Aku dah selamat sampai kembali ke Jeddah. Berseorangan. Dua minggu terasa sekejap sangat seperti sekelip mata. Juga terasa seperti sekelip mata aku dah berumur 34 tahun dan ada dua orang anak. Damn... time really is flying.
Absyar dah 6 tahun, tahun depan masuk darjah 1. Akif dah nak masuk 2 tahun, dan tahap keradioaktifan dia semakin menjadi-jadi. Semalam kitorang ke KB Mall, sempat beli laptop satu untuk kegunaan pengurus Sue Photostat & Printing di Besut dan kami ke Digi untuk tukar pospaid plan ke prepaid. Selepas ambik nombor giliran, Akif tarik seluar saya dan minta kertas kecik tu. Saya pun bagi la. Lepas tu, abang dia pun nak jugak. Mereka mula berkejaran dan berebut. Absyar akhirnya berjaya mendapat kertas tu, dan Akif pula berjaya menggigit perut Absyar dalam usahanya membalas rampasan itu. Apabila ibunya mengkritik perbuatannya, dia gigit paha ibunya pula dan secara automatik dia dihadiahi sekeping pelempang.
Mereka bertiga berkabung selama seminit sebelum kembali sambung berlari.
Saya berdiri di dinding kaca kiosk Digi, memerhati. Tak tahu nak gelak ke nak bikin muka serius. Sebab saya berfikir bagaimana harus saya didik mereka untuk jadi orang berguna. Dalam keadaan saya sendiri tak adalah berguna mana. Seingat saya masa bujang dulu, saya tak pernah ambik serius soal hidup. Apabila orang yang saya cintai perlu menghadapi 'kehidupan', then I have to be serious for them. Dan sering kali fikiran saya hanyut ke throwback, ke masa-masa lalu, bagaimana saya evolve dari Maahad Muhammmadi, lepas tu ke USM, lepas tu bernikah, dapat anak dan bagaimana dua anak ini setelah itu overhaul mental saya untuk jadi somebody yang lebih cool berbanding masa kolej dahulu. Subconsciously, I learned from them more than what they can learn from me.
Future is more advance than past
Budak sekarang makin bijak. Mungkin peranan susu formula. Mungkin beberapa protein DNA diorang mutate jadi kromosom lebih power. Tapi seriously. Nak banding saya masa 6 tahun dengan Absyar sekarang jauh sekali. They are born for future, and future always more advance than the past. Diorang punya genetik ada preinstalled capability yang saya dulu takde. Jadi boleh nampak diorang pick up agak laju untuk memahami logics dan emosi. Saya kena hati-hati untuk tidak slow down diorang punya progress. I have to manage them, which in the process I learn a lot from them.
Mak bapak sejenis artifak. Kita ni klasik, dalam pemikiran kita banyak bahan sejarah yang kadang-kala masih kontrol kita punya decision making process. Budak2 pula sejenis empty vessel, bekas kosong yang tak ada interest untuk mereka protect. Dia nak tanya soalan dia bukan pikir perasaan orang. Absyar pernah cakap sebelah bangla salam komuter, abah bau apa ni busuknya. Dia juga pernah tanya kenapa kulit dia hitam, atau soalan kenapa manusia kena mati, Absyar nak hidup seribu tahunlah taknak lah mati tak best... terkedu...
Soalan-soalan tumpul macam ni yang banyak attack muzium dalam otak mak bapak. Saya percaya mana-mana mak bapak pasti akan kena serang dengan soalan suci macam ni. Kadang2 kena gaya, boleh buat saya duduk termenung dan berfikir layak ke saya ni jadi seorang ayah...
Hidup 34 tahun beri saya pengalaman. Pengalaman ini yg sebenarnya boleh buat saya korup. Especially bila kita baligh then kita start develop kecenderungan ke arah dunia. Cenderung ke arah seksual, ke arah duit. Bila kita dah 'shake hand' dengan biological drive untuk survive, kadang2 kejujuran jadi taruhan. Manusia makin tua, makin tak jujur makin berbelit. Bila duduk lihat telatah budak2, kesan terapi minda tu sikit sebanyak ada. They teach me how to be pure again. How to act and think naturally without bias, without fear.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan