Isnin, 30 November 2015

Arab Saudi pada perspektif Jean Sasson dan Leopold Weiss

Berada di Saudi saya membaca sejarah Saudi. Mungkin apa yang telah saya baca dan bakal tulis tidaklah tepat sebagaimana yang telah berlaku. Sejarah boleh jadi ditulis penipu. Tapi kesempatan membaca pengalaman peribadi Jean Sasson dan Leopold Weiss yang bergaul direct dengan orang-orang penting di Saudi buat saya rasa teruja.

Bangsa arab bangsa 'terpilih', di mana tradisi mereka dipelajari seluruh dunia, yang kadang-kadang terlalu bias dan superstitious. Selain No God but God, dua buku biografi Jean dan Leopold muncul memberi sejenis reasoning, mengapa karakter bangsa Arab begini, begitu dan kenapa mereka tak mampu guna benda paling basic dalam dunia - roundabout.


Saya selalu berkata kita manusia seperti elektron yang bersifat khunsa, atau dualiti. Elektron ni pondan, sekejap dia bersifat waveform (energy), sekejap dia bersifat partikel (mass). Apabila kita fokus pada sebiji elektron, kita akan melihat satu perincian sebuah partikel, tetapi elektron apabila berkumpulan dalam satu beam, yang apabila ditembak melalui satu bukaan kecil, dia akan membentuk interference seperti gelombang yang tak patut berlaku jika mereka sebenarnya sekumpulan partikel.



Manusia, as a person, mempunyai freewill. Dia bebas fikir apa saja, berkehendak apa saja. Setiap manusia diskrit, mempunyai kapasiti sendiri. Tetapi manusia apabila berkelompok, mereka akan membentuk demographic, tiada lagi freewill. Kelompok manusia kita boleh kelas-kelaskan, manakala behavior mereka mempunyai pattern. Kita boleh bersendiri as a person, tapi dalam sistem sosial kita semua interconnected. Sikap kita dibentuk keluarga, sejarah, tradisi, kaum dan setiap kita menjadi satu knot dalam satu fabrik sosial yang infiniti pada ruang dan masa.

Kita punya behavior, mentaliti dan nasib adalah sebuah produk geografi. Lain padang lain belalang, katanya pepatah Melayu. Lain negara lain orang. Ya, kita ada free will, you can be whatever you want, tapi bak kata orang Melayu lagi... cakap senang la, buat tengok...

To walk the talk, we need to act upon choices that coming from outside of our control. The environment. it is either you beat the mass, or the mass beat you. That will finally shape your mentality. Without one of your friends, your pattern of life probably will be different. If you elder sister did not drop school, might be you will. Without one particular person in Syria in year let say 1875, your probability of having some life experience will be altered even at 0.000001%, or maybe 0.004% if that Syrian guy happened to be Steve Jobs grand grand grandpa. If prokaryotes was not made exist by the Designer some 4 billion years ago, we are at 99.99999% of probability that we will not exist today.

Karakter orang Arab dibentuk oleh sebuah jejak sejarah yang boleh kita kaji melalui sains anthropology, paleontology dan archaeology. Tradisi mereka bukanlah sedewa yang kita sangka. Pendewaan itu ternyata lahir dari catitan-catitan manusia yang tidak sempurna kerana manusia sentiasa diuji dengan dualitinya - personal gain vs cumulative gain - yang boleh buat dia jadi terlalu kretif dan berisiko.

Jika anda membaca Princess tulisan Jean Sasson, anda akan mengkeji perangai orang Arab pada setiap peringkat usia. Sebaliknya, jika anda membaca tulisan Leopold Weiss, yang merupakan seorang Yahudi pada ketika ceritanya berlaku, anda akan memeluk cium orang Saudi seadanya mereka. Tak perlu bingung sebab seorang fokus di kepala, seorang lagi fokus di duburnya gajah. Kita yang membaca kisah di kepala dan di dubur justeru, mampu membuat pemerhatian yang lebih tepat, lebih tuntas berbanding orang-orang terdahulu yang kecil ruang fokus kerana terhad pada teknologi. Jika Jean Sasson dan Leopold Weiss mampu berinteraksi di Facebook, buku mereka pasti bunyinya akan jadi berbeza.

Jean Sasson bercerita di istana. Kisah seorang puteri kepada King Abdullah, putera kepada King Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saudi, yang hidup dalam arus yang tak mampu dia lawan walaupun dia seorang puteri diraja. Selepas keluarga Saud rapat dengan Muhammad Ibnu Wahhab, mereka terpengaruh dengan pendekatan 'aggresif' Wahhabiy untuk mengawal-selia perilaku-perilaku kurafat di tempat-tempat tertentu di sekitar kota suci Mekah, lalu 'keaggresifan' ini tanpa disedari menular ke dalam topik kehidupan yang lain-lain. Paling kronik apabila King Faisal dibunuh anak saudaranya sendiri dalam tragedi pemprotesan sang Raja membenarkan sebuah stesen televisyen pertama dibuka di Saudi. TV tu dah cukup haram, nak buka bapak segala TV? A.k.a stesen TV? Seluruh institusi diraja bergegar dengan kebiadapan gambar bergerak ciptaan barat ini.

Keruntuhan fungsi ilmu dan kecenderungan gender yang teruk dalam institusi keluarga dan sosial orang arab memberikan Puteri Sultana, yang berfikiran moden dan terbuka seperti bapa saudaranya, King Faisal, satu kehidupan yang tough. Freewill Sultana dipenjara, tiada wave form, hanya partikel-partikel yang suram. Dunia warna-warni yang diberikan Pencipta lalu jadi kelabu di sebalik burqanya, jadi pelik dan cacat dikongkong undang-undang agama yang telah bermutasi menjadi undang-undang toghut.

Leopold Weiss, atau nama Islamnya Muhammad Asad, pula ceritanya berbeza. Dia bercerita tentang kehidupan orang badwi di gurun antara Yaman dan Najd, pada tahun 1930-an, 10 tahun sebelum 70% populasi Yahudi dibunuh Hitler, juga sebelum keluarga diraja al-Saud menjual minyak lagi. Dan Asad ditakdirkan Tuhan bersahabat baik dengan King Abdul Aziz itu sendiri, makan bersama, bergelak ketawa bersama dan apabila membaca susunan hurufnya menceritakan kehebatan peribadi Abdul Aziz, kita akan terpesona. Sudah tentu. Kerja menyatukan kabilah-kabilah Arab di setiap daerah di lapangan gurun yang luas, berhubung pula melalui perkelanaan orang-orang badwi yang nomad physically dan mentally (sejenis lalang... kejap sokong Rashid, kejap sokong Saud), seorang Prince yang mampu melakukan hal ini pasti seorang yang sangat-sangat hebat. Dia, Abdul Aziz Ibnu Saud, bersama-sama 40 orang perwira terdekatnya, pergi ke Riyadh pada satu malam dan menakluk istana tu malam tu juga, membunuh sang Khalifah, sebelum mengiytihar diri sendiri sebagai raja pada pagi besoknya.

Bekerja sebagai jusnalis, Asad mengembara dari Damascus ke Mesir, dari Austria ke Palestine sambil mencatit peristiwa untuk tugasannya dan membanding-bandingkan tradisi Europe dan Arab sepanjang kariernya. Timeline bukunya adalah ketika dia mengembara di padang pasir dari Qasr Athaymin menuju ke Teyma, sebelum menukar haluan ke Mekkah menaiki unta berbonggol satu, ditemani Zayd, temannya yang badwi. Sebelum sampai Mekkah, dia singgah di Hail berjumpa datuk kepada Princess Sultana, Abdul Aziz Al Saud. Dia lalu bercerita kehebatan peribadi Abdul Aziz satu persatu....

Sepanjang perjalanan atas unta, dia turut membuat flashback tentang perjalanan karier dan spiritualnya yang telah menukar persepsinya tentang agama Yahudi dan Islam. Malah Islam yang disampaikan Muhammad Asad bukan seperti diamalkan Jakim atau orang Melayu. Jauh. Bahkan, kalau dia jumpa Islam versi Melayu, confirm dia tak mahu peluk Islam. Apatah kalau dia jumpa Islam versi Wahhabiy. Asad bertemu Islam sebenar, sebuah fitrah suci yang hidup dalam hati-hati para badwi di padang pasir. Apabila Asad bermadah tentang kehidupan padang pasir dan sifat-sifat orang badwi yang empatik, dia sebenarnya bercerita tentang segolongan manusia yang naif, yang fitrah mereka intact, yang sebenarnya orang Islam yang original, sisa-sisa masyarakat 'kelas pertama' tinggalan Rasulullah SAW. Asad bercerita tentang sejenis mentaliti yang pernah berada dalam satu equilibrium tamadun lama. Tamadun yang hebat. Empatik mereka cukup seni. Mereka pintar tapi tak rushing dengan pembaharuan yang exponential. Mereka tidak terburu untuk habiskan resource bumi, tapi simpan untuk generasi kemudian yang masih ramai. Biar progress manusia jadi linear, bukan exponential. 

Jean Sasson pula bercerita tentang mereka yang sudah corrupted. Manusia yang berpegang pada equilibrium lama yang telah digoncang oleh sistem sosial barat. Goncangan ini pula serta-merta. Too fast. Merebak seperti virus. Mentaliti padang pasir lalu berkocak dan struggle untuk adapt dan cari keseimbangan baru. Duit terlalu banyak, teknologi terlalu kompleks. Tak sempat belajar versi 1, versi 10 dah keluar. Kekayaan terlalu sedap, tetapi methodology lama pula wajib dipegang. Berubah ke neraka, tak berubah jadi pelik. Common sense mereka lalu ke laut. Sistem demokrasi, sistem roundabout, sistem queue, sistem sivik... semuanya tak applicable di Saudi. 

The most important thing is... what can we learn from this?

Ada banyak kisah-kisah dalam Quran diceritakan bertujuan memberi pelajaran. Quran juga banyak kali beri saranan untuk kita menjelajah geografi bumi mempelajari ekosistem ciptaan Allah. Belajar bagaimana burung defeat gravity, unta defeat sahara, kuda defeat bisa patukan ular... dan banyak lagi, yang mana dari ilmu 'sunatullah' ini tamadun barat dibina. Dan zaman sekarang, kita boleh merayapi bumi melalui channel nat geo animal, nat geo people, discovery channel, melalui google map, melalui dokumentari selanggaraan mat saleh yang kebanyakan agnostik dan atheist yang repot mereka based on fact and figure tak bias mana-mana theology. Teknologi membuka peluang untuk minda kita berfikir dan berijtihad - memperbetul dan menambah-baik idea-idea dari tiga kurun yang lepas. 

Bacalah apa yang ditulis Muhammad Asad di sini. InsyaAllah banyak nilai ruhani yang boleh kita ceduk dari fikiran beliau.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...