Rabu, 14 Jun 2017

Mutan - Prolog , Bab 1

Well, sometimes silence doesn't mean death. Something could have just hibernated for a while, waiting. I was very busy with works, with my desalination plants in the Middle East that each time I tried to attend my script, my fingers were frozen and my brain was blocked by a big black monster. The white spongy brain of mine is not good at multitasking. It is an instrument that can only focus on one thing at one time. Now I can tell that some works have cooled down a little bit. Last year also, I have been busy with stocks trading. Now, it cools down as well as I am now more into long term investment. Family wise, my sons all got bigger and better at handling their own selves.

So, I lately feel that I got time for something that I have been missing. 

I am sure most of you have forgotten what happened at Agensi Nuklear Malaysia some three years ago. The story has faded. I hope, similarly, your emotion has been healed by now as well, recovered from being cheated by the lonely word 'bersambung' at the end of the book. I know that word is the biggest bitch in the whole story. Now. With Ramadan still in effect, and Raya is coming, I sincerely apologize for the mishaps that I was not capable of handling in the process of publishing the sequel. It hurts me more. Just a recap from the Agensi, after the disastrous attack, Prof Zack was badly injured, defeated, while unidentified creatures coming out from his broken laboratory passed through him fleeing into the nearby forest. A special force arrived and entered TRIGA earlier, but obviously they were not trained to manage things beyond their vocabulary. Monsters which human civilization never see.

Why not we just go back to the last chapter of Kasyaf.



110

Zack telah dibawa ambulans ke hospital. Keadaan profesor itu nampak tenat. 

Jai dan Bad mendongak, melihat lintasan demi lintasan dibuat Sukhoi. Di depan mereka, tiga helikopter ringan kaku di sebelah pokok tumbang. Satu unit komando khas beruniform taktikal lengkap — vest balistik, topi, topeng, alat komunikasi, set bom tangan dan Steyr AUG — telah datang dengan 3 helikopter itu dan masuk ke dalam TRIGA. 

Sejam telah berlalu. 

“Apa yang binatang hitam celaka tu [refering to Lakhus, a totally black human figure that fought off special agent Zack] nak buat di Lab Four? Dia tak pernah fikir untuk keluar atau dia tahu jalan rahsia untuk keluar?” Jai menyoal Bad. 

“Boleh jadi,” jawab Bad. 

“Mungkin...” Jai kelihatan berfikir. “Dalam tu ada artileri, atau jet, atau sejenis kuasa, atau benda yang macam suit Ironman tu, yang boleh dia guna untuk lepaskan diri.” 

“Hmm...” Bad angguk-angguk. 

Sebentar kemudian, mereka merasai ruang parkir [ TRIGA] itu bergegar. Jai dan Bad berpandangan. Sejurus, bunyi batu merekah bergema. Mereka berdua berpaling ke TRIGA. Dalam keadaan tergamam mereka melihat konkrit bangunan itu meretak sebelum pecah dan lerai menampakkan besi cerucuk. Debuan berjerebu memutih. 

Itu belum apa-apa lagi, sebenarnya. 

Dari runtuhan bangunan jingga itu, merayap keluar seekor binatang. Hitam, kasar dan tatkala berdiri, Jai anggarkan ia setinggi empat kali lelaki dewasa. Itu bukan Lakhus. Bentuk susuk legap itu juga tidak biasa dilihat. Belum sempat Jai dan Bad mengenalpasti spesis binatang itu, muncul seekor lagi makhluk sama dan lagi. 

Jai meneguk air liur. “What the...” Bunyi Steyr dan M16 bergema dari arah TRIGA. Diikuti dengan jeritan dan lolongan sengsara. Bad mengeluarkan pistolnya. Cemas. “Aku dah agak dah. Alien!” 


*******************
Bad's first judgement is - alien. Is it really the extraterrestrial being? Now. Let's not stop there. What is Lab Four? What does it do with the creatures? How all these things connected to the mixed blood girl on the exploded train early in the morning at Bangsar? I am going to reveal. 

***********

MUTAN



PROLOG

“Eagle, position?” kedengaran di fon mini di telinganya.
“Reactor TRIGA, top, roger.” Dia membalas.
Suaranya kedap akibat bernafas dalam SCBA Survivair. Steyr di tangannya menala 7 meter ke bawah, ke satu koridor gelap. Dia meninjau melalui night vision goggle, monokrom. Di dalam sana, sepuluh rakan komandonya telah masuk menyiasat. Manakala di luar TRIGA, ada dua team siap bersedia. Tempat penyelidikan sains ini pada hari ini punah-ranah. Bau bahan kimia menguasai semua penjuru, belum dikira radiasi yang mungkin sudah bocor.  
Agensi Nuklear Malaysia is in very bad shape today.
“Visual, Snake?” kedengaran di radio.
“Negative, negative.” Balasan itu kedengaran cemas. Snake ialah kumpulan 10 komando di dalam sana, yang akan menyelongkar masuk sampai ke Lab Four.
“Snake?”
“Trr, trr... bitzzzz...” kedengaran di radio.
The hell is that, Snake? Dia berdebar lantas turut bersuara ke radio. “Snake, any visual?” Tiada balasan. Dia naikkan tangan ke atas topinya, isyarat kepada team Eagle di situ untuk lebih sensitif.
“Snake, speak up!” kuat teriakan itu, berdesing di telinganya.
“Tang! Tang!” kedengaran dari mulut koridor di bawah.
The hell? Dia mengetatkan posisinya di atas bumbung heksagon reaktor itu. Memberi isyarat jari di udara bermaksud ‘ready to shoot’. Telunjuk ke picu Steyr. Tangan satu lagi mencapai radionya. “Movement spotted, in front of TRIGA.”
“Roger, Eagle,” radio berbalas. “Snake, is that you?”
Tiada respons.
Bunyi bising semakin kasar, bergema dalam ruang besi dan konkrit ini. Dia mencapai PTT. “Chief. It’s hunting time.”
“Roger, Eagle,” radio berbalas. “Fox, go for Eagle. Tiger, watch Eagle’s six.”
“Affirmative.”
“Affirmative.”
Belum sempat dua team itu datang, team Eagle melepaskan tembakan berterusan apabila bunyian kuat mula menampakkan bentuk fizikal. Seekor makhluk hitam menerobos keluar dari koridor. Besar saiznya, asing spesisnya. Kukunya gemerincing menggores besi. Matanya merah merekah, vertikel.
“It is carnivore,” dia bisik di radio bersama-sama bising tembakan.What the fu….
Tembakan Steyr kumpulannya sia-sia. Mereka tidak dilatih untuk pertempuran di peringkat ini. Satu-persatu kekuatan Eagle gugur di dewan TRIGA.


1

Vila Quasar, Shah Alam.

Seorang lelaki muncul memegang pisau. Melangkah senyap masuk ke kamar bacaan Papa. Rak buku, meja studi, laptop dan replika atom Bohr kelihatan baik, tetapi wajah papa dalam kejutan. Papa tiba-tiba kejang di kerusinya akibat disihir, sebelum dia didatangi pembunuh itu dari belakang. Wajah Papa terbeliak, melihat pisau itu mara mencungkil matanya satu-persatu. Ketika menggelupur kesakitan, lehernya pula dikelar. Darah memancut keluar. Pembunuh kemudian melompat keluar dari jendela kamar.
“Papa!” Nea terjaga, hampir terlompat. Nafasnya tercungap. Meja di tangannya berselerak tapi hening. Dua pegawai polis yang sedang berbual di hujung foyer memandang ke arahnya.
“Cik Nea okey?” suara polis itu merentasi lantai marmar dengan gema. Jawapan ditunggu.
“Saya okey…” Nea angkat tangannya.
“Betul?”
“Ya, sure…” Tiada lagi soalan. “God.” Dia raup mukanya yang lembab berpeluh. Dia pasti mimpi buruk sebegitu akan berlarutan menghantui sisa hidupnya. Hidup yang pada hari semalam melayang tinggi mencapai awan cita-cita, hari ini ditembak jatuh dengan kematian papa. Dia tersungkur. Dia tidak pernah bersedia untuk menerima hakikat bahawa Papa sudah tiada. “Isk…” sebak yang kembali cuba dia sekat. Dia tolak dua kitab tebal yang menjadi bantal tidurnya, dia katup monitor Macbook Pro. Dia capai iPhone 7 hitam di sebelahnya dan tengok jam – 19:03.
I should be at the hospital… beside him for the last time…
“Nea... ha bangun dah mung.” Nik muncul entah dari arah mana dan duduk di kerusi. Muka lelaki Terengganu itu masih comot dengan lebam dan luka, dan membawa sejenis curiosity.
“Urmm… kenapa Nik?” Suara Nea keluar serak.
Prof. Zack ada cerita ke mung fasal Lab Four dok?
Jadi curiosity itu ialah Lab Four. “Kenapa?”
“Dia ada sembang dok dalang tu ada mende?”
“Sorry I tak tahu. Lagipun, it’s confidential. Kenapa? Dia ada update? Anything?”
“Hmm…” Nik toleh ke belakang sekejap.“Tadi aku ada download video ni tapi dok dang habis, line kena block.”
“Video apa?”
“Tak tahu. Blur. Download tak habis dekpung. Tapi macam ada mende pelek kat Agensi ler ning…”
Nea genggam-genggam belakang lehernya. “Zack ada mesej?”
“Nok aku tolong picit ke?”
“Tak payah. Zack ada mesej tak?”
“Dok,” jawab Nik. “Kalau dia ada mesej pong dok sampai ke kite la doh tentera block line. Signal jammer.
Signal jammer? Nea capai telefon dan tekan butang ON – No service. Ah, patutlah tak ada notification. Teks yang dia hantar ke Zack pun tak lepas sebenarnya. “Dia okey ke Nik?”
“Dok tahu.” Muka Nik nampak stress.
Nea bangun. “I nak kena ke hospital ni. Tengok mama dan… jenazah papa… urus mana patut…”
“Okey. Tapi…” Nik toleh ke belakang.
Kedengaran sekumpulan lelaki muncul dari arah tangga bersama dengung suara perbualan mereka. 






1 ulasan:

olivyapacelli berkata...

Wynn, Las Vegas, NV - MapYRO
View Wynn, Las 경주 출장마사지 Vegas, NV real-time driving 전라남도 출장샵 directions to Encore at Wynn, Las 상주 출장안마 Vegas. and 시흥 출장샵 nearby hotels. 시흥 출장안마

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »