Jumaat, 25 April 2014

Wardina VS Don Daniyal

Dalam sibuk sibuk kerja (perasan), sempat juga aku kumpul bukti kes dua selebriti ni. Google bawa aku entah ke mana-mana cari fasal telaga Barohut.

Dia punya dalil tu, perawi tu, dikorek dari ulama itu dan ini, semata-mata nak membenarkan cerita panggil roh orang kapir dari dalam telaga di Yaman. Nak aku cop bangang karang terasa.

Benda dah sah-sah bertentangan dengan Quran kau bagi la perawi sebesar Yusuf Qardawi pun tak guna.

Cuba fikir la ramai-ramai, seru ruh orang mukmin dalam telaga zamzam, seru orang kafir dalam telaga barohut. Cuba fikir apakah ia selari dengan ajaran agama kita yang molek ini atau tidak.

Ada banyak kisah tauladan yang walaupun datang dari 'ulamak', kisah itu ada value dia sendiri bergantung pada matan dia. Hadis diperiksa pada perawi dan matan (isi). Orang berilmu di zaman itu ada cara masing-masing nak tarik orang mendekati agama, cara betul ke salah ke. Kalau dah hadis dhoif, cerita merepek, layak ke kau nak sebut benda tu dekat public, dekat TV, dengar kat budak budak yang memang suka kartun.

Mempaderikan Ulama.

Ulama xboleh salah. Ulama maksum. Sebut nama arab ber bin sana sini, maka apa saja yang ulama itu tulis dalam buku semua betul walaupun cerita macam kartun. Allah... kalau ulama tu hidup balik malu dia tengok facebook, macam-macam kartun 'agama' ada.

Aku dari sekolah Arab penuh. Aku belajar hadis, Feqah, Tauhid dan berbelas subjek dalam bahasa Arab. Aku masih belajar agama sampai sekarang dan alhamdulillah, aku tak pernah sempitkan pemikiran aku untuk menerima hanya dari kitab kitab tersebut. Manusia tetap manusia, apabila dia berkata ini dari Nabi, kita boleh persoal dia betul ke tidak dan ia tidak bermakna kita persoal kredibiliti Nabi. Korang paham tak?

Orang Melayu ni ramai yang bangang. Bila kita persoal sesuatu riwayat, dia terus cop kita tolak hadis Nabi. 2345 periwayat yang ada dalam chain perawi hadis tu sikit pun dia tak petik, dia petik Nabi terus. Perawi tu maksum, baginya. Akai letak mana aku pun tak tahu.

Selepas meneliti video kompilasi. Meneliti jawapan Don dan tulisan Wardina. Walaupun fans Wardina ada 400k++ dan Don 600k++, aku rasa Wardina lebih benar dan betul dari segi fakta dan agama. Khalas.



1 ulasan:

Tirana berkata...

Kak tirana belum tengok video jawapan ustaz don.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »