Jumaat, 6 Mac 2015

Matapelajaran Agama matapelajaran Sains

Sedap juga bersembang dengan orang Pakistan di Saudi ni. Saya cerita kat dia saya dulu sekolah agama + sains. Saya belajar Feqah, Tauhid, Hadis, Balaghah, Fizik, Kimia, Biologi and Algebra. Saya beritahu dia orang Melayu Malaysia salah buat klasifikasi subjek-subjek ni. Subjek Feqah, Tauhid, Hadis, Balaghah dipanggil Matapelajaran Agama. Subjek Fizik, Kimie, Biologi dan Algebra dikira matapelajaran Sains, atau jika didengar student pondok, mereka panggil Ulumuddunyaa - ilmu keduniaan.

Dia angguk angguk.

Saya cakap KitabutTauhid, siapa pengarangnya? Dia jawab Syeikh itu, syeikh ini, many syeikhs, berdasarkan discussion berantai yang akhirnya disandar pada dalil Quran yang bersifat mutasyaabihaat - perumpamaan.

Saya tanya dia lagi. Dalam subjek biologi, buka bab pembiakan dan genetik. Dalam kromosom ada kod-kod protein DNA pada setiap spesis pokok, binatang dan manusia. Siapa yang menulis semua ini?

Dia diam sebentar. Dia kemudian jawab, "the God."

Saya balas, "Sesungguhnya engkau benar. Hukum fizik, hukum kimia, struktur biologi, semuanya ditulis Tuhan, bukan manusia. Allah mengatur semua ciptaan dari sekecil Zarah hingga sebesar Matahari. Titik darah ke atas slaid kaca letak bawah microscrope ada hemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen dari peparu ke sel-sel, mengikut aturan yang ditetapkan Tuhan. Hemoglobin tak pernah membantah, setiap saat dia patuh seolah-olah zikir setiap nafas."
Saya tanya lagi, "lalu subjek apa yang sebenarnya membawa kita mengenal Tuhan?"

Dia jawab, "subjek sains."

Saya kata, "masyarakat di kampung saya terbalik. Mereka mencari Tuhan melalui teks-teks manusia yang dicatit oleh manusia terdahulu yang dirumus oleh teknologi yang kuno. Orang Melayu menolak fikrah lebih tepat yang cuba disampaikan Tuhan pada ciptaanNya yang dibuka oleh ilmu pengetahuan (baca teknologi) yang lebih maju. Mereka tidak mahu ambil fikrah lebih tepat kerana fikrah itu diberi oleh subjek bukan subjek agama."

Saya kata lagi, "Subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Algebra sepatutnya diklasifikasikan sebagai matapelajaran Agama, dan subjek-subjek Lughoh, Falsafah, Bahasa sepatutnya diklasifikasikan matapelajaran Sokongan atau Philosophy. Supaya kejadian Saintifik langit dan unta difaham secara logik (baca: qadar ciptaan Allah) oleh para Muslim muda yang tuntas sebelum disokong oleh perbahasan-perbahasan yang relevan. Seterusnya, konsep ini akan memansuhkan riwayat-riwayat hadis yang tahyul, rosak dan memusnahkan orientasi pemikiran manusia.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »