Wabak MERS dikhabarkan merebak, bila keluar balad hari tu ramai betul pakai topeng biru. Dia macam SARS, batuk-batuk bersin-bersin terpercik, tersentuh, berjangkit.
Bila ke masjid di Jeddah, jemaah bukan macam kat surau di KL, atau di KB. Semua saf penuh semayang zohor. Bab solat, memang punctual. Kedai pun kena tutup, bisnes kena stop.
Semasa solat aku kurang khusyuk sebab ramai orang batuk-batuk dalam masjid dan aku tak pakai topeng dan lupa nak tulis wasiat untuk kereta baru, eh, (proton saga je hehe). Nak jadi cerita, semasa kiam tu orang sebelah aku telefon dia berbunyi. Ada orang call, dia lupa silent.
Kalau di Malaysia, kalau dia set ring tone Alif Satar, sampai rakaat kedua la Alif Satar duk menyanyi dalam masjid iringi solat zohor. Nak tutup tu tak buleh. Lagi lagi yang letak handphone kat bawah, atas lantai. Dia punya fasal, satu masjid tak khusyuk entah dengan imam imam sekali.
Orang Arab sebelah aku ni, dia dengar je telefon dia berbunyi, cepat-cepat dia keluarkan, dia tilik telefon dia, dia unlock, (nampak tak aku tak khusyuk semayang hehe), dia touch sekali, dia slide dua tiga kali, kemudian aku rasa dia set telefon dia ke silent. Semua dilakukan dalam solat. Soalannya.
Sahkah solat dia? Sahkan solat aku yang mengikuti segalanya?
Of course dia hilang markah khusyuk selama let say 2 minit, (juga khusyuk aku, pehh) tapi dia dah selamatkan khusyuk semua makmum yang penuh satu masjid tu, dengan imam sekali. That's the deal, awak lupa silentkan telefon, awak burn la khusyuk awak, jangan rosakkan solat semua orang. Kasi tutup itu phone lah.
Orang kita takut nak tutup phone masa dalam solat. Aku pun tak tahu kenapa. Takut batal ke, takut nak bergerak ke entahlah. Dalam solat boleh saja bergerak, bahkan bila telefon menyanyikan lagu Metalicca dalam masjid, hal tu dah masuk kategori darurat sebab dia ganggu semua orang. Bila darurat, solat awak boleh dibatalkan. Jika orang lalu depan ambik phone awak, awak kena batalkan solat dan kejar pencuri tersebut sebab kena pertahan harta awak yang mana jika tidak, awak kena keluarkan duit beli phone baru yang akan menjejaskan nafkah anak isteri bulan depan, dan menjejaskan kerja dan pendapatan negara. Serius ni.
Jika mendiamkan telefon boleh dibuat tanpa batalkan solat, buatlah sebagaimana Rasulullah buka pintu untuk Aisyah ketika baginda bersolat. Pergerakan yang tidak sia-sia, yang perlu.
Mensilentkan telefon, bagi aku, dah jatuh tahap wajib yang kalau dibiarkan awak akan menanggung dosa, sebab orang boleh question awak kenapa ganggu semayang orang. Awak cakap, eh, macam mana phone saya kat lantai tu ha, takkan nak tunduk ambik dan unlock dan silentkan? saya kan tengah semayang perasan khusyuk ni.
Phone awak memekak satu masjid awak tak kisah? Khusyuk orang lain awak tak kisah? Awak pentingkan diri awak sendiri? Ambik phone tu, tutup.
Masalah letak barang peribadi kat bwah, di karpet tempat sujud.
Aku pernah tanya sorang member, kenapa bila nak sembahyang wallet keluarkan letak bawah? dia cakap wallet dia tak pernah basuh, bawak ke mana mana termasuk toilet dan pusat karaoke jadi dia suspect ada banyak najis di wallet dia tu. Play safe, letak wallet kat bawah.
Kalau betul wallet awak ada najis, letak bawah tu pun tak boleh, kena letak kat luar. Apa ni bawa najis masuk masjid letak di lantai.
Aku nak kata bangang pun kesian sebab ramai orang berfikiran tak fasih macam ni. Ustaz pun ramai yang ajar barang-barang pelik macam ni.
Dah wallet ada najis kenapa tak pergi basuh?
Dia kata, bangang kau mana ada orang basuh wallet.
Aku kata, habis tak busuk ke wallet ko ada taik tak basuh.
Dia kata, tak de la bau, aku rasa je sebab dah lama aku pakai tak logik la takde najis.
Aku kata, itu assumption kau, untuk kepastian... kau ada meassure ke? Kau tahu tak nak inspect existence of tahi on equipment or belonging? Kena lakukan tiga jenis inspection, visual inspection, fume detection, dan rasa pakai lidah.
Dia terkesima, oh?
Aku teruskan, ya, cuba tengok wallet kau ada najis tak?
Dia tilik, takde, memang la tak nampak microb kannn... (cehh)
Aku cakap, so, visually inspected, negative, memang tak nampak tahi di situ. Cuba hidu, ada bau bangkai ke taik ke.
Dia hidu, hmm... bau kentut kot macam ni. dia buat lawak. Tak delah bau taik, bau wallet la, bau duit.
Cer jilat, aku kata.
Ceh.
Kawan, syak takkan sesekali menafikan benda yang kita confirm. Kalau kita contohnya suatu hari main agak-agak, hmm... aku rasa panjang bulu betis aku 3 cm. Untuk confirmkan, kena la ukur dengan pembaris. Once, kita dapat ukuran 4.20cm, apa yang kita syak awal-awal tadi automatik obsolete. Benda basic macam ni. Kalau kita ada wuduk, tetiba kita syak kita terkentut, tapi memori kita akan pengentutan itu blurry, tak firm, tak ingat, mungkin kentut betul mungkin bunyi benda lain, akan tetapi memori kita ambil wuduk memang firm, memang clear yang memang lima minit tadi kita ambil wuduk di stesen petronas, sambil jeling awek kaunter yang senyum-senyum, so benda yang kita yakin berlaku takkan dapat digugat oleh benda yang kita tak sure. Means, wudhuk awak intact, valid.
Orang arab ada juga letak barang di depan ni. Tapi bukan wallet la, selalunya barang shopping, kasut, dan selipar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan