Rabu, 21 Jun 2017

Mutan - bab 5,6

5



Ruang banglo saat ini statik, suram diselubungi senja. Dekorasi interior Vila Quasar dia akui cukup elegen dengan susunan arca, monumen dan replika eksklusif padan pada perabut moden nusantara. Tapi hari ini, ruang cemerlang ini lumpuh dililit pita kuning polis dan nombor-nombor tagging forensik. Dan walaupun mayat tuan rumah telah dibawa keluar ke hospital, aroma kematian bagai meracun suasana menjadi pucat. Macam banyak yang tak kena.
Takkan dah berhantu kot?
Baihaqi dah lali dengan kes bunuh. Cuma kes kali ini agak memeningkan apabila bahan siasatan bercampur antara unsur mistik dan teknologi. Hasnitah menjadi sasaran ritual setan. Datuk Hashim pula dibunuh guna sihir bersama nota kuno berdarah, dan matanya diculik untuk akses Lab Four, makmal nuklear tercanggih negara. Profil pembunuh pula tiada dalam pangkalan data polis mahupun Interpol.
Sial! Dia mendengus.
“Tuan,” kedengaran suara memanggil.
Baihaqi menoleh melihat lambaian dua pegawainya sedang duduk di sofa depan TV. Dia mula melangkah kadar biasa merentasi lantai marmar yang dihias sepetak karpet Iran dengan gambar karikatur singa. Sebelum sampai di sofa, sempat dia melirik ke replika keris emas setinggi lelaki dewasa di sudut banglo. Dengan semua hiasan fosil, arca dan monumen yang menyebabkan rumah ini kelihatan seperti muzium, keris itu paling angker baginya.
Baihaqi duduk di sofa. Dua pegawainya sedang menonton video di Galaxy Note 5, dengan bunyi cukup untuk telinga mereka sahaja. Dia mendapati futej itu dibawa dari Agensi yang dipenuhi asap.
“ATM duk kepung Agensi doh ni tuwe,” kata seorang daripada pegawainya. “Stealth ado gok nampok tadi duo tigo butir.”
“Apa benda yang keluar?” Baihaqi menatap penuh serius sambil membetulkan duduknya.
“Tahu.”
“Kalau tahu cakap la.”
“Dok. Maksud sayo, sayo dok tahu gapo dio hak tubik.”
“Oh, belit nate ni kecek,” Baihaqi cuba loghat Kelantan.
Pegawainya seorang lagi gelak. “Tak jelas tuan. Video jauh, blur.”
“Mana datang video ni?”
“Osman bawak tadi.”
“Dia ambik mana?”
“Tak tahu. Whatsapp kot.”
Klip berita TV3 itu menayangkan rakaman video diambil dari jauh, di mana asap tebal kelihatan keluar dari bangunan jingga Agensi. Imej yang dipapar malangnya tidak jelas, kabur dan bergoyang. Semasa makhluk hitam itu keluar, kamera sedang fokus ke lain. Sebaik jeritan seorang rakan kedengaran kecoh, barulah jurukamera terkial-kial menala lensanya ke arah bangunan jingga yang berlubang dan sempat menangkap kelibat makhluk itu sahaja yang bergerak laju masuk ke hutan.
“Saya agak la... saya rasa, mungkin spesimen mutasi eksperimen gila profesor tu dalam Lab Four terlepas keluar.”
“Lab Four? Eh, aku ado jugok dengar tapi aku ingat pelawok jah.”
“Eh, takkan la berita TV3 ni tipu.”
“Persoalan sekarang ni,” Baihaqi mencelah, “mana binatang tu nak pergi?”
“Entah,” jawab pegawainya.
“Hmm…” Baihaqi diam berfikir, dongak ke foyer atas di mana Ariff dan Nea sedang berdiskusi, ditemani Nik dan Hasnitah yang banyak berdiam. Dia toleh ke tingkap pula, melihat penempatan tentera yang cerah di luar sana. Hmm…
“Kenapa tuan?”
“Tak ada apa. Ni sarjan, nanti pergi jumpa dengan ATM, dapatkan update dengan mereka kalau ada. Atau apa saja yang patut kita tahu.”
“Okey.”
Pintu banglo kedengaran dikuak keras. Perbualan mereka terganggu. Baihaqi terdongak melihat sarjan Saiful datang ke arah mereka. Dia tekup Note 5. “Dah. Dah. Tutup fon, pergi.”
“Okey tuan.” Kedua pegawai itu lalu bangun dan beredar.
Saiful mara tergesa-gesa. Di tangan pegawai itu kelihatan sebuah fail yang baharu.
“Ya, Sarjan.” Baihaqi bersandar.
“Saya ada update forensik, CSI dan team siasatan luar.”
“Oh,” Baihaqi menjenguk ke belakang Saiful, “Din mana?”
“Tak tahu. Tak ada nampak pulak dia.” Saiful hulur fail ke ketuanya. “Cuma ada gambar dalam ni nampak macam pelik sikit.”
 Pelik? “Hmm…” Baihaqi mula membelek. Hanya menilik beberapa helaian saja, terus mukanya bertukar warna.
“Biar betul...” Baihaqi separuh berbisik.
“Itulah,” kata Saiful, “first time saya tengok gambar hantu. Real pulak tu.”
“Ini kamera kat mana ni?”
“Tu dia ada tulis kat situ. Highway PLUS.”




6



Di vila ini mereka hanya bertiga – papa, mama dan dia sendiri selaku anak tunggal. Pada waktu petang sebegini, selalunya di atas meja jati ini akan ada sejambak bunga, cookies, mocha dan surat khabar bersama isunya. Apa saja masalah Agensi, kabinet atau masalah peribadi, mereka bertiga menjadi panel di meja ini. Papa, dalam apa saja topik perbincangan, sentiasa hadir dengan hujah yang bijak ditutur guna suaranya yang lembut dan magikal.
Hari ini Nea sendirian. Ketika meja pula semak dengan isu negara paling kronik. Tiada bau kopi Amerika kegemaran papa yang mekar seperti biasa. Yang ada kini hanya bau bahan kimia forensik yang menyesakkan.
Papas gone. I am alone.
“So… kita nak mula kat mana?” soal Ariff. Detektif itu nampak segar dan kemas dalam jaket hitamnya.
“We start with reason.” Nea alih Macbook Pro ke tepi dan tolak dua buku kusam ke tengah meja. “Itah.”
Hasnitah menoleh. “Ya?”
“Saya kena beritahu awak something. At least, the real reason, kenapa sebenarnya awak malam ni diburu.”
“Hmm…” itu saja balasan gadis itu. Tidak nampak dia berminat dengan apa yang ditawarkan Nea, atau dia sebenarnya sedang berkhayal ke alam lain.
“Nama penuh awak Raja Hasnitah binti Raja Syuib, kan?
Hasnitah angguk lemah.
“Okey. Pantun ini sebenarnya menceritakan sejarah diri awak, ditulis oleh seseorang yang rapat dengan keturunan awak. Like I said, nota ini bukan pembunuh yang tulis tapi orang ketiga, third party. Mungkin manusia, mungkin... hmm, I don’t know.”
“Jin pendamping?” soal Nik.
“Apa bendanya jin boleh menulis?” tingkah Ariff.
“Eh, jin kang—”
“Engkau diamlah.”
So, well...” Nea sambung sambil membelek sebuah buku tebal lama Hikayat Merong Mahawangsa yang muka depannya dilukis grafik burung Garuda meludah api ke arah sebuah kapal. “Memang buku ini berunsur dongeng, I mean, siapa nak percaya Merong kalahkan Garuda dengan pantulan cermin kan, tak logik langsung. In fact, ada banyak cerita tak logik dalam ni sebab buku ni kumpulan cerita rakyat, ada betul, ada tahyul. Anyway, buku ni mostly cerita tentang hikayat raja Langkasuka, dan asal-usul Kesultanan Kedah. Ada beberapa fakta yang boleh kita saring dari hikayat ini, especially tentang kitab sihir dan ritual rahsia… malam ni.
“Dia ada sebut pasal Raja Puteri?” soal Hasnitah spontan.
“Ya.”
“Siapa dia?”
“Kitab yang ada sihir tu dia yang punya. Dan dia pula,” Nea tenung Hasnitah, “adalah moyang kepada moyang awak.”
“Moyang… saya…?” Hasnitah bergumam.
“Yes. Hasnitah, awak berasal dari bloodline Merong Mahawangsa, keluarga Diraja kerajaan tua Langkasuka.”
Hasnitah terdiam terus. Kepalanya nampak terganggu.
Awak dah tahu ke?
“Tak.”
“Ayah awak tak pernah bagitahu?”
Hasnitah geleng.
“Hmm... Kakak awak, wajah dia lain, kan? I mean, tak sama dengan awak.”
“Hmp.” Hasnitah angguk.
“Jadi wajah awak sama sebelah mana, mak, ayah?”
“Dua-dua tak.”
“That’s it. Itu yang buat awak special, Itah,” Nea mula berucap seperti biasa yang dia lakukan di depan kamera TV3, “Genetik ni satu sistem yang kompleks. Lebih-lebih lagi apabila induk kita dulu-dulu kahwin campur pelbagai bangsa. Tapi, kod genetik asal induk tetap dibawa oleh anak-anak cucu mereka, samada dominon sifatnya atau tidak. Even, ciri genetik resesif dalam ayah awak boleh jadi dominon apabila diperturunkan pada awak. Dan selepas beberapa keturunan Raja Puteri berlangsung, here you are, Hasnitah, awak adalah cucu dia yang paling menyamai dia, maksud saya, wajah awak mirip kepada wajah asal puteri Diraja Langkasuka, Raja Puteri.
“Kelahirang semule,” kata Nik. “Pengamal sihir macang ge ayoh ping akang ingat awok ni Raja Puteri. Set set die percaye teori kelahiran semule.”
“Ya, betul, tapi hmm… the worst part…” Intonasi suara Nea kini berubah. “Raja Puteri dah cursed kitab tu dengan darah dia, so darah yang sama diperlukan untuk unlock rantai kitab tu malam ni.” Nea pandang Hasnitah. “Darah awak.”
Hasnitah tertunduk, mula menangis teresak-esak.
“Itah?” Nea serba salah. Mungkin dia terlalu direct.
“Arwah mak… sejak kecik dia bencikan saya,” suara Hasnitah serak, putus-putus. “Dia cakap saya sial, malang dalam keluarga dia.”
Semua kini diam.
“Dia sayangkan kakak, tapi saya dia buang. Kakak dan ayah yang beri saya kasih-sayang… mak saya sendiri buang saya… isk… satu malam mak dan ayah bergaduh, sebab saya. Malam tu juga saya keluar, saya lari ke KL. Hanya lepas Mak meninggal saya balik ke rumah tu. Saya tak tahu kenapa dia benci dengan anak dia sendiri.”
“Mungkin dia ada reason dia. Dia lemah. Atau dia takut.” Nea mencuba.
Hasnitah menyeka airmatanya. Dia tahu wajahnya kini jadi perhatian.  Lalu dia cuba kawal emosinya. “Ya, sekarang saya tahu… mungkin dia tahu benda ni, sebab tu dia tak boleh terima saya.”
“We are all here for you, Itah.” Nea regang tangan mencapai jari Hasnitah. “This team will protect you. Okey?”
Hasnitah kini diam. Nampak sedang meredakan diri sendiri.
“And... pheww, this note wants me to protect you,” Nea sebut perlahan bersama nafasnya. “Lihat ni, detektif...” Dia beralih kepada Ariff pula. “Bulan gerhana semakin gerhana, bila anakku tumpah darahnya. You nampak tak sesuatu yang pelik di situ?”
“Anakku?” respons dari Ariff.
“Exactly,” kata Nea. “Dia bahasakan Hasnitah sebagai anak, directly. Seolah-olah note ni datang direct dari Raja Puteri?”
“Jing...” suara Nik kedengaran hampir berbisik. “Bukan Raja Puteri tapi jing dia.”
“Engkau ni dari tadi jin, jin, jin ni kenapa? Kau tunjuk kat aku sekor aku nak tengok.” Ariff tiba-tiba melenting. “Akai ada ka?”
Nea pandang Ariff. Tak boleh jadi macam ni. “Detektif, bila Nik sebut jin, honestly, apa yang muncul dalam kepala awak?”
“Siasatan kita based on fact, bukan benda-benda tahyul macam tu. Merepek.”
“Tahyul? So yang muncul dalam kepala awak benda-benda tahyul macam hantu raya? Toyol? Pocong?”
Ariff terdiam.
“Nik dah lama follow Zack. So bila dia sebut jin, dia bukan refer pada hantu-hantu tu tapi something else. Zack pernah terangkan pada saya, dia lebih kepada biological existence beyond our… conventional physics, you know, the theory is… complicated. Zack describe jin ni sebagai spiritual being yang origin dia bukan dari sistem solar, maybe… they are some sort of plasma-based life from a very strange world.”
“Alien?” Ariff membidas.
“Yes. No!... Not really, but…”
“Awak nak kata makhluk ghaib ni 300 tahun dulu jadi pendamping Raja Puteri, dan bila puteri tu mati dia naik balik ke planet dia dan hari ni dia datang balik untuk tulis death note untuk awak?”
“Why not?”
“Bullshit…” Ariff merengus. “Ni dah buang masa aku.”
“Sorry, detektif. Yang you pressure sangat ni kenapa? Nobody ask you to be here, kan? You need something, you tell me.”
“Aku nak tahu lokasi kitab tu… itu yang penting.”
“You percaya mitos tu ke? Tadi kata tahyul.”
 “Hasnitah...” ketika diskusi di meja itu menghangat, Hasnitah mendengar bisikan halus di telinga. Dia berpaling. Tiada siapa-siapa di sebelah kirinya. Nik di sebelah kanannya nampak tidak dengar apa-apa.
“Itah, awak okey?” soal Nea.
“Hmp, takde apa-apa,” kata Hasnitah sebelum bangun. “Saya ke tandas kejap.” Dia lalu beredar.
Selepas saja Hasnitah sudah agak jauh meninggalkan meja itu, Nik pula tiba-tiba menjerit. “Dapat doh, dapat doh. Haha!”
“Kenapa Nik?” Nea panasaran.
“Aku hack guna bluetooth, telefon sape dok tahu ni.”
“Apa benda?” Ariff turut terpancing.
“Video hak aku tunjuk ke mung tadi Nea. Meh tengok meh, video di Agensi.”
Nea bangun berganjak ke belakang Nik. Ariff turut merapat. Masing-masing kini diam dan pegun menyaksikan apa yang sebenarnya telah berlaku di Agensi Nuklear Malaysia, melalui klip berita TV3.
“Binatang apa tu…” bibir Ariff mengomel.
“Jing…” suara Nik misterius.
Tidak seperti tadi, Ariff kini tidak membantah.

Nea merasai kepalanya membesar. Dia cemas. Melilau, mencari. “ASP mana ASP? How dare!” Dia kelihatan mahu meluru ke tangga tapi terhenti. ASP Baihaqi yang kelihatan muncul datang ke arah mereka. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »