Khamis, 15 Jun 2017

Mutan - Bab 2,3



2



Nea melangkah ke tandas. Langkahnya kosong, seperti semua derianya terkatup dan jiwanya hanyut ke arah kelam. Sehinggalah dia perasan imej Detektif Ariff dan ASP Baihaqi yang muncul dari tangga. Langkah dua polis itu perlahan, sarat dengan diskusi yang sayup-sayup dan Nea mula memproses apabila menyedari polis itu sebenarnya sedang berbincang tentang Amsyar, bom, mafia – kes di Penang yang sudah ditutup beberapa bulan lepas, bukan kes pembunuhan pada hari ini, di sini.
Nea berhenti dan berdiri di tempatnya. “I, ahem,” suaranya masih serak, “I ada details kalau you nak.”
Ariff berkerut. “Details apa?”
“I dengar you tanya pasal kes Amsyar dan Marlisa di Penang. Kes tu  I yang cover.”
Ariff berpandangan pula dengan ASP Baihaqi. “Case closed,” katanya, “kami saja sembang.”
“Any connection?”
“Setakat ni tak ada.”
“Ehem,” ASP Baihaqi pula berdeham. “Ke meja sekejap cik Nea, kami nak confirm sesuatu.”
“Okey. Saya nak ke toilet sekejap.”
“Baik.”
Baihaqi dan Ariff berpandangan penuh makna. Sebaik ditinggalkan Nea pada jarak selamat, mereka meneruskan langkah.
“So kes di Penang tu… sure dia tak tahu?” Soal Ariff, separuh berbisik.
Baihaqi geleng. “Repot yang dia tulis banyak missed. Biasalah, media.”
“So, connection dia macam mana?”
Baihaqi menunduk. “Kompleks. High level.”
“Tinggi mana?”
Baihaqi toleh tenung muka Ariff. “Tinggi sampai aku pun tak tahu. Engkau lagi lah.”
Arif angguk-angguk. “Faham… faham...”


3

Nea tidak ke tandas, sebaliknya hanya ke sinki. Sebuah fasiliti ringkas untuk membasuh tangan pada ruang yang lebih dekat berbanding tandas. Dia pandang dirinya di cermin. Mukanya teruk. Rambutnya kusut. Pakaiannya masih tidak bertukar semenjak pagi, masih dengan blazer TV3 dan jeans.
“Huff…” dia lepaskan keluhan.
Mula membasuh muka, otaknya berputar. Mengapa mereka masih bincang kes yang dah lama tutup? Tak ada connection? Kalau ikut teori Zack, kes ini ada perkaitan. Dia jegil matanya yang diganggu urat merah. Dia capai tisu dan lap muka secukupnya. Amsyar dan Marlisa kawan Zack, kawan baik. Papa juga kawan baik Zack. Pasti ada something... Sekurang-kurangnya pattern pembunuhan itu berlegar di sekitar Zack. Profesor muda yang sekarang ini berada di Agensi. Agensi nuklear itu pula, menurut Nik tadi, ada hal pelik sedang berlaku.
Oh God… please…
Dia menangis lagi, berpaut dan terbongkok di sinki. Dia pejam matanya. “Allah, please take care of Papa… please… I know he believed in You, and he tried very hard to serve humanity. Please forgive him for things he doesn’t know… Isk…” Dia terus menangis teresak-esak. Sehingga akhirnya dia paksa hati untuk telan semuanya, perbaiki garis wajahnya yang renyuk, cuba untuk kelihatan kuat. Dia capai tisu, lap mukanya dan terus kembali ke meja yang kini hampir penuh. Hasnitah turut ada di situ, duduk di sebelah Nik.
Nea duduk di kerusinya, mendepani Macbook dan buku rujukan. ASP, ahem, any news dari Agensi?
“Agensi bawah kawalan militari. Setakat yang saya tahu keadaan terkawal. Under control.”
“Under control?” Intonasi Nea kedengaran tegang. “ASP, kalau ada apa-apa berlaku di sana kami patut tahu.”
ASP Baihaqi kerling Nea. “Masalahnya saya pun tak tahu. Macamana?”
“So signal jammer? Really? Supaya kita semua isolated?”
Baihaqi, dengan wajahnya yang serius, tunduk menatap fail di tangannya dan mula membelek. Persoalan Nea dia diamkan. Di meja ini dia ketua dan ketua itu nampaknya sekarang ini tidak membantu atau sengaja mahu berahsia.
“I nak ke hospital, nak tengok mama dan papa.”
“Hmm… Macamana dengan you punya study tentang simbol-simbol ni, sudah dapat finalize ke?”
Nea kedengaran mengeluh sebelum menjawab. “Tapi saya nak ke…”
“Maaf, cik Nea… kami faham perasaan cik tapi… cik kena stay,” kata detektif Ariff, suaranya serak basah. Kedengaran lebih toleran.
“Tapi, mama papa I kat hospital, I—”
“Datin stabil,” tingkah Baihaqi, “uncle you ada di sana dan jenazah Datuk masih under forensik, agak-agak tengah malam nanti baru diorang akan release, jadi… elok pergi awal esok pagi, selepas semua ni selesai.”
“Tapi semua dah selesai kan, why should I be here?”
“Sebab itu arahan Ketua Polis Negara.” Suara Baihaqi kali ini terang dan penuh autoriti.
Nea diam. Meja hening seketika.
“Kes kita malam ni red coded. National security. Masih jauh dari selesai.” Baihaqi kerling Nea dan semua wajah di meja itu. “Negara kita sedang berdepan satu ancaman dari luar. Datuk Hashim adalah bekas Senator Negara yang pakar dalam bidang kejuruteraan nuklear, dan pembunuh kali ni cukup misteri, cukup profesional yang bermakna sukar kita jangka. Di luar sana, unit komando dan apa nama… ATM, sudah set up defense dengan heavy artileri dan kereta kebal sebab kami semua dah dapat arahan. Paling penting, VVIP kami Hasnitah dan Ranea. Kami kena make sure awak berdua selamat malam ni.”
Nea terpempan. “Saya?”
“Nota berdarah tu,” Baihaqi tunduk menilik failnya, “kalau betul yang saya catit ni, bukan ditulis pembunuh tetapi pihak ketiga, dan ditujukan pada cik Nea sendiri. Betul?”
Nea kini jelas kenapa dia dilabel VVIP dan tak dibenarkan keluar.
“Nea,” suara Baihaqi serius, “ini bukan kes biasa. Kita berdepan kuasa syaitan… black magic. Kita kena tahu kat mana setan tu nak bawa Hasnitah malam ni. Boleh confirm?”
“I… I… need to double check.” Gagap, Nea rasai dadanya berdegup kencang.

“Hmp.” Baihaqi menutup failnya. “Nanti share dengan detektif Ariff.” Dia bangun. “Yang saya nak semua orang faham, vila ni akan jadi kubu kita malam ni. Nobody in, nobody out.” Dia beredar diikuti orang kanannya, sarjan Hairuddin. 

1 ulasan:

ajimnazlan berkata...

Nealofa ke ranea nama betul nea?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »