Sekarang ni tengah pulun novel kasyaf 1 dan 2, dan memang dah lama hilang keyakinan untuk tulis blog. Kadang2 bila terbit isu baru, sambil minum petang sempat la juga buka blogspot, ingat nak taip post baru dah alang2 ada isu dan blog pun lama dah bersawang. Tapi taip sekejap lepas tu... tutup balik. Sambung minum petang dan baca paper.
Tak banyak nak share sekarang ni, walaupun hidup di Saudi ni banyak juga la benda boleh share. At least tulis something yang macam travelog kan.
I've changed.
Kebelakangan ni aku banyak baca cosmology, yang tak menjamin pengetahuan dalam astronomi. Astronomi ni convensional, lebih kepada fizik tradisi. Cosmology lebih kepada ujikaji cahaya dan dia banyak theoretical physics. Walaupun banyak juga benda tak paham, at least aku tahu apa benda yang aku tak paham. Haa...
Anyway, it helps. Bila menulis Kasyaf, sebuah novel yang related dengan cosmology, stellar, dan sains futuristik, buku2 Michio Kaku dan Holographic Universe banyak membantu. Baru terasa lancar menulis.
Alright, berkenaan Kasyaf.
Sepatutnya sambungan kepada Kasyaf, known as Mutan, terbit July baru2 ni kalau ikut queue tapi terpaksa ditangguhkan demi untuk re-edit Kasyaf 1, in order to make the book more edible, readable. Aku hargai peminat Kasyaf 1 dahulu, in its original form, but somehow untuk grab larger pie, aku kena buat something pada buku tu. Especially taking notes from Pingu Toha, Syafiq Syaihan, dan isteri saya sendiri, Zarine.
Kasyaf agak berselirat pada first few chapters yang akan buang mood pembaca ke laut, yang betul betul tegar dan penyabar sahaja yang akan lepas bab bab pertama. Pingu Toha wrote on this. Kasyaf perlukan story line yg progresif tetapi dinamik. Satu muqaddimah as simple as possible untuk spark satu benih yang meresap masuk dalam jiwa pembaca, so that lepas tu dia akan stuck. Yang bila kita selit dengan teknologi teknologi nuklear luar waras pun dia akan stuck dan hadam.
This is learning process.
Kasyaf akan menjadi trilogi. Kerana cerita ini bermula dengan Yuda di Padang Maya, novel dengan Jemari Seni. Untuk kesinambungan, kisah Yuda akan disusun semula untuk saya align dengan Kasyaf punya konsep yang fast pace, high tech.
Yuda will be the third book for this trilogy. But, it is a prequel.
Kasyaf 1, Kasyaf 2 - Mutan, Kasyaf 3 - Yuda (prekuel) insyaAllah akan disiapkan sebelum hujung tahun. Apabila siap Kasyaf dan Kasyaf 2, aku akan cuba hantar proposal untuk fixi pertimbangkan insyaAllah.
Dengan ini akhir kata aku ucapkan good luck untuk diri sendiri, dan berusahalah untuk menjadi penulis yang novelnya laku dijual. Berkat. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan