saudi sekarang ni dah nak habis winter. bulan 5 sampai ogos, musim panas dan kepanasannya agak melampaui batas kulit seorang manusia. aku tiba sini dulu bulan disember 2013 dan memang udara nyaman dan sejuk kalau bawak bini memang osemmmmmmm....
apakan daya, permit kerja tak lepas-lepas. anyway,
aku dapat kabar dari malaysia sekarang musim panas betul, sampai telaga punya air pun dah mulai kering dan berkeladak. sesetengah tempat la. di KL memang dah lama kena catu kan. Aku balik sekejap hari tu pun dpat rasa lainnya kepanasan di Malaysia dan kepanasan di Saudi.
Di Saudi ni, walaupun panas sampai 38 darjah, humidity dia masih rendah. Jadi, kalau masuk bawah bayang, boleh tahan. dia tak meruap sangat. di malaysia, humidity tinggi, jadi dia ada effect 'pengukusan' di udara dan kepanasan itu jadi agak terasa dan seksa.
apatah lagi bila air dalam tanah tak ada.
orang akan sebut bala. saintis sebut el nino, kita cuma selalu sebut kemarau panjang. apa-apa pun, semua ini adalah perkiraan iklim. pencuacaan yang bergantung pada faktor geografi yang mana Allah dah tetapkan pada sekelian alam. matahari ada kadar letusan hidrogen pada permukaannya menghasilkan sekian banyak tenaga, dan jarak vacuum antara matahari dan bumi memindahkan beberapa peratus tenaga itu selama 8 minit ke bumi (radiation heat transfer), lalu pokok, laut, dan binatang menerima cahaya itu menjana kanji, heat, dan vitamin E. Ini semua peraturan yang Allah dah tetapkan, dan wajib dipatuhi semua makhluk.
kadang ia terik, kadang ia sejuk.
bila panas, bukanllah Allah pusing button kepanasan sampai 40 darjah. bukan. bila banjir bukanlah Allah buka paip awan bagi banyak air turun sebab manusia KL ramai tak solat. Bukan.
Kita ni semua percaya pada Tuhan. kita tidak kufur. Kita tahu dan kita cuba beragama tapi KONSEP yg kita guna untuk 'feel' agama dan Tuhan itu kadang silap.
Afala ta'qiluun... apakah tidak kamu berfikir? Rasailah agama dengan proses berfikir, dan kagumi kejadian alam dengan proses berfikir insyaAllah, proses itu akan menyampaikan kita kepada message yang Pencipta kita mahu sampaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan