4
“Cantik betul dia.
Lagi sedih lagi nampak cantik, original,” bisik Hairuddin selepas dia dan
bosnya bangun meninggalkan meja menuju ke tangga.
“Yang mana satu?” soal Baihaqi.
“Si Ranea tu la.
Jarang dia keluar kat TV3. Tengok kes. Dalam TV nampak besar, tapi yang real
kecik je.”
“Kau nak yang besar mana?”
Hairuddin
sengih saja.
“Alamat rumah ni
stroke satu ke dua?” Baihaqi menghulurkan fail di tangannya ke Hairuddin.
Hairuddin ambil. “Stroke 1, Seksyen 7, Shah
Alam.”
“Tadi dia kata
dalam setengah jam dia finalize.”
“Lembab macam
biasa.”
“Dah
dapat nanti saya update tuan.”
“Hmp.”
Langkah Hairuddin kemudian melencong dari
halatuju bosnya.
Baihaqi menoleh. “Nak ke
mana?”
“Tandas kejap.”
“Cari sabun ke?”
Bahu Hairuddin terloncat. “Ish
tuan ni. Ada ke sabun?”
“Manalah tahu yang
real tak dapat tangan pun jadi.”
Ketawa Hairuddin
membesar, berdekah-dekah. “Tuan ni ada pula ke situ.” Dia geleng-geleng kepala
melihat bosnya itu tidak lagi berkata-kata melangkah ke tangga.
Orang jenis serius macam ASP Baihaqi tu apabila
bergurau memang menusuk. Melepasi piano dan deretan arca dalam kaca di dinding,
sengih Hairuddin hilang. Matanya menangkap sebuah arca tanah liat bakar yang
berbentuk lembu bersayap tetapi kepalanya pula lelaki berjambang. Banyak-banyak
arca di situ, yang lembu kepala manusia itu paling ekstrem.
Pelik, bisik hatinya.
Kakinya melangkah senyap
di lantai marmar. Melilau ke sudut-sudut gelap terlindung dari cahaya senja
yang dia akui agak menyeramkan. Pintu tandas dalam keadaan buka. Namun belum
sempat dia melangkah masuk, “Damm!” pintu kayu pejal itu ditutup kuat tepat di
depan hidungnya.
Babi!
Dia
tersentak, terkejut. Dia tolak hendal pintu tapi tak boleh. “Ai, tiba-tiba je
berkunci?” Dia lalu ketuk pintu. “Sapa kat dalam?”
Senyap, tiada jawapan.
“Sapa kat dalam?” dia mengulang. “Bukak pintu!”
Dia goncang hendal pintu berkali-kali secara paksa sehingga akhirnya pintu itu
terbuka juga. Dia bergegas masuk, melilau melihat suasana tandas moden, luas,
tetapi hening dan suram. Dia jenguk ke dalam kubikel jamban. Tiada sesiapa. Dia
lihat cermin sinki, nampak hanya diri sendiri. Angin senja berhembus merayapi
bulu lehernya buat dia menoleh ke arah jendela yang terbuka.
“Ceh… angin…” bisiknya.
Dengan perasaan tenang yang agak ragu-ragu dia
masuk ke kubikel, kunci pintu, buka seluar dan duduk. Kejap je ni… Dia mula dengar bunyi seretan di siling di atas
kepalanya tapi dia buat tak tahu.
“Haih, kuat betul angin kat luar ni ya. Hmm… nak
terberak lah pulakkk…”
Akibat nervous, perutnya pun menolak sama.
Seperti kebiasaan orang Melayu beradab, dia qada hajat merenung ke siling.
Siling putih, yang sayup-sayup ada sisa bunyi seretan, berdesis. Seminit jadi
dua. Tiga minit jadi lima… mindanya semakin galak berfantasi cerita-cerita
seram yang pernah dia dengar.
“Cepatlah keluar taik bodoh!”
“Blup!”
“Hah jatuh pun kau. Time time macam ni nak buat
hal.”
Dia capai kepala mini shower, tangan kirinya mula
menyental secepat yang boleh. Perasaannya semakin terganggu. Matanya terusan di
siling. Mungkin tikus, dia cuba
sedapkan hati. Tiba-tiba sentalannya diperlahankan. Entah kenapa dia rasa makin
lama makin dirasa ada banyak bulu dari biasa. Sampai nak kena selak?
Ish! Apa
benda ni…
Gangguan perasaannya memuncak, sehingga dia boleh
dengar degup jantungnya sendiri. Sentalannya terhenti terus. Perlahan-lahan dia
meraba buluan lembut yang banyak itu yang pasti bukan miliknya. Serasa-rasa macam…
rambut? Ah… sudah…
Dia telan liur, perlahan-lahan tunduk untuk
memeriksa. Dia lihat di bawah punggungnya ada kepala budak berambut hitam, berwajah
pucat lesi dengan mata
katup.
“Anak
haram!” Hairuddin melompat.Terjegil dia melihat ke lubang jamban tetapi kini
dia tak nampak apa-apa dalam tu kecuali tahinya sendiri. “Huff, huff,” dia
tenyeh mata. “Sial apa benda tadi? Tak boleh jadi.”
“Kreekk!” bunyi ini pecah dari atas kepalanya. Dia
mendongak. Seperti hujan, dirinya disiram deruan semangat ghaib yang berat dan
hitam. Serentak dengan itu kepalanya bergetar, perutnya kejang. Dunianya gelap.
Dia pengsan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan