Isnin, 14 April 2014

Orang arab saudi baca Quran, orang Melayu baca Quran

Di Arab Saudi ni, aku ke masjid pakai baju melayu. Awal-awal dulu saja pakai baju Arab (jubah) untuk meraikan. InsyaAllah, next time balik Malaysia nak beli songkok. Proud to be Malay, sebagaimana sunnah Rasulullah menghidupkan budaya bangsa baginda (arab), dan sunnah Allah mencipta kita berbeza-beza agar dapat bercampur dan berkenal-kenalan sesama identiti masing-masing. Pokoknya, jaga identiti bangsa kau, jangan mabuk nak jadi mat saleh, mabuk nak jadi pak Arab.

Aku duduk dalam masjid. Tengok pakcik Arab selesai solat tak sapu muka. Selesai je solat, dia ambil Quran dan tilik melalui cermin mata cembung dia.

Dia tilik, rilek, kemudian dia belek. Bila orang lalu depan dia, fokus dia lari sekejap. Lalu berkerut dia betulkan balik terdongak-dongak. Khusyuk dia membaca. Satu bunyi pun tak keluar. Macam baca paper.

Orang Melayu baca Quran dia berbunyi. Jiran sebelah pun dengar, siap betulkan tajwid lagi. "Nos, salah harakat kau tu, cuba ulang lagi sekali". Bagus bukan tak bagus. Cuba kalau baca paper kuat-kuat macam tu. Bagus bukan tak bagus, sekurang-kurangnya jiran sebelah turut dapat update kes MH370 ping sudah berapa kali dengar. Cuma tak bagus bila prioriti lari. Cuba kau baca kuat-kuat paper pada suatu hari, dan paper tu suratkhabar Tamil. Kau pening, jiran kau pun pening.

Baca berlagu baik punya, tapi satu haram pun tak paham. Mana prioriti kau baca Quran? Nak faham ke nak lagukan?

Orang Arab baca Quran dia nak pahamkan. Dia baca rilek, cuba digest maksud sebab depa baca bahasa Arab fushah macam Quran ni tak semua depa tahu makna. Kena rujuk kamus dewan juga. Bahasa Arab percakapan dan Arab Standard (fus hah) lain. Kalau kita macam bahasa Melayu lama, eksotik dan sastera tinggi.

Bukan tak penting tajwid. Membaca dengan 'sebutan' atau 'pronounciation' yang betul itu satu hal yang wajib. Sepak dan sepak, disebut 'e' berbeza jadi maksud berbeza, satu dengan tangan satu lagi dengan kaki. Begitu juga perkataan arab 'jamak' dan 'jimak' jauh lari maksud dia walaupun beza baris atas baris bawah je. Baca alhamdulullah itu salah, betulnya alhamdulillah kerana 'lam' itu baris bawah berbunyi 'li' maknanya 'untuk'. Jadi tajwid itu sangat penting supaya bahasa komunikasi itu tepat dan betul. Tapi apa ultimate objective sesebuah komunikasi?

Kefahaman.

Kita komunikasi untuk transfer apa yang kita faham ke dalam kepala orang kedua, agar dia faham apa yang kita faham. Kalau tajwid kita salah, dia akan faham lain. Kita nak ajak dia jamak solat, kalau salah baris dia akan faham kita ajak dia buat maksiat songsang. Mampus. Lagi teruk, kita sendiri tak faham apa kita cakap, kita nak expect orang kedua faham. Memang jauh panggang dari api la seminggu pun tak masak.

Kita kena faham apa yang kita cakap, then transfer guna bahasa yang betul. Faham, transfer. Kefahaman dahulu, baru bahasa. Baca Quran, paling utama adalah kita faham apa yang kita baca. Beli Quran tafsir. Tak puas hati dengan tafsir Al-munir, cuba beli pula tafsir Qurtubi, atau rujuk sini, atau buka www.quran.com yang ada pelbagai tafsir di dalamnya, atau search di Youtube perbahasan tentang ayat tersebut dari Zakir Naik, atau ust Azhar, atau Ust Nik Aziz, atau Tariq Ramadan. Semakin banyak rujukan, analisa kita akan semakin tepat dan jejak.

Untuk masyarakat Melayu, kefahaman kena berada di senarai paling atas. Tajwid, musabaqah, lagu... jatuh nombor dua. Dalam proses nak memahamkan, secara automatik kita akan belajar basic bahasa Arab, dan akan memperbaik bacaan. Al-Quran adalah satu-satunya 'pandangan' yang tak jejas dek zaman tak luput dek cuaca. Dalamnya ada emosi, ada sindiran, ada intelektual yang jauh melampaui teknologi yang ada pada zaman ia disampaikan. Lalu proses kita memahamkan kitab ini, proses kita mengkaji kitab ini, proses menganalisa ini... akan memberi satu value yang mana suatu hari kita terduduk dan mengucap dan berkata, "I surrender myself to the author if this Book." Unbelievable. This must be something else, non-human. Inilah iman.

Lalu...

It is our turn to take this responsibility, to preach the right things about our beloved religion. Re-alignment to the one.

2 ulasan:

Tirana berkata...

Setuju..kefahaman menjadi priority dalam membaca alQuran. Bila tak faham, macam mana nak amalkan apa yang terkandung dalam kitab Allah itu.

Khairi Mohd berkata...

1) yang faham
2) yang cuba untuk faham
3) yang baca saja sekali sekala faham
4) yang baca dan tak kisah tak faham pun asal sedap lagu

Janganlah jadi yang ke-5, susah nak menjawab nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »