Blog ni perlu untuk kita berlatih untuk express kita punya thoughts yang mana orang boleh challenge dalam kotak komen. Especially untuk orang pemalu yang kalau di meja makan dia banyak mendegar paling kurang bercakap, yang kalau dia bercakap dan orang jenis extrovert komen dia akan jadi gagap untuk further reply. So, dekat blog dia boleh bercakap sorang-sorang, besok-besok ada la tu komen seketul dua, ambil dua tiga hari untuk reply balik. Well...
Disebabkan saya hadiri projek di Saudi ni sudah setahun tanpa iqama (permanent visa), saya hanya ada Business Visit Visa yang valid 180 hari dan hanya boleh stay selama 30 hari sahaja. Makanya setiap 30 hari saya kena keluar dari Saudi untuk refresh visa. Sekarang satu famili pakai Visit Visa, satu famili kena buat macam tu. Yang tak bestnya, kena tightly follow schedule kalau budak kecik tu meragam time kena keluar Saudi jadi kes naya. Yang bestnya... melancong!
Destinasi pertama kita orang adalah Doha, Qatar.
Nampak tak dia punya senyum. Orang dapat keluar rumah memang senyum dia macam tu. Di Doha sebenarnya modul pakaian adalah bebas, tapi sebab dia tak confident yang Qatar ni bukan Saudi, dia pakai juga abaya hitam. First day. Second day pakaian dia dah ikut stail Malaysia selepas nampak expat Caucasian pakai seluar pendek.
Jadi Doha ni lapangan terbang dia dah tukar. Dulu Doha International Airport, sekarang Hammad International Airport. Besar nampak airport baru dia. Imigresen pun peramah, sambil caj kredit kat saya 416 ringgit untuk visa, sambil dia senyum tunjuk braces hijau. Cantik dan moden tapi cakap tak banyak sebab tak boleh nak interview sangat dia depan Ja. Keluar ke arrival hall, terkejut juga la bila nampak beberapa ekor menatang berkeliaran dalam airport lalu kami pun sempat bergambar dengan salah seekor daripada mereka.
Kitorang menginap di La Villa hotel. Tak payah ambik gambar hotel ni sebab tak cantik. Cuma dia bersih dan dikira okey untuk sebuah hotel budget. Pelancong budget takyah banyak songeh nak kompelin itu ini dalam Agoda Review tu macam dia seorang artis duduk di Shangri La. Nak kondem hotel kecik-kecik ni agak-agak la. So, overall hotel ni bagus kecuali suatu petang tu di mana lantaran terlalu teruja mahu keluar berjalan, kami terlepas pandang Akif yang menempel di pintu lif semasa buka menyebabkan tangan dia tersepit dalam gap antara pintu dan bingkai menyebabkan kami terkejut dengan raungannya, dan beberapa orang lain turut terkejut dan bertempik dalam bahasa masing-masing.
Merah tangan si kecik tu. Nasib baik tak de apa-apa sebab gap tu besar, tersepit daging dan kulit dia yang bergetah je. Selepas dia didiamkan guna susu cap gantung, kami keluar.
Venue pertama petang itu - Doha Corniche.
Ya, dua gambar pertama di atas dipukul di Corniche. Pantai belah timur Doha. Cuaca mendung, anginnya kuat ya amat kalau main layang-layang boleh kesian kat layang-layang. Penjual layang-layang mara dan menurunkan harga bawah daripada separuh tapi kami buat dek.
Hanya Akif yang melihat ke kamera yang betul |
Absyar bertemu Oryx, maskot sukan Asia ke 15 Doha |
Saya perhati restoran ni agak eksklusif, strategik dan ada stail kelas atasan. Absyar dan Akif berlari masuk takde dia nak peduli duit ada takde. Saya tengok pramusaji kemas-kemas, hensem. Saya duduk dan tengok menu. Mezza, Kebbeh, Salad terpampang... ni Asian kut celah mana ni? Saya cari tomyam memang takde. Siot punya teksi.
Belek-belek, yang saya jumpa sebaliknya adalah...
Gila ada juga kedai macam ni. Minimum order 100 sorang. Budak-budak 50, katanya. Sekali sekala datang Doha tak kisah la nak makan 100 riyal sorang tapi jangan la paksa paksa. Apa punya diktator. Puii. Kami bangun dengan lemah lembut. Si pramusaji senyum. Kami cakap kami nak keluar. Makin lemak senyum dia. Nampak puas. Aku paham kau punya senyum tu aku paham. Tapi aku keluar bukan sebab aku takde duit, tapi makanan restoran kau yang aku tak paham nak order.
Kah kah kah.
Seratus sorang. Puii... Kalau kami makan pun, mahu kena 200, dengan airnya, kebabnya.Tapi dia nak 300 minimum. Nakkan 100, 200 dia melayang. Kesian dia.
Dengan perut lapar kami kembali ke Souq Waqif yang berada di sebelah hotel saja. Di Souq Waqif, turun-turun teksi nampak Jasmine Thai Restoran. Cantekk... Tapi gambar tak ambik pulak sebab lapar. Masuk terus makan je.
Lepas makan, masuk Souq Waqif terus. Nak beli apa tak tahu. Pusing-pusing saja cari idea.
Absyar sedang praktis ilmu ghaib |
Souq ni besar. Dia jual barang pertukangan tangan, kulit, kraf, kain, lempeng, souvenir dan emas. Emas 916, RM130 segram. RM 1 dan QR 1 lebih kurang sama je value dia sekarang. Kat sebelah pasar ni sebenarnya ada Pasar Emas. Gold Souq. Ya, saya buat-buat tak tahu dan tak wujud saja souq tersebut demi menyelamatkan Qatari Riyal saya.
After all, kami tak tahu sangat nak beli apa. Ehem. Just pusing dan tengok-tengok aje. Barang takde la murah pun. Mahai. Beli barang standard je seperti magnet peti ais, key chain dan baju. Selain kaum Arab natif yang baik dan peramah, benda yang best kat Doha ni adalah senibina bangunan dia tu beridentiti. Bersih pula. Dia preserve historical architecture dia, dan banyak man-made replica yang ohsem untuk jadi makanan geng shutter. Masjid-masjid dia cantik, tower dia unik... even tiang AES dia pun cantik-cantik. Saman trafik di Doha antara yang paling kejam di dunia. Kena flash kamera di trafik light, saman dia 6,000. Kena kali ketiga, 15,000, kata si pemandu teksi.
Keesokan pergi Katara Cultural Village yang terletak di pantai sebelah barat Doha, 18km daripada Souq Waqif.
Private beach nak masuk kena bayar tapi kami mintak nak jalan-jalan je terus dia bagi. |
abaikan la sengih dia tu |
Amphitheatre |
Force of Nature sculpture by Lorenzo Quinn |
Ini sejenis Force of Nature jugak ni. |
Gold Mosque, Katara Cultural Village |
Seorang tourist Pinoy offer diri untuk pukul gambar kitorang. |
Pigeon Tower |
Tiba masa untuk balik Saudi - HIA |
Akif tak kisah... |
Selagi diberi peluang untuk berjalan, kitorang berjalan la. Nanti dah takde rezeki nak berjalan, duduklah di kampung bercerita kepada mereka akan keadaan tempat-tempat orang. Allah buat bumi kan untuk kita berjalan. Supaya kita kembangkan pengetahuan dan buat analisa lalu kita boleh paham kenapa dan mengapa manusia mempunyai tradisi begitu begini. Apa yang menyebabkan kita berbeza. Apa yang sepatutnya kita share dan tolerate. Apa yang perlu kita faham tentang kepercayaan dan praktikaliti.
Doha, after all, sangat menarik. Recommended. Second after Dubai. Provided correct weather (winter - Nov to March). Provided, dengan siapa anda pergi.
2 ulasan:
Bestnya dapat melawat negara orang. Eh di Saudi, perempuan memang diwajibkan pakai Abaya ke? Kalau tak pakai, kena tangkap/dakwa?
kak tirana, kena pakai abaya warna gelap2. tudung tak pakai takpe.
Catat Ulasan