa saudaranya, King Faisal, satu kehidupan yang tough. Freewill Sultana dipenjara, tiada wave form, hanya partikel-partikel yang suram. Dunia warna-warni yang diberikan Pencipta lalu jadi kelabu di sebalik burqanya, jadi pelik dan cacat dikongkong undang-undang agama yang telah bermutasi menjadi undang-undang toghut.

Leopold Weiss, atau nama Islamnya Muhammad Asad, pula ceritanya berbeza. Dia bercerita tentang kehidupan orang badwi di gurun antara Yaman dan Najd, pada tahun 1930-an, 10 tahun sebelum 70% populasi Yahudi dibunuh Hitler, juga sebelum keluarga diraja al-Saud menjual minyak lagi. Dan Asad ditakdirkan Tuhan bersahabat baik dengan King Abdul Aziz itu sendiri, makan bersama, bergelak ketawa bersama dan apabila membaca susunan hurufnya menceritakan kehebatan peribadi Abdul Aziz, kita akan terpesona. Sudah tentu. Kerja menyatukan kabilah-kabilah Arab di setiap daerah di lapangan gurun yang luas, berhubung pula melalui perkelanaan orang-orang badwi yang nomad physically dan mentally (sejenis lalang... kejap sokong Rashid, kejap sokong Saud), seorang Prince yang mampu melakukan hal ini pasti seorang yang sangat-sangat hebat. Dia, Abdul Aziz Ibnu Saud, bersama-sama 40 orang perwira terdekatnya, pergi ke Riyadh pada satu malam dan menakluk istana tu malam tu juga, membunuh sang Khalifah, sebelum mengiytihar diri sendiri sebagai raja pada pagi besoknya.

Bekerja sebagai jusnalis, Asad mengembara dari Damascus ke Mesir, dari Austria ke Palestine sambil mencatit peristiwa untuk tugasannya dan membanding-bandingkan tradisi Europe dan Arab sepanjang kariernya. Timeline bukunya adalah ketika dia mengembara di padang pasir dari Qasr Athaymin menuju ke Teyma, sebelum menukar haluan ke Mekkah menaiki unta berbonggol satu, ditemani Zayd, temannya yang badwi. Sebelum sampai Mekkah, dia singgah di Hail berjumpa datuk kepada Princess Sultana, Abdul Aziz Al Saud. Dia lalu bercerita kehebatan peribadi Abdul Aziz satu persatu....

Sepanjang perjalanan atas unta, dia turut membuat flashback tentang perjalanan karier dan spiritualnya yang telah menukar persepsinya tentang agama Yahudi dan Islam. Malah Islam yang disampaikan Muhammad Asad bukan seperti diamalkan Jakim atau orang Melayu. Jauh. Bahkan, kalau dia jumpa Islam versi Melayu, confirm dia tak mahu peluk Islam. Apatah kalau dia jumpa Islam versi Wahhabiy. Asad bertemu Islam sebenar, sebuah fitrah suci yang hidup dalam hati-hati para badwi di padang pasir. Apabila Asad bermadah tentang kehidupan padang pasir dan sifat-sifat orang badwi yang empatik, dia sebenarnya bercerita tentang segolongan manusia yang naif, yang fitrah mereka intact, yang sebenarnya orang Islam yang original, sisa-sisa masyarakat 'kelas pertama' tinggalan Rasulullah SAW. Asad bercerita tentang sejenis mentaliti yang pernah berada dalam satu equilibrium tamadun lama. Tamadun yang hebat. Empatik mereka cukup seni. Mereka pintar tapi tak rushing dengan pembaharuan yang exponential. Mereka tidak terburu untuk habiskan resource bumi, tapi simpan untuk generasi kemudian yang masih ramai. Biar progress manusia jadi linear, bukan exponential. 

Jean Sasson pula bercerita tentang mereka yang sudah corrupted. Manusia yang berpegang pada equilibrium lama yang telah digoncang oleh sistem sosial barat. Goncangan ini pula serta-merta. Too fast. Merebak seperti virus. Mentaliti padang pasir lalu berkocak dan struggle untuk adapt dan cari keseimbangan baru. Duit terlalu banyak, teknologi terlalu kompleks. Tak sempat belajar versi 1, versi 10 dah keluar. Kekayaan terlalu sedap, tetapi methodology lama pula wajib dipegang. Berubah ke neraka, tak berubah jadi pelik. Common sense mereka lalu ke laut. Sistem demokrasi, sistem roundabout, sistem queue, sistem sivik... semuanya tak applicable di Saudi. 

The most important thing is... what can we learn from this?

Ada banyak kisah-kisah dalam Quran diceritakan bertujuan memberi pelajaran. Quran juga banyak kali beri saranan untuk kita menjelajah geografi bumi mempelajari ekosistem ciptaan Allah. Belajar bagaimana burung defeat gravity, unta defeat sahara, kuda defeat bisa patukan ular... dan banyak lagi, yang mana dari ilmu 'sunatullah' ini tamadun barat dibina. Dan zaman sekarang, kita boleh merayapi bumi melalui channel nat geo animal, nat geo people, discovery channel, melalui google map, melalui dokumentari selanggaraan mat saleh yang kebanyakan agnostik dan atheist yang repot mereka based on fact and figure tak bias mana-mana theology. Teknologi membuka peluang untuk minda kita berfikir dan berijtihad - memperbetul dan menambah-baik idea-idea dari tiga kurun yang lepas. 

Bacalah apa yang ditulis Muhammad Asad di sini. InsyaAllah banyak nilai ruhani yang boleh kita ceduk dari fikiran beliau.


Rabu, 11 November 2015

Islam dan Akal

Waktu malam keluar ke beranda, dongak dan lihatlah siling malam dihiasi lampu bertebaran. Cantik. Setiap bintang, planet dan bulan, masing-masing beredar di orbit masing-masing, nampak berselirat tetapi sebenarnya disusun baik dengan kadar tertentu.
Sesungguhnya, segala yang dijanjikan kepada kamu (akhirat) tetap benar. Dan bahawa sesungguhnya balasan amal akan berlaku. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya (orbit)... [51:5,6,7]
Allah bersumpah demi langit dan banyak lagi objek saintifik dalam ayat lain, jelas sekali mahu provoke rationality dan conscience manusia moden; bahawa betapa benda yang dahulu dianggap tahyul oleh masyarakat purba, sebenarnya bukan sebenarnya tahyul, bukan magic. Kosmologi kini mampu dijelaskan secara saintifik. Kita hanya perlukan masa untuk faham. Dan beyond cosmology, pastinya kita juga akan sampai pada satu masa, satu tempat, di mana kita berdiri menghadap satu situasi yang real bernama akhirat. With real feeling. Real smell. Satu tempat yang kita masih lagi belum boleh faham atau analyze, but... someday we will.

Bumi pula berbentuk hampir bulat sebab terhasil dari rotating movement semenjak masih bayi, berputar pula senget 23.4 darjah, mengelilingi matahari selama setahun, menghasilkan perincian geografi yang bervariasi. Selain iklim, flora dan fauna yang cukup indah, putaran ini penting untuk kiraan waktu yang tepat. Kehebatan ciptaan langit dan bumi ini bukan hanya pada mata yang memandang, tetapi ia lebih indah pada akal yang mahu berfikir.
And it is He who spread the earth and placed therein firmly set mountains and rivers; and from all of the fruits He made therein two mates; He causes the night to cover the day. Indeed in that are signs for those who think. [13:3]
Bumi mempunyai polariti, iaitu kutub utara dan kutub selatan. Bukan setakat untuk kompas, tetapi dua polariti ini memastikan bumi diselaputi aruhan medan magnetik yang menjadi perisai daripada ribut solar matahari. Penemuan terkini MAVEN oleh NASA, di Marikh, dua kutub magnet ini tidak ada di sana, menyebabkan atmosfera planet itu tidak dapat menampung lapisan gas atau udara apabila diserang ribut solar.
We have made the sky a protection ceiling and (yet) they turn aside from its signs. [21:32]
Banyak lagi ayat Quran yang boleh kita petik untuk menunjukkan betapa kemanisan iman adalah sejenis perasaan di 'hati' yang terhasil daripada analisa 'otak' yang credible yang jujur. Iman kepada Tuhan mestilah based on fact, bukan based on biased... or tradition of elders.

Kalau nampak seorang cuba jadi champion tajdid yang terlalu radikal logiknya, janganlah hukum akal secara umum. Sains bukan binari. Sains subjectif, setiap bacaan ada degree, ada ratio. Manusia pula ada kelemahan, jadi kelemahan ini yang buat conclusion dalam hal agama nampak tak applicable dan pelik. Budak yang guna otak secara salah janganlah kata pada dia, "hei jangan guna otak." It is not that we cannot use logical process in religion, but the point is to use it the right way.

