Allah bersumpah demi langit dan banyak lagi objek saintifik dalam ayat lain, jelas sekali mahu provoke rationality dan conscience manusia moden; bahawa betapa benda yang dahulu dianggap tahyul oleh masyarakat purba, sebenarnya bukan sebenarnya tahyul, bukan magic. Kosmologi kini mampu dijelaskan secara saintifik. Kita hanya perlukan masa untuk faham. Dan beyond cosmology, pastinya kita juga akan sampai pada satu masa, satu tempat, di mana kita berdiri menghadap satu situasi yang real bernama akhirat. With real feeling. Real smell. Satu tempat yang kita masih lagi belum boleh faham atau analyze, but... someday we will.Sesungguhnya, segala yang dijanjikan kepada kamu (akhirat) tetap benar. Dan bahawa sesungguhnya balasan amal akan berlaku. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya (orbit)... [51:5,6,7]
Bumi pula berbentuk hampir bulat sebab terhasil dari rotating movement semenjak masih bayi, berputar pula senget 23.4 darjah, mengelilingi matahari selama setahun, menghasilkan perincian geografi yang bervariasi. Selain iklim, flora dan fauna yang cukup indah, putaran ini penting untuk kiraan waktu yang tepat. Kehebatan ciptaan langit dan bumi ini bukan hanya pada mata yang memandang, tetapi ia lebih indah pada akal yang mahu berfikir.
And it is He who spread the earth and placed therein firmly set mountains and rivers; and from all of the fruits He made therein two mates; He causes the night to cover the day. Indeed in that are signs for those who think. [13:3]Bumi mempunyai polariti, iaitu kutub utara dan kutub selatan. Bukan setakat untuk kompas, tetapi dua polariti ini memastikan bumi diselaputi aruhan medan magnetik yang menjadi perisai daripada ribut solar matahari. Penemuan terkini MAVEN oleh NASA, di Marikh, dua kutub magnet ini tidak ada di sana, menyebabkan atmosfera planet itu tidak dapat menampung lapisan gas atau udara apabila diserang ribut solar.
We have made the sky a protection ceiling and (yet) they turn aside from its signs. [21:32]Banyak lagi ayat Quran yang boleh kita petik untuk menunjukkan betapa kemanisan iman adalah sejenis perasaan di 'hati' yang terhasil daripada analisa 'otak' yang credible yang jujur. Iman kepada Tuhan mestilah based on fact, bukan based on biased... or tradition of elders.
Kalau nampak seorang cuba jadi champion tajdid yang terlalu radikal logiknya, janganlah hukum akal secara umum. Sains bukan binari. Sains subjectif, setiap bacaan ada degree, ada ratio. Manusia pula ada kelemahan, jadi kelemahan ini yang buat conclusion dalam hal agama nampak tak applicable dan pelik. Budak yang guna otak secara salah janganlah kata pada dia, "hei jangan guna otak." It is not that we cannot use logical process in religion, but the point is to use it the right way.
Thomas Edison mencipta berpuluh ribu mentol salah sebelum dapat 1 yang betul. Bebaskan fikiran dalam meneliti kebesaran Pencipta tanpa bias, agar akhirnya dapat kita mengenali Tuhan yang betul.
Anehnya, orang Melayu kagumi Tuhan selalunya pada benda yang tak boleh difikir akal. Benda yang ajaib, atau sebenarnya karut seperti sejadah sujud, nama Allah di tembikai, atau air jampi. Benda-benda ini sejenis toghut, yang anehnya, kadang-kadang dipelopori mereka yang bergelar ustaz (contoh dalam link sejadah sujud). Tak semua ustaz, tetapi sesetengah. Iaitu yang terlalu extreme. Mereka suka mengkafirkan orang yang menolak benda tak logik dalam agama. Walaupun yang orang itu pertikai bukan item dalam rukun iman pun. Ini sombong. Biji-biji sombong ada dalam perut neraka tempat dia.
Perlu ditanam dalam aqidah kita sebagai ummat Nabi Muhammad bahawa Tuhan menciptakan alam ini berdasarkan satu sistem, bukan secara magik. Sistem ini dibina dua parameter, qada - constants dan qadar - variables (ratio between two constants within a function). Dalam e=mc^2, c is a constant, 2 is a constant, while e/m is a ratio of how much energy for a body with mass 'm' needed to reach the speed of light. Setiap aplikasi fizik ada equation yang mengandungi constant (qada) dan variable (qadar), bernoulli, hukum gas, fluid mechanics, etc etc yang kita jumpa dalam applied physics.
Sesungguhnya Kami menciptakan setiap sesuatu menurut Qadar (yang telah ditentukan) [54:49]Qada dan Qadar ini juga dah lama jadi guidelines kepada evolusi kosmik dan evolusi biologi yang hanya kita tahu apabila kita kaji. Sorry, bukan kita tapi NASA. Evolusi kosmik menghasilkan bumi dan unsur-unsurnya. Manakala evolusi biologi menghasilkan manusia dan 'unsur-unsur' kepalanya. Semua ini dalam pengetahun Pencipta. Natural selection. Darwin kata kepelbagaian spesis adalah kerana natural selection yang berlaku secara rawak. Natural selection bukan rawak tetapi teramat spesifik. It has pattern, but it is a highly intelligence pattern that is too complex for us to understand thus it appear to us as a random blurry correlation. The whole creation has pattern, we know. But up to some extent the pattern is very complex thus looks like random. Sebuah gelas yang pecah ada pattern, tapi kita nampak ia random, berterabur, sebab the prediction is not within our brain capability. Past and future, ada pattern. Future is nothing but predestined; but it is too complex and too much probabilities for our computing device to calculate. Smart brain can guess the probability of tomorrow but never go near to 100%... as 100% is God's exclusive.
Tidak ada sesuatu kesusahan yang menimpa bumi, dan yang menimpa diri kamu sendiri, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. [57:22]
[This is] the established way of Allah (sunnatullah) with those who passed on before; and you will not find in the way of Allah any change. People ask you concerning the Hour. Say," Knowledge of it is only with Allah . And what may make you perceive? Perhaps the Hour is near." [33:62,63]Sunnatullah ialah hukum-hukum alam yang bertindak-balas dalam menjadikan alam ini berada dalam keseimbangan. Graviti anti-graviti. Matter anti-matter. Bad-good. Angel-evil. Material atau spiritual... semua ada ratio. Dan hukum-hukum alam ini tak pernah berubah semenjak dahulu sampai sekarang, sampailah ke hari kiamat. Even kejadian kiamat dalam ayat-ayat Makkiah pun diterangkan tepat dengan hukum fizik.
Apabila kita faham bahawa alam ini dijadikan secara sedar dan tersusun. Kita justeru faham bahawa alam ini direkacipta, bukan diletup, berterabur dan bertangkup sendiri-sendiri secara rawak. Secara LOGIK, alam ini punya objektif. Kejadian manusia juga bukan secara rawak. Punya objektif. Maka secara LOGIK, kejadian manusia juga ada objektif. Alam dan manusia tak boleh dipisahkan kerana sia-sialah kehebatan alam ini jika akhirnya mati begitu sahaja tanpa dapat dihargai oleh makhluk yang mampu memahaminya.
So, every single thing must have been precisely calculated, precisely designed. And, o my people, every single thing that Allah created, obviously, is only for us, human. For without human, everything will become meaningless.
Terus, apakah objektif penciptaan manusia? What is our purpose of life?
Dan tidaklah dijadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu (patuh pada aturan yang telah ditetapkan) [51:56]Kenapa kita mesti 'beribadah' kepada Allah? Ibadah di sini bukan hanya solat puasa. Tapi seluruh gerak kerja kita. Jika gerak kerja kita demi Allah, maka ia jadi ibadah. Jika gerak kerja kita demi nafsu, maka sia-sia atau mungkin bisa rosak. Jadi... Apa erti gerak kerja demi Allah?
Sebelum manusia pertama dilahirkan di bumi, Allah dah declare depan malaikat bahawa spesis ini akan menjadi khalifahNya di bumi. Khalifah. Objektif kita adalah untuk menjadi seorang khalifah yang efficient dan komited. Setiap usaha, ritual, gerak kerja kita dalam menjadi khalifah, juga dalam mentadbir bumi dan resource-resourcenya, adalah ibadah.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.... [2:30] ..."
Ibadah kita adalah dengan menjadi khalifah. Leaders. The managers of the great Earth. Yang dijadikan Allah unik, cemerlang pada bidang tertentu lalu berkolaborasi sebagai satu delegasi untuk menguruskan bumi secara bersama. Supaya planet ini menjadi lapangan permainan mengumpul harta dan beranak-pinak yang kondusif dan adil untuk semua. Itu sebenarnya ibadah yang ultimate. Kerja kamu, selain untuk menyara keluarga, adalah ibadah kamu yang paling utama.
Solat, puasa, haji, zakat, adalah ibadah 'personal' yang bersifat 'self-helps' yang bukan bersifat 'objektif'. Allah jadikan kita bukan untuk solat. Tapi Allah wajibkan solat untuk spiritual check, untuk pertajamkan keperibadian dalam melawan nature jasad yang kompulsif. Agar kita menjadi khalifah yang effective.
Jasad kita produk evolusi. Evolusi adalah proses pemajuan spesis dalam proses perlahan dan berperingkat-peringkat. Untuk survive dalam persekitaran, induk subconsciously mutate DNA dia dan akan reproduce new breed of offspring. Pendek kata, spesis dipaksa untuk evolve agar dia dapat 'survive' dan 'reproduce'. Lalu animalia kingdom semakin lama semakin maju. Sehingga kemuncaknya, lahirnya makhluk paling maju iaitu manusia.
Contribution to the civilization.
Solat, puasa, haji, zakat, adalah ibadah 'personal' yang bersifat 'self-helps' yang bukan bersifat 'objektif'. Allah jadikan kita bukan untuk solat. Tapi Allah wajibkan solat untuk spiritual check, untuk pertajamkan keperibadian dalam melawan nature jasad yang kompulsif. Agar kita menjadi khalifah yang effective.
Jasad kita produk evolusi. Evolusi adalah proses pemajuan spesis dalam proses perlahan dan berperingkat-peringkat. Untuk survive dalam persekitaran, induk subconsciously mutate DNA dia dan akan reproduce new breed of offspring. Pendek kata, spesis dipaksa untuk evolve agar dia dapat 'survive' dan 'reproduce'. Lalu animalia kingdom semakin lama semakin maju. Sehingga kemuncaknya, lahirnya makhluk paling maju iaitu manusia.
Mengapa kamu tidak menghargai kebesaran Allah? Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat. [71:14,15]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk paling baik [95:4]Eventually, evolution has printed two languages in our physiology - survival and reproduction. Lalu setiap kali melihat makanan dan perempuan, jasad ini akan mengeluarkan arahan untuk kita memenuhi hasratnya untuk 'survive' dan 'reproduce'. Justeru, tugas solat dan puasa adalah untuk memperdamaikan ruh dan jasad. Force it to pray, to meditate in silence. Force it to fast. Ini ritual untuk memberitahu jasad, "I am master, you are my slave..." "I lead, you follow... not otherwise." Primate awal bersifat binatang - 'survive & reproduce'. Tapi, saya bukan lagi 'binatang'. Saya bukan binatang yang mana ketika Allah perkenalkan induk pertama saya kepada malaikat, malaikat yang baik-baik itu pun skeptical...
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)?.... [2:30]..."
No. Saya adalah ruh manusia yang diutuskan Pencipta untuk uruskan bumi. Semua decision saya untuk kebaikan bersama, bukan sendiri. Sembelihan saya malah punyai sistem untuk minimumkan stress binatang sembelihan. Semua ada sistem. Lalu saya perlu guna kapasiti saya. Seribu Quran diberikan pada saya pun, takkan berguna kalau otak saya tidak mempunyai reasoning capacity yang cukup untuk memahami ayat-ayat Pencipta. Kalau saya peluk 5 agama sekaligus pun takkan berguna kalau karakter saya salah di peringkat asas. Reasoning is first and foremost. From reasoning comes imaan.
“Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai”. (Al-A’raf: 179)
Allah ciptakan langit dan bumi dengan satu sistem qadar. Selepas siap langit, matahari, bulan, bumi dan primates, Allah jadikan manusia untuk manage bumi. Apa logik kita manage bumi ikut sunnah lain? Apa logik kita manage bumi ikut cerita falsafah nenek moyang yang walaupun 'keramat' tetapi masih lemah pemerhatian mereka akan sunnah alam? Siapa yang sekarang ini lead kuasa di bumi? Yang ikut tradisi nenek moyang kah, atau yang strictly kaji sunnah Allah based on facts?
Bila kita menjadi delegasi Malaysia ke PBB, contohnya, kita akan bawa bersama kita perlembagaan Malaysia. Kita wakil Allah di bumi, satu-satunya hukum yang perlu kita patuhi adalah sunnah Allah, dan hanya sunnah Allah. Bukan sunnah toghut. Sunnah toghut adalah ikat gelang mancis untuk sembuhkan demam. Itu toghut. Sunnah Allah pula, untuk sembuhkan demam makan penicillin dan check secara biologikal apa yang menyebabkan temperature naik, is it viral, is it bacterial. From there kita cari ubat dia dalam sistem Allah, penicillin ke, drugs ke, operation ke. That's how sunnah Allah works, bukan baca ayat-ayat di atas hembus ke air.
Kita berfikir betul-betul untuk pilih isteri, pilih universiti... takkan dalam hal hidup-mati, hal agama yang bakal mencorakkan sosial anak-anak kita nanti, kita main ikut orang? Kita hormat ulama-ulama terdahulu, yang telah mencuba yang terbaik untuk memimpin generasi mereka. Tapi hormat itu tak bermakna kita kena follow mereka membuta-tuli. Even Imam Syafie pun larang orang follow dia membuta-tuli. Maka dalam ijtihad kontemporer, jika kita terpaksa menolak pendapat para imam, bukan bermakna kita perkecil ilmu mereka dan tuduh mereka sesat. Tidak. Manusia punya kelemahan. Itu sunnah Allah yang menjadikan manusia.
Kita sekarang perlukan tajdid. Time moves. Space expands. So does our spiritual dimension.
It is not the same anymore.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan