Jumaat, 4 April 2014

Manusia jadi pelik kerana agama

Abnormal. Kalau secara simple nak define abnormal adalah benda tak normal haha. Tak normal maknanya, tidak mengikut perkara yang sepatutnya. Yang mana aku risau mengupdate blog akan jadi satu benda tak normal untuk aku... fuuh... gila bersawang.

Contoh bangang. Pakai spender di kepala tak normal, sebab by law of 'normal', spender dipakai dibontot yang mana material dan design spender dibuat agar ia fit dengan bontot manusia. Depan kecik melengkong untuk anu, belakang lebar untuk cover kedua belah roti. It fits the purpose. Spender di kepala akan jadi tak kena. Orang arab sebut zalim. Bukan tempat dia, bukan kegunaan dia, makanya ia tak normal...

Itu contoh lah yg simple. So, okey...

Cuba tengok sekeliling. Dunia kita dibuat dengan satu law, peraturan yang menjadi asas setiap tindakbalas normal. Kencing turun ke bawah, kencing terbalik, sambil baring... air kuning itu tetap akan turun ke bawah. Law of gravity. Benda ringan akan terapung, yang berat akan tenggelam, lalu gas, cecair dan pepejal akan ambil tempat masing-masing ikut daya apungan masing-masing then kita boleh tengok pemancing berada di atas bot mengenakan umpan di kail yang disertai timah pemberat... dan semuanya smooth dapat ikan, happy, sebab pemancing itu set up gear dia mengikut hukum alam.

Banyak la kalau nak bercakap tentang hukum fizik.

Cuba hukum psychology. Setiap tindak balas manusia berdasarkan sebuah hukum. Cubalah ke pasar malam dan petik seorang manusia secara random, pergi dekat dia dan lempang dia sekeping. Bagaimana korang boleh tahu, by now, reaksi dia? Sebab dia akan bertindakbalas ikut hukum normal psikologi. Even kita dah boleh imagine dalam kepala beberapa kebarangkalian yang mangsa random tadi akan buat. Itu contoh yang mudah ler. Nak yang kompleks, kena baca buku 7 habits.

Anyway, kita berinteraksi dengan manusia lain, dengan binatang, dengan bahan kimia, dengan gelombang radio dan sebagainya... interaksi kita akan menjadi atau berhasil jika kita patuh dengan hukum-hukum yang dibawa entiti tersebut.

Mencintai seorang wanita akan sia-sia jika pemudia itu gagal untuk memahami apa yang wanita itu mahukan dalam hidupnya. Memasarkan sebuah sebuah produk akan gagal kalau citarasa pelanggan sasaran tidak dipenuhi. Garam akan terhasil bila asid dicampur sama alkali bukan gula.

Siapa yang tentukan semua ini? Einstein? Newton? Professor Aleem Zufry?

Nay.

Semenjak mula, semenjak manusia tidak kenal apa itu alkali, semenjak beruk mendominasi planet bumi... hukum-hakam ini sudah menjalankan tugasnya sedikit pun ia tidak melencong.

Manusia pada tahun 1580 belum kenal apa itu Android sebab mereka tidak tahu. Mereka tidak ada pengetahuan akan teknologi itu. Tapi tidak bermakna teknologi itu tiada. Benda tu ada, kita kena cari dan ia ambil masa untuk kopek rahsia alam selapis demi selapis. By considering the past and the future, we must accept that so many things and unimaginable potential that we are yet to discover. Dan mungkin, probably... this is the actual path to know Him, to appreciate Him for the reason that we will never be able to know...

Aku tonton Natgeo people semalam, berkisar tentang perkumpulan manusia beragama hindu di sungai Ganges. Dia tunjuk pelbagai cara baba (sami hindu) lakukan untuk impress tuhan, especially bab torture badan sendiri untuk experience out of body sort of thing. Ada yang meditate atas sebelah kaki selama 37 tahun, lagi 3 tahun untuk cukupkan 40 tahun. Kebanyakannya bogel cuba tunjuk kekuatan kotey angkat benda berat. Gila untuk aku bayangkan.

Aku bukan nak mengata depa saja. Tengok penganut Syiah. Tengok hari taipusam di Batu Cave. The worst of all pastinya... penganut agama Islam... bom... in public... untuk syahid...

Sami Hindu, Buddha, Syiah... at least diorang sakiti diri sendiri... bukan orang lain.

Ada faedahnya. Korbankan seorang untuk kebaikan ramai. Macam sami hindu, dia bermeditasi sorang-sorang dia, dia tak kacau orang. Dia even prevent diri dia buat jahat kat orang, dah save seorang kat situ. Dia taksub kat situ, bukan pada hal jenayah. Which is good.


Bagaimana kita nak buktikan sebuah agama itu betul kalau kita 100% bias? Sami Hindu akan kata Hindu 100% betul. Ustaz Shawkawi akan kata Islam adalah agama yang diredai Tuhan, 100% confirm. Chong Wei Kun akan kata wa talak tau la mana satu, biar la jangan bikin sakit kepala. Kita takkan dapat ukur panjang kacang panjang menggunakan seutas kacang panjang yang lain. Kita kena ukur guna pembaris. Dalam hal keagamaan, apa pembarisnya?

Kembalilah kepada Allah (Tuhan).

Bumi, matahari, graviti, psikologi, hukum normal... adalah satu 'bicara' atau 'teks' yang langsung datang dari Allah atau Tuhan jika ditulis dalam bahasa melayu. Tidak diselingi manusia barang sedikit. Cuba hidu bau pasir. Cuba rasa garam dan gula. Cuba peluk manusia lain dan rasai kehangatan badannya. Cuba selongkar hukum psikologi manusia, hukum fizik, statistik normal dan buatlah keputusan terbaik untuk semua orang.

Agama yang benar adalah agama yang mencadangkan sesuatu perbuatan yang tepat dengan hukum-hakam alam dan manusia. Tak payah buat benda pelik-pelik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...