Thomas Edison mencipta berpuluh ribu mentol salah sebelum dapat 1 yang betul. Bebaskan fikiran dalam meneliti kebesaran Pencipta tanpa bias, agar akhirnya dapat kita mengenali Tuhan yang betul.

Anehnya, orang Melayu kagumi Tuhan selalunya pada benda yang tak boleh difikir akal. Benda yang ajaib, atau sebenarnya karut seperti sejadah sujud, nama Allah di tembikai, atau air jampi. Benda-benda ini sejenis toghut, yang anehnya, kadang-kadang dipelopori mereka yang bergelar ustaz (contoh dalam link sejadah sujud). Tak semua ustaz, tetapi sesetengah. Iaitu yang terlalu extreme. Mereka suka mengkafirkan orang yang menolak benda tak logik dalam agama. Walaupun yang orang itu pertikai bukan item dalam rukun iman pun. Ini sombong. Biji-biji sombong ada dalam perut neraka tempat dia.

Perlu ditanam dalam aqidah kita sebagai ummat Nabi Muhammad bahawa Tuhan menciptakan alam ini berdasarkan satu sistem, bukan secara magik. Sistem ini dibina dua parameter, qada - constants dan qadar - variables (ratio between two constants within a function). Dalam e=mc^2, c is a constant, 2 is a constant, while e/m is a ratio of how much energy for a body with mass 'm' needed to reach the speed of light. Setiap aplikasi fizik ada equation yang mengandungi constant (qada) dan variable (qadar), bernoulli, hukum gas, fluid mechanics, etc etc yang kita jumpa dalam applied physics.
Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan) [54:49
Qada dan Qadar ini juga dah lama jadi guidelines kepada evolusi kosmik dan evolusi biologi yang hanya kita tahu apabila kita kaji. Sorry, bukan kita tapi NASA. Evolusi kosmik menghasilkan bumi dan unsur-unsurnya. Manakala evolusi biologi menghasilkan manusia dan 'unsur-unsur' kepalanya. Semua ini dalam pengetahun Pencipta. Natural selection. Darwin kata kepelbagaian spesis adalah kerana natural selection yang berlaku secara rawak. Natural selection bukan rawak tetapi teramat spesifik. It has pattern, but it is a highly intelligence pattern that is too complex for us to understand thus it appear to us as a random blurry correlation. The whole creation has pattern, we know. But up to some extent the pattern is very complex thus looks like random. Sebuah gelas yang pecah ada pattern, tapi kita nampak ia random, berterabur, sebab the prediction is not within our brain capability. Past and future, ada pattern. Future is nothing but predestined; but it is too complex and too much probabilities for our computing device to calculate. Smart brain can guess the probability of tomorrow but never go near to 100%... as 100% is God's exclusive.
Tidak ada sesuatu kesusahan yang menimpa bumi, dan yang menimpa diri kamu sendiri, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. [57:22]
[This is] the established way of Allah (sunnatullah) with those who passed on before; and you will not find in the way of Allah any change. People ask you concerning the Hour. Say," Knowledge of it is only with Allah . And what may make you perceive? Perhaps the Hour is near." [33:62,63]
Sunnatullah ialah hukum-hukum alam yang bertindak-balas dalam menjadikan alam ini berada dalam keseimbangan. Graviti anti-graviti. Matter anti-matter. Bad-good. Angel-evil. Material atau spiritual... semua ada ratio. Dan hukum-hukum alam ini tak pernah berubah semenjak dahulu sampai sekarang, sampailah ke hari kiamat. Even kejadian kiamat dalam ayat-ayat Makkiah pun diterangkan tepat dengan hukum fizik.

Apabila kita faham bahawa alam ini dijadikan secara sedar dan tersusun. Kita justeru faham bahawa alam ini direkacipta, bukan diletup, berterabur dan bertangkup sendiri-sendiri secara rawak. Secara LOGIK, alam ini punya objektif. Kejadian manusia juga bukan secara rawak. Punya objektif. Maka secara LOGIK, kejadian manusia juga ada objektif. Alam dan manusia tak boleh dipisahkan kerana sia-sialah kehebatan alam ini jika akhirnya mati begitu sahaja tanpa dapat dihargai oleh makhluk yang mampu memahaminya.

So, every single thing must have been precisely calculated, precisely designed. And, o my people, every single thing that Allah created, obviously, is only for us, human. For without human, everything will become meaningless.

Terus, apakah objektif penciptaan manusia? What is our purpose of life?
Dan tidaklah dijadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu (patuh pada aturan yang telah ditetapkan) [51:56]
Kenapa kita mesti 'beribadah' kepada Allah? Ibadah di sini bukan hanya solat puasa. Tapi seluruh gerak kerja kita. Jika gerak kerja kita demi Allah, maka ia jadi ibadah. Jika gerak kerja kita demi nafsu, maka sia-sia atau mungkin bisa rosak. Jadi... Apa erti gerak kerja demi Allah?

Sebelum manusia pertama dilahirkan di bumi, Allah dah declare depan malaikat bahawa spesis ini akan menjadi khalifahNya di bumi. Khalifah. Objektif kita adalah untuk menjadi seorang khalifah yang efficient dan komited. Setiap usaha, ritual, gerak kerja kita dalam menjadi khalifah, juga dalam mentadbir bumi dan resource-resourcenya, adalah ibadah.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.... [2:30] ..."
Ibadah kita adalah dengan menjadi khalifah. Leaders. The managers of the great Earth. Yang dijadikan Allah unik, cemerlang pada bidang tertentu lalu berkolaborasi sebagai satu delegasi untuk menguruskan bumi secara bersama. Supaya planet ini menjadi lapangan permainan mengumpul harta dan beranak-pinak yang kondusif dan adil untuk semua. Itu sebenarnya ibadah yang ultimate. Kerja kamu, selain untuk menyara keluarga, adalah ibadah kamu yang paling utama.

Contribution to the civilization. 

Solat, puasa, haji, zakat, adalah ibadah 'personal' yang bersifat 'self-helps' yang bukan bersifat 'objektif'. Allah jadikan kita bukan untuk solat. Tapi Allah wajibkan solat untuk spiritual check, untuk pertajamkan keperibadian dalam melawan nature jasad yang kompulsif. Agar kita menjadi khalifah yang effective.

Jasad kita produk evolusi. Evolusi adalah proses pemajuan spesis dalam proses perlahan dan berperingkat-peringkat. Untuk survive dalam persekitaran, induk subconsciously mutate DNA dia dan akan reproduce new breed of offspring. Pendek kata, spesis dipaksa untuk evolve agar dia dapat 'survive' dan 'reproduce'. Lalu animalia kingdom semakin lama semakin maju. Sehingga kemuncaknya, lahirnya makhluk paling maju iaitu manusia.

Mengapa kamu tidak menghargai kebesaran Allah? Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat. [71:14,15]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk paling baik [95:4]
Eventually, evolution has printed two languages in our physiology - survival and reproduction. Lalu setiap kali melihat makanan dan perempuan, jasad ini akan mengeluarkan arahan untuk kita memenuhi hasratnya untuk 'survive' dan 'reproduce'. Justeru, tugas solat dan puasa adalah untuk memperdamaikan ruh dan jasad. Force it to pray, to meditate in silence. Force it to fast. Ini ritual untuk memberitahu jasad, "I am master, you are my slave..." "I lead, you follow... not otherwise." Primate awal bersifat binatang - 'survive & reproduce'. Tapi, saya bukan lagi 'binatang'. Saya bukan binatang yang mana ketika Allah perkenalkan induk pertama saya kepada malaikat, malaikat yang baik-baik itu pun skeptical...
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)?.... [2:30]..."
No. Saya adalah ruh manusia yang diutuskan Pencipta untuk uruskan bumi. Semua decision saya untuk kebaikan bersama, bukan sendiri. Sembelihan saya malah punyai sistem untuk minimumkan stress binatang sembelihan. Semua ada sistem. Lalu saya perlu guna kapasiti saya. Seribu Quran diberikan pada saya pun, takkan berguna kalau otak saya tidak mempunyai reasoning capacity yang cukup untuk memahami ayat-ayat Pencipta. Kalau saya peluk 5 agama sekaligus pun takkan berguna kalau karakter saya salah di peringkat asas. Reasoning is first and foremost. From reasoning comes imaan. 

“Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai”. (Al-A’raf: 179)

Maksud lain bagi khalifah ialah 'pengganti'. Khalifah asal dari perkataan khalfa, iaitu belakang. Bila orang pertama pergi, pengganti dia adalah orang belakang dia. Boleh diistilah sebagai representative (wakil) atau delegasi.

Allah ciptakan langit dan bumi dengan satu sistem qadar. Selepas siap langit, matahari, bulan, bumi dan primates, Allah jadikan manusia untuk manage bumi. Apa logik kita manage bumi ikut sunnah lain? Apa logik kita manage bumi ikut cerita falsafah nenek moyang yang walaupun 'keramat' tetapi masih lemah pemerhatian mereka akan sunnah alam? Siapa yang sekarang ini lead kuasa di bumi? Yang ikut tradisi nenek moyang kah, atau yang strictly kaji sunnah Allah based on facts?

Bila kita menjadi delegasi Malaysia ke PBB, contohnya, kita akan bawa bersama kita perlembagaan Malaysia. Kita wakil Allah di bumi, satu-satunya hukum yang perlu kita patuhi adalah sunnah Allah, dan hanya sunnah Allah. Bukan sunnah toghut. Sunnah toghut adalah ikat gelang mancis untuk sembuhkan demam. Itu toghut. Sunnah Allah pula, untuk sembuhkan demam makan penicillin dan check secara biologikal apa yang menyebabkan temperature naik, is it viral, is it bacterial. From there kita cari ubat dia dalam sistem Allah, penicillin ke, drugs ke, operation ke. That's how sunnah Allah works, bukan baca ayat-ayat di atas hembus ke air.

Kita berfikir betul-betul untuk pilih isteri, pilih universiti... takkan dalam hal hidup-mati, hal agama yang bakal mencorakkan sosial anak-anak kita nanti, kita main ikut orang? Kita hormat ulama-ulama terdahulu, yang telah mencuba yang terbaik untuk memimpin generasi mereka. Tapi hormat itu tak bermakna kita kena follow mereka membuta-tuli. Even Imam Syafie pun larang orang follow dia membuta-tuli. Maka dalam ijtihad kontemporer, jika kita terpaksa menolak pendapat para imam, bukan bermakna kita perkecil ilmu mereka dan tuduh mereka sesat. Tidak. Manusia punya kelemahan. Itu sunnah Allah yang menjadikan manusia.

Kita sekarang perlukan tajdid. Time moves. Space expands. So does our spiritual dimension.

It is not the same anymore.

Selasa, 27 Oktober 2015

Civilization cycle

Jews had been through their worst period of time in 1941, when 70% of their population, 90% in Poland alone, was killed by Adolf Hitler, a holocaust that could see they extinct like the dinosaurs. 

But they didn't. In small group, they survived. The survival was with extreme phobia, fear and humiliation and after years now regarded as a miracle of the chosen ones. 

Men are great biological machines. Israeli has proved it. Under such torture they regrew, rose to become a great nation with great minds. The suffering made them stronger, better in all field. And we should rationally aware and understand, why the Zionist actually have that 'greater israel' conspiracy, and be prepared to fight them to death when time comes. 

The progress of the Jews was at the expense of indigenous Arab in Palestine who were maybe too gentle in handling the aggressive immigrants who once came to Jerusalem to perform pilgrimage, now had settled and force the native of the land to congest to death at the West Bank and Gaza strip. Apart from theological concern, all we can see is just how the nature works. Sunnatullah. The law that never change since ever. Not only in Palestine that Arabs now failed, but almost all over the middle east except Arabs that already taken western culture as their lifestyle, like the UAE, Qatar and Bahrain.  

The question now is how low muslim in the middle east should fall? On what scale the suffering could become a switch to trigger another historical survival for greatness. In what field will they become great? Biology? Electronics? Techs now seem saturated. What shape the smarter smartphones will be invented by the Palestinians? A phone embedded in the skull?

Today's tech are all from Israel. The foundation of classical science was set up by the great Muslim after their fall into jahiliyyah period, and that is a thing in the past. The great renaissance has just passed. Now, the power is Israel and their allies. The jahiliyyah once again fall on us, muslims. We are heading to the bottom.

As the history of the civilization tell us, in some time ahead the high will fall, the low will rise. But when? Where is the bottom? 20%? 

InsyaAllah there is still time. To speak of how close the qiamat is, on the scale of the age of the universe, our grand grand child might still have a chance to achieve some technologies beyond our imagination. 


Based on total energy consumption on the planet, a study by Kardashev revealed that human civilization level can be put on a scale from 0 to 3. Current human civilization is type zero. Our power source is dead dinosaurs, solar flare go to waste everyday and nuclear is still exclusive for certain primates. One day this will not enough. Energy starved by exponential population growth will push us to the type 1 civilization.

Type 1 civilization is a a group of human who can harness all energy received by the planet from its parent star - the sun. This civilization can finally control the volcano, tide and any type of energy regulated by earth system to power up their huge machine - flying car magnetic rail, super train, or pacific rim robots to fight kaiju.

Type 2 civilization is the generation who can harness the great power of the sun, totally. Probably by installing a rig hovering the surface of the Amun and suck it flare. At that time, some of our great great grandchild may already have departed earth to a new planet.

Type 3 civilization is the human generation who can harvest the energy of the stars in their galaxy. What they can achieve is beyond our imagination, for now.

Ok, we are now at 0.72 type, not totally 0. By saying that, the most probability we can achieve type 1 industry is in a couple of centuries - 2215. By this time, which nation will lead this transition of human race? Israel? US? Or... may be the people of the desert who run out of fossil fuel business? May be Syrian. May be a small survivors of a bloody hell middle eastern war.

Arabs are great machines running a corrupted program. One day, with an aligned mental, they will again rise. Probably. InsyaAllah. 

Sabtu, 24 Oktober 2015

Facebook, Twitter dan Blogger

Semenjak aktiviti online mula bertumpu di FB dan twitter, blogspot semakin dipinggirkan. Bukan dipinggir terus, tetapi jadi jarang saja.

Semua benda yang ditulis sekali lalu, even tanpa menggunakan backspace, tidak lagi sesuai untuk dijadikan posting blog. Semua itu kini berlaku di FB.

Blog lalu menjadi kanvas yang lebih official, yang lebih kredibel untuk rujukan pada masa akan datang. Fakta dan rumusan lantas jadi serius, dan penulisan lalu jadi kaku.

Golongan 80-an, yg meliar di akhir 90-an, dan mengenal komputer sewaktu perubahan millenium mengenali benda online secara secret. Saya dan rakan2 dulu ramai anonymous di internet. tak kira di mirc, forum atau malah friendster, mereka dan saya mempunyai id yang lain. id maya dan id fizikal tak match.

Bila pertama kali mengenali FB, sosial di internet jadi lain. saya jadi kekok sebab sudah tidak boleh meliar dengan identiti anonymos dahulu. Mak, adik, bos, member semua bercampuran di facebook sama macam di supermarket. It is no longer the same.

And then, saya mula mengenali watak2 online satu persatu, ada yang unexpected, ada yang sebaliknya melalui get together ahli forum dan bloggers. Substance online kini lebih kredibel dan boleh bawa anda masuk jel.

Apabila menulis tentang agama, saya lalu jadi lebih hati-hati dalam meluahkan rasa. Lalu blog post saya tentang agama akan ditulis hanya apabila study saya lengkap. Sesi berkongsi tentang buku yang saya baca pun agak terhad sebab buku2 saya semakin lama semakin menjauhi norm yang kita pelajari di kelas agama di sekolah. subjek yang sensitif untuk pembaca umum tak elok dibahaskan secara terbuka. Ini hikmah yg nabi ajar, agar kita tidak dihinggapi tagging-tagging seperti syiah, wahabi, sekular dan sebagainya.

kadang2 kita berfikir untuk buat sesuatu untuk merubah 'mental' bangsa kita. paling malas adalah tulis blog, atau menulis bantahan terhadap sebarang post yang menjatuhkan maruah agama di FB. Itu paling malas. Masalah bila membuat usaha paling malas ini ialah diri sendiri tu malas ada hati nak nasihat orang. itu sejenis masalah sebenarnya.

manusia spesis macam saya ramai. spesis yg grad dari sekolah agama, yang mempunyai basic agama yang paling asas yang apabila melihat golongan yang mahu beragama tapi 'salah paham' tentang perkara paling basic, spesis kami jadi malas nak memantapkan diri untuk berhadapan dengan mereka. kadang rasa buang masa, sibuk kerja, dan selalunya sebab rasa malas. Nak kena study, nak kena baca buku, nak kena tulis bla bla bla...

apabila meminggirkan diri dari membahas perkara-perkara asas dalam agama, akhirnya, diri sendiri yang hilang rujukan. Memory loss. hal agama bila nak bercakap dengan kawan takleh main rasa-rasa dia akan reject even sebelum dia dengar. Kalau dia nak dengar jugak pendapat 'rasa-rasa' saya, saya akan bagi keywords untuk dia cari dalam kitab hadith atau kitab Arab. Itu je yg saya mampu. Dan hati akan jadi pedih sebab tak mampu nak pertahan memori yang telah saya kumpul selama ini. Gagal buat notes, gagal untuk stay sharp.

Melihat pattern mentaliti keagamaan Melayu di facebook saya jadi risau. Apa lah nasib anak2 saya nanti, bagaimanakah dunia mereka. Kita diberi peluang hidup hanya sekali. Saya kadang jelous tengok masyarakat di US, di Europe yang majoriti mereka hidup dengan harmoni, bijak, empatic, dan mereka enjoy diorang punya kreativiti, they create things, they explore things, dalam pada masa yang sama mereka patuh pada rules, civil rules atau emphatic rules.

Lihat dunia middle east, jahiliyyah sedang memakan kaum muslim. Keruntuhan ini bukan sebab Islam salah, tapi hukum antropology manusia memang macam tu. Kita fikir kita ni ada free will, tapi arwah Stephen R Covey barangkali sekarang ini dah sedar yang manusia tiada free will. Kalau ada pun tidak banyak. Kita ni makhluk bumi yang tetap tertakluk pada qadar, pada qada. Lain bentuk muka bumi, lain lah perangai manusia and nothing we can do about it. Allah rules. Middle east, dengan minyaknya, sejarahnya dan manusianya, apabila kita buat analisa, kita tahu someday mereka memang akan jadi macam ni. Berpecah kepada beberapa negara yang jumud, juga kepada negara-negara yang moderate macam Turki. Dubai, Qatar, Bahrain... negara ini liberal macam Turki. Saudi, Egypt, Iraq... rigid dengan toghut masing-masing. Nothing we can do, nothing we can change, time will tell us what will happen to them when world power is not balanced.

Itu high level view. Turun ke dalam sosial masyarakat, saya jadi kesian dengan orang Saudi. Tiada entertainment, tak ada common sense dan tak ada life, sebab mereka sejenis manusia yang follow tradisi. People who follow tradition of elders. Mereka juga tak ada kecenderungan untuk bersaing dengan pemikir US, Jepun, Korea, Jerman atau siapa saja, sebab mereka ada minyak dan orang di sekeliling mereka sukakan minyak, so they get these people to work for them for oil. Saudi did not choose to be like Saudis today, it is the way nature works. Allah made earth such a way that human on it will vary in their language, mental, tradition, as well as their future.

That make us Malay with our own tradition, our own identity. Why the hell Malays wear Saudi's clothes on routine basis? Arab celup? Think for a second. The climate is different, the environment is different, the social is totally different, and those are the points to concern when you choose your attire. If the prophet was born in Iceland will you wear snow jacket as routine? No, right?

["Engkau pun cakap omputeh, broken pulak tu..."]

Shut up. Ehem...

Kita harus menjadi lebih liberal dalam berfikir, bawa semua ke makmal untuk 'acid test'. Apa saja, termasuk Quran sendiri kerana Quran itu dokongannya ilmu, bukan sebab manusia kata dia special maka kita terima dia spesial. Tidak. Kita mesti pimpin masa depan bangsa kita. Berdasarkan perkara yang kita ada di tangan - ilmu, data dan statistic. Ilmu, data dan statistik ini semua ciptaannya Tuhan. Kita ada satu set masalah yang berbeza, maka sangat jelas mengapa Quran memberikan kita fleksibiliti untuk mencipta satu set penyelesaian yang berbeza. Apabila penyelesaian kita tersangkak di zaman Imam Shafie, justeru kita lihat bangsa kita gagal pada banyak lapangan.

[We have to be more liberal. We have to take charge of our future. We have to lead with what we have in hand - our knowledge, data and stats. This is all from the almighty God. We now have different set of problem, thus it is obvious why Quran gives us flexibility for us to create different set of solution. When our solution stuck in the Era of Imam Shafie, then obviously we failed in so many area.]

For the people before us who tried their best to teach their people with sound thoughts, speeches, and solutions, we must respect them. All the imams, the raawi, the sirah tellers, all of them, we must give them highest respect. One type of respect is to solve errors that were beyond their control, unseen at their time due to limit of technology.

Dan cycle itu pun bermula, iaitu semalas-malas usaha untuk selesaikan 'error' dalam agama - facebook. oh, God, I am lame.


Jumaat, 2 Oktober 2015

Makan garam dulu tu yang banyak masalah

Aku dah selamat sampai kembali ke Jeddah. Berseorangan. Dua minggu terasa sekejap sangat seperti sekelip mata. Juga terasa seperti sekelip mata aku dah berumur 34 tahun dan ada dua orang anak. Damn... time really is flying.

Absyar dah 6 tahun, tahun depan masuk darjah 1. Akif dah nak masuk 2 tahun, dan tahap keradioaktifan dia semakin menjadi-jadi. Semalam kitorang ke KB Mall, sempat beli laptop satu untuk kegunaan pengurus Sue Photostat & Printing di Besut dan kami ke Digi untuk tukar pospaid plan ke prepaid. Selepas ambik nombor giliran, Akif tarik seluar saya dan minta kertas kecik tu. Saya pun bagi la. Lepas tu, abang dia pun nak jugak. Mereka mula berkejaran dan berebut. Absyar akhirnya berjaya mendapat kertas tu, dan Akif pula berjaya menggigit perut Absyar dalam usahanya membalas rampasan itu. Apabila ibunya mengkritik perbuatannya, dia gigit paha ibunya pula dan secara automatik dia dihadiahi sekeping pelempang.

Mereka bertiga berkabung selama seminit sebelum kembali sambung berlari.

Saya berdiri di dinding kaca kiosk Digi, memerhati. Tak tahu nak gelak ke nak bikin muka serius. Sebab saya berfikir bagaimana harus saya didik mereka untuk jadi orang berguna. Dalam keadaan saya sendiri tak adalah berguna mana. Seingat saya masa bujang dulu, saya tak pernah ambik serius soal hidup. Apabila orang yang saya cintai perlu menghadapi 'kehidupan', then I have to be serious for them. Dan sering kali fikiran saya hanyut ke throwback, ke masa-masa lalu, bagaimana saya evolve dari Maahad Muhammmadi, lepas tu ke USM, lepas tu bernikah, dapat anak dan bagaimana dua anak ini setelah itu overhaul mental saya untuk jadi somebody yang lebih cool berbanding masa kolej dahulu. Subconsciously, I learned from them more than what they can learn from me. 



Future is more advance than past

Budak sekarang makin bijak. Mungkin peranan susu formula. Mungkin beberapa protein DNA diorang mutate jadi kromosom lebih power. Tapi seriously. Nak banding saya masa 6 tahun dengan Absyar sekarang jauh sekali. They are born for future, and future always more advance than the past. Diorang punya genetik ada preinstalled capability yang saya dulu takde. Jadi boleh nampak diorang pick up agak laju untuk memahami logics dan emosi. Saya kena hati-hati untuk tidak slow down diorang punya progress. I have to manage them, which in the process I learn a lot from them.

Mak bapak sejenis artifak. Kita ni klasik, dalam pemikiran kita banyak bahan sejarah yang kadang-kala masih kontrol kita punya decision making process. Budak2 pula sejenis empty vessel, bekas kosong yang tak ada interest untuk mereka protect. Dia nak tanya soalan dia bukan pikir perasaan orang. Absyar pernah cakap sebelah bangla salam komuter, abah bau apa ni busuknya. Dia juga pernah tanya kenapa kulit dia hitam, atau soalan kenapa manusia kena mati, Absyar nak hidup seribu tahunlah taknak lah mati tak best... terkedu...

Soalan-soalan tumpul macam ni yang banyak attack muzium dalam otak mak bapak. Saya percaya mana-mana mak bapak pasti akan kena serang dengan soalan suci macam ni. Kadang2 kena gaya, boleh buat saya duduk termenung dan berfikir layak ke saya ni jadi seorang ayah...

Hidup 34 tahun beri saya pengalaman. Pengalaman ini yg sebenarnya boleh buat saya korup. Especially bila kita baligh then kita start develop kecenderungan ke arah dunia. Cenderung ke arah seksual, ke arah duit. Bila kita dah 'shake hand' dengan biological drive untuk survive, kadang2 kejujuran jadi taruhan. Manusia makin tua, makin tak jujur makin berbelit. Bila duduk lihat telatah budak2, kesan terapi minda tu sikit sebanyak ada. They teach me how to be pure again. How to act and think naturally without bias, without fear.


Jumaat, 11 September 2015

Dubai dan dress code di Mall

Dalam masa dua minggu, tiga kali saya ke Dubai. Tidaklah untuk berjoli kerana Dubai itu satu tempat yang mahal untuk berjoli tetapi atas urusan kerjaan dunia.

Saya seorang manusia yang barangkali sangat bosan kerana bandaraya Dubai itu langsung tak merangsang saya untuk ambil gambar. Semua gambar tempat di Dubai ada dalam internet yang bila-bila masa sahaja saya boleh Google.

Nampak, bosan kan?

Tapi saya minat memerhati manusia. Karakter dan personaliti mereka. The beauty of evolution and variation. Dubai menempatkan hidupan yang multi-racial. Native tiada, semua pendatang. Lalu suasana jadi meriah seperti ais kacang ABC. How they mix up, working level, executive level, all the races, and how they took part in the modern community. Of course, it is unique.

Saya ke Deira City Centre Mall, berjalan kaki dari hotel Jawhara sejauh 200 meter yang agak mencabar kegantangan kulit menyerap sinar UV tanah Arab. Pedih gila lengan. Sampai di Mall seluruh tubuh saya berasap transparent. Nampak orang tidak ramai. Saya ke kaunter pertanyaan dan bertanya si gadis Arab.

"You have cinema here?"
 Senyum. "Yes, straight and to your right."
"Great."

Saya ambil pamplet mall, lihat restoran, lihat kedai berjajar dan lihat-lihat gadis lalu lalang macam-macam bangsa ada. Di muka surat awal, ada guidelines dalam mall. Saya sengih. Benda ni saya pernah nampak di Dubai Mall dulu. Sesuatu yang menarik minat seorang moderate macam saya. Benda yang saya fikir kerajaan Malaysia patut letak di KL Sentral.

The Mall Dress Code.

Saya kerja di KL Sentral dulu setiap hari terpaksa kaburkan fokus mata sampai berpapasan dengan Kay pun tak nampak. Saya akui tengok benda dalam TV dalam filem, saya agak okey, tapi bila live, jalan dengan kawan, tengok amoi seksi ni satu benda yang seronok tapi tak sedap. Nampak tak? Mungkin saya hipokrit, sebab saya nak lah tengok aurat perempuan ni kalau tak tandanya ereksi saya ada masalah... tapi di tempat awam benda ni jadi tak proper. It is just not right and you can feel it.

Pakaian bangsa Cina di KL Sentral (kadang-kadang Melayu pun ada) sangat menjolok. Tunjuk sipi-sipi ini satu ransangan yang unnecessary. Yang berbahaya. Aurat perempuan ni sangat powerful. Dia letak sebelah kereta, kereta tu jadi 200% lebih power. Letak sebelah RAM di PC Fair, RAM yang 4 gig nampak macam 40 gig. So, bila aurat-aurat ni hadir dalam urusan competitive, dia akan cuba hipnosis consumer untuk beli against rasional. Aliran darah ke otak berkurang apabila pressure supplied ke arah bawah. Aurat yang overdose juga boleh hipnosis lelaki menjadi dubuk dan bertindak luar waras.

Our government should do something about this. Simply promote people to wear appropriate. Just don't be too religious nak bertudung bagai. Start small. A step that average people can take. Mulakan dengan tutup peha, pakai long skirt, pakai high neck, at least something.

Islam is a process. And for a process to happen on a human, give them a realistic step. I know the government will not read this. But you did. And you may be one day become the policy maker. You can change.



Sabtu, 29 Ogos 2015

The fault in our stars

At night, looking up to the sky, there are two things that we can choose to observe.
  1. The bright shining stars 
  2. Or the black canvas between the stars that scientifically hide monstrous creation like black holes, dark matters, or lambda that is slowing the gravity down until the whole space collapse...
Life that is given to us is symmetrical. It is in equilibrium, which means that it is impossible for the good things to exist with the absence of equivalent bad things. To see the rainbow, you have to deal with the rain.

I love Hazel Grace and Augustus Waters. The strength, the honesty, the way they discussed their faith in a manner that death for them is real, and is happening... it stung my conscience deeply. Seriously, if you want to listen to the deepest talk about faith, about hereafter, listen to the one that will be hung to death tomorrow. It will be as creepy as how it is going to be.

Banyak benda hodoh dalam hidup ni kalau kita nak collect masuk dalam kepala, kalau tanya orang Melayu mungkin akan dijawab berbaur politik tapi kalau tanya mereka yang tinggal di Palestine, di Haiti, di Somalia atau di Setinggan jawapan mereka akan muncul jauh lebih menyayat hati. Di FB, di paper, di online paper, banyak benda hodoh untuk kita baca dan simpan dalam kepala, yang mana masa yang kita guna untuk menilik cerita-cerita, video-video, dan cacian-cacian di media sosial adalah sebenarnya umpama kita berbaring di padang di waktu malam dan melihat ruang hitam yang ada di antara bintang-bintang.

Dalam badan Hazel dan Augustus ada cancer. Tahap 4. Hazel mempunyai ketumbuhan di thyroid yang menyebabkan paru-parunya lemah yang setiap masa hidungnya berwayar untuk bantuan oksigen, manakala Augustus pula ada barah tulang yang merebak ke seluruh tulang di tubuhnya, menjangkiti organ dalamannya. Their life basically fall on the dark sky between those bright shining stars. They have short life. But, it is not the short time is counted, they said, but how you fill it.

Between 0 and 1, you can create infinity of numbers to fill in between them. 0.1, 0.11, 0.984857684567845... and so on. Infinities. It is as meaningful as infinities between 2 and 3, or between 0 and ∞. Sesetengah orang mungkin sudah hidup selama tiga puluh tahun tetapi masih belum tahu apa yang sebenarnya ia mahu dalam hidup, malah masih mencari-cari apa itu rasanya cinta. Jadi apa ertinya 30 tahun itu bagi dia? Apa erti 400 tahun hidupnya pokok Jati di hutan itu yang berdiri kaku melihat awan dan hujan langsung tiada cita-cita, apatah lagi kebolehan merasai betapa nikmatnya tatkala dapat memeluk seorang isteri.

So, utilize this life. Pilih apa yang awak nak lihat, bintang yang tersenyum atau space hitam antara mereka. 
 

Isnin, 17 Ogos 2015

Kasyaf dan Triloginya, pembikinan...

Sekarang ni tengah pulun novel kasyaf 1 dan 2, dan memang dah lama hilang keyakinan untuk tulis blog. Kadang2 bila terbit isu baru, sambil minum petang sempat la juga buka blogspot, ingat nak taip post baru dah alang2 ada isu dan blog pun lama dah bersawang. Tapi taip sekejap lepas tu... tutup balik. Sambung minum petang dan baca paper.

Tak banyak nak share sekarang ni, walaupun hidup di Saudi ni banyak juga la benda boleh share. At least tulis something yang macam travelog kan.

I've changed.

Kebelakangan ni aku banyak baca cosmology, yang tak menjamin pengetahuan dalam astronomi. Astronomi ni convensional, lebih kepada fizik tradisi. Cosmology lebih kepada ujikaji cahaya dan dia banyak theoretical physics.  Walaupun banyak juga benda tak paham, at least aku tahu apa benda yang aku tak paham. Haa...

Anyway, it helps. Bila menulis Kasyaf, sebuah novel yang related dengan cosmology, stellar, dan sains futuristik, buku2 Michio Kaku dan Holographic Universe banyak membantu. Baru terasa lancar menulis.

Alright, berkenaan Kasyaf.

Sepatutnya sambungan kepada Kasyaf, known as Mutan, terbit July baru2 ni kalau ikut queue tapi terpaksa ditangguhkan demi untuk re-edit Kasyaf 1, in order to make the book more edible, readable. Aku hargai peminat Kasyaf 1 dahulu, in its original form, but somehow untuk grab larger pie, aku kena buat something pada buku tu. Especially taking notes from Pingu Toha, Syafiq Syaihan, dan isteri saya sendiri, Zarine.

Kasyaf agak berselirat pada first few chapters yang akan buang mood pembaca ke laut, yang betul betul tegar dan penyabar sahaja yang akan lepas bab bab pertama. Pingu Toha wrote on this. Kasyaf perlukan story line yg progresif tetapi dinamik. Satu muqaddimah as simple as possible untuk spark satu benih yang meresap masuk dalam jiwa pembaca, so that lepas tu dia akan stuck. Yang bila kita selit dengan teknologi teknologi nuklear luar waras pun dia akan stuck dan hadam.

This is learning process.

Kasyaf akan menjadi trilogi. Kerana cerita ini bermula dengan Yuda di Padang Maya, novel dengan Jemari Seni. Untuk kesinambungan, kisah Yuda akan disusun semula untuk saya align dengan Kasyaf punya konsep yang fast pace, high tech.

Yuda will be the third book for this trilogy. But, it is a prequel.

Kasyaf 1, Kasyaf 2 - Mutan, Kasyaf 3 - Yuda (prekuel) insyaAllah akan disiapkan sebelum hujung tahun. Apabila siap Kasyaf dan Kasyaf 2, aku akan cuba hantar proposal untuk fixi pertimbangkan insyaAllah.

Dengan ini akhir kata aku ucapkan good luck untuk diri sendiri, dan berusahalah untuk menjadi penulis yang novelnya laku dijual. Berkat. Amin.


Ahad, 7 Jun 2015

The question of why

Age of reasoning.

Maha agung Tuhan yang menjadikan bumi sebegini indah dan kehidupan yang sebegini genius. Semua cerita dalam blog ini ditujukan buat yang mahu berfikir, bukan yang mahu menghukum.

Aku masih di Jeddah. Bandar paling dekat dengan masjidil Haram, Makkah. Di Jeddah ni, kalau ke farmasi aku jarang dapat explanation. Bila aku ke kaunter pharmacist dan bagitahu, 'children coughing, 2 years old.' dia akan terus ambil ubat dan scan untuk bill.

Aku bukan orang Arab. Aku orang Melayu. Orang Melayu jenis curious, dan hanya akan akur pada calculated risk dan obviously orang Arab tak gemar melayan curiosity. Bila dia terus nak bilkan ubat tu, aku jadi ralat. What the hell? At least dapatkan consent customer. Aku pun cakap, 'ya akhi, let me see it first.'

Dia lalu sentap habis dan buat muka. Questioning his decision was not welcomed totally. Budaya Arab barangkali tebal dengan sami'na wa ato'na. Taqlid. Jadi bila kita minta seorang pharmacist akan ubat, jangan persoal ubat yang diberi walaupun dalam farmasi itu ada berpuluh-puluh ubat batuk yang boleh dipilih ikut kesesuaian.

Kita berada di zaman ilmu, di zaman yang kita mengetahui scientific correlation behind every reaction created by God. Setiap yang berlaku ada reason. 

Age of information.

Google bukan create substance dan post di internet dan certify benda itu betul. Google adalah enjin carian, yang crawl semua text dalam public domain. Public website itu pula boleh jadi ditulis sampah-sampah politik, boleh jadi juga ditulis oleh pakar fizik, pakar falsafah, pakar theology, doktor malah para asatizah-asatizah kontemporer.

Mencari info dengan Google justeru salah satu koridor untuk memperbanyakkan idea untuk difikir, agar akal berjalan dan tidak jumud dengan ajaran warisan nenek moyang yang koridor mereka muncul dalam bentuk manusia sahaja.

Age of religion challenged by reasons.

Bukan hanya Islam tapi semua theology yang ada akan struggle untuk jawab soalan-soalan yang semakin terbuka dan universal. Kepercayaan yang tidak bersandar pada certified historical facts akan digerudi sampai tembus. Orang yang kuat agama dan bodoh akan nampak dongeng dan kolot. Orang yang kuat agama dan pintar pula akan cuba membawa agamanya menjurus ke ruang liberal, yang mana ideanya banyak bertentangan dengan puak agama yang kolot tadi yang menghuni 90% daripada perut graf taburan normal.

Age of spiritual enlightenment.

Akan kita sedari nanti, agama adalah tradisi spiritual yang tidak ada factual proof untuk kita paksakan ke atas manusia lain. Having said that, we basically cannot scientifically explain, is Islam actually sent by God, or just human creation. The moment we choose to accept a faith without investigating its logical ground, then we have no valid ground to claim that other religions are wrong.

We can only choose to accept a religion subjectively, by heart, by its beauty in all its teaching that answering our spiritual quest for meaning or at least something. Like a dress. We did not wear dress based on right or wrong, but by taste.

Faith is not religion. 

Religion is a bridge to the faith. Like wearing a dress to build confidence. Different dress will give different people the same nature of self confidence. When a man really spend his time and energy to think of his religion, his life and his death, he will be a universally good man.

Selasa, 31 Mac 2015

Filem Interstellar mencetus pencarian Holographic Universe

Pada suatu malam selepas semua tidur dan GST (Gomo Sebelum Tido), saya sempat menonton sebuah filem orang putih iaitu Interstellar. Filem saintifik ini sudah lama keluar tapi saya busy tak sempat nak tengok benda-benda lagha. Saya pun download dari Piratebeach.

Filem ni power sebenarnya. Idea dia setaraf The Matrix. Sudah lama saya tidak sentuh bahan bertajuk gelombang, quantum, dan lubang hitam (black holes) menyebabkan otak agak lembam kebelakangan ini. Jadi agak rugi menonton filem Christoper Nolan ni tanpa info-info yang kemas dalam kepala. Bila disebut tentang entanglement, quarks, spin.... definisi yang keluar dalam kepala agak kabur.

Okey...

Dua hari selepas menonton Interstellar, saya keluar shopping baju anak-anak di Jeddah. Ribut pasir yang melanda sekali sekala menyebabkan kami berlari dari kereta masuk ke pintu pasaraya. Saya sapu pasir penuh gaya sebelum masuk Bookstore Jarir yang besar dan angkuh. Kami nak cari buku Absyar agar dia belajar. Sambil melirik makwe-makwe Arab di celah-celah rak, saya terjumpa buku The Holographic Universe tulisan Micheal Talbot. Ditulis pada 1991, republished pada 2011. Bermakna isi dia masih relevan selepas 20 tahun, atau 19 tahun selepas dia meninggal (1992).

Membelek secara ringkas, nampak Talbot terangkan lubang hitam sama macam dalam filem Interstellar. Ini tak boleh jadi. SR79 harga dia saya pejam mata, saya bedal. The best thing is... Talbot mencadang satu idea berbeza daripada Einstein punya relativity.

Nice one...

Sebagai orang Islam kita faham dunia ini fana. Semua sementara. Apabila kita mati di dunia,yang mati reput itu jasad kita sahaja. Kita dalam bentuk sebenar akan kembali ke tempat asal yang real, yang mungkin menjadi tempat yg kita impikan atau menjadi tempat yang tak seronok yang kemudian kita merayu nak hidup balik.

You know, berfikir tentang akhirat ni satu kerja yang tiada kesimpulan. No conclusion. Sehebat mana syurga, sesedap mana kehidupan di syurga selama-lamanya itu setara mana keseronokannya tak jumpa punca. Kita define seronok melalui pengalaman kita di dunia. Seronok tengok bola. Seronok main dengan anak. Dengan wife apatah lagi. Seronok melancong.

Di syurga, seronok yang bagaimana? Ok fine, bidadari syurga. Nak berkepit dengannya 24 jam selama-lamanya pun apa yang seronoknya? Betul kita beramal susah payah dapat bidadari. Lepas tu? Buat anak, cari rumah cari kerja dan bawa bidadari kita naik kapal terbang keluar melancong. See? Dah jadi macam bumi balik. Ni syurga ni syurga mana duk ada imigresen apatah lagi toilet. Tempat cantik, ada sungai madu, burung hijau... then? Di dunia kita seronok sebab hidup kita ada misi. Mission kita accomplish, kita seronok. Kita praktis, sakit, jatuh, sakit, gagal, sakit... kemudian suatu hari berjaya... seronok. Kita lihat benda kompetitif, kita seronok. Cuba suatu hari di syurga kita request nak tengok game El Classico. Bila nak ada game, mesti kena ada liga. Semua player mestilah yang sebenarnya kalau tak petik jari je Real terus menang 9 - 0 mana nak seronok. Tak thrill. Nak rasa thrill kena ada player, kena ada pasaran, kena ada stadium, kena ada system yang sama setupnya semasa di dunia masa hidup dulu. Then, baik start off another big bang, right?

Otak kita punya projection 100% based on kita punya memori. Keseronokan kita bersifat time-based. We have no single f 'ing idea how the after life world will be. No clue, nothing. It is not stuff for brain.

Sains adalah kajian manusia terhadap Laws of Creation - fizik, kimia, phsycology, maths, etc - menggunakan processor yang Allah bagi. Kalau dunia ini sebuah kod bar, otak adalah scanner dia. Tanpa otak, dunia ni sia-sia. Seperti buat hiway, kereta tak buat. Allah susun alam sebegini cantik pada masa yang sama Dia tetapkan evolusi penghasilan sistem akal maju yang kritis yang memang kerja haiwan pada peringkat ini ada sifat ingin tahu lalu suka explore benda-benda baru. Dunia ni tiada boundary, explore lah sejauh mana pun tak apa.

So ultimately... kita sedari otak kita diprogram secara spesifik untuk menganalisa barang fana - sains. Selagi berada di ruang lingkup Space-Time, ya, otak kita ada keupayaan untuk menganalisa, untuk mencipta/mengubahsuai, untuk bina teknologi, untuk terbang, tapi di luar Space-Time boundary, otak kita collapse. Tak payah nak bayangkan syurga, cuba duduk dan imagine macam mana sebuah kehidupan yang selama-lamanya tiada goal, tiada penamat... just going on and on and on, honestly, otak kita tak boleh nak proses. Dia keluar  #VALUE! atau #DIV/0 atau #ERROR. So Buddhist punya penyelesaian, dia assume yang kehidupan ini cyclic. Mati hidup, mati hidup, mati hidup, ok karma seterusnya jadi tikus sebab hidup cycle lepas perangai macam babi. Mereka guna akal. Jadi mereka struggle untuk kemam benda yang relevan bagi akal.

What should we, muslim, believe?

Saya tahu jawapan-jawapan tipikal ustaz tentang alam kubur, barzakh, mahsyar dan samada dua, syurga, neraka. It's okey. Dalam blog ni, selain dalil naqli, kita cuba untuk jujur, honest dan kita based everything on fact.

What is fact?

Ya, creation. Material alam dan fungsi-fungsinya adalah teks terindah utusan langsung dari The Architect. Apa saja yang kita nak decide, mesti berdasarkan fakta alam yang tak pernah berubah. Mathematic, Statistic, Probability, Fourier, Pressure, Emotion, Genetics, Mass Behavior, Personalities, etc. Ini fungsi-fungsi legit yang dicetak dalam ciptaan besi, silica, pulp, dan juga haiwan termasuk manusia. Fungi-fungsi ini otak kita boleh baca, masukkan dalam spreadsheet dan tabulate dalam graph untuk guide ke sebuah solution.

NASA has gone so far to prove water molecule exist beyond solar system. They claimed they've found it. Pada masa sama, NASA terus mendedahkan penemuan baharu sepanjang pencarian mereka sehingga kita menikmati teknologi yang ada pada hari ini. Pada masa sama, orientasi iman kita terhadap Pencipta turut diperkemas apabila kita dapat data-data baharu. 

Orang dahulu percaya bumi flat. Matahari tu Tuhan dan mereka percaya mengikat gigi beruang di leher mampu menyembuhkan sakit kanser. Kemudian manusia mulai sedar bumi itu sebenarnya bulat dan matahari itu sejenis bebola api yang bergentayangan mengelilingi bumi. Kemudian lagi kita sedari bahawa bumi taklah bulat sangat tapi lonjong sikit dan berputar pada paksi senget dan bumi yang sebenarnya mengelilingi matahari bukan sebaliknya. Dari semasa ke semasa, pengetahuan manusia semakin tajam dan power sehingga kita mampu kaji elektron, neutron, dan kita even mapping seluruh galaksi yang berada pada beratus juta tahun cahaya daripada bumi. Dan sekarang ini Stephen Hawking beritahu bahawa atom yang bermaksud indivisible bukanlah indivisible sangat. Atom terdiri dari nucleus dan elektron. Nucleus itu pula terdiri daripada neutron dan proton. Kemudian subatomic elemen ini sebenarnya dibina pula daripada partikel quarks dengan spin-spin tertentu, dan akhirnya quarks pula sebuah wave yang kosong. Nothing. Macam sebuah belon transparen yang kita pegang ada rasa belon tapi dilepas tak nampak belonnya. Butir pasir yang kita kisar di jari, dibuat dari satu elemen yang hanya berbentuk gelombang, tiada jisim, fatamorgana. Semua yang kita nampak hanyalah ilusi yang dibentuk oleh lego-lego atom yang atom itu sendiri sejenis wave - gelombang tenaga.

Then what is real?

"Akhirat adalah sebenar-benarnya kehidupan andainya kamu mengetahui..."

Apart from textual idea that we will go through judgement day, sirot, punishment, heaven - hell... let's us just sit and think.

What it takes to create a hell. Kalau manusia boleh buat Guantanamo Bay, takkan Tuhan tak mampu buat neraka? Selain matahari, ada sejenis bintang dwarf berwarna biru yang bersuhu 200,000 degC. Matahari baru 5,000 lebih. Benda ni proven ada. Setakat nak rendam manusia bangang dalam neraka tu takde masalah langsung bagi Dia.

So... Cuba fikir dan bagi reasoning untuk tindakan kita hari ini, dan fikir apakah reasoning tersebut akan diterima oleh orang yang affected dengan tindakan kita itu di mahkamah Hari Agama nanti. Setiap benda kita buat, ada reason. Saya boleh kata, Allah cipta dunia ni seimbang baik buruk dan untuk main-main sahaja. Apa sengketa atas dunia habis atas dunia sajalah. Well fine. Will you take that chance? Honestly, will you? Will you close your eyes and sign a 1 million contract against tendering process and later minta maaf dari rakyat Malaysia di mahsyar? Will you rape a child girl and said to yourself, it is okay, sikit saja, she will be fine. I will be fine. Can you?

Kalau sanggup, silakanlah.  Saya tak sanggup.

Dalam space-time continuum tiada realiti. Reality is out there. A real place where past and future can be accessed, whatever you did from day 1 to last day of your life, can be projected and attended. So, one level beyond textual confirmation, kita sebenarnya boleh reconfirm ajaran-ajaran dalam agama menggunakan saintifik arguments. Depends pada orang. Dalam kelas ada 50 orang murid diajar oleh cikgu sains yang sama, 20 faham, lagi 30 ke laut. Approach untuk setiap orang berbeza. Ada orang cukup dengan beriman dan follow tanpa membantah, ada juga yang rebel, gilakan kebenaran akal.

So bila bercakap tentang akhirat, saya tak mampu kata syurga begitu, neraka begini, siroot begitu, mahsyar begini. From textual, yakni teks-teks dari sejarah peradaban Islam, ya, saya boleh quote satu persatu, tetapi deep within my heart, saya tak mahu hanya bergantung pada catitan sejarah untuk hal sebesar ini. Mereka claim sesuatu dari Nabi even dari Tuhan, that is their call, ataupun generasi selepas mereka, atau tangan-tangan yang menulis tentang mereka. Kita ada beberapa sumber sirah tentang Nabi. Dan seramai muslim bergantung pada hadis-hadis dari Nabi dan mereka sangka mereka bergantung pada Nabi directly, (Weh ini hadis ni takkan ko nak bantah? Nabi cakap ni!) sebenarnya mereka bergantung pada sumber-sumber yang bercerita tentang Nabi, dan seribu lidah seribu telinga, seribu lidah seribu telinga dan suasana-suasana di antara keduanya, meluncuri zaman beratus-ratus tahun. Historically, endorsed by scholars in the field, it can be true. It can, as well, be not. Dan honestly, saya lelah. Lihatlah sekarang, kuasa di tangan siapa, projection tamadun Islam pula ke mana kalau tak ke laut.

Apabila berselisih, in doubt, kembalilah kepada sunnah Allah dan teks warisan Rasul. And yes, scientifically, according to sunnah of Allah, absolutely, if He can make this space-time continuum, basically He can make whatever He wants. Syurga, Neraka... just in one flash of light... poofff... done. Macam mana you nak describe alam kematian it is up to you. It's your time, your space, it's your life.

Bagi saya, kita diajar bahawa Nabi ada bercerita tentang syurga bahawa alam sana adalah something yang tak pernah kita lihat, dengar, rasa... even tak pernah terlintas di hati pun. Meaning the reality is not something that our brain can chew. Our brain is a specific scanner only for this hologram world. So, kalau kita pening nak cuba imagine bidadari, abadan-abada (selama-lamanya), then we are on the right path. Memang tak boleh dibayangkan pun. Cerita itu semua hanya bersifat metaphorical, kiasan, supaya otak kita boleh faham.

Hmmm...

After all... Tiada paksaan dalam beragama (how you want to paint your faith). Ikutlah apa saja yang kamu fikir sesuai untuk diri kamu, personaliti kamu, yang ultimately baik untuk masyarakat. The only thing you need to do is - be honest to yourselves. Kerana benda baik dan benda jahat ni (civil law, ethics, moral) sudah nyata yang kamu boleh define sendiri, self-asses, yang boleh dihukum jika kamu langgar. Clear. Oleh yang demikian, barangsiapa yang bersikap reasonable, yang tak percayakan benda-benda karut-marut (toghut), tetapi dia berpegang dan bertindak dengan qadar ciptaan Allah yang satu - sunnatullah (sains), sesungguhnya dia akan pasti dapat hasil yang betul/real. Kalau dia create kapal terbang ikut semua physics law, kapal itu memang betul-betul akan terbang. Kalau dia cuba jadi Harry Potter, penyapu itu takkan terbang di alam realiti. So, ingatlah, apa saja yang berlaku, Tuhan di atas sana maha mendengar, maha Mengetahui. (Baqarah - 256)


Rabu, 25 Mac 2015

Ke Doha dengan Saudia Airlines Murah-murah

Dalam blog dulu banyak juga tempat yang saya pergi dan saya cerita, contohnya Algeria, Club Med Cherating, Bandung dan juga pergi ke alam ghaib sekali sekala. Kalau kira-kira, banyak juga travelog dalam blog yang didelete tu. Entah apa hantu yang merasuk pergi delete blog saya pun kurang ingat dah sekarang. Rasanya kerana krisis kehidupan menjelang umur 30-an.

Blog ni perlu untuk kita berlatih untuk express kita punya thoughts yang mana orang boleh challenge dalam kotak komen. Especially untuk orang pemalu yang kalau di meja makan dia banyak mendegar paling kurang bercakap, yang kalau dia bercakap dan orang jenis extrovert komen dia akan jadi gagap untuk further reply. So, dekat blog dia boleh bercakap sorang-sorang, besok-besok ada la tu komen seketul dua, ambil dua tiga hari untuk reply balik. Well...

Disebabkan saya hadiri projek di Saudi ni sudah setahun tanpa iqama (permanent visa), saya hanya ada Business Visit Visa yang valid 180 hari dan hanya boleh stay selama 30 hari sahaja. Makanya setiap 30 hari saya kena keluar dari Saudi untuk refresh visa. Sekarang satu famili pakai Visit Visa, satu famili kena buat macam tu. Yang tak bestnya, kena tightly follow schedule kalau budak kecik tu meragam time kena keluar Saudi jadi kes naya. Yang bestnya... melancong!

Destinasi pertama kita orang adalah Doha, Qatar.


Nampak tak dia punya senyum. Orang dapat keluar rumah memang senyum dia macam tu. Di Doha sebenarnya modul pakaian adalah bebas, tapi sebab dia tak confident yang Qatar ni bukan Saudi, dia pakai juga abaya hitam. First day. Second day pakaian dia dah ikut stail Malaysia selepas nampak expat Caucasian pakai seluar pendek.



Jadi Doha ni lapangan terbang dia dah tukar. Dulu Doha International Airport, sekarang Hammad International Airport. Besar nampak airport baru dia. Imigresen pun peramah, sambil caj kredit kat saya 416 ringgit untuk visa, sambil dia senyum tunjuk braces hijau. Cantik dan moden tapi cakap tak banyak sebab tak boleh nak interview sangat dia depan Ja. Keluar ke arrival hall, terkejut juga la bila nampak beberapa ekor menatang berkeliaran dalam airport lalu kami pun sempat bergambar dengan salah seekor daripada mereka.


Kitorang menginap di La Villa hotel. Tak payah ambik gambar hotel ni sebab tak cantik. Cuma dia bersih dan dikira okey untuk sebuah hotel budget. Pelancong budget takyah banyak songeh nak kompelin itu ini dalam Agoda Review tu macam dia seorang artis duduk di Shangri La. Nak kondem hotel kecik-kecik ni agak-agak la. So, overall hotel ni bagus kecuali suatu petang tu di mana lantaran terlalu teruja mahu keluar berjalan, kami terlepas pandang Akif yang menempel di pintu lif semasa buka menyebabkan tangan dia tersepit dalam gap antara pintu dan bingkai menyebabkan kami terkejut dengan raungannya, dan beberapa orang lain turut terkejut dan bertempik dalam bahasa masing-masing.

Merah tangan si kecik tu. Nasib baik tak de apa-apa sebab gap tu besar, tersepit daging dan kulit dia yang bergetah je. Selepas dia didiamkan guna susu cap gantung, kami keluar.

Venue pertama petang itu - Doha Corniche.

Ya, dua gambar pertama di atas dipukul di Corniche. Pantai belah timur Doha. Cuaca mendung, anginnya kuat ya amat kalau main layang-layang boleh kesian kat layang-layang. Penjual layang-layang mara dan menurunkan harga bawah daripada separuh tapi kami buat dek.


Hanya Akif yang melihat ke kamera yang betul

Absyar bertemu Oryx, maskot sukan Asia ke 15 Doha
Al-kisahnya sampai ke Corniche ni sebab kami arahkan pemandu teksi mencari restoran. Kami lapar. Dia kata restoran banyak, nak makan makanan macam mana. Kami cakap seafood, asian cook, sambil terbayang udang dalam tomyam. Dia pun turunkanlah kami di tepi pantai ni, sambil tunjuk ke satu restoran.

Saya perhati restoran ni agak eksklusif, strategik dan ada stail kelas atasan. Absyar dan Akif berlari masuk takde dia nak peduli duit ada takde. Saya tengok pramusaji kemas-kemas, hensem. Saya duduk dan tengok menu. Mezza, Kebbeh, Salad terpampang... ni Asian kut celah mana ni? Saya cari tomyam memang takde. Siot punya teksi.

Belek-belek, yang saya jumpa sebaliknya adalah...



Gila ada juga kedai macam ni. Minimum order 100 sorang. Budak-budak 50, katanya. Sekali sekala datang Doha tak kisah la nak makan 100 riyal sorang tapi jangan la paksa paksa. Apa punya diktator. Puii. Kami bangun dengan lemah lembut. Si pramusaji senyum. Kami cakap kami nak keluar. Makin lemak senyum dia. Nampak puas. Aku paham kau punya senyum tu aku paham. Tapi aku keluar bukan sebab aku takde duit, tapi makanan restoran kau yang aku tak paham nak order.

Kah kah kah.

Seratus sorang. Puii... Kalau kami makan pun, mahu kena 200, dengan airnya, kebabnya.Tapi dia nak 300 minimum. Nakkan 100, 200 dia melayang. Kesian dia.

Dengan perut lapar kami kembali ke Souq Waqif yang berada di sebelah hotel saja. Di Souq Waqif, turun-turun teksi nampak Jasmine Thai Restoran. Cantekk... Tapi gambar tak ambik pulak sebab lapar. Masuk terus makan je.


Lepas makan, masuk Souq Waqif terus. Nak beli apa tak tahu. Pusing-pusing saja cari idea.

Absyar sedang praktis ilmu ghaib



Souq ni besar. Dia jual barang pertukangan tangan, kulit, kraf, kain, lempeng, souvenir dan emas. Emas 916, RM130 segram. RM 1 dan QR 1 lebih kurang sama je value dia sekarang. Kat sebelah pasar ni sebenarnya ada Pasar Emas. Gold Souq. Ya, saya buat-buat tak tahu dan tak wujud saja souq tersebut demi menyelamatkan Qatari Riyal saya.

After all, kami tak tahu sangat nak beli apa. Ehem. Just pusing dan tengok-tengok aje. Barang takde la murah pun. Mahai. Beli barang standard je seperti magnet peti ais, key chain dan baju. Selain kaum Arab natif yang baik dan peramah, benda yang best kat Doha ni adalah senibina bangunan dia tu beridentiti. Bersih pula. Dia preserve historical architecture dia, dan banyak man-made replica yang ohsem untuk jadi makanan geng shutter. Masjid-masjid dia cantik, tower dia unik... even tiang AES dia pun cantik-cantik. Saman trafik di Doha antara yang paling kejam di dunia. Kena flash kamera di trafik light, saman dia 6,000. Kena kali ketiga, 15,000, kata si pemandu teksi.

Keesokan pergi Katara Cultural Village yang terletak di pantai sebelah barat Doha, 18km daripada Souq Waqif.

Private beach nak masuk kena bayar tapi kami mintak nak jalan-jalan je terus dia bagi.

abaikan la sengih dia tu

Amphitheatre

Force of Nature sculpture by Lorenzo Quinn

Ini sejenis Force of Nature jugak ni.

Gold Mosque, Katara Cultural Village


Seorang tourist Pinoy offer diri untuk pukul gambar kitorang.



Pigeon Tower

Tiba masa untuk balik Saudi - HIA


Akif tak kisah...

Selagi diberi peluang untuk berjalan, kitorang berjalan la. Nanti dah takde rezeki nak berjalan, duduklah di kampung bercerita kepada mereka akan keadaan tempat-tempat orang. Allah buat bumi kan untuk kita berjalan. Supaya kita kembangkan pengetahuan dan buat analisa lalu kita boleh paham kenapa dan mengapa manusia mempunyai tradisi begitu begini. Apa yang menyebabkan kita berbeza. Apa yang sepatutnya kita share dan tolerate. Apa yang perlu kita faham tentang kepercayaan dan praktikaliti.

Doha, after all, sangat menarik. Recommended. Second after Dubai. Provided correct weather (winter - Nov to March). Provided, dengan siapa anda pergi.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »