5
Ruang banglo saat ini statik, suram diselubungi
senja. Dekorasi interior Vila Quasar dia akui cukup elegen dengan susunan arca,
monumen dan replika eksklusif padan pada perabut moden nusantara. Tapi hari
ini, ruang cemerlang ini lumpuh dililit pita kuning polis dan nombor-nombor
tagging forensik. Dan walaupun mayat tuan rumah telah dibawa keluar ke
hospital, aroma kematian bagai meracun suasana menjadi pucat. Macam banyak yang
tak kena.
Takkan dah
berhantu kot?
Baihaqi dah lali dengan
kes bunuh. Cuma kes kali ini agak memeningkan apabila bahan siasatan bercampur
antara unsur mistik dan teknologi. Hasnitah menjadi sasaran ritual setan. Datuk
Hashim pula dibunuh guna sihir bersama nota kuno berdarah, dan matanya diculik
untuk akses Lab Four, makmal nuklear tercanggih negara. Profil pembunuh pula
tiada dalam pangkalan data polis mahupun Interpol.
Sial!
Dia
mendengus.
“Tuan,” kedengaran suara memanggil.
Baihaqi menoleh melihat lambaian dua pegawainya
sedang duduk di sofa depan TV. Dia mula melangkah kadar biasa merentasi lantai
marmar yang dihias sepetak karpet Iran dengan gambar karikatur singa. Sebelum
sampai di sofa, sempat dia melirik ke replika keris emas setinggi lelaki dewasa
di sudut banglo. Dengan semua hiasan fosil, arca dan monumen yang menyebabkan
rumah ini kelihatan seperti muzium, keris itu paling angker baginya.
Baihaqi duduk di sofa. Dua pegawainya sedang
menonton video di Galaxy Note 5, dengan bunyi cukup untuk telinga mereka
sahaja. Dia mendapati futej itu dibawa dari Agensi yang dipenuhi asap.
“ATM duk kepung
Agensi doh ni tuwe,” kata seorang daripada pegawainya. “Stealth ado gok nampok
tadi duo tigo butir.”
“Apa benda yang keluar?” Baihaqi menatap penuh serius sambil
membetulkan duduknya.
“Tahu.”
“Kalau
tahu cakap la.”
“Dok. Maksud sayo, sayo dok tahu gapo dio hak
tubik.”
“Oh, belit nate ni kecek,” Baihaqi cuba loghat
Kelantan.
Pegawainya seorang lagi gelak. “Tak jelas tuan.
Video jauh, blur.”
“Mana datang video ni?”
“Osman bawak tadi.”
“Dia ambik mana?”
“Tak tahu. Whatsapp kot.”
Klip berita TV3 itu menayangkan rakaman video
diambil dari jauh, di mana asap tebal kelihatan keluar dari bangunan jingga
Agensi. Imej yang dipapar malangnya tidak jelas, kabur dan bergoyang. Semasa
makhluk hitam itu keluar, kamera sedang fokus ke lain. Sebaik jeritan seorang
rakan kedengaran kecoh, barulah jurukamera terkial-kial menala lensanya ke arah bangunan
jingga yang berlubang dan sempat menangkap kelibat makhluk itu sahaja yang
bergerak laju masuk ke hutan.
“Saya agak la...
saya rasa, mungkin spesimen mutasi eksperimen gila profesor tu dalam Lab Four
terlepas keluar.”
“Lab Four? Eh, aku
ado jugok dengar tapi aku ingat pelawok jah.”
“Eh, takkan la berita
TV3 ni tipu.”
“Persoalan sekarang ni,” Baihaqi mencelah, “mana
binatang tu nak pergi?”
“Entah,” jawab pegawainya.
“Hmm…” Baihaqi diam berfikir, dongak ke foyer
atas di mana Ariff dan Nea sedang berdiskusi, ditemani Nik dan Hasnitah yang
banyak berdiam. Dia toleh ke tingkap pula, melihat penempatan tentera yang
cerah di luar sana. Hmm…
“Kenapa tuan?”
“Tak ada apa. Ni sarjan, nanti pergi jumpa dengan
ATM, dapatkan update dengan mereka kalau ada. Atau apa saja yang patut kita
tahu.”
“Okey.”
Pintu banglo kedengaran dikuak keras. Perbualan
mereka terganggu. Baihaqi terdongak melihat sarjan Saiful datang ke arah
mereka. Dia tekup Note 5. “Dah. Dah. Tutup fon, pergi.”
“Okey tuan.” Kedua pegawai itu lalu bangun dan
beredar.
Saiful mara tergesa-gesa. Di tangan pegawai itu
kelihatan sebuah fail yang baharu.
“Ya, Sarjan.” Baihaqi bersandar.
“Saya ada update forensik, CSI dan team siasatan
luar.”
“Oh,” Baihaqi menjenguk ke belakang Saiful, “Din
mana?”
“Tak tahu. Tak ada nampak pulak dia.” Saiful
hulur fail ke ketuanya. “Cuma ada gambar dalam ni nampak macam pelik sikit.”
Pelik? “Hmm…” Baihaqi mula membelek. Hanya
menilik beberapa helaian saja, terus mukanya bertukar warna.
“Biar betul...” Baihaqi separuh berbisik.
“Itulah,” kata Saiful, “first time saya tengok
gambar hantu. Real pulak tu.”
“Ini kamera kat mana ni?”
“Tu dia ada tulis kat situ. Highway PLUS.”
6
Di vila ini mereka hanya bertiga – papa, mama dan
dia sendiri selaku anak tunggal. Pada waktu petang sebegini, selalunya di atas
meja jati ini akan ada sejambak bunga, cookies, mocha dan surat khabar bersama
isunya. Apa saja masalah Agensi, kabinet atau masalah peribadi, mereka bertiga
menjadi panel di meja ini. Papa, dalam apa saja topik perbincangan, sentiasa
hadir dengan hujah yang bijak ditutur guna suaranya yang lembut dan magikal.
Hari ini Nea sendirian. Ketika meja pula semak
dengan isu negara paling kronik. Tiada bau kopi Amerika kegemaran papa yang
mekar seperti biasa. Yang ada kini hanya bau bahan kimia forensik yang
menyesakkan.
Papa’s
gone. I am alone.
“So… kita nak mula
kat mana?” soal Ariff. Detektif itu nampak segar dan kemas dalam jaket
hitamnya.
“We start with
reason.” Nea alih Macbook Pro ke tepi dan tolak dua buku kusam ke tengah meja.
“Itah.”
Hasnitah menoleh.
“Ya?”
“Saya kena
beritahu awak something. At least, the real reason, kenapa sebenarnya awak
malam ni diburu.”
“Hmm…” itu saja balasan gadis itu. Tidak nampak
dia berminat dengan apa yang ditawarkan Nea, atau dia sebenarnya sedang
berkhayal ke alam lain.
“Nama penuh awak
Raja Hasnitah binti Raja Syuib, kan?
Hasnitah
angguk lemah.
“Okey. Pantun ini
sebenarnya menceritakan sejarah diri awak, ditulis oleh seseorang yang rapat
dengan keturunan awak. Like I said, nota ini bukan pembunuh yang tulis tapi
orang ketiga, third party. Mungkin manusia, mungkin... hmm, I don’t know.”
“Jin pendamping?” soal Nik.
“Apa bendanya jin boleh menulis?” tingkah
Ariff.
“Eh, jin kang—”
“Engkau diamlah.”
“So, well...” Nea sambung
sambil membelek sebuah buku tebal lama Hikayat Merong Mahawangsa yang muka depannya dilukis grafik burung Garuda meludah api
ke arah sebuah kapal. “Memang buku ini berunsur dongeng, I mean, siapa nak
percaya Merong kalahkan Garuda dengan pantulan cermin kan, tak logik langsung.
In fact, ada banyak cerita tak logik dalam ni sebab buku ni kumpulan cerita
rakyat, ada betul, ada tahyul. Anyway, buku ni mostly cerita tentang hikayat
raja Langkasuka, dan asal-usul Kesultanan Kedah. Ada beberapa fakta yang boleh
kita saring dari hikayat ini, especially tentang kitab sihir dan ritual rahsia…
malam ni.”
“Dia ada sebut pasal Raja Puteri?” soal Hasnitah spontan.
“Ya.”
“Siapa dia?”
“Kitab yang ada
sihir tu dia yang punya. Dan dia pula,” Nea tenung Hasnitah, “adalah moyang
kepada moyang awak.”
“Moyang… saya…?”
Hasnitah bergumam.
“Yes. Hasnitah, awak
berasal dari bloodline Merong Mahawangsa, keluarga Diraja kerajaan tua
Langkasuka.”
Hasnitah terdiam
terus. Kepalanya nampak terganggu.
“Awak dah tahu ke?”
“Tak.”
“Ayah awak tak pernah bagitahu?”
Hasnitah
geleng.
“Hmm... Kakak
awak, wajah dia lain, kan? I mean, tak sama dengan awak.”
“Hmp.” Hasnitah angguk.
“Jadi wajah awak
sama sebelah mana, mak, ayah?”
“Dua-dua tak.”
“That’s it. Itu
yang buat awak special, Itah,” Nea mula berucap seperti biasa yang dia lakukan
di depan kamera TV3, “Genetik ni satu sistem yang kompleks. Lebih-lebih lagi
apabila induk kita dulu-dulu kahwin campur pelbagai bangsa. Tapi, kod genetik
asal induk tetap dibawa oleh anak-anak cucu mereka, samada dominon sifatnya
atau tidak. Even, ciri genetik resesif dalam ayah awak boleh jadi dominon
apabila diperturunkan pada awak. Dan selepas beberapa keturunan Raja Puteri
berlangsung, here you are, Hasnitah, awak adalah cucu dia yang paling menyamai dia,
maksud saya, wajah awak mirip kepada wajah asal puteri Diraja Langkasuka, Raja
Puteri.”
“Kelahirang
semule,” kata Nik. “Pengamal sihir macang ge ayoh ping akang ingat awok ni Raja
Puteri. Set set die percaye teori kelahiran semule.”
“Ya, betul, tapi
hmm… the worst part…” Intonasi suara Nea kini berubah. “Raja Puteri dah cursed
kitab tu dengan darah dia, so darah yang sama diperlukan untuk unlock rantai kitab
tu malam ni.” Nea pandang Hasnitah. “Darah awak.”
Hasnitah tertunduk,
mula menangis teresak-esak.
“Itah?” Nea serba
salah. Mungkin dia terlalu direct.
“Arwah mak… sejak
kecik dia bencikan saya,” suara Hasnitah serak, putus-putus. “Dia cakap saya
sial, malang dalam keluarga dia.”
Semua kini diam.
“Dia sayangkan
kakak, tapi saya dia buang. Kakak dan ayah yang beri saya kasih-sayang… mak
saya sendiri buang saya… isk… satu malam mak dan ayah bergaduh, sebab saya.
Malam tu juga saya keluar, saya lari ke KL. Hanya lepas Mak meninggal saya
balik ke rumah tu. Saya tak tahu kenapa dia benci dengan anak dia sendiri.”
“Mungkin dia ada
reason dia. Dia lemah. Atau dia takut.” Nea mencuba.
Hasnitah menyeka airmatanya. Dia tahu wajahnya
kini jadi perhatian. Lalu dia
cuba kawal emosinya. “Ya, sekarang saya tahu… mungkin dia tahu benda ni, sebab
tu dia tak boleh terima saya.”
“We are all here
for you, Itah.” Nea regang tangan mencapai jari Hasnitah. “This team will
protect you. Okey?”
Hasnitah kini diam. Nampak sedang meredakan
diri sendiri.
“And... pheww,
this note wants me to protect you,” Nea sebut perlahan bersama nafasnya.
“Lihat ni, detektif...” Dia beralih kepada Ariff pula. “Bulan gerhana semakin
gerhana, bila anakku tumpah darahnya. You nampak tak sesuatu yang pelik di
situ?”
“Anakku?” respons dari Ariff.
“Exactly,” kata
Nea. “Dia bahasakan Hasnitah sebagai anak, directly. Seolah-olah note ni datang
direct dari Raja Puteri?”
“Jing...” suara
Nik kedengaran hampir berbisik. “Bukan Raja Puteri tapi jing dia.”
“Engkau ni dari tadi jin, jin, jin ni kenapa? Kau
tunjuk kat aku sekor aku nak tengok.” Ariff tiba-tiba melenting. “Akai ada ka?”
Nea pandang Ariff. Tak boleh jadi macam ni. “Detektif, bila Nik sebut jin, honestly,
apa yang muncul dalam kepala awak?”
“Siasatan kita based on fact, bukan benda-benda
tahyul macam tu. Merepek.”
“Tahyul? So yang muncul dalam kepala awak
benda-benda tahyul macam hantu raya? Toyol? Pocong?”
Ariff
terdiam.
“Nik dah lama follow Zack. So bila dia sebut jin,
dia bukan refer pada hantu-hantu tu tapi something else. Zack pernah terangkan
pada saya, dia lebih kepada biological existence beyond our… conventional
physics, you know, the theory is… complicated. Zack describe jin ni sebagai
spiritual being yang origin dia bukan dari sistem solar, maybe… they are some
sort of plasma-based life from a very strange world.”
“Alien?” Ariff membidas.
“Yes. No!... Not really, but…”
“Awak nak kata makhluk ghaib ni 300 tahun dulu
jadi pendamping Raja Puteri, dan bila puteri tu mati dia naik balik ke planet
dia dan hari ni dia datang balik untuk tulis death note untuk awak?”
“Why
not?”
“Bullshit…”
Ariff merengus. “Ni dah buang masa aku.”
“Sorry,
detektif. Yang you pressure sangat ni kenapa? Nobody ask you to be here, kan?
You need something, you tell me.”
“Aku nak tahu lokasi kitab tu… itu yang penting.”
“You percaya mitos tu ke? Tadi kata tahyul.”
“Hasnitah...” ketika diskusi di meja itu
menghangat, Hasnitah mendengar bisikan halus di telinga. Dia berpaling. Tiada
siapa-siapa di sebelah kirinya. Nik di sebelah kanannya nampak tidak dengar
apa-apa.
“Itah, awak okey?” soal Nea.
“Hmp, takde
apa-apa,” kata Hasnitah sebelum bangun. “Saya ke tandas kejap.” Dia lalu
beredar.
Selepas saja Hasnitah
sudah agak jauh meninggalkan meja itu, Nik pula tiba-tiba menjerit. “Dapat doh,
dapat doh. Haha!”
“Kenapa Nik?” Nea
panasaran.
“Aku hack guna
bluetooth, telefon sape dok tahu ni.”
“Apa benda?” Ariff
turut terpancing.
“Video hak aku
tunjuk ke mung tadi Nea. Meh tengok meh, video di Agensi.”
Nea bangun
berganjak ke belakang Nik. Ariff turut merapat. Masing-masing kini diam dan
pegun menyaksikan apa yang sebenarnya telah berlaku di Agensi Nuklear Malaysia,
melalui klip berita TV3.
“Binatang apa tu…”
bibir Ariff mengomel.
“Jing…” suara Nik
misterius.
Tidak seperti
tadi, Ariff kini tidak membantah.
Nea merasai
kepalanya membesar. Dia cemas. Melilau, mencari. “ASP mana ASP? How dare!” Dia
kelihatan mahu meluru ke tangga tapi terhenti. ASP Baihaqi yang kelihatan
muncul datang ke arah mereka